Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, May 18, 2009

Seminar Kepimpinan Ulama yang Tidak Menghormati Mursyidul Am?


Saya mendapat maklumat bahawa Dewan Ulama PAS Pusat akan menganjurkan program Seminar sempena Sambutan Jubli Perak Kepimpinan Ulama. Maklumat dari dalaman Pas mengatakan program ini mengandungi banyak perkara yang tidak kena.

Dari sumber dalaman PAS juga mengatakan bahawa program ini sedang dikempen hebat untuk mendapat kehadiran yang maksimum dari kalangan perwakilan PAS seluruh Malaysia. Diharapkan supaya kehadiran di dalam 2000 hingga 3000 orang yang rata-rata terdiri dari perwakilan yang akan mengundi.

Saya juga mendapat tahu bahawa Roslan SMS dan Dr Shamsuri adalah tenaga utama dibelakang program ini. Saya pada mulanya tidak berhasrat untuk menulis berkenaan program ini namun apabila mengetahui penyokong Muqabalah/kerajaan perpaduan menjadi tenaga dibelakang program ini, maka saya terpaksa mendedahkannya.

Bak kata orang, kalau tidak diada-adakan, masakan tempua bersarang rendah.

Kenapa Mursidul Am Tidak Diizin Mengisi Program?


Banyak sangat perkara yang tidak kena pasal program ini.

1.0 Yang paling ketara ialah Mursyidul Am sendiri tidak dibenarkan berucap serta mengisi program ini. Mursyidul Am hanya diizinkan untuk memberi ceramah umum selepas program.

Kalaupun Mursyidul Am tak da masa untuk tulis kertas kerja, kenapa ucapan perasmian pun tidak diizinkan Mursyidul Am memberikannya?




2.0 Lagi satu, program ini diadakan 2 minggu sebelum Muktamar PAS. Jubli Perak seharusnya dilakukan pada tahu 2007. Program ini telah 2 tahun lewat. Dan, kalaupun lewat, mengapa dianjurkan 2 minggu sebelum Muktamar PAS yang salah satu isu adalah kepimpinan ulama?

3.0 Jemputan program ini juga pelik. Bolehkah Setiusaha Dewan Ulama mewajibkan kehadziran PAS di semua peringkat kepimpinan untuk menghadiri program ini? Maknanya, selepas ini sesiapa sahaja boleh mewajibkan semua orang dalam PAS untuk menghadiri program mereka. Selepas ini SU Lujnah pun boleh mewajibkan semua peringkat kepimpinan, dari Pesuruhjaya Negeri dan Perhubungan Negeri kepada Presiden, untuk menghadiri program mereka.


















Senarai peserta adalah:




Malaysiakini telah memberikan “coverage” berkenaan program ini. Antara kenyataan pimpinan yang diambil ialah:

“Menurut Hashim, bagi memfokuskan kepada pilihanraya umum dan beberapa pilihanraya kecil, program kerjasama tiga sayap penting PAS - Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat - terpaksa ditangguhkan sebelum ini.”

Soalnya sekarang, kenapa program ini tidak boleh diadakan selepas Muktamar? Keadaaan sebelum Muktamar ini lebih sebuk disebabkan oleh persediaan.

Bagi saya program ini terdapat banyak kesangsian yang perlu kita perhatikan. Dan bagi saya program ini sepatutnya diadakan diluar waktu Muktamar dan bukan hampir kepada muktamar. Kalau penganjur program ini ikhlas mahu mengajurkan program ini dan tidak berkempen.

Tulang Besi

ps Untuk melihat kertas kerja tersebut, sila klik di sini:

a. Kertas Kerja ms 1

b. Kertas Kerja Ms 2

c.Kertas Kerja Ms 3

d.Kertas Kerja Ms 4

e.Kertas Kerja Ms 5



28 comments:

cucu jebat said...

a,kum,
Mungkin arahan utusan meloya kot?Sebab tu TOK GURU NIK AZIZ TAK LEH NAK BERCAKAP MAU PUN BENTANG KERTAS. Alah harun din ni pun waktu pencen ni ajalah yang berani tonjol dalam Pas ni pun ,waktu Pas tengah susah kelibat pun susah nak nak nampak,Nampak sangat lah proram Ulama ni pun boleh pilih orang juga ya,ialah mursyidul am ni orang yang nak lawan umno mana boleh nak rasmi program ni,seminar ni pun nampak macam nak kekalkan timbalan presiden,kalau tak kekal nanti susah la nak perpaduan dengan umno,kalau naik husam,sabu payah lah nanti nak pakat ngan umno atas nama perpaduan melayu.kesian la kat hj hadi dapat 2 orang pegawai yang lebih berminat dengan umno dari mursyidul am sendiri.

lan said...

nampak sangat nak kempen UMNO

lan said...

kesian golongan profesional dan aktivis..................

pada masa akan datang, jika ada tokoh dari kalangan profesional dan aktivis parti yang berwibawa, mempunyai pengetahuan Islam yang cukup luas, bertakwa dan di terima oleh rakyat termasuk cina dan india dan berpotensi untuk menjadi presiden PAS, maka dia akan tersekat untuk memimpin PAS.

Sayang seribu kali sayang.

Anonymous said...

Dear Malaysiawaves,

I feel strongly that you publish this letter (below) in your blog. It really raises many important issues and explains a lot. Make it a blog post and let your many readers read it. Thanks.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/21974/84/

Keling Melayu said...

Peranan SU dewan dan perana su Lujnah...
Selamat bermuqobalah buat YB Datuk Paduka Haji Husam bin Musa dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah...teruskan...teruskan...di

http://penawarrinduku.blogspot.com

Anonymous said...

bodoh bodoh bodoh bodoh dan bodoh

memang bodohlah ko Tulang Babi.

itu kertas kerja awal yang terbocor kat munafik mcm ko. Ada ko tahu yg diorang dah ubah program dan apa alasan diorang terpaksa buat keputusan mcm tu???

org yg kena laknat cm ko memang suka tafsir ikut metodologi Abdullah Ubai.
Semua nya tak kena, nak pertahankan kepimpinan ulama tak kena, nak buat seminar tak kena, nak buat sebelum muktamar tak kena. Yg kena ko sorang je la... selamat masuk neraka jahim.

Org PAS Kedah said...

Saya mendesak Ustaz Harun Din bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabilahi, Watallahi bahawa beliau tiada pernah sebut kepada seorang pun bahawa program jubeli ularmak itu adalah untok berkempen bagi memastikan menangnya Ustaz Nasarudin Md Isa menjadi Timbalan Prisiden padahal yang org nampak akan Ustaz Nasarudin itu sebenarnyalah dia adalah calon Umno serta surat2 khabarnya spt Utusan Malaysia.

Saya mendesak Ustaz Harun Din bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabilahi, Watallahi bahawa beliau tiada pernah menudoh di hadapan orang bahawa Husam Musa "politik wang".

Saya mendesak Ustaz Harun Din bersumpah dengan menyebut Wallahi, Wabilahi, Watallahi bahawa beliau tiada bercakap bohong walau sedikit sekalipun sewaktu bersyarah isu muzakarah mukabalah sewaktu muktamar PAS di Ipoh tahun lalu.

Benarkah Ustaz Dr Harun Din mahu pertahan kepimpinan ulama?

Kalau benar Ustaz Dr Harun Din mahu pertahan kepimpinan ulama, saya minta siapa ada akhbar Siasah dalam berita utama muka depannya ada menyiarkan Ustaz Harun Din meminta PAS dan PKR dibubarkan.

Apa muslihat? Supaya Anwar yang tak cukop ilmu agama jadi ketua kpd parti baru sesudah dibubar PAS dan PKR?

Adakah dia menjadi ejen Anwar di dalam PAS?

Ketika Anwar di dalam Umno, Ustaz Harun Din dilantik Ahli Majlis Shura PAS. Dipanggil mesyuarat, langsung ia tiada mahu datang. Berdalih tiada habis2 dan akhirnya dia buat tak reti shj kpd panggilan supaya datang mesyuarat Majlis Shura PAS yg waktu itu kawannya Ustaz Idris Omar menjadi Timbalan kpd Tok Guru Nik Aziz. Sama2 dudok di Bangi bukan? Ustaz Dr Harun Din masa itu asyik megah bercerita dia bagi kuliah di tempat Mat Taib, Tajudin Ramli, Azman Hashim dan sebagainya.

Bila Anwar dipecat dari Umno, barulah dia tunjok muka dalam PAS. Apa makna itu?

Yang gelikan hati, sedap-sedap pula dia tudoh ustaz muda di Perlis yang baru berjuang dalam PAS sebagai tulaqa'. Sedangkan Ustaz itu sejak dari habis universiti dah bergiat dalam PAS dan tak pernah merangkak2 ke tangga Mat Taib atau Anwar Ibrahim yang pada masa itu Umno.

Tulaqa' ialah gulongan org baru nak masuk Islam sesudah Nabi menang di Mekah hapuskan kaum Mushrikin.

Banyak lagi mengenai Ustaz Dr Harun Din yang jadi penglima utama berkempen untok Ustaz Nasarudin Md Isa.

Sejarah tiada pernah ia menipu.

Anonymous said...

Inilah program paling jahat dalam PAS yg pernah saya jumpa sejak masuk PAS.

pena_mas said...

saya amat sedih melihat perkembangan dlam PAS ini.sudah ada trend perebutan kuasa secara halus dilaksanakan secara senyap untuk mengaburi mata org ramai.yang pastinya tuhan maha adil.segala perancangan yang dilaksanakan akan terdedah dengan sendiri satu hari nanti.

Tulang Besi said...

Dear Malaysiawaves,

I feel strongly that you publish this letter (below) in your blog. It really raises many important issues and explains a lot. Make it a blog post and let your many readers read it. Thanks.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/21974/84/

May 18, 2009 10:34 AM
Delete
Anonymous Keling Melayu said...

Peranan SU dewan dan perana su Lujnah...
Selamat bermuqobalah buat YB Datuk Paduka Haji Husam bin Musa dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah...teruskan...teruskan...di

http://penawarrinduku.blogspot.com
.

Dah agak dah keling melayu ni fraksi umno atau umno.

Ari tu ckp pasal DAP nak naikkan MB Melayu tapi terbukti semua auta keling melayu.

Hakikatnya, apa yang Husam buat bukan muqabalah.

Kerna muqabalah ni mesti dalam gelap dan tanpa pengetahuan parti.

Anonymous said...

TANDA TANDA KEHANCURAN PAS. ULAMA MULA CINTA DUNIA (BUKAN SEMUA - ADA SEORANG DUA ITU SAHAJA) YANG MENAKUTKAN KAMI RAKYAT MARHAEN INI ULAMAK YANG MENURUT KERANA ATAS DASAR ILMU ILMU MEREKA. ALANGKAH BAIKNYA JIKA RASULALLAH MASIH ADA. BERPEGANG PADA SEDIKIT TALIAN YANG ADA, APA JUA YANG DI ANJURKAN SEMATA MATA UNTUK KUASA DAN KEDUDUKAN DI DUNIA KAMI AKAN MENOLAK NYA WALAU PUN TERPAKSA TINGGALKAN PAS. RAMAI GULUNGAN SEPERTI KAMI INI HANYA MENUNGGU KESILAPAN LANGKAH PARA PEREBUT KUASA INI. INSYALLAH PARTI ISLAM BARU PASTI AKAN TERBENTUK.

Anonymous said...

Tanda-tanda kehancuran Islam bila ulama tidak lagi didengari dan dihormati malah dipinggirkan dan dituduh dgn seribu satu tuduhan.

Kalau lah Rasulullah ada sekarang ini, mungkin Baginda pun dituduh dgn plbagai btk tuduhan mcm org2 seperti TB.

Tulang Besi said...

Delete
Anonymous Anonymous said...

Tanda-tanda kehancuran Islam bila ulama tidak lagi didengari dan dihormati malah dipinggirkan dan dituduh dgn seribu satu tuduhan.

Kalau lah Rasulullah ada sekarang ini, mungkin Baginda pun dituduh dgn plbagai btk tuduhan mcm org2 seperti TB.
.

Baiklah, cuba jawab mengapa Tok Guru Nik Aziz tidak diberikan apa-apa slot dalam program ini?

Boleh jawab tak?

Anonymous said...

siapa kata tak beri???
cuba tengok latest tentative program la bodo!!!!

Anonymous said...

memang la Tulang Babi tak tau program terkini sebab dia bukan peserta...dan tak layak pun. cuma peserta ke neraka ja yg layak...

Tulang Besi said...

Delete
Anonymous Anonymous said...

Tanda-tanda kehancuran Islam bila ulama tidak lagi didengari dan dihormati malah dipinggirkan dan dituduh dgn seribu satu tuduhan.

Kalau lah Rasulullah ada sekarang ini, mungkin Baginda pun dituduh dgn plbagai btk tuduhan mcm org2 seperti TB..

Baiklah, cuba jawab mengapa Tok Guru Nik Aziz tidak diberikan apa-apa slot dalam program ini?

Boleh jawab tak?

May 18, 2009 1:31 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

siapa kata tak beri???
cuba tengok latest tentative program la bodo!!!!

May 18, 2009 1:40 PM
.

Ni la program yang diedar kepada KESELURUHAN PIMPINAN di setiap lapisan.

Dan ianya bertulis.

Anonymous said...

Ada ka agent-agent Umno di dalam PAS telah mengubah program pecah-belah mereka konon memberikan Tuan Guru Mursyidul Am ruang bercakap?

Bila pecacai Umno menguasai PAS, tunggulah saat kehancuran!

Anonymous said...

hahahahahaha....Nik Aziz yg taknak dan dia pon tak kisah...pahal yg TB ni plak yg trasa tak tentu pasal???

oooooo...kan kerja dia penghasut!

Tinta Hitam said...

Perbezaan pendapat wujud dalam mana mana organisasi.Maknanya demokrasi wujud didalam organisasi itu.

Say tak khuatir dgn perkembangan ini.Ianya menguatkan lagi PAS.Apa yg penting kedua dua pihak enggan menerima UMNO secara total

Jika UMNO berharap PAS kan berpecah spt mereka,jgn harap la.Tidak dlm masa terdekat ini.

DinRevLintok said...

Dah lah Lang Si. Pak Syeikh kata kita boleh stop serang Ulama PAS ni memang tak de jalan.

Diorang still solid.

Kite kena gosok serban tok-tok guru tu. Hope nanti belit tengkok diorang.

Pls takenote.

Cow..

Nevada said...

betul ke pengomen-pengomen yg anti tulang besi ni dari orang2 pas?

tak kan sampai mencarut/memaki hamun?

Anonymous said...

Sikit2 duduk blkg Tok Guru Nik Aziz. Isu dah basi still nak hasut2. Ada agenda pecah belah ker TB?

Anonymous said...

Nampaknya Orang PAS Kedah marah betul dengan Us.Harun Din.Jika apa yang dijelaskan olih Orang PAS Kedah tu benar,ini bermakna dalam tempuh yang singkat telah dua tokoh besar ulamak PAS "menjadi hangat".Yang satu lagi tu Us.Daud Iraqi,Ketua Dewan Ulamak PAS yang menuduh adanya politik wang dalam PAS.Hari ini(18.05.09) Dewan Harian PAS Pusat menyatakan;tidak ada politik wang yang berlaku dalam PAS menjelang Muktamar Jun ini.Ha!Apa kerja ulamak-ulamak ni?Ahli-ahli PAS yang bukan ulamak dan yang bertaraf "mee celup" tak ada pun sembarangan menuduh ulamak tak tentu arah.Nampaknya dunia memang sudah nak kiamat kerana ulamak-ulamak pulak yang sewenang-wenangnya "membuat angkara".Minta Us.Nasaruddin Tantawi alPahangi dan Nik Abduh alKelantani buat sikit komen.

tunjang nat said...

nah hari ini md daud al ulama telah gagal membuktikan kepada dewan harian pas pusat dengan apa yang telah di tohmahnya tentang politik wang,tak ke malu kamu tu ketua dewan ulama buat kenyataan bodoh bukan sahaja tak benar tapi yang paling besar malu nya adalah ulama2 yang kamu jadi ketua,presiden telah buat kenyataan tak wujud langsung apa yang kamu sebut,tak la aku panggil awak ustaz lagi,din tawi dan lan sms juga kena dipanggil,kerana mereka juga sanggup cepat2 posting dalam blog mereka.hai dunia akhir zaman ni bukan ulama dalam umno sahaja buat kerja tak senonoh,rupanya ada juga sebahagian ulama kita nak jadi macam ustaz2 umno,patutlah laju sahaja nak sokong kerjasama ngan umno.jangan lah terlampau nak sangat ke umno sampai buat aniaya pada jemaah sendiri.

mut said...

PAS adalah PAS dan UMNO adalah UMNO. Tak ada keserasian. Bukan sahaja apa yang terkandung dalam Perlembagaan parti, tetapi apa yang telah dilakukan selama ini akan menjadi imej dan personaliti parti.

Selagi PAS adalah PAS yang kita kenali maka sokongan akan terus datang hatta dari rakyat bukan Islam. Jika menyimpang, maka tidak ada bezanya dengan UMNO! Tetapi jika PAS mirip UMNO, tak ada sebab sesiapa lagi nak menyokong PAS.

PAS meletakkan kedudukan ulama sebagai kepimpinan dan Islam itu sendiri sebagai landasan. Harap perkara ini tidak berubah.

Anonymous said...

barang siapa yang mencarut termasuk dalam golongan syaitan. ish ish ish malu le sikit saudara saudara dengan bahasa kasar yang digunakan, inikah ajaran islam yang diajarkan oleh ibu bapa anda?

yes said...

Asmkum Tulang Besi, terima kasih atas segala maklumat yang dapat kami baca di blog anda. Jangan hiraukan mereka yang memfitnah.

Sebenarnya kita semua tahu syitan sentiasa mahu menggoda manusia dan memujuk ka jalan yang salah, tak kira ulama kah atau orang biasa. Oleh yang demikian sentiasalah memohon kepada Allah agar menunjuk kan kita jalan yang lurus. Tak semestinya kita menurut saja apa yang dikatakan ulama, kerana ulama juga ada kalanya salah pilih jalan.

Satu perkara lagi, PAS bukanlah milik ulama sahaja. Pas milik rakyat yang mahu menegak kan Islam.
Kita semua mempunyai saham dalam PAS.

Monkey Code said...

Salam,
Sebelum apa2...jangan lupa kita semuanya sekarang ini berada di dalam zaman yang amat kritikal .."AKHIR ZAMAN".

Betul...SAW ada menyatakan yang ulama itu pewaris aku (pelindung agama)...tapi jangan lupa SAW juga memesankan kita tentang nasib ummat beliau di akhir zaman nanti. Seperti, 'antara ummat ku yang paling jahat adalah mereka2 (ulama) yang menjual ayat2 Allah dengan harga yang murah'..mereka ini akan berada bersama-sama dengan Namrud, Firaun dan pemerintah2 zalim di neraka jahanam.

Satu lagi jangan lupa TGNA sendiri pernah meluahkan yang bangsa Melayu ini mirip perangai nya dan cara mereka bertindak seperti bangsa dan kaum Yahudi.

Saya suspect puak2 PAS yang hendak sangat2 bergabung dengan UMNO ini atas dasar ultra nationalist Melayu (racist) adalah pengikut2 fahaman Syiah Iran (racist) yang bertapak di dalam PAS Terengganu, Kedah dan di beberapa negeri lain. Konsep 'taqiyah' di guna pakai oleh puak2 oppertunis Pas untuk tujuan survival mereka di dunia ni. Jangan lupa...bangsa Iran/Parsi ini berketurunan dari pecahan salasilah Ishak,Yaacob..> Bani Israel.

Kelakar betul le...bangsa Parsi pula (melayu pun nak ikut sama) yang sibuk sangat pasal nak pelihara keluarga Rasulluallah 'ahlul albait'. Ta payah le kaum Parsi atau Melayu nak sibuk2 jaga keluarga SAW. Kami bangsa Arab lebih mengenali darah dan keturunan kami. Mana ada salasilah keturunan bertulis dalam kaum Parsi dan Melayu.

So berjaga-jaga le dengan meMelayukan Islam...seperti mana meParsikan Islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.