Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 13, 2009

Kalau Ulama Mesti Memimpin Pemuda, Apa Guna Ada Dewan Ulama?

Here is the beginning of my post.

Nota: Saya mendapat tulisan ini dari salah seorang exco pemuda PAS negeri yang mahu meluahkan perasaan hati beliau berkaitan dengan pemilihan Pemuda PAS yang akan berlangsung. Kesian juga saya lihat saudara kita ni.

Pelik dan ajaib sekarang ini dalam pemilihan Pemuda. Gendang "semua pemimpin mesti ulama" dipalu sekuat-kuatnya. Terutamanya datang dari mereka yang bercita-cita untuk menduduki kerusi Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda.

Yang hairannya, apabila membuat kerja, maka tenaga yang bukan ulama diperlukan tetapi apabila pemilihan hanya ulama sahaja yang dibenarkan memegang jawatan dalam Pemuda. Adakah ini sebenarnya yang dimaksudkan dengan Kepimpinan Ulama dalam PAS?

Dalam demonstrasi, biasanya kami yang bukan ulama ni lah yang terpaksa berhadapan dgn FRU dan Polis.

Biasanya Kerja Ustaz2 Hanya Berkuliah dan Berceramah

Dalam negeri saya ni, dah beberapa zaman Pemuda dipimpin oleh ”ulama” (sebenarnya ustaz je). Dan apa yang saya lihat, apabila mereka memegang jawatan, tugas mereka hanyalah setakat memenuhi undangan memberi kuliah dan ceramah. Tugas mentadbir Pemuda biasanya diabaikan menjadikan pemuda negeri saya ini antara pemuda yang paling terkebelakang sekali.

Keahlian pemuda pun begitu lemah kenaikannnya dan pentadbiran pemuda pun kucar kacir.

Apa yang berlaku, bila golongan ”ustaz” memimpin pemuda, mereka hanya leka menjalankan kerja mengajar, berkuliah dan berceramah mereka. Dan pada kebiasaanya, mereka tiada masa untuk mentadbir pemuda itu sendiri kerana sibuknya berceramah dan berkuliah.

Bayangkan kuliah harus dipenuhi dari subuh, ke zuhur dan lepas maghrib serta isyak. Dimanakah masa mereka handak luangkan untuk kerja-kerja pentadbiran parti?

Saya tak nafikan ada ustaz2 yang memegang jawatan dengan amanah dan dedikasi tetapi dengan pukul rata mengatakan hanya ”ustaz” layak memimpin pemuda, itu adalah satu ungkapan yang benar-benar berlawanan dengan Islam.

Sepatutnya amanah diberikan kepada ahlinya. Misalnya, Pemuda memerlukan wang untuk bergerak dan seharusnya tugas bendahari/lujnah ekonomi diberikan kepada mereka yang tahu mencari wang tidak kira apa latar belakang akademik mereka.

Dimanakah prinsip menyerahkan amanah kepada yang ahli. Adakah semua lulusan agama dalam PAS maksum? Tiada cacat dan cela? Adakah semua golongan agama dalam PAS mampu mentadbir? Mampu berhadapan dengan kerenah politik yang bermacam-macam?
Kita jangan lupa tindakan bodoh Ustaz Mohd Hafiz Nordin di Pulau Pinang yang telah memalukan Pesuruhjaya nya sendiri dalam isu I-Dance. Adakah itu contoh kepimpinan ulama dalam pemuda yang kita hendak ikuti?

Setakat yang saya tengok sedikit sekali kepimpinan ulama dalam Pemuda ini yang terserlah kepimpinannya. Ramai yang hanya duduk memanaskan kerusi sahaja kerana seperti ikan di luar air.

Mereka terpisah dari realiti dunia ini dan mereka hanya mementingkan kerja kuliah dan ceramah mereka sahaja.

Seharusnya Kepimpinan Harus Sama Rata Dari Semua Kalangan

Seharusnya kepimpinan mesti datang dari mereka yang boleh memimpin dan boleh membuat kerja.

Saya tidak kira siapa pun dan apa latar belakang mereka. Ini kerana kepimpinan adalah amanah dan amanah tidak boleh disia-siakan.

Kepimpinan mestilah mereka yang memahami realiti atau waqi’ dan mereka yang mampu mentadbir parti dengan baik.

Bukan mereka yang hanya menumpukan aktiviti mereka kepada ceramah dan kuliah semata-mata.

Kepimpinan Pemuda mesti berani turun ke jalan, memimpin pemuda menghadapi cabaran dan dugaan. Bukan penakut dan bacul tapi garang hanya dalam kuliah dan ceramah sahaja.

Apabila kepimpinan Pemuda sama rata dan sama rasa maka barulah tembok sekularisma dapat dipecahkan dan Pemuda dapat menjadi Pemuda yang ditakuti serta disegani lawan dan kawan.

Tapi, kalau pimpinan Pemuda semuanya wajib ulama, apa guna ada Dewan Ulama. Baik bubar sahaja Dewan Ulama. Bukahkah begitu?

Kalau semua Ulama masuk Dewan Pemuda, siapa yang nak buat kerja ulama dalam PAS? Siapa yang nak buat kajian, buat fatwa, buat ijtihad dsbnya?

Apa guna ilmu yang dipelajari kalau tidak digunakan untuk menyelesaikan permasalahan dalam masyarakat dengan memberi fatwa dan ijtihad?

Itu sahajalah luahan hati saya. Saya sedih ramai dalam pemuda yang naik bukan sebab mereka layak atau boleh bekerja, tapi sebab title nama mereka ada kalimah ”ustaz”.

Pemuda Negeri

23 comments:

Anonymous said...

nak tahu asal usul kumpulan erdogan, baca ni...

http://syukran.wordpress.com/2009/05/12/asal-usul-nama-kumpulan-erdogan-dan-pemikiran-islamic-democrat/#more-1594

Anonymous said...

Tulang Babi = penentang kepimpinan ulama = dia ingat professional penipu seperti Husam dan anwar boleh beri dia shafaat di pdg mahsyar.

Anonymous said...

ARTIKEL YANG MENARIK.

USTAZ DAN USTAZAH SERONOK MENGHADIRI JEMPUTAN CERAMAH DAN KULIAH. SEBENARNYA MASA UNTUK PENTADBIRAN TERAMATLAH KURANG.

LEBIH BAIK BERI JAWATAN TERSEBUT KEPADA MEREKA YANG AHLI DAN BIJAK MENTADBIR.

USTAZ DAN USTAZAH SIBUK MENCARI UNTUNG DUNIA HASIL DARIPADA CERAMAH DAN KULIAH.. SEKALI CERAMAH ANTARA RM250.00 hingga RM1500.00. ADA DIANTARA MEREKA YANG BIASA MEMENUHI 5 UNDANGAN SEHARI SEMALAM. MASA BILA HENDAK MEMIKIR DAN MENTADBIR PARTI SIASAH.

--daripada MULUT LASER--

Anonymous said...

saya profesional juga tapi tak adalah nak kutuk dan rendahkan ulama....kalau semua perwakilan mahukan ulama apa salahnya?!... demokrasilah...jgn cemarkan nama profesional... we all tak adalah sampai takat tu...udahlah nak dikejarkan jawatan ...serahlah kepaada mereka yang ulama....

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Tulang Babi = penentang kepimpinan ulama = dia ingat professional penipu seperti Husam dan anwar boleh beri dia shafaat di pdg mahsyar.
.

Kepimpinan Ulama ni maksudnya Majlis Syura berada di atas kan?

Ada tak saya menentang peruntukan perlembagaan ni?

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

nak tahu asal usul kumpulan erdogan, baca ni...

http://syukran.wordpress.com/2009/05/12/asal-usul-nama-kumpulan-erdogan-dan-pemikiran-islamic-democrat/#more-1594
.

Eloklah, percaya lah cakap si Mustafa Akyol ni.

Mamat ni antara yang pro sekular kat Turki

Orang Baru said...

Aku pun tak sangka sampai begitu jumud pemikiran si herman tu. ntah hape-hape

Nizam Mahmud said...

Saya rasa kes ini sama dengan UMNO yang melaungkan hanya mereka yang layak mentadbir negara ini.

Come on la PAS. Nilai berdasarkan kepada merit la.

tak nak bateri lemah said...

Tak kisah ulama atau bukan ulama jadi Ketua Pemuda PAS asalkan layak.

Kalau seseorang itu layak, adakah si bebal akan mendakwa orang itu tak layak hanya kerana dia seorang ulama.

Janganlah bingai sangat!! Hanya orang gila yang fobia ulama!!!

Itu satu.

Kedua, jika Nasrudin Tantawi jadi Ketua Pemuda PAS, baik kita lupakan saja kewujudan Pemuda PAS. Ia memang ada, tetapi hakikatnya tiada.

Budak tu baterinya lemah! Dia mungkin ada otak sebagai penulis atau blogger. Tetapi, dia bukan material Ketua Pemuda PAS.

Mengapa dia jauh ketinggalan di belakang Salahuddin Ayub dari segi penerimaan rakyat?

Kalau Salahuddin pulun, adakah itu salah Salahuddin? Kenapa dia tak pulun untuk positionkan dirinya sebagai timbalan yang efektif?

Bukan dia tak mau positionkan dirinya sebagai pemimpin Pemuda PAS yang dekat di hati rakyat. Dia nak. Tetapi dia tak reti.

Baterinya sangat lemah untuk menjadi pemimpin politik yang efektif.

Ketika dia sepatutnya meningkatkan ilmu kepimpinan dan organisasinya, dia pergi ambil SPM! Orang bukan nak tengok awak ada SPM atau tidak untuk menjadi pemimpin.

Orang nak tengok kemampuan awak menjadi rahmat - mengambil semangat ayat al-Quran yang mafhumnya bahawa Rasulullah SAW diutuskan sebagai rahmat kepada seluruh alam.

Sayangnya, baterinya sangat lemah untuk mengenalpasti keutamaan mana satu yang patut dilakukan untuk menjadi pemimpin yang berkesan - menjadi rahmat kepada ahli-ahli Pemuda PAS yang dipimpinnya dan masyarakat Malaysia yang sepatutnya dia berkhidmat kepada mereka.

Dia mungkin baik sebagai blogger, penulis atau mengajar agama di masjid dan surau.

Tetapi Nasrudin Tantawi bukan material Ketua Pemuda PAS. IQ atau baterinya sangat2 lemah untuk kedudukan itu. Takut2 nanti Pemuda PAS akan diratah-ratah dengan penuh nikmat oleh Pemuda Umno!

Nasrudin Tantawi, ukurlah baju di badan sendiri!

Tidak mengapa kalau mahu ulama menjadi Ketua Pemuda PAS. Tetapi carilah ulama yang mampu menjadi Ketua Pemuda PAS!

Orang macam Ustaz Nazri Chik ada bakat. Sayangnya, dia dia memilih untuk menjadi hamba kerjayanya dan bukan hamba harakah Islam.

Nizam Mahmud said...

Guys,

Apa sebenarnya cerita dengan Ustaz Zaharudin Abdul Rahman? Bukan dia PAS ker? Dia yang pilih tak nak aktif atau ada yang sabotaj dia?

Anonymous said...

jawapan kpd nizam

kedua dua nya sekali.

saya kenal ust zaharuddin dan itu adalah kesimpulan saya bila bercakap dgn dia a few years ago.rugi sungguh pas, dia adalah antara org yg saya cukup respect dr semua segi.

Nizam Mahmud said...

Annoymous

Kalau begitu anda hendak lah jumpa dia dan minta dia ubah fikiran.

Sebab saya tengok bayangan Nik Aziz dalam diri UZAR.

Saya baca Nasarudin Tantawi blog, apa benda pun tak paham. Dia tu syok sendiri. Orang-orang berpendidikan agama saja boleh faham.

Saya baca UZAR, walau saya tak setuju dgn pendapat dia sekalipun dia boleh present idea dalam bentuk orang-orang yang tidak berpendidikan agama, yang guna rasional/logik boleh terima. Argument beliau bagus.

Anonymous said...

dia kat uk.masuk.blog dia la

Anonymous said...

Saya berpendapat UZAR tu ostad komersil.

Jauhilah darinya.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Saya berpendapat UZAR tu ostad komersil.

Jauhilah darinya.
.

Sebenarnya inilah contoh kempen fitnah terhadap UZAR yang menyebabkan perlantikan beliau sebagai SU Majlis Syura digagalkan.

Hakikatnya, ustaz2 yang tak suka UZAR ni takda pun buat apa2 nak mengisi kekosongan yang diisi UZAR.

Anonymous said...

Biasanya Kerja Ustaz2 Hanya Berkuliah dan Berceramah

kalau camtu tugas doktor, duk hospital dan klinik jela xpayah sibuk2 berpolitik.

ni kenyataan bangang tulang besi yang pernah aku dengar!

dahla TB,daripada ko merapu dalam blog baik ko pi pasar beli ikan pahtu goreng.buh kicap skit bagi penyedap.

-Doktor Mahadey-

Tulang Besi said...

kalau camtu tugas doktor, duk hospital dan klinik jela xpayah sibuk2 berpolitik.

ni kenyataan bangang tulang besi yang pernah aku dengar!

dahla TB,daripada ko merapu dalam blog baik ko pi pasar beli ikan pahtu goreng.buh kicap skit bagi penyedap.

-Doktor Mahadey-
.

Aikk bukan main UMNO sokong kepimpinan ulama sekarang ni ye?

Anonymous said...

Saya bukan ahli mana-mana parti politik.Namun sejak tsunami politik pru 12, rampasan kuasa di perak dan sebagainya saya secara suka rela tanpa ada paksaan menjadi penyokong pr dan pemerhati politik(self proclaimed) pas yang setia.

Tapi saya nak lontarkan beberapa soalan di sini.

1. Kenapa dalam umno tidak wujud isu ulama vs profesional.Adakah ini menunjukkan umno ni ahlinya semua bersatu padu tidak kira apa kumpulan?

2. Adakah isu dan polemik ulama/ustaz/pro muqabalah/pro kerajaan perpaduan vs profesional/erdogan/pro pakatan/anti kerajaan perpaduan menunjukkan ada beberapa segmen dalam pas tidak bersatu padu dan saling ingin cantas mencastas dalam karier politik pas?

3. Jika dalam pas ada golongan ulama dan professional, apa pula golongan yang wujud dalam umno? ulama,profesional,ahli perniagaan?

anak jati ipoh said...

Saya bukan ahli mana-mana parti politik.Namun sejak tsunami politik pru 12, rampasan kuasa di perak dan sebagainya saya secara suka rela tanpa ada paksaan menjadi penyokong pr dan pemerhati politik(self proclaimed) pas yang setia.

Tapi saya nak lontarkan beberapa soalan di sini.

1. Kenapa dalam umno tidak wujud isu ulama vs profesional.Adakah ini menunjukkan umno ni ahlinya semua bersatu padu tidak kira apa kumpulan?

2. Adakah isu dan polemik ulama/ustaz/pro muqabalah/pro kerajaan perpaduan vs profesional/erdogan/pro pakatan/anti kerajaan perpaduan menunjukkan ada beberapa segmen dalam pas tidak bersatu padu dan saling ingin cantas mencantas dalam karier politik pas?

3. Jika dalam pas ada golongan ulama dan profesional, apa pula golongan yang wujud dalam umno? ulama,profesional,ahli perniagaan?

maaf double posting kerana saya baru create google akaun...

anak jati ipoh said...

dipetik daripada artikel dalam akhbar siasah 10-16 MEI 2009.

perhatian : bukan keseluruhan artikel hanya fakta penting sahaja

'Kita hendaklah memprofesionalkan ulama dan mengulamakan profesional'

Inilah kata-kata keramat bekas presiden pas almarhum Datuk Fadzil Mohd Noor semasa hayatnya 10 tahun dahulu.

Antara pemimpim yang menyahut cabaran ini:

1. AJK PAS Pusat Dr. Mujahid Yusof Rawa.Beliau belajar bidang agama ijazah pertama di Universiti Al-Azhar Mesir.Apabila pulang ke tanah air beliau menyambung pelajaran dalam bidang pengurusan di UPM sehingga mendapatPhD.

2. Timbalan Presiden Pas.Ust Nasharudin Mat.Beliau belajar di ITM kemudian sambung pelajaran ke Jordan dan seterusnya menjadi pensyarah diUKM dan UIA dalam bidang syariah dan perundangan.

Di atas ialah contoh-contoh ulama memprofesionalkan dirinya


Contoh-contoh profesional mengulamakan dirinya pula:

1. YB Husam Musa, naib presiden pas seorang anak tok guru terkenal di Kelantan.Pendedahan asas agama yang kuat sejak kecil dari orang tuanya.Belajar di UM dalam jurusan ekonomi (ijazah pertama).Namun beliau merasa cacat tidak boleh berhujah dan membuat rujukan kerana tidak fasih berbahasa arab untuk merujuk AL Quran dan hadis dalam urusan hal-hal agama.Jadi beliau pergi ke Jordan untuk mengikuti kursus bahasa arab untuk sekian lama.

2. Naib Ketua Pemuda PAS Terengganu
Ariffin Deraman mempunyai ijazah dalam bidang IT dari USM.Setelah bekerja sekian lama dalam PAS beliau menyambung pelajaran dalam bidang agama di Al Azhar di Mesir dan memperoleh ijazah.

3. Pengarah Pusat Pendidikan Pas pusat yb Dr. Dzulkefli Ahmad, pakar dalam bidang racun dan menjadi pensyarah toksikologi di USM Kubang Kerian.Tetapi cubalah berhujah dengan beliau tentang hukum hakam dan kaedah agama.Kalau bukan calang-calang ustaz sudah tentu akan dimakan oleh Dr Dzul sahaja.

Rozana said...

Sekadar memiliki ilmu agama yang lengkap daripada pendidikan rasmi dipanggil ustaz. Memiliki keperibadian dan ketajaman akal yang tinggi hasil dari ilmu agama itu barulah dipanggil ulama.

fulamak said...

lambat sangat la demo bagi respon, isu ni bkan lagi kudis, tapi dah jadi barahh dah.. isu 'ulama' atau ustaz atau puak-pauak 'ulama' ni umpama kurap, kita garu perlahan makin gatal garu kuat takut orang kata kita ada kurapp.. takkan nak tunggu orang lain perubat kooot!!
sebab kurap ni la ramai alim yg tak 'ulama' taknak campur dgn pas, depa sokong dari jauh.. berani la sikit beeb, lawan tokey pun kira bejuang jugak tu...

Nizam Mahmud said...

"""Saya berpendapat UZAR tu ostad komersil.

Jauhilah darinya.


Saya jawab: Itu pendapat yang tidak benar.

Ostad komersil tidak akan mempertikaikan tentang sistem perbankan yang dikata kan 'Islam'

Sebalik nya Ostad komersil akan memuji pula, mana tau akan terpilih dalam lembaga Syariah bank-bank. Dapat la gaji besar. Pergi mesyuarat, satu jam dah dapat elaun yang melimpah.

Bagi Ostad komersil, kerja nya senang. Bank bentang kan pelan, dia bukak kitab cari macamana nak halalkan. Ada ka kapitalis-kapitalis bank ini akan mengambil kira ruh iman sekali? Jangan la harap.

Satu lagi, ostad komersil tak akan bercakap mengenai ruh Islam iaitu iman. Yang penting adalah label Islam dapat di lekatkan. Iman tolak tepi.

Satu lagi tanda-tanda ostad komersil, atau mungkin saya boleh panggil ostazah komersil. Pergi ceramah bagi ceramah, tapi kadar dah ditetapkan. Kalau kurang dari RM5k, jangan harap la dapat jemput dia. Macam pernah dengar kan? Berapa dah kadar bayaran ostazah komersil sekarang ini?

Mee celup macam saya pun dapat kenal macam mana gaya nya ostad/ostazah komersil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.