Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 15, 2009

Kritikan Terhadap PAS dan KeAdilan

Saya nak juga bawa artikel ini supaya semua pihak dikritik sama rata terhadap kekalahan Barisan Alternatif 2004. Saya masih menyimpan luka di hati dan saya mahu mereka yang bertanggungjawab menyedari kesilapan mereka.

Dari segi PAS pula, sikap PAS tidak mengendahkan perasaan serta hati nurani parti komponen adalah amat dikesali. Tapi itu masih boleh dimaafkan. Yang tidak boleh dimaafkan adalah sikap keras kepala yang tidak mahu memahami hati nurani pengundi.

Terengganu meluluskan Enakmen Syariah/Hudud tanpa ada program penerangan yang komprehensif menyebabkan segala usaha murni PAS itu menjadi modal politik kepada UMNO secara percuma dengan bantuan Sisters in ISlam dan NGO yang sewaktu dengannya.

Penyebaran Dokumen Negara Islam tidak langsung membantu usaha PAS menyebarkan dakwah Islamiyyah. Dokumen yang terlampu nipis dan tidak menjawab apa-apa persoalan yang biasa orang persoalkan mengenai negara Islam.

Malahan saya terjumpa artikel tulisan seorang Yahudi yang menjadi pensyarah undang2 di Harvard yang menerangkan tentang Negara Islam 100x lebih baik dari dokumen yang dikeluarkan oleh PAS tersebut. Nama Yahudi tersebut ialah Noah Feldman dan beliau sampai berkata Islam menjadi hebat dan agung satu masa dahulu kerana adanya undang-undang syariah/hudud. Tanpa undang-undang hudud, maka ISlam tidak akan menjadi hebat dan agung serta tidak mampu membina empayar selama 1400 tahun.

Hanya kerana seseorang itu kelulusan agama tidak bermakna beliau mengerti bagaimana hendak menyampaikan agama kepada umum.

Adalah lebih menguntungkan Islam sekiranya PAS pada masa itu menyebarkan dokumen berkenaan sikap Islam terhadap rasuah, nepotisma dan salah guna kuasa.

Saya ada terjumpa satu buku di sini mengumpul kesemua kisah-kisah dalam Islam berkaitan penentangan terhadap rasuah dan salah guna kuasa.

Misalnya, dinyatakan pada satu hari Saidina Umar Abdul Aziz teringin untuk makan epal lalu disuruh pembantu dia mencari epal. Pembantu keluar lantas kembali dengan sebiji epal dan memberitahu ianya adalah hadiah dari sepupu beliau. Dan tidak salah Khalifah menerima hadiah ini kerana Nabi SAW sendiri menolak sedekah tapi menerima hadiah. Lantas Saidina Umar Abdul Aziz menyuruh mengembalikan epal tersebut dan berkata "dahulu kalau orang memberi hadiah kepada Nabi, ianya benar2 hadiah. Tapi sekarang ini kalau memberi hadiah ianya adalah bentuk suapan".

Dibawah ini adalah artikel yang saya nukil dari blog MatsamanKati untuk tatapan dan renungan kita:

Kritik dan teguran
May 14th, 2009 | By webmaster | Category: Isi I, Mat Saman Kati

Gerakan reformasi tahun 1998 telah menghasilkan sedikit pulangan pada tahun 1999 apabila pembangkang memenangi banyak kerusi di Dewan Undangan Negeri dan juga Parlimen. Kedudukan Pas di Kelantan semakin kukuh manakala Terengganu berjaya dirampas.Haji Hadi menjadi ketua Pembangkang dan Ketua Barisan Alternatif.

Sama ada orang bersetuju atau tidak..kemenangan BA masa itu banyak dibantu oleh laman-laman web reformasi yang tumbuh macam cendawan. Benar…isu masa itu ialah kezaliman yang dilakukan terhadap Anwar. Tanpa laman-laman web ini, maklumat tentang apa yang berlaku terhadap Anwar mungkin tidak sampai. Tetapi dengan kecanggihan teknologi masa itu, laman-laman web ini telah berjaya menimbulkan kesedaran kepada orang ramai dan menimbulkan kebencian kepada Umno.

Tetapi selepas menang..kita lupa diri. Laman-laman web yang mengkritik BA akan dianggap sebagai pemecahbelah BA. Mereka yang mengkritik Pas akan dianggap sebagai anti-islam. Mereka yang mengkritik Keadilan akan dianggap sebagai barua Umno…SB…ejen BN dsbnya.

“Reformasi” telah di rampas oleh Parti Keadilan dan dijadikan modal politik. “Reformasi bukan lagi gerakan rakyat tapi sebagai modal politik untuk meraih sokongan. Manakala Pas pula telah menganggap kemenangan tahun 1999 itu sebagai tanda penerimaan rakyat terhadap perjuangan Pas.

Kita seperti kera mendapat bunga. Terkinja kesana…terkinja kesini..kononnya sudah ada anak dara yang jatuh cinta kepada kita. Kita lupa diri. Haji Hadi membuat keputusan ikut suka dia. Dan akhirnya DAP keluar dari Barisan Alternatif.

Dan ketika pilihanraya umum 2004 sudah semakin hampir…Pas mengemukakan Dokumen Negara Islam. Apabila Keadilan tidak bersetuju…Keadilan dianggap sebagai anti-Islam. Dan apabila Syed Husin Ali, diletakkan sebagai calon di Kota Bharu, beliau dilabelkan sebagai sosialis…sama macam adik komunis.

Pas juga mempunyai alasan mengapa mahu menguasai Keadilan…kerana jentera Keadilan dalam keadaan kacau bilau.

Akhirnya..dalam pilihanraya 2004, kita lingkup. Terengganu kembali keasalnya…Kelantan nyaris-nyaris terlungkup…dan Keadilan hanya mempunyai seorang Ahli Parlimen..Wan Azizah.

Berilah apa alasan pun…tetapi bagi aku..kita kalah kerana kita tidak boleh dikritik..tidak boleh ditegur…keras kepala…angkuh!

Baik Pas…baik Keadilan. Sama sahaja.

Selepas pilihanraya 2004, Anwar dibebaskan. Lebihkurang seminggu sebelum Anwar dibebaskan…Raja Petra menutup laman Free Anwar Campaign (FAC) dan memulakan Malaysia Today.

Raja Petra adalah seorang reformis..termasuk isterinya Marina. Sebelum itu, beliau adalah orang kuat Parti Keadilan tetapi apabila reform yang diperjuangkannya tidak disambut didalam parti..beliau meninggalkan PKN.

DiMalaysia Today…beliau membuka ruang untuk kebebasan bersuara. Diperingkat awal…MT menjadi medan untuk rakyat melepaskan geram. Komen-komen tidak terkawal sehingga penuh dengan maki hamun dan kelucahan. Itu diperingkat awal…dimana rakyat yang tidak pernah mendapat kebebasan…tiba-tiba diberi ruang untuk menyuarakan isi hati mereka. Macam kera dapat bunga.

Disatu pihak pula..mereka yang kena serang menjadi marah..kerana selama ini tidak ada sesiapa yang berani mengkritik mereka. Maka timbullah bermacam-macam label dan gelaran yang diberikan kepada mereka.

Konflik adalah normal…terutama apabila dua pihak tidak pernah memahami antara satu sama lain. Ketika Pakatan Rakyat memenangi negeri Perak..Ustaz Ahmad Awang telah dijemput kesatu majlis yang dianjurkan oleh DAP. Dan diatas meja Ahmad Awang tersedia botol-botol Carlsberg.

Adakah DAP menghina Ahmad Awang? Tidak. Cuma mereka tidak pernah cuba memahami budaya orang lain.

Dalam kenduri yang dianjurkan oleh Pas, mereka menjemput kaum India dan menghidangkan daging lembu. Adakah Pas menghina penganut Hindu? Tidak. Tetapi kerana ustaz-ustaz ini tidak pernah memahami adat-adat Hindu.

Kalau Ahmad Awang terus keluar dari majlis dan terus melabel DAP sebagai menghina orang Islam..sampai sekarang DAP tidak akan tahu pantang larang orang Islam.

Kalau Pas tidak mendengar kritikan orang-orang Hindu supaya jangan menghidangkan daging lembu, sampai sekarang sudah pasti orang-orang India tidak akan menghormati Pas.

Ramai pemimpin Pas bersedia menerima teguran dan kritikan…tetapi masih ramai pengikut Pas masih tidak boleh menerima teguran dan kritikan…terutamanya diperingkat bawahan.

Cikgu Azmi..Presiden TERAS telah menggariskan beberapa langkah yang perlu diambil bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat negeri Perak. Ada empat peringkat…Konflik, Penyesuaian, Persefahaman, Perpaduan.

Beberapa bulan pertama PR memerintah Perak, Pulau Pinang Kedah dan Selangor..kita berada dalam peringkat pertama…konflik. Baik dalam soal EXCO, soal ahli majlis, soal Ketua Kampung. Semuanya bertekak.

Selepas itu barulah kita memasuki peringkat kedua iaitu penyesuaian. Ada kawasan-kawasan dimana kepimpinan Pas dan PKR agak terbuka dan penyesuaian amat mudah dilakukan. Tetapi dikawasan-kawasan dimana YDP atau Ketua Bahagian yang keras kepala..penyesuaian ini amat perlahan. Malah masih ada yang berkonflik hingga sekarang.

Kalau Malaysia Today memerlukan hampir setahun untuk mengajar pengkomen-pengkomen supaya beretika dan berbahas secara baik dan bertanggungjawab..berapa lamakah yang diperlukan untuk proses penyesuaian dalam Pakatan Rakyat?

Pas dan PKR Pulau Pinang masih lagi dalam peringkat konflik. Ini berlaku kerana tidak ada kepimpinan yang terserlah…baik Pas atau PKR di Pulau Pinang.

DiSelangor..PKR lebih dominan. Sama seperti Kedah dimana Pas lebih dominan. Tetapi diPerak..Pas dan PKR sama-sama kuat. (dari sudut kerusi yang dimenangi). Kalau tidak ada kepimpinan yang terserlah..maka Pas dan PKR Perak sudah pasti akan terus didalam mode konflik macam Pulau Pinang.

Disini terserlah kemampuan Nizar dalam mengemudikan konflik antara Pas dan PKR. Kemampuan Nizar menyatupadukan PKR, Pas dan DAP…sama macam kemampuan Anwar menyatupadukan BA dan akhirnya Pakatan Rakyat.

Tetapi Nizar memerlukan sokongan. Dia memerlukan sokongan..baik dari dalam Pas mahupun PKR dan DAP. Dan perlu diterima hakikatnya bahawa masih ramai lagi pemimpin-pemimpin Pas dan PKR yang masih didalam mode konflik.Masing-masing mementingkan survival politik mereka…bukannya kesejahteraan rakyat.

Kalau orang-orang Pas boleh menerima Anwar…mengapa orang-orang PKR tidak boleh menerima Nizar?

Kalau penyesuaian dan persefahaman yang diperlukan..maka pemimpin-pemimpin yang enggan keluar dari mode konflik ini perlu ditegur…dikritik supaya mereka sedar bahawa matlamat kita ialah mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

Tetapi sekiranya menegur itu dianggap menentang…dan mengkritik itu dianggap sabotaj..maka bersedialah kita kembali kepada era 1999-2004.

Suka saya ingatkan sepanjang pengajian saya mengenai Islam, tiada yang boleh dikatakan maksum dalam agama kecuali Nabi SAW



20 comments:

Anonymous said...

biasanya saya tak setuju ngan pendapat tb tapi kali ni saya rasa ulasan ini agak bagus

Anonymous said...

Miskin dan Tak Berkuasa = Manusia.
Kaya dan Berkuasa = Entahlah, saya pun tak tahu ....... Manusia ke ..... kerana kalau Manusia kita boleh menerima " Kritikan " kerana melalui " Kritikan " barulah kita boleh membetulkan kesilapan dan dapat pahala dan kalau sebaliknya entahlah jadi " Raja Rimba " mungkin.

Anonymous said...

Thanks.. artikel yg bernas! well written

Alias Mohd Yusof said...

Sikap yang sama jugalah yang telah meranapkan UMNO pada PRU ke 12. Sikap angkuh dan tidak mahu menerima kritikan.

Anonymous said...

Kes rasuah Kapten Osman dan Jamaluddin tak timbul-timbul langsung di mahkamah untuk sekian lama. Kenapa, tak cukup hakimkah? Kes ini pun merupakan kes kepentingan rakyat juga. Krisis politik Perak bermula setelah kedua-dua orang ini dituduh mengambil rasuah. Patutnya kes ini perlu diselesaikan terlebih dahulu. Tetapi yang peliknya, kes-kes Speaker Negeri Perak dan dan kes DS Nizar pula menaiki keretapi ekspress sampai ke Mahkamah Persekutuan. Apakah logiknya? Kalau kes-kes ini dianggap kepentingan orangramai. Kes Osman dan Jamaluddin juga apa kurangnya?

Keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan DS Nizar sebagai Menteri Besar yang sah diberikan 'stay' dalam tempoh tak sampai 24 jam oleh Mahkamah Rayuan. Cepatnya keputusan mee segera dikeluarkan. Kecekapan ini seharusnya juga ditunjukkan dalam kes Osman dan Jamaluddin. Kenapa ini tidak dibuat?

Anonymous said...

TB Sir, this is indeed a well written article. I wonder whether the Ustaz-ustaz in PAS will ever read this article and understand the message contained. For the Keadilan group, I fear they need a long internal reformasi before smelling success because for many of them the UMNO mentality and culture is too much ingrained in them - this is essentially their main weakness.

achoksabah said...

aku taku pas dan keadilan dijangkit penyakit deny syndrome jee..

nur mohd nidzam said...

Dear sdr tulang besi,
I am at awe after reading your post,I believe in all the points you made regarding constructive criticism.It is funny that many people normally realise their mistakes but dont normally have the courage to admit them.This behaviour is very evident among our muslim brotherhood.I hope more people like you will emerge to enlighten the people.

Sebal said...

Salam, alhamdullilah..baca aktical..memang sebiji..perangai kebanyakan org pas and pimpinan bawahan and menengah pas..bila komen aje...terus level kita ni umnolah, erdogan lah, depa aje yang benar..gue setuju sungguh dgn aktical ni..klo PAS tak berubah..kita lihatlah ..PR 13 nanti..sebab lepas muktamar ni...gue ingat banyak pimpinan fofessional akan jadi pengikut aje..HUSAM akan kalah, mat sabu kalah, khalid samad, kalah,.yang tinggal cuma golongan ustaz aje..sebab ..lu fikirlah..kebanyakan pimpinan kawasan majoriti utz..bukan fofessional..

Anonymous said...

Lebih baik kita bekerjasama dengan kafir daripada bekerjasama dengan orang zalim (UMNO).

Itulah kata-kata Pesuruhjaya Pas Perak Al-Ustaz Ahmad Awang kepada Mufti Perak bila dicadangkan bentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak selepas p/raya umum yang lepas.

Apa yang terjadi pada PAS di Perak hari ini adalah kesan daripada kata-kata celupar mulut Ahmad Awang.

Bala kalau Allah nak turunkan tak lama wahai sahabatku sekalian. Sebab itu lain kali bercakap kena berhati-hati sikit.

Anonymous said...

Raja Petra?Hah..dia tu kaki Madey..semua kiasu briged ada satu problem..they think the world is powered by thier thoughts and actions..jgn lupa satu hal..madey's crackdown on reformists and on barisan alternative was one of the factors that hampir hampir menghancurkan barsian alternatif..plus people gave pak lah the benefit of doubt..u know,mr.clean,new hope,etc etc..lagi satu hal perlu ingat.Reformasi movement in Malaysia was/is not an ordinary movement.A movement based on principlas of justice,fairess,equality,oneness is "deathless"..something which can be classifeid as in harmony with the eternity..deviate from that..lingkup!!Look what happend in the GE13,and in Perak..Has BN succeded?In fact they must be scratching thier heads,as to why all the money,all the intimidation & hostilities have not given the results they want?Why?Pakatan is not perfect,but the way they execute their plans are cukup best!!

zakwan said...

Anon 11.19

Mengapa celupar mulut Uztaz Ahmad Awang?
Kafir DAP lebih menerima serta memehami Islam jauh lebih hebat drpd UMNO yg Islam hanya pd nama dan perangai ala yahudi

Apa yg berlaku di Perak hari ini hanya sebab UMNO tidak boleh terima Melayu berganding bahu dgn Cina dan India bagi membangun serta memajukan rakyat Perak

Moga bala Allah menimpa makhluk2 jenis kau yg racist

Abd Razak said...

Anonymous said...

Lebih baik kita bekerjasama dengan kafir daripada bekerjasama dengan orang zalim (UMNO).

Itulah kata-kata Pesuruhjaya Pas Perak Al-Ustaz Ahmad Awang kepada Mufti Perak bila dicadangkan bentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak selepas p/raya umum yang lepas.

Apa yang terjadi pada PAS di Perak hari ini adalah kesan daripada kata-kata celupar mulut Ahmad Awang.

Bala kalau Allah nak turunkan tak lama wahai sahabatku sekalian. Sebab itu lain kali bercakap kena berhati-hati sikit.


Seperti biasa org yg memberi komen seperti di atas adalah seorang yg PENGECUT...diulangi PENGECUT seperti nizam toha,grand marquis dan lain2..Utk pengetahuan ko umno dh pernah memerintah negara bersama2 dgn PAS pada tahun 1974-78..Apa jd pd PAS ketika itu?..Ditendang keluar dan dihina dr bn..X tau le ko ni bodoh ke atau buta sejarah...Tok Guru ketika itu adalah Ketua Dewan Ulamak PAS..Sbb itu dia x setuju nk bekerjasama dgn umno...yg ko ni kalau nk join bn sgt pegi le...jgn heret PAS sekali...cukuplah kita dihina sekali...Tp aku rs spesis cam ko ni mmg x tau malu...Elok org2 cam ko ni terutama sekali nizam toha,grand marquis dan lain2 berambus dr PAS..Pegi join umno...PAS x rugi apa2 kalau hilang org mcm korang...

mut said...

Kritikan dalam menghadapi berbagai isu ini perkara biasa.

Dalam demokrasi mesti ada tolak ansur, dan semua pihak perlu menerima kenyataan bahawa kita tak akan dapat semua yang kita hajati. Apabila nak mencipta persetujuan, tentulah ada tolak ansur. Dalam hal-ehwal keluarga kita yang paling dekat dengan kita pun kita boleh tengok hal ini, dan jika ia berlaku tak bermakna permusuhan pasti berlaku. Terpulang kepada kematangan dan daya tolak ansur sesama ahli. Apatah lagi kalau entiti yang dimaksudkan merangkumi msayarakat atau negeri, tentulah ada sahaja yang menjadi isu.Kalau ada musuh yang mengintai dari luar, maka wajarlah kiat berwaspada!

UMNO ni kita dah tengok perangai dia dari dulu lagi. Sikap yan saya sebut diatas tak ada dalam diri mereka. Beraja di mata bersultan di hati. Falsafah parti sendiri dikompromi. Kalau tak masakan tak berani debat dengan PAS tentang kedudukan Melayu sekarang dan siapa petualang bangsa dan negara? Semua menikus dengan pelbagai alasan. Macam dakwat dalam pilihanraya; bukan PAS dapat apa-apa kelebihan pun, tapi UMNO yang takut dengan bayang-bayang dan perbuatan menipu mereka sendiri didedahkan.

Dalam BN sendiri sekarang makin ketara kebobrokan UMNO itu sendiri di kaca mata umum. Jika bukan kerana Sabah dan Sarawak, parti ini mungkin dah ditalkinkan sekali dengan SPR.

So it is important PR tidak mengambil jalan yang sama. Menghormati rakan pakatan akan memberikan jalan tengah dalam menghadapi apa-apa masalah dan tidak mencipta UMNO baru dalam acuan pakatan.

Anonymous said...

Why PAS couldnt recapture Terengganu?Kenalah tanya cikgu PA,and those fraksis.

Anonymous said...

Those who belive in divison are the UMNO/BN and their lackey frakis.They believe that that the ol formula of governing based on divison,race,religion is super duper ultimate,magical everlasting formula.But the truth is totally opposite!!And since 1998,we r seeing the birth of unity,equality,justice,fairess..It appeared 1st as an embryo in the form of reformasi movement,and now in the form of reformasi plus pakatan rakyat 's principals.UMNO/BN,thier lackeys and penjilat punkogs will never be able to steam roll,destroy it!Impossible!!They might gain some temporary victories but in the long run thier victories will make a "u turn" macam boomerang and "plonk" them..hahaha..

Anonymous said...

The incidents that are awakening Malaysia/Malaysians are..(1)Anwar's black eye(2)The tear gas on indians on 25th Nov(3).The Cou Detat in Perak.These shocks,impulses were needed to awaken the nation frm it's slumberland.There mite be more to come..hehe..

Anonymous said...

Deny syndome tu penyakit genetik UMNO..kahkahkah..

Anonymous said...

The late Iraqi jew David Marshall once said Malaysia has produced many fine leaders.We can see it today in Pakatan Rakayat.Already the 2nd and 3rd generation leaders have emerged in Pakatan Rakyat.UMNO/BN?Kahkahkah..UMNO has decided to bring back brain dead ol fart malayali Madey Kutty to revive HMS Titanic UMNOBIN..mampuih!!!kahkahkahkah

Saiful Bahri Jaaman said...

Kalau nak jadi pemimpin mesti lah tahan di kritik.Jangan sombong dan angkuh.Artikel ni bagus.Selalu aku baca je malas nak komen.Tapi hari ni terpanggil lak nak bagi komen.Harap Pakatan Rakyat (PR) teruskan hubungan baik dan penyatuan.Hormat menghormati antara satu sama lain adalah kunci kejayaan PR pada PRU 13 nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.