Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 2, 2009

Ketua Pemuda PAS Penang Berlagak Macam Budak Tadika

Mohd Hafiz Mohamed Nordin, Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah benar-benar memalukan PAS. Beliau telah memalukan Presiden PAS, memalukan AJK PAS Pusat, memalukan Perhubungan Negeri, memalukan Pesuruhjaya PAS Negeri dan memalaukan Islam.

Sikap kebudak-budakan beliau hanya melayakkan beliau memimpin Dewan Budak Tadika sahaja dan bukannya Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang. Baru-baru ini beliau telah bersikap lebih kuah dari sudu dengan membuat tuntutan supaya wakil Dewan Pemuda Negeri bertanding di kerusi DUN Penanti.

Walaupun keputusan memberikan kerusi tersebut kepada KeAdilan telahpun dipersetujui di peringkat Pusat, namun beliau masih terus mengekalkan sikap muka tembok beliau dan membuat tuntutan tersebut.

Tuan Haji Mustafa Ali terpaksa membetulkan keadaan dengan berkata: (http://www.malaysiakini.com/news/103465):

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.”


Apa masaalahnya pada Hafiz untuk bertanya kepada pimpinan Pusat berkenaan dengan keputusan yang telah dibuat bersama? Sikap Hafiz ini menunjukkan bahawa Presiden dan AJK PAS Pusat tidak mampu mendisiplinkan ahli-ahli bawahan mereka dan akhirnya menyebabkan kontroversi yang sia-sia ini berlaku.

Kalaupun dah benci sangat dengan Pakatan Rakyat, janganlah sampai memalukan pimpinan sendiri.

Masih Ingat Peristiwa Memalukan Pesuruhjaya Penang Berkaitan I-Dance?

Pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang untuk menganjurkan program ”I-Dance” bagi remaja di Pulau Pinang.

Tetapi sebelum program itu dianjurkan, PAS Pulau Pinang telah dirujuk dahulu. Dan pada 10 Desember 2008, PAS Pulau Pinang telah memberi persetujuan kepada program tersebut dengan beberapa syarat.

Akhbar The Sun telah melaporkan (http://www.thesundaily.com/article.cfm?id=28382) kenyataan Ustaz Saleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang berkata:

”After hearing the explanations of the campaign details, Penang PAS chairman Ustaz Mohd Salleh Man was satisfied that the campaign had positive values which are good for youths.
“We find that the activities in this campaign will be good and healthy for youths and could keep them away from drugs and alcohol,” he said, adding that the attire consisting of sports outfits and based on safety, is also acceptable.”


(Terjemahan bebas: Selepas mendengar penjelasan berkaitan dengan butiran kempen tersebut, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man telah berpuas hati dengan kempen tersebut yang mengandungi unsure-unsur positif kepada remaja.
Beliau berkata, Kami mendapati bahawa aktiviti dalam kempen ini adalah baik dan sehat bagi remaja dan kita sepatutnya menjauhkan mereka dari dadah dan alcohol”. Beliau juga menambah bahawa pakaian yang dicadangkan untuk dipakai adalah berasaskan kepada kesukanan dan keselamatan, juga diterima (oleh PAS)).


Tetapi, walaupun setelah dipersetujui oleh Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang, pada 19 Desember 2008, Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan satu demonstrasi membantah program tersebut.

Saya tak faham pemikiran Mohd Hafiz ini. Adakah beliau ini masih siuman ataupun beliau masih belum dewasa. Tindakan menganjurkan demonstrasi itu jelas satu penghinaan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man, dan juga kepada keseluruhan Perhubungan PAS Pulau Pinang.

Dia Ini Memang Anti Kepada Pakatan Rakyat dan Menguntungkan UMNO


Sewaktu permulaan Pakatan Rakyat dahulu, beliau antara beberapa orang pimpinan pemuda yang giat membawa cerita bohong berkenaan Pakatan Rakyat. Kononnya Lim Guan Eng nak nak menyama tarafkan semua agama.

Rupanya, Lim Guan Eng melawat semua tempat sembahan untuk tujuan perlancongan. Itu pun beliau tuduh dulu baru bawa bukti.

Apa yang saya nampak, Mohd Hafiz ni patut minta duit kat UMNO kerana segala tindakan beliau menguntungkan UMNO. Ia tidak menguntungkan PAS dan tidak menguntungkan Islam.

Rasanya, baik Mohd Hafiz ni ambil borang UMNO dan masuk UMNO. Janganlah nak mengacau mereka-mereka yang hendak mengakhiri hayat UMNO macam kami.

Tulang Besi

58 comments:

Anonymous said...

Tunggu apa lagi. Kalau tak Last Warning..pecat sahaja.

Sekolah rendah pun ada disiplin.

Anonymous said...

Anwar, Anwar... engkau punya pasal la PAS bergaduh sesama sendiri... betul kata Karpal Singh,

"Anwar Ibrahim has caued enough trouble to the country"

Tulang Besi said...

Anwar ke kacau, atau UMNO?

PEMBUNUH UMNO said...

Bertandinglah PAS vs PKR Vs UMNOBNdajai
BErtandinglah secara demokrasi
Bertandinglah secara Islam yg baik
Elakkan perkelahian fitnah dan berpecah belah
Tunjukan pertandingan yg gentleman dan islamik sesama pakatan rakyat.
Tunjukanlah bahawa rakyat malaysia boleh buat pilihanraya yg bersih
tanpa pergaduhan fitnah memfitnah seperti dinegara2 maju didunia.
UMNO lah penjana perpecahan dan pergaduhan pada setiap pilihanraya sejak dulu lagi.

Biarlah rakyat menentukan yang mana lebih berwibawa utk memimpin negara

Biarlah pertandingan utk menentukan kemenangan pada pakatan rayat
walaupun PAS ataupun Keadilan
Yang penting pakatan rakyat menang
yang penting umno bn perlu dikalahkan
Biarkan tiga penjuru berlawan
Rakyat sudah cerdik dan matang
tidak bolehlagi diperbodohkan oleh pemimpin umnobn dan media dajal mereka.

Pertandingan kali ini akan bertambah subjektif supaya rakyat dapat memilih
siapa yg lebih baik memimpin
Berkempenlah PAS dan PKR secara intecktual
perbedaan pendapat bukan ertinya pakatan rakyat berpecah tapi sebenarnya
pakatan rakyat menuju kearah yg lebih dinamik intelektual
dan lebih kearah menuju pimpinan yg leih efektif utk menentukkan pimpinan yg lebih baik utk memimpin generasi Malaysia
PAS ,Keadilan dan DAP adalah terbaik
Kita pilih yg terbaik.apakah salah cara tersebut???
Jgn kita terpedaya lagi dgn dakyah umno bn bahawa pakatan rakyat berpecah apabila bertanding tiga penjuru.
Bangunlah PR...kita sudah matang politik kita.

Jgn takut apabila ada tiga pertandingan maka rakyat akan memilih umnobn
sebab sekarang rakyat sudah faham
umno jahat dan perlu dihapuskan.
dan pakatan rakyat baik 99.99999999999%
Ayuh mari kita pilih siapakah pimpinan sesuai
untuk rakyat PAS atau PKR
ini bukan perpecahan.

Pendapat peribadi aku ini.
Tentalum Pembunuh umno
ahli PAS seumur hidup sejak tahun 1982.
www.tentalum.blogspot.com

PS
buanglah pendapat kuno bahwa sekiranya kalau 3penjuru perlawanan maka umnobn akan memang..itu adalah fahaman jahat umno yg dibenamkan dalam kepala rakyat Malaysia.
RAKYAT MALAYSIA SUDAH FAHAM BAHAWA UMNOBN ADALAH JAHAT
DAN PERLU DIHAPUSKAN!!!!!!!!!!
Terimalah anjakan paradigma Pakatan rakyat PAS dan PKR yg ingin membuktikan siapakah yg lebih baik memimpin.
TAKBIR

casper c said...

Haiya, let the boy be. His call to contest is just to make noise knowing that such a challenge is political suicide.

Perangai budak tak mengapa. Budak boleh diajar. Lain lah kalo UMNO, apa pun tak boleh diajar, tegur malah mencuri lagi.

Salam semua, g'weekend all.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Tulang Besi
Bagi pendapat saya tuntutan Ketua Pemuda Pas P.Pinang Md Hafiz Md Nordin untuk parti Pas bertanding di PRK Penanti adalah wajar dan bijak . Bagi pendapat saya orang bodoh je tak nak bertanding di PRK Penanti .
Sebabnya mudah ,kalau hanya menjawat sebagai Ketua Pemuda Pas P.Pinang yang tiada fulus atau sen n dollar masuk atau bergaji bulanan tiada maknanya. So Kalau bertanding di PRK Penang ( confiden PR menang dengan angkoh ) untung dapat pangkat sebagai ADUN Penanti dan akan memperolehi fulus masuk tiap2 bulan ( bergaji) dan jika di lantik sebagai TKM 1 P.Pinang akn bertambah lagi elaun TKM .Untung2 boleh lompat parti kat UMNO atau BN Siapa tak nak jadi ADUN & TKM 1 .Jadi tindakkan MD Hafiz Md Nordin untuk bertanding di PRK Penanti adalah wajar .Pasal duit adik beradik pun boleh bertumbuk ,inikan pulak wakil ADUN Penanti . Wang Besar , Wang Besar , Wang besar.

Tulang Besi said...

Anonymous hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahman
Tulang Besi
Bagi pendapat saya tuntutan Ketua Pemuda Pas P.Pinang Md Hafiz Md Nordin untuk parti Pas bertanding di PRK Penanti adalah wajar dan bijak . Bagi pendapat saya orang bodoh je tak nak bertanding di PRK Penanti .
.

Walaupun sudah ada keputusan di Pusat untuk menyerahkan kerusi tersebut pada Keadilan?

Buat tuntutan mcm ni bererti mengutuk keputusan yang telah dibuat di Peringkat Pusat.

Dan dah tiga kali KeAdilan bertanding di sana, kenapa skrg baru nak bising?

Walaupun PAS dapat satu kerusi, tapi kerusi tu yang paling selamat.

Semua kerusi yang KeAdilan bertanding, kerusi yang tidak selamt.

Ada terfikir tak dari segi tu?

Anonymous said...

TB,

Ustaz hafiz ini dari dulu dia memang tak suka anwar. Masa PRK PP, geng-geng ini juga buat kecoh. Apa pun Anwar kena pandai mengambil hati PAS PP. Contohnya Senator kasi pulak le pada Ustaz Salleh Man, YDP PP, next time round. Kena cadangkan pada Lim Guan Eng. Asyik, asyik DAP dan PKR.

Anonymous said...

Kami semua supporters PR harap kamu semua tahu apa ertinya gentlemen agreement yg tiada di BN.Tolong jangan rosakkan hubungan rapat ni kerana nak satu kerusi lebih utk parti sendiri...ini kurang cerdik dik

Anonymous said...

Dalam PAS pun banyak yang BANGANG BANGANG, pemikiran sontot, nak jadi hero tak tentu arah - ini lah dia pemuda pas yang sekolah tadika pun tak lulus. Haprak punya orang.
Yang bangang bangang lain pulak salahkan Anwar ! Apa punya politik ni ? Politik tak habis membenci agaknya.
Buang masa layan budak2 yang masih berhingus ni.

Anonymous said...

agak2 la dia ni ejen talam dua muka pa...sapa tau..ada apa2 link dengan umno kut!!

nor suzana said...

pecat saja golongan yg tidak akur pd pimpinan,org macam hafiz memang sesuai masuk umno.sabar taat pd pimpinan utk melayakkan diri jadi pemimpin teladan,perjuangan islam jangkamasa panjang bukan tunjukan diri kita tu hebat.kemenangan bukan utk dicapai dlm sekelip mata...hang tenguk hamas macam mana.?

toytian said...

Jangan kesian dia, kalau boleh talbiah,azan kat telinga buatlah apa yang patut.Budak2 kita tak boleh berkasar nanti putus urat kepala nanti.Sapa susah pak blogger malaysia waves juga.

Anonymous said...

Setuju dgn bro TB..lebih baik buffoon macm budak tu masuk UMNO..abis cerita

bakaq a.k.a. ~penarik beca said...

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang dok pulun sakan busukkan nama PAS. Bila nama PAS dah busuk, orang pun tak percayakan PAS lagi.

Kita tak lupa orang seperti Mat Noor Idris yang pernah jadi pensyarah Ahademi Islam. Ostad dari Kelantan ni keras tak ketahwan darat dgn laut terhadap Umno sampai peringkat kafirkan Umno bagaikan ratib harian dia.

Last2 jadi balaci Umno...

Anonymous said...

Sekrang timbul cerita Timbalan Speaker Perak tu telah dibela oleh UMNO "from day one selepas PRU". Adakah mat penang ni pun telah dibela oleh umno "from day one?" Check, brother jangan tak semak!

Hamba said...

Orang2 macam ni elok aje di buang daripada merosakkan PAS. Perangai dia ni macam Ibrahim Ali...PAS nak ke individu yg berperangai macam Ibrahim Ali....Kalau taknak...buang je kat tong sampah...nanti lepas ni sure punya dia akan bekerja utk UMNO...Semuanya pasal fulus....

budakperak said...

Emm...kl nak tahula,sbnarnya problem Ketua pemuda PP dah lama jadi..sampe tahap dulu ada ahli cadang kat P/jaya PP untuk pecat ketua pemuda sbb suka bwat tindakan bg pecah belah..lgpn semua org th,yg KP pineng bdendam ngan dap & PKR sbb xbg jawatan kat PAS dlm negeri...aku pn pelik ada jgak org pas gila nak pgang jawatan..bwat keja ngan kerana jawatan ka,kerana Allah...mcm la xtakdak jawatan dakwah xbleh jalan...

orang dalam said...

Hafiz ni dulu terasa ati.

Lepas PRU12, LGE/DAP macam tak acknowledge je yang PAS ni wujud kat Penang.

LGE ingat diaorang boleh menang kat Penang on their own.

Siap keluar statement (right after menang) yang mereka tiada kaitan langsung dgn PAS di Penang.

Certa dulu-dulu...

Anonymous said...

dengar-dengar, masakini banyak anjing suruhan umno kat pr... hanya pandai buat kecoh.

Tulang Besi said...

Kita tak lupa orang seperti Mat Noor Idris yang pernah jadi pensyarah Ahademi Islam. Ostad dari Kelantan ni keras tak ketahwan darat dgn laut terhadap Umno sampai peringkat kafirkan Umno bagaikan ratib harian dia..

Sekali tu sebelum PRU 1999, kitorang pergi ke TTDI jaya. Khabarnya ada ceramah UMNO.

Dari jauh sayup2 terdengar saya suara seorang yang pernah rapat dengan ayah saya dulu.

Orang itu adalah UStaz Mustafa Taib. Topik dia hari tu, Malaysia adalah negara Islam.

Saya masih terngiang2 suara mamat2 ni 10 tahun sebelum mengatakan " Umno ni kafir sampai ke seluar2 dalam"

Skrg ni tiba2 dah mempertahankan keislaman UMNO pulak.

Betul la pak bakaq, masa awal kepimpinan ulama tu, kita banyak sangat orang mcm ni yang keras2.

Last2 yang berjaya adalah KElantan dengan pendekatan lembut Tok Guru Nik Aziz.

Tulang Besi said...

Budak Hafiz ni tak paham. Kalau nak kerusi, kena melalui majlis Pakatan Rakyat di peringkat Pusat.

Benda ni pernah berlaku dahulu i.e. Lunas dan Teluk Kemang.

KeAdilan telah meminta kerusi itu dari DAP melalui Majlis Presiden BA dan DAP telah menyerahkan kerusi itu.

SAya ingat Marina Yusof telah memujuk Kerk Kim Hock untuk kerusi Teluk KEmang dan akhirnya Kerk Kim Hock menyerahkan kerusi tersebut.

Saya sendiri pun setuju kalau kerusi ni PAS bertanding, tapi PAS pusat dah keluar keputusan mereka dah serah kerusi ni pada KeAdilan.

Habis cerita la. Tunggu la PRU ke 13 nanti. Mintak balik.

CArila alasan yang kuat sikit.

Ni pegi memekak memekik satu kampung nak tunjuk jaguh. ORang gila pun tak nak bagi kerusi tu.

Jaga la adab sikit.

Kalau nak kata PAS didiskriminasi, diorang pun boleh kata kita didiskriminasi di Kedah.

Apa yang PAS Penang tak dapat, PAS Kedah dapat.

Habis cerita la.

po4ghi said...

saya bersetuju dengan saudara, ana yang duduk di kawasan permatang pauh nie memang pelik dan kecewa dengan gelagat dan cara beliau berpolitik memang tak matured..dan ajk mereka dia kawasan permatang pauh nie pun tak mampu na kawal dia dia..ia itu ust hafiz nordin nie..

japp said...

Alasan yg diorg bagi, kehendak akar umbi.. mmg laa kehendak akar umbi tp kalau dah pimpinan yg bawa usul, takkan org bawah nak bantah kot.. cerita2 pengkhianatan dap n pkr ni mcm2 dengaq dari puak2 ni, bila tanya bukti, jawapan yg diorg bagi "ari tu depa dengaq dalam menyuarat dap kata..." "depa kata.., orang pkr ni kata.." dan mcm2 lagi hearsay.. kalau mcm ni bukti yg jemaah yang mengaku jemaah ISLAM bawa, malu nak berhujah..

cia said...

kekekekeke..KESIAN PAS...

TAK MATANG MATANG DLM BERPOLITIK...
DAH MASUK LOBANG BIAWAK TU 12 KALI DAHHHHHH...MASUK LAGIIII......(SUBHA FI MAKSIAT MAKSIAT...SUBHA FI HARAM HARAM ...SUBHA FI LAKH (LALAI) LAKH...

cia said...

BALON BALON APALAGIIIIII....PUNGKOQQQQ

bukan hafiz nordin said...

hafiz nordin lupa fakta bahawa:
1. pas hanya ada 1 kerusi dun di pp
2. pkr dah 3 kali bertanding kat penanti, menang 2 kali, kalah tipis sekali
3. fairus resign bukan sebab nak bagi kerusi penanti kat pas
4. sentimen orang lain yg pas pmtg pauh mainkan memang bangang, ada lagi kutu berahak jenis macam ni nak mainkan isu orang luar. sepatutnya memang mansor othman bertanding kat penanti hari tu tapi terpaksa bertanding kat pulau betong sebab tak jumpa pengganti. mansor othman jiwa besar bagi kerusi mudah kat muka baru & dia amik kerusi payah kat balik pulau. apa pas pmtg pauh lupa ismail safian pun org luar jugak?

Anonymous said...

yg penting PR. lawan tetap lawan

fraksi anti bangang said...

sory tersesat..sekadar meluahkan rasa bengang dengan malaysia insider..dia pgi sekat komen aku yg nak lawan kapiak..tapi hujah kapiak yg menghina islam dia approve semuanya..

malaysia insider sial,taik,kapir bangang..

Abuzar said...

Salam,
Ketua Pemuda PAS Penang patut kaji dan selami kaedah PAKAR ILMU SENI POLITIK ISLAM MALAYSIA, Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS Malaysia.

Tidakkah keegoan dan keterburuan itu pekerjaan syaitan, wahai uataz?

Berhati2, kerana politik melibatkan urusan semua rakyat, urusan negara, urusan agama,
urusan besar dipertanggungjawabkan sehingga akhirat! Bukan main2 atau gurau senda. Atau olok-olok bagaikan perbuatan puak2 memperolok2kan Rasul semasa memerintah Madinah.

Pesanan orang tua2:
Jangan ikut nafsu, nanti lesu.
Jangan ikut rasa, nanti binasa.
Jangan ikut hati, nanti mati!

Ahli PAS mendokong Islam. Akhlak Islam itu berhikmah dan berhemah tinggi dalam politik .... contohilah alMarhun Ustaz Fadzil Nor, TGNA, Ustaz Ahmad Awang, DS Nizar, ...

Anonymous said...

Anwar pembohong pembohongpembohongpembohongpembohongpembohongpembohongpembohongpembohongpembohong.

Pi google cari!

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=lF7dGXqDpjk&feature=related

Anonymous said...

ANDA SEMUA TAK FAHAM. MELAYU KEHILANGAN SEMUA NYA DI PULAU PINANG. MARUAH, PEMBELAAN, PERTOLONGAN DAN SEBAGAINYA. TIADA BEZANYA DAHULU DAN SEKARANG, BAIK MASA GERAKAN ATAU DAP.

SAYA PERCAYA, PEMUDA PAS PP BERPANDANGAN JAUH. BUKAN MACAM KAMU SEMUA YANG HANYA NAK LAWAN SAHAJA TAPI LANGSUNG TAK GUNA OTAK.
HANYA ORANG PP SAHAJA YANG TAHU APA YANG BERLAKU DI SANA.

INI LAH JUGA YANG DIFIKIRKAN OLEH TUAN GURU HAJI HADI DAN RAKAN-RAKAN NYA. INGAT...DI MALAYSIA, MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU. KECUNDANG NYA MELAYU BERMAKNA, TERLERAILAH KEUTUHAN ISLAM..KAMU YANG BERFIKIRAN SEMPIT AKAN MENGKETAWAKAN SAYA TAPI INGAT, BUKAN SAYA SEORANG YANG BERFIKIRAN BEGITU.

Sijil PAS sign dr arwah Hj Fadil said...

Kita didalam PAS telah diajar dengan wala' elok hafiz rujuk pada pimpinan sebelum terus mengeruhkan keadaan. Pastinya Hafiz ada alasannya tersendiri. namun kepentingan umum pastinya perlu melebihi pertimbangan Pas P Pauh

anaklangkawi said...

Perjanjian Pakatan?
sejak bila ada perjanjian @ persetujuan..
sedangkan mereka2 yg bersetuju boleh berubah arah..

ini merupakan masanya utk PAs bergerak atas paksi yg benar bukan tunduk kepada desakan rakan2 semata2.. jgnlah PAS semakin hilang kredebiliti di mata penyokong PAS sendiri..

alasan yg x logik diberikan oleh PKR adalah tidak munasabah..
PAS perlu bersedia utk menggantikan UMNO.. bukan PKR. setidak2nya PAS masih berpegang teguh kepada Agama bukan PKR yg dilanda seribu macam masalah..

p/s: Setuju PAS bertanding di Penanti... (PKR dah busuk dimata pengundi- nnti takut undi protes)

Tulang Besi said...

Blogger anaklangkawi said...

Perjanjian Pakatan?
sejak bila ada perjanjian @ persetujuan..
sedangkan mereka2 yg bersetuju boleh berubah arah..

ini merupakan masanya utk PAs bergerak atas paksi yg benar bukan tunduk kepada desakan rakan2 semata2.. jgnlah PAS semakin hilang kredebiliti di mata penyokong PAS sendiri..
.

Kita dah janji dgn Keadilan pasal kerusi Penanti ni sejak zaman Ustaz Fadzil lagi.

Takkan dah lupa kot?

Alias Mohd Yusof said...

Jangan terlalu cepat perasan, mesti tengok kepada realiti. Berpijaklah dibumi nyata.

Apabila Ustaz Hadi ditanya oleh wartawan semasa PAS menang besar pada pilihanraya umum 1999, dengan yakin ustaz Hadi jawab, kemenangan PAS ini adalah kerana rakyat mahu kepada Islam bukan kerana faktor Anwar Ibrahim.

Pada pilihanraya tahun 2004 PAS menang tipis di Kelantan dan hilang negeri Terengganu. Ustaz Hadi tak berani nak kata rakyat sudah tak mahu kepada Islam.

Jangan syok sendiri bro.

budakperak said...

anaklangkawi said...
Perjanjian Pakatan?
sejak bila ada perjanjian @ persetujuan..
sedangkan mereka2 yg bersetuju boleh berubah arah..

ini merupakan masanya utk PAs bergerak atas paksi yg benar bukan tunduk kepada desakan rakan2 semata2.. jgnlah PAS semakin hilang kredebiliti di mata penyokong PAS sendiri..

alasan yg x logik diberikan oleh PKR adalah tidak munasabah..
PAS perlu bersedia utk menggantikan UMNO.. bukan PKR. setidak2nya PAS masih berpegang teguh kepada Agama bukan PKR yg dilanda seribu macam masalah..

p/s: Setuju PAS bertanding di Penanti... (PKR dah busuk dimata pengundi- nnti takut undi protes)


Ni sekor lagi pencacai umno,mcm la org xknal lu bro,slalu bwat provokasi kat tranungkite...dh xlaku kat TKO hang mai bwat kaco kat sini plak....blah la,stju pAs btanding knon,pdhal pencacai umno sjati hang 2...saja nak bwat provokasi....brapa umno bayaq kat hang???hahaha

Abuzar said...

Satu hujah yang cukup ketara bila ada saja masalah dalam PAS atau PR ialah yang menjadi kambing hitamnya "ANWAR IBRAHIM" ????

Saya agak kurang faham mengapa Anwar terlalu buruk dan busuk pada mereka ini?

Mereka ini mungkin generasi kenal politik/ gerakan Islam era akhir tahun 90an dan selepasnya. Pada masa itu Anwar bersama UMNO. Mungkin itu watak & aktiviti Anwar yang mereka kenal?

Bagi generasi gerakan Islam dan gerakan rakyat tahun2 70an dan 80an, faktor dan fungsi Anwar bin Ibrahim amat ketara sekali. Dari masyarakat buta agama dan masyarakat memisahkan agama dengan dunia secara totok, Anwarlah penggerak perubahannya. Masa itu berapa kerat yang berpendidikan sekular dan profesional mendampingi Islam. Liku2 perjuangan Anwar amat panjang, berduri dan penuh trajis. Anwar pada masa itu mampu mengabungkan dua kekuatan umat "ulamak" dan "profesional" dalam misi Islam secara strategik dan berobjektif. Ketokohan Anwar ketika itu dibimbangi oleh UMNO dan dirindui oleh PAS. Gelombang kebangkitan Islam dan Revolusi Islam Iran 1979 amat meresahkan UMNO. Dalam persaingan UMNO-PAS ini, Anwar Ibrahim kecundang dalam tipu muslihat Mahathir Muhamad pada tahun 1982. Inilah titik hitam Anwar sehingga ditendang bagaikan kucing kurap oleh UMNO pada 1998. Walaupun begitu beliau masih mampu membenihkan sedikit projek Islam & rakyatnya: seperti UIAM, Bank Islam, Takaful Islam, beberapa instrumen yang dilihat condong kepada islam dan rakyat ...yang UMNO dabik dada sekarang.

Selepas tarikh September 1998, Anwar tetap dimangsakan dan difitnah oleh para algojo UMNO sehingga sekarang. Satu sebab saja "MENGANCAM KEDUDUKAN KUASA PARA PIMPINAN UMNO". Anwar Ibrahim konsisten dengan konsep "ummah" - Keadilan Islam yang meliputi semua bangsa dan taraf hidup rakyat.

Belaci2 UMNO & suku sakat Mahathir bertungkus lumus siang dan malam mencemarkan wajah Anwar. Konspirasi ini agak berjaya, ada dikalangan rakyat tertentu menelamnya dan percaya secara totok. Racun2 UMNO ini semakin menjalar dikalangan gerakan Islam dan gerakan rakyat generasi baru ..... hasil kedangkalan sejarah sendiri ....

Apa yang cuba diluahkan oleh para penggalak tindakan seperti Ketua Pemuda PAS P. Pinang ini adalah reverse psychology untuk lemah kebangkitan rakyat melalui PR, mengekalkan PEMILIKAN KUASA UMNO TERHADAP RAKYAT secara halus!

Akhirnya rakyat akan terperangkap lagi dalam ”feudo-kapitalis UMNO” seperti 50 tahun yang lepas.

si mata 4 said...

tak payah gaduh-gaduh la...
kalau tak puas hati, sila gunakan saluran parti yang ada.
cuma kadang-kadang, kita terasa kita ni pemimpin yang TERHEBAT, idea juga PALING HEBAT. cuma kadang-kadang, idea tu tak sesuai lagi untuk dilaksanakan.
bersabar lah.....cuma jangan sampai kesabaran kita tu diambil kesempatan orang lain sudah la....

Anonymous said...

SAYA SOKONG PAS

KAWASAN TERSEBUT ADALAH KAWASAN PAS.

JIKA PAS TUNDUK PADA TEKANAN ANWAR IBRAHIM DAN DAP PULAU PINANG.

JANGAN HARAP AKU, KELUARGAKU DAN SAHABAT-HANDAIKU NAK SOKONG PAS.

PAS PARTI YANG ADA PENDIRIAN.
BUKAN BACUL,
BUKAN TIADA TELOQ.

JANGAN TERLALU TUNDUK SEHINGGA KEKAWAN MEMIJAK KEPALA.
PANTANG KETURUNANKU DIAIBKAN OLEH SAHABAT PEMUTAR BELIT.

--Penanti Adalah Kawasanku--

Anonymous said...

Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.
Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.
Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.
Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.
Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.
Kenapa ya?
Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.
Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.
Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.
(Nak baca lagi, gi ke http://kisahbenar.wordpress.com)

mut said...

***DI MALAYSIA, MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU. KECUNDANG NYA MELAYU BERMAKNA, TERLERAILAH KEUTUHAN ISLAM..KAMU YANG BERFIKIRAN SEMPIT AKAN MENGKETAWAKAN SAYA TAPI INGAT, BUKAN SAYA SEORANG YANG BERFIKIRAN BEGITU.***

Orang yang berfikiran sempit sahaja menerima pertimbangan assobiyah yang diharamkan oleh Islam, dan dijaja oleh UMNO.

Nasib baik ramai orang Melayu yang sudah menolak pemikiran begitu.

UMNO berpengaruh, maka PAS dipinggirkan. UMNO lemah, PAS dialu-alukan. Sekurang-kurangnya kalau tak bersambut dek PAS, boleh menakutkan orang Cina kepada "hudud ala PAS". (dah lama betul tak dengar ungkapan ni dalam TV3. Yang saya tak pernah dengar ialah hudud ala UMNO - sekular kot?). Kalau bersambut oleh PAS, boleh khianati macam tahun 70an dulu.

Lubang ular bernama UMNO ni takkan ada orang nak kena patuk dua kali?

Lu pikirlah sendiri !

si mata 4 said...

semua komen2 sudah dibaca. apa yang terjadi, sesama kawan mengaibkan sesama sendiri. adu domba menjadi-jadi...siapa yang untung? sudah pasti syaithan dan kuncu2nya.
HENTIKAN......
tiada siapa yang tidak pernah melakukan kesilapan. yang terbaik, hentikan... perbaiki kesilapan.
gerakan jamaah, ajak manusia yakin akan janji keselamatn, keamanan & keadilan yang dijanjikan di dalam Islam

Yunus said...

Islam menitik beratkan kepimpinan yang layak

1. Lihatlah kepimpinan berdasarkan merit dan pengorbanan masing-masing. Lihat semasa kita kalah teruk pada 2004 dahulu. Sampai 2008 siapa yang berada di barisan hadapan untuk mempertahankan PAS apabila diserang bertubi-tubi oleh UMNO; Orangnya Husam
2. Melawan kepimpinan Ulamak? Bukan soal ulamak atau tidak tapi soal boleh buat kerja atau tidak boleh buat kerja. Kalau ada degree Pengajian Islam pun, tidak reti memimpin, hancur jamaah.
3. Kepimpinan Ulama' = Kepimpinan Degree FPI. Mana ada riwayat yang mewajibkan untuk menjadi pimpinan mesti ada degree FPI
4. Melawan kepimpinan Ulamak? Orang tak lawan kepimpinan Ulamak tapi orang takut ada agenda hendak membawa PAS masuk ke dalam BN macam dalam akhbar banyak komen pasal kerajaan perpaduan. Kebetulan, engineer pada kerajaan perpaduan adalah orang yang bertitle ulamak.
5.Kepimpinan PAS harus dilihat kepada siapa yang biasa merakyat, turun demonstrasi, siapa yang tidak turun demonstrasi, tidak boleh jadi pemimpin parti politik.
6. Husam Musa seorang yang boleh berbahasa Arab (bersepah-sepah Ustaz yang tidak boleh berbahasa Arab walaupun ada degree, tapi menunutut jawatan atas alasan diri mereka ulamak), dan boleh membaca kitab Arab, dan beliau dipandu oleh ulamak di sekelilingnya seperti TG Nik Aziz serta ramai lagi Tok Guru Pondok di Pasir Tumbuh yang berkebetulan tempat beliau memimpin. Inilah contoh kepimpinan Islam terdahulu, khalifah, berpaksikan ulamak di sekelilingnya.
7. Ikhwanul Muslimin, Hamas, Iran dll tidak dipimpin oleh orang yang ada degree FPI tetapi soleh dan memahami Islam dengan baik. Gerakan ini digeruni oleh Amerika Syarikat.
8. Perkataan bahawa kepimpinan Degree FPI melukakan hati banyak penggerak PAS yang tidak mempunyai degree FPI walaupun mereka telah bekorban lama dalam PAS.


Kesimpulan: Husam Musa Calon Terbaik untuk Timbalan Presiden

Yang Benar

Dr Yunus
UPM

Yunus said...

Adapun komen Husam hendak bertanding Timb Pres, itu hak dia untuk bertanding kerana ia memang dibenarkan oleh Parti. Oleh itu, raikan perkara ini. Pandanglah secara positif bahawa ia satu daripada kematangan yang ada di dalam PAS. Ia adalah tanda PAS adalah parti yang demokratik dan seterusnya akan dihormati oleh parti lawan dan kawan.

Sama ada macamana metod Husam hendak bawa isu halatuju parti dengan jawatna dia sebagai Timb Pres, itu adalah atas kebijaksanaan dia. Tidak semestinya harus menjadi ketua, baru perubahan dapat dibuat, Tun Perak tidak menjadi Sultan tetapi zaman beliau adalah zaman keemasan kerajaan Melaka.

Dr Yunus
UPM

Yunus said...

Husam Musa menjadi sangsi dengan perilaku Ust Nasha beberapa ketika ini. Kemudian berlindung atas nama kepimpinan ulamak. Kemudian, golongan pimpinan yang menamakan diri mereka kepimpinan ulamak pula mempunyai jentera kempen daripada utusan Malaysia. Tak ke pelik tu. Seolah-olah pimpinan yang menggelarkan diri mereka ulamak telah mula berkomplot dengan UMNO, itu isunya. Isu kerajaan perpaduan juga mendapat dokongan UMNO. Orang yang sayangkan PAS tidak boleh bersetuju pada perkara ini yang telah semakin jelas. Bahawa sebahagian pimpinan memang ada agenda untuk membawa masuk parti ke dalam BN atas nama kerajaan perpaduan.

Husam Musa berada di barisan Hadapan di dalam pelbagai isu. Berani berdebat dan berdepan. Tuduhan dia sebagai agen Anwar adalah tidak betul. Tuduhan itu tidak adil hanya kerana beliau menyokong semangat pakatan rakayt, maka beliau dituduh pro anwar. Adakah kita perlu menyokong UMNO untuk tidak dituduh pro anwar?

Hujah golongan Muzakarah memang sebijik sama dengan hujah UMNO dan Utusan Malaysia.

Yunus said...

Salam

Jangan perleceh Ilmu orang lain hanya semata-mata dia tak ada degree FPI. Rendahkan diri. Di mana sifat tawaduk, merendah diri, dan bersangka buruk kepada orang lain termasuk golongan Profesional di dalam PAS. Bukankah semua itu ada diajar di dalam usrah kita selama ini???

Jangan cakap profesional dalam PAS tidak ada ilmu agama agama. Orang yang menggelarkan diri sendiri sebagai ulamak dalam PAS pun, ramai yang tidak boleh bahasa Arab. Berapa banyak buku ilmiah yang diiktiraf oleh ulamak sedunia yang dihasilkan geng Muzakarah. Alih-alih Zaharuddin Abd Rahman yang PAS buang juga yang diiktirafnya di peringkat antarabangsa.

Husam Musa, adalah anak kepada arwah Tuan Guru Haji Musa Salor. Dari segi tarbiyyah Islamiyyah dan agama, beliau telah dididik oleh ayahnya secara terus. Lebih baik lagi daripada secara formal di sekolah kerajaan dan universiti. Boleh berbahasa Arab. Boleh membaca kitab Arab. Ana fikir, dalam beberapa perkara, beliau lebih alim daripada beberapa Ustaz Mi Goreng di dalam PAS. Seorang merendah diri. tidak pernah mengungkit tentang keturunan ayahnya yang juga seorang ulamak. Dibandingkan dengan beberapa orang yang sering kali mengungkit faktor keturunan untuk mendapatkan kuasa.

Ana fikir, kalau nak dikira Ulama', Husam Musa juga seorang tokoh bertaraf Ulamak.

Yunus said...

Lebih baik bertuankan Anwar Ibrahim daripada bertuankan Pak Lah Badawi dan Najib Tun Razak. Anwar Ibrahim secara terbuka di hadapan DAP declare bahwa dia akan laksanakan hudud selepas PR memerintah semasa berkempen di Terengganu. Jadi isu pilihanraya statement dia tu. Mana nak sorok point ni. Husam pun declare secara terbuka bahawa beliau akan bawak hudud selepas PAS memerintah masa debat dengan Khairi. Nak apa lagi???

Sedangkan UMNO, saman hudud lagi ada. UMNO yang perangai buruk macam ni, Ust Nasha nak rapat, sampaikan retak hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Ulamak, Ulamak, Ulamak!!!!!
Pewaris Nabi
(Tak malu bagi title kat diri sendiri ulamak.)

Anonymous said...

Salam

Bagi saya, konsep kepimpinan Ulamak yang diuar-uarkan sekarang adalah berpunca daripada politik tidak jujur sebahagian golongan berdegree FPI. Mereka suka pada Ust Nasa Mat Isa, maka mereka cari ayat quran dan dalil untuk mewajibkan orang secara hukmi untuk menyokong calon favourite mereka.

Taktik kempen mereka.

1. Apabila Ust nasha lawan Ust Hasan Shukri dan Ust haron Taib, disebabkan puak ini sokong Ust Haan Shukri dan Haron Taib masa tu, nak cakap Ust Nasha ni bukan ulamak, masalahnya ust nasha ada degree FPI, jadi mereka kata Ust nasha adalah ulamak liberal dan Ust Ulamak Haron Taib adalah ulamak yang sebenar
2. Apabila geng ni sokong ust nasha pulak, apabila yang lawan Ust Nasha tak ada degree FPI, maka mudahlah kata, nak lawan kepimpinan ulamak.
3. Cuba kita letak Dr Mujahid untuk bertanding Timbalan Presiden, apa pulak hujah puak ni. Nak kata lawan kepimpinan Ulamak? Dr Mujahid ada Phd FPI. mesti guna hujah JIM pulak.

Point dia, slogan kepimpinan ulamak hanyalah ilusi optik untuk mengaburi mata perwakilan dan menyembunyikan kelemahan pimpinan yang tidak reti buat kerja dan ada hati nak bergabung dengan UMNO. Samalah macam One Malayisa Najib

Anonymous said...

Kemutlakkan kepimpinan ulamak bagi saya adalah memutlakkan kepimpinan kepada mereka yang ada degree FPI. Sebab itu, saya lebih selesa menggelarkan kepimpinan degree FPI. Kerana ulamak ini sangat tinggi nilainya. Tidak semua orang ada degree FPI itu ulamak. Tidak semua orang ada degree FPI itu soleh.

Kalau kepimpinan ulamak itu ditafsirkan dengan orang nombor satu mesti ada degree FPI, maka UMNO ketika zaman Pak Lah Badawi adalah kepimpinan Ulamak, sebab Pak Lah Badawi ada degree FPI daripada UM. Pak LAh Badawi keturunan Ulamak. Kan pening takrifan itu.

yang penting adalah kepimpinan Islam yang ada AL-Quwwah wal Amanah.

Yunus said...

Konsep Kepimpinan Ulamak ini mendekati aqidah Syiah. Syiah aje yang ada konsep memutlakkan kepimpinan kepada golongan berpendidikan agama formal. Dalam Sunnah, agak umum, iaitu konsep Al-Quwwah wal Amanah sahaja. Adakah kita cuba mengambil acuan Syiah. Tetapi di Iran pun, Pres dia pun boleh bukan Ulamak. Maknanya tafsiran Kepimpinan Ulamak seseorang orang berdegre FPI lebih ekstrim daripada kepimpinan Ulamak Syiah. Kalau geng Salafi Saudi atau mufti Saudi tahu orang berdegree FPI di Malaysia buat tafsiran macam ni. Mesti diorang mengkafirkan kita punya.

Sejarah Islam, selepas khulafak rasyidin, ramai khalifah orang biasa tetapi berbakat dan berkebolehan. Sementara mempunyai semangat jihad dan amanah yang kuat. Itulah dia kepimpinan Islam.

Anonymous said...

Baca, jangan tak baca

http://kisahbenar.wordpress.com/


Kerja Bodoh Nik Abduh dan Kerja Jahat Pembantu Presiden
May 3, 2009

Siapa dak baca tulisan sensasi anak Nik Aziz, tapi sayang tak lebih dari menepuk air di dulang, muka sendiri jugak yang kuyup.

Dulu orang dak bercakap pasal kereta CRVnya, pasal dia makan gaji buta dok jadi ahli majlis MPKB dan komisyen balak, hari ini semua dah habis dicerita orang.

Nik Abduh dah pusing lalat. Bukan kerana banyak bersembunyi kat Kedai Lalat (Tak jauh dah dengan rumahnya), tetapi pening lalat pasal bau busuk jadi banyak lalat dok mari.

Nik Abduh buat pendedahan waktu Tuan Guru Nik Aziz mengerjakan umrah menunjukkan dia ada agenda busuk.

Terus terang, orang dah tahu Nik Abduh nak tunjuk hero belasah Husam. Dulu Nik Abduh halau Husam dari Kijang dalam Pengkalan Chepa. Hari ini Nik Abduh dengan sokongan moral pembantu Presiden di Selangor dan Terengganu nak bunuh karier politik Husam lak.

Kenapa ya?

Nik d sah berdalih dengan hujah-hujahnya. Kalau dia anak jantan berterus terang sahaja dia bencikan Husam kerana sejak Husam jadi exco kewangan, segala karut marut balak yang dinikmati oleh beberapa orang tertentu dalam PAS dah tamat.

Razak Abas, pembantu TGNA dan rakan balak Takiyuddin and the geng jugak kesayangan Nik Abduh. Tak payah sandiwara lagi. Ini semua hal dunia dan daak da kaitan dengan Ulama, membela Islam atau Perpaduan Melayu.

Dulu Nik Abduh bukan main lantang tuduh Husam rasuah sehinggakan dia tersembam dalam keaiban depan ayahandanya sendiri sebab tu dendam kesumat tak habis-habis.

Siapa dari geng Balak yang nak Husam menang Timbalan Presiden? Kalau Husam menang Timbalan Presiden, TGNA akan serahkan pada Husam jawatan MB Kelantan. Dah lebih enam tahun geng balak dok ikat perut tak cukup pitih balak, Husam jadi MB, habislah. Bukan ikat perut mati kebulur teruih.

Yang sedihnya, Nik Abduh bukan anak jantan, dia belasah Husam sambil selindung belakang jubah ayahandanya. Akibatnya, Husam tak kena, tapi ayahandanya yang teruk menanggung.

Inilah kisah benar hari ni. Nik Abduh cuba buruk Husam tapi conteng arang kat muka ayahandanya. Nik Abduh dak pandai. Dia makan jolokan pembantu Presiden di Selangor, takda fikir panjang langsung.

Nik Abduh ingat dia memukul Husam tapi buah yang digarap pembantu TG Haji Hadi sebenarnya nak jatuh maruah Nik Aziz. Jangan salah faham, TGHH langsung tidak dok dalam hal ini. Namanya kena lelong dek kepentingan orang lain.

Ini balas dendam terhadap TGNA sebab pembantu TGHH dak puas hati dengan TGNA dak menerima saranan Muzakarah dan lepas Kerajaan Perpaduan yang di lahir hasil hubungan sulit Timbalan Presiden PAS Ust. Nasha dengan UMNO.

Tindakan TGNA, terlepaslah peluang pembantu TGHH nak rasa jadi Setiausaha Akhbar Menteri.

Mudah nak racun Nik Abduh kerana kemelut lama dan balak yang dak pernah Husam lulus. lepas Mac 8, Husam dok buat sistem baru bagi susah perut-perut tu nok kuyah balak. Husam sendiri minta TGNA gugurkan nama dia dari Jkuasa Balak. Tapi Mohd Amar ada dan gerenti sign surat balak.

Anonymous said...

Salaam Sdr Tulang Besi

Ana sedih kerana masih lagi ada segelintir ahli yang tidak faham atau sengaja tidak faham apa itu perjuangan dan aspirasi PAS.
Walau apa pun, kenapa mesti membuat kenyataan melalui media yang begitu jelas adalah alat kepada BN. Kenapa mereka tidak berbincang melalui saluran yang sedia ada?
Ana tidak berani hendak membuat andaian dan jauh lagi untuk menuduh tetapi kelakuan segelintir ahli ini umpamanya ingin merosakan imej dan perjuangan parti.
PAS telah begitu lama menjalankan aktiviti tarbiah melalui penganjuran seminar, bengkel, kursus dan latihan untuk ahlinya agar mereka ini berdisiplin, ikhlas dan bersemangat dalam perjuangan parti, namun masih ramai lagi yang tidak peka dan mengambil iktibar dari sejarah dan kejadian persekitaran.
Apa gunanya PAS bertanding dan menang di Penanti TETAPI tewas di kawasan lain akibat diboikot oleh ahli PKR dan mereka yang bersimpati dengan PKR.
PAS harus sedar Pakatan Rakyat adalah senjata terbaik buat terkini untuk menyekat BN. Sekiranya PAS ingin 'berjuang' dari luar Pakatan, silakan, tetapi mereka mungkin tidak pergi jauh dari hanya memerintah Kelantan. Itu hakikat yang sebenarnya.....

Wasalam

besi berani

Afyan said...

Kenapa En Malaysia Waves tidak katakan yg Mujahid Yusuf Rawa pun macam budak tadika sebab buat perkara yang sama?

Anoinimuz said...

Kanak-kanak nakal ini harus dirotan...zas zas zas....

AyahNgah said...

Tindakan Ust Hafiz memang agak keterlaluan di pandangan mata ramai, khususnya penyokong dan pendokong PR, sehingga membawa pada cerca dan kata nista kepada beliau. Ya, tidak dinafikan ada kebenarannya, namun aku ingin cuba membawa kalian untuk berfikir sejenak dari sudut yang berbeza.

Sebagai pimpinan PEMUDA di Pulau Pinang, aku menghormati Ust Hafiz Nordin dengan pegangan teguh beliau pada prinsip dan kepercayaan, sanggup dan sedia untuk dicaci demi kepentingan jemaah melalui mesej di sebalik tindakan beliau ini.

Bukan mudah untuk mencari manusia yang sudah menyangkakan akibatnya daripada tindakan sebegini, namun atas kapasiti pemuda, bersedia untuk berkorban, berbekalkan pesanan pimpinan-pimpinan tertinggi PAS umpamanya Al-Marhum Ust Fadhil, TGNA dan TGHH supaya pemuda TIDAK menjadi TUA sebelum usia agar pemuda boleh bertindak seperti pemuda, "nakal" seperti pemuda dan berani seperti pemuda.

Mungkin umum tidak tahu bagaimana PAS diperlakukan sebagai RAKAN dalam BA & PR di Pulau Pinang. Seawal tahun 2000, juga terlibat secara langsung pada 2004, amat sedih bagi aku untuk mengenang kembali bagaimana PAS dilayan sebagai RAKAN di dalam BA & PR, tambahan pula Dr Mansorlah orangnya yang paling bertanggungjawab pada ketika itu.

Aku yakin, Ustaz Hafiz tidak pernah mimpikan sebarang jawatan, malah tawaran menjadi calon PAS dalam pilihanraya seringkali ditolak secara baik oleh beliau untuk memberikan tumpuan pada kerja jemaah. Masakan pula beliau inginkan sangat jawatan selepas PRU baru-baru ini? Tiada kenyataan pun bahawa beliau inginkan jawatan atau bertanding, yang beliau nyatakan hanya keinginan PAS, saya ulangi PAS untuk bertanding di Penanti.

Cukuplah sekadar kita semua renungkan semula, apakah mesej yang ingin dibawa oleh Pemuda Pulau Pinang, PAS Kaw Pmtg Pauh dan Ust Hafiz Nordin khususnya sehingga beliau sanggup mengorbankan diri sendiri?

Aku kenal beliau sebagai pemimpin dan sahabat, cukuplah cercaan kalian semua yang tidak benar-benar mengenali hati budi beliau.

Beliau kini mengundurkan diri dipersada politik, masih berada di dalam jemaah, tetapi menumpukan pada hal-hal lain yang tidak kurang pentingnya. Lihatlah usaha beliau bersama pemuda selama ini, jika Kedah mengorak langkah mewarisi sekolah milikan PAS sendiri (bukan milikan individu PAS) melaui SRIDU, SMIDU & KIDU, Pemuda Penang mengikut jejak yang sama dengan SRIBU meninggalkan negeri-negeri yang lain. Jika masing-masing negeri menumpukan matlamat jangka pendek dan ad-hoc bekerjasama dengan PR, Pemuda Penang sudah awal mengorak langkah dengan kewujudan Jabatan Dakwah yang bergerak secara sepenuh masa ketika TGNA menyatakan tentang harapan agar mursyidul PAS kelak berbangsa Cina(beragama Islam), malah usaha Pemuda Penang lebih mendahului ucapan tersebut. Renungkanlah.

Anonymous said...

-Heran apa pasal dari dulu tadak orang ketengahkah pasal DAP yang dalam 5 tahun dah bangunkan terlalu banyak rumah yang setiap bijik harga bejuta. Tadak Melayu yang mampu beli. Rumah yang kos sedang dan murah haram diorang nak luluskan. Balik Pulau yang dulu majoriti Melayu skrg penuh dengan rumah RM bejuta khas untuk Cina. Bukan kat Balik Pulau saja benda ni berlaku malah seluruh pelosok Penang, DAP dengan sifat anti Melayunya nak memenuhkan Cina seluruh Penang dan halau Melayu semua keluar. Yusmadi dan geng2 Melayu PKR dan PAS terang-terang sanggup tengok bangsa sendiri jahanam merempat di tanah sendiri. Tadak apa yang depa perjuangkan melainkan kita tengok hasilnya Melayu, Mami, Mamak dan India semakin hina di bumi Penang. Sure dalam projek perumahan kos tinggi ni puak2 DAP dapat panggu hadiah. Yang puak Melayu PAS PKR dapat la jugak habuan tutup mulut. 5 tahun lagi puak Guan Eng ni memerintah, sure Penang jadi macam Palestin. Ulama2 sepatutnya memfatwakan "HARAM ORANG ISLAM PENANG MENJUAL TANAH KEPADA BUKAN ISLAM". Apa pun Nik Aziz Nik Mat amat dihormati. Harap Tuan Guru datangla ke Penang dan tengoklah sendiri apa yang Guan Eng dah buat di Tanah bertuah ni.Islam tidak tertegak dengan baik di Penang sejak sekian lama malahan bangsanya dengan penuh kehinaan menitiskan air mata menjadi pelarian di Tanah sendiri. Malu dengan cucu cicit kita kelak.





-Waktu Guan Eng mula2 jadi menteri dulu, dia mengaku berpegang kepada "Amar makruf nahi mungkar". Aku sendiri kagum dengan apa yang keluaq dari mulut si laknat ni masa tu. Tapi 5 tahun dia jadi KM haram 1 apa pun dia tak buat untuk menegakkan "Amar makruf nahi mungkar". Cakap kosongnya hanya untuk menyelesakan Melayu dan PAS sebaliknya hati Guan Eng ni penuh dendam dan bencikan Melayu. Mesyuarat nak suruh Yusmadi dan JAIPP kukuhkan usaha memantau perbuatan sumbang jauh sekali. Sejak dari zaman Koh Tsu Kon pantai Seagate memang terkenal sebagai tempat bezina, pemimpin UMNO Penang masa tu pun tak dinafikan goyang kaki, makanan masuk perut (kalau-kalau dapat perintah nanti, try la ulang lagi kalau nak kena maki). [Tapi tanah Melayu depa ambik berat. Cina dah banyak tanah kat Penang, cukup2 la.] Namun, tempat berzina semakin bertambah di area Quensbay. Si badigol Guan Eng cuma pandai mempermainkan Islam dan Melayu dengan slogan "Amar makruf nahi mungkar". Sial punya apek Guan Eng. DAP SANGAT BENCIKAN ISLAM DAN MELAYU. SIKAP PERKAUMANNYA BERBAHAYA DI PENANG. DAH TAK BOLEH SABAR DENGAN DAP, RASA MACAM NAK ..............

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.