Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 29, 2009

Kepimpinan Ulama Di Dalam PAS Tercabar?

Di bawah ini adalah artikel yang saya ceduk dari website Al Bakistani bertajuk "KEPIMPINAN ULAMA TERCABAR??".

Ia berbentuk dialog dan ia mampu memberi gambaran sebenar tentang apa yang dimaksudkan dengan ulama di dalam PAS



(Bermula)
"apa pandangan anta tentang kepimpinan ulama yang semakin hari semakin dicabar?" seorang kawan melontarkan soalan untuk bertanya pandangan.

Mendengar soalan itu, aku terus menjawab, "kepimpinan ulama wajar di pertahankan. Ana rasa, apakah kepimpinan ulama tercabar itu, ia tidak berlaku sama sekali".

Mendengar jawapanku, kawan tersebut mengkerutkan dahinya. Sambil itu dia berkata, "anta tak nampak ke, sekarang golongan professional sedang usaha hendak melawan ulama?"

"ulama adalah orang bertaqwa. Orang bertaqwa itu adalah ulama. Apabila dia bekerja untuk menangkan islam, bermakna dia adalah ulama, kerana orang yang bekerja menangkan islam adalah orang bertaqwa" jawabku memberi penerangan yang tergantung.

Kawanku itu berkerut dahi, seraya bertanya, "macam mana tu syaikh??"

"anta tahu tak kadar banyak mana ilmu seseorang yang boleh dita'rifkan sebagai ulama?" tanyaku

"orang yang belajar agama secara formallah" jawabnya ringkas agak kurang memahami.

"anta tahu tak, ada orang belajar pondok 20 hingga 30 tahun, tapi dia tak pandai baca Al-Quran?" soalku lagi

"ada ke macam tu? Tapi, ia tidak mustahil" jawabnya.

"ana belajar pakistan 4 tahun. Sebelum tu, ana belajar Pondok lubuk tapah pasir Mas selama 3 tahun. Lepas pakistan, ana pergi mesir. Masa ana masuk pondok dulu, ada seorang kawan tu, dia dah belajar pondok 4 tahun. Masa ana balik dari mesir, dia masih lagi duduk di pondok. Sedihnya, dia masih lagi tak leh baca kitab. Kadang-kadang dia baca Al-Quran, banyak tajwid salah" keterangan permulaan yang aku lontarkan.

"maksud anta?" soalnya.

"Maksud ana, ulama itu tidak semestinya dia dilihat belajar agama secara formal, bahkan jika dia sudah boleh faham ilmu agama dan beramal, dia sudah cukup disebut sebagai ulama" jawabku sebagai sambungan dari keterangan awal tadi.

"ana kurang jelas" kawanku itu masih kesamaran lagi.

"anta tahu tak, orang kaya tu, berapa banyak kadar hartanya yang boleh diisytiharkan dia sebagai orang kaya?" soalku balik.

Dia mengkerutkan dahinya seakan-akan 'blur'..

"ada orang kaya dengan 2 ribu" sambungku. "ada orang kaya 2 juta. Ada orang kaya 20 juta. Betul tak?" lontaran soalan yang aku lakukan.

"yap. Betul" jawabnya ringkas.

"begitujugalah orang berilmu. Ada orang ilmunya banyak setahap 2 ribu. Ada orang mempunyai ilmu setahap 2 juta. Ada orang berilmu tahap 20 juta" jawabku.

Dia berfikir seketika, lalu berkata, "tapikan, lebih baik la kita lantik pemimpin, orang yang mempunyai ilmu setahap 20 juta"

"ya benar" jawabku, "tapi, apakah dengan sebab dia belajar agama secara formal, maka dia mempunyai ilmu setahap 20 juta itu?" tanyaku balik.

Dia melihat ke dinding. Dahinya berkerut berfikir. lalu berkata, "tidak semua la. Sebab, ada kawan anta duduk di pondok berpuluh-puluh tahun pun, masih tak betul lagi bacaan tajwidnya"

"itu yang ana maksudkan, ulama itu tidak boleh dinilai dengan semata-mata dia belajar agama secara formal; maksud ana, masuk universiti atau masuk pondok. Bahkan, sudah memadai dia dikira sebagai ulama, jika dia memahami ilmu agama dan dia beramal dengan ilmunya" aku memberi penerangan.

"pun begitu, ulama yang sebenar adalah ulama yang mencontohi Nabi SAW dalam semua sudut dan aspek" sambungku, "ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun"

"bermakna, jika dia dilihat mempunyai pendidikan professional secara formal, tetapi dia mempunyai kefahaman agama yang baik, disamping mempunyai kesungguhan dan berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah. Maka dia adalah ulama juga, bahkan dia lebih baik berbanding orang dari kalangan orang yang belajar agama secara formal, tetapi tidak mempunyai kepakaran dalam dakwah secara berstrategi" sambungku secara panjang lebar.

Dia tersenyum mendengar kupasanku itu, sambil berkata, "maknanya, dakwaan ulama tercabar itu tidak benarlah?"

"yap.. mereka yang takut itu, hanya mereka yang tertipu dengan emosi mereka sendiri sahaja, malah tidak mengkaji maksud istilah ulama mengikut konsep Al-Quran itu sendiri" sambil senyum aku menjawab.

Sambungku lagi, "mana lebih baik, dakwah islamiyyah tergadai dengan orang belajar agama tidak jadi pemimpin?" soalku

"kalau berdasarkan apa yang anta kupas tadi, ulama yang sebenar adalah mereka mempunyai strategi dakwah. Makanya, kalau dia belajar agama pun, dakwah islamiyyah tak berstrategi, malah dakwah islamiyyah tergadai, maka dia bukan ulama la.. bukankah begitu?" soalannya memprovoke.

Sambil senyum aku menjawab, "bukan bermakna dia tidak ulama, tapi dia ulama yang tidak layak menjadi pemimpin"

Kami ketawa dengan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja itu.

Sebelum kami berpisah, sambil ketawa aku menyebut dengan nada menyindir, "buat apa orang tu belajar agama banyak-banyak, tiba-tiba tipu orang bawah. Sekejap kata ada pertemuan. Sekejap kata tidak ada pertemuan"

Dia ketawa mendengar kata-kataku itu, seakan-akan faham maksud disebalik sindiraku itu.

Sekian

16 comments:

Anoinimuz said...

ulama atau orang bertaqwa itu, dia berfikir untuk majukan islam. dia tidak menipu orang bawahnya. Berstrategi dalam menyampaikan dakwah islamiyyah dan banyak lagi, maka dia adalah ulama yang sebenar. Walaupun ilmunya setahap kaya 2 ratus sekalipun"

tepat sekali...bgaimana dgn pertemuan gelap?sekejap nafi, skejap akui...bukankah itu menipu?

Anonymous said...

Langkah pertama adalah menukar kepimpinan ulama kepada kepimpinan professional.

Langkah kedua ialah membawa masuk Anwar sebagai presiden PAS.

Anwar yakin PKR tak dapat bertahan lama dan dia mesti jadi Presiden PAS atau UMNO untuk menjadi PM yang kuat.

Kedua2 strategi ini sedang dalam proses nya dan bila sampai masanya Anwar akan membuat pilihan.

drabdulwahid said...

anon anon UMNO,

usah menyusahkan diri sendiri dgn menyebar fitnah dan cuba memecah belah PAS. InsyaAllah kepimpinan PAS akan dipilih dari kalangan yang akan menghancurkan kekufuran UMNO dan menegakkan keadilan Islam.

UMNO sudah hampir karam. yang tinggal bahtera PAS DAP PKR. ayuh kita bersama dibawah payung Islam

Anonymous said...

PAS untuk semua adalah menghala Melayu di hina Islam di pijak. Nak cakap pasal Melayu di tanah Melayu sudah ada masyarakat Cina dan India sudah berani bersuara. Perkataan Allah nak di guna di majallah Herald. Dimana perjuang PAS. Kenapa berdiam diri macam pondan?

drabdulwahid said...

perkataan Allah telah diguna terlebih dahulu oleh musyirikin Quraisy. terlebih dahulu oleh yahudi dan nasrani di tanah arab sebelum Alquran diwahyukan.

kalau ilmu setinggi buku lali usah diungkit perkara yg tidak di fahami.

UMNO yang mengaku Islam terang2 memijak melayu, menghina Islam. siapa hina janggut Nabi? siapa kawan taukeh judi? siapa tutup sekolah agama? dimana ulama2 UMNO mempertahan tindakan UMNO? mana Dt Masyitah? apa jawatan yg beliau pegang dalam UMNO?

tidak ada seorg pon dr kalangan pemimpin melayu dlm kerajaan yg layak. semua bergelumang rasuah, pecah amanah, kaki perempuan, kaki pukul, kaki tipu.

anak2 melayu terus terabai. buat uni, uni hampas. akibatnya graduan melayu ketinggalan. bahasa sendiri tergadai. siapa yang pertama mengungkit bahasa melayu bahasa sampah? bisa dibuang saja dlm tong sampah? 2-3 generasi lg baru kita kutip semula? sikap sebegini yg membuatkan bangsa cina india tidak sayangkan bahasa kebangsaan sendiri.

bangsa mana yg menfitnah saudaranya seagama berzina? bukan setakat zina, bahkan sodomi. hina dinanya perangai melayu yg mengaku Islam sehingga yg tidak berian pun turut merasa jijik terhadap perbuatan hina ini.

bangsa mana yg mengarah menangkap,dan menghina bangsanya sendiri. dijalanan, anak bangsa sendiri dipukul, dipenjara, kemudian ditelanjang didalam lokap? ini semua perbuatan bangsa mana? agama mana?

cukuplah UMNO. sungguhpun terdapat ulama yg kurang mahir berpolitik, kurang berkelayakan memimpin saf baru PAS dan PR yang lebih majmuk, mereka sama sekali tidak akan menzalimi saudara seagama mereka. usahlah menabur fitnah dikalangan mereka yang insyaAllah sudah pasti lebih tinggi darjat ilmu dan amalnya dr anda.

Anonymous said...

eloklah Tulang Besi amik bakistani sbg tempat rujuk.
selamat terjun ke lembah fasiq.

Anonymous said...

Kumpulan yang sokong ulama ni macam kalangan orang umno sahaja. Cara mempertahan ulama, guna perkataan dan sebagainya betul betul UMNO. Itulah pasal jangan rapat, jgn muzakarah, muqabalah dengan UMNO ni. Tengok sekarang mereka lah yang beriya iya benar mempertahankan ulama. Sebab tu dari dulu jangan mula, sekarang mereka yang lebih merosakkan ulama. Sendiri cari sendiri tanggunglah.

Anonymous said...

Anon 11.17pm,
Bukalah minda anda sikit.Jangan terlalu taksub dengan perkataan ulamak.Ulamak memang pewaris Nabi,tapi ulamak yang macam mana? AlBakistani bincang tentang "jenis ulamak"bukan menghentam ulamak.Jangan senang sangat nak kata orang fasik.Dimesjid-mesjid dan disurau-surau pun ramai ustaz-ustaz bercakap tentang jenis-jenis ulamak.Tak pernah pergi kuliah Magrib ke?Kalau dah tak bolih berhujah,dah tenggelam punca,kurang adab menuduh orang fasik,dengan tak tentu sebab apatah lagi anta tak mengenal seseorang itu.

Anonymous said...

bahaya tulisan sebegini dijadikan sandaran..aku perhatikan sebelum ni tulisan wan ji al-bakisetani biasanya ada dalil tp kali ni takdok doh...menandakan dia menulis ikut nafsu dan kepala hotak dia yang bangang...satu lagik tulisan dia tajuk FIKRAH DAMAI tu aku ada komen tp dia bacul tak siarkan komen ku..aku nak bagitahu dia kalu dia nak menggagaskan FIKRAH DAMAI dengan JIM, ABIM dll memang amat bagus tp masalahnya dia tuh sendiri problem...dengan pemuda subang pun bergaduh sampai tak boleh nak selesaikan, diberi tanggungjawab jemaah tak boleh nak pikul n then letak jawatan by sms..pastu jadi barua anual bakery menghina dan menghentam ulama'...kesimpulannya wan ji ni memang "sial"(kalimah yang beliau selalu ungkapkan ketika berbual dengan sapa sahaja)

Pemuda Subang

Anonymous said...

Lawan ulama kerja bodoh
Lawan Nasharuddin Md Isa kerja yang MESTI!

muhammad said...

Anon 1:49 AM/ Pemuda Subang,

Kalau berani, bagilah nama. Baru ada kredibiliti. Cakap2 tanpa bukti mcm ni takda sapa pun nak percaya.

Berikan dalil anda.

Tipu org bawahan tu, ada dalil ke?

Menuduh org "sial" tu, ada dalil ke?

Orang Baru said...

Jika anda semak artikel Nik Abduh melalui Kerja-Kerja Bodoh Dalam PAS anda akan jumpa nick name Pemuda Subang yang mengutuk Al-Bakistani sampai menggelarkan Al-Bakistani As-Syaitani.

Bagi aku samada Pemuda Subang adalah UMNO ataupun individu dalam PAS Subang yang tk puas hati dengan Wan Ji. Aku sebenarnya boleh agak siapa kerana aku biasa dengar orang-orang tersebut mengutuk Wan Ji.

Cukuplah Pemuda Subang. Anda menyebarkan fitnah yang teruk. Jika anda ahli PAS, mungkin andalah penyebab kemenangan Islam tertahan seketika di Malaysia.

Anoinimuz said...

haha...pemude subang yang bangang,apa lawak bodoh yg ko bawa nie?tak ada hujah langsung...Fraksi2 UMNO nak menghancurkan Pakatan Rakyat dari dalam kau tanak cite...

kau sedar tak ko kutuk Ulama...Wan Ji tuh lebih alim dari kau....taraf maulana....kau sape nak kutuk...ape kau buat untuk ISlam??Nak menghancurkan ISlam?

Ingat...kalau ko UMNO atau fraksinya, kau akan pasti binasa....hancur ditangan2 pejuang kebenaran...

Tulang Besi said...

May 30, 2009 12:19 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

bahaya tulisan sebegini dijadikan sandaran..aku perhatikan sebelum ni tulisan wan ji al-bakisetani biasanya ada dalil tp kali ni takdok doh...menandakan dia menulis ikut nafsu dan kepala hotak dia yang bangang..
.

Pasal hang tak ikut semua tulisan dia.

Kalau hang ikut semua tulisan dia, sebelum ni dah berbakul-bakul dalil dia pakai.

yang ni, dia tulis untuk kefahaman orang2 yang jahil seperti saya ni supaya mudah difahami.

Kalau dia bagi dalil pun, hang faham ka dalil tu?

Hang ilmu taraf mana, wahai Pemuda Subang?

Tulang Besi said...

.dengan pemuda subang pun bergaduh sampai tak boleh nak selesaikan, diberi tanggungjawab jemaah tak boleh nak pikul n then letak jawatan by sms...

Masaalah keterlibatan dalam organisasi ni biasa.

Bukan semua orang boleh buat kerja organisasi.

Ada orang hanya boleh menulis. Jadi, Wan Jie ni hanya menulis je lah.

Dia ada jugak tulis pasal cara dan gaya pemikiran pemuda Subang.

Mungkin pemuda subang kena ubah gaya dan cara kot. Takut nanti lagi ramai yang lari.

Markaz Pemuda Subang pun Dato' Kamaruddin Jaafar yang bagi pakai.
Lepas tu nak kempen lawan Dato'KJ dan sokong fraksi UMNO.

Ada ka patut?

Anonymous said...

seorang calon timbalan akan berkempen di batu gajah malan ini. jom pi ramai2...

http://msomelayu.blogspot.com/2009/05/apakah-makna-dan-ertinya-semua-ini-jam.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.