Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 27, 2009

Kempen Terbaru UMNO Untuk Pemilihan PAS: Zahid Hamidi Tarik Diri

Zahid Hamidi tiba-tiba menarik diri dari berdebat dengan Dato Husam Musa di TV9 di atas tajuk "Politik Wang".

Rancangan asal UMNO adalah mereka mahu menggunakan pendedahan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS untuk memburukkan imej Husam Musa. Ini kerana mereka tidak mahu Husam Musa menjawat jawatan Timbalan Presiden PAS kerana mereka mempunyai calon idaman kalbu mereka yang tersendiri. .

Namun, setelah kelihatan bahawa tuduhan politik wang itu hanya omong-omong kosong, UMNO telah mengubah taktik mereka dan membatalkan keseluruhan debat tersebut. Taktik mereka nampakknya sudah "backfire" dan calon idaman kalbu UMNO tidak dapat dibantu dengan kaedah ini.

Koordinasasi Yang Begitu Licik

Zahid Hamidi adalah tokoh yang terkehadapan sekali di dalam usaha membawa PAS masuk Barisan Nasional. Beliau lah yang kerap dijumpai oleh tokoh2 fraksi UMNO dalam PAS. Kesemua yang terlibat dalam usaha membawa PAS masuk UMNO telah berjumpa dan berbincang dengan Zahid Hamidi.

Jadi, yang saya nampak, tuduhan politik wang itu datangnya dengan "timing" atau pada masa yang cukup sesuai dengan jemputan ke debat TV9 itu.

Timing yang cukup tepat itu hanya digagalkan dengan respon yang dibuat oleh Dewan Harian memanggil orang yang menuduh untuk membawa bukti. Perancanggannya adalah supaya isu ini masih terawang-awang dan apabila Husam di tanya tentang isu ini di persada nasional, tentulah Husam Musa tidak boleh menjawab kerana menjaga air muka KEtua DEwan Ulama.

Namun Allah SWT Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Percubaan memburukkan Husam Musa gagal segagal-gagalnya. Lantaran, terpaksalah Zahid Hamidi menarik diri lantaran ketiadaan modal lagi untuk memburukkan Husam Musa.

Kita semua tahu, Husam Musa adalah calon Timbalan Presiden yang dibenci oleh UMNO. Dibenci sangat-sangat kerana sekiranya Husam Musa menang, hayat UMNO boleh dikatakan telah berada di penghujungnya.

Maka, terpaksalah UMNO berkonspirasi dengan Fraksi UMNO untuk memfitnah Husam Musa. Ada penulis telah diupah untuk memburukkan Husam Musa dan akan menyebarkan buku beliau sewaktu Muktamar nanti.

Debat politik wang di TV9, Zahid Hamidi tarik diri
M Faqih
Tue | May 26, 09 | 4:56:22 pm MYT

KOTA BHARU, 26 Mei (Hrkh) - Mengejutkan. Beberapa jam lagi menjelang perdebatan di antara dua tokoh Umno dan PAS, tiba-tiba Naib Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik diri.

Sepatutnya jam 9.30 malam ini berlangsung perdebatan tokoh berkenaan dengan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pada program Hujah yang dikendalikan Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusof di TV9.

Mereka bakal memperkatakan isu politik wang.

Namun petang ini pihak TV9 memaklumkan Zahid menarik diri daripada menyertai program tersebut. Sedangkan jutaan rakyat sudah beberapa hari menunggu bagi mengikut program suka ramai itu.

Husam berkata, pengurusan TV9 telah memaklumkan mengenai keputusan Menteri Pertahanan terbabit membatalkan penyertaannya pada saat-saat akhir kerana sebab-sebab tertentu.

"Saya merasakan tajuk yang akan dibincangkan mengenai politik wang amat mustahak dan relevan dalam situasi sekarang.

"Dan rakyat keseluruhannya amat ternanti-nanti untuk mendengar buah fikiran Dato' Seri dan juga dari saya selaku wakil dari PAS untuk menangani permasalahan politik wang," katanya dalam surat yang dihantar kepada Zahid di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Menurutnya beliau memandang berat keputusan dibuat Zahid membatalkan kehadiran dalam rancangan Hujah malam ini.

"Saya memohon agar Dato' Seri dapat mempertimbangkan keputusan tersebut supaya saya dan Dato' Seri dapat sama-sama mengupas dan berbincang mengenai politik wang," ujarnya.

Oleh itu beliau memberi tempoh sehingga jam 7.30 malam ini untuk mengesahkan kehadiran dan ikut serta dalam rancangan tersebut.

Salinan surat tersebut juga dihantar kepada Penerbit Eksekutif Rancangan Hujah TV9, Noraini Tahir. - mj _

49 comments:

Anonymous said...

tak mengejutkan pon. Zahid tarik diri bukan beberapa jam sebelum debat. Hari Isnin pon org ramai dah tau yg Ezam ganti dia. Yg lawaknye, nape Husam yg tarik diri last minute? Takut ke?

Orang Baru said...

Allo Dei Tambi Anonymous,

Husam dah sampai pun ke Sri Pentas nak debat ngan Zahid. Husam siap bagi surat lagi nak minta Zahid datang dan bagitau betapa pentingnya debat tu.

Last-last, Si Katak Ezam yang datang. Buat apa nak debat ngan Ezam. Dia bukan ada apa-apa jawatan dalam KERAjaan mahupun AMNU. Buang masa je.

Setakat Ezam tu bagi kat Roslan SMS je lah layan. Boleh muqobalah sama-sama.

Tapi aku kesian tengok Ezam kena permain kat Agus. Berpeluh ketiak beb nak jawab soalan killer Agus.

Hahahaha..

Anonymous said...

Allah Maha Besar! tu dia kata orang indon maling teriak maling! Orang UMNO patut cermin diri sendiri!

Anonymous said...

Percubaan memburukkan Husam Musa gagal segagal-gagalnya. Lantaran, terpaksalah Zahid Hamidi menarik diri lantaran ketiadaan modal lagi untuk memburukkan Husam Musa.
ada je alasan TB untuk melambung2 husam.ko mana tau zahid xde modal untuk hempuk husam? pandai2 dia plak.dah kalau terer sangat bila dikatakan seorang yang strategis,pandai pentadbiran selama 20 tahun,pandai ekonomi, hempuklah juga ezam yang gurka dalam umno tu?orang yang hebat xpilih bululah TB.semua musuh dia balun.xkira org yang pegang jawatan dalam kerajaan ke gurka ke.janji musuh mesti dihempukkan.ni tidak,lari bila masuk sampai pintu gelanggang.apa punya pemimpin ni penakut.xlayak jadi pemimpin penakut macam ni.dah kata hebat,lawanlah.

Anonymous said...

BETUL TU.PENAKUT XLEH JADI PEMIMPIN.BUKAN APAPUN SI EZAM TU.BELASAHLAH JIKA KITA DIPIHAK YANG BENAR.BERANI KERANA BENARLAH..MELAINKAN ADA BUAT SALAH DALAM JEMAAH.BETUL X TB?


-KARIM-

lan said...

Ayuh Husam. Rakyat memihak kepada Pakatan Rakyat. Anda jangan lepaskan peluang ini untuk memenangkan PAS dan gantikan UMNO. Husam menang PAS menang. Insyaallah.

lan said...

Ayuh Husam. Rakyat memihak kepada Pakatan Rakyat. Anda jangan lepaskan peluang ini untuk memenangkan PAS dan gantikan UMNO. Husam menang PAS menang. Insyaallah.

Anonymous said...

Yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. aku cadangkan pas tukar nama dari parti islam semalysia (PAS) kepada parti demokrasi semalaysia (PDS). atau pas bergabung aje dengan DAP kerana pejuangan pas sekarang ni mirip dengan perjuangan DAP. lagi pun dalam DAP ada lim guan eng yang mirip-mirip dengan umar abdul aziz. bagaimana pula dengan lim kit siang, adakah bapak lim guan eng ni pulak mirip-mirip umar al-khatab??? kena tanya orang pas ni. bagaimana pula dengan elizabeth manja ni??? mirip siapa pulak??? husam pondan tu kenapa tak nak berhujah dengan ezam semalam??? bila pihak tv bagi peluang untuk berhujah puak-puak yang mengaku diri mereka ni pejuang islam tak nak datang, takut ker??? tak ada kote ker??? belum pergi perang lagi, baru berhujah aje dah lari sembunyikan diri. tapi sibuk komplen kata pihak tv pro umno lah, berat sebelah lah, koruplah... dan macam-macam lagi. kalau pun husam tak dapat datang sebab sibuk sangat, tak kan tak boleh hantar wakil dari pas, macam mahfuz gelap ker, salahudin ker, nizar bintang 3 ker, mat sabu ker. kata islam, kalau islam janji kena tunai kan. mungkir janji dan penipu ni hanya yahudi dan orang kafir aje. kesimpulannya, islam adalah sempurna yang tidak sempurna adalah pas dan pengikut-pengikutnya. lagi sekali aku ulang pas pergi tukar nama jangan guna nama islam untuk kepentingan diri dan ahli keluarga, lagi pun kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas.

Anonymous said...

PERNAH MENONTON FILEM FORREST GUMP ?

satu kebetulan. filem box office ni tajuknya forrest gump. lakonan hebat tom hanks yang telah merangkul banyak anugerah grammy . sinopsis ceritanya mudah, dari kecil sampai ke besar forrest gump sentiasa berlari ! dia berlari kerana tidak mahu berdepan dengan masalah.

kebetulan
anwar pernah berlari waktu saiful kejar dia masa sumpah laknat di masjid .
elizabeth wong pernah berlari sewaktu gambar cipapnya keluar melata.
sekarang husam musa pun berlari kerana takut ezam belasah dia..

teringat dialog popular cerita forrest gump. RUN FORREST RUN ! sekarang boleh tukar skrip.. RUN HUSAM RUN !!!!

Anonymous said...

Jika Husam benar-benar bersih dan bebas rasuah mengapa beliau takut untuk berhujah dengan Ezam. Sepatutnya peluang ini Husam gunakan sebaik mungkin untuk menghentam Ezam secara berdepan seperti yang beliau tuduh selama ini,kononnya Ezam masuk UMNO dibayar berjuta-juta dan Ezam masuk UMNO untuk mencari makan

Anonymous said...

haha mmng kecut teloq...xpa juak juak pakatan mmng xkan terimany..bagi ler sejuta bukti pun..depa tetap kata depa betul.. smua depa kata agenda umno..xde modal..yang kes rasuah kat penanti pun xmengaku..smua salah org laen.. kes sumpah saiful pun salah orang laen gak..seribu alasan depa bagi..mmng pakatan ni puak yang bermuka2..kononnya demi rakyat tapi haram..dah 11 bulan perintah tpi janji haram satu pun xtunai..harap janji je pandai..dok berpolitik je...abis2...mmng badut la sapa yang sokong depa ni..nak kata bodoh pun boleh gak...xtahu nak fikir..hahaha...

Mazhar said...

gelap hati...............

fidarulmiah said...

'Ayuh Husam. Rakyat memihak kepada Pakatan Rakyat. Anda jangan lepaskan peluang ini untuk memenangkan PAS dan gantikan UMNO. Husam menang PAS menang. Insyaallah '

jgn angkuh sgt. xde mana pihak pun yg mengiktiraf husam ni sebagai big figure. Cuma dia direstui Anwar. So kalau dia menang, boleh la Anwar control PAS. Jgn takut, org PAS akan tolak. Org PAS ni kesian kat Anwar je, bukannya sokong sgt, kecuali puak Erdogan yg wala' kat dia.

pasbaru@yahoo.com said...

Kisah Disebalik Debat Husam & Zahid...

http://muktamarpas.blogspot.com/

Anonymous said...

Sebenarnya Zahid Hamidi telah menarik diri awal awal lagi dan tempatnya digantikan oleh Raja Kotak Ezam. Tiada alasan diberikan penarikan diri Zahid Hamidi.

Tapi umum sudah tahu bahawa penarilan diri Zahid dari perdebatan itu kerana rancangannya untuk memburukkan Husam Musa telah berkecai. Jadi saudara Ezam telah dipileh untuk mengantikan beliau.

Jika Ezam yang hendak berdebat saya cadangkan agar ahli biasa Pas saja berdebat dan bukan bakal Timbalan Presiden Pas. Insya Allah.

norman said...

kpd anon anon fraksi umno yg pengecut tak letak nama,

APA KAKI EZAM NAK DEBAT ngan Husam? Kaki Ayam? Kaki Babi? Kaki Kucing? Kaki Anjing?

BACUL !!!

Yg ada Pangkat konon Menteri Pertahanan pun tada teloq!!! nak ingat Ezam??? Bacul!!!!

Anonymous said...

NI LA PEMIMPIN BILA TERLAMPAU DIPUJI DAN DILAMBUNG.LAST2 SEKALI MEMALUKAN PAS JE.KALAU UMNO BUAT,BIARLAH DIA.SEBAB DIA MEMANG PARTI YANG XMALU.NI PAS YANG BUAT.MALUNYA AKU TENGOK SEMALAM.TUNGGU PUNYA TUNGGU,TAPI HABUK PUN TARAK.ADA KE PATUT,BILA ZAHID DITUKARKAN DENGAN EZAM,PANGLIMA PERANG PAS JADI MACAM AYAM BERAK KAPOR.LAWANLAH.DAH PEDANG DAH ADA DITANGAN.APANAMA STRATEGIS NI.KALAU PENAKUT,XUSAH JADI PEMIMPINLAH.BAGI KAT ORANG LAINLA.MANA PERGINYA TERER STRATEGI?TERER PENTADBIRAN?TERER DALAM HUJAH DAN IDEA?KALAU GURKHA DALAM UMNOPUN XBOLEH NAK HANDLE.

AKU RASA LAWAK JE BILA DENGAR KHABAR,PANGLIMA PERANG PAS DENGAN PEDANG TERHUNUS,BILA SAMPAI PINTU GELANGGANG MENGGELETAR BAGITAU PENJAGA PINTU 'AKU NAK BALIK'.MALUNYA AKU...DAH2.KO MEMANG XLAYAK JADI TIMBALAN PRESIDEN.KO HANYA LAYAK JADI PEMIMPIN TB JE.

-KARIM-

kedah said...

Apa strateginya tarik diri ? Kalau masuk lagi bagus .. pendengar dah tertunggu2 nak dengar ... kalau takdak zahid pun sekurang2 nya pentas untuk berdakwah dah tersedia . Baru orang tahu yang zahid tu pengecut dan tak benar . Audiens bukan sedikit tetapi berjuta . Rating tinggi dah akhirnya peluang itu hilang begitu sahaja .

Harap2 sesiapapun lepas nie janganlah buat begitu . Jangan diikutkan perangai UMNO .

acai said...

HEHHE AKHIRNYA HUSAM PUN LARI LANTANG PUKANG JUGAK.....
GEBANG JER LEBIH TAK GITU KEDAH....HEHEHEHHUUUU

paku said...

sungguh memalukan. cukup memalukan.

HUSAM 'CHICKEN RUN' TELAH CABUT LARI !!!!!!

inilah berita yang kami terima daripada informer kami. husam musa aka 'chicken run', yang semalam telah mengumumkan untuk bertanding kerusi timbalan presiden pas telah cabut lari daripada berdebat dengan pendekar umno, ezam mohd nor !

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

ceritanya sensasi ini bermula begini :



http://www.gerakan-anti-pkr.com

Anonymous said...

setakat si katak nak buat apa hantar bakal Timbalan Presiden PAS....patutnya boleh hantar ahli PAS cawangan untuk berdebat dgn si katak tu...
sorang2 pun dah berpeluh nak jawab soalan, blum berdepan dgn Husam lagi...

salute la TB...!

blog u ni ramai peminat dr UMNO...mudah2an diorg terbuka pintu hati untuk bersama dalam Pakatan Rakyat untuk membenamkan UMNO pada PRU akan dtg..

acai said...

alo ano nak berdebat pun nak kena tgk pangkat ker?

orang lama said...

Husam yang kekusutan!!!

Sepertimana yang anda semua tahu,rancangan Hujah di TV9
malam tadi akan menemukan antara Ezam Md.Nor sebagai
Pengasas Gerak dan Husam Musa sebagai calon Timbalan
Presiden PAS. Mereka akan berhujah atas tajuk Rasuah Politik.

Perkara tersebut telahpun dimaklumkan secara bertulis dan
lisan kepada Husam. Dan Husam bersetuju. Selepas Husam
bersetuju maka pihak TV9 pun mula menayangkan iklan
tesebut di stesen-stesen televisyen milik Media Prima.

Tak kan lah pihak TV9 berani menyiarkan iklan hujah di antara
Ezam dan Husam tanpa ada persetujuan, sudah pasti ada protokolnya....
Mereka pun harus menjaga perniagaan dan imej mereka.

Difahamkan Husam telah pun sampai disana dan setibanya
disana beliau bersalaman dengan Ezam dan selepas itu
beliau berpura-pura terkejut kononnya beliau sepatutnya
berhujah dengan Zahid Hamidi dan bukannya dengan Ezam.

Beliau bertengkar dengan penerbit rancangan kononnya
beliau tidak tahu semua itu. Di sini kita boleh melihat
pembohongan seorang manusia yang bernama Husam Musa.
Sedangkan pada peringkat awalnya beliau telah menyatakan
persetujuannya untuk berhujah dengan Ezam. Husam bertegas
tidak mahu teruskan dan terus berlalu pergi...
Lalu, HUJAH diteruskan tanpa sebarang hujah dari Husam...


Awekz: Tertanya-tanya kenapa Husam takut dengan Ezam,
Mesti ada sesuatu yang tidak kena, bak kata pepatah
berani kerana benar, takut kerana salah...

Awekz: Terkejut juga dengan apa yang berlaku, tapi
biasalah...mesti Husam dan puak-puak PR ni
tetap menggunakan alasan TIDAK dimaklumkan
tentang perubahan yang berlaku...
Kalau betul lah itu perkara yang sebenarnya,
Awekz cabar Husam untuk untuk buktikan yang
perubahan HUJAH semalam tidak diketahui...

Kebenaran sudah pasti berpihak pada orang yang benar!!!

Anonymous said...

ASASNYA, KITA NAK MENGHAPUSKAN MUSUH.APASAL LAK NAK KENE TENGOK PANGKAT.KALAU MUSUH MACAM GAJAH,KITA HENTAM DENGAN SENAPANG GAJAH.
KALAU MUSUH MACAM SEMUT,KITA BAGI RIDSECT DAHLA.LOGIC MACAM NI PUN XBOLEH?

AKU SARANKAN HUSAM SUPAYA MINTAK MAAF PADA BERJUTA AHLI PAS YANG MENGHARAPKAN KEJANTANAN WAKIL PEJUANG ISLAM MENGHENTAM MUSUH.YANG DUK TUNGGU SAMPAI XMAKAN NASI DAN YANG RELA TERLEPAS APPOINTMENT MANA2 KERANA NAK TUNGGU KETANGKASAN PANGLIMA PERANG PAS MEMATAHKAN SERANGAN LAWAN.TAPI, HAMPEH BILA TAU PERSIS TIKUS 'MENYOROK' BILA NAMPAK BAYANG KUCING.

Anonymous said...

ASASNYA, KITA NAK MENGHAPUSKAN MUSUH.APASAL LAK NAK KENE TENGOK PANGKAT.KALAU MUSUH MACAM GAJAH,KITA HENTAM DENGAN SENAPANG GAJAH.
KALAU MUSUH MACAM SEMUT,KITA BAGI RIDSECT DAHLA.LOGIC MACAM NI PUN XBOLEH?

AKU SARANKAN HUSAM SUPAYA MINTAK MAAF PADA BERJUTA AHLI PAS YANG MENGHARAPKAN KEJANTANAN WAKIL PEJUANG ISLAM MENGHENTAM MUSUH.YANG DUK TUNGGU SAMPAI XMAKAN NASI DAN YANG RELA TERLEPAS APPOINTMENT MANA2 KERANA NAK TUNGGU KETANGKASAN PANGLIMA PERANG PAS MEMATAHKAN SERANGAN LAWAN.TAPI, HAMPEH BILA TAU PERSIS TIKUS 'MENYOROK' BILA NAMPAK BAYANG KUCING.

-KARIM-

acai said...

nie bukan gajah bukan semut nie manusia.nie perang kata2 bukan pakai senjata...ada paham ka....klu nak diikutkan pangkat siapa husam untuk berdebat dengan zahid.

Anonymous said...

DARI PELBAGAI TULISAN TERHADAP ARTIKEL DIATAS BEBERAPA KESIMPULAN BERIKUT DIPEROLEHI:

1. KUMPULAN YANG MENENTANG HUSAM TELAH SAMPAI KE PERINGKAT HILANG INISIATIF KERANA MEREKA SEDAR SOKONGAN PADA NASHARUDIN KIAN MENURUN DAN KEADAAN TIDAK MENYEBELAHI MEREKA.
2. KUMPULAN YANG MENYOKONG ULAMA SUDAH KETIADAAN ISU UNTUK MENGHALANG KEMARAAN SOKONGAN JEMAAH PAS KEPADA PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN ARAH TUJU PAS YANG LEBIH BERMUTU DAN MEREALISASIKAN KEHENDAK MASYARAKAT RAMAI.
3. INDIKASI JELAS APABILA KALANGAN PENENTANG HUSAM SUDAH TIDAK LAGI MENGHORMATI NAIB PRESIDEN MEREKA SENDIRI SEHINGGA SANGGUP MENYURUH HUSAM TERUS DEBAT DENGAN ORANG TIDAK ADA AUTHORITY LANGSUNG SEPERTI EZAM AHLI BIASA UMNO.
4. MEMANG ORANG MELAYU ADATNYA SUKA MENGAMUK, SEBAB ITU AMUK MERUPAKAN PERKATAAN MELAYU YANG DI PINJAMKAN OLEH ENGLISH. KALANGAN PENENTANG HUSAM MULA MENGAMUK TANPA MENGHIRAUKAN PARTI SENDIRI. MEREKA AKAN TERSEDAR APABILA TERLANTAR DI KATIL HOSPITAL DENGAN KECEDERAAN PARAH. IANYA PASTI SUDAH TERLAMBAT DAN MEREKA AKAN MERATAP MENGATAKAN TAKDIR SEBALIKNYA MEREKA LUPA DIRI MEREKA LAH YANG KUAT AMUK ITU.
5. MUKTAMAR PAS MENJELANG TIBA, MENGAPAKAH KALANGAN PEMIMPIN UNTUK KEKALKAN KUASA SANGGUP MENIRU CARA UMNO BERUSHA MENGEKALKAN KUASA DALAM PAS. MENGAPA MENGIKUT NASIHAT UMNO?
6. BIAR JEMAAH SENDIRI MENENTUKAN SIAPA YANG LAYAK MEMIMPIN MEREKA. MASA DAN AMANAH YANG TELAH DIBERIKAN SEMASA MEMEGANG JAWATAN PADA MASA YANG LALU MEMBERIKAN PETUNJUK KEPADA JEMAAH MENILAI PRESTASI PERFORMANCE SESEORANG PEMIMPIN. TAK PAYAH KEMPEN LAGI SEBAB SEMUA DAH TAHU SIAPA BOLEH BUAT KERJA DAN SIAPA TAK MAMPU DAN TAK LAYAK.

acai said...

ape masalahnya klu ezam ahli biasa umno pun,ala debat jer la

pemudakedah said...

"3. INDIKASI JELAS APABILA KALANGAN PENENTANG HUSAM SUDAH TIDAK LAGI MENGHORMATI NAIB PRESIDEN MEREKA SENDIRI SEHINGGA SANGGUP MENYURUH HUSAM TERUS DEBAT DENGAN ORANG TIDAK ADA AUTHORITY LANGSUNG SEPERTI EZAM AHLI BIASA UMNO."


sapelah yang bangang tulis cenggitu..
cmne ahli nak hormat dia sbg naib presiden kalu dia sendiri tak pandai nak hormat Presiden dan Timbalan Presiden??

pemudakedah said...

2. KUMPULAN YANG MENYOKONG ULAMA SUDAH KETIADAAN ISU UNTUK MENGHALANG KEMARAAN SOKONGAN JEMAAH PAS KEPADA PERUBAHAN DAN PEMBANGUNAN ARAH TUJU PAS YANG LEBIH BERMUTU DAN MEREALISASIKAN KEHENDAK MASYARAKAT RAMAI


yang ni lagi bangang...
sape kata yg kami nak bejuang utk "MEREALISASIKAN KEHENDAK MASYARAKAT RAMAI"????
utk pengetahuan, kami bejuang hanya MEREALISASIKAN KEHENDAK ALLAH DAN RASULNYA.
ADA FAHAM!!!!

Orang Baru said...

Pigidah pemudakedah,

Cakap banyak..padahal gila projek.

Anonymous said...

apala korang ni. ezam ni makhluk hina dan bangsat. sapa berdebat dgn ezam jadi bangsat sama. eloklah husam tarik diri.

Anonymous said...

Saya bukan Husam,tapi kalau saya jadi Husam saya tak mahu nak rendahkan diri saya untuk berdebat dengan orang yang tak ada pegangan dan pendirian apatah lagi jadi katak.Apa orang nak kata-katalah.Fraksi UMNO dalam PAS dan rakan-rakan yang separti dengan mereka - bolih cakap apa yang mereka suka,tak menjadi kudis pun.Sekurang-kurangnya Husam ada "maruah": tak mahu "mengotorkan" dirinya dan tak gilakan publisiti.

Sebal said...

Salam semua, wah cantik sungguh orang baru yee...klo gue d kedah..gue pun business and create project and contart tau...tu baru bolih ujudkan peluang kerja and ekonomi...apa hang ingat bila PRE perintah dok saja..and tak buat apa-apa..elok jugalah Husam tak joint debat dengan EZAM tu..buat perabih beras aje...lebih baik buat kerja yang lebih berfaedah..selamat bermuktamar semoga perwakilan akan memilih peminpin masa depan dgn sejujurnye and say no to UMNO and org yang bersama dgn nye..

Anoinimuz said...

Husam menang akan mengakibatkan UMNO hancur bersama-sama Fraksinya sekali...Percayalah....survival UMNOISM ini berada di penghujungnya...

Anonymous said...

bukan setakat UMNOISM yang kena hancur... ANWARISM pon kena hancur juga.
barula PAS akan kuat.

Anonymous said...

Memang wajar Husam tarik diri apabila Zahid dah lari kat pintu belakang. Tak berbaloi nak berdebat dengan mengkarong ni, sekejab2 tukar warna kulit.

Tumpang tanya pada Dr haiwan, mengkarong lidah bercabang atau tidak

Anonymous said...

Dah dua kali Zahid tak tepati janji. Ezam memang nak cari peluang saja nak masuk TV. kalau ajak berdebat dengan siapa saja pun beliau setuju, asalkan masuk tv.
Syabas Husam, anda menggambil keputusan yang betul, kalau masa dipinang yang dikatakan datang meminag adalah jejaka yang cukup sifat, tiba tiba di hari perkahwinan nak di ijab kabulkan dengan ahli lawak raja ( court jester ) sudah pastilah Husam menolak.
Ezam, sedar sedar lah diri siapa anda. Cukuplah melolong melalak nya, satu menafaat pun anda tak tercapai. Pergilah buat perkara yang berfaedah untuk menyara anak isterinu.

Anonymous said...

Hebat Pemuda kedah hujah hang;

yang ni lagi bangang...
sape kata yg kami nak bejuang utk "MEREALISASIKAN KEHENDAK MASYARAKAT RAMAI"????
utk pengetahuan, kami bejuang hanya MEREALISASIKAN KEHENDAK ALLAH DAN RASULNYA.
ADA FAHAM!!!!

Kalau macam tu hang toksah ikut pi pilihanraya lagi nooooooooo... dok meratit dalam rumah dan harap tuhan hang tolong hang.
Kami yang yakin dengan allah kena kerja kuat mengikut kehendak allah untuk memenangi hati masyarakat umum. Bila dah memenangi hati msyarakat umum baru boleh bentuk kerajaan yang berpegang dengan hukum allah. Tok sah mai Penanti dan tok sah manik urai tau.... dok mengeram kat rumah.... meratit no...

Anonymous said...

Fraksi UMNO ni nampak sangat bodoh.

Kan Hussam dah kata boleh buat lain kali jika Zahid "keuzuran"..(bunyi macam orang pumpuan aje).

Kita tengok Zahid aka Menteri Pertahanan ni berani tak sambut?

acai said...

husam cabar zahid,zahid tak datang konon keuzuran....
tapi ezam dah lamer pun cabar husam
tapi husam buat bodo jeeee....
semalam lagi terang ezam cabar husam sekali lagi husam yang lari......
jadi husam nie panakut gak la....

Anonymous said...

ORANG YANG PENAKUT XBOLEH JADI PEMIMPIN.PADAHAL BUKAN JADI KUDISPUN BILA SI EZAM YANG TUNGGU KAT TV9 NAK BERDEBAT.KALAU KITA HEBAT,KITA LAWANLAH DENGAN CARA BERHUJAH. INGAT,PAS MENANG DENGAN UMNO DENGAN HUJAH!HABIS TU,BALUN JELAH.ADA KE PLAK NAK BERDEBAT NAK TENGOK PANGKAT DULU.APA PUNYA PEMIMPIN NI ANGKUH SEMACAM JE.SILA BUANG SIKAP ANGKUH TU DULU UNTUK MEMIMPIN UMAT NI.NI JEMAAH ISLAM.SILA 'RENDAHKAN DIRI' ANDA WALAU KITA NI BERADA DITEMPAT TINGGI MANA SEKALIPUN SEBAB ITULAH DIAJAR OLEH JUNJUNGAN NABI.INILAH PEMIMPIN ISLAM.TAPI TIDAK.SIFAT ANGKUH TERLALU TEBAL.

PADA PENDAPAT AKU,HUSAM MUSA XLAYAK JADI TIMBALAN PRESIDEN PAS.
PENDAPAT KO MACAMANA PULA?


-KARIM-

Anonymous said...

Blogger acai said...

husam cabar zahid,zahid tak datang konon keuzuran....
tapi ezam dah lamer pun cabar husam
tapi husam buat bodo jeeee....
semalam lagi terang ezam cabar husam sekali lagi husam yang lari......
jadi husam nie panakut gak la....
.

Kalau Husam layan Ezam, ertinya kita telah menaikkan taraf Ezam.

Buat apa Husam Musa bagi publisiti murahan kepada Ezam Mat Nor.

Dia kan katak yang takda prinsip perjuangan.

Jadi, tindakan Husam adalah bijak

Tulang Besi said...

KALAU KITA HEBAT,KITA LAWANLAH DENGAN CARA BERHUJAH. INGAT,PAS MENANG DENGAN UMNO DENGAN HUJAH!HABIS TU,BALUN JELAH..

Karim, ni bukan soal hujjah je. Kalau Husam say berdebat dengan Ezam, ertinya Husam telah mengiktiraf Ezam katak/kotak sebagai seorang lawan yang seteraf dengan beliau.

Sedangkan Ezam ni taraf dia lebih rendah dari lumpur.

Sedangkan orang UMNO pun dah ramai yang tak mahu ezam berkempen bila ada pru di tempat mereka.

Tulang Besi said...

Wahai Karim,

Sudahlah. Hang pi lah merngarut tempat lain.

Orang dah tahu cerita hang.

Hujjah hang tak lekat pun

Tulang Besi said...

'Penjelasan kenapa saya tarik diri' - Husam
Azamin Amin
Thu | May 28, 09 | 9:09:22 am MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Hrkh) - Naib Presiden PAS Dato' Paduka Husam Musa memberi penjelasan bahawa beliau menarik diri daripada menyertai program Hujah terbitan TV9 adalah kerana panel debat Naib Presiden Umno yang juga Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat hadir.
Iklan




"Oleh yang demikian saya dengan rasa dukacita, menarik diri dari menyertai program ini dan menasihati penerbit rancangan supaya ianya ditunda kepada satu tarikh lain di masa hadapan yang sesuai dengan jadual YB Menteri," katanya melalui satu kenyataan yang disiarkan dalam blognya.

Beliau telah menyatakan persetujuan menyertai debat ini selepas pegawainya mengesahkan dengan pihak pengajur, bahawa Zahid disahkan datang dan tidak mahu digantikan dengan pihak lain

"Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Dato' Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau,"katanya

Namun katanya pada 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan beliau berdebat dengan Ezam Mohd Noor, tanpa persetujuannya terlebih dahulu.

Husam berkata penganjur langsung tidak bersikap profesional manakala Zahid langsung tidak bertanggungjawab malah jika Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politiknya sudah cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

"Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

"Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul. Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru," kata Husam. - azm_

Anonymous said...

TB said
'Karim, ni bukan soal hujjah je. Kalau Husam say berdebat dengan Ezam, ertinya Husam telah mengiktiraf Ezam katak/kotak sebagai seorang lawan yang seteraf dengan beliau.

Sedangkan Ezam ni taraf dia lebih rendah dari lumpur. '


TB,
Cara Tb belasah bro kat atas tu menunjukkan Tb ni bukan pejuang islam tulen.Tb hanya gurkha kepada pemimpin tertentu dalam pas sahaja.kenapa nak samakan ezam dengan lumpur?terkutuknya kamu menghina sesama manusia.Allah je,yang layak menghina ciptaannya jika dia melanggar hukum/hakamnya.apa taraf kamu?setakat bekerja untuk pemimpin tertentu kamu sudah sombong?

cukuplah tb,bertaubatlah sahabatku.

Tulang Besi said...

TB,
Cara Tb belasah bro kat atas tu menunjukkan Tb ni bukan pejuang islam tulen.Tb hanya gurkha kepada pemimpin tertentu dalam pas sahaja.kenapa nak samakan ezam dengan lumpur?
.

Saya nasihatkan saudara bertaubatlah dari membuat fitnah di atas.

Saya tak pernah jadi gurkha sesiapa.

Kalau ada bukti sila tunjukkan? Jangan asyik nak buat fitnah je.

Dahlah sebelum ni fitnah politik wang, ni saya pulak kau nak fitnah.

Taraf Ezam meman lebih rendah dari lumpur. Dulu maki UMNO habisan. Sekarang pegi kempen dan mempertahankan UMNO.

Tu bukan taraf katak ke? Taraf binatang?

Orang Baru said...

Ezam lagi teruk dari binatang. Binatang pun ada prinsip.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.