Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 10, 2009

Kumpulan Erdogan Meruntuhkan Tembok Yang UMNO Telah Bina Selama Ini

Saya ni PAS sejak sekolah menengah lagi. Masa saya sekolah menengah, saya cari duit tambahan dengan menjual Harakah. Dan, hari tu, saya dapat "chat" dengan kawan lama sekolah menengah saya dahulu. Dia pun tahu saya ni PAS semenjak dulu lagi. Dan dia ni sebenarnya kuat UMNO.

Seperti biasa dia pun naikkan isu pemilihan PAS yang akan berlangsung bulan Jun menjadi topik perbincangan. Kebetulan kawan saya ini juga selalu juga membaca blog saya.

Beliau bertanya kepada saya, adakah saya ini sekarang menentang ulama? Saya jawab sejak bila orang UMNO kesah pasal ulama dalam PAS? Saya kata masa di sekolah dahulu peristiwa Memali berlaku dan pada masa itu semua orang UMNO mengatakan Ustaz Ibrahim Libya sesat dan derhaka.

Ustaz Ibrahim Libya adalah seorang ulama kerana beliau pernah bertugas di Pusat Islam. Dan beliau telah dibunuh dengan kejam dan difitnah serta dinista. Apabila mayat beliau disemadikan di perkuburan di Kampung Memali, UMNO telah menghalang orang kampung meletakkan batu nesan di atas pusara beliau.

Beberapa kali batu nesan Ustaz Ibrahim Libya telah dibuang oleh polis dan UMNO. Akhirnya, setelah tidak dapat lagi menahan perasaan kasihan kepada AlMarhum, Tuanku Sultan Kedah yang ada sekarang ini telah turun untuk menziarahi kubur Ustaz Ibrahim Libya sendiri.

Barulah peristiwa membuan batu nesan Asy Syahid diberhentikan. Penziarahan Tuanku Sultan Kedah itu menadakan keseluruhan tuduhan terhadap Ustaz Ibrahim Libya adalah bohong semata-mata kerana mana mungking Tuanku Sultan akan mencemar duli demi untuk menziarahi kubur seorang penjenayah.

Saya berhujjah lagi dengan kawan saya bahawa apa yang berlaku dalam PAS sekarang ini adalah proses pembersihan kepimpinan dari anasir-anasir pro UMNO dan mereka yang hanya mahu duduk di takhta tapi tidak mahu menjalankan tugas mereka. Oleh kerana para perwakilan sudah semakin matang, maka prestasi setiap penjawat jawatan dalam parti diperhatikan dengan begitu teliti oleh ahli2 serta perwakilan parti.

Saya kata lagi bahawa saya yakin Perwakilan PAS mahukan pimpinan-pimpinan yang jelas hala tuju parti dari segi hubungan dengan UMNO. MEreka mahu PAS dipimpin oleh pemimpin yang tidak akan kompromi dari segi berhubung dengan UMNO.

Juga, para perwakilan tidak mahu pimpinan yang hanya duduk di kerusi pimpinan tapi tidak mahu bekerja. Jawatan itu sekadar untuk memasyhurkan nama mereka dan para ahli-ahli tidak mendapat apa-apa laba dari kedudukan mereka ini.

Lepas tu saya tanya dia, kenapa yang UMNO risau sangat siapa yang pimpin PAS selepas June 2008 nanti? Kenapa tiba-tiba UMNO begitu takut sangat sekiranya ulama tidak memimpin PAS? Kenapa UMNO tiba-tiba menyokong kepimpinan Ulama dalam PAS?

Beliau senyap dan tidak menjawab.

Saya sambung lagi dengan berkata UMNO amat takut dengan barisan kepimpinan PAS selepas bukan June 2009 ini. Sekiranya PAS mampu membariskan kepimpinan yang serasi dengan citarasa golongan atas pagar Melayu, bermaksud UMNO bolehlah memulakan proses pengkafanan mereka.

Tetapi kiranya PAS masih dengan imej konservatif PAS, yakni imej PAS tahun 1980an, maka tugas UMNO untuk menawan hati pengundi Melayu atas pagar akan menjadi cukup mudah.

Kumpulan Erdogan Meruntuhkan Tembok Yang UMNO Telah Bina Selama Ini


Saya kata UMNO benci sangat dengan kumpulan "progresif" ataupun yang dinamakan kumpulan "erdogan" adalah kerana kumpulan "Erdogan" ini telah merugikan UMNO dengan begitu banyak sekali.

Kumpulan "Erdogan" ini telah berjaya meruntuh tembok yang UMNO telah bina selama ini di antara orang bukan Islam dengan PAS. Selama 50 tahun UMNO telah berjaya menghalang kemaraan PAS dengan bantuan "tembok" antara PAS dengan orang bukan Islam di Malaysia.

Tapi sekarang ini tembok itu telah pecah dan tiada apa lagi yang boleh menghalang kemaraan PAS di MAlaysia kecuali penguasaan ke atas golongan Melayu atas Pagar sahaja.

Tapi tembok ini juga akan pecah berderai sekiranya kumpulan "Erdogan" dapat menjawat jawatan-jawatan yang penting dalam parti selepas Jun 2009 nanti.

UMNO nanti hanya akan terkurung di kalangan pengundi UMNO tegar yang hanya terdiri dari 40% orang Melayu. Dari segi kerusi, ia bererti UMNO hanya akan mampu bertahan di negeri Melaka dan Johor dan mungkin TErengganu dan PErlis.

Dari segi kerusi Parlimen, ia bererti UMNO akan hilang penguasaan kepada Kerajaan Pusat.

Beliau tanya kepada saya mengapa begitu. Saya jawab, imej UMNO dan Najib sekarang ini adalah terlalu teruk. Harapan terakhir UMNO adalah taktik menakutkan pengundi. Pengundi atas pagar mudah ditakutkan dengan imej konservatif PAS dan mereka akan kekal mengundi UMNO.

UMNO juga menggunakan taktik menakutkan pengundi Melayu dengan DAP kerana kononnya DAP akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu.

Pokoknya, strategi menakutkan orang Melayu untuk mengekalkan sokongan kepada UMNO adalah langkah desperado dan habis modal. UMNO sudah tidak mampu "menjual" diri merka kepada pengundi Melayu lagi kerana imej mereka sudah terlalu buruk dan membarah kerana mereka terlampau korupsi.

Malahan, Zahid Hamidi sendiri terpaksa ke hulu ke hilir menjual cerita kononnya ISlam dalam bahaya dan umat Islam mesti bersatu di bawah satu payung dan PAS mesti bersatu dengan UMNO.

Ini kerana Najib TUn Razak tidak mempunyai kredbiliti Islam. Semua pimpinan orang Melayu selepas tahun 1980an harus mempunyai imej Islam dan Najib tiada langsung imej Islam.

Najib Tun Razak adalah generasi UMNO yang diindoktrinisasi sejak beliau lahir. Ertinya beliau hidup dalam ideologi UMNO sejak beliau sudah mampu mencelikkan mata. Jadi, mustahil beliau boleh ada aspek Islam dalam beliau kerana UMNO adalah sebuah parti sekular nasionalis.

Dan perwatakan Najib mencerminkan ideologi UMNO yang sebenar, yakni, sekular-nasionalis. Tidak mungkin Najib berupaya memperolehi "wajah" Islam di dalam imej beliau kerana beliau adalah imej UMNO yang sebenar.

PAS yang mempunyai imej "sprogresif" dengan asas Islam akan menjadi lebih menarik kepada pengundi Melayu atas pagar. Dan PAS tidak perlu mengorbankan prinsip Islam mereka untuk mencapai objektif ini.

Kawan saya itu lantas berkata kalau orang macam saya ini menjadi Penasihat kepada Presiden PAS, nescaya UMNO akan hilang dari pandangan umum dalam masa beberapa tahun lagi.

Saya kata, adalah satu rahmat untuk UMNO kerana penasihat-penasihat Presiden sekarang ini adalah terdiri dari mereka yang hanya layak menasihatkan gurubesar sekolah tadika sahaja.

Lepas tu dia minta diri sebab dia kata dia ada kerja.

Tulang Besi

32 comments:

Rahman Celcom said...

Tulang Besi,

Yang aku taulah Kumpulan Erdagon ni kurang ajar,berlagak nak mampos dan tak ada respek pada jemaah langsung..Bolg kau ni adalah salah satu blog yg cuba melagakan golongan Erdagon dan ulamak.

Erdagon tak habis2 menggunakan perpaduan dgn UMNO sbg alsan untuk sebenarnya membenci ulamak dalam PAS seterusnya menyingkirkan mereka dari jawatan2 tertinggi dalam PAS.

Sebangsat-bangsat UMNO,bangsat lagi golongan yang kononnya berjuang untuk agama tp sebenarnya gilakan kusa dan harta duniawi semata..Astaghfirullah

Aku berharap gelombang ini dihapuskan secepatnya krn aku bimbang PAS tidak akan menjadi seperti dulu lagi..Liberal tak tentu arah dan main langgar sahaja gologan ulamak dalam PAS.Langsung tiada rasa hormat pada orang tua..

Apa perjuangan kita sebanarnya?

Tulang Besi said...

Tulang Besi,

Yang aku taulah Kumpulan Erdagon ni kurang ajar,berlagak nak mampos dan tak ada respek pada jemaah langsung..Bolg kau ni adalah salah satu blog yg cuba melagakan golongan Erdagon dan ulamak.
.

Mana ada daaa geng Erdogan ni.

Yang ada Fraksi UMNO dan Fraksi PAS.

Tulang Besi said...

Erdagon tak habis2 menggunakan perpaduan dgn UMNO sbg alsan untuk sebenarnya membenci ulamak dalam PAS seterusnya menyingkirkan mereka dari jawatan2 tertinggi dalam PAS..

Sebenarnya alasan menentang ulama ni digunakan selepas tembelang puak2 pro UMNO dalam PAS dah pecah.

Bila pecah, mereka korner baring dan gunakan alasan menentang ulama untuk cover tembelang mereka yang telah pecah itu.

Sesama mereka bercakap pun bercanggah.

Tulang Besi said...

Sebangsat-bangsat UMNO,bangsat lagi golongan yang kononnya berjuang untuk agama tp sebenarnya gilakan kusa dan harta duniawi semata..Astaghfirullah.

Aikk bukan ke masa jumpa dgn UMNO dalam gelap tu, dah siap bincang projek apa UMNO nak bagi, jawatan apa UMNO nak bagi, kementrian apa nak bagi, sapa nak dapat senator/menteri etc.

Jgn tepuk air atas dulang, nanti terpecik di muka sendiri.

Tulang Besi said...

Aku berharap gelombang ini dihapuskan secepatnya krn aku bimbang PAS tidak akan menjadi seperti dulu lagi..Liberal tak tentu arah dan main langgar sahaja gologan ulamak dalam PAS.Langsung tiada rasa hormat pada orang tua..

Apa perjuangan kita sebanarnya?
.

AKu berharap puak2 yang pro umno dalam PAS ni Allah SWT terbalikkan dunia diorang sama sekali.

BErentilah jadi talam dua muka. Kalau dah kemaruk sangat dengan UMNO, masuklah UMNO.

Jangan buat kacau dalam PAS ni.

Anonymous said...

Bila tembok ini dipecahkan, bermakna ada kompromi dengan perjuangan PAS. PAS kini dipandang sebagai liberal oleh bukan Islam dan tunjang perjuangan PAS seperti menegakkan hudud direhatkan supaya senada dgn DAP yang menentang hudud, menyokong murtad etc.

Mungkin lebih baik jika PAS bergabung terus dengan PKR memandangkan PAS dan PKR lebih "kamching".
Malangnya kenapa ini tidak berlaku. Mungkin politik Anwar lebih penting dari politik Islam.

Atau Anwar masih kurang disenangi oleh segelintir golongan hardcore PAS.

Anwar ada peluang untuk sertai PAS tetapi tidak berbuat begitu, sebaliknya menubuhkan keadilan.
Jika masuk PAS, susah sikit nak bergerak atau naik. nak kena topple TGNA dan Hadi!

Option: Anwar ada sumber wang, jadi lebih baik buat parti sendiri. Dalam PAS, anwar letak orang2 nya seperti Husam untuk mempengaruhi TGNA, disamping menyalurkan wang berjuta untuk kempen PAS.

http://malaysia-hariini.com/home2/index.php?option=com_content&task=view&id=456&Itemid=232

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Bila tembok ini dipecahkan, bermakna ada kompromi dengan perjuangan PAS. PAS kini dipandang sebagai liberal oleh bukan Islam dan tunjang perjuangan PAS seperti menegakkan hudud direhatkan supaya senada dgn DAP yang menentang hudud, menyokong murtad etc.
.

Sebenarnya itulah kelebihan situasi sekarang ini.

PAS dapat memecahkan tembok ini TANPA berkompromi dasar dan akidah PAS.

Buktinya, sewaktu perdebatan dengan Khairy, Husam Musa dengan jelas menyatakan bahawa PAS masih memperjuangkan hukum syariah Islam.

Anonymous said...

TB " buktinya, sewaktu perdebatan dengan Khairy, Husam Musa dengan jelas menyatakan bahawa PAS masih memperjuangkan hukum syariah Islam."...

Bukti apa? itu cakap. Burung pun cakap macam tu.

BN dah lama dah laksana sistem syariah, zakat, dsbg dan masih dalam proses perkembangan (work in progress) bersama sistem sivil.

Yang tak ada cuma potong tangan, rejam sampai mati, dsbg macam kat Pakistan atau arab saudi ie hudud.

Yang tu kita tunggu PAS laksanakan...kalau PAS boleh kautim dengan DAP (yang 110% confirm menentang- kita biar PAS handle DAP on this issue, and maybe PKR, yang banyak juga orang beragama Hindu ) Kita lihat Janji PAS... dan macam mana PR bertelingkah sesama sendiri, maklumlah, perkahwinan tangkap muat, setakat nak menang pilihanraya, agenda masing2 yang bertentangan tolak tepi. belakang kira...

Sukahati engkaulah Labu....

Anonymous said...

what options do a malaysian chinese have under the circumstances?

i am not a great fan of hudud; but i am so so ok with his excellency nik aziz. he's cool. he's absolutely not corrupt.

while i am not a great fan of hudud laws, i hate corruption (i.e. UMNO) MOST.

i hate umno; the political party.
i hate mca, i hate mic, i hate gerakan, i hate bn.

4RAKYAT.

Tulang Besi said...

Bukti apa? itu cakap. Burung pun cakap macam tu.

BN dah lama dah laksana sistem syariah, zakat, dsbg dan masih dalam proses perkembangan (work in progress) bersama sistem sivil.
.

BN laksana sistem zakat sebab senang nak rompak wang zakat.

Zakat korang mentekedaghah, duit tokeh judi dgn arak pun korang sapu.

Jgnlah nak berlagak korang ni nak Islam.

Jauh panggang dari api.

Anonymous said...

Tulang Besi,

Aku cadangakan hang kena naik level hang dalam PAS..kalu boleh jadi bakal penasihat Presiden di masa depan..so hang boleh halang la..ada kut2 mana2 Pesuruhjaya yg nak jadi MB jalan belakang(gabung dgn uMNO)))

Anonymous said...

Agak2nya
a) Ust Nasaruddin tak buat keje jamaah langsung ke? Atau
b) Tak puas hati pasal keje yang Ust nasa buat? Atau
c) Kita tak tahu apa keje Ust Nasa? Atau
d) Apa yang Ust Nasa buat tu tanpa pengetahuan dan restu TG Presiden? Atau
e) TB dah (timbul perasaan) benci kepada TG Presiden? Atau
f) TB tak boleh terima langsung kepada sape2 yg berhubung dgn UBN? Atau
f) TB yakin dengan kepimpinan baru (ambil kata TB - membuang Fraksi UMNO) maka PAS akan menang dengan cemerlang pada PRU13 nanti? Atau
g) TB sokong mereka2 yang tak menyelusuri aqidah perjuangan PAS seperti dpd IRC, JIM, ABIM etc tetapi menumpang PAS? Atau

Direnungkan
a) agak2nya kalau Ust Nik Abduh merintih dgn Allah, TG Presiden merintih dgn Allah, Ulama' yang thiqah dan faqih ilmunya merayu dengan Allah kerana kekecawaan hati mereka disebabkan oleh suara2 "kebebasan bersuara", adakah bantuan Allah akan sampai untuk membuka sanubari rakyat Malaysia untuk menyokong PAS nanti?

Rahman Celcom said...

Tulang Besi cakap

"Zakat korang mentekedaghah, duit tokeh judi dgn arak pun korang sapu.
Jgnlah nak berlagak korang ni nak Islam.
Jauh panggang dari api"

Suka betol eh kau bagi pahala free kat UMNO yang seagama dan sebangsa.


Kat kelantan tu tg dah dekat 20 tahun tu takde toke Cina ke kawan.
Kau ingat org tak tau ke yg kerajaan PAS pun kutip cukai ara dan judi di Kelantan.

Siap boleh minom lagi arak depan org ramai apa ke hal tu..Negeri bawah PAS konon..Rakyat pulak hidop melarat.Sepatotnya kalau duit zakat yg kerajaan negeri dapat disalurkan dgn baik,takkan jadi macam ni..Terimalah hakikatnya kawan.

Kat Kedah jgn ceritalah pulak,budak-budak Melayu Islam sosial nak mampos.Ramai yang rosak akhlak.Ni pun salah UMNO jugak ke?Bukan ke Kedah dah bawah PAS.

Hakikatnya PAS pun dah dibawah telunjuk toke2 Cina yang minum arak dan bela babi.Takde bezanya dgn UMNO.Tengok ajelah kat Bkt Gantang masa pilihanraya kecik,yang pakai keta2 beso skrg bukan lg UMNO tp dah tukar kpd org2 PAS..Kaya sebab apa?sebab baik dgn toke Cina..

kalau taknak caya jugak,kita tengok ajelah Muktamar PAS nanti.Aku berani cakap keta2 BMW,MERC,APLHARD dan mungkin errari akan berdere2 masuk S.Alam.tak caya tengok aje nanti..

paku dulang paku serpih,cakap UMNO rupanya PAS yang lebih..

Apa pun kutukan hanya ditujukan kpd golongan erdagon termasuk Tulang Besi sebab aku masih respek kat ulamak2 dalam PAS.

Sekian

rahza said...

Lebih 50 tahun UMNO "memomokkan" Parti Islam PAS ketelinga rakyat bukan Melayu/Islam dinegara ini.Hari ini kita melihat bukan Islam dari kalangan Cina dan India menjulang dan menggibarkan bendera PAS,ada yang berselimut dengan bendera PAS menyokong perjuangan PAS.Ramai juga dikalangan pemimpin-pemimpin dari DAP telah mula bercakap menyokong Islam - ada yang berucap gunakan Ayat-Ayat AlQuran dan Hadith dan ada pula yang ingin mencontohi pemerintahan Kalifah Omar Ibnu Aziz.Semua ini berlaku dengan Kehendak Allah SWT dalam tempoh kurang dari 12 bulan.Siapa yang "mengushakan" semua ini? Inilah yang paling ditakuti olih UMNO sehingga UMNO sudah tak mahu lagi pilihan raya sama ada peringkat DUN,Parlimen mahu pun Negeri.Lihat betap Najib membebaskan pemimpin Hindraf kerana Manoharan bercadang hendak meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat.Najib berbuat apa sahaja asalkan tidak ada lagi pilihan raya.PAS telah berjaya melangkah ketahap ini.Kepada ahli-ahli PAS bertafaqkurlah dan tanya dalam hati adakah kita nak "buangkan" semua ini?

nenek tulang Besi said...

MANA ADA PAS NAK BUAT NEGARA ISLAM?

DALAM PAS SKRG NI GOLONGAN2 ERDAGON macam Tulang Besi HANYA NAK CARI PANGKAT DAN KUASA SBB ADA BANYAK PROJEK YG BOLEH PENUHKAN KANTONG toke2 DAP.KEBETULAN toke2 ni ada banyak fund..

Maka dgn apa cara sekalipun,golongan2 ulamak mesti dihapuskan mereka..Tak boleh nak bayang apalah nak jadi masa muktamar nanti..

Allah selamatkanlah golongan ulamak..

Nizar sendiri dah mengaku ketika sidang ADUN yang lepas bahawa dalam memo atau Perlembagaan PAS sebenarnya tiada langsung sebut PAS nak buat negara ISLAM..Tak taulah kan kalau2 dia buat statement tu sbb takot kat abg DAP yg duduk kat sebelah.

mmmmm.Asyik kena tipu aje dgn PAS ni..

Tulang Besi said...

Suka betol eh kau bagi pahala free kat UMNO yang seagama dan sebangsa..

Sedara seagama tapi geng dengan tokeh judi.

Dan benda ni fakta, amende pahala UMNO boleh dapat?

KErjasama dengan UMNO bererti kerjasama dengan TOkeh2 Judi dan Arak di MAlaysia

Boleh terima tak?

Tok sah mengarut kat sini lah konon UMNO nak berjuang Islam la, nak naikkan agama la.

SEEEEEEMMMMMMMMUUUUUUUUAAAAAA AUTA.

Yang untung nanti tokeh judi dan tokeh arak.

Itu je

Tulang Besi said...

Kat kelantan tu tg dah dekat 20 tahun tu takde toke Cina ke kawan.
Kau ingat org tak tau ke yg kerajaan PAS pun kutip cukai ara dan judi di Kelantan.
.

Kat Kelantan yang kawan dengan tokeh cina adalah geng fraksi UMNO,

Tapi, takda org kahwin dan berkhalwat dengan tokeh judi dgn arak mcm UMNO.

UMNO mengketedaghah duit dari Tokeh judi dan Arak.

Anonymous said...

Cantik.... nampak orang UMNO rasa macam dah boleh masuk jarum, tetapi kalut, jauh terpesong sebab tulisan mereka tidak ada roh ilmu dan mereka mereka hanya bergantung pada akal fikiran tanpa rujukan al quran dan hadis. Tulis lah banyak banyak supaya nampak lebih jelas produk UMNO untuk semua Jemaah PAS banding banding. Bagi Jemaah PAS teruskan agenda meletakkan Islam di tempatnya. Berbeza pandangan kita pasti bertaut jua kerana kita berpegang pada tali allah.

Besi Tulang said...

Kalau UMNO tak berjuang untuk ISLAM ingatkan bolehlah PAS ambil alih peranan tu tp hampa.

Makin mengarut adalah.Nak bodek Cina,nak bodek India sampai bendera PAS pun dah boleh jadi sarung kat kuil2 dan tokong2 masa pilihanraya kecil Nkt Gantang..

Takpalah PAS..Carry on.Allah maha melihat.Gunakanlah agama untuk kepentingan peribadi.Jangan yakin sangat yg di atas pagar ni suma anti UMNO..Ada yg tengah perhatikan jugak gelagat erdagon2 PAS no dgn penuh curiga dan penuh kerisauan..

Rupa-rupanya PAS ni lagi teruk,kerja nak mengakayakan toke babi aje sekarang ni..Tu yg bersungguh-sungguh nak budak2 ergdagon menang besar muktamar ni..Kalu tak menang tak dapatlah projek juta2 maa

Kang kau takda duit,sapa nak sponsor Malaysia Waves pulak lepas ni..

Rozana said...

Perubahan paradigma non-muslim kpd PAS sudah berlaku secara by-product of convenient marriage prior to GE12 & by-elections lalu. Jadi, peluang ini perlu digunakan oleh ulama & profesional berfikrah di PAS untuk menerangkan betapa Islam itu so universal and soul-friendly. Ambil ruang untuk mereka mengenai Allah SWT sebelum kenal hududNya. Method di dalam ESQ way 165 boleh dicedok. Highlight peribadi Rasulullah SAW, ketokohan dan akhlaknya menambat berjuta hati manusia. Fitrah manusia mahukan keamanan, dan Islam itu bererti aman/selamat.

apa cerita PR? said...

KEBEBASAN AKHBAR ALA2 PAKATAN RAKYAT...TAK SOKONG KENA UGUT

When you attend a Press conference and ask a few difficult questions and suddenly the host ask you: "Where are you from? Which Media are you from?" the you know that you are facing tyrants.

That was exactly what happened on Thursday afternoon when I attended the Pakatan Pembangkang Press Conference after the State Assembly session.

After a long and self-serving speech on the importance of the rule of law as recited by Nizar after coached by Ngeh, I asked them if Sivakumar himself had not ignored the rule of law when he refused to allow Zambry and his six exco to attend the session after the courts have decided that they have a right to attend the session.

Ngeh insisted that the court did not say that, in fact he went on to say that the court said that the under the tree assembly is not illegal adn that the decisions made under the tree was valid. to which I corrected him, I said the court simply did not say yes to the prayers, they never said no and that is a big difference.

Especially if you care about the truth and not just focused on rabble-rousing.

They also told the Press that BN has been rejected by the people so I asked them how they can say that when Umno is the single biggest party in the state.- they had no answer

The Opposition frotn also told the Press that the speaker cannot be removed because he threw awy their proposal for a motion to remove the speaker., that 's it, he simply cannot be removed if he does not want to.
So I asked how a speaker can be removed if the majority does not want him if he keeps throwing away the motion.
To this they repeated their answer that he cannot be removed at all.
So I asked them how they appointed Siva if not by majority? (Hey if the majority can appoint the majority can remove, right) but of course they repeated the sameline that the speaker cannot be removed. "The speaker is very powerful you know," said Ngeh.

There were more question but then they went on to say that they had taken an oath to defend the dewan.
At this point I interrupted and asked them if they also pledged to be loyal to the Sultan.

After these questions, Ngeh asked me: "Where are you from? Which media are you from?" he asked.
My answer: "I am from a blog"
They asked: " Blog also can enter ah?"
"I thought you guys fought to get everyone in. WHat? You only want those who like you to come in ah?"
No answer from them.

At this poitn I noticed a video camera phone trained on me so I turned around and the guy holding the cam quickly looked away but his camera was still trained onme.

I guess they want me to know that they are watching me so I took out my camera and fired off a series of shots of him. When he trained his camera my way again I shot him a few more times at this point he turned aroudn and said to me: "Its OK to take pictures here".
I said: "Of course its OK take lah".

Here is a clear threat in front of the whole Press corp at the Perak assembly, they were trying to shut me up . Imagine that, the same people who say they want Press freedom, an unfettered media now making veiled threats to me, a lowly blogger. Can youimagine what theywill be like if they are in power.

Just look at Penang. They shut away NST because they dd not like the reporting.

Anonymous said...

paku dulang paku serpih,cakap UMNO rupanya PAS yang lebih..

Apa pun kutukan hanya ditujukan kpd golongan erdagon termasuk Tulang Besi sebab aku masih respek kat ulamak2 dalam PAS.
.

Poooraahhhhhhhh cit.

kalau dah jenis munafik ni memang akan terus jadi munafik sampai bila2.

Dulu bangsa kau pegi bunuh Ustaz Ibrahim Libya mcm bunuh kucing.

Srkg nak puji pulak. Memang dasar UMNO ni dasar munafik, talam dua muka, penipu.

Dan memang la UMNO benci kat puak "erdogan" ni sebab adanya puak ni telah menyebabkan UMNO kalah besar masa 2008 lepas.

Kau ni bangsa munafik sebab parti kau, UMNO, ni parti munafik.

Pegi la kau bercium dengan tokeh judi tokeh arak kau tu.

Tulang Besi said...

Kalau UMNO tak berjuang untuk ISLAM ingatkan bolehlah PAS ambil alih peranan tu tp hampa.

Makin mengarut adalah.Nak bodek Cina,nak bodek India sampai bendera PAS pun dah boleh jadi sarung kat kuil2 dan tokong2 masa pilihanraya kecil Nkt Gantang..
.

Kurang2 PAS takdalah nak bodek tokeh judi dgn tokeh arak mcm UMNO.

BEtul tak?

Anonymous said...

TB,

Memang UMNO/BN melalui jukanya akhbar Utusan Malaysia, smapai hari ni begitu kuat nak pertahankan apa yang dikatakan kepimpinan ulamak.

UMNO ni nak defend kepimpinan ulamak bukan sebab dia sokong sgt ulamak sebab satu dunia tahu rekod buruk UMNo twerhadap ualamak.

Tapi dia sokong ulamak PAS sebab UMNO nak PAS kekal sebagai parti kampung dan parti pak lebai yang dikepalai oleh mereka yang totok dan dangkal. Jika puak ulamak sebegini terus berkuasa dalam PAS, maka PAS takkan pergi kemana dan takkan dapat menarik hati melayu atas pagar dan kaum non muslim.

Inilah strategi sebenar kenapa UMNo dan media pro BN bermatian memnghentam kumpulan rdogan dan turut megaitkan Anwar Ibrahim dalam soal dalaman PAS. UMNO tau jkalau PAS berjaya memperkasa gabungan ulamak dan profesional yang terbuka dan sederhana, maka sokongan kepada PAS akan semakin meningkat. Bukan sahaja itu, PAS juga akan semakin kukuh kerjasamanya dengan Pakatan Rakyat. Inilah perkara ya gamat ditakuti oleh BN.

Tapi yang kau heran, orang2 PAS yang totok ni masih tak sedar dan khayal dengan slogan dan istilah2 absurd mcm tsiqah, wala' kepimpinan ulamak dan sebagainya. Aku nak tanya org PAS, matlamat perjuangan PAS ni nak tegakkan Islam ke atau nak tegakkan kepimpinan ulamak?

Yang mula mainkan kepimpinan ulamak i.e Pres n Tim Pres mesti ulamak ni adalah geng UMNO melalui utusan malaysia.Tapi orang PAS yang melompat kemudiannya smapai mcma nak buang aje puak2 profesional dlm PAS. UMNO tergelak sakan tgk senario ni dan memang mereka harapkan agar polemik ni berterusan di samping golongan profesional dan ulamak progresif terus dipinggirkan dalam PAS.

Aku harap orang PAS cepat sedar realiti ini. Jangan bergaduh dan memandang serong kepada profesional. Jangan buruk sangka kepada Anwar Ibrahim. Yang kita mesti lakukan adalah tumbangkan UMNO/BN!!!

Derih Beranang

Tulang Besi said...

Takpalah PAS..Carry on.Allah maha melihat.Gunakanlah agama untuk kepentingan peribadi.Jangan yakin sangat yg di atas pagar ni suma anti UMNO..Ada yg tengah perhatikan jugak gelagat erdagon2 PAS no dgn penuh curiga dan penuh kerisauan...

Ehh aku nak tanya sikit sebelum kau terus mengarut.

Apa dia Islam yang PAS sudah berhenti berjuang ni?

Boleh tolong story sikit tak?

lan said...

TB! teruskan perjuangan anda

Anonymous said...

To the guy who think he so big by questioning Ngeh at the press conference, heres my answers.

The Speaker indeed CANNOT be voted out if he refuses the motion. Period.

Simple really, he was elected as the previous assembly was already dibubarkan.

A speaker is independent and his decision is sacrosant.

if today, anybody were to bring a motion against Pandikar in Parliament and throw him out or to throw Najis out as PM, if the speaker disallows, he disallows it.

Who cares is Barisan najis has majority or not, its up to the speaker to evaluiate.

Do you understand Parliamentary democarcy or not.

A speaker already exists!!!

Anonymous said...

sokong anonymous 12.18pm.

sokong tulang besi jugak...

4RAKYAT

Alex said...

Janganlah dengar kepada hasutan orang2 UMNO yang berbau perkauman dan melagakan Islam dengan agama bukan Islam. Kita semua maklum tahu bahawa UMNO dalam ketakutan kerana PAS sudah hampir untuk menguasai "middle ground" dalam politik Malaysia iaitu mendapat sokongan bukan Melayu yang sebelum ini anti-PAS serta sokongan Melayu atas pagar - bukan PAS dan bukan UMNO.

Sudah nyata bahawa golongan yang menyuarakan retorik pro-UMNO akan ditolak oleh "grassroots" PAS sendiri serta ditolak oleh bukan Melayu dan Melayu atas pagar. Lebih baik golongan2 ini menyertai UMNO saja. Contohnya anak Nik Aziz yang menyokong fraksi UMNO telah ditewaskan dalam pemilihan Pemuda PAS Kelantan. Nescaya banyak golongan2 UMNO ini akan ditolak oleh ahli2 PAS.

Kita semua maklum bahawa UMNO bukan parti yang memperjuangkan Islam. Mereka hanya memperjuangkan Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu tidak sama sekali dengan Islam. Cubalah tanya Erdogan sendiri jika ada Ketuanan Turki. Erdogan yang memarahi PM Israel. Tetapi pihak sekular nasionalis (diketuai Tentera) Turki pula semacam UMNO. Anda golongan UMNO mencerca Erdogan buat apa padahal Erdogan adalah pemimpin Islam yang tulen bukan Najib Tun Razak yang terkenal dengan playboy-ism, korupsi, dekat dengan tentera dan menyalahgunakan kuasa serta menghalalkan 2 katak Perak yang mangaku bersetubuh dengan ayam dari People's Republic of China.

UMNO ni memang bengong, bila nak kalah baru nak cakap tentang "unity" dengan PAS. Bila berkuasa, tidak henti2 fitnah PAS dan menakutkan bukan Melayu bahawa PAS ingin negara Islam (ini memang boleh dibaca dalam The Star milik MCA dan New Straits Times milik UMNO). Adakah negara Islam teruk sangat? Saya percaya tidak jika diketuai oleh pemimpin yang adil dan ikhlas. Adalah UMNO menentang Islam kerana UMNO-lah sendiri yang selalu menakutkan bukan Melayu dengan Islam PAS.

Kita lebih rela Islam PAS dari Islam UMNO. Dulu semasa 1998, semua keluarga saya takut dengan PAS dan tidak rela sokong reformasi kerana ketakutan ini. Walaupun begitu pak cik saya yang merupakan bekas Kolonel Rangers pada masa itu selalu sokong PAS dan kami pula marah dia kerana sokong PAS. Nampaknya kami salah dan dia betul. Dia yang merupakan seorang perajurit menentang Komunis, askar Indonesia serta bertugas di Congo dan kedutaan Malaysia.

Ouroboros said...

Tulang Besi,

Saya bukan Islam, malah saya bangsa Cina, warganegara Malaysia, anak Malaysia.

Seperti anak-anak bangsa Malaysia lain yang sejati, kami tidak mempertikaikan kepimpinan Melayu dan kedaulatan agama Islam di bumi Malaysia ini. Sepertimana kita mengukur prestasi sesebuah organisasi melalui kepimpinan dan keberkesanan lapisan pengurusannya, samalah dengan politik negara ini.. we want our leaders to be as effective and as efficient as the CEOs and Directors of a big company, with KPIs to meet and shareholders to answer to.

I believe I speak for all anak Malaysia when I say that while I fully support the freedom of religion and freedom of belief, there is definitely a room for Hudud.

Semua undang-undang yang dilaksanakan di dunia ini ada potensi masing-masing untuk disalahgunakan dan disalah-tafsir. Hudud pun tidak lain.

Tetapi, sebagai kod atau undang-undang bagi kes jenayah, saya yakin bahawa hukum Hudud jauh lebih berkesan dari undang-undang berasaskan British Common Law dan sistem-sistem lain.

Just ask any family members of rape victims, or the rape victims themselves. Just ask the families of minor criminals that have been put away for stealing minor items due to extreme desperation. Just ask the families of snatch thief victims and the victims themselves. Ask the victims of Mat Rempits. Ask the victims of armed robberies.

I can guarantee that not a single one of them will oppose Hudud for criminal law, because the current legal system and the follow-up law enforcement are woefully inadequate to deliver justice in a timely manner.

Kalau hukum Hudud dilaksanakan, tengoklah sendiri sama ada kes rogol masih akan berleluasa. Tengoklah sama ada kerajaan korup boleh selamba sementara rakyat miskin merana sehingga terpaksa mencuri sayur, makanan dan barang-barang keperluan asas. Tengoklah sama ada Mat Rempit masih berani mengganas. Tengoklah sama ada jenayah-jenayah serius seperti kes rompak dan samun bersenjata automatik masih akan berlaku kerap seperti sekarang.

I think we all know the answer. As a victim of crime who received no justice from the police (who are more busy oppressing the rakyat on behalf of their godless secular masters UMNO), I'm sure that thousands if not millions like me would welcome Hudud with open arms.

Anonymous said...

Well said Alex and Ouroboros.You guys summed everything precisely.

Anonymous said...

kah..kah..kah..
lagi bnyak umno komen lagi terserlah kependekan akal mereka.
tulang besi tolong jwbkan..
hehehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.