Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 15, 2009

Hakim Mahkamah Rayuan Kes MB Perak Adalah Lantikan Linggam

Patutlah tak sampai beberapa jam dah boleh bagi "stay of execution". Itu pun dia bagi penghakiman yang begitu tidak jelas sehingga sekarang ini hakikat sebenarnya MB Haram, Zambery sedang melakukan tugas-tugas yang sepatutnya dilakukan oleh MB sah yakni Nizar.

Ramly Mohd Ali ini yang dinamakan oleh VK Linggam dalam perbualan yang direkodkan oleh MP Kelana Jaya tempohari.

Mengikut perbualan itu, VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim. Mereka adalah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di sini:

Juga, mengikut Jeff Ooi, Hakim Ramly ini baru menjadi Hakim Mahkamah Rayuan pada 15 April 2009, yakni 27 hari sebelum Zambery merayu kes itu di mahkamah.

Sepatutnya hakim-hakim yang dinamakan oleh Linggam ini disiasat atau diberhentikan kontrak mereka, bukannya dinaikkan pangkat ke Mahkamah Rayuan. Dan tidak sepatutnya mereka mendengar kes yang begitu serius dan besar seperti ini.

Dan kita pun nampak betapa mudahnya Hakim Ramly ini mendengar kes rayuan dari Zambery MB Haram. Mungkin Hakim Ramly ini terhutang budi dgn UMNO. Apa pun beliau bukan seorang hakim yang boleh diyakini sebagai tidak memihak kerana perlantikan beliau sebagai hakim adalah atas ihsan UMNO.

Apabila Nizar merayu, terpaksa menunggu 5 hari dan terpaksa berhadapan dengan panel 3 hakim pula. Heran, heran heran. (Correct, Correct, Correct)

Kes sebesar ini seharusnya didengari oleh sebuah panel hakim yang tidak kurang dari 3 orang dan mestilah dari kalangan hakim yang tidak terpalit skandal dan mempunyai pengalaman yang lama. Kes ini melibatkan pemerintahan sebuah negeri yang mempunyai 1.5 juta jiwa. Ianya adalah kes yang bersangkutan dengan kepentingan awam yang amat besar.

Malangnya, kes rayuan Zambery ini telah di dengari oleh hakim yang paling "junior" serta hakim yang sama terpalit dalam skandal VK LInggam (Correct, Correct, Correct).

Inilah dia rupa keadilan Malaysia. UMNO telah berjaya melacurkan mahkamah di Malaysia untuk menjadi pelacur kelas satu kepada UMNO

Tulang Besi

20 comments:

malayamuda said...

Bangunan Mahkamah yang cantik, tapi isi produk NEP...

inilah hasil nyer !

dino_yp@yahoo.com said...

hakim akan jadi mulia kalau pro PR.
hakim akan jadi hina kalau pro BN.
bodohnya org2 PR.

marauhirang said...

Salam Semua....

To Bro Dino...

Anda bersuara atau memberi pendapat tanpa berdasarkan fakta atau bukti....

Pendapat yang anda berikan itu akan menggambarkan kekurangan kecerdikan diri....Ini seterusnya menggambarkan tahap pemikiran dan pendidikan saudara....

Kesannya label yang anda berikan pada orang lain akan di kembalikan pada anda....

Sekadar berpesan

Anonymous said...

Wednesday, May 13, 2009
Kayveas seperti duri dalam daging kepada BN – Syed Ali
PARTI Progresif Penduduk (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas perlu ditendang keluar daripada Barisan Nasional (BN) kerana sikapnya seperti duri dalam daging.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, selagi PPP berada dalam BN, selagi itulah ianya akan menjejaskan kredibiliti BN di mata rakyat.

“ Perangai Kayveas bukan sahaja menimbulkan kemarahanan sesama ahli parti, malah turut menyusahkan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak,” tegasnya.

Katanya, Mesyuarat Tertinggi BN pada 18 Mei ini perlu mengambil ketetapan tegas menyingkirkan PPP kerana perlakuan presidennya yang mementingkan diri sendiri.

Syed Ali berkata, Presiden PPP itu sudah pun membuat ugutan untuk keluar daripada BN dan hasratnya tidak perlu dihalang.

“Dia dah ugut untuk keluar BN, maka saya desak Majlis Tertinggi BN supaya menyahut cabaran Kayveas,” tegasnya.

Semalam, Kayveas membuat ugutan secara terbuka untuk membawa PPP keluar daripada BN jika parti itu tidak diberikan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Malah beliau mendakwa kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen Taiping disebabkan pemimpin BN mahu melihatnya kalah.

Syed Ali berkata, walaupun Kayveas tidak ada pengikut, tetapi tuduhan beliau itu amat berat dan perlu dipandang serius.

Beliau kesal kerana PPP sebagai rakan BN lebih gemar mencetuskan masalah dalaman menerusi media daripada berusaha menyatupadukan rakyat.

Katanya, dalam situasi sekarang sepatutnya PPP mendokong aspirasi Najib selaku Perdana Menteri untuk membawa kesejahteraan kepada rakyat.

Sebaliknya tegas beliau,PPP terus bersifat angkuh dan tidak ada semangat setiakawan sesama BN.

“PPP sudah hilang pedoman perjuangannya manakala Kayves pula sering bermimpi kononnya dia masih berkuasa dan berpengaruh,” katanya.

petikan dari:umnobahagian cheras.blogspot.com

Anonymous said...

I told you all already not to get carried away but you all dont believe.

The answer already in the hand but we hold till the next day to creat some suspense ma.

Let you all win first loh then we can say you see we respect the court so when the court favour us , you all must be gentleman also lah and accept the judgement.

like this also lont know how to be politician.

Anonymous said...

Adakah Kemungkinan 3 orang hakim yang akan mendengar bantahan oleh YB Nizar itu ialah Datuk Heliliah Mohd Yusof, Datuk Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Boleh jadikah?

Anonymous said...

It's not the question of who support who.

ONE SHOULD SUPPORT ANYONE WHO IS RIGHTEOUS. Even if my own party is not sincere in their struggle , I would not support them too.

What we see now in our politic today is that the followers support for the sake of support , say something for the sake of saying even though it is very precise at times the Leader is only concerned on his personal and family gain and interest.

Our intergrity value has long gone
and the party operates not much better than a commercial firm.

NO GAIN NO TALK.

limpek

Rozana said...

Khas buat para hakim Islam dan Melayu totok itu, hanyatilah hadith ini:-

"Sesiapa yang dipilih menjadi qadhi (hakim), sebenarnya ia telah disembelih tanpa pisau".

"Sesiapa yang memutuskan hukum sedang ia jahil, ia di neraka. Siapa yang memutuskan hukum sedang ia zalim, ia di neraka. Dan siapa yang memutuskan hukum sedang ia adil, maka ia tiada akan diapa-apakan"

"Orang-orang yang adil di Hari Kiamat ditempatkan di minbar-minbar cahaya di samping kanan Tuhan Pengasih"

TayadihMaysia said...

Setuju sangat dengan Rozana!


www.duniacacamarba.blogspot.com for more thoughts & opinions

Anonymous said...

Lets make this issue become big!
Lets the whole nations know who is Ramli -the Court of Appeal Judge!

Anonymous said...

Simply make much sense now.
Rakyat & I been wondering why the appeal took an express action in contract to Nizar's.
We too wonder if the whole ordeal been well SCRIPTED since me suspicious to see not one UMNO goons there at High Court duriing the annoucment. As if they were already aware & act according to script.
Also wonder why court of appeal only handle by one newly appointed Judge to sit instead of teh usual 3 panel judge.
It raised more question then anwers...but your view answered just all that.

Thanks ..wise man.

PerakBest

Anonymous said...

why Zambry boleh rayu dalam masa beberapa jam

Nizar pulak kena tunggu turn beberapa hari kemudian......wahai org waras UMNO, adakah ini jugak suatu kebetulan ?

People said...

To Ramli,

Thanks for reminding the forgetful Malaysians about the VK Lingam Tape scandal!

Panglima Perang Cyber said...

Ngantuknya baca artikel ni....

tak ada kerja lain kecuali ulang isu yang sama.

Juga motif yang sama.

Juga persepsi yang sama....


So, bila nak bertukar ni ????

Masa Hakim Mahkamah Tinggi kasi Nizar jawatan MB, tak ada orang kritikan dia pun !!!!!

itulah dunia akhir zaman.....

Anonymous said...

ANDA LE DICADANGKAN JADI HAKIM. ATAU LANTIK SENDIRI HAKIM MAMAK ANDA TU. sECOND CLASS LOWER AJE. TAK USAH NAK AKSEN LE

WaLeH said...

ekekekeke..

Tu la.. baca sikit.. dah tau dah apa isi kandungan dia..

Alahai penyokong tegar 'Anwar Al-Juburi'(Erk.. bukan aku cakap.. Mat Sabu yang cakap ek..) Sikap pun sama ja dengan si Anwar tuh..

SOKONG PR = Adil.. Maksum.. Bijak.. Demokrasi..

XSOKONG PR = Yang berlawanan dengan atas..

Bukan setakat kes MAHKAMAH.. AKHBAR(MEDIA) pun jadi mangsa..

Adoiyai.. Kenapa RAMLY ALI jadi mangsa ANWAR nih..???

Nih faktanya..

[quote]Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.

Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.

AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.

Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba ‘membunuh’ karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.[/quote]

Quote from: [url=http://x-pkr.blogspot.com/2009/05/tangan-ghaib-anwar.html]x-PKR[/url]

ekekeke.. itu berkenaan MAHKAMAH..

Ini berkenaan MEDIA..

oikot UTUSAN..

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=340133

Boikot NST..

http://www.bernama.com/bernama/v5/newsgeneral.php?id=399918

Wow!!! Hanya akhbar yang Memuji.. Memuja.. Dan Mendokong Pemimpin ‘MAKSUM’ PR sahaja bebas bersuara..

DEMOKRASI betullah Anwar nih.. Tahniah.. Tahniah..

Ni saranan Anwar untuk BOIKOT Utusan..

http://anwaribrahimblog.com/2008/05/30/boikot-utusan-mingguan-malaysia/

http://anwaribrahimblog.com/2008/03/26/pulaukan-utusan-malaysia-dan-tv3/

ekekeke..

tapi kan.. bleh plak Anwar kuarkan artikel nih..

http://anwaribrahimblog.com/2009/05/03/perutusan-hari-kebebasan-akhbar/

dan Lim Kit Siang kuarkan artikel nih..

http://blog.limkitsiang.com/2009/05/01/zambry-should-stop-being-a-%E2%80%9Ccaveman%E2%80%9D-mentri-besar-of-flintstones-era-and-wake-up-to-the-age-of-internet-and-new-media/

ekekeke..

pelik btul aku ngan spesis-spesis nih..

eh.. lagi satu.. Ni aku ingat sampai mati..

UMNO + MCA + MIC = UMNO KAFIR!!! (Nik Aziz pnya 'FATWA')

PAS + PKR + DAP = DEMOKRASI!!!

ekekekeke..

Kalau dah otak putar belit.. dan rasa diri tu bagus sangat.. dicampur riak dan takbur..

nilah hasilnya.. = PR

ekekeke.. pelik aku ngan spesis-spesis nih..

Pejuang Bangsa said...

haha haha nak tergelak baca artikel ini ..

tak ada kerja lain asyik salah Hakim kalau tak memihak kepada mereka.

kalau hakim memihak kepada PR ,tentu depa akan komen

" masih lagi ada ketelusan dalam mahkamah "

" ini adalah kemenangan rakyat "

tetapi kalau keputusan hakim tak memihak kepada mereka ,ayat yg saman dari dulu kata Hakim itu adalah Pro BN ..haha itu la taktik mereka yang orang sudah muak dan boleh baca pun

untuk pengetahuan anda Hakim itu adalah bekas rakan Anwar Ibrahim tetapi dalam membuat keputusan demi keadilan beliau tidak memihak kepada anwar.

sekali lagi aku tegaskan

ini taktik lapuk !!!

hahahahaha

Pejuang Bangsa said...

Oleh X-PKR

Sudah terang lagi bersuluh! Benar seperti yang telah diulas sebelum ini.

1. Pembangkang mengumumkan akan bertemu bagi membincangkan kemelut politik Perak hari ini. Mereka merancang mengeluarkan kenyataan bersama agar nampak mereka bersepakat dalam hal ini.


2. Muka hadapan HARAKAH hari ini terpampang kenyataan YB Mahfuz Omar menyifatkan ada `tangan ghaib' di sebalik keputusan Mahkamah Rayuan menangguhkan pengesahan DS Nizar sebagai MB Perak.

3. 2 manusia erdogan Selangor yang telah disebutkan memang `panjang akal'. Seorang professional, seorang lagi punya kelulusan tinggi. Maka mereka gunakan rakan `pak turut' yang gila glamour nak jadi `hero' tanpa fikirkan implikasi undang-undang untuk keluarkan kenyataan.


4. tangan ghaib' yang cuba mencampuri urusan mahkamah sebenarnya ialah AnWAR! Ramai yang tidak menyedari hal ini. Bagi pembangkang, majoriti hanya ghairah mengikut AnWAR tanpa mencari fakta yang sebenar! Sokong boleh, tapi harus terbuka minda mencari kebenaran hakiki! Jangan ikut membuta tuli sahaja.


5. Hakim Mahkamah Rayuan yang mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi dua hari lepas adalah kenalan rapat AnWAR. Datuk Ramly Ali pernah menjadi Pendaftar Syarikat di Pejabat Pendaftar Syarikat. Datuk Ramly dan seorang lagi bekas hakim, Datuk Zainon Ali cukup rapat dengan AnWAR.


6. Hubungan akrab mereka seperti keluarga. Selepas AnWAR ditangkap 1998, nama mereka berdua pernah dikait kerana punya hubungan akrab dengan AnWAR. Berlatar belakangkan pendidikan perundangan, mereka faham tugas pihak berkuasa dan memberikan kerjasama sepenuhnya. Datuk Ramly dan Datuk Zainon amat professional sekali.


7. AnWAR menjangka Datuk Ramly akan menyebelahi beliau dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tapi jangkaannya meleset. Bertindak atas prinsip keadilan yang telus, Datuk Ramly Ali membuat keputusan tanpa menyebelahi mana-mana pihak. Keputusan yang beliau buat berpandukan prinsip ketelusan keadilan yang beliau praktikkan selama ini.


8. Seperti biasa, bila sesuatu tidak berpihak kepadanya, AnWAR mula menyerang. Kini dengan menggunakan pecacai pembangkang, AnWAR cuba `membunuh' karektor Datuk Ramly dengan menyatakan itu dan ini tentang Datuk Ramly.


9. Pihak kerajaan harus membela Datuk Ramly. Bela lah beliau bukan kerana keputusannya berpihak kepada kerajaan, tetapi kerana beliau seorang yang berprinsip dan sentiasa menjunjung tinggi ketelusan keadilan di Malaysia. Jangan biar AnWAR membunuh jiwa rakyat Malaysia yang mahukan keadilan dengan tipu muslihatnya!


10. Tahun 1997, AnWAR pernah mengutus pegawainya menemui Hakim Mahkamah Tinggi di Wisma Denmark KL ketika itu, Datuk Mohd. Nor Ahmad bagi membantu kes beliau berkaitan buku 50 dalil. Bila hakim tersebut enggan berkompromi, beliau sempat `ditendang' keluar oleh AnWAR ke Shah Alam.


11. AnwaR juga pernah memanggil bekas Ketua Hakim Negara, Tun Yusof Chin ke rumahnya beberap kali ketika kes buku 50 dalil masih masih belum selesai. Tiba-tiba hakim perbicaraan pula ditukarkan serta-merta. Prinsipnya, pada bila-bila masa atau apa keadaan sekalipun, cabang eksekutif tidak boleh memanggil cabang kehakiman di mana jua sekalipun!


12. Apakah ini bukan campurtangan namanya? Apakah bila AnWAR yang buat, maka ianya tidak, bila orang lain, ianya benar? AnWAR boleh saja terus berpura-pura menutup kejahatannya, namun penyokong harus berusaha mencari kebenaran! Bukan untuk mengaibkan tapi harus punya fakta tentang siapa yang kita sokong, kerana kita akan disoal kemudian hari nanti…….


sumber - x-pkr

Anonymous said...

Sudah x payah layan otak sempit perasan PR...mereka ni golongan yang x boleh terima hakikat...
BN hilang 5 negeri masa PRU lepas penyokongnya relaks je...
PR hilang 1 negeri baru2 ni penyokong dan pemimpin dah mcm beruk kat jalanan x boleh terima hakikat...
yg sebenarnya rakyat yang menyokong BN terbukti cerdik dan pintar berbanding golongan minoriti yg menyokong PR yg terang2 mudah dipengaruhi oleh mat jenin 16 sept...

flo said...

aku mmg tertarik dgn korang semua...penyokong PR semuanya terlampau taksub dgn anwar,,...aku pelik dan heran...pdhal dier biasa2 aje..sembang je berdegar2,pstu MENIPU!!..ksian sungguh aku tgk dier..tp rileks la..ketua pembangkang ttp bangkang...klau tidak lg hancus malaysia..dan ingat skit la wahai rakyat malaysia...sokong la pemimpin yang korang suka...tp jgn sampai taksub mcm beruk...baring2 kat jalan,rosakkn rete bende,berlagak samseng..buat apa semua tu???...taksub korang ni dah serupa org hilang akal...jgn taksub sngt...bahaya..dah serupa beruk yg taksub tgk konsert metallica je aku tgk...org yg taksub muzik metallica pun aku tgk tak teruk sngt...hahahahaha...soi la klau komen aku ni takde kena mengena...hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.