Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, May 24, 2009

PAS Pilihanraya 2004 dan 2008: Satu Perbandingan?

Tulisan saya hari ni ingin membandingkan kaedah dan cara yang telah diambil oleh PAS di dalam menghadapi kedua-dua PRU 2004 dan 2008. Barang diingat bahawa polisi dan keterampilan parti pada 2004 dan 2008 dipacu oleh dua golongan yang berbeza.

Tapi sebelum itu marilah kita bandingkan keputusan 2004 dan 2008:

2004 : a. PAS hilang Terengganu dengan hanya mendapat 5 kerusi DUN.
b. PAS hilang semua kerusi di Selangor, Perak dan Pahang
c. PAS gagal mempertahankan kerusi 1/3 di Kedah sekaligus gagal menawan
Kedah
d. PAS hampir-hampir hilang Kelantan

2008 : a. PAS mendapat 3 kerusi Menteri Besar
b. Memenangi 27 kerusi Parlimen
c. Mempertahankan Kelantan dengan jayanya
d. Menawan Kedah buat pertama kali dalam sejarah PAS
e. Memenangi kerusi di Perak, Penang, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan
dan Johor
f. Mencipta sejarah dengan memenangi kerusi DUN di Negeri Sembilan dan
Johor

Perbezaan Keadah dan Penampilan

Artikel ini ingin membezakan keadah dan penampilan yang digunakan oleh PAS bagi menghadapi kedua-dua PRU ini.

Pada PRu 2004, penampilan atau agenda yang dikehadapankan adalah:

a. Dokumen Negara Islam – Hasil usaha dari Dewan Ulama PAS yang dipimpin oleh Ustaz Harun Din
b. Perlaksanaan Enakmen Syariah di Terengganu
c. Kerajaan Terengganu sebagai model kerajaan PAS

Kita lihat sewaktu menghadapi PRU2004, inilah gagasan atau program yang dikehadapankan oleh PAS kepada rakyat Malaysia. Hampir tiada usaha bersama antara Barisan Alternatif dan mana-mana parti lain.

“Approach” yang digunakan adalah mengedepankan Islam secara “legal” sahaja. Tiada tawaran lain kepada rakyat Malaysia. Dengan kata lain, Islam cuma dikehadapankan dari aspek perundangan penghukuman dalam syariah tanpa meneliti masalah dan aspirasi rakyat. Juga, tiada perkiraan dibuat tentang bagaimana tawaran itu akan dimanipulasi media kawalan UMNO/BN. Dan, apa yang berlaku UMNO mendapat laba yang besar dari tawaran PAS itu.

Pada PRU 2008, PAS, melalui kumpulan “Erdogan” telah mengambil uslub lain. Yakni mengenegahkan program seperti:

a. Negara Berkebajikan – sebagai ganti kepada Negara Islam
b. Slogan “PAS For All” yang menghilangkan ketakutan rakyat kepada PAS
c. Mengadakan hubungan dengan HINDRAFF di mana telah diterjemah kepada undi kaum India kepada PAS dalam kuantiti yang amat besar.
d. Takaful Kafaalah – Berjaya melemahkan UMNO di kalangan Saluran 1 dan 2 di Kelantan menyebabkan PAS mengekalkan kerajaan Kelantan dengan jayanya.

Pada 2008, PAS bekerjasama dgn parti lain dengan cara yang lebih efektif dan menekankan aspek keadilan sejagat yang menjadi teras kepada syariah.

PAS telah mendengar rintihan rakyat, dari keluhan kaum India, Cina mahupun kaum Melayu sendiri dan mengusulkan tawaran yang berasaskan pentadbiran yg bersih serta tidak membezakan warna kulit

Hasilnya, calon PAS diterima bukan saja masyarakat Islam malah bukan Islam sekali. Dan, PAS berjaya menumbangkan UMNO dikawasan kubu kuat mereka yang tidak pernah mereka kalah sejak Merdeka

Kumpulan "Erdogan" telah berjaya menjayakan program yang dimulakan oleh Dr Burhanuddin Helmi 50 tahun dahulu sewaktu beliau bersetuju menghadiri dialog di YMCA di Bricksfield.

Itulah yang sangat-sangat dihargai oleh Mursyidul Am sendiri, Tok Guru Nik Aziz Nik Mat.

Inilah Petanda Kumpulan Erdogan vs Fraksi UMNO

Inilah petanda perbezaan arah tuju kumpulan “Erdogan” vs Kumpulan “Fraksi UMNO”. Kemenangan 2008 bukanlah hasil usaha serta program dan idea yang datang dari kumpulan Fraksi UMNO.

Fraksi UMNO lebih suka program yang “syok sendiri”. Misalnya, Dokumen Negara Islam hanya mengulangi perkara sama yang pernah disebut dahulu. Ianya tidak menjawab apa-apa persoalan yang kerap ditimbulkan oleh banyak pihak zaman ini. TIdak hairanlah “Dokumen Negara Islam” telah menjadi alat untuk memenangkan UMNO dan BN semasa 2004 dahulu.

Manakala, kumpulan “Erdogan” pula lebih bertumpu kepada program atau gagasan yang mampu difahami serta dihadam dan diterima oleh rakyat Malaysia tanpa mengorbankan prinsip Islam.

Hasilnya, kita lihat tahun 2008 PAS menang dengan gemilang sekali. Malahan, kemenangan PAS tahun 2008 adalah kemenangan yang tidak pernah dicapai oleh PAS dalam sejarah PAS sendiri.

Malahan kita melihat, setelah mencapai kemenangan, kumpulan Fraksi UMNO sedang cuba untuk merampas kuasa dalam kepimpinan PAS. Mereka bertanggungjawab di atas kekalahan PAS 2004. Namun setelah kemenangan 2008, mereka mahu merampas kuasa pula. Ini cukup tidak bertanggungjawab.

Dengan kata lain, para perwakilan harus memilih. Adakah mereka mahu memilih kepimpinan yang syok sendiri dan tidak berpijak di bumi nyata ataupun mereka mahu memilih kepimpinan yang mendatangkan kemenangan dan hasil yang besar kepada PAS?

Tulang Besi

20 comments:

Rozana said...

Tok guru ajar
" Kita jangan cari kemasyhuran semasa hidup, tapi biarlah kemasyhuran kita hidup selepas kita mati "

Go..TB..Go

Tulang Besi said...

Rozana,

Rasanya ini bukan soal cari populariti atau tidak.

Ini soal amanah diberi dan dapat menjalankan amanah tersebut atau tidak.

Stkt ni mereka yang digelar sebagai "Kumpulan Erdogan" telah berjaya memikul amanah yang diberikan kepada mereka dengan jayanya.

-thethinker- said...

biar saya bercerita..
dekat sebuah kg berdekatan gunung semanggol. Ada seorang apek yg memang biru karat , tak pernah tak ngundi calon timbang a.k.a kati. Tak pernah nak ambik piot mengenai PAS. Dlm hati dia , PAS ini memang hanya dok main Islam je , tak leh nak jaga rakyat , tak leh nak bawa pembangunan.
Semasa 1999 , walaupun apek nii bengang ngan cara mahathir singkir Anwar , tapi lepas pikiaq punya pikiaq , dia undi calon kati juga.
Tahun 2004 , tok sah dok cakap laa , apek nii punya bangga ngan keputusan dia sokong calon kati. Walaupun anak anak dia yg dah belajar tinggi , berinternet bagi tau kat dia apa yg parti kati dok perosakkan negara . Dia bagi tau , apa hangpa tau , mahathir dan BN yg tolong pernaikkan malaysia.
Tahun 2008, tahun perubahan ... anak anak dia dah tunjuk kat dia apa perubahan yg akan dibuat oleh PR. Tersentak jugak hati dia nii nak try pangkah bulan. Last last sampai kat pusat pengundian , dia kecut , pangkah juga kati , tapi hati sokong bulan. Dia bagitau , dia takut dia menjadi penyebab negara rosak sebab parti kati kalah.
Hari nii , selepas nampak PR bole jadi kerajaan yg baik , slps nampak kekejaman BN di Perak , slps nampak kewibawaan Nizar memimpin kerajaan yg berbilang kaum dgn satu tujuan mendaulatkan rakyat. Slps lihat ngan mata kepala sendiri , begitu mesranya wakil rakyat PAS, Hj Husin . Apek nii , dah bulatkan hati... PRU 13 nanti , bulanlah pilihan dia....

Tapi , jika PAS balik ke cara lama.... nampaknya karat biru sampai keakhir hayat laa apek nii..

apek nii adalah antara berpuluh ribuan mereka diluar sana yg menaruh harapan tinggi pada PAS dan rakan rakan dalam PR.
Fikir-fikirkan lah sendiri... selamat mlm..

Anonymous said...

Kalau nak jadi penganalisis politik kenala belajar sains politik dulu baru boleh buat analisa tanpa ada ada bias.selama 50 tahun pas memperjuangkan islam di malaysia ni, ada ke liputan drpd media2 tempatan untuk mempromosikan perjuangan pas menegakkan tuntutan alquran dan hadis.yg pasti semua media2 perdana menghentam pas.malah ada pemimpin yang menghina hukum hudud dan memburukkan pas.macamana rakyat nak nampak perjuangan sebenar pas kalau asyik dihina oleh media2 milik bn.kumpulan erdogan wujud dimasa media elektronik dah semakin meluas di malaysia.so diorang anggap diri diorangla yang mempopularkan pas sedangkan zaman sekarang, populariti pas banyak dibantu oleh media elektronik seperti internet,sms,hp,3g,twitter dsb.

Anonymous said...

Salam sdare,

harap2 perwakilan membuat pilihan yg tepat...Kumpulan yg dikatakan Erdogan mmg benar-benar menjulang PAS dimata non-muslim...

pada saya, bukan soal sapa popularkan PAS atau tidak, tp pendekatan yg digunakan...

sudah tidak kedengaran lagi suara-suara yg mengatakan PAS parti extreme atau parti utk satu agama sahaja...

so, perwakilan, harap2 buatlah pilihan yg tepat...adakah anda mahu PAS kembali pada takuk yang lama mcm 2004 atau terus maju bertapak di bumi Malaysia...

ingat, PAS FOR ALL....

Anonymous said...

bagilah peluang kepada golongan generasi pelapis untuk memimpin PAS...bukan apa, kalau PAS menggunakan pendekatan mcm 2004, maknanya PAS tidak akan mampu untuk terus maju pada PRU akan dtg..

mungkin persepsi golongan yg dikatakan "Erdogan" telah berjaya menjulang PAS...dan ini harus diteruskan..

PAS tdak perlu lari dari matlamat asal perjuangan parti, cuma mengubah cara pendekatan sb Malaysia terdiri dr pelbagai kaum dan agama...PAS for ALL kan....

Anonymous said...

sokong analisa Tulang Besi!
sebab tulah kita kena pertahankan Ust Nasa sebab zaman dia jadi Timbalan Presidenlah PAS menjadi semakin kuat.
Jangan biarkan orang yang gila pangkat dan tergila-gilakan jawatan menguasai PAS.
Teruskan dan perbaikilah apa yang ada.

Corong Kita said...

woi..ada lagi yg best....

ni dia calon kat manik urai...

calon gerombolan yg digeruni sudah tiba.....

jeng..jeng...jeng...

http://corongkita.blogspot.com/2009/05/dia-ni-ulama-pas-kena-jaga-betul2.html

Anonymous said...

sokong prof dr harun din.lambat laun musuh akan menyerap masuk melalui puak yg ada pendekatan yg moderate atau liberal

Anonymous said...

hehe sebenarnya puak2 erdogan ni tak puas hati asyik2 ulama je yang pegang jawatan presiden dgn timbalan sedangkan merekalah yang dikatakan menjulang tinggi nama pas di mata rakyat jelata melalui pendekatan yang lebih popular dan disenangi.atau dgn kata lain,mereka mempunyai sifat hasad dengki terhadap ulama.hehe kelakar aku tengok perangai puak2 erdogan ni.mcm budak2 hingusan

Anonymous said...

KEPADA FRAKSI UMNO DLM PAS AHLI2 MAHUPUN YG MENJAWAT JAWATAN DLM PAS,
INGAT NI SAHEJA!!!!:-
kemenangan PAS tahun 2008 adalah kemenangan yang tidak pernah dicapai oleh PAS dalam sejarah PAS sendiri.Betul tak???

iswarahijau said...

tak kirala kepimpinan di tangan ulama ke erdogan ke PAS jangan syok sendiri... PAS menang bukan kerana PAS kuat..
PAS menang kerana musuhnya UMNO dan BN lemah..PAS menang kerana faktor Anwar Ibrahim.. yang itu pun susah nak faham ke?
kadang2 kemenangan palsu ini pun satu ujian.. kalau kerana kemenangan ini PAS berpecah belah, umat Islam dan melayu umumnya bergaduh sesama sendiri..apa gunanya..

Anonymous said...

PRU 2008 memang cemerlang kerana masa tu Ustaz Nasharudin Mat Isa sudah jadi Timbalan Presiden.. Takbiir! (oops sori.. kumpulan erdogan x leh takbir,kan? ..nanti lari non-muslim).

Orang Baru said...

Nasharudin cemerlang?

Hahahahahahaahahahahahahahahahahahahaha
hahahahahahahahahahahahahahahahahahahah

Cuba pi chek umah baru dia kat Bandar Seri Putera Bangi berapa juta?

Banyak duit ustaz.hahahahahahahah

Anonymous said...

Dan fraksi UMNO punya pasai,Terengganu tidak dapat ditawan!!!

Benci Pembohong said...

Anonymous Anonymous said...

PRU 2008 memang cemerlang kerana masa tu Ustaz Nasharudin Mat Isa sudah jadi Timbalan Presiden.. Takbiir! (oops sori.. kumpulan erdogan x leh takbir,kan? ..nanti lari non-muslim).
.

Bukan Ustaz Nasa dah lari ke geng yang bagi PAS kalah 2004 tu ke?

Opps sorry lupa lak.

Tulang Besi said...

May 25, 2009 3:09 AM
Anonymous Anonymous said...

sokong prof dr harun din.lambat laun musuh akan menyerap masuk melalui puak yg ada pendekatan yg moderate atau liberal
.

Maksudnya, PAS mesti ambik pendekatan yang buat orang islam dan bukan Islam lari dari PAS?

Anonymous said...

musuh utama pas sekarang bukan org bukan islam tp org islam sendiri iaitu puak2 hati yg dh rosak yg inginkan pas jadi liberal.

Anonymous said...

org islam yg lari dari pas tu hanya org2 bodoh je yg tak kenal islam tp hanya kenal pangkat dan harta dunia.

paipon said...

salam..

sebenarnya ulama & professional saling berganding bahu..tidak timbul isu ade kem erdogan dgn kem fraksi UMNO..saya percaya dan berbaik sangka semua pimpinan sekarang istiqamah dlm perjuangan Islam...hanya mereka yg cemburu dan sentiasa dihati mereka yg buruk sangka cuba memanjangkan dan memecahbelahkan saf kepimpinan parti...ini sesuatu yg tidak baik.Walau kita boleh menganalisa,menilai tp jgn sesekali kita boleh mempengaruhi khalayak utk memburuk sangka atau lebih tepat lagi boleh mengundang fitnah kepada pribadi sesisapa pun.

Bro...wlaupun saya tidak sebagus anda untuk menganalisa atau mempengaruhi khalayak dgn penulisan anda tp saya sentiasa baik sangka dgn pimpinan yg ada.Bagi saya pimpinan PAS,penyokong PAS sentiasa berpegang kepada AL-Quran sebagai yg teratas..bukan kepada pimpinan, Malah segala keputusan yg dibuat selagi tidak bertentangan dgn hukum kita mesti patuh dgn pimpinan.

Ini yg uniknya gerakan Islam..tp ade saja org yg akan pecahbelahkannya.Orang itu adalah seperti ANDA!!!...sorry ya Bro...ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.