Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 15, 2009

Pemuda PAS Bakal Dapat Ketua Yang Pro Muqabalah/Muzakarah

Dari tulisan2 beliau di dalam blog beliau, saya mendapati bahawa beliau adalah seorang yang sangat pro dan condong kepada idea Muqabalah/Muzakarah. Saya juga mendapati beliau begitu mempromosikan idea "kepimpinan ulama". Beliau juga banyak mempersoalkan wala' sesetengah dalam PAS yang seperti lebih kepada orang luar dari kepimpinan PAS itu sendiri.

Malahan beliau lah yang begitu bersemangat mempromosikan tulisan Nik Abduh yang kononnya menuduh terdapat penasihat2 MB Kelantan yang menghasut sehingga Mursyidul Am menolak idea Kerajaan Perpaduan/Muqabalah.

Yang menjadi masalah adalah apabila bakal Ketua Pemuda PAS Pusat ini mengambil tampuk kepimpinan Pemuda PAS, sudah tentulah Ketua Pemuda PAS nanti akan berlaga dengan Mursyidul Am PAS Pusat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ini kerana mengikut kenyataan Tuan Guru Nik Aziz baru-baru ini:

"Kerajaan perpaduan di antara PAS dan BN tidak mungkin berlaku walau pun ada dakwaan kononnya saya akan bersetuju sekiranya PAS ditawarkan jawatan penting termasuk Menteri Pelajaran atau Menteri Kewangan.

"Saya sudah tidak percaya kepada keikhlasan mereka yang pernah menipu PAS. Mereka pernah menendang PAS keluar daripada kerajaan Perikatan pada 1978.

"Oleh itu sekiranya berlaku lagi kerajaan perpaduan di antara PAS dan Umno, apa jaminan Umno tidak akan menendang kami keluar lagi," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Deklarasi Perpaduan Nasional dan Keamanan Sejagat 13 Mei 2009 di Kota Darulnaim, hari ini. "


Apa yang saya nampak, sekiranya naik bakal ketua Pemuda ini, nescaya akan berlaku konflik yang lebih parah di antara Pemuda PAS Pusat dengan Mursyidul Am. Ini kerana bakal ketua pemuda ini belum naik ke takhta sudah pun bersikap bertentangan secara total dengan Tok Guru Nik Aziz.

Di blog beliau sendiri kritikan terhadap beliau begitu hebat sehingga beliau tidak lagi mengizinkan komen2 dari "anonymous". Hanya mereka yang mempunyai Google ID dibenarkan memberi komen.

Pun begitu, komen saya di blog beliau ada yang dibuang. Misalnya, saya pernah bertanya kepada beliau:

a. Adakah ulama-ulama dalam PAS ini keseluruhannya Maksum?

b. Sekiranya ulama-ulama dalam PAS ini tidak maksum, adakah ini bermakna ulama-ulama dalam PAS juga tidak lepas dari silap dan salah?

c. Kalau mereka tidak lepas dari silap dan salah, apa kelebihan mereka berbanding dengan mereka yang tidak berkelulusan agama?

d. Dan bukankah perkara ijtihadi itu memerlukan kefahaman "waqi" (realiti) yang mendalam. MAka, siapakah yang lebih memahami realiti, ulama atau professional?

Misalnya, siapakah yang mempunyai kefahaman yang leboh dalam berkenaan dengan keruntuhan sektor kewangan Amerika baru2 ini, ulama atau pakar ekonomi?

Mungkin jawapan yang diberikan adalah ulama tidak perlu memahami permasalahan itu. Namun, hakikatnya peristiwa itu telah menyebabkan ekonomi dunia menjadi perlahan atau meleset. Kesannya ialah berjuta-juta jiwa hilang sumber penbcarian dan berjuta-juta perniagaan menjadi bangkrap.

Dengan kata lain, peristiwa yang begitu besar impak kepada dunia ini tidak boleh ditolak dengan begitu mudah, lebih-lebih lagi mereka yang hendak menjadi pemimpin.
DAn peristiwa seperti "sub prime crisis" ini adalah salah satu dari beribu-ribu peristiwa dan fenomena yang mesti difahami dan diteliti oleh sesiapa yang mahu memimpin negeri atau negara.

Dalam hal ini, siapakah yang mampu memahami perkara2 ini? Mereka yang mengaji dan bekerja dalam bidang ini atau mereka yang tidak?

Tidak semestinya ulama, saya pernah lihat mereka berkelulusan doktor yang tidak mampu memahami fenomena ini.

Bagi saya, baiklah cari Ketua Pemuda yang boleh selari dengan Mursyidul Am, AJK PAS Pusat dan bahagian2 parti yang lain.

Carilah ketua yang mampu menyatukan pemuda dan bukannya pemimpin yang hanya akan mengeruhkan lagi suasana dalam parti.

Tulang Besi

41 comments:

azlan said...

Syura jangan disempit dalam soal kepartian sahaja. Sebaliknya syura dalam soal kenegaraan sepatutnya diberi keutamaan.

Lupakah keperluan berbaiah setelah sesuatu keputusan telah dibuat?

Apa salahnya muqabalah/muzakarah sesama Islam? Walhal pada masa yg sama tiada siapa yg bersuara tentang adanya petanda bakal lahir Abdullah bin Ubay zaman moden.

mat bentong said...

kalau benarlah bagai di kata,din tawi akan jadi ketua pemuda pusat,alahai malang la Pas,nak kemana lah kita lepas ni,mcmana nak meeting ngan,pemuda pakatan rakyat tuh?iya la pemuda pakatan tuh meeting kalau dari dap,pkr speaking jer dlm meeting,nanti din tawi main ngangguk jer,tuk tuk ianya bertentangan dengan kehendak Pas,kita tak faham,lepas meletup kat public barulah nak salahkan dap ngn pkr,sedangkan kita ada didalam meeting,amacam. ialah kita bukan nya nak agungkan bahasa inggeris,tapi keadaan sekarang dah macam tu.lg pulak dengan dressing dia dah macam ulama besar rasanya elok din tawi ni duduk dalam majlis syura, tarik diri jer lah bagi laluan dekat zaki atau sabki di rasa lebih sesuai ngan suasana hari ini,zaman md sabu, mahfuz,din ayob jd kp,tak ada lah pulak Pas jadi parti yang tak Islam.

penulis said...

Tulang Besi pun sama nak berpolitik memburukkan calon ke? Dia pun lagi selesa untuk tidak bertanding dan berbincang sahaja. Ulama tak maksum, UMNO tak semua jahat. Ada yang baik. Kalau dia pro apa pun, baguslah banyak pendapat sikit dari semua syok ngan satu arus, tiba2 terlepas pandang benda lain.

Anonymous said...

kesian kat Tulang Babi ni.makin dekat dengan muktamar makin menjadi-jadi gila meroyan dia.
kesian tengok calon-calon kesukaan dia ditolak majoriti kawasan...
eloklah hangpa semua masuk PKR...tidakpun pegi turki join parti Erdogan..hahahahaha

Tulang Besi said...

Ulama tak maksum, UMNO tak semua jahat. Ada yang baik. Kalau dia pro apa pun, baguslah banyak pendapat sikit dari semua syok ngan satu arus, tiba2 terlepas pandang benda lain..

UMNO tak semua jahat tapi UMNO itu sendiri berpeluk dan bercium dgn tokeh judi dan arak.

Sapa2 yang baik wajib tinggalkan UMNO sekarang.

Tulang Besi said...

Apa salahnya muqabalah/muzakarah sesama Islam? Walhal pada masa yg sama tiada siapa yg bersuara tentang adanya petanda bakal lahir Abdullah bin Ubay zaman moden..

Bermuzakrah dalam gelap? tiba2 orang bukak lampu.

Nizam Mahmud said...

Sedikit komen dari saya.

Pemuda PAS kena ingat, apa saja yang Pemuda PAS buat akan jadi perhatian sebagai salah satu sayap parti.

Persoalan yang terbaik sekarang ini adalah mampu kah Pemuda PAS berdepan dengan Pemuda UMNO di kemudian hari?

Persepsi masyarakat adalah penting bagi sebuah parti politik, tak kira lah parti itu parti sekular atau Islam.

Bila masyarakat menerima persepsi tajaan UMNO bahawa DAP adalah parti untuk orang-orang Cina sahaja, maka DAP hanya dapat menang di kawasan yang majoriti pengundi adalah orang Cina.

Bila masyarakat menerima persepsi bahawa PAS adalah parti lebai dan siak kampung, maka PAS dapat menang di kawasan yang di mana kedudukan lebai dan siak dihormati seperti di Kelantan.

Nik Aziz mengambil masa yang begitu lama untuk menangkis dakyah-dakyah ini. Beliau berjaya setelah berusaha sekian lama. Itu pun dibantu dengan beliau ada jawatan sebagai MB sebuah negeri dengan corak pemerintahan beliau yang tegas tapi lembut.

Adakah sekarang setelah Nasrudin menjadi ketua Pemuda PAS, adakah beliau akan membantu untuk memadamkan persepsi tajaan UMNO sekian lama atau menyemarakkan lagi?

Jika saya orang UMNO, saya akan menyokong mereka yang dapat menyala kan kembali persepsi bohong ini.

Tak apa lah kalau Kelantan masih pegang PAS, yang paling penting UMNO masih memegang kerajaan pusat yang dimana segala penguasaan ke atas kekuatan bersenjata seperti Polis dan juga menguasai hasil mahsul negara melalui Kementerian Kewangan.

Menjadi pembangkang di Parlimen nilai nya tidak banyak. Hanya dapat menidakkan majoriti 2/3, itu saja.

Untuk menukar polisi dan membetulkan keadaan, kerajaan Pusat harus dikuasai.

Persoalan sekarang, adakah perlantikan Nasrudin akan membantu ke arah itu?

Sama-sama lah kita fikirkan.

Bapak Tulang besi said...

Tulang Besi,

Menurut blogger tegar PAS, Mohd Sayuti Omar, there is sign that money politics is starting to take form on the moon.

It is generaly accepted that money politics and cronyism in Malaysia was started by Anwar Ibrahim, the emperor of the light blue planet with the double crescent.

An now that the moon has been pulled into orbit using the rocket, it seems that the Emperor has lobbed the seeds of money politics onto the moon where it is fast taking root.

Hapuskan Erdagon PAS said...

NI SEMUA GARA2 DARI ERDAGON2 PAS TERMASUKLAH SI TULANG BESI NI,

Hal Penting Mengenai Rasuah Dalam Pas

MUNGKIN kalau bukan Ketua Dewan Ulama yang menimbul perkara ini saya tidak berhajat untuk mengulasnya. Perkara ini adalah sangat sensitif dan memberi kesan buruk kepada Pas. Tetapi kerana Muhamed Daud Iraqi sudah memulakannnya maka elok juga kalau saya turut memblogkan perkara ini setidak-tidaknya sebagai rekod.

Perkara yang dimaksudkan itu ialah mengenai rasuah dalam politik Pas. Kononnya sudah berlaku politik wang dalam Pas untuk tujuan mendapatkan kuasa dan kedudukan dalam parti itu menjelang muktamar Jun depan.

Muhamed Iraq mendedahkan perkara ini semasa merasmi mesyuarat Dewan Ulama Pas Kelantan di Machang kelmarin. Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan. Dalam nada bergurau tetapi pernuh bermakna katanya, kalau sudah diberi baju dan dijamu makan maka senanglah perwakilan membuat pengundi.

Apa yang beliau ingin analogikan manusia kalau sudah perut kenyang senanglah untuk dicucuk hidungnya dan ditarik ke mana saja yang disukai!

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan. Atas kapasitinya ketua dewan ulama, tentu Muhamed Iraq tidak berbohong mengenai hal itu. Sebagai seorang yang arif dengan hukum beliau tentu tahu apakah hukum membuat fitnah

Nizam Mahmud said...

"""Menurut blogger tegar PAS, Mohd Sayuti Omar, there is sign that money politics is starting to take form on the moon.

Kalau macam itu, lapurkan segera pada SPRM.

Kerajaan BN memang tengah mencari-cari kesalahan Anwar. Dan kalau dapat cekup mereka yang menentang unity government dan memilih untuk menyokong keutuhan PR lagi bagus.

Biarlah PAS dipenuhi oleh mereka yang tidak suka kan PR. PR akan hancur sendiri tanpa perlu UMNO bersusah payah.

Jadi tunggu apa lagi, laporkan pada SPRM. Saya jamin Anwar tidak menguasai SPRM. Dan saya jamin orang-orang seperti Khalid Samad, Husam Musa juga tidak ada kekuasaan walau setitik pun ke atas SPRM.

Anonymous said...

Saya takut kalau yang bukan ulama semua keluar PAS tubuh parti di bawah kepimpinan Tok Guru, PAS akan turun taraf jadi parti nyamuk.

Itu aje.

Nizam Mahmud said...

"""Menurutnya sudah ada fenomena rasuah dengan memberi hadiah berupa baju dan menjamu makan kepada perwakilan.

Kalau macam itu la perwakilan PAS, ini sudah lebih teruk dari UMNO.

Bagi baju dan belanja makan dah terus nak undi calon itu?

Sedangkan Pemuda UMNO itu tak heran la kalau sekadar baju dan belanja makan.

Murah betul perwakilan PAS?

Nizam Mahmud said...

Mula-mula Nik Abduh hina ayah nya sendiri kata ayah nya mudah dipengaruhi orang.

Sekarang Daud Iraqi pula hina perwakilan PAS kata harga untuk dibeli adalah baju dan belanja makan?

Makin menarik cerita PAS ini.

Tulang Besi said...

Saya rasa cerita pasal pembelian perwakilan ni khabar-khabar angin sahaja.

kalau Ustaz Mat Daud Iraqi ada bukti, buatlah laporan pada AJK DIsiplin dalam PAS.

Habis cerita.

Cuma yang saya tahu, siapa yang cuba merasuah dalam PAS, confirm kalah bila bertanding.

Nizam Mahmud said...

Hapuskan Erdagon PAS said...

Dalam kes ini bukan soal kita ingin mencari jawaban kepada perkara itu apakah benar atau tidak! Itu tidak perlu dipersoalkan.

Jawapan saya: ?????????????????????

Bukan soal untuk cari kebenaran?

Semua tuduhan mesti di terima bulat-bulat?

Hello la brader, serespek-respek aku kat Nik Aziz, apa dia cakap pun aku masih fikir logik ker tak, betul ker tak.

Mat Daud Iraqi ini Nabi baru ka yang cakap dan tuduhan nya tak boleh dipertikai atau di nilai?

Naik bulu roma saya baca posting ini.

Anonymous said...

Wednesday, May 13, 2009
Petikan daripada buku Wasiat Zulkifli Muhammad

Komentar Oleh Amaluddin Darus. Pustaka Abad, Kuala Lumpur 1981.

Selain daripada menyalin ucapan terakhir Allahyarham Ustaz Zulkifli Muhammad yang disampaikan pada 6 mei 1964, Amaluddin Darus telah membuat komentar tentang perjalanan PAS di zaman Kerajaan Campuran-kemudian Barisan Nasional dan selepasnya, antara lain beliau mencatat pada m/s 37-40:

Malangnya, perjuangan PAS bertambah merosot, dan setelah melalui suasana selepas pilihanraya 1969 yang diikuti dengan pengisytiharan darurat dan lahirnya Majlis Gerakan Negara, bermulalah pinang-meminang di antara UMNO dan PAS bagi maksud akan mengadakan kerajaan campuran.

Justera kerana istiadat pinang meminang ini dijalankan secara bisik-bisik di dalam dan di luar negeri, maka sekalipun saya pada masa itu (1972?) berkedudukan sebagai ahli Jawatankuasa Agung PAS, Namun secara resmi baru diberitahu yaitu apabila segala syarat dan rukunnya telah dibincangkan untuk mengahwinkan PAS dengan Perikatan, dengan berselindung di sebalik kata-kata perpaduan dan persefahaman di antara Melayu dengan Melayu, yaitu antara PAS dengan UMNO.

Semuanya telah dirundingkan. Dato Mohd.Asri telah tetap menjadi Menteri Kabinet Kerajaan Persekutuan. Jawatankuasa Agung PAS dipanggil bersidang di rumah Dato Asri, di Petaling Jaya.

Pendapat yang telah saya utarakan dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS itu ialah:

a) Rancangan ini adalah perangkap ke arah menghancurkan perjuangan Islam dan PAS sendiri di dalam negara ini

b) Bagaimanapun kerana perkara ini telah dibincangkan dan telah dipersetujui awal-awal lagi di luar keputusan J.K.A, saya dapat bersetuju pada dasarnya, kerana di Malaysia memang tidak ada sebuah partai politik, seperti yang ada, dapat memerentah kerajaan pusat tanpa campuran.

c) Kerajaan campuran Perikatan-PAS hendaklah setakat kerajaan pusat, dan tidak melibatkan kerajaan negeri Kelantan

d) Oleh kerana PAS sebuah partai yang kedua besar pengaruhnya sesudah Partai Perikatan di Semenanjung, PAS mesti mendapat tidak kurang dari dua jawatan menteri, yang mana satu daripadanya hendaklah Menteri Penerangan. Adapun yang satu lagi menteri apa-apapun tidak mengapa

e) Dato Mohd Asri, selaku Yang Dipertua Agung PAS, hendaklah tidak menyertai kabinet, yang akan menjadikan beliau berada di bawah Tun Ab. Razak yang menjadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Kabinet. Dato Asri hendaklah tetap sebagai Menteri Besar Kerajaan PAS di Kelantan, di mana dengan demikian tarafnya sama dengan Tun Razak sebagai Ketua Parti.

f) PAS hendaklah menyusun diri kembali untu menjadikan dirinya partai Muslimin yang berpolitik, sebagai ganti kepada bersikap seperti pari politik melulu.

g) PAS hendaklah mengemaskan organisasinya supaya pada masa pilihanraya yang akan datang, akan bertanding bersendirian, di mana sekiranya ditakdirkan oleh Allah, PAS menadpat sejumlah kerusi di Malaysia Barat dan di Malaysia Timur yang menjadikannya partai yang terbanyak ahli-ahli di dalam Dewan Rakyat, maka pada masa itu pembentukan kabinet dan Perdana Menteri sudah tentu menjadi hak PAS untuk bertindak ke arah membentuk kerajaan campuran, di mana orang PAS yang menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Demikian di antara lain perkara-perkara yang yang telah saya utarakan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Agung PAS. Sebelum kerajaan campuran dilahirkan

Suara saya seperti ,menuang air di daun keladi juga!

PAS mula berpecahan, maka akhirnya rancangan memecah-belahkan PASpun mula memperlihatkan taringnya,

Apa yang kita dapat perhatikan daripada catatan Amaluddin Darus untuk dijadikan iktibar adalah, antara lain:

1- Pada peringkat awal, muzakarah sesama PAS atau muzakarah perbincangan tentang isu Kerajaan Campuran (coalition government) dengan wakil UMNO telah dimesyuaratkan oleh kumpulan tertentu sahaja dalam PAS, Tidak semua ahli jawatankuasa dimaklumkan tentang muzakarah tersebut sehingga keputusan telah hampir dimuktamadkan. Dikatakan motif muzakarah yang telah diadakan itu adalah demi perpaduan dan kepentingan ummat Islam dan Melayu

2- Pada asalnya PAS tidak bercadang untuk menjadi komponen dalam Kerajaan Perikatan, bahkan tujuan asalnya adalah untuk membentuk Kerajaan Campuran (Coalition government) yang merupakan itu adalah kerjasama di antara PAS dengan Parti Perikatan.

3- Disebabkan masalah teknikal dan praktikaliti, konsep Kerajaan Campuran yang diluluskan oleh Muktamar telah bertukar wajah, pada tahun 1974 PAS telah sekadar menjadi parti komponen dalam Barisan Nasional. Amaluddin Darus mencatitkan pendirian beliau: (m/s:49)

“Saya mematuhi arahan Rasulullah s.a.w. Maka saya bersabar sekalipun tidak menyukai kerajaan cara campuran yang merupakan perangkap maut kepada PAS. Tetapi bila PAS diheret masuk ke dalam Barisan nasional dalam tahun 1974, maka ceritanya adalah berlainan sekali dari cerita campuran (coalition Goverment)

Yang Demikian saya mengambil sikap seperti yang dikatakan oleh Rasulullah s.a.w yangbermaksud: Sekiranya diletakkan matahari pada tangan kananku, dan bulan pada tangan kiriku, demi Allah, aku tidak akan tingla seruanku ini”

4- Percubaan PAS itu telah menimbulkan perpecahan di kalangan ahli PAS sendiri.

5- Pada pilihanraya 1969. jumlah kerusi yang PAS berjaya menangi semakin berkurangan, beserta peristiwa hitam 1969 merupakan antara pertimbangan bagi sebahagian pemimpin PAS untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO dan Perikatan.

6- PAS akhirnya disingkir dari Kerajaan BN, kehilangan kerajaan di Kelantan dan memerlukan masa yang panjang untuk memulehkan kekuatan dan memenagi kepercayaan rakyat untuk berpengaruh semula.

7- Renungkan apa yang telah terjadi itu, walaupun peristiwa sejarah itu telahpun berada di luar keupayaan kita untuk memabaikinya. Hanya janganlah hendaknya dijerumusi lubang yang sama berulang-kali. Bagaimanakah pula sikap pemimpin dan penyokong PAS dengan peristiwa yang sedang mereka lakarkan pada hari ini?.

Fikir, fikirkan, sementara esuk masih ada

Orang Baru said...

Mat Daud Iraqi dah ikut perangai nik abduh. cakap kosong tanpa bukti. nak kata bengong macam segan plak.

Dia lupa agaknya dia ketua dewan ulama. gunalah saluran yang betul jika berlaku.

Patutla dewan ulama mandom dan bisu. cuba korang listkan isu-isu semasa yang dewan ulama respon. ada tak?

Manyak bengong..

tongkaharus said...

salam...
aku cuma nak sentuh sikit je tentang apa yang korang cakap tentang rasuah.....
jamuan makan...pemberian pakaian...adakah itu definasi rasuah.???
semoleknya...sejauh saujana memandang..sebegitulah minda kita berkembang...
islam itu mudah...berniat jahat selagi belum melakukan...maka hukumnya maseh tergantung...berniat rasuah selagi belum tercapai maksud dan tujuan..bagaimana???

Anonymous said...

Bagi yang berminat sangat nak JV dgn UMNO tu, lebih baik isi borang join jer parti UMNO tu..wat pe susah2 duk gaduh dalam satu parti..Prinsip PAS/Nik Aziz skrg ni sepatut disokong sekiranya anda pejuang PAS tulen..

achoksabah said...

saya setuju dengan pandangan TB, untuk layak menjadi seorang pemimpin, tidak memerlukan anda mempunyai degree medic,engnering ataupun pgjian islam..

apa yg paling penting adalah performance, kebolehan mentadbir..amanah dan quwah..

Anonymous said...

dalam ulama pun ada macam2 bidang...ada lulusan syariah, usuluddin, alquran, hadis, bahasa etc...

tapi kategory ulama secara amnya ada dua, ulama dunia dan ulama akhirat...

Ciri2 ulama dunia adalah....hidup mewah2, bongkak, takbur, suka main belakang, penakut, malas bangun malam, hisap rokok, asyik kejar sampul, selalu bermimpi memilik kuda2 yg hebat atau unta2 merah, suka kpd pengaruh dan popularity, berangan nak kahwin dgn gadis2 cantik dr kemboja...

Kuda Kayu

Anonymous said...

Tak salah bermuqabalah, terutamanya dgn orang Islam. Takkan nak boikot orang Islam lain sebab mereka sokong Umno? Islam lebih penting drpd politik!

nizamtoha said...

hehehehehe....

semua org tak layak ....

Anonymous said...

memanglah bermuqobalah itu baik dan tak salah, memang tak baik tolak orang Islam semata-mata dia itu sokong umno, tapi orang umno yang semua mengaku Islam awal-awal lagi dah tolak Islam sebab mereka perjuangkan ketuanan melayu, politik perkauman sempit, agama suku politik suku so macam mana nak bermuqobalah.

Lagi satu sebelum pru-12 semasa umno kuat kenapa tak timbul isu muqobalah pun,tak pernah ajak pas berbincang isu agama pun lagi tolak ada, kenapa bila dah kalah baru nak muzakarah la muqobalah la.

Sebenarnya kalau umno nak tegakkan Islam dan nasib bangsa melayu lama dah boleh buat dah, suah 52 tahun merdeka, nak masuk 23 tetapi kenapa nasib Islam tak terbela, kena ingat yang memerintah negara ni orang umno bukan pas, pas tak pegang kuasa, tapi masalahnya bila pas tegur tak nak ikui....

Anonymous said...

kalau Islam lebih penting dari kuasa politik mari la pakat-pakat orang umno masuk pas sebab pas memang perjuangkan islam. Pak-pak menteri umno tinggalkanlah kerusi empuk kekuasaan dan politik dengan menyertai pas.

Anonymous said...

Tertarik dengan komen Mat Bentong tentang ketidakupayaan Din Tantawi berbahasa Inggeris.Benar kita bukannya nak mengagongkan BI namun dalam konteks Pakatan Rakyat kemahiran dalam BI itu penting dan untuk menjadi pemimpin sebuah sayap parti yang dewasa ini diterima olih bukan Islam,kefahaman BI menjadi eset yang menguntungkan terutama untuk melaksanan misi dakwah.Heiran dan ajaib individu ini kerap dan selalu melafazkan perkataan "interlectual" seolah-olah beliau seorang interlectual yang unggul.Sebagai mana yang disebut olih TB kefahaman tentang politik nasional dan antara bangsa ,ekonomi dunia dan globalisasi amat penting kepada pemegang jawatan sepenting itu.Masa depan Pemuda PAS terletak dibahu perwakilkan pemuda untuk memikirkan dengan sedalam-dalamnya dan dengan fikiran yang benar-benar "interlectual" memilih Ketua yang berwibawa,tidak menyanggah arus,memperkasakan pemuda tanpa bersandar kepada UMNO dan sealiran dengan inspirasi pimpinan.

Anoinimuz said...

yelaa...umno mmg tak sume jahat...same cam musyrik Mekah...Abu Talib tak jahat...tapi mati dlm kafir jgak...
Bodoh...erdogan lagi mulia dari yusuf tantawi...
Umno tu Islam ke??? Quraish tu Islam ke dlu?? kalo Islam awat nak bunoh Nabi??? pikir la wey...ni lagi nak berpeluk bercium ngan Umno...keje dakwah tak buat...

Anoinimuz said...

ni bukan soal berbahasa inggeris laa sentul...nie soal berhujah...agama nie didirikan atas hujah...bukan taksub pd seseorg figur...bukan wala' ni...wala' mestilah terima suma maklumat sintesis pastu ambil kputusan yg terbaek...kalo main kuar satu statement pastu takbley di bahas...kalo bahas pn dikatakan tidak wala'....ini namanye nk kne makan pnyepak...

Anoinimuz said...

ko hina Erdogan ibarat ko menghina TGAH tau sentul...Erdogan jaoh lebih mulia dari kau...kau buat ape???brape ekor Yahudi kau bunoh???

Afyan said...

TB,

Anwar nak jumpa Najib. Bukankah ini juga dikira sebagai rundingan/muqabalah/muzakarah?

Tulang Besi said...

Blogger Afyan said...

TB,

Anwar nak jumpa Najib. Bukankah ini juga dikira sebagai rundingan/muqabalah/muzakarah?
.

Anwar jumpa dia bagitau semua parti komponen dulu. takda jumpa dalam gelap.

Ni jumpa dalam gelap kat restoran arab jln damai la, kat PNB Darby Park la, kat rumah Pak Lah la.

Semua dalam gelap, tetiba orang bukak lampu.

Tu yang kelam kabut jual nama Syura tu.

Kalau Syura kenapa Mustafa Ali yg wakil PAS, sedangkan Mustafa Ali bukan wakil Syura.

Afyan said...
This comment has been removed by the author.
Afyan said...

TB,

Jika begitu, kenapa apabila TG Haji Hadi sebut tentang kerajaan perpaduan secara umum.

Apa pula bezanya dengan kerjasama kali ini.

Lagipun, jika benar sebelum ini "tidak boleh kerjasa dengan UMNO", kenapa tidak gunakan point yang sama kepada Anwar?

Kenapa tidak kritik idea "kerjasama" daripada Anwar?

Jadi, kenapa pula tidak puas hati dengan idea "bakal ketua pemuda" yang pro-muqabalah.

Bukankah muqabalah sudah diumumkan oleh TGNA?

Tulang Besi said...

Blogger Afyan said...

TB,

Jika begitu, kenapa apabila TG Haji Hadi sebut tentang kerajaan perpaduan secara umum.

Apa pula bezanya dengan kerjasama kali ini.

Lagipun, jika benar sebelum ini "tidak boleh kerjasa dengan UMNO", kenapa tidak gunakan point yang sama kepada Anwar?
.

Perbezaannya ialah mereka yang menyokong perjumpaan dalam gelap itulah yang terlibat berkempen untuk kerajaan Perpaduan ni.

The usual suspect.

Afyan said...

TB,

Saya setuju tidak sepatutnya berjumpa dalam gelap.

Jika dilihat daripada banyak point di dalam artikel di sini, saudara tidak setuju berbincang dengan UMNO atas alasan UMNO jahat, dsb.

Jadi, dalam hal ini, Anwar ingin berjumpa dengan Najib.

Bukankah ini juga sepatutnya dihalang dengan alasan yang sama, iaitu UMNO jahat, dsb?

Tulang Besi said...

Jadi, dalam hal ini, Anwar ingin berjumpa dengan Najib.

Bukankah ini juga sepatutnya dihalang dengan alasan yang sama, iaitu UMNO jahat, dsb?
.

Anwar nak jumpa Najib ni dalam gelap ke?

Afyan said...

Thanks TB atas respon.

Saya akui yg berjumpa dalam gelap adalah tidak patut.

dan sebelum ini, sebarang usaha untuk berbincang dengan UMNO sekalipun sudah diumum secara terang turut dicemuh dan dikritik.

jadi, sepatutnya usaha Anwar untuk bertemu UMNO mesti dicemh dan dikritik.

Kerana point utama adalah: bertemu/berbincang/bermuzakarah dgn UMNO?

Bukankah begitu wahai TB?

Afyan said...

Saya ulangai sekali lagi, berjumapa di dalam gelap adalah tidak patut.

Saya pun tidak menyokongnya.

Berjumpa dengan UMNO adalah tidak patut, dalam gelap dan juga dalam terang, bukankah begitu TB?

Anonymous said...

Brother TB ni fraksi UMNO, jaga2 skit kawan2.........

Tulang Besi said...

Berjumpa dengan UMNO adalah tidak patut, dalam gelap dan juga dalam terang, bukankah begitu TB?.

Wahhh soalan perangkap lagi sekali.

Berjumpa dgn UMNO sekiranya menguntungkan PAS, tiada masaalah.

Betul tak?

palastin said...

Kepimpinan ulama diwarwarkan selepas kebangkitan revolusi IRAN. Yang terlibat Sdr Mohamad Sabu, Sdr Mahfuz dan lain-lain. Benda sepatutnya ini tidak perlu diperbahaskan lagi. Jelas kepimpinan ulama ini adalah melalui Majlis Syura, Mursidul Am dan Ketua Dewan Ulama sendiri.Yang amat mendukacitakan dan menjadi pertanyaan apakah peranan mereka-mereka yang menduduki badan-badan ini. Satu pertanyaan kepada mereka yang ingin merangkumi ulama dalam semua badan / jawatan seperti Presiden, Tim. Presiden, Ketua Pemuda dan lain-lain, negara yang mengamalkan kepimpinan ulama seperti Iran sendiri mempunyai Presiden dan menteri-menteri tidak terdiri daripada Ayatullah (ulama). Cukuplah Majlis Syura, Ketua Dewan Ulama dan Mursidul Am di monopoli oleh ulama. Bagi jawatan-jawatan yang lain kita serah kepada ahli menilai kebolehan calon-calon untuk menerajui kepimpinan tanpa mengira ulama atau tidak dalam kontek istilah yang tradisional. Pada saya sendiri Dato' Hassan Ali, Dato Seri Nizar, Dato Husam Musa, Sdr Khalid Samad kesemuanya adalah ulama. Mereka sama-sama istemewa dan sebaris dengan Dato Dr Harun Din, Dato Harun Taib, Ust. Mohamad Daud Iraqi, Nik Abduh, Dato Tuan Ibrahim, Dato Nik Amar dan lain-lain. Jangan lah kerana Husam dicalonkan sebagai Timbalan Presiden kita membuat satu undang-undang baru mengenai kepimpinan ulama. Ahli kita cerdik menilai siapakah yang layak untuk memimpin.

Saya hairan dan terkejut, rasanya ingin menyarankan kepada yang berkenaan supaya mencadangkan Presiden IRAN Ahmadinijad meletak jawatan kerana beliau bukan ulama seperti Saudara HUSAN juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.