Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, May 14, 2009

UMNO Sokong Kepimpinan Ulama PAS Untuk Menghalang Anwar Menguasai PAS?

Saya bercakap dengan seorang kawan UMNO saya. Beliau tahu pendirian saya dan apabila saya menaikkan beberapa isu sensitif masa kini, seperti UMNO/Najib lebih mementingkan politik dari rakyat, beliau hanya tersengih, tidak menjawab

Lantas beliau berkata janganlah kita bersengketa lagi. Kita sesama melayu dan Islam seharusnya kita berkerjasama untuk kepentingan Melayu dan Islam di Malaysia.

Saya tak komen, tapi yang dapat saya baca adalah UMNO sedang dalam kelemasan dan apa yang mereka lakukan sekarang ini kesemuanya salah dan merugikan mereka. Harapan UMNO sekarang ini hanyalah PAS menyertai Barisan Nasional untuk mengembalikan kekuatan asal mereka.

Saya ubah tajuk. Saya tanya mengapa UMNO sekarang secara terus terang menyokong kepimpinan ulama dalam PAS? Beliau menjawab, kepimpinan Ulama sahaja yang akan menghalang PAS dari dikuasai Anwar Ibrahim.

Lantas saya bertanya lagi, adakah dengan sokongan kepada pimpinan Ulama ini akan membuat UMNO pergi ke waris Ustaz Ibrahim Libya dan meminta maaf? Umno aqkan mengarahkan Utusan Malaysia dan semua akhbar milik UMNO untuk meminta maaf kepada keseluruhan ulama-ulama dalam PAS kerana fitnah dan nista yang telah mereka tabur sepanjang 40-50 tahun kebelakang ini terutamanya kepada Tok Guru Nik Aziz sebagai MB Kelantan?

Saya tambah lagi, adakah UMNO selepas ini akan membebaskan lebih 80 orang tahanan yang kebanyakan mereka ini adalah dari golongan ulama? Sedangkan penahanan mereka ini dahulunya adalah atas dasar kerjasama Malaysia-Amerika di dalam memerangi pengganas seperti ucapan Najib di Heritage Foundation?

Beliau tidak menjawab. Senyap sebentar perbincangan kami. Saya sambung kembali, saya nampak bahawa sokongan UMNO ini adalah sokongan yang membawa rebah kepada PAS.

Ia bukan bertujuan untuk melindungi PAS kerana UMNO telah berusaha 50 tahun untuk menghancurkan PAS. Ia bertujuan untuk melemahkan PAS dengan mengekalkan imej konservatif dan keras yang akan membantu UMNO menarik sokongan bukan Islam seperti dalam PRU 2004.

Dalam Pru 2004, undi Melayu terpecah 50-50 namun undi Cina dan India yang solid telah memenangkan UMNO dan BN dengan besar sekali.

Imej konservatif dan keras serta baran bagi PAS adalah penting bagi UMNO untuk mencerminkan kononnya UMNO ini adalah golongan sederhana dan orang Bukan Islam harus menolak PAS demin menaikkan golongan yang sederhana.

Juga, terdapa beberapa ulama dalam PAS yang jelas mahu menjalin hubungan rasmi dengan UMNO sehinggalah tercetusnya isu muzakarah/muqabalah/kerajaan perpaduan.

Saya tanya lagi pada kawan saya itu, kenapa UMNO benci sangat kepada Tok Guru Nik Aziz sehingga mendoakan kematian Tok Guru dengan cepat? Kenapa UMNO ijma mendoakan Tok Guru untuk mati cepat sedangkan TGNA adalah ulama tersohor dalam PAS?

Kesimpulannya, saudara/ri sekelian jangan percaya kepada UMNO walau sedikit pun. Mereka kata pasal perpaduan dan persepakatan Melayu tapi pada hakikatnya mereka mahu menyenyapkan rakyat Melayu dari mempersoalkan salah guna kuasa dan korupsi.

Mereka bercakap pasal Ketuanan Melayu tapi pada hakikatnya mereka mahu menggunakan alasan itu untuk mengkayakan Daim Zainuddin dan kroni2 UMNO dengan memberikan khazanah negara kepada mereka dan memanggilnya ”privatization”.

Mereka bercakap pasal Islam dan kepentingan Islam tapi di belakang mereka berpeluk dan bercium dengan tokeh judi dan arak.

Mereka tuduh Anwar agen Amerika tapi Najib sendiri mengaku bekerjasama dengan Amerika untuk menghapuskan Islam.

Ada kawan saya kata:

”Kalau ada orang UMNO kata Tuhan itu satu pun, kita jangan percaya. Bukan kerana cakap mereka itu salah tapi kerana mereka itu orang UMNO”

Setakat ini, ungkapan kawan saya ini masih terbukti benar.

Tulang Besi

16 comments:

TayadihMaysia said...

Iron bone,

UMNO tiba2 sokong ulama? memang ada udang balik mee...

Itulah yang menjadi masalahnya apabila ahli Pas ni mudah lupa sejarah...mudah lupa apa yang telah UMNO lakukan terhadap PAS dan pekembangan Islam di negara kita...mudah lupa bagaimana nasib sekolah agama rakyat zaman pemerintahan UMNo di Perak, Sglr...

Orang PAS juga terlalu kuat nasionalisme sehingga menggangap nasib bangsa akan tergadai jika PAS bekerjasama dengan bangsa lain...

poinnya di sini Islam ni untuk Melayu ke..untuk semua manusia...? tidak nampakkah perubahan yang kita peroleh sepanjang setahun lebih kerjasama yang terjalin dalam Pakatan?

mungkin kerakusan UMNO di Perak masih belum menyedarkan kita?

www.duniacacamarba.blogspot.com

Anonymous said...

kami orang cheras.. kami buah usrah.... naqib kami suatu hari tu ust zulkifli ahmad... orang pangil zul janggut....

dalam usrah tu ust zul cakap....ana doakan tok guru nik aziz cepat meninggal sebab dia banyak timbulkan fitnah dalam jemaah....

tersentak kami dibuatnya......

...rasa macam nak pelempang jer ustaz tu....

berat betul tarbiyyah pemuda di era tantawi ni... ....

Anonymous said...

berat betul tarbiyyah pemuda di era tantawi ni... ....


era tantawi tu apa, ust nasruddin hasan tantawi ke?..

Kalau beliau jadi pemuda pas dalam muktamar tu nanti tak tahu apa nak jadi kepada saf pemuda pas nanti.

ust nik abduh sibuk mengatakan pembantu- pembantu ayahandanya sesat, ulama mee celup, but kerja- kerja bodoh.

Tetapi dia tak tahu pula ada ustaz-ustaz (bukan ulama tersohor pun) dalam saf pemuda pas minta mendoakan ayahandanya mati cepat!

Ini bukan kerja bodoh lagi, INI KERJA JAHAT DAN BATIL!

Tinta Hitam said...

Ya .Sya setuju.UMNO sebenarnya selesa dgn imej orthodox PAS.Dia tak peduli berapa kuat PAS hendak bertakbir saban hari..Sebab semua tu tak memberi bekas pada UMNO.

Yg paling di takut bila PAS dah mula mengorak langkah kearah lebih professional dan voter friendlydan terserlah akhlaq dan peribadi Islamnya

Nizam Mahmud said...

Terkejut baca komen Annoymous dari Cheras.

Saya lihat dalam blog ini, kalau kritik Hj Hadi dikata derhaka pada Ulama.

Habis itu kalau doa Nik Aziz yang juga ulama itu mati cepat, dikira apa ah?

Kalau saya jadi Annoymous, tak payah fikir panjang, lagi Ostad cabuk nak hina ulama macam itu memang patut bagi makan pelempang.

Anonymous said...

Persepsi sekarang:
PAS = Islam untuk Melayu
PAS + UMNO = Islam untuk Melayu + Mamak
PAS + PKR + DAP = Pakatan Rakyat = Islam untuk semua

Ya, inilah persepsi di kalangan rakyat. Bila PAS masuk Pakatan, penerimaan falsalfah Islam begitu senang diterima oleh yang bukan Melayu. Tak adalah yang takut-takut lagi. Meraka ditakutkan selama 50 tahun oleh imej yang ditayang dalam televisyen dan akhbar-akhbar UMNO, yang menuduh orang Islam PAS extremist. Mereka buat fitnah pasal TGNA dan memburuk-burukkan Kelantan, sampai orang Cina takut sekali nak melancung ke Kelantan!! Jadi, orang Cina ni tak pernah rasa betapa mesranya orang Kelantan sebenarnya, dan tak pernah rasa enaknya ayam percik, better than KFC!

Jadi kita kena pikir betul betul apa tujuan UMNO ni. Kalau ikhlas, biarlah dia orang mintak maaf dengan semua ulama dulu, dan berilah perkongsian share dalam akhbar dan Media Prima 50% kepada PAS. Lepas tu, baru PAS boleh duduk semeja untuk bincang dengan mereka.

donplayplay

Nizam Mahmud said...

Nik Abduh oh Nik Abduh

Fraksi UMNO pegi doa ayah kau mati cepat, itu yang kau nak pergi sokong?

Ayah engkau yang cari rezeki halal besarkan engkau dari masa engkau tak berdaya. Diberi nya pelajaran secukup nya. Tapi musuh ayah engkau dalam PAS dah doa kan ayah mu itu mati cepat.

Lagi engkau nak sokong? Mana tulisan blog mengecam kerja-kerja sesat ini?

Anak derhaka apa engkau ini ah?

Anonymous said...

padanla di hulu langat pimpinan kaw dan pemuda memang ekstrim sebab sejak apr 08, ust zulkifli ahmad naqib usrah bulanan di pejabat pas hulu langat di kajang.kawan saya yg pernah hadir 7 bulan dulu ada sebut mengenai hal ini bila saya kat nak hadir juga, akhirnya dia pun tak pergi lagi.
mereka suruh kita benci pkr lebih dr umno.

Anonymous said...

You guys in PAS should be extremely careful with working with Najis Razak and those scum in UMNO.

They will do anything to survive. I think now they will try and infiltrate PAS.

When that fails, i predict Barisan Najis will go Plan B, a charm offensive to try and win back the non-Malay votes!

After PAS, it will be DAP and the chiense that has to be careful of what Barisan Najis does.

lan said...

masalahnya golongan2 pro umno ini yang saya nampak akan menang pada pemilihan di muktamar nanti baik AJK agung, pemuda, dewan ulama dan muslimat.

hangpa boleh lah kata apa sahaja sekarang ini. tapi mereka2 inilah yang akan menguasai dan memimpin PAS JUN nanti

Anonymous said...

Sebab UMNO sokong Ulama PAS senang aje - tak lain dan tak bukan oleh kerana beranggapan bahawa Ulama dalam PAS ini senang diperdayakan - mereka ni bukan cerdik sangat dari segi political dynamics dan tak mungkin mempunyai daya ketahanan, kekuatan dan minda strategik yang akan menjadi halangan besar kepada aspirasi UMNO untuk menguasai Negara secara total. Hanya Tuan Guru Nik Aziz aje yang UMNO segani - kerana beliau mempunyai pendirian yang tegas. Yang lain tu tak boleh harap - ulur aje jawatan sikit bertungkus lumus nak muzakarah lah, muqabalah lah dan lepas ini entah apa lagi balah-balah yang akan dikeluarkan.

Yong said...

Yong setuju bagi pelempang je orang yang mulut cabuk doa yang bukan2. Orang2 inilah yang sibuk nak tubuhkan Puteri PAS (lebih kurang macam Puteri UMNO). Tak tahu ape tujuannya. Mujurle Muslimat panjang akal tak mahu terima. Harap tak timbul lagi hal tubuh Puteri PAS ni. Yong kot nak cakap (perangai buruk ahli dan fraksi UMNO) memang bergantang2. Tapi takpelah. Yong sokong TGNA. Semoga beliau panjang umur dan dapat memimpin kami.

anak kedah said...

sapa ust zul ahmad tu ya ,aku tak pernah dengaq pulak,kalau la aku ada waktu tu,aku akan kata kat dia,lebeh baik hang pi makan babi lagi baguih,patut la ada orang kata ustaz tu la yang cakap,paih ni bukan dapat apa pon pakatan perentah selangoq,awat hang nak menatang apa?pelaq punya ustaz.tok guru nik aziz tu sianag malam mengadu ngan ALLah, hang jaga sikit mulut hang,hang tunggu la aku nak ikut sekali tang mana hang pi mengajaq,kalau kata depan aku,aku tak peduli sapa.ooo puak2 yang dok nak pi ngan umno hang sokong pulak no,hang pi masuk umno,jangan dok pakai macam ustaz sebab hang nak tipi oghang paih.

join PAS 4 all 08 said...

assalamualaikum;
ahhh kita tak payah la nak sibuk dan bising2 sangat sal pemilihan ni,kita serah jer lah pada perwakilan yang bijak bistari,hari tu,waktu minum2 kat jalan pahang ada la kawan2 yang tengah dok sembang2 terkeluar lah line up pemimpin2 yang bakal di pilh pada muktamar nanti lebeh kurang nama2 tu macam ni;
mursyidul am ust harun din
timb ust harun taib
pengerusi tetap ust md zin rahman
timb ust zulkepli ahmad
presiden ust hadi
timb ust nasa
naib ust azizan
ust hasyim jasin
ust bakar chik
ktua dwn ulamak ust daud iraq
ketua pmuda ust din tawi
ktua mslmt ustzh nuridah
s/u agong ust idris ahmad
bendahari ust ahmad yaacob
ktua pnrngn ust bakar dolah
ajk ust solehin mhyi
ust salleh ahmd
ust zul ahmad
ust nik amar
ust nik abduh
ust zainudin hsyim
ust zolqrnain perlis
ust rdwan md no
ust hasan shukri
ust subky latif
ust nik zawawi
ust hasan ali

pemeriksa kira2 ust ali cheras
ust md nor mohd

ada kawan tanya tukang line up tu takan semua nak ke ustaz semuanya, dengan bangga dia berkata mereka2 ini sajalah yang dapat diharap untuk menjaga PAS,kawan tu kata balik ,tak apa lah lepas ni kita jual jer lah bangunan jln raja laut tu ya.dengan marah dia kata awk kena faham,kepimpinan ulama adalah lebih penting dari segalanya,kawan tu terus mencelah ;nama yang di line up tu la yang dok sokong nak kerjasama ngan umno tu,dia jawab sebab tu la kita kena sokong mereka2 ini untuk membawa kepada penyatuan umat melayu,kawan tu malas nak terus cakap sambil bangun dia berkata terpulang lah kat anta ustaz,ustaz dah besar panjang dah,saya pun bermula hari ni saya pun tak mau lagi mengaji ngan ustaz bimbang2 saya juga terpengaruh nak menyokong ustaz dan umno,seperti mana ustaz pernah ajar hadis kurang lebih yang saya ingat:sabda nabi'ingatlah satu masa nanti ada golongan yang pakai,makan,minum,cakap dan kerja buat macam aku,tapi mereka itu mendusta akan aku,jika sekiranya kamu ikut mereka nescaya mereka akan menyesatkan kamu.
sambil bersalam dia terus berlalu, dan aku pun terus termangu dan terus terkedu.

yang tau sal NEP,s/b said...

sayang lah ya,aku pun tak sangka juga yang orang macam ustaz idris ahmad pun boleh sekongkol dengan,puak ni. mungkin atas semangat kepimpinan ulama kot,ialah seperti orang dah selalu sebut sekarang ni,kalau yang salah tu paderi maka paderi yang lain akan cuba menutup atau mempertahan kan nya walau pun buat salah,dulu dia lah juga yang dok beriya benar menghentam isu NEP sdn bhd, apa kah isu2 ada ustaz2 dan kawan2 ustaz pinjam duit harakah melalui NEP,sampai sekarang tak tau dah bayar atau belom,apa ustaz idris lupa ke semua nih,apa jadi ustaz,berjuta ringgit ngak tu?sebab tu lah yang mana terlibat dengan pinjaman wang tuh duduk diem la ni,mungkin kenang jasa cikgu pa yang luluskanya,minta2 prof stick,mi bong kena faham benda2 macam ni,jangan tiupkan kpimpinan ulama atau profesional,kalau betul,kenapa tak siasat,apakah kerana usaha menolong Parti dari sudut ekonomi di tuduh politik wang,kalau tolong ustaz sesak,lepaskan hutang berjuta walaupun peribadi tak apa sebab mereka ulama,kenapa kambing hitamkan dato hisham semata nak tutup kebodohan cikgu pa,kesian kat ahli2.Punya la cantek nak tunjuk ikhlas berjuang sebab nak kan jwtan sampai dah tak peduli
apa,apa niat mereka menimbulkan ulama patut mmimpin,semata kerana jawatan.

yang tau sal NEP,s/b said...

sayang lah ya,aku pun tak sangka juga yang orang macam ustaz idris ahmad pun boleh sekongkol dengan,puak ni. mungkin atas semangat kepimpinan ulama kot,ialah seperti orang dah selalu sebut sekarang ni,kalau yang salah tu paderi maka paderi yang lain akan cuba menutup atau mempertahan kan nya walau pun buat salah,dulu dia lah juga yang dok beriya benar menghentam isu NEP sdn bhd, apa kah isu2 ada ustaz2 dan kawan2 ustaz pinjam duit harakah melalui NEP,sampai sekarang tak tau dah bayar atau belom,apa ustaz idris lupa ke semua nih,apa jadi ustaz,berjuta ringgit ngak tu?sebab tu lah yang mana terlibat dengan pinjaman wang tuh duduk diem la ni,mungkin kenang jasa cikgu pa yang luluskanya,minta2 prof stick,mi bong kena faham benda2 macam ni,jangan tiupkan kpimpinan ulama atau profesional,kalau betul,kenapa tak siasat,apakah kerana usaha menolong Parti dari sudut ekonomi di tuduh politik wang,kalau tolong ustaz sesak,lepaskan hutang berjuta walaupun peribadi tak apa sebab mereka ulama,kenapa kambing hitamkan dato hisham semata nak tutup kebodohan cikgu pa,kesian kat ahli2.Punya la cantek nak tunjuk ikhlas berjuang sebab nak kan jwtan sampai dah tak peduli
apa,apa niat mereka menimbulkan ulama patut mmimpin,semata kerana jawatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.