Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, May 8, 2009

Peristiwa Ali vs Muawiyyah Melanda PAS

Mengikut ijma semua ulama yang besar bahawa konflik SAidina Ali dan Saidina Muawiyyah adalah lantaran perbezaan dari sudut "Ijtihad" dan bukannya "akidah". Dengan kata lain, ianya bukan konflik yang berbentuk Islam lawan Kufur, atapun hak lawan bathil.

Ianya adalah perbezaan dari sudut ijtihad dan mereka yang gugur tidak dikira sebagai musyrik. Dan ianya diperakui sendiri oleh SAidina Muawaiyyah apabila beliau menghukum sebat ke atas salah seorang tentera beliau yang telah mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Saidina Ali sewaktu perang sedang memuncak.



Harus diingat bahawa kedua-dua Saidina Ali dan Saidina Muawiyyah adalah sahabat2 yang dikasihi Nabi SAW. TErdapat banyak hadeeth2 yang diriwayatkan dimana Nabi SAW memuji Saidina Ali dan memuji Saidina Muawiyyah. Lantaran itu, kita umat Islam diharamkan menista atau mengutuk mana-mana dua sahabat ini (terutama Saidina Muawiyyah) dengan kata-kata nista dan fitnah.

Soalnya sekarang, mengapa Nabi SAW tidak muncul dalam mimpi ataupun muncul dalam bentuk Baginda sendiri untuk menyelesaikan permasaalahan ini? Qadhi Fudyal bin Iyadh pernah dinukilkan pendapat beliau dengan berkata sekiranya boleh Nabi SAW muncul kembali dalam bentuk asal Baginda, nescaya Baginda akan muncul sewaktu berlaku "Fitnah Al Kubra" ini.

Tapi tidak ada kemunculan langsung. PAda hemat saya, di dalam menyelesaikan perbezaan pendapat di kalangan penjuang Islam, kadang-kadang (sebolehnya dielakkan) terpaksa membawa kepada konfrontasi dan persengketaan secara berdepan begini dan penyelesaian datangnya dalam bentuk kekerasan dan kekuatan.

Dalam konteks PAs, ianya diselesaikan dalam bentuk proses pemilihan dalam Muktamar PAS.

Berkenaan dengan perbezaan aliran ini, suka saya nukilkan penerangan dari Abu Za, salah seorang pelawat kami, yang menerangkan perbezaan aliran ini dengan begitu baik sekali:

TETAPI yang jelas sekarang adalah perbezaan pendekatan dan strategi politik saja!

1- Ada golongan ahli PAS yang selesa dengan pendekatan & strategi "kukuhkan kebersamaan dengan PR untuk tumbangkan BN" seperti sebelum PR12 lalu - mereka ini bukan pro-Anwar, pro-DAP, pro-PKR tapi kerana yakin kepada prinsip asas yang diperjuangankan bersama seperti : "Demokrasi, Hak Asasi, Keadilan, Kebajikan Rakyat, Anti-korupsi, Anti-tyrancy, dll.." - golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada profesional, ada rakyat marhaen.... Mereka tidak anti-Ulamak bahkan pejuang awal menaikkan imej ulamak supaya dilihat lebih wibawa... Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Erdogan" atau "Pro-Anwar".

2- Satu lagi golongan ahli PAS yang suka dengan pendekatan "kukuhkan kebersamaan dengan UMNO/BN untuk tegakkan Islam" selepas menang "besar" pada PRU12 lalu- mereka yakin kepada prinsip diperjuangankan bersama seperti : "kedudukan politik Melayu, Hak Istimewa Melayu, dll.."- golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada rakyat marhaen .... Mereka tidak semuanya ulamak ....mereka yakin dengan muzakara UMNO-PAS dan cadangan tubuh Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO-BN. Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Pro- Ulamak"...tapi ramai juga yang tidak berakhlak dan berwatak ulamak.

Jadi kemelut diatas hendaklah dilihat dari sudut isu sebenar, iaitu:
... golongan yang ingin mantapkan "kerjasama dengan PR" sperti sebelum PRU12 lepas, dan hasilnya telah terbukti.
ATAU
...golongan yang ingin "bekerjasama dengan BN" selepas PAS menang pada PRU12.

Buatlah penilaian yang betul dan wajar ......bukan tuduhan liar atau fitnah ...

May 7, 2009 1:52 PM"


Sedikit saya nak tambah, mereka yang pro kepada pengukuhan PR ini sekarang ini dilabel sebagai anti ulama dan anti kepimpinan ulama. Saya tak tahu kenapa tapi saya rasa mereka yang pro BN ini sedar sokongan mereka dari ahli2 PAS seluruh Malaysia amat meleset sekali.

Demi untuk memgukuhkan sokongan mereka, alasan "Kepimpinan Ulama mesti dipertahankan" digunakan kembali seperti pemilihan 2005 dan 2007.

Terima kasih saudara Abuzar.

Tulang Besi


25 comments:

Hamba said...

MELIHAT KEPADA APA YANG BERLAKU DI PERAK SEMALAM, MASIH ADA AHLI PAS YG BERFIKIRAN GABUNGAN DGN UMNO ADALAH BERNAS DAN BANYAK KEBAIKANNYA UTK ISLAM? TERUS TERANG SAYA KATAKAN, DGN GABUNGAN PAS & UMNO, ISLAM AKAN DIPANDANG SERONG OLEH MASYARAKAT BUKAN ISLAM. DAKWAH? MANA YANG LEBIH ELOK? BERDAKWAH KPD MASYARAKAT YG BELUM ISLAM YG SEKARANG INGIN MENGETAHUI DAN BERLAPANG DADA ATAU BERDAKWAH KPD ORANG2 YG MENGAKU 'ISLAM' TTP BERSIKAP PERMUSUHAN DAN MENGHINA ISLAM? RASANYA SELEPAS EPISOD PERAK KITA SUDAH TAHU JAWAPANNYA....BERDAKWAH KPD YG INGIN MENERIMA BUKAN KEPADA YG MEMUSUHI MALAH INGIN MEMBUNUH. RASULULLAH SENDIRI TELAH BERDAKWAH DI TAIF TP DI TOLAK DAN AKHIRNYA YATHRIB YG DI TAKDIRKAN ALLAH SEBAGAI PUSAT PENYEBARAN ISLAM....INGATLAH KEPADA SIRAH BAGINDA...ADA PENGAJARAN UTK KITA...( MASIH SUKA KPD ORANG YG PERNAH MENGHINA JANGGUT RASULULLAH?).

munkarnakir said...

hahahahaha..tulang besi pun dah jadi ulama plak dah...ulama pentafsir sirah...hahahahaha..

teruskan usaha anda wahai pengadu domba laknatullah!!!

Nizam Mahmud said...

Saudara TB,

Izinkan saya menambah satu lagi fakta;

PAS telah berjuang mati-matian selama berpuluh-puluh tahun.

Semua orang tahu itu. Yang Islam tahu, yang bukan Islam pun tahu.

Kepada ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin PAS kami ucapkan ribuan terima kasih.

Beberapa strategi telah PAS cuba, sila analisa!

1. Pendekatan menentang secara berdepan TAPI berseorangan menentang UMNO/BN. PAS boleh memenangi Kelantan. Tapi setakat itu saja.

2. Pendekatan bekerjasama dengan UMNO. PAS pernah menjadi anggota komponen BN tapi hasilnya? PAS diheret, ditendang keluar macam anjing kurap. Tak ubah macam Speaker Siva.

Dan untuk tambahan, PAS jadi rosak, berpecah belah dan ambil masa berpuluh tahun untuk pulih. Itu Nik Aziz yang cakap.

3. PAS bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain berdepan dengan BN. Maksudnya satu lawan satu. Bekerjasama dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dengan S46, Kelatan jatuh balik pada PAS.

Bekerjasama dalam Barisan Alternatif (BA), Kelatan kekal untuk PAS, Terengganu jatuh ke tangan PAS.

Kedah hampir-hamnpir jatuh bila lebih sepuluh kerusi BN menang dengan majoriti tipis. Sama keadaan nya dengan Perlis.

Kerjasama dengan Pakatan Rakyat (PR), PAS menang di Kelantan dan Kedah jatuh ke tangan PAS. 5 buah negeri di bawah PR, 3 saya ULANGI 3 adalah mempunyai MB dari ahli PAS.

Saya suka buat analisa politik. Terus terang saya katakan bintang PAS cuma bersinar apabila bersatu dengan parti pembangkang yang lain untuk melawan BN.

Fikir-fikir kan.

Orang Baru said...

Aku tambah lagi;

UMNO sangat takut jika pembangkang bersatu membentuk satu pakatan kerana mereka sedar dengan cara itu riwayat UMNO akan tamat dengan cepat.

Sebab itulah mereka berusaha dan berjaya memecahkan Barisan Alternatif dulu kerana UMNO merasakan ia sangat berbahaya kepada survival politik mereka.

Jangan biarkan UMNO lakukan perkara yang sama kepada Pakatan Rakyat. Kita harus terus menguatkan PAS dan Pakatan Rakyat.

P/s:Aku bengang ngan artikel baru Rosla SMS. Ntah hape-hape. Aku letak komen tak pernah disiarkannya.

isa said...

Salam, alhamdullillah and terima kaseh dekat abu za..ulasan and pendapat yang bernas..2 golongan ni cuma beza cara mau makan aje..jadi utk atom munkarnakir..terima lah kebenaran walau pahid..atau anda ni agent umno..

Anoinimuz said...

Ali vs Muawiyyah pertembungan ijtihad...

Fraksi Umno vs Pure tarbiyah dalam PAS skang nie bukan pertembungan ijtihad...agenda FITNAH Fraksi UMNO jek...salah sided..naya beb...kalo Ali Vs Muawiyyah 2 nisbah 1 kebaikan...ada yg dpat 2 ada yg dapat 1...

Fraksi UMNO vs Pure tarbiyah mana sama beb...2 nisbah kosong silap2... takpun 2 nisbah -1....jgn main2 dgn fitnah...

buat UMNO pegi lah mampos...kpd Fraksi UMNO...think twice laa bro...memalukan diri sendiri jek bepeluk ngan UMNO...

Anonymous said...

Isu atau delima yang dihadapi satu saja iaitu kepentingan Melayu/Islam.

Dalam pakatan rakyat, apa lah PAS. Yang ketiga besar saja. Boleh ke minta itu dan ini. DAP had terang-terang kata akan menentang agenda Islam PAS. Mana ada orang cina/india yang suka kan islam. Dia orang hanya suka kan PAS sebab kebetulan musuh yang hendak dilawan, musuh yang sama.

Seperti Chia Soi Lek kata, kenapa di Perak dan Selangor, orang cina tak boleh jadi MB. FAHAM-FAHAM LAH SAUDARA, JADI DIPERGUNAKAN TERLALU LAMA, JADI JELAK JADI NYA...

Nizam Mahmud said...

Dalam pakatan rakyat, apa lah PAS. Yang ketiga besar saja.
-------

Jawapan saya: Ini satu penipuan

Hakikatnya adalah berikut:

1. PAS adalah parti dalam PR yang mempunyai ahli-ahli paling ramai.

2. PAS adalah parti dalam PR yang paling kuat jentera pilihanraya. Ini diakui sendiri oleh Anwar Ibrahim

3. Di dalam 5 buah negeri di bawah PR, PAS menjadi ketua iaitu MENTERI BESAR di 3 buah negeri. PKR dan DAP cuma dapat satu setiap parti.

4. PAS cuma mempunyai bilangan kerusi Parlimen yang terkecil sekali di dalam Parlimen.

Harus ditegas kan, bilangan kerusi kecil atau teramai sebagai PEMBANGKANG tidak ada guna nya.

Sama saja suara akan di tolak mentah-mentah di dalam Parlimen.

Jawatan sebagai Ketua Pembangkang tidak ada nilai sebab tidak ada kuasa langsung.

Apa guna pun kalau PAS atau DAP yang jadi Ketua Pembangkang? Dapat kah mereka merubah dasar Kerajaan Pusat sebagai Ketua Pembangkang?

Di kerajaan Negeri yang mempunyai bidang kuasa dan autoriti untuk membuat dasar dan keputusan, PAS ada 3 MB. PKR cuma satu, itu pun PAS (melalui Hasan Ali) nak jatuh kan dan DAP pun cuma satu saja.

Fikir-fikir kan lah

Nizam Mahmud said...

Apa lagi hujah fraksi UMNO?

NEXT!

Anonymous said...

Saudara Nizam,
Masa dah berubah. Kamu rasa krisis politik yang berlaku ini ada kebaikan ke kepada orang melayu. Saya faham, dasar kerajaan BN sekarang didalam membantu orang melayu akan lenyap juga akhirnya. Malang sekali dengan pertolongan dari orang melayu PAS, ia akan berlaku dengan lebih cepat lagi.

Tanyalah pada semua orang cina, mereka semua hendak dihentikan pertolongan kepada orang melayu. Perasaan benci ini dipupuk dari sekolah lagi, hingga ke universiti. Perasaan benci ini diterjemahkan ke alam pekerjaan dengan mereka tidak mengambil pekerja melayu (diambil hanya jika perlu sahaja). Itu antara sebab utama kenapa ramai graduan melayu tiada kerja.

Mereka ini ada ajenda tersembunyi, percaya lah. Apa yang dikesalkan ialah mengapa parti PAS boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang 'anti-islam' dan anti DEB.

Cuma kerana nak menang pilihan raya dan musuh yang sama tidak patut dijadikan alasan.

Kamu ingat orang melayu dah boleh berdikari dan setanding dengan cina? Jangan lah suruh kawan kamu dalam DAP dan PKR menjawabnya...

Nizam Mahmud said...

Tanyalah pada semua orang cina, mereka semua hendak dihentikan pertolongan kepada orang melayu.
------

Terbukti satu lagi cerita dongeng.

Kerajaan 'Boneka' DAP di Perak yang memperkudakan PAS telah meluluskan jauh lebih banyak tanah untuk orang Melayu dari orang Cina.

Kerajaan 'Boneka' DAP ini juga telah bersetuju untuk meluluskan bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat.


"""Perasaan benci ini diterjemahkan ke alam pekerjaan dengan mereka tidak mengambil pekerja melayu (diambil hanya jika perlu sahaja).
--------

Tidak benar seratus peratus. Saya sendiri pernah bekerja di 3 buah syarikat Cina yang berlainan.

Syarikat-syarikat Cina yang begitu sama juga dengan syarikat Melayu yang mengambil 100% pekerja Melayu .

"""Kamu ingat orang melayu dah boleh berdikari dan setanding dengan cina?
------

Sila berikan sebab kenapa orang Melayu tidak boleh berdikari. Sejarah Melayu sudah membuktikan bahawa Melayu boleh berdikari penjadi pedagang sudah beratus-ratus tahun.

Hanya selepas diberikan terlalu banyak keistimewaan maka ramai orang Melayu menjadi tidak kompetitif.

""Itu antara sebab utama kenapa ramai graduan melayu tiada kerja.
------

Bukti kan bahawa polisi orang Cina menyebabkan ramai graduan melayu tiada kerja.

Ramai orang Cina yang tidak berpuas hati dengan pekerjaan di Malaysia telah berhijrah. Budaya berani mencari peluang baru ini sedikit demi sedikit juga di adaptasi oleh orang Melayu.

Mereka yang berhijrah ini, ramai juga telah berjaya. Terutama nya apabila dibayar dalam matawang yang lebih besar.

Jadi apakah sebab sebenar graduan Melayu tidak mendapat kerja? Kurang keberanian untuk mencari peluang baru? Atau sistem pendidikan terlalu lemah sehingga sukar berkompetitif di luar negeri?

Yang pasti sebab nya bukan kerana syarikat Cina tidak mahu bagi kerja.

Nizam Mahmud said...

NEXT!

Abd Razak said...

Saudara Nizam,
Masa dah berubah. Kamu rasa krisis politik yang berlaku ini ada kebaikan ke kepada orang melayu. Saya faham, dasar kerajaan BN sekarang didalam membantu orang melayu akan lenyap juga akhirnya. Malang sekali dengan pertolongan dari orang melayu PAS, ia akan berlaku dengan lebih cepat lagi.

Tanyalah pada semua orang cina, mereka semua hendak dihentikan pertolongan kepada orang melayu. Perasaan benci ini dipupuk dari sekolah lagi, hingga ke universiti. Perasaan benci ini diterjemahkan ke alam pekerjaan dengan mereka tidak mengambil pekerja melayu (diambil hanya jika perlu sahaja). Itu antara sebab utama kenapa ramai graduan melayu tiada kerja.

Mereka ini ada ajenda tersembunyi, percaya lah. Apa yang dikesalkan ialah mengapa parti PAS boleh bersekongkol dengan DAP yang terang-terang 'anti-islam' dan anti DEB.

Cuma kerana nak menang pilihan raya dan musuh yang sama tidak patut dijadikan alasan.

Kamu ingat orang melayu dah boleh berdikari dan setanding dengan cina? Jangan lah suruh kawan kamu dalam DAP dan PKR menjawabnya...


Saudara nizam..biar saya jwb utk pihak saudara...sesungguhnya org yg tulis komen ini sama ada pengecut atau pn barua umno sbb masih nk guna anonymous...kalau benar kenapa x berani letak nama sendiri...aku tertarik dgn kenyataan ko psl DEB tu...selama umno perintah ni cuba ko bg aku satu contoh apa kejayaan DEB kt org melayu?yg aku nampak DEB tu hanya kpd org2 tertentu seperti halim saad,hj fauzi mofaz,arwah naza dan lain2 lg...sume projek2 hanya dpt kpd mereka sahaja...ko n sama ada bodoh atau pn buat2 bodoh...bkn ke Tok Guru dan Anwar dh kata yg DEB tu akan dibaiki dan diperbetulkan supaya matlamat penubuhan DEB ni tercapai...sedarlah diri sikit woi...kalau setakat ko dpt maklumat dlm utusan meloya je jgn nk berhujah kt sini le...dh le pengecut xnk letak nama sendiri...

Anonymous said...

Melalui DEB lah ramai anak melayu telah berjaya mengubah nasib keluarga dan keluar dari kemiskinan. KAU ORANG INI DATANG DARI MANA HA? Tak kan aku nak cerita semuanya. Banyak contoh disekeliling. Mana ada dinegera lain, bapa hanya petani atau penoreh getah, anak boleh jadi doktor, professor, akauntan dan sebagai nya. Kamu ingat perbelanjaan semua ini datang poket bapak kau orang!

ITM telah melahirkan ramai professional melayu, begitu juga MARA, RISDA, FELCRA, UDA didalam membantu orang melayu berniaga. Berapa ramai professor-professor yang masa peperiksaan mce/spm hanya dapat grade 3, tapi bila diberi peluang melalui DEB, telah berjaya hingga mendapat phd dari luar negeri.

Kamu semua ini budak lagi dan tak tahu apa itu baik dan buruk. Jangan sempitkan fikiran kamu dengan melihat apa yang telah ada. Masa tak ada dulu kena ingat juga. Semua pihak ada baik dan buruk. Kamu hanya lihat yang buruk saja (hanya segelintir) tetapi kebaikan kepada orang melayu secara keseluruhan kamu langsung tak nampak. FIKIR BAIK-BAIK....

Anonymous said...

Saya setuju dengan artikel ini dimana ia meraikan perbezaan pendapat. Yang Jahat dan Durjana ialah tulang Babi dengan melabelkan orang itu dan ini sebagai Munafik dan sebagainya bila tidak sealiran dengan pemikiran dungu beliau. Kempen TELANJANGKAN Tulang Babi sebagai PENGKHIANAT dalam PAS.

Haqqul Mubin

Tulang Besi said...

Anonymous said...

Saya setuju dengan artikel ini dimana ia meraikan perbezaan pendapat. Yang Jahat dan Durjana ialah tulang Babi dengan melabelkan orang itu dan ini sebagai Munafik dan sebagainya bila tidak sealiran dengan pemikiran dungu beliau. Kempen TELANJANGKAN Tulang Babi sebagai PENGKHIANAT dalam PAS.

Haqqul Mubin
.

Mukazzeeb Mubeeen,

Kau telah ditangkap menipu banyak kali dalam blog ni.

Kau tak malu ke tuduh orng menipu, padahal kao menipu lagi teruk?

zakwan said...

Kudos 2 Tulang Besi n Nizam Mahmud 4 clearin the air on the "PAS internal conflict" which has been blown out of proportion by the mainstream media

After seein the travesty in Perak yesterday, Uztaz Hadi , Uztaz Nasha, Mustapa Ali, Nik Abduh better think thrice b4 decidin 2 sleep wit the devil UMNO

InsyaAllah, I can meet u guys at next month's Muktamar PAS if it's open 4 public

Rozana said...

Dulu PAS hanya dicop parti untuk pak lebai dan ustaz je.Tidak diminati oleh golongan profesional/sekular-oriented.Ikut rekod, trend kemasukan profesional secara mendadak ialah bermula detik reformasi'98 dan juga faktor "wow" pemerintahan TGNA di Kelantan.Adalah lebih baik, Kepimpinan PAS terbuka kepada siapa saja asalkan ada ciri Fathonah, Amanah, Siddiq dan Tabligh (FAST).Pakai model US (senat & kongres) dan Iran, biar majlis syura lebih berkuasa dan pemutus dasar, Presiden hanya menjadi powerful executor.Just opinion..

paroksi said...

TETAPI yang jelas sekarang adalah perbezaan pendekatan dan strategi politik saja!

1- Ada golongan ahli PAS yang selesa dengan pendekatan & strategi "kukuhkan kebersamaan dengan PR untuk tumbangkan BN" seperti sebelum PR12 lalu - mereka ini bukan pro-Anwar, pro-DAP, pro-PKR tapi kerana yakin kepada prinsip asas yang diperjuangankan bersama seperti : "Demokrasi, Hak Asasi, Keadilan, Kebajikan Rakyat, Anti-korupsi, Anti-tyrancy, dll.." - golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada profesional, ada rakyat marhaen.... Mereka tidak anti-Ulamak bahkan pejuang awal menaikkan imej ulamak supaya dilihat lebih wibawa... Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Erdogan" atau "Pro-Anwar".

>> Saya amat-amat bersetuju dengan pendapat TB ini.

Soalnya untuk siapa Pas ujud? Utk mereka yg berpendidikan agama, lebai, alim, ustadz atau ulama’ sahaja atau untuk rakyat Malaysia? Menjadi ahli Pas semesti berbeza dengan menyokong sahaja, tetapi tetap sama hasrat dan kesannya dari kerja politik ini.

Kami menyokong Pas kerana percaya parti ini dapat menjaga kepentingan kami bila mereka berjaya menjadi pemimpin, jadi kami berhak menilai, mengkritik dan memilih!!
Kami bukan sahaja menyokong pemimpin tapi juga parti, walaupun diantaranya ada pemimpin yg terbabas, tersilap, dungu dan sebagainya kami tetap menyokong Pas. Marah, protes dan kritik bukan bermakna kami membelot… kesetiaan begini ada dimana-mana diluar kelompok kepimpinan Pas, dimana-mana! Sebenarnya suara mereka walaupun tidak didengar tetapi telah meletak imej Pas lebih baik dari hanya semata-mata parti pak lebai. Siapapun mereka, profesional atau tukang sapu tetap mempunyai harapan dan hak yg sama, Pas bukanlah perjuangan peribadi mana2 kumpulan atau pemimpin.
Kami tidak anti ulama, kami perlukan ulama diluar parti dan didalam parti selama mereka itu benar selama mereka menyampaikan haq.. Politik ada dalam agama, tetapi dalam politik tiada agama! Agama dalam politik Malaysia hanyalah satu perspektif mengikut acuan dan ilmu pemimpin dan kepimpinan, walaupun Pas satu parti agama tetapi itu hanya satu matlamat bukan bukti pencapaian! Dalam mencapai matlamat kaedah adalah teramat penting dan kadangkala lebih penting dari matlamat itu sendiri. Dalam politik pemimpin boleh sentiasa silap walaupun mereka ulama’. Kejayaan Pas menang dan memimpin Kelantan walaupun masih jauh dari matlamat Pas, tetapi jelas sebagai bukti kekuatan kaedah dan karisma kepimpinan.

Jadi, kepimpinan dan pemimpin yg macam mana kita pilih? Yang sering, yang mudah melakukan kesilapan, yang angkuh bila merima kritikan? Yang ulama’ atau tidak? Sebenar apa yg penting adalah memilih pemimpin yg benar dan wajar! Dalam agama setiap kesilapan harus ditegur apalagi melibat kepentingan umum, tidak ada nas yg mengatakan ulama’ tidak boleh ditegur, dgn kaedah yg wajar setiap orang layak ditegur!

Penyokong dan ahli Pas bermacam ragam, ada yg bodoh dungu, yg cerdik, yg penuh perasaan, yg peduli dan tidak peduli. Pertembungan mereka samada golongan pro ulama’, erdogan atau apa saja gelarangnya harus dilihat dari sudut positif. Iaitu sebagai loceng amaran bagi kepimpinan memperbetulkan tindakan dan halatuju parti, prinsip kepimpinan malah akhlak dan peribadi pemimpin itu sendiri. Para pemimpin tidak harus melihat dan mempergunakan kewujudan kumpulan dan pertembungan mereka sebagai alat untuk mencapai matlamat peribadi.

Kewujudan blogger seperti TB dan lain-lain yg lantang dan yg celupar harus dilihat dan dinilai sebagai aktivist yg membuat kerja-kerja yg tidak sanggup atau mampu dikerjakan oleh pemimpin Pas. Bukan mudah bagi pemimpin Pas untuk menyelak, membuka dan menegur kesilapan atau aib pemimpin yg lain. Pasti tidak juga mudah bagi para blogger, tetapi beban tidak seberapa dibanding kesan pada pemimpin agama. Maka sudah sampai masanya penyokong Pas melihat dan menghargai aktiviti blogger sebagai sumbangan yg serius, wajar dan bermaruah!! -Tq TB, syabas!

Anonymous said...

TB,

Maaf salah parking.

Apa pendapat anta menegenai artikel ini? kalau boleh tlg lengkapkan analisis ini dgn Uz. Azizan dan Hassan Ali.

Beberapa ekor calon Timbalan Presiden PAS

Sebab tenggelam dalam isu panas Perak, wa up balik N3 analisis wa ni. Nanti, kalau Otad Azizan dan Hasan Ali sah nak bertanding gak, wa update lagi.



3 ekor calon Timbalan Presiden.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Setakat ni, hanya 3 ekor disebut2 sebagai calon Timbalan Presiden. Jawatan ini amat penting. Sama ada menjelang PRU13 mahupun selepas PRU13.

Ada pihak yang mendakwa Timbalan Presiden tidak mempunyai apa-apa peranan. Ianya bergantung kepada Presiden. Jadi, katanya lagi, adalah tidak munasabah Husam mahu menetapkan arah tuju PAS dengan jawatan Timbalan Presiden.

Pada gua, seandainya selain dari Nasha, sama ada Mat Sabu atau Husam, Presiden Hadi akan terhimpit dan tertekan dalam gerakan pintar berpolitik regunya itu. Umum mengetahui kelemahan Hadi dalam berorganisasi dan berpolitik, sama ada terbuka mengakuinya atau tidak. Step by step la sket....

Jadi, Timbalan Presiden PAS berupaya menolak Hadi ke era bersara. Sunnah Allah mendatangkan kesegaran untuk setiap zaman.

Pengkelasan kategori.

Dalam satu2 jemaah Islam, terdapat 3 kategori manusia yang mendukung jemaah itu. Aktivis, pemikir dan ulama. Ulama boleh menjadi ulama semata, yakni almari rujukan semata, dan boleh juga menjadi aktivis dan pemikir sekaligus.

Namun, genetik Melayu, tidak ramai ulama yang berkemampuan menjadi pemikir dan terlalu eksklusif untuk menjadi aktivis. Biar papa asal bergaya. Takan ulama jubah nak kotor2 kot.


Nasha.

Kategori : Nothing. Ulama yang menjadi rujukan pun bukan, aktivis pun bukan, pemikir haram sekali. Serius!

Ulama yang menjadi rujukan lebih kepada Saiful Islam, Zaharuddin, TGNA, MAZA, etc. Ini adalah contoh dan gambaran ulama yang menjadi rujukan. Jadi Nasha gagal melepasi kategori ini. Tak pernah plak masyarakat buru Nasha untuk permasalahan atau isu rakyat.

Aktivis pun bukan. Datang demo sekali dua. FRU ada dia ghaib. Kena tangkap, berguling atas jalan, entahlah. Nasha bukan aktivis.

Pemikir, haram sekali. Belum pernah kita dikejutkan dengan idea2 bernas darinya. Ulama ini IQ level standard seorang Melayu asli.

Watak.

Kebanyakan pengundi atas pagar dan sebilangan ahli PAS berpendapat, Nasha tidak menonjol. Tidak mempunyai prestasi yang bagus. Ada atau tidak, sama sahaja. Tiada isu negara yang dapat diulas, dikupas oleh Nasha dengan baik. Malah, dirinya pula selalu menjadi isu.

Ulama ini pernah melukakan dunia blogger apabila mengugut akan menyaman satu blog atas berita yang dia tidak mengaku. Namun, selepas dikantoikan Paklah, dia koner 180 darjah pada gear 8 dengan meletakkan Majlis Syura Ulama sebagai Rio Ferdenand, jubah pewaris nabi sebagai John Terry.

Pada gua, hanya orang bodoh dan jumud sahaja yang akan mengundi Ostad Nasha. Orang yang mengundi Otad Nasha berada dalam fantasi Malaysia ini hanya didiami oleh 800 000 ahli berdaftar PAS, dan hanya mereka sahaja layak mengundi PRU13 nanti.


Mat Sabu.

Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Dalam tajuk kecil aktivis, Mat Sabu adalah Raja Aktivis Malaysia. Apa penderitaan yang tidak pernah dilalui oleh beliau? Operasi lalang? ISA? Kena keronyok? BERSIH? Kepung di lampu isyarat? Gempa bumi? Palestine? Cakap apa sahaja.

Jadi, kerana Mat Sabu berdarah aktivis, dia lebih rapat dengan akar umbi. Dan seandainya definasi akar umbi itu sehingga melepasi peringkat perwakilan PAS, wa percaya Mat Sabu akan mendapat undi yang lebih tinggi.

Di bawah tajuk pemikir, Mat Sabu adalah antara orang yang mengasaskan idea Kepimpinan Ulama. Mat Sabu adalah driver pemikiran ahli PAS. Ceramahnya dinanti dan diletakkan sebagai penceramah terakhir.

Untuk strategis pula, mari kita melihat satu gerakan Mat Sabu yang mustahil dikesan oleh lu orang. Ala2 Anwar sket. Sejak PRU12, nama Mat Sabu agak tenggelam. PRK Terengganu dan Bukit Gantang juga menyisihkan namanya.

Menjelang pemilihan, sebaik sahaja Mat Sabu menegakkan ketegasannya untuk bertanding Timbalan Presiden, Mat Sabu terus mengaktifkan BERSIH. Pakai baju hitam dan sebagainya.

Kemudiannya, dia ditangkap. Ini semua melonjakkan namanya semula ke persada politik tanah air amnya, ke perwakilan PAS khususnya. Taktikal serupa Anwar.

Watak.

Mat Sabu dilihat masyarakat berwatak degil mempertahankan prinsip. Mat Sabu dilihat akar umbi sebagai patuh kepada organisasi. Terbaru, ia terbuka apabila tidak dipilih sebagai calon Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, walau undi medium internet, namanya sungguh popular.

Namun, kelemahannya; dikatakan Mat Sabu ialah tidak pandai berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris perlu dalam taktikal politik Malaysia kerana medium media bahasa itu paling luas.

Sukar membayangkan Presiden PAS, Hadi ternganga untuk menjawab soalan media Bahasa Inggeris. Dan kemudiannya Timbalan Presiden Mat Sabu pun tergaru-garu kepala. Ini adalah kerosakan imej PAS.


Husam.

Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Level aktivis Husam lebih rendah berbanding Mat Sabu. Tetapi jauh tinggi berbanding Nasha.

Namun begitu, level pemikir Husam lebih tinggi dari Mat Sabu dan sudah pasti bagai langit dengan bumi berbanding Nasha mahupun Hadi sendiri. Banyak idea2, penyelesaian bernas yang dikemukakan Husam sama ada dalam Kelantan atau nasional. Silap sekali skala adalah normal.

Dalam tajuk kecil strategis, Husam lebih berseni berbanding Mat Sabu. Kenyataan, perwatakannya, pergerakkannya berseni, tersembunyi dan halus. Husam jika Presiden, apabila duduk di sebelah para Anwar dalam sidang media BR, percayalah, hanya 6 bulan karisma Anwar akan tersisih.

Anwar memerlukan proganda untuk popular. Husam tidak. Anwar perlu ditangkap untuk momentum diri, Husam tidak. Anwar perlu retorik untuk kekal panas, Husam tidak. Tidak perlu semua itu.

Watak.

Jika Mat Sabu lebih rapat dengan akar umbi, Husam lebih rapat dengan para intelektual, para pemikir dan golongan level tinggi. Dan sudah pasti definasi itu melepasi standard perwakilan PAS.

Jika anda adalah ketua kampung selama 30 tahun, dan Husam berhijrah ke kampung anda untuk 2 minggu, anda pasti tidak akan menyukai Husam. Kerana anda rasa tercabar. Inilah yang berlaku di Kelantan. Ibarat pokok cili yang didatangi benih durian.

Penggulungan.

Pada gua, PAS memerlukan penyegar. Dunia dan alam sememangnya dijanjikan Allah akan ada penyegar. Tetapi, dengan Husam dan Mat Sabu bertanding sekaligus, Nasha mungkin akan menang seperti Khairy Jamaludin di Pemilihan Agong UMNO lepas.

Mat Sabu telah terlebih dahulu menggerakkan buahnya. Husam masih dalam pertimbangan. Halus, seni dan tersembunyi. Jika kesegaran jemaah didahulukan, apatah mungkin memberi laluan kepada Mat Sabu?

Jika peratus kesegaran itu majority mutlak terarah kepada Husam, perlukah menyahut amanah itu?

Evelyn said...

Good day to all,

We would like to invite you to our blog "Misi Membebaskan Tahanan ISA" to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:

http://bebaskanmereka.blogspot.com

We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.

Justice for all.

Abd Razak said...

Anonymous said...

Melalui DEB lah ramai anak melayu telah berjaya mengubah nasib keluarga dan keluar dari kemiskinan. KAU ORANG INI DATANG DARI MANA HA? Tak kan aku nak cerita semuanya. Banyak contoh disekeliling. Mana ada dinegera lain, bapa hanya petani atau penoreh getah, anak boleh jadi doktor, professor, akauntan dan sebagai nya. Kamu ingat perbelanjaan semua ini datang poket bapak kau orang!

ITM telah melahirkan ramai professional melayu, begitu juga MARA, RISDA, FELCRA, UDA didalam membantu orang melayu berniaga. Berapa ramai professor-professor yang masa peperiksaan mce/spm hanya dapat grade 3, tapi bila diberi peluang melalui DEB, telah berjaya hingga mendapat phd dari luar negeri.

Kamu semua ini budak lagi dan tak tahu apa itu baik dan buruk. Jangan sempitkan fikiran kamu dengan melihat apa yang telah ada. Masa tak ada dulu kena ingat juga. Semua pihak ada baik dan buruk. Kamu hanya lihat yang buruk saja (hanya segelintir) tetapi kebaikan kepada orang melayu secara keseluruhan kamu langsung tak nampak. FIKIR BAIK-BAIK....


Si pengecut masih x berani nk menggunakan nama sendiri...utk pengetahuan ko kalau DEB berjaya confirm ekonomi skrg org melayu dh pegang sekurang-kurangnya 60-70 peratus...skrg ni berapa peratus org melayu pegang ekonomi?hanya org bodoh cam ko je yg xtau...jgn igt aku ni org baru dlm politik...ko kata itm tlg org melayu...aku bekas pelajar itm...ko cuba wat survey berapa ramai student itm yg dpt kerje compare ngan universiti lain...sampai ada yg kerja di luar bidang pengajian mereka...ko tanya majikan2 sume...student itm ni diorang letak sebagai last choice je...jgn ko igt aku ni bodoh wahai PENGECUT....

Anonymous said...

orang china dan hindu di malaysia ini ialah anti-melayu dan anti-islam.china dan hindu in yg kenal mereka ialah vt sambatahn dan tan siew sin. yg dlm forum ini kena cari apa kata-kata vt sambathan dan kata2 tan siew sin tentang melayu. vt sambatahn dan tan siew sin lebih appreciate melayu dari semua melayu islam dalam pas dan pkr yg buta hati dan mata! kepada melayu2 islam dalam pas dan pkr, anda ialah melayu dan islam dan tanah yg anda pijak ialah tanah melayu! dlm "perjuangan ini", jgn dipisahkan melayu dengan islam. faham?

Anonymous said...

apa pendirian org2 melayu islam dlm pas dan pkr tentang 1-anak china yg rakam negarakuku dan 2-hindraf?

jika dua ini tidak mampu ditangani pas dan pkr, pas dan pkr jangan jadi hero melayu dan islam di malaysia ini.

you fail by default!

abdullah said...

Perbezaan pendapat antara dua golongan utama dalam PAS ada kaitan dengan kecenderongan Nik Aziz, dengan bisikan anak didik Anwar dalam PAS- iaitu Husam dan Kamaruddin Jaafar- mempercayai janji berbilion yang dicurahkan ke Kelantan jika Anwar jadi PM. dan jangan lupa PRU 12 Anwar yang "belanja".

Kedua, Nik Aziz ambil hukum tiada saksi maka Anwar tak ada sondolmi, boleh di sokong.

Ketiga dendam kejatuhan kerajaan PAS Kelantan semasa berpisah dari BN. Dendam inilah puncanya.

Jadi Nik Aziz tidak tertarik dengan hujah Haji Hadi yang lebih meletakkan hukum tidak membenarkan ditutup pintu rundingan dalam Islam.

Golongan pro-Hadi secara diam tahu tentang masalah tabi'i sex Anwar, dan tidak boleh terima dia sebagai layak menjadi PM. Hadi bimbang menyandarkan masa depan parti kepada satu pihak sahaja kerana nanti apabila DAP dan PR berjaya lumpuhkan kekuasaan politik orang Melayu PAS akan dituduh bersubahat.

DAP tetap dengan agenda menjatuhkan kuasa politik Melayu, dan menggunakan PKR dan PAS semata-mata untuk tujuan ini. 'If you can't beat them, join them and then destroy them.'

Apa nak dibanggakan PAS apabila Nizar cuma boneka DAP? Jadi DAP dah pun kawal Perak dan Penang. Mana PAS nak pergi nanti? Para peramal mengatakan PRU 13 PAS mampu pertahankan Kelantan sahaja.

Maaf tapi Tok Guru Nik Aziz pandai cakap sahaja tetapi mudah dipengaruhi oleh mereka yang rapat. Beliau lebih melihat kapada kepentingan yang boleh didapati Kelantan. ramai mungkin ingat beliau pernah melobi Dr M supaya menjadikan Ku Li PM selepasnya.

Haji Hadi dari dulu bukan mudah diperdaya. Jadi PAS Kelantan cuma cawangan PKR?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.