Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, May 26, 2009

Jawapan Kpd Bakaq@ Penarik Beca: Isu Prestasi Timbalan Presiden

Isu ni adalah lanjutan dari perdebatan saya dengan Pak Bakaq@Penarik Beca. Pada pemilihan 2005, beliau menyatakan bahawa beliau menyokong calon menentang Ustaz Nasaruddin atas alasan prestasi. Pak Bakaq kata masa tu Ustaz Nasaruddin ni prestasi dia tidak memuaskan sama sekali. (http://penarikbeca.blogspot.com/2009/05/mengapa-ulama-mengalah-kepada-talabah.html)” (Mengapa ulama mengalah kepada talabah?)
Saya pun menjawab, adakah prestasi lawan Ustaz Nasa, yakni Ustaz Harun Taib, juga boleh dibanggakan? Sepanjang Ustaz Harun Taib menjadi Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, apakah ”output” yang kita dapati dari Ketua Dewan Ulama PAS Pusat?


Berapa banyak kah kajian dan ijtihad yang telah dihasilkan oleh Dewan Ulama PAS Pusat yang boleh digunakan oleh ahli-ahli PAS sekelian. Sepanjang kepimpinan Ustaz Harun Taib sebagai Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, telah terdapat beratus-ratus isu besar yang berlaku di Malaysia. Antara isu-isu yang besar yang berlaku yang telah melibatkan jutaan jiwa di Malaysia adalah:

a. Krisis Ekonomi 1997 yang telah menyebabkan ribuan rakyat Malaysia kehilangan pekerjaan dan sumber pencarian

b. Krisis moral dan maksiat dalam negara di kalangan remaja
i.Fenomena pembuangan anak yang menjadi barah dalam masyarakat Malaysia
ii. Naiknya kadar perzinaan di kalangan orang Islam/Melayu
iii.Remaja Islam terutama perempuan kuat minum arak dan berzina sejak dari
awal remaja lagi
iv. Kadar perceraian yang semakin meninggi di kalangan orang Islam
v. Kadar ”adultery” atau ”zina muhsan” di kalangan pasangan yang telah
berkahwin juga semakin meningkat
vi. Peminuman arak yang meluas di kalangan remaja

c. Kes Mona Fendy dan pengunaan sihir dalam masyarakat Melayu/Islam yang sekian lama menjalar.

d. Kesesakan jalanraya yang menjadikan ramai ibu-bapa kurang masa untuk diluangkan kepada anak-anak (Sekurang-kurangnya, Kerajaan Kelantan pimpinan Tok Guru memperkenalkan kerja 5 hari yang banyak membantu keluarga di Kelantan)

e. Kenaikan harga minyak dan kos hidup yang semakin menghimpit ramai keluarga di Malaysia

f. Belanjawan Negara yang terus defisit semenjak 1997 sehingga sekarang
g. Kejatuhan nilai matawang Malaysia di pasaran dunia

h. Kekurang pelabur asing dan penghijrahan pelabur asing yang semakin ramai dari Malaysia

dan banyak lagi isu yang melibatkan berjuta jiwa dan nyawa di kalangan umat Islam dan rakyat Malaysia. Dari semua isu2 ini, hampir tiada kertas cadangan polisi ataupun cadangan penyelesaian yang datangnya dari Dewan Ulama PAS.

Berbanding dengan ahli yang lain, Dewan Ulama Pas sudah tentu mempunyai ahli-ahli yang mampu berijtihad. Justeru, mereka mampu memberi penyelesaian Islam di atas permasaalahan yang melanda umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Malangnya, sepanjang ”pemerintahan” calon TP sokongan Bakaq@2005, kita tak dengar apa-apa ”output” dari Dewan Ulama berkaitan dengan isu2 yang begitu menekan seperti di atas.

Saya rasa, kepimpinan Ustaz Mat Daud Iraqi lebih produktif walaupun 2 tahun sahaja.

Yang Kerap Kita Lihat Datang Dari Dewan Ulama Adalah Polemik ”Ulama vs Professional”

Yang kita kerap dengar datang dari Dewan Ulama sewaktu itu (dan sekarang ini juga) adalah keluhan ”professional vs ulama”. Ertinya, satu-satunya output yang kita dapat lihat datang dari Dewan Ulama pada masa itu adalah polemik ulama vs professional yang kerap ditimbulkan sewaktu hampir pemilihan parti.

Itu sahajalah ”output” atau hasil yang kita dapat nikmati dari Dewan Ulama PAS sewaktu pemerintahan calon TP Bakaq@2005 itu. Segala tenaga Dewan Ulama digunakan untuk menyebarkan polemik ini di kalangan semua kepimpinan PAS seluruh negara di setiap peringkat.

Ilmu yang diharapkan dari Dewan Ulama sayang sekali tidak dapat dimanfaatkan oleh ahli-ahli dan juga oleh rakyat Malaysia tidak mengira bangsa dan agama. Sifat ”Rahmatan Al Alamieen” itu tidak berjaya diterjemahkan oleh Dewan Ulama PAS untuk dipergunakan oleh seluruh rakyat Malaysia.

Yang kita dapat hanyalah kalimah usang yang kerap kali diulang-ulang. Yakni, ”Ulama lawan Professional”.

Saya Bukan Anti Ulama. Saya Anti Penyalahgunaan Institusi Ulama

Saya menulis ini bukanlah saya hendak memburukkan institusi ulama. Saya mempelajari Islam dan memahami Islam dari ulama. Dan saya tahu, terdapat ramai ulama di luar sana yang berusaha bersungguh-sungguh untuk membawa ”Rahmatal Al Alameen” ini kepada rakyat Malaysia.

Antara contoh terbaik adalah Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman. Blog beliau menjadi rujukan ribuan rakyat Malaysia saban hari. Walaupun beliau menghadapi sakit jantung, namun beliau teguh dan istiqamah menerangkan Islam dengan kaedah yang ”Rahmatal Al Alameen”.

Beliau telah diarah oleh Arwah Ustaz Fadzil Nor untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ”Usul Feqah”. Ini kerana walaupun ramai terdapat ustaz2 dalam PAS, namun sedikit yang mampu berijtihad. Majoriti aktivis ulama dalam PAS ini adalah lulusan ”lughah” atau bahasa Arab semata-mata dan tidak mampu berijtihad.

Namun, apabila nama beliau dinaikkan sebagai SU Majlis Syura Ulama PAS, lagi sekali beliau telah difitnah dan dimehnah. Hasilnya perlantikan beliau itu gagal. Ertinya, di dalam PAS, ulama yang mahir dalam mengeluarkan fatwa dan berijtihad adalah sangat sedikit. Ramainya ulama dalam PAS ini adalah "muqallid" dan mereka sendiri terpaksa bergantung kepada ulama lain di dalam permasalahan2 yang baru.

Malahan, anak Arwah ustaz Fadzil telah memegang amanah bapanya dan skrg ini sedang melalui latihan menjadi mufti/Qadi di Darul Ifta kelolaan Mufti Mesir, Ali Gomaa. Saya pernah diberitahu bahawa Arwah Ustaz Fadzil telah ”fed up” dengan gaya yang dibawa oleh setengah-setengah lulusan agama yang hanya tahu mengharam sahaja tanpa mengkaji kaedah dan bidang lain yang mampu membuat manusia tunduk pada Islam.

Arwah Ustaz Fadzil Nor lah yang membuka pintu kepada kebanjiran professional dalam PAS. Dan usaha Ustaz Fadzil ini dibenci oleh segolongan lulusan agama dalam PAS. Tujuan penentangan adalah melindungi kedudukan mereka semata-mata dan bukannya untuk kepentingan PAS.


Tulang Besi

16 comments:

IbnuQalil said...

Arwah Ustaz Fadzil telah ”fed up” dengan gaya yang dibawa oleh setengah-setengah lulusan agama yang hanya tahu mengharam sahaja tanpa mengkaji kaedah dan bidang lain yang mampu membuat manusia tunduk pada Islam.

Betui ka ni? Pakcik Man Talib tau ka Ustaz Fadzil fed up? Pakcik kasyaf ka? Hebat sungguh pakcik Man Talib. Kalu salah penulisan ini, ini satu fitnah buat arwah Ustaz Fadzil

Orang Baru said...

Betul kata Tulang Besi,

Ustaz Zaharuddin adalah produk PAS. Dia difitnah macam2 untuk menyekat kemaraan beliau dalam PAS. Ada kata wahabi la dan mcam-macam lagi.

Akhirnya Allah nak tunjuk sekarang beliau menjadi rujukan ramai orang. Ilmu beliau tinggi.

Orang begini sepatutnya jika kita mahu gelarkan ulama.

Bukannya orang yang belajar agama skit2, kemudian ceramah berdegar2 n buat lawak sedikit sebanyak. Boring-boring nyanyi lagu time ceramah. Nak tunjuk versatile la konon. Jemaah yang dengar hanya sekadar dpt gelak ketawa je. Point lain kosong.

Tulang Besi said...

Betui ka ni? Pakcik Man Talib tau ka Ustaz Fadzil fed up? Pakcik kasyaf ka? Hebat sungguh pakcik Man Talib. Kalu salah penulisan ini, ini satu fitnah buat arwah Ustaz Fadzil.

Betul, percaya la ckp saya ni. Saya dapat dari sumber yang terbaik.

Err, Anak si Sikit (Ibnu qalil), mengapa tak jawab soalan saya lagi ni?

Tulang Besi said...

Kalau ada sesiapa yang tak suka Wahabbi, tak boleh lah solat jemaah di Masjidil Haram dan Masjid An Nabawi.

Semua imam2 kat situ adalah Wahabbi

Sebal said...

Salam TB, apa ni guna hujah tak shahih..and org yang dah tak ada..gue pun bolih kata info gue ni dari yang terbaik...iaitu bakaq haq agent umno..cayalah..sama gue..gue ingat semua org tak percaya..kan..jadi jangan guna hujah info terbaik....OK issue sebenarnye lu and bakaq haq tak sokong utz Nasha..utk kali x ni,,,and utk yang lepas lu sokong..jadi..lu kalah 2 -1 dgn bakaq haq..terima ajelah..bagi gue..dulu, emang gue sokong utz nasha ...tapi lani..gue ingat and sedar..utz nasha tak sesuai utk tempat No 2...bukan dia tak bagus..tapi ada yang lebih bagus..walaubagaimana pun gue taklah benci dgn dia..cuma utk pimpin PAS gue tak sokong dia d no 2... tapi sapa gue,,,waaa cuma ahli atas pagar aje..lihat dari jauh aje...jangan mareee..gue cubit sikit aje..

Tulang Besi said...

Wahai Sebal,

Maklumat saya dapat ni dari ahli keluarga Arwah la.

Jgn takut la.

Anonymous said...

itu jer? guna nama arwah ustaz fadzil, then tetiba nak suruh orang percaya gitu-gitu jer? ahli keluarga yang mana satu? tolong habaq mai sat. sebab saya pun salah seorang ahli keluarga arwah ustaz fadzil noor

Tulang Besi said...

Errr macam ni la. Stkt ni benda yang saya tulis dalam blog saya ni takda orang boleh buktikan ianya tidak benar.

Terpulanglah pada saudara nak percaya ke tak nak percaya

Anonymous said...

TB...jadi mengaku la yang awak tak boleh bagi bukti...lawak la lu ni bro...janganlah ego sangat...kalo dah tak betul mintak mahap saja la

Anonymous said...

1.0 Yang paling ketara ialah Mursyidul Am sendiri tidak dibenarkan berucap serta mengisi program ini. Mursyidul Am hanya diizinkan untuk memberi ceramah umum selepas program.

sudahlah TB hari tu kau kata tok Guru Nik Aziz tak dibenarkan berucap dlm program seminar 25 thn kepimpinan ulamak, tp kalau sapa pergi hari tu tok guru nik aziz yang rasmikan program tu,

satu lg surat yg kau siar tu pun kau reka jer, surat jemputan program sebenar di keluarkan oleh dato su agung. aku dah tanya perkara ni pada ust mat khoirol pegawai di pejabat agung pas.

kau dah terbukti menipu tb

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Dah tak dak orang nak lawan Ustaz Nasharudin masa tu, nak buat lagu mana...

Rahman dan saya berpisah pandangan apabila tak sependapat yang mana satukah mudharat yang ringan.

Bagi saya, mudharat yang lebih ringan pada masa itu ialah Ustaz Harun Taib.

Saya juga berjumpa dengan ramai orang yang memilih Ustaz Harun bukan kerana mereka nak sangat kepada Ustaz Harun, tetapi sebab mereka tidak ada pilihan lain.

Saya juga berjumpa dengan seorang pimpinan PAS di Restoran Thaqwa Seri Gombak yang kata kat saya, "Nak buat macam mana (dia undi Ustaz Nasharudin). Hang sanggup ka pilih Harun Taib jadi timbalan?"

Saya tak reti nak jawab soalannya.

Sebal said...

SALAM, KECIAN DECH lho and Bakaq, terpaksa pilih..and sokong salah satu...rupa nye keduanye..tak sesuai...gue pilih utz nasha dulu...lani..tak lagi dah..dah pilih org lain..pulak..semoga kali ni...yang terbaik utk PAS...klo puak geng ulamak mau juga ulama...eloklah lepas ni..pas buka keahliannye utk lulusan agama aje...eklusif ahli...macam jamaat islam d pakistan kot..gue ni bukan nye apa..sebal benar dgn pimpinan pas yang main sorok-sorok jumpa Umno...ingat tak dulu...arwah utz Fazdil Penah d kelentong olih ANwar and p makan malam dgn mahadir...lepas tu...Mahadir guna issue tu..menyebabkan PAS terngaga..beruk..bila d belasah olih puak CCC...sebab tu PAS tak bolih main sorok-sorok...kena transferrent...zaman IT...tak bolih dah buat meeting dlm gelap oooiiii...kena clear...baru..lah org ramai percaya..sekarang pas bukan zaman mekah lagi ...tapi zaman and era Madinah...kena jelas and clear..ok...gue sebal and cubit sikit aje

fidarulmiah said...

yg bocorkan meeting tu Paklah.

Korang x pk ke pasal apa paklah akhirnya bocorkan pertemuan tu? Pasal apa? Pasal pas xnak masuk umno lah. Pas cuma jumpa je, sbb umno hendak berjumpa.

Bukan ke dulu pas bising2 ajak umno muzakarah umno x mahu. Bila umno hendak jumpa (bknnya muzakarah pun) tiba2 nak jualmahal, jumpa pun x boleh. Apesal mindframe tu tetiba berubah?? ni mesti pasal anwar punya.

kedah said...

Macam macam la Pak Bakaq .. Kalau dulu nak pilih yang kurang mudharat sekarang nak pilih yang banyak manfaat . Mana perginya yang banyak MANFAAT ketika pertandingan dulu . X berani nak cabar ? Bukan apa takut kalah . Tapi dah meningkat sekarang .. bukan disebabkan kepimpinan . Kalah 2004 disebabkan kepimpinan.

Sudahlah TB . Dulu beria2 nak keluarkan TGHH .. tapi sekarang bila TGHH tak dicabar menang maka disalahkan kepada Nasha pulak . Sejak bila Tuan Pres boleh dimain2kan oleh Timbalan ? Lemah sungguh Tuan Pres PAS . Macam Boneka . Ikut cucuk timbalan pulak . Lawak2 suasan PAS . Timbalan lebih berkuasa . Hehe .. Baik Mahathir sampai sekarang masih berkuasa ...

Tulang Besi said...

Anonymous fidarulmiah said...

yg bocorkan meeting tu Paklah.

Korang x pk ke pasal apa paklah akhirnya bocorkan pertemuan tu? Pasal apa? Pasal pas xnak masuk umno lah. Pas cuma jumpa je, sbb umno hendak berjumpa.
.

Betulah PAS tak nak masuk UMNO sebab AJK PAS Pusat keseluruhannya menolak kemasukan PAS masuk UMNO.

Tetapi, masih terdapat segolongan manusia dalam PAS yang masih mahu membawa PAS masuk UMNO.

Juga, selepas percubaan pertama mereka gagal, mereka telah menukarkan isu ini kepada isu penentangan kepada ulama pula

Tulang Besi said...

Sudahlah TB . Dulu beria2 nak keluarkan TGHH .. tapi sekarang bila TGHH tak dicabar menang maka disalahkan kepada Nasha pulak . Sejak bila Tuan Pres boleh dimain2kan oleh Timbalan ? Lemah sungguh Tuan Pres PAS . Macam Boneka . Ikut cucuk timbalan pulak . Lawak2 suasan PAS . Timbalan lebih berkuasa . Hehe .. Baik Mahathir sampai sekarang masih berkuasa ....

Aku nak tanya hang, sejak bila pulak aku beriye nak keluarkan TGHH?

Kau cakap ni ada fikir dulu tak?

Tu la hang ni, dengar fitnah orang tu terus percaya. Tak nak fikir dulu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.