Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, May 6, 2009

Sokong Calon Yang DIbenci Utusan Malaysia dan TV 3



Utusan Malaysia, BErita Harian, TV3 dan sekutu-sekutu mereka telah memberikan kita petunjuk ke arah calon mana yang patut disokong oleh perwakilan-perwakilan PAS. Ini kerana mereka hanya mahu calon yang menguntungkan UMNO dan BArisan Nasional untuk terus memimpin PAS. Mereka akan menentang semua calon yang merugikan UMNO dan Barisan Nasional.

Lihat sissipan dari Utusan Malaysia seperti Makhluk perosak' dalam Pas.

Ia ditulis oleh Pengarang Utusan Malaysia bernama zulkiflee bakar (pengarang@utusan.com.my).

Antara lain beliau berkata:

"Kejayaan yang dianggap cemerlang oleh Pas telah menjelmakan watak sebenar golongan profesional terutama sejak Pas berkawan rapat dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berikutan itu wujudlah istilah puak Erdogan yang ditujukan kepada sesetengah golongan profesional yang dianggap penyokong kuat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Puak ini mula menunjukkan belang mereka di dalam Pas dan pemilihan parti pada Jun nanti dilihat gelanggang terbaik untuk mereka melakukan 'rampasan kuasa' secara tertib bagi menguasai Pas sepenuhnya. "


Pengarang kepada akhbar penipu #1 ini telah menamakan kumpulan professional yang dipanggil sebagai "puak erdogan" sebagai makhluk perosak dalam PAS.

Akhbar yang sama juga telah memfitnah Asy Syahid Ustaz Ibrahim Libya sebagai pengganas, bughat, sesat dan sebagainya.

Tapi, zulkiflee bakar berkata "puak erdogan" ini merosakkan PAS kerana mereka tidak sehaluan dengan ulama.

Ustaz Ibrahim Libya yang diaibkan Utusan Malaysia dulu bukan ulama ke? Adakah Utusan Malaysia sudah memohon maaf kepada beliau di atas segala fitnah dan nista yang kamu telah luahkan kepada beliau?

Saudara/ri sekelian, ini bererti bahawa "puak erdogan" yang disebut oleh Zulkiflee Bakar adalah kumpulan yang dibenci dan ditakuti UMNO.

Syaitan tidak akan menyukai mereka yang diredhai Allah SWT. Itu satu fakta.

Dalam hal ini, syaitan yang bernama Utusan Malaysia menggelarkan "Puak Erdogan" sebagai perosak PAS.


Faham-faham sajalah. Cumanya, ini memberikan peluang kepada kita untuk menilai kumpulan mana yang disukai UMNO dan kumpulan mana dibenci UMNO.

Dan jelas, "puak erdogan" yang disebut oleh Zulkiflee Bakar ini DIBENCI UMNO sehabis-habisnya.

Silalah baca lagi artikel lain dari Utusan Malaysia dan bayangkan betapa hairannya sikap Utusan MAlaysia skrg yang pro kepada ulama 100%.

Saudara/ri buatlah penilaian sendiri berkenaan dengan kumpulan mana yang dibenci dan disukai oleh UMNO.

Yang saya nampak, UMNO amat menyukai mereka2 yang terlibat dalam Muzakarah/Muqabalah/Kerajaan Perpaduan dan membenci mereka yang menentang hasrat2 ini.

a. Husam lebih sesuai tanding Presiden Pas - Jelas tulisan2 Ustaz Nasruddin Tantawi menguntungkan UMNO kerana telah diambil oleh Utusan Malaysia.

b.Jati diri Pas boleh terhakis - (Yang ni lagi best. Komen diberikan oleh tokoh akademik pro UMNO yang hendak sangat PAS bersama UMNO)

c.Khalid yang tidak faham - Takiyuddin - Utusan hendak mempertahankan pendapat Presiden dan Timbalan Presiden mesti "ulama" dengan mengambil kenyataan dari Taqiyuddin

d. Kegelisahan ulama Pas - masa Ustaz Ibrahim Libya dibunuh dahulu, kamu fitnah beliau. Skrg kamu risau ulama dalam PAS gelisah.

e.Sikap pemimpin Pas dikesali - Kenytaan Khalid ini diambil untuk memberikan gambaran kononnya Khalid Samad ini anti kepimpinan ulama.

f. Husam Puasa Cakap - Utusan hendak memberi gambaran kononnya Husam Musa bersalah dan tak dapat mempertahankan diri lansung terus lari dan tidak mahu bercakap.

Ini belum saya dedahkan maklumat yang diambil dari blog2 UMNO. Tunggulah pendedahan tersebut.

Secara mudahnya, UMNO amat berminat dengan pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini. Mereka takut kerana dengan pucuk pimpinan yang sesuai dgn citarasa rakyat Malaysia, dan PAS tidak perlu mengorbankan prinsip, UMNO akan hancur sehancurnya.

Barisan kepimpinan PAS yang baik boleh diterima oleh atas pagar Melayu akan menurunkan tahap sokongan orang Melayu kepada UMNO di bawah 40%.

Di kala itu, UMNO akan jadi "lame duck" dan UMNO akan memulakan proses pengkafanan mereka.

Tulang Besi



29 comments:

mut said...

Semenjak bila pulak paper UMNO ni nak bagi coverage kepada PAS? Hati-hati ler, kalau dah terbaca. Membeli saya harap jauh sekali.

Pada pendapat saya, Utusan ni bukanlah media arus perdana yang tulin; ia merupakan alat propaganda UMNO tanpa segan silu lagi.

Apa yang ditulisnya adalah untuk memecah-belahkan PAS dan bukan laporan jujur sesuai dengan media berwibawa. Hari ni dia sokong team A, esok dia sokong team B. Lebih baik undi yang bakal diberi hasil daripada pertimbangan diri sendiri. Ikut rentak Utusan ni ranap lah !

Anonymous said...

Jadi mana satu fraksi UMNO dalam PAS yang kau dulu cakap?.
UMNO tak suka puak erdogan yang pro-anwar
UMNO lebih suka kalau ulama yang ketuai PAS.
jadi, fraksi UMNO dlm PAS adalah pro Ulama?

Jadi kamu lebih suka puak erdogan ketuai PAS, yang kemudiannya akan tunduk kepada telunjuk Anwar yang liberal...

Hardcore PAS mesti tak puas hati....

Tulang Besi said...

Jadi mana satu fraksi UMNO dalam PAS yang kau dulu cakap?.
UMNO tak suka puak erdogan yang pro-anwar
UMNO lebih suka kalau ulama yang ketuai PAS.
jadi, fraksi UMNO dlm PAS adalah pro Ulama?
.

PAndai pun awak ni.

Tulang Besi said...

Jadi kamu lebih suka puak erdogan ketuai PAS, yang kemudiannya akan tunduk kepada telunjuk Anwar yang liberal...

Hardcore PAS mesti tak puas hati....
.

Mcmna pulak Anwar liberal.

Anak bini dia semua tutup aurat, semayang, sokong hudud.

Kau pernah tengok gambar Gus Dur tak?

Anwar tak tolak hudud dan solat tak tinggal.

So amende liberal nya kau sebut ni?

Anonymous said...

Ya lah, sejak bila Utusan Meloya ni sokong PAS ye?? Bukanlah UM ni dibayar UMNO???

TGNA pun banyak kali/bertahun-tahun dipersendakan oleh RTM dan UM dalam ulasan dan berita mereka. Jadi memang heran UM ni nak 'pertahankan' PAS. Jelas sekali ada udang di sebalik batu, kita jangan masuk perangkap mereka yang makan gaji dengan UMNO untuk memecah-belahkan PAS, atau Pakatan.

donplayplay

Anonymous said...

kalau nak ikut Anwar sangat, then apasal kau tak masuk PKR? Dalam PKR kan ada dari PRM... Rostam Sani pak penakan hang tu dulu kan PRM....

Anonymous said...

Tuan Besar Pengarang Utusan,
Lah,kita kan dah tahu apa kau nak buat..kelirukan melayu dan pecah pakatan supaya mereka gaduh sendiri,untung umno akhirnya.Tapi kita tak sebodoh kau.

Tulang Besi said...

Delete
Anonymous Anonymous said...

kalau nak ikut Anwar sangat, then apasal kau tak masuk PKR? Dalam PKR kan ada dari PRM... Rostam Sani pak penakan hang tu dulu kan PRM....
.

Pak Menakan aku jugak yang tolong buat Manifesto Barisan Alternatif sampai PAS buleh menang Terengganu.

Takkan hang dah lupa kot???

Nizam Mahmud said...

TB

Hang betul bersungguh-sungguh supaya PAS stay dalam PR.

Bagus la masih ada orang PAS pegang pada janji.

Cuma aku orang luar nak tau la, sejauh mana peluang nak tendang sekutu-sekutu UMNO dalam PAS?

Tulang Besi said...

Inshaalah, perwakilan akan membuat keputusan yang bijak

PutraMerang said...

Aku tak lah menyokong Kerajaan Perpaduan ni. Bagaimanapun, tak boleh kah Pas join dengan syarat jawatan Speaker diberi pada Pas. Bila MP BN laknatullah buat hal sikit, tendang dia keluar dewan untuk 2 tahun. Bila dah terbanyak kurangnya, buat undi tak percaya. Lepaih tu, ambik alih jawatan PM. Lepaih tu ajak DAP dan PKR masuk juga. Lepaih tu, tendang Umno keluar. Aman Malaysia lepaih tu.

Anonymous said...

"Mcmna pulak Anwar liberal.

Anak bini dia semua tutup aurat, semayang, sokong hudud. "

BOHSIA PUN BYK YANG TUTUP AURAT- cover line

"Kau pernah tengok gambar Gus Dur tak?"
GAMBAR DIA PAKAI SELUAR PENDEK DGN POMPUAN DOK KAT RIBA?

Anwar tak tolak hudud dan solat tak tinggal.

DIA TOLAK SISTEM KHALIFA; PROMOTE DEMOKRASI ; JADI MAJLIS SYURA' PUN X BOLE UTK ANWAR.
DALAM DEMOKRASI TAKDE HUDUD

MANA KAMU TAHU DIA TAK TINGGAL SOLAT.?
DEPAN ORANG DIA SOLAT LAH.
BELAKANG, WALLAHUALAM.
MASA BERFOYA DENGAN NALLA PUN TAK TINGGAL SOLAT?
HANYA ALLAH YANG TAHU. BUKAN KAU

"So amende liberal nya kau sebut ni?"

sekarang tengok video...
anwar liberal

Aku tau... hang akan kata citer lama...

http://www.youtube.com/watch?v=omwwn42O6v0

http://www.youtube.com/watch?v=MCXsAfhtw-g

Nizam Mahmud said...

"""Aku tau... hang akan kata citer lama...
------------

Memang cerita lama. Di bawah ini pun cerita lama.


""Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.


Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."""

----------

Mana amanat Hj Hadi sekarang? Dah dimasuk kan dalam tong sampah oleh pembantu-pembantu nya yang buat keje sesat itu.

Nizam Mahmud said...

BOHSIA PUN BYK YANG TUTUP AURAT- cover line
------

Ishhhh...!

Tak kan la kau nak sama kan Kak Wan tutup aurat sebab nak cover line dia bohsia.

Sebelum kahwin lagi dia dah pakai tudung tau tak? Patut nya kalau Anwar liberal dah suruh dia bukak tudung pas kahwin.

Punya la habis modal penyokong UMNO.

Nizam Mahmud said...

Aku tak lah menyokong Kerajaan Perpaduan ni. Bagaimanapun, tak boleh kah Pas join dengan syarat jawatan Speaker diberi pada Pas
--------

Idea ni boleh tahan. Tapi kena belajar dari pengalaman Perak la.

Speaker pun kena halang dari masuk dewan! Mahkamah pun masuk campur walau perlembagaan kata tak boleh!

UMNO tak akan sekali-sekali ikut peraturan. Ingat itu. Jadi kita mesti bantai dia cukup-cukup sampai nazak.

Rozana said...

Utusan Melayu,
Bila tiba musim sesuai nampak pembela Islam, ulama dan maruah umat melayu. Tapi, bila belek majalah Mangga, URTV & Hai. Aduh, dah suku porno. Tunjuk artis muda posing tepi kolam tayang cleavage tapi dihalalkan dgn "berenang untuk kesihatan" Ptuit...

penawarrindu said...

Bila pulak lah kita boleh terima dan percaya dengan Utusan malaysia, Berita Harian dan TV3
Semua tu mike kerja jahat untuk PAS.kalau kita ambil kira media tu rusok kita.
Kita semua suka tingok Pas Rusok ko???
- Kira serahlah pada Allah-
Kepada Perwakilan Istikharoh dulu malam sebelum mengundi, moga Allah beri pertunjuk dan hidayah.
-penawarrinduku.blogspot.com-

Tulang Besi said...

DIA TOLAK SISTEM KHALIFA; PROMOTE DEMOKRASI ; JADI MAJLIS SYURA' PUN X BOLE UTK ANWAR.
DALAM DEMOKRASI TAKDE HUDUD
.

Errr, sistem demokrasi ni bukan Syura ke?

Mana kao belajar ni? Engko ni faham ke syura tu apa?

Awadi said...

Sy menyokong penuh husam.
Teruskan perjuangan.
Sy selaku generasi muda dh xnak tgk bn.
Apatah lg nk bergabung.x cukup dgn pglaman lps ke?

Abuzar said...

Anonymous said...
Jadi mana satu fraksi UMNO dalam PAS yang kau dulu cakap?.
UMNO tak suka puak erdogan yang pro-anwar
UMNO lebih suka kalau ulama yang ketuai PAS.
jadi, fraksi UMNO dlm PAS adalah pro Ulama?

...........................

Sebenarnya didalam PAS tak le ada fraksi sapa2 ......atau pro sapa2 ....

..TETAPI yang jelas sekarang adalah perbezaan pendekatan dan strategi politik saja!

1- Ada golongan ahli PAS yang selesa dengan pendekatan & strategi "kukuhkan kebersamaan dengan PR untuk tumbangkan BN" seperti sebelum PR12 lalu - mereka ini bukan pro-Anwar, pro-DAP, pro-PKR tapi kerana yakin kepada prinsip asas yang diperjuangankan bersama seperti : "Demokrasi, Hak Asasi, Keadilan, Kebajikan Rakyat, Anti-korupsi, Anti-tyrancy, dll.." - golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada profesional, ada rakyat marhaen.... Mereka tidak anti-Ulamak bahkan pejuang awal menaikkan imej ulamak supaya dilihat lebih wibawa... Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Erdogan" atau "Pro-Anwar".

2- Satu lagi golongan ahli PAS yang suka dengan pendekatan "kukuhkan kebersamaan dengan UMNO/BN untuk tegakkan Islam" selepas menang "besar" pada PRU12 lalu- mereka yakin kepada prinsip diperjuangankan bersama seperti : "kedudukan politik Melayu, Hak Istimewa Melayu, dll.."- golongan PAS aliran ini ada dikalangan ulamak, ada intelektual, ada rakyat marhaen .... Mereka tidak semuanya ulamak ....mereka yakin dengan muzakara UMNO-PAS dan cadangan tubuh Kerajaan Perpaduan PAS-UMNO-BN. Mereka dilabelkan oleh pihak2 tertentu sebagai "Kumpulan Pro- Ulamak"...tapi ramai juga yang tidak berakhlak dan berwatak ulamak.

Jadi kemelut diatas hendaklah dilihat dari sudut isu sebenar, iaitu:
... golongan yang ingin mantapkan "kerjasama dengan PR" sperti sebelum PRU12 lepas, dan hasilnya telah terbukti.
ATAU
...golongan yang ingin "bekerjasama dengan BN" selepas PAS menang pada PRU12.

Buatlah penilaian yang betul dan wajar ......bukan tuduhan liar atau fitnah ...

paroksi said...

memang la UMNO sokong ulama' 100%, kalau dah ulama' tu pro depa, pro 10% pun dah cukup! campur deviden confirm 100%, lumayan! jangan plak suspen, yg tak pro Umno tu bukan ulama', depa tu erdogan! erdogan yg mendapat sokongan majoriti penyokong Pas. selagi pemimpin ulama' ni dikelilingi oleh badut2 besarban dr 'ganu yang dulu masih belum puas nikmat balak dulu tu, selagi itu la puak Umno rasa berahi pada puak ulama'ni.

aku sokong sangat usul depa supaya Husam tanding Presiden tu, 100% setuju, bukan pada usul Umno tapi pada usul haji Hadi, yg gentlement tu. tapi kena gentlement la suruh pengikut taksubnya spaya bertenang tak melalak melolong berhujah orang lain tak layak tak ulama' agar tak bertanding.. bukan Husam saja, Nik Abduh pun buleh, mustopa ali pun bulih asal jangan nusut bawah meja kalu penyokong tok guru dia ngamuk dah!! ini lah demokrasi Pas yg tulin yg membezakan dr UMNO.
takut apa pada ulama' kerja parti ni amanah rakyat, bukan rukun dalam agama sampai tak berani nak bertanding takut kena wala'..

kerja parti ini amanah penyokong pas, depa sokong sebab percaya Pas adalah parti yang baik, parti yang baik adakan pemilihan mencari pemimpin yang baik.. ulama' ke bukan ulama' ke bertanding dulu.. tak bertanding derhaka namanya kepada pengundi dan penyokong yang mengangkat kamu jadi pemimpin, jadi yb ADUN dan MP.. dah duduk atas takkan lupa pulak nak hormat makmun, tanpa makmun takde lah dema bulih jadi imam..
aku sah tak reda kalau tak tanding, mati esok wajib aku tuntut amanah aku pada mung.. ulama'pun ulama, dakwa tetap dakwa, surga aku tak jamin neraka anytime bulih pakat kongsi...

Anonymous said...

lambatnye pemilihan dalam muktamar ni. aku nak tengok sungguh2 siapa calon yang bakal dipilih.aku harap puak perosak dalam pas macam erdogen dan TB ni kecundang jer. hai lambat nye...

Anonymous said...

Promosi hebat "Calun Pilihan di Muktamar PAS 2009" yang disokong oleh TV1,2,3,...Utusan Mlysia, berita harian, sinar, tuu ..bole ke orang PAS jadi sumber rujukan?

Susah sikit nak caya .... selama ni ...tak cukup masa siaran tv /kolum paper UM,BH dok hentam tokoh2 PAS.

cadangan calun2 alternatif: ......

Majlis Syura Ulamak
Mursidul Am: TGNA
Timbalan Mursidul Am: TGHH


Presiden PAS: Ustz. Dr. Harun Din

Timbalan Presiden PAS: Ustz. Ahmad Awang

Naib Presiden:

Husan musa
Mohamad sabu
Nizar jamaluddin
Mahfuz omar
Salahuddin ayub

Ketua Dewan ulamak: Ustz Nasharuddin Mat Isa

Ketua Dewan Pemuda PAS: .....???
Ketua Dewan Muslimat PAS: ///??

Amacam? .... ada ngam ke?

Tulang Besi said...

Anonymous said...

lambatnye pemilihan dalam muktamar ni. aku nak tengok sungguh2 siapa calon yang bakal dipilih.aku harap puak perosak dalam pas macam erdogen dan TB ni kecundang jer. hai lambat nye...

May 7, 2009 4:16 PM
.

Aku dah mintak kawan aku kat Mekah doa depan kaabah mintak puak penjilat UMNO macam kau ni tuhan dedah dan hapuskan dari PAS

paroksi said...

hahaha, calon alternatif konon. deme nak hina puak ulamak ke tu.? dalam ramai2 tu tolak TGHA mana ada ulama' lain wei??
Deme nak tolak mane ulama' Harung Tayib, ulama' Mustopa Ali, al-iraqi, al-tantuli dan al-danburi..
jangan cari pasal wei, lain dari puak ulama ni erdogan belaka, kena hukum deme nanti..

Anonymous said...

Tulang besi,

I am not a Pas member but would like to give my personal view on the coming Pas elections. After yesterday's fracas in Perak, it is clear that Pas members should get rid of those candidates who wanted to have a joint government with UMNO. Pas is much better off with PR and realise a vision of a truly fair and just Malaysia for all Malaysians, consistent with the teachings of Islam.

Anonymous said...

Salam kepada semua, kematangan politik pemimpin Pas boleh menghalang parti itu drp dipermainkan. Percayalah, niat Umno dan Utusan tidak akan kesampaian, sebaliknya mereka yang kecundang awal, ini kerana pemimpin Pas dan ahlinya menyerahkan semua urusan kepada Allah semata-mata, bukan kpd mahkluk, ini tidak dilakukan parti lain. Perhatikanlah siapa yang kena. Detik itu makin dekat.TQ.

Anonymous said...

nampaknya saudara tulang besi yang teguh menyokong 'puak erdogan' terbukti benar. sekarang erdogan adalah nama harum merbak sejak mavi marmara. perasan atau tidak saudara tulang besi yang utusan malaysia/blog pro-umno/politikus umno tidak lagi menggunakan istilah 'kumpulan erdogan'?

malah, najib terpaksa menggunakan $600 juta http://bit.ly/gx8u91 (tidak diketahui samada RM atau USD)duit rakyat semata-mata mengidamkan keharuman erdogan berpacak keatas susuk tubuhnya.

sebelum mavi marmara

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1227&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm&arc=hive

selepas mavi marmara

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0707&pub=utusan_malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm&arc=hive

dulu diperlekehkan. kini dijulangkan.

sekadar pacal daif.

insidewinme said...

Hari ini kaum Muslimin berada dalam situasi di mana aturan-aturan kafir sedang diterapkan. Maka realitas tanah-tanah Muslim saat ini adalah sebagaimana Rasulullah Saw. di Makkah sebelum Negara Islam didirikan di Madinah. Oleh karena itu, dalam rangka bekerja untuk pendirian Negara Islam, kelompok ini perlu mengikuti contoh yang terbangun di dalam Sirah. Dalam memeriksa periode Mekkah, hingga pendirian Negara Islam di Madinah, kita melihat bahwa RasulAllah Saw. melalui beberapa tahap spesifik dan jelas dan mengerjakan beberapa aksi spesifik dalam tahap-tahap itu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.