Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 28, 2009

Kalau Tak Suka Husam, Undilah Mat Sabu. Jangan Bagi UMNO Menang

Saya tahu ramai yang sudah terpengaruh dengan fitnah yang dilemparkan kepada Husam Musa sejak tahun lepas. Sehingga ada blog "Anti Husam" yang diadakan khas untuk menyerang Husam Musa. Dan ada pula penulis upahan yang telah menulis buku untuk memfitnah Husam Musa dan akan dilancarkan sempena Muktamar depan ini. Ramai yang tak tahu, penulis upahan ini telah disaman oleh Husam Musa dua kali kerana beliau telah menuduh Husam tanpa bukti sebelum ini.

Saya meminta mereka yang meragui Husam Musa, supaya mengundi Abang Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Janganlah mengundi calon Timbalan Presiden yang disukai dan diidami oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Cukuplah perpecahan dan persengkataan dalam PAS yang ditimbulkan oleh golongan yang berkepentingan dan bernafsu besar seperti mereka yang terlibat dalam Fraksi UMNO ini. Mereka ini tidak membawa apa-apa kebaikan kepada PAS malahan mereka akan menjadikan PAS alat untuk menyelamatkan UMNO sahaja.

Fraksi UMNO ini adalah golongan yang tiada maruah dan mereka sanggup mengorbankan PAS semata-mata cita-cita dan kepentingan pribadi mereka sahaja.

Yang lebih menyedihkan, mereka sanggup menukar isu ini kepada kononnya menentang ulama. Sesiapa yang dilihat menentang usaha membawa PAS masuk UMNO akan di cop menentang ulama. Begitu lah jahat dan jijik taktik yang dibawa oleh Fraksi UMNO ini demi menyelamatkan UMNO yang tercinta.

Tidak disangka sebahagian dari ulama dalam PAS ini adalah dari jenis Harussani Zakaria dan mereka sanggup menjadikan PAS sebagai kuda tunggangan untuk menyelamatkan UMNO.

Husam menjadi mangsa mereka yang utama sebab tindakan Husam selama ini yang membawa PAS kepada arah yang lebih baik dan menurunkan populariti golongan totok dalam PAS. Pada PRU 2004, golongna totok ini menguasai keseluruhan imej dan tawaran PAS kepada umum. Hasilnya, PAS hilang Terengganu dan hilang semua kerusi di Perak dan Selangor.

Pada 2008, kaedah baru digunakan melalui usaha dan idea dari golongan "erdogan" atau "professional". Misalnya, digunakan slogan "PAS for All", di "engage" HINDRAFF, di tukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan.

Hasilnya, PAS mencatat kemenangan terbesar dalam sejarah PAS.

Sekarang golongan totok ini mahu "membunuh" golongan professional/ "erdogan" ini kerana:

a. Mereka mahu menyelamatkan UMNO
b. Mereka mahu "hijack" kemenangan PAS ini dan menjadikan kemenangan ini seolah-olah hak mereka.
c. Mereka mahu memastikan PAS kembali kepada PAS sebelum 2004 sebab cara baru PAS ini bukan idea dari mereka.

Bayangkan, orang yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu sekarang ini memacu usaha membawa PAS masuk BN.

Di Kelantan mereka memfitnah Husam Musa atas ke bawah sebab Husam Musa bertegas tidak mahu memberi balak kepada mereka ini. Kalau ditakdirkan Husam mengikut kehendak puak-puak ni, nescaya PAS akan kalah 2008 lepas. Maka Husam telah difitnah sehabis-habisnya untuk memastikan HUsam tidak naik dan penguasaan mereka terhadap balak di Kelantan dikekalkan.

Di peringkat nasional, sekiranya Husam Musa dipilih, nescaya UMNO akan tersunggkur PRU 13 kelak. Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal.

Oleh sebab itu, saya menyeru kepada mereka yang tidak menyukai Husam Musa, supaya mengundi Abg Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden. Kalau tidak, maka PAS hanya akan menjadi kuda tunggangan UMNO sahaja dan akhirnya PAS terpaksa tunduk kepada tokeh judi dan arak, yakni yang menjadi pembiaya kepada UMNO.

Ingat, Najib Tun Razak tak sampai sebulan jadi MOF telah meluluskan 10 "Special Draw" yang baru.

Tolonglah jangan jadikan PAS sebagai hamba kepada tokeh2 judi dan arak macam UMNO.

Tulang Besi

49 comments:

Ayatollah said...

takkan la ahli PAS nak tengok orang syiah jadi Timbalan Presiden?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yang kuat mencarut jadi Timbalan?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yg suka muka orang dlm ceramah dia jadi Timbalan?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yang pernah ditangkap berkhalwat jadi Timbalan Presiden?

takkan la ahli PAS bengong sangat nak pilih org mcm tu jadi Timbalan Presiden PAS???

Ayatollah said...

takkan la ahli PAS nak tengok orang syiah jadi Timbalan Presiden?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yang kuat mencarut jadi Timbalan?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yg suka "MAKI" orang dlm ceramah dia jadi Timbalan?

takkan la ahli PAS nak tengok orang yang pernah ditangkap berkhalwat jadi Timbalan Presiden?

takkan la ahli PAS bengong sangat nak pilih org mcm tu jadi Timbalan Presiden PAS???

Anonymous said...

Ayatollah,

Kalau macm tu, apa yang susah sangat. Undi ajelah YB Dato Husam Musa.

Monkey Code said...

SO Ayatollah, KAU SURUH ORANG PILIH SAPA? ...NASARUDDIN...WAJAH NYA PUN DAH CUKUP MENUNJUKAN KAN YANG BELIAU TAK ADA CHARISMA PUN..BAB2 YANG LAIN TU LUPA KAN JE LE PASAL DIA NI.

Kalau Husham aku setuju le.

Ayatollah said...

masalahnya Husam ni pula penakut dan penipu besar

Anonymous said...

oi melayu jangan jadi melayu yg bangang, yg ketinggalan.!!! wakakaka

Anony Mouse said...

Teruk benar ke fraksi pro-UMNO ni, TB, yang ko hentam habis-habisan. Aku tak boleh percayalah walaupun aku dengan senang hati memilih Husam. Aku tak percaya yang puak fraksi UMNO ni betul-betul dah tak jadi Islamik seperti yang ko gambarkan. Depa ni kan ulama. Takkan tak bersandar kpd agama apa-apa pendirian mereka. Takkanlah kalu Nasha menang puak-puak ni betul-betul akan bawa PAS join BN. Aku rasa kalau Nasha menang, depa cuma akan maintain PAS pre-2004. Takkan senang-senang nak join BN. Impossible.

Aku memang sokong Husam dan "professional" sebab performance. Puak fraksi UMNO memang kureng perform, tapi aku tak termakan hujah2 ko yang mengatakan puak fraksi UMNO ni benar2 teruk dan mementingkan diri mereka dan politik mereka, sampai cerita tak dapat balak pulakla. Takkan takda perjuangan Islam pada mereka lagi?

Aku dan penyokong Husam lain dah confuse sebab ko dah bawa pertikaian ni ke peringkat yang cemar dah. There must middle ground, idak?

Cuba kau jelaskan sikit. Tapi jangan over memfitnah la. Ni pertanyaan ikhlas dari orang PAS kat ground level. Aku bukan menyindir kau. Aku nak tau betul-betul.

pasbaru@yahoo.com said...

Siapakah Yang Paling Layak Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS?


http://muktamarpas.blogspot.com/


.

Monkey Code said...

Ayatollah bukti kan le...jangan jadi macam buat tuduhan husam beli undi dulu...rupa2 nya cerita fitnah saja (macam perangai orang2 UMNO dan Syiah)...Dalam Pas sekarang ni macam ada idea 'TAQIYAH' Syiah pula, iaitu 'KONSPIRASI'..untuk survival mereka di dunia ini di boleh kan atau di halakan menipu ,berbohong, fitnah dan pengkianatan.

Itu yang TGNA risau sangat dengan geng2 'Hippocrates'='munafiq' dalam PAS ni ...dan kami2 di PKR/PR pun mempunyai risau yang sama. KAMI ANTI NATIONALIST racist...sebab ia LANGSUNG TAK ISLAMIC.

Tulang Besi said...

Anonymous Ayatollah said...

masalahnya Husam ni pula penakut dan penipu besar
.

Penakut? Penipu?

Penakut sbb tak nak berdebat dgn Ezam.

Kalau abg mat pun takkan sanggup berdebat dgn Ezam mat Nor.

Sapa nak berdebat dgn katak

Monkey Code said...

typo error:
di halal kan menipu ,berbohong, fitnah dan pengkianatan.

Tulang Besi said...

Aku tak percaya yang puak fraksi UMNO ni betul-betul dah tak jadi Islamik seperti yang ko gambarkan. Depa ni kan ulama. Takkan tak bersandar kpd agama apa-apa pendirian mereka..

Kalau ulamak, kenapa galak sangat buat fitnah? i.e. tuduhan politik wang

Ulama ni kena tunduk pada agama lebih dari orang lain.

Tulang Besi said...

Pasbaru@yahoo.com,

Nampaknya blog muktamarpas.blogspot adalah blog penipu dan pembohong.

Ikuti laporan dia pasal debat TV9 di
http://muktamarpas.blogspot.com/2009/05/kisah-disebalik-debat-husam-zahid.html.

Selepas tu ikuti pula kenyataan Husam Musa di:

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20962&Itemid=1

Jadi, terlondehlah penipuan yang ditaja oleh Fraksi UMNO/UMNO di blog muktamarpas.

Tulang Besi said...

Aku memang sokong Husam dan "professional" sebab performance. Puak fraksi UMNO memang kureng perform, tapi aku tak termakan hujah2 ko yang mengatakan puak fraksi UMNO ni benar2 teruk dan mementingkan diri mereka dan politik mereka, sampai cerita tak dapat balak pulakla. Takkan takda perjuangan Islam pada mereka lagi?

Aku dan penyokong Husam lain dah confuse sebab ko dah bawa pertikaian ni ke peringkat yang cemar dah. There must middle ground, idak?
.

Ok la saya kena jawab satu-satu:

a. Balak di Kelantan ni, kalau nak tau cerita dia secara detail boleh rujuk blog Bakaq@ Penarik BEca. Dah lama dah dia buat pendedahan.

b. Keduanya, kalau bukan kepentingan diri, apa dia motif yang mendorong puak2 ni hendak membawa PAS kepada UMNO?

c. Saya ada cakap sebelum ini, ramai lulusan agama termakan dengan dakyah mereka kononnya kepimpinan ulama dan institusi ulama dalam PAS hendak dihapuskan.

Isu asal adalah menghalang PAS dibawa kepada UMNO, telah diubah kepada isu menolak kepimpinan ulama

d. Dan, kalau dah tak perform, kenapa mereka ni masih nak bertanding.

Ust Harun Taib pegang balik Ketua Dewan Ulama PAS padahal masa dia pegang dahulu, takda output pun dari Dewan Ulama yang boleh dibanggakan?

Itu satu contoh yang jelas

e.Saya tak pernah mencemar sesiapa. Saya hanya mendedahkan. yang mencemar mereka adalah mereka sendiri dan tindakan mereka yang tidak mementingkan PAS dan jemaah.

Bagi saya, mereka yang tidak perform, kemudian masih hendak memegang jawatan dalam parti ertinya mereka adalah mementingkan diri sendiri dan meletakkan parti di bawah.

Monkey Code said...

For you Ayatollah:

'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau

Anony Mouse II said...

Kalau ulamak, kenapa galak sangat buat fitnah? i.e. tuduhan politik wang

Ulama ni kena tunduk pada agama lebih dari orang lain.
Takda penerangan pun, sebaliknya counter attack.

TB,
Aku ni cari jawapan. Middle ground punya stand (skewed to Husam.)

Tolong betulkan pendapat aku ni:
Fraksi UMNO nak buat kerajaan perpaduan sebab 1) takut melayu hilang kuasa 2) takut Islam makin lama terabai 3) takut sekular semakin kuat melalui kerjasama PAS dan PKR/DAP 4) takut "professional" akan merealisasikan 1,2 dan 3. Jadi kalau kerajaan perpaduan tertubuh beberapa post menteri dan powerful positions akan diberikan kepada lebih ramai melayu (orang PAS latu) lalu kedudukan melayu akan terus kukuh dan ketuanan Melayu/Islam terus terjamin. Inilah pendapat aku tentang hala tuju fraksi UMNO. betul ke tidak?

OK, andaikan betullah.
Hujah ulama vs professional ni timbul kemudian dan tuduhan politik wang pun bukan tuduhan yang solid. Ketua Ulama dah minta maaf dan isu dah dilupakan.

Tapi anda, En TB, dah membawa hujah2 sampai menggambarkan puak Fraksi UMNO ni dah bukan berjuang untuk Islam lagi dgn tuduhan tak dapat balak dan seolah-olah betul mereka DAH ada kerjasama SEKARANG dengan UMNO untuk hentam dan jatuhkan Husam. Ni yang aku tak boleh faham dah. Takkan mereka (Fraksi UMNO) dah langsung meninggalkan prinsip Islam demi menjatuhkan Husam. Ni yang IMPOSSIBLE. Aku tak boleh terima hala mengatakan para ulama dah begitu desperate mengalahkan Husam. Apalagi dengan wajah halus dan mulia Timbalan Mursyidul Am pun di dalam puak tu.....

Atau kau memang dah ter"over" menggambarkan mereka.

Tolong jelaskan.

Tulang Besi said...

Fraksi UMNO nak buat kerajaan perpaduan sebab 1) takut melayu hilang kuasa 2) takut Islam makin lama terabai 3) takut sekular semakin kuat melalui kerjasama PAS dan PKR/DAP 4) takut "professional" akan merealisasikan 1,2 dan 3M.

Takut based on what?

Adakah DAP akan menghalang islam?

Adakah Anwar akan menghalang Islam?

Mereka tak pernah bincang dgn DAP dan Anwar pun, terus pegi bincang dgn UMNO.

Semua yang mereka takutkan ini TIDAK ADA ASAS samasekali.

Tidak berasas kepada fakta. hanya andaian sahaja yang tidak berasas.

Bagi saya ia cuma alasan untuk melindungi kelemahan dan tujuan sebenar mereka bersama dengan UMNO

Tulang Besi said...

Tapi anda, En TB, dah membawa hujah2 sampai menggambarkan puak Fraksi UMNO ni dah bukan berjuang untuk Islam lagi dgn tuduhan tak dapat balak dan seolah-olah betul mereka DAH ada kerjasama SEKARANG dengan UMNO untuk hentam dan jatuhkan Husam.

PAsal balak ni even Bakar pun dah dedah dahulu. Benda ni dah lama dan memang sejak dahulu mereka berbulu dgn Husam pasal isu balak ni.

Cumanya, bila timbul fraksi UMNO ni pulak, geng balak anti husam kat kelantan join venture dengan geng fraksi UMNO untuk jatuhkan Husam Musa.

Juga, bagi saya mereka yang hendak membawa PAS masuk UMNO ni berjuang untuk kepentingan pribadi sendiri dan sudah tidak berjuang untuk Islam lagi.

Sebabnya? kenapa mereka boleh sampai ketahap menipu dan berbohoing kepada ahli dan AJK PAS Pusat?

Apa motifnya? Kalau berjuang islam mengapa takut untuk berdepan dengan ahli dan AJK? Sampai kena berbohong?

Muhammad said...

Majlis Ceramah di Masjid Al-Hidayah bersama Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin(Ahli Majlis Fatwa N.Sembilan),

Tarikh : 28 MEI 2009 (KHAMIS-MALAM INI)
Masa : Lepas Solat Maghrib &
Masjid Al Hidayah Taman Melawati
Muslimat semua dijemput hadir,


http://pondokhabib.wordpress.com

Anonymous said...

Baru ni pun, Zahid Hamidi lari lintang pukang tak berani berdebat dengan Husam Musa setelah percubaan memfitnah Husam dengan tuduhan politik wang gagal.
hehehe.zahid hamidi lari ke atau husam yang kecut perut..ko jangan sembunyikan cerita yang sebenarlah TB.ko ni penghasut.ko baca cerita ni disini,baru tau.

http://msomelayu.blogspot.com/

Husam dah xlayak jadi timbalan presiden.xprofesional.terlalu angkuh.tidak mencerminkan imej pemimpin parti islam.

-ahmad-

Tulang Besi said...

hehehe.zahid hamidi lari ke atau husam yang kecut perut..ko jangan sembunyikan cerita yang sebenarlah TB.ko ni penghasut.ko baca cerita ni disini,baru tau..

Aii MSO ni nak kena saman kali ketiga ni.

Sebelum ni dah kena saman fitnah dua kali dengan husam Musa.

Hakikatnya, sapa2 pun pimpinan PAS memang tidak digalakkan untuk berdebat dengan Ezam sebab Ezam adalah katak

Anony Mouse III said...

Hmmmmm....

Juga, bagi saya mereka yang hendak membawa PAS masuk UMNO ni berjuang untuk kepentingan pribadi sendiri dan sudah tidak berjuang untuk Islam lagi.

Sebabnya? kenapa mereka boleh sampai ketahap menipu dan berbohoing kepada ahli dan AJK PAS Pusat?
Ni dakwaan bahaya...mengatakan mereka tidak lagi berjuang untuk Islam.

Kedua, adakah itu bermakna TG Presiden pun seorang yang bodoh atau sebahgian pauak ini? Na'uzubillah. Menggunakan gaya jawapan anda masa menjawab Nik Abduh dulu, adakah TG HH terlalu "dungu" dipermainkan fraksi UMNO.

Saya sekali2 bukan mengatakan TGHH begitu tetapi peristiwa pertemuan dgn UMNO telah berlaku dan TGHH tahu mengenainya. Adakah TGHH tersalah penilaian, sepertimana TGNA bijak tidak salah menilai? Perkara ni berlaku di peringkat tertinggi, bukan level Kawasan beb.

Okeylah ni last post untuk tajuk ni. Saya pun naik takut menimbulkan pesoalan ni. Semoga Allah melindngi perjuangan suci Islam di malaysia.

Tulang Besi said...

Ni dakwaan bahaya...mengatakan mereka tidak lagi berjuang untuk Islam.

Kedua, adakah itu bermakna TG Presiden pun seorang yang bodoh atau sebahgian pauak ini? Na'uzubillah. Menggunakan gaya jawapan anda masa menjawab Nik Abduh dulu, adakah TG HH terlalu "dungu" dipermainkan fraksi UMNO.
.

So awak confirm la TGHH sokong bawa PAS masuk BN?

Anonymous said...

Punya la bangang Tulang Babi dengan menfitnah Ust Nasa nak bawa PAS masuk UMNO. Manakan boleh seorang individu boleh membawa Parti PAS joint dengan UMNO. Hatta kalau TGNA nik Aziz kata PAS mesti bubar dan masuk UMNO pun tak boleh. Kenapa ? PAS bukan parti individu. Mintak simpanglah, kalau PAS nak masuk UMNO pun mesti diluluskan oleh Muktamar Khas. Bukannya setakat Ust Nasa, Dewan Ulama' ataupun Majlis Syura. Ini semua kena maklum.

Kalau Muktamar Khas dah luluskan baru boleh masuk UMNO !!!! Maksudnya kalau muktamar khas dah lulus maka secara umumnya semua ahli setuju(mintak dijauhkanlah perkara ini berlaku dan semoga ALLAH melindungi PAS) Boleh ke Ust Nasa, Harun taib dan sebagainya yang difitnah oleh Tulang Babi untuk bawa PAS gabung dengan UMNO Janganlah cuba diketengah isu merepek dan murahan ini untuk memburukan individu tertentu.

Seperkara lagi kalau Ust nasa nak jadi menteri ker, timbalan menteri ker, tak payah minta PAS gabung dengan UMNO. Cukup kalau dia cross seorang, Confirm mesti UMNO bagi jawatan. Paling tidak Timbalan Menteri. Kenapa Ust Nasa tak buat kalau dia gila habuan ??? Nakahie yang tak da jawatan Ahli PArlimen pun boleh dapat kedudkan dalam UMNO inikan Ust Nasa.

Aku nak cerita pasal Husam sikit sebab aku tak berapa confiden dengan beliau. Bukan kempen tapi nak kongsi cerita. Aku kenal Husam sebelum dia jadi ahli parlimen, semasa dia jadi S/P TGNA. Pada suatu pagi dalam tahun 1998, waktu sarapan pagi bersama beliau dengan menikmati nasi pulut+sambal tumis kami pun berceritalah pasal pengalaman masing-masing. Dia pun cerita bahawa Dajjal akan turun pada tahun 2004 berdasarkan pembacaannya dan perbincangan ???? Itulah sebab dia kata tentera Israel telah mengecat semula semua jet pejuangnya dan di tulis "LADDA" pada jet tersebut bagi menunggu kedatangan DAJJAL. Aku pun tercengang dengan cerita Husam (ingat ini diceritakan oleh Husam pada tahun 1998). Masa terus berlalu, alhamdulillah DAJJAJ masih tak turun. Apa moralnya ??? Husam suka berangan !!!

Kalau ko Tulang Babi tak percaya dengan cerita aku ini kalau boleh tanya Husam Musa pasal pengkisahan yang aku buat ini. Bukan cerita tapi pengkisahan dan kemudian kita boleh berkenalan.

Haqqul Mubin.

Abu said...

Asal bukan ulamak sapa2pun bolih jadi pemimpin. Ulamak ni beku, tak progresif, dan tak pragmatik.

Tulang Besi said...

Punya la bangang Tulang Babi dengan menfitnah Ust Nasa nak bawa PAS masuk UMNO. Manakan boleh seorang individu boleh membawa Parti PAS joint dengan UMNO. Hatta kalau TGNA nik Aziz kata PAS mesti bubar dan masuk UMNO pun tak boleh. Kenapa ? PAS bukan parti individu. Mintak simpanglah, kalau PAS nak masuk UMNO pun mesti diluluskan oleh Muktamar Khas. Bukannya setakat Ust Nasa, Dewan Ulama' ataupun Majlis Syura. Ini semua kena maklum. .

Wahai Mukazzeeb Mubeen,

Jgn la kau jual ubat kat sini. orang dah maklum dengan auta kau kat sini.

Dah banyak kali kau ditangkap menipu kat sini.

memang la kena masuk Muktamar Khas untuk lulus usul ni, tapi selagi ada fraksi UMNO dalam PAS, mereka akan terus melobi dan berkempen untuk membawa PAS masuk BN

Lepas tu mereka akan terus mengacau ketenangan dalam Pakatan Rakyat seperti yang berlaku sewaktu Sept 16 lepas.

Tak jadi kerja. Segala usaha untuk menggantikan UMNO akan gagal kalau puak2 ni masih duduk kat atas.

Make Money Online said...

saya lebih suka Husam cabar Tg Presiden..seperti yg dicadangkan oleh Ketua Pemuda PAS yang Baru..moga arah tuju PAS lebih terarah..

Anonymous said...

aku heran pasal apa TB beria2 sangat menyokong husam musa ni.ko dapat upah berapa hah?pemimpin macam ni pun ko nak harapkan supaya memimpin parti islam?mana ada sikap profesional dia?cuba ko tengok mlm baru ni kat tv9.ada ke patut dia cabut lari tinggalkan program tu.masuklah berhujah dengan sikatak lompat tu.husam kata dia xsetaraf ngan ezam.abis tu,husam setaraf ke ngan zahid?husam pegang jawatan menteri ker?

dahla,kalau penakut tu,katakanlah 'aku xberani berhujah pasal rasuah dengan ko ezam..'abis cerita.ni x,pusing situ,pusing sini.perwakilan macam TB je yang berani pilih husam ni.

-ahmad-

Tulang Besi said...

Aku nak cerita pasal Husam sikit sebab aku tak berapa confiden dengan beliau. Bukan kempen tapi nak kongsi cerita. Aku kenal Husam sebelum dia jadi ahli parlimen, semasa dia jadi S/P TGNA. Pada suatu pagi dalam tahun 1998, waktu sarapan pagi bersama beliau dengan menikmati nasi pulut+sambal tumis kami pun berceritalah pasal pengalaman masing-masing. Dia pun cerita bahawa Dajjal akan turun pada tahun 2004 berdasarkan pembacaannya dan perbincangan ???? Itulah sebab dia kata tentera Israel telah mengecat semula semua jet pejuangnya dan di tulis "LADDA" pada jet tersebut bagi menunggu kedatangan DAJJAL. Aku pun tercengang dengan cerita Husam (ingat ini diceritakan oleh Husam pada tahun 1998). Masa terus berlalu, alhamdulillah DAJJAJ masih tak turun. Apa moralnya ??? Husam suka berangan !!!.

Ni lah standard hujjah kau menentang Husam Musa. Cerita2 pribadi yang tak dapat dikonfirm.

Aku pun tak tau ni cerita betul ataupun auta kau je

Kan kau nama Mukazzeeb Mubeen

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

aku heran pasal apa TB beria2 sangat menyokong husam musa ni.ko dapat upah berapa hah?pemimpin macam ni pun ko nak harapkan supaya memimpin parti islam?mana ada sikap profesional dia?cuba ko tengok mlm baru ni kat tv9.ada ke patut dia cabut lari tinggalkan program tu.masuklah berhujah dengan sikatak lompat tu.husam kata dia xsetaraf ngan ezam.abis tu,husam setaraf ke ngan zahid?husam pegang jawatan menteri ker?
.

Aku pun heran pasal kau jugak wahai Ahmad.

Kau kan UMNO. Apasal kau beriye sangat nak sokong Ust Nasa?

Orang Baru said...

Aku pun tak faham dengan fraksi umno dalam PAS @ geng muqobalah.

Jika nak seranh Husam semua guna isu peribadi. Kerana apa? kerana gerakerja Husam sangat bagus dan profesional.

Nak harap Nasa? Mengabihkan bogheh jo..

Anonymous said...

Aku pun heran pasal kau jugak wahai Ahmad.

Kau kan UMNO. Apasal kau beriye sangat nak sokong Ust Nasa?
ko xjawab soalan aku tadi TB.ko ni memang autala..xboleh jawab soalan aku,ko terus cop aku ni umno.begini punya orang pun ada jugak ker?

-ahmad-

Tulang Besi said...

ko xjawab soalan aku tadi TB.ko ni memang autala..xboleh jawab soalan aku,ko terus cop aku ni umno.begini punya orang pun ada jugak ker?

-ahmad-
.

Kau tak paham ke jawapan aku tu? Kan ada jawapan tersirat tu

Orang Baru said...

Tulang Besi,

Tak semua orang gila perlu dilayan.

Kalo tak larat nak layan biar je si luncai terjun dengan labu-labunya.

Anonymous said...

Tulang Babi... Aku cabar kau (yang dikatakan baik dengan Husam, siap bagi nasihat kat dia) untuk confirm cerita aku ini. Aku tak PENIPU macam kau. Siap fitnah Dewan Ulama' kerana tak jemput TGNA untuk rasmi Seminar Kepimpinan Ulama' kononnya membelakangkan Musrsyidul Am. Tengok sekarang mungkinlah kau DAJJAL yang yang maksudkan akan turun pada 2004 !!!

Haqqul Mubin

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Tulang Babi... Aku cabar kau (yang dikatakan baik dengan Husam, siap bagi nasihat kat dia) untuk confirm cerita aku ini. Aku tak PENIPU macam kau. Siap fitnah Dewan Ulama' kerana tak jemput TGNA untuk rasmi Seminar Kepimpinan Ulama' kononnya membelakangkan Musrsyidul Am.
.

Wahai mukazzeeb mubeen,

kau nak cabar apa. Benda aku tulis pun kau tak baca betul.

Mana ada aku ckp Seminar Ulama tak jemput TGNA. Aku ckp dia tak dijemput untuk rasmi Seminar tersebut.

Kemudian saya dengar perkara tu telah dibincangkan semula dan surat baru serta perubahan program berlaku dimana TGNA dijemput merasmikan.

Kalau tiada campur tangan dari luar, nescaya TGNA tidak akan mendapat peluang merasmikan program tersebut.

Kau click la. Semua ada hitam putihlah Mukazzeeb Mubeen.

Dan, ada ka aku yang kena confirm cerita kau.

Kaula confirm kan sebab kau yang bawak cerita dongeng kau tu,

Anonymous said...

TB,

You should not advise people to vote Mat Sabu, guarantee to split the Husam votes!

Stand firm no matter what on Husam.

Abd Razak said...

Kepada Tulang Besi,

Usah dilayan golongan2 fraksi umno seperti nizam toha,ahmad umno tu dan lain2...mereka ni mmg dh perangai sebijik cam umno...suka buat kenyataan yg tiada fakta dah hujah yg kuat...at least TB ada fakta yg kukuh...mereka ni mmg teringin sgt nk join umno sbb nk dpt projek...baru Allah bg ssh sikit dh x tahan dgn tawaran umno...utk pengetahuan ko wahai fraksi2 umno aku dh pergi berpuluh2 ceramah DSAI di hadapan ribuan org cina dan india...xpernah dia ckp yg Islam dan melayu akan diabaikan...beliau siap berkata di depan mereka hak org Islam dan melayu tidak bleh diubah kerana ia sudah termaktub dlm perlembagaan...kaum non-muslim pn x kisah...siap majoriti DSAI meningkat lg utk PRK Permatang Pauh...ko tu dpt maklumat dr kitab suci kesukaan korang iaitu utusan melayu dan tv3...lps tu terus percaya...dh sah mmg korang ni balaci umno dulu,kini,selamanya....

Anonymous said...

Sebagai seorang perwakilan kawasan keMuktamar bulan depan,saya telah membuat persediaan untuk mengundi Tim.Presiden berdasarkan beberapa garis panduan:
(1) Siapa diantara 3 calun itu yang dianggap mampu "menguntungkan"PAS?
(2) Olih kerana ini merupakan jawatan pentadbiran,saya akan memilih individu yang bolih "perform" tanpa ambil kisah dia ulamakke,profesionalke atau syiahke.
(3) Saya sadar,insaf dan faham akan kedudukan PAS dewasa ini berdasarkan prestasi diKuala Trengganu dan Bukit Gantang.
(4) Saya juga yakin bahawa pemilihan saya akan menentukan sama ada PAS akan terus maju dan berupaya pula memperkasakan diri berhadapan dengan PRU ke13 kelak.
ATAU kesilapan saya akan membawa PAS kebelakang dan mudur.
(5) Tanpa ambil kisah apa orang kata - inilah garis panduan yang akan saya ikuti,InsyaAllah.

kembara putih said...

Aku tak sokong Husam, sekular dan berketuakan Anwar, lebih percayakan Anwar dari Presiden parti sendiri, juga tak sokong Mat Sabu, fraksi Syiah. Walaupun Nasa tak perform, tak ada pilihan lain kena sokong beliau juga, harap2 beliau menjadi lebih baik di masa depan. Cerita kononnya beliau nak menyatukan PAS dengan UMNO adalah hujah yang amat dangkal sekali. Kalau katakan Husam nak menyatukan PAS dengan PKR aku lebih percaya.

Rozana said...

Ustaz Nasa diakui seorang ulama berkaliber . Habis, apasal awal-awal tak dicalonkan sebagai ketua dewan ulama ? Ni duk recycle je kat dewan tu dan tak payah duk perang dingin kat 'dewan eksekutif'.

Gedong Lalang said...

Untuk memileh Timbalan Presiden Pas perwakilan harus menetapkan beberapa kriteria.

1 Memileh calon yang boleh menjalankan tugas yang baik tidak kira apa jua fahaman masing masing.

2. Memileh calon yang akan memberi keuntungan kepada Pas dari semua segi.

3. Memileh calon yang dapat menyatupadukan ahli ahli Pas selepas Muktamar dan dapat memperkukuhkan Pakatan Rakyat dalam menentang Umno/BN.

Anoinimuz said...

Aya, ko kate husam menipu? main sedap mulut mak bapak ko jek....

HUSAM akan melumatkan rantai2 UMNO dan seluruh fraksi2nye....jgnlah cuak bro....takot tembelang ke geng2 lu punye agenda....

UMNO HARUS DIMUSNAHKAN !!!!

Tulang Besi said...

May 29, 2009 12:04 AM
Blogger kembara putih said...

Aku tak sokong Husam, sekular dan berketuakan Anwar, lebih percayakan Anwar dari Presiden parti sendiri, juga tak sokong Mat Sabu, fraksi Syiah. Walaupun Nasa tak perform, tak ada pilihan lain kena sokong beliau juga, harap2 beliau menjadi lebih baik di masa depan.
.

Amboiiii sedapnya kao buat fitnah.
Orang Sekular terima hudud ke?

Anwar Ibrahim secara terbuka terima hudud?

TAPI, semenjak sesetengah pemimpin PAS merapati UMNO, mereka dah berenti cakap pasal hudud.

Betul tak?

Kalau boleh bergerak dan berdakap dengan orang sekular, itu bukan tanda org tu dah jadi sekular?

Anonymous said...

Kembara putih,
Bekas PM Abdullah Badawi sendiri yang telah mengesahkan kumpulan ini dah bertemu dengan UMNO sebanyak 3 kali.Nak bukti apa lagi? Itu dengan Abdullah Badawi,yang berjumpa cara senyap-senyap dan dalam gelap,tak tahu entah berapa kali.Pak Bakaq dalam Penarik Beca dah dedahkan tentang Task Force 2010 dalam blognya.Tak bacake? Sebelum buat sebarang komen buatlah sikit penyelidikan,jangan main hentam-keromo saja.

Anonymous said...

seorang calon timbalan akan berkempen di batu gajah malan ini. jom pi ramai2...

http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/apakah-makna-dan-ertinya-semua-ini-jam.html

Paipon said...

salam....

hahahahaha...aku lucu la bila baca komen hangpa yg duk gaduh sama sendiri...geng UMNO lahanat plak ambik kesempatan sekali..hahahahaha!!!

bergaduh macam bangang,bodo,xdak ilmu..mcm budak2..huhu

Tulang Babi? siapa tu? Tulang Besi? TB? hahahahahaha...memang tepat sekali utk mereka yg sengaja atau berniat utk pecahbelahkan saf perjuangan Islam...

bersangak baik amat dituntut oleh Islam...malah dlm sirah Nabi Muhammad SAW pun ditunjukkan sifat2 golongan munafik hanya melalui setiap tingkah laku yg bertentangan dgn syariat..bukannya perkara yg remeh temeh..kita tau kat hati mereka yg dikatakan fraksi UMNO?tau ka hati mereka yg dikatakan fraksi Anwar?...wallaua'lam...selagi mereka mendokong dan menjunjung setiap yg digariskan oleh parti..maka hendaklah kita bersangka baik...

Jangan hangpa semua jadi Lahanat yg terperangkap dengan caturan UMNO Lahanat jahanam,Mangkuk Hayun Periuk Kayu tu...

salam...

Anonymous said...

PAS perlu berani lakukan perubahan termasuk tukar pemimpin ulamak palsu pas yang pro umno, yang sangup gadai pesanan Haji FAdzil Noor semata mata nak kongsi kuasa kat terenganu! Apesal TGHH tak nak kongsi kuasa dgn UMNO kat perak?.. ke dah buat arangement dah senyap2? apa pun sokong lah ulamak sejati seperti ANWAR IBRAHIM... www.malaysiabaru.com

Ruzi Shuib said...

hapus kan husam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.