Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 4, 2009

Program Pelajar Bersama Tok Guru Nik Aziz di Mekah Baru2 Ini

Baru2 ini sewaktu Tok Guru berada di Mekah sempena melaksanakan ibadah umrah, para pelajar Malaysia telah mengadakan program dan dialog bersama Tok Guru Nik Aziz. Seorang teman saya telah berpeluang bersama dalam program tersebut dan telah bertanya soalan berkaitan dengan Kerajaan Perpaduan.

Tok Guru Nik Aziz mengatakan bahawa ia adalah cadangan dari Presiden PAS dan bukannya dari PAS. Dan isu ini telah dihentikan (mungkin Tok Guru merujuk kepada keputusan AJK PAS Pusat baru-baru ini).

Ini bererti dakwaan yang TOk Guru Nik Aziz telah menerima idea Kerajaan Perpaduan ini adalah meleset sama sekali. Mengikut kawan saya ini, Tok Guru masih jelas menolak idea Kerajaan Perpaduan ini.

Untuk mendengar dialog tersebut melalui audio, sila rujuk www.dperantauan.com.

Kemudian kawan saya secara pribadi telah bertanya dengan Tok Guru berkenaan dakwaan kononnya beliau telah dipengaruhi oleh penasihat2 dan pegawai2 beliau. Tok Guru berkata bahawa tuduhan ini juga tidak betul. Tidak benar bahawa beliau (Tok Guru) dipengaruhi oleh pegawai-pegawai beliau.

Dan pulang dari umrah ini, Tok Guru Nik Aziz akan menbuat kenyataan akhbar bagi meleraikan kekusutan yang sedang berlaku berkaitan dengan isu ini.

Inshaalah, perkara ini akan selesai. Jelas, puak-puak pro UMNO dalam PAS telah bergembira terlalu awal. Kalau berani kenapa tunggu Tok Guru Nik Aziz berada di luar negeri untuk membuat dakwaan seperti ini?

Tulang Besi

9 comments:

Anonymous said...

Kat Mekah, TG Nik Aziz bersama Ust nasarudin Daud dan Ust Abdullah Yakob. Kat Mekah, Husam dan Anuar Bakri tak ikut sekali.

Apa lagi helah puak muzakarah nih. Sekarang, Anuar Bakri tak ada di keliling TG Nik Aziz. Tapi TG Nik Aziz masih tolak kerajaan perpaduan. Takut lepas ni, puak muzakarah tuduh Ust Nasarudin Daud pulak hasut TG Nik Aziz. Ust Abdulah Yakob menyebabkan TG Nik Aziz tak boleh berfikir. Geng muzakrah ni, bila komen tg nik aziz lain pada yang dia nak, terus kata tg nik aziz diperkuda, sedangkan memang tg nik aziz cara fikir dia macam tu.

Nizam Mahmud said...

Saya dah berkali-kali kata pada ahli PAS

Engkorang ni aku langsung tak faham. Nik Aziz boleh diistilahkan sebagai jaguh politik no wahid. Tapi masih ada yang degil bodoh tak nak dengar cakap pemimpin sendiri.

Dengar ni ahli PAS yang masih sombong bodoh.

Mahathir dapat jatuhkan Pak Lah. Pak Lah dapat jatuhkah Hj Hadi di Terengganu. Mahathir dapat jatuhkan Ku Li. Hj Hadi bagi alasan banyak pengundi hantu, awat kat Kelantan tak ada pengundi hantu ka?

Mana saya nak letak kedudukan Hj Hadi dalam kepandaian berpolitik, saya tidak mau komen. Kamu sendiri lah buat penilaian sendiri.

Satu lagi. Hang cuba pikir baik-baik.

Sehebat-hebat kuasa Dr Mahathir dalam BN, pernah ka kita dengar Dr Mahathir dapat buat pemimpin politik parti sekular macam MCA dan GERAKAN merujuk pada Al-Quran?

Tapi Nik Aziz dapat! Padahal bukan main tebal sekular DAP melebihi semua parti di Malaysia ini. Sampaikan ada ADUN/MP DAP yang enggan pangkai songkok.

Guan Eng dah bercakap psal Umar Abd Aziz. Tolak dulu jika dia belum arif memahami pemikiran Umar Abd Aziz. Kor Ming pulak boleh baca dari Al-Quran dan secara terbuka mintak tunjuk ajar dari Nik Aziz.

Saya sampai terkejut beruk melihat pemimpin DAP mintak tunjur ajar dari seorang Tok Guru berkenaan Al-Quran. Apahal? Dulu DAP bukan main keras dengan sekular nya, dia langsung tak peduli orang Melayu tak nak undi parti dia. Janji dia dapat undi orang Cina cukuplah.

Ini semua orang tahu.

Tapi Nik Aziz dapat buat sampai Kor Ming mintak tunjuk ajar secara terbuka pulak tu untuk belajar dan mentafsir ayat-ayat Al-Quran.

Sampai saya tertanya, apa ilmu Nik Aziz pakai nie? Azimat apa dia pakai? Ilmu apa yang dia turunkan pada mee celup macam Nizar sampai boleh memukau pemimpin DAP sampai begitu sekali

Cuma dari pemerhatian saya, Nik Aziz jika dia seorang pendekar, dia akan jadi tokoh persilatan yang tersohor.

Dia tahu bila masanya untuk bersifat keras, dan tahu juga bila untuk bersifat lembut. Segala pukulannya mengena belaka. Lawan samada akan kalah atau tunduk. Langkahnya amat-amat jarang sumbang. Ada juga sekali sekala tapi amat jarang sekali.

Pemimpin macam ini yang korang tak nak dengar?

Yang korang nak dengar cakap anak dia yang hingus belum kering.

Macam saya kata, kalau dah tak nak dengan cakap Nik Aziz, bagi saja pada PKR atau DAP.

Tulang Besi said...

Nizam,

Sebabnya adalah TGNA mendengar nasihat semua orang.

Apabila Nik Abduh membuat tuduhan liar beliau, semua pimpinan PAS dalam Perhubungan NEgeri marah.

Ini kerana SEMUA dalam PAS Kelantan menjadi penasihat Tok Guru Nik Aziz.

Ini kerana Tok Guru dengar nasihat dari pelbagai sumber sebelum membuat keputusan.

Tak jadi masaalah.

Nizam Mahmud said...

Saya tau Nik Aziz dengar pandangan pelbagai pihak sebelum buat keputusan.

Cuma pandangan saya ini ditujukan kepada ahli PAS yang masih nak bersatu dengan UMNO dan tidak mahu menerima arahan Nik Aziz.

Saya dah kata kan, Nik Aziz jaguh berpolitik. Pendekar tersohor dalam berpolitik.

Jika beliau bersifat keras terhadap sesuatu atau lembut terhadap sesuatu, bukan dilakukan melulu. Ada sesuatu difikir dan direncana kan dalam firasat beliau.

Malangnya ada ahli PAS yang masih berdegil tak nak dengar cakap Nik Aziz, aku nak tanya ni, kehandalan korang dalam berpolitik dah mengatasi Nik Aziz ka?

Nizam Mahmud said...

Wahai ahli-ahli PAS.

Tolong la pergi menadah ilmu politik dengan Nik Aziz.

Dia dah terbukti arif bukan saja mengenai soal-soal hukum malah arif dalam soal politik dalam keadaan Malaysia yang berbilang kaum.

Kalau setakat nak harap kan pemimpin PAS yang lain, setakat bagi hukum boleh la. Lagi bab politik, walaupun dia pemimpin parti politik, alahai..

Tak nak dengar cakap Nik Aziz, bagi la kat PKR.

Orang Baru said...

Nik Abduh dapat tarbiah JIM. Cane nak menadah ilmu politik dari TGNA. JIM kan tolak politik.

Sebab tu nik abduh pernah buat artikel Politik Damai kot. ajaran JIM la ni.

Nizam Mahmud said...

"""Nik Abduh dapat tarbiah JIM. Cane nak menadah ilmu politik dari TGNA. JIM kan tolak politik.

Nasarudin Mat Isa, Roslan SMS, Hasan Ali dan Nasarudin Tantawi orang JIM ka?

Psal pulak Hasan Ali pergi pancung Saari Sungib bekas Presiden JIM?

Psal lak Nik Abduh tak keluarkan artikel lebih pedas tuduh Hasan Ali buat keje sesat lepas Hasan pegi pancung Saari?

Ko ni cakap betul-betul. Jangan nanti tulisan ko keliru cam tulisan Nik Abduh dah la.

Pening lalat orang baca beb!

AyahDi said...

Nik Abduh mana ada terima tarbiah JIM. Tempias pun tak kena. Takkan ulama tulin nak terima cakap mee celup. Cokia la macam tu.

Kalau terima tarbiah JIM atau tempias sekalipun, tak de macam tu jadinye.

Hasan Ali and the gang pun tak masuk dalam senarai JIM.

Parpu Kari said...

AKU NAK CABAR KORANG WAHAI BLOGGERS FUCKATAN RIOT! APA KORANG BERANI NAK SAHUT CABARAN AKU?

KALAU BERANI DAN KAMU MEMANG ANAK JANTAN, THEN BACA NI DAN SAHUTLAH CABARAN PARPUKARI!

http://parpukari.blogspot.com/2009/05/siapa-bomohkan-siapa.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.