Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, May 16, 2009

Utusan Malaysia Mula Berkempen Untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS

Nampaknya Utusan Malaysia telah menyatakan calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Melalui artikel mereka yang bertajuk ”Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan

Nampaknya Utusan Malaysia telah menyatakan calon idaman kalbu mereka untuk jawatan Timbalan Presiden PAS. Melalui artikel mereka yang bertajuk ”Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan”

Utusan Malaysia telah bersungguh-sungguh berkempen untuk calon idaman hati mereka.

Punyalah UTusan bersemangat berkempen sehinggakan mereka telah tersilap kira jumlah.

Mereka kata penyandang sekarang mendapat 60% pencalonan. Manakala Husam dan Abg Mat mendapat 20% masing2. Dan Ustaz Azizan akan mendapat 5%.

Kalau kita congak 60%+20%+20%+5% = 105%. Itu saya rasa tak masuk pencalonan untuk calon2 lain, misalnya Selayang telah mencalonkan Dr Harun Din.

Jadi tidak mungkin calon penyandang boleh mendapat pencalonan hampir dengan 60%. Tidak mungkin sama sekali. Namun oleh kerana Utusan Malaysia mahukan calon mereka memenangi pemilihan ini, maka jumlah ini diada-adakan.

Begitulah betapa bersemangatnya Utusan Malaysia mahu memenangkan calon mereka. Sehingga mereka tak sedar mereka melakukan kesilapan matematik yang begitu mudah. Ataupun, si Saifulizam Mohammad ini adalah produk dari generasi pelajar yang mempelajari Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Juga, dari maklumat ini, sesiapa yang mempunyai ilmu matematik akan membuat andaian bhawa pencalonan untuk penyandang jawatan ini adalah berhampiran 50%.

Punyalah bersemangat sokongan Utusan Malaysia kepada calon idaman kalbu mereka ini.

Utusan Malaysia juga berkempen lagi dengan berkata:

‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.

‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.”


Di sini jelaslah siapa yang disukai dan siapa yang dibenci oleh Utusan Malaysia. Suka = Penyangang jawatan sekarang. Tak Suka = Yang melawannya nanti.
Tak timbul soal penyokong Anwar atau tidak. Adakah ini juga bermakna bahawa mereka yang menantang kumpulan ”Erdogan” ini nanti adalah pro UMNO?
Dilihat dari tahap sokongan Utusan Malaysia, maka bolehlah disimpulkan bahawa perlawasan dalam pemilihan PAS nanti adalah antara kumpulan ”Erdogan” dan kumpulan ”Najiban”.

Tulang Besi


Nasharuddin Mat Isa terima 60% pencalonan

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 14 Mei - Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa mempunyai peluang yang amat cerah untuk mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti itu bulan depan apabila mendapat pencalonan hampir 60 peratus.
Sementara itu, calon saingannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu masing-masing menerima 20 peratus pencalonan dan Datuk Seri Azizan Abdul Razak (kurang 5 peratus).
Menurut sumber, hasil pencalonan yang diperoleh Nasharuddin jelas menunjukkan sebahagian besar perwakilan mahu Pas diterajui oleh kepimpinan ulama.
‘‘Seperti mana yang dijangka kebanyakan kawasan yang membuat pencalonan tidak akan terkeluar daripada tradisi kepimpinan yang diamalkan Pas sejak 1982 iaitu kepimpinan berasaskan ulama.
‘‘Berdasarkan keputusan yang dibuat ketika muktamar pada tahun tersebut, Pas telah membuat ketetapan bahawa jawatan nombor satu dan nombor dua parti adalah di kalangan ulama,’’ kata sumber itu di sini hari ini.
Semalam dalam satu sidang akhbar di Kuala Terengganu, Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan, Datuk Mustafa Ali mengumumkan kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal sebagai Presiden parti selepas memperoleh 129 pencalonan.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula tidak layak bertanding bagi jawatan itu pada muktamar tahunan Jun ini apabila gagal mendapat dua pencalonan.
Bagaimanapun bagi jawatan tertinggi seperti Timbalan Presiden, Naib pPresiden serta Ahli Jawatankuasa Pusat, Mustafa tidak memberi maklumat secara terperinci dan hanya sekadar memberitahu berlaku saingan sengit pada semua jawatan tersebut.
Dalam pada itu sumber itu berkata, kegagalan Husam menguasai pencalonan bagi jawatan timbalan presiden merupakan petanda awal yang kebanyakan perwakilan menolak kepimpinannya.
Sumber itu berkata, perwakilan telah memberi mesej awal yang mereka tidak mahu Pas diterajui oleh kumpulan lain selain daripada ulama.
‘‘Dengan kata lain mereka tidak mahu puak Erdogan iaitu sekumpulan pemimpin Pas yang mempunyai hubungan rapat dengan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui parti.
‘‘Tidak dinafikan Husam kelihatan bersungguh-sungguh untuk merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi malangnya hanya sebahagian kecil kawasan sahaja yang mencalonkan beliau,’’ kata sumber itu lagi.
Dalam pada itu sumber tersebut berkata, jumlah pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden itu diperolehi daripada kira-kira 130 kawasan yang berjaya menghantar pencalonan mengikut masa ditetapkan.




63 comments:

M.H.A Hamzah said...

Apa yg depa nak,adalah kumpulan ortodoks,yg depa boleh manipulasi spt mn kisah kafir-mengkafir dan amanat hj hadi.bg mrk ulama itulah ortodoks.
Apa yg umno kisah ttg islam?umno cuma kisah sokongan bukan islam pd parti islam,bermakna umno sudah tak bermakna lg.BN sudah hampir tenggelam krn tgn cina dan india yg memegang mrk sudah dilepaskan satu per satu bermula 8 mac 2008.

Keling Melayu said...

Salam,
Kepada semua sahabat di Perak harap berhati-hati.Difahamkan sultan akan perkenan pembubaran Dun Perak. DAP sedang meancang untuk meletakkan calon melayu disana, ini untuk mendapat kerusi MB.kalau boleh suruh kawan kawan spt husam musa, syde Azman, khalid samad atau yg sewaktu dengannya segera berbincang dengan DS Anwar Ibrahim....Agak payah berlaku tapi tak mustahil.

Tulang Besi said...

Apa yg depa nak,adalah kumpulan ortodoks,yg depa boleh manipulasi spt mn kisah kafir-mengkafir dan amanat hj hadi.bg mrk ulama itulah ortodoks.
Apa yg umno kisah ttg islam?umno cuma kisah sokongan bukan islam pd parti islam,bermakna umno sudah tak bermakna lg.BN sudah hampir tenggelam krn tgn cina dan india yg memegang mrk sudah dilepaskan satu per satu bermula 8 mac 2008.

May 16, 2009 11:29 AM
Delete
Anonymous Keling Melayu said...

Salam,
Kepada semua sahabat di Perak harap berhati-hati.Difahamkan sultan akan perkenan pembubaran Dun Perak. DAP sedang meancang untuk meletakkan calon melayu disana, ini untuk mendapat kerusi MB.kalau boleh suruh kawan kawan spt husam musa, syde Azman, khalid samad atau yg sewaktu dengannya segera berbincang dengan DS Anwar Ibrahim....Agak payah berlaku tapi tak mustahil.<
.

Rasanya YB Nizar kekal MB kerana rakyat Perak tidak akan menyokong org lain.

KAlau DAP letak calon melayu pun, tiada jaminan yang org Melayu boleh terima.

Tapi YB Nizar diterima Melayu, Cina dan India.

jadi, puak2 UMNO, berenti lah membohong dalam blog ni

Keling melayu said...

Salam,
Bukan soal Rakyat terima YB Nizar, tetapi DAP 18 Kerusi, Istana yang melantiknya.Saya hanya membuat peringatan berdasarkan sok sek soksek di Perak.Saya pohon maaf dengan pandangan saya kiranya tidak dipersetujui...apa pun perlu berhati-hati dan jangan buang terus pandangan saya.Umno memang jahat lagi memburukkan.

Tulang Besi said...

soksek di Perak tu adalah kempen bisik UMNO untuk meragukan orang Melayu kepada Pakatan Rakyat

lan said...

Saya rasa PKR, DAP boleh terima dan sepakat Nizar jadi MB. Apa susah hati. Yang penting PAS kena bagi menang banyak kerusi lagi.

Biarlah DAP nak letak calon melayu pun. lagi bagus.
Apa yang paling mustahak PAS dan PKR kena menang di kerusi2 yang UMNO menang supaya kekuatan melayu islam bertambah kuat dlm PR. Kuatkan jentera di kawasan2 itu.

jangan bagi peluang UMNO untuk menganggu gugat perpaduan dalam PAS dan PR

aHMAD aLBAB said...

Saya Nak ulama' memimpin saya kerana mereka ini dapat mengusai Al-Quraan dan Hadith, sebab itu lah panduan hidup bagi kita orang Islam, semasa di Padang Masyar juga kita akan cari siapa guru kita, siapa pemimpin kita.
Apa cara sekalipun, apa hujah sekali pun, ulama' pewaris nabi, walaupun tak maksum tapi tetap pewaris nabi.Jangan hina ulam'.Kalau kita hina ulama' kita juga sama mcm umno yang meminggirkan ulama'.
Islam dan ulama' adalam sekali.Tanpa Ulama' siapa yang nak tafsirkan Islam ini, Rasulullah sudah lama wafat, ulama' lah yang membawa kita menuju Ke Redhaan Allah.Ulama' ada ilmu, ulama' boleh mengusai Alquraan dan Hadith, Sementara Profesional adalah pembantu kepada ulama'.Peranan profesional pula tidak boleh dinafikan, gabungan jalin ini lah yang membuat kita berada ditahp ini.Kita sangat hebat .Kalau ulama' sja pun tak menjadi, kalau profesiaonal juga pun tak menjadi kerana tiada yang akan memandu .Oleh itu kita gabungkan kedua-duanya.Dengan Presiden dan Timbalan adalah ulama' dan mereka berdua ini dikelilingi oleh profesional yang menjadi pelengkap kearah Jamaah yang lebih mantap.
Soalan untuk mr.TB, balik tak muktamar nanti? Slam perjuangan untuk TB Di Perantuan.Fikir2lAH

Tulang Besi said...

Apa cara sekalipun, apa hujah sekali pun, ulama' pewaris nabi, walaupun tak maksum tapi tetap pewaris nabi.Jangan hina ulam'.Kalau kita hina ulama' kita juga sama mcm umno yang meminggirkan ulama'..

Kenapa sekarang ni UMNO sokong kepimpinan ulama?

keling melayu said...

TB, Maaf ana nak sebut sosek soksek itu datang dari pejabat DAP. Yang umno tu umno lah yang dari Pejabat DAP sangat jelas dan nyata...Maafkan saya
-Tolong jgn buang terus pandangan ini-

Ahmad Albab said...

TB, umno manalah nak sokong Ulama' . itu semua adalah provokasi umno.Kalau kita cerdik kita tak akan termakan provokasi.TB seorang yang cerdik kan...kan...kan????

Tulang Besi said...

Anonymous Ahmad Albab said...

TB, umno manalah nak sokong Ulama' . itu semua adalah provokasi umno.Kalau kita cerdik kita tak akan termakan provokasi.TB seorang yang cerdik kan...kan...kan????

May 16, 2009 2:40 PM
.

Ataupun sebab kepimpinan ulama skrg ini menguntungkan UMNO?

Tulang Besi said...

Saya rasa perkara ni tidak datang dari pejabat DAP kerana mereka tahu Sultan tidak akan berkenan calon MB dari DAP.

penawarrindu said...

Orang yang cerdik tidak mungkin mempercayai dengan provokasi umno untuk memecahkan PAS.Sejak bila pula Umno untung dengan pimpinan sekarang, pimpinan yang ini lah dari Presiden hingga Ajk Cawangan lah yang membuat umno hilang akal macam lipas kena spray Fumakilla.

Capayam said...

Perlembagaan Perak mensyaratkan hanya melayu Islam yang boleh jadi MB.Bukanya dari umno atau PAS.

cucu jebat said...

puak2 ni memang takut kalau husam naik jadi tp, punah ranah lah projek nak kerjasama ngan umno,memang respect la kat husam sebab berjaya menggagalkan usha pas/umno,ini memberikan harapan kepada orang bukan Islam untuk terus menyokong Pas dan memahami Islam melalui pakatan rakyat.Tak apa la husam samada anda berjaya atau tidak untuk jawatan tp kami ahli bawah tetap bersama anda,kerana anda telah bersikap seperti Almarhom ust Amaluddin Darus yang telah memberi peringatan tentang bahayanya kerjasama ngan umno waktu dulu,yang mana sangkaan Almarhom benar belaka apabila Pas bukan sahaja ditendang dari perikatan bahkan memakan masa yang lama untuk pulih.Pada mereka yang mengambil penasihat luar dengan mengadu domba Pas,tolong check la sikit,orang yang dok sampaikan maklumat tentang buruk anwar dan dap kat presiden tu(bekas tentera pencen)sembahyang atau tidak?

amoker said...

HI. I am chinesea and you can link me to being a DAP or MCA person. Just want to comment on the ura ura that DAP will take back the MBship by having a Malay candidate. Looking at DAP, they are still consistent on competency. Nizar has shown that he is an able and respected MB and personally. I doubt that there are other candidates so have a bit more faith 'in your own people'. ( i just tak tahan when we loo at kulit. If the person does a good job, he/she stays in the job)
-dun get carried away by UMNO propoganda.

amoker said...

and we learn from fairuz episode that one cannot just be of the right skin and be a bidan terjun. If indeed it is from DAP, just drop a note to Kit siang or Tony puah etc. to verify. This day, very easy to connect.

Anonymous said...

Berharap benar kalau PAS dapat membawa masuk dalam saf pimpinan mengganti gulongan professional, ulamak-ulamak besar negara seperti:

Alfadil Dr Yusof Nor el-FELDA
Dr Hamid Othman el-Tabung
Dr Uthman Muhammadi el-IKIM
Dr Mashitah elRTM
Dr(?) Firdaus el-Masjid Negara

Dengan pimpinan ulamak baru maka selamatlah Islam dan sejahteralah Malaysia adanya..

mat said...

Saya berdoa semoga seorang yang lebih berwibawa akan memegang jawatan Timbalan Presiden PAS. Kita tak mahu lihat Pak Angguk, Pak Turut atau Pak Ikut. Samaada beliau Ulama atau tidak bukan menjadi ukuran. Yang penting beliau mesti jujur terhadap perjuangan dan bukan seorang yang boleh duduk dalam gelap sekelambu dengan musuh perjuangan.

Anonymous said...

hang jangan buat en. sms marah pulak!!!

Nizam Mahmud said...

Salam,
Kepada semua sahabat di Perak harap berhati-hati.Difahamkan sultan akan perkenan pembubaran Dun Perak. DAP sedang meancang untuk meletakkan calon melayu disana, ini untuk mendapat kerusi MB
------

Saya jawab. DAP ada 18 kerusi, apakah ini sudah majoriti dari DUN Perak?

Hakikat nya adalah semasa pilihanraya yang lepas, tiga-tiga parti PR tidak dapat mencapai persetujuan siapa yang menjadi MB.

Jadi beberapa nama sudah diserahkan kepada Sultan dan akhirnya Sultan berkenan untuk melantik Nizar.

Sultan boleh, kalau dia mahu untuk melantik calon dari DAP sebab Sultan mempunyai kuasa untuk membuat pengecualian.

Walaupun DAP letak calon Melayu sekalipun, jika PKR dan PAS tidak bersetuju calon tersebut, maka DAP masih tidak dapat tubuhkan kerajaan. Proses yang sama akan diulangi, beberapa nama akan dicadangkan kepada Sultan dan Sultan akan pilih. Persetujuan nya adalah siapa yang dipilih itu akan dapat persetujuan dari semua parti PR.

Tetapi melihat suasana sekarang, setelah pujian melangit diberikan kepada Nizar oleh DAP, jika DAP tiba-tiba saja mengemukakan calon lain tanpa sebab-sebab yang kukuh, maka habis lah imej DAP.

Tidak ada alasan bagi DAP untuk tidak bersetuju dengan Nizar sebab Nizar sendiri diakui oleh DAP sudah menjalankan amanah sebagai MB dengan baik.

DAP bukannya bodoh. Jika mereka kemukakan calon yang lain sebagai MB, habis lah slogan meritokrasi yang dilaungkan selama ini. Orang Cina pun tidak akan mempercayai DAP lagi. Parti-parti seperti Gerakan, MCA akan menggunakan peluang ini untuk membalun habis DAP.

Oleh itu, saya tolak pendapat ini. Tidak ada asas langsung

Nizam Mahmud said...

Saya nak berbaik sangka kali ini.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Nasarudin Mat Isa kerana mendapat sokongan penuh dari Utusan Malaysia.

Nik Aziz pun tak dapat sokongan dari Utusan.

Anonymous said...

oh, utusan sokong nasaruddin mat isa? nik aziz pulak tak disokongnya. hebat benar nasaruddin ni... saya tak tahu nak kata apa. pendek kata saya kata macamni lah,

utusan sokong najib
utusan sokong nasaruddin

saya tak sokong utusan
maka dua2 saya tak sokong.

Anonymous said...

wei Tulang Babi dan yg sengakatan dgnnya....mcm mana korang melalak pon takleh nak nafi majoriti ahli PAS masih berdiri teguh mempertahankan kepimpinan ulama dan tak akan terpedaya dgn point bodoh yang korang mainkan.
Yang pentingnya minta simpang jawatan Timbalan di pegang oleh Husam Musa yang suka bermain politik wang dan suka menghasut Tok Guru Nik Aziz ATAUPUN Matsabu yang berfahaman Syiah dan yng suka mencarut dan berkhalwat

Anonymous said...

nak tau tembelang si Husam yang kemaruk kuasa tu...silalah layari blog MSO terbaru:

http://diarymaya.wordpress.com/

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

wei Tulang Babi dan yg sengakatan dgnnya....mcm mana korang melalak pon takleh nak nafi majoriti ahli PAS masih berdiri teguh mempertahankan kepimpinan ulama dan tak akan terpedaya dgn point bodoh yang korang mainkan.
Yang pentingnya minta simpang jawatan Timbalan di pegang oleh Husam Musa yang suka bermain politik wang dan suka menghasut Tok Guru Nik Aziz ATAUPUN Matsabu yang berfahaman Syiah dan yng suka mencarut dan berkhalwat
.

Tak, yang saya hairan kenapa kepimpinan ulama mendapat sokongan dari UMNO.

Lagi pun, kalau Husam Musa jadi Timbalan Presiden, kepimpinan ulama masih wujud.

Kepimpinan ulama bererti wujud Majlis Syura.

Jadi, apa masaalahnya?

Wak On The Roof - WOTR said...

Salam

Pak Rahman a.k.a Tulang Besi

Berdasarkan prestasi 'Guru' Nasaruddin Mat Isa :-

Dia tidak berjaya menguruskan pentadbiran parti dengan baik & terjebak dalam strategi yg tidak menguntungkan PAS & Pakatan Rakyat

Contoh 1 Cukuplah :-
Isu Muqabalah = Dari segi strategi.
Walaupun PAS mempunyai perlembagaan dalam melakukan gerak tugas tapi dia jangan lupa PAS Jemaah Islam dlm erti kata mendaulatkan ISLAM, dalam merangka strategi '2 kepala' tak cukup untuk sesuatu keputusan yang penting pada ketika itu.

Bayangkan Ahli Jawatankuasa Dewan Harian PAS Pusat tak tau dengan Isu tersebut & terpaksa mohon maaf. WOTR maksudkan dar sudut pentadbiran.

Pasai " 2 kepala " - Pada zaman Rasullah SAW didalam Peperangan Khandaq PON bincang
' 3 Orang = Rasulullah SAW,Saad Bin Muaaz & Saad Bin Ubadah '
Rujuk Buku Sirah Tok Guru Nik Aziz, Tajuk : Rasulullah SAW , Insan Teladan Sepanjang Zaman. m/s 2 & 3 ( Buku Warna Hitam )

Kalau dalam bab Ulasan yang di timbulkan Oleh Utusan malaysia ini.
" Cakap tarak serupa bikin, satu masa suruh boikot, satu ketika pegang mic. "
Takut jd 'guru' ini alat untuk menghuru-harakan dari dalam.
Psywar BN nie di mana-mana tapi ejen yg terhebat Utusan Malaysialah tanpa kesampingkan Akhbar milik BN yang lain dipasaran.

Tapi depa suka kata " aku 'guru' tau la....

Guru = Ustaz ?


Betulkan Kalau Saya Salah.

Panas Hati said...

sila baca :
http://percayaker.blogspot.com/

Anonymous said...

Orang PAS memang kenal dan faham sangat dengan Utusan Malaysia.Perwakilan keMuktamar PAS biasanya dipilih olih Kawasan untuk menghadiri Muktamar,bukan perwakilan sembarangan.Kalau Utusan dah beria-ia sangat melobi Nasaruddin Mat Isa,faham-faham sajalah.Akhbar milik UMNO ni bijak memilih tokoh ulamak PAS untuk disokong lantaran ada kira-kira.Yang peliknya macammana utusan ni bolih dapat angka 60%?Tak munkin utusan perolihi dari Mustafa Ali sebab Mustafa Ali sahaja yang tahu angka-angka ni.Ini bermakna sudah ada "kebocoran".Kalau ditanya pulak:bagaimana Mustafa Ali dilantik jadi Pengerusi Pemilihan Jawatan-jawatan Muktamar? Sudah tentu kena tanya pula Presiden. Bak kata orang Pulau Pinang:Pi Mai,Pi Mai,Tang tu jugak.

Mamaqa Mark said...

Salam,

Dalam sidang media yang sama, Mustafa turut menegur laporan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita yang menyatakan Nasarudin Mat Isa
mendapat 60 peratus pencalonan.

"Dapat mana ni?... Saya pun dihubungi oleh banyak pihak termasuk pemimpin PAS, apakah jawatankuasa ini dah dedahkan dia punya (pencalonan)... jadi integriti saya tu tak berapa baguslah.

"Kita tak pernah dedah siapa yang dapat banyak pencalonan. Tidak pernah.

"Berita itu tak betul. Tak pernah daripada jawatankuasa ini menyiarkan siapa yang dapat berapa peratus calon atau berapa banyak pencalonan."(Cuma) yang kita beritahu dekat calon sendiri, berapa pencalonan yang dia dapat. Kita beritahu," kata Mustafa.

Satu lagi Projek Utusan Meloya.

CUCU JEBAT said...

Kita sedang menyusuri hari2 penoh cabaran dan dugaan dalam perjuangan berliku yang memerlukan pemimpin yang benar benar pakar dan strategies dalam mencatur kehendak rakyat untuk memahami perjuangan PAS bahkan ISLAM itu sendiri.Amat pelik sekali disaat kita hampir untuk menuai hasil perjuangan ini kita seolah olah hilang kepada tumpuan sebenar untuk memimpin masyarakat kepada kehidupan yang lebih baik.Berlakunya kejadian seperti pertemuan sulit antara setengah pemimpin PAS dan umno secara sulit telah menimbulkan persoalan bukan hanya di kalangan ahli bahkan di kalangan kelab penyokong yang benar2 mahukan perubahan.Ada sebahagian ahli kelab penyokong menimbulkan persoalan,kenapakah harus ada hubungan PAS / umno,sedangkan mereka merasakan apabila umno sudah tidak boleh di percayai lagi untuk membela kehidupan semua rakyat di negara ini.Mereka tidak segan lagi membawa sepanduk bahkan perkataan PAS 4 ALL tertera di baju2 dan kenderaan mereka.Dan apabila ditambah lagi dengan polemik ulamak/profesional,siapa yang harus memimpin PAS ,mereka melihat ini suatu yang kurang baik untuk di bahaskan,Sepatutnya yang layak memimpin adalah yang terbaik dan bertaqwa dikalangan kita bukan ulama atau pro,Ulama kah atau bertaqwakah kita jika kita sanggup menuduh orang atas syak wasangka kita?Perbuatan ketua dewan ulama menuduh berlakunya politik wang adalah tuduhan liar yang sudah menjadi macam tohmahan utusan malaysia kepada pemimpin pembangkang yang jelas tidak pernah dapat di buktikan.Apa sebenarnya agenda md daud iraqi menuduh sedemikian?Perangai seoang ulama kah seperti ini?Dan amat tepat sekali sekiranya orang menganggap bahawa seminar kepimpinan ulama yang akan diadakan beberapa hari menjelang muktamar mempunyai hasrat yang sudah pun tersurat!Tergugat sangatkah ulama dalam PAS sehingga terpaksa membuat programe seperti itu?Seolah muktamar sebelum muktamar!Kenapa sebelum ini tidak pernah terfikir di fikiran mereka untuk melakukan nya?Sudah pasti utusan malaysia akan memberikan liputan luas untuk memenangkan calun idaman mereka yang lebih mudah dijadikan jambatan.Apa pun marilah kita mengingati pesanan Almarhum ustaz FADZIL NOOR yang pernah mengingatkan,"memang menjadi benda yang pelik apabila musuh memuji dan menyetujui kita" marilah kita menjauhi suara utusan malaysia,utusan umno!Hancur utusan,hancur umno,HIDUP PAS,HIDUP ISLAM,ALLAHUAKBAR,PAS FOR ALL, moga2 ALLAH memberikan kita jalan terbaik untuk menghindari agenda umno.

brahim kucing batu said...

HALLO MAMAKA MARK! LU KENAL KA SAPA ITU MUSTFA ALI,MANA DIA PERNAH MENGAKU,KALU DIA MEMANG BUAT PUN.KAN GANG2 NI MANA ADA MENGAKU WAKTU JUMPA SAMA UMNO DALAM GELAP DULU,SEHINGGALAH PAK LAH YANG MENGAKU MEMANG KITA ADA JUMPA SAMA PAS,lepas tu cakap kata syura dah izin..........?!sendiri mau faham la.

Anonymous said...

Biasa lah tu editor Utusan ni..... kebanyakannya tak lulus matematik. Jadi bab kira mengira ni lemah amat.
Contohnya jika ceramah PR ada dua puluh ribu yang hadzir , dia orang kira dapat cuma dua ribu sahaja. Itu pun kira Ok jua , kekadangnya mereka kira tinggal dua ratus orang saja yang hadzir.

Ini kerana masalah matematik dalam BI la. Bukan salah mereka pun . kita perlu simpati dengan ketidakadilan yang menimpa editor Utusan ni. Kesian tau.

TUNJANG NAT said...

ALAHAI MD DAUD IRAQI,TAK LA ORANG KENAL SANGAT SEBELOMNYA SIAPA MAMAT NIH?SEHINGGALAH GANG2 DIA DINTAWI,ABDUH,ROSLAN SMS DAN MEREKA2 YANG SEWAKTU DENGANYA DAH MCM JADI KAWAN NGAN UTUSAN MALAYSIA YANG SATU WAKTU DULU PERNAH MENUDUH PRESIDEN PAS NABI FADZIL DAN NABI HADI DAN KALAH DI MAHKAMAH DENGAN TUDUHAN ITU,DAN APABILA UST FADZIL/HADI SAMAN DAN MENANG KES.SEJAK BILA PULAK UTUSAN DAH JADI MACAM LIDAH RASMI DEWAN ULAMA,HARI NI MAHATHIR KUTY TELAH MENGAMBIL KESEMPATAN MEMFITNAH PAS HASIL DARI MAKLUMAT BODOH MD DAUD IRAQ.MCMANA LAH ULAMA NAK TRUS MEMIMPIN KALAU TAK TAU LANGSUNG CARA NAK MENYELAMATKAN MARUAH PARTI,KITA TAK KISAH KALAU BENDA YANG DIA NAK CAKAP DENGAN NAS DAN BUKTI YANG JELAS,KITA BUKAN NYA NAK MENYOKONG KALAU BENDA SALAH TETAP SALAH YANG BENAR TU BENAR LA.

Org PAS Kedah said...

Encik Abdul Rahman

Harap maklomkan dlm blog Saudara bahawa hari ini kami menantikan keputusan Ustaz Azizan sama ada bertanding Timbalan Presiden atau tidak.

Keputusan itu kami dimaklomkan akan Ustaz Azizan buat selepas kedatangan Ustaz Harun Taib berjumpa beliau. Hari ini Ustaz Harun Taib kami dimaklumkan akan cuba memujok Ustaz Azizan supaya jangan bertanding supaya undi penyokong Ustaz Nasarudin tidak berpecah.

Jikalau Ustaz Azizan pun bertanding sama, undi calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa boleh berpecah dan kemungkinan orang lain akan menang. Sebab itulah mereka berkerja kuat meminta Ustaz Azizan jangan bertanding.

Sebelum ini Ustaz Harun Din telah berjumpa dengan Ustaz Azizan. Oleh kerana mereka berkawan lama kerana dulu mereka sama2 mengajar di UKM, stratiji mereka supaya Ustaz Harun Din dapat pujuk Ustaz Azizan. Mungkinlah juga tiada berjaya akan Ustaz Harun Din memujok Ustaz Azizan maka disuroh pula Ustaz Harun Taib memujok Ustaz Azizan.

Ustaz Harun Din kini berkerja sangat kuat untok memastikan kemenangan calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa. Beliau telah berkata kpd orang bahawa Seminar Kepimpinan Ulama mesti digunakan untuk pastikan kemenangan calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa. Beliau juga menyebarkan cerita yang menudoh Husam itu terlibat politik wang.

Saya mendapat tahu dari sahabat di Kelantan bahawa Husam kini sedang mencari Ustaz Harun Din untok meminta bukti dia politik wang. Husam beritau kawannya kalau ada bukti dia politik wang mestilah dia dihukum. Sahabat itu kata Husam kata "nak buat apa kasihan kat ana kalau ana politik wang. AJK Disiplin mesti ambil tindakan kepada ana".

Dalam pertemuan dengan Perhubongan PAS Kelantan, Ustaz Harun Din nak cakap lagi kerana dia nampak tak puas hati penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bab kepimpinan ulama tetapi tiada dibenarkan oleh Pengerusi pertemuan itu iaitu abang kepada Ustaz Nasarudin Daud speker Dun Kelantan.

Ustaz Harun Taib pula berkata dia tahu Ustaz Nasarudin lemah sebab itulah tahun 2007 dia lawan Ustaz Nasarudin yg pada masa itu Ustaz Azizan pun kuat kempen untok Ustaz Harun Taib. Tapi untok muktamar akan datang Ustaz Harun Taib kata mesti pilih Ustaz Nasarudin walaupun Ustaz Nasarudin lemah. Tiadakah dia tahu pemimpin lemah akan menjadikian parti lemah, menjadikian parti lemah akan melakukan zalim kpd parti. Adakah dia tolong kawan dia kini Ustaz Nasarudin yang Umno pun suka untuk zalimi parti. Saya pernah dengar Tok Guru cerita fasal hadis bahawa kalau kita tolong kawan sendiri buat zalim sebab dia kawan kita adalah asobiah.

Kita mesti selamatkan Pas dari asobiah! Dan tolong cerita dalam blog Saudara merbahaya ini!

Pejuang Bangsa said...

dulu masa pemilihan UMNO pun ,Harakah dan Siasah pun dok kalut ulas..haha

tak payah la dok tuduh2 menuduh ..hanpa pun sama shj

Tulang Besi said...

Pejuang Bangsa,

ulas takpa. Ni Utusan Malaysia pegi sokong 100%

Anonymous said...

UMNO,macam pemain bola Itali,semunya pelakon pelakon handalan.No1,UMNO sebenarnya pariah par excellence,tapi utk menyembunyikan kepariahan mereka tu,mereka supportlah kumpulan ulama(2).Prinsip ketuanan melayu islam jugak diminati oleh sestengah ulama cum pempimpin dlm PAS,jadi UMNO,jagoh pariah bodoh semestinya kasi support sama kumpulan "hidup ketuanan islam melayu" dlm PAS.

Anonymous said...

Madey Pariah Kutty cakap PAS dipimpim oleh kambing,dan Madey sekarang control balik UMNO.Jadi,propoganda Utusan hanyalah utk memecah belahkan PAS.

Anonymous said...

"Kalau kita congak 60%+20%+20%+5% = 105%."
Itulah dia..masa kicik kicik asyik dok hidu taik lembu,ponteng sekolah,koyak buku matematik utk gulung ganja..kahkahkah..maka confirmlah,puak pariah punya hotak sekarang ada serangga yg buzz 24 jam..mampuih!!..kahkahkah

Anonymous said...

Baca betul buetul statement Doctor Mangele of Malysia aka Madey Malbari Pariah Kutty..

Umno-Pas merger like a cat-goat crossbreed, says Dr M
Thursday, 31 July 2008 05:37pm
©The Malaysian Insider (Used by permission)
by Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, July 31 – Umno will not able to rule this country with only Pas as its partner, Tun Dr Mahathir Mohamad said today, adding that a merger is akin to a cat and goat crossbreed.

"Umno must not forget its partners MCA, MIC and Gerakan although they are only a shadow of their former selves. Tunku Abdul Rahman once said that if MCA only has three members, he will still stand by them," the outspoken former prime minister told reporters at his 86th floor office in the Petronas Twin Towers.

"So any negotiation must involve their partners as well. Sabah and Sarawak feel they deserve better treatment. And if there is any goodies being given to Pas, they wouldn't like that," said the retired politician.

For him, the current talk between his former party and Pas is a very strange thing.

"Of course, Datuk Seri Abdullah (Ahmad Badawi) would like to achieve his two-thirds majority and he can get it if Pas joins Barisan Nasional. Pas on the other hand is not very happy with being the smallest party in the opposition where the biggest say goes to PKR (Parti Keadilan Rakyat)," said Dr Mahathir, a trenchant Abdullah critic who quit Umno last May in order to force his successor to quit.

But to merge the two parties, he said, ”It is like crossbreeding a cat and a kambing (goat). We know that it is now a science but it is a difficult science and we have not been able to make such a clone yet."

"I would like to see how Pas gives up hudud law (Islamic criminal law) and Umno embraces it," he mused.

The former prime minister felt that first and foremost, Pas ought to come up with a distinct stand as its leaders seemed to be confused and kept changing their mind.

Dr Mahathir was speaking to the press on behalf of the Perdana Global Peace organisation who are protesting former British prime minister Tony Blair's visit to Malaysia. "It is sad that we should play host to a war criminal," he said, adding that he was disgusted that Blair had been invited to speak on the rule of law, good governance and human rights.

With him was his wife Tun Dr Siti Hasmah and son Datuk Mukhriz Mahathir.

Earlier today Dr Mahathir had written in his blog that Singapore was only claiming the waters surrounding Pedra Blanca as theirs because the present government has always been ready to entertain any claim by the island-state "no matter how ridiculous it may be."

"Thus the Malaysian government has agreed that it has no right to touch the Causeway even on its side of the Strait of Tebrau unless it obtains the permission of the Singapore government," he wrote.

He added that even though Foreign Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim had reacted against Singapore's claim, there was no guarantee that Abdullah would not reverse the stand.

"We have seen this before. When the deputy prime minister (Datuk Seri Najib Razak) said publicly that we would go ahead with the scenic bridge, he was made to look silly a few days later when the prime minister said we will not build the bridge at all, neither straight nor crooked."

Anonymous said...

hahahahahaha..aku betul2 kesian kat Tulang Babi dan kawan-kawan dia yang desperate kat sini bila ahli-ahli PAS masih memilih untuk mempertahankan kepimpinan ulama.
kesiann....
aku lagi kesian kat Anwar AlJuburi yang gagal dgn usahanya nak kontrol PAS melalui Husam Musa (bapa politik wang PAS)dan geng erdogannya.
kesian......
aku lagi kesian bila tengok nanti Husam Musa langsung takda tempat dlm pimpinan PAS....padan muka!!!
PAS tak perlu pemimpin gila kuasa, penipu, penghasut, perasuah dan pemecahbelah mcm dia.


http://diarymaya.wordpress.com

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

hahahahahaha..aku betul2 kesian kat Tulang Babi dan kawan-kawan dia yang desperate kat sini bila ahli-ahli PAS masih memilih untuk mempertahankan kepimpinan ulama.
kesiann....
.

Lagi satu contoh betapa desperate UMNO nak pertahan Kepimpinan Ulama dalam PAs

Anonymous said...

Lagi satu contoh betapa desperate Tulang Babi tak nak pertahan Kepimpinan Ulama dalam PAs

lan said...

itulah ayat2 anasir2 UMNO. penyokong kuat pro UMNO dan penghentam Anwar dan Husam

lan said...

roslan sms tu dulu pernah kerja dengan Utusan ke?

Utusan banyak dapat sumber dari dia kot

Anonymous said...

Sekarang ni Nizar dengar cakap DAP.

DAP kata turun, turun lah.

Sultan pun dah tak berkenan dengan NIzar.

Jadi agak susah juga bagi Pakatan Rakyat nak mengusul nama MB.
DAP lebih berkuasa memilih.
Sesiapa pun yang diutarakan, DAP akan pastikan, Melayu ini akan ikut telunjuk DAP sebab DAP yang paling berkuasa sekarang.
Ini fakta. Lihat bilangan ADUN masing-masing.

Yang dok buat mengganas dan kacau-bilau dalam Dewan pun ADUN DAP saja.
PAS, BN, PKR aku tengok dok diam aje.

Tak kesah lah. ape-apepun, DAP yang berkuasa di Perak.
Bukan PAS, BN atau PKR.

penawarrindu said...

Selamat bermuqabalah Husam Musa dan Razaleigh Hamzah.
oppps muzakarah....oppsss bukan ...apa istilahnya ye??

http://penawarrinduku.blogspot.com/

Anonymous said...

calon lain semua buruk bg ko cuma sorang jer yg ko suka klau tak si musang berbulu ayam tu....semoga Allah gagalkan cita2 jahat si musang!!!!....blog ko ni khas untuk menyokong segala tindakan si musang tu....

anti musang said...

wahai si tulang besi yg <>+_)(*&...balaci si musang...bila pas nak bermuqabalah maka ko dan puak2 ko( fraksi umno)melalak-lalak macam !@#$% terutama si musang yg koya nk jd presiden pas tu....tp bila si musang bermuqabalah dgn kuli dll ko diam jer yer pasal isu PERAK....ternyata segala penulisan ko selama ni x lain x bkn hanyalah nak menjatuhkan TGHH....Allah maha besar skrg dah jelas siapa sebenarnya HUSAM MUSA....Ya Allah gagalkan lah niat si musang ni mentadbir PAS(RAJA KONSPIRASI@PEMECAH BELAH PAS)

Undilah saya said...

saya punya rumah harga juta2, saya juga punya merc kompressor,saya juga punya 4 wheel drive,saya juga boleh cakap 3 bahasa,saya juga bukan mee celup,saya tak main benda kecil2 sprti bagi baju dan makan..itu low class,org main balak ooo..saya tidak jumpa UMNO bincang pasal jawatan, eh tersilap,saya jumpa la, pehal la ko pal lah bocorkan rahsia kita..saya anti baju petak2, saya sokong untuk menteri pendidikan dan kewangan..

Anonymous said...

Manipulasi adalah 'seni' yang halus. Contohnya, kaedah 'good cop, bad cop'. Mungkin sebenarnya Utusan MAHU orang fikir bahawa mereka menyokong Nasharuddin dan 'tak suka' pada Husam. Ini akan menyebabkan ahli PAS menjadi lebih cenderung kepada Husam sedangkan calon yang benar-benar disukai oleh Utusan ialah Husam sendiri!
Saya tidak fikir yang Husam dan Nasharuddin berada dalam 'pasukan' yang berbeza. Bukankah Husam yang menaikkan Nasharuddin dahulu? Ini sekadar lakunan untuk memanipulasi dan mengelabui mata ahli PAS. Orang JIM memang pandai berlakun!

Anonymous said...

Dari cerita Orang PAS Kedah ni nampaknya ulamak-ulamaklah yang sibuk keulu-kehilir nak menentukan kemenangan pihak-pihak mereka.Us.Harun Din memang penyokong kuat Nasaruddin Md.Isa sejak zaman muzakarah dulu.Sewaktu ketidakadaan TGNA,dialah yang mempengerusikan Majlis Syura Ulamak yang kononnya meluluskan Nasaruddin Md.Isa untuk bertemu dengan UMNO.Dia sendiri tak tahu dan tak faham bahawa "meluluskan pertemuan" itu bukanlah kerja Majlis Syura Ulamak tetapi adalah kerja dan tanggungjawab PAS Pusat.Hasil dari keputusan inilah yang dulu telah menjadikan keadaan kucar-kacir dan kelam-kabut.Hingga kehari ini dia tetap hendak Nasaruddin Md.Isa bertemu dan berbincang dengan UMNO.Itulah sebabnya dia bekerja kuat untuk memastikan Nasaruddin Md.Isa kekal memegang jawatan Tim.Presiden.Kita pun tak tahu dan tak faham mengapa orang seperti Harun Din bertindak sedemikuan rupa.Wallahualam.

Anonymous said...

bodoh bodoh bodoh dan bodoh
Ust Harun Din mempengerusikan Majlis Syura kerana TGNA sendiri yang tak nak dtg mesyuarat...sibuk, tak sihat dsb..
Mcm mesyuarat baru ni pun bila TGNA dtg pon dia masih suruh Ust Harun Din yg pengerusikan.
so...takyah nak putarbelit fakta disini
DAN memang hanya Majlis syura yang berhak menentukan boleh atau tidak bekerjasama atau berbincang dgn pertubuhan lain..bukannya AJK PAS Pusat.
SIla rujuk perlembagaan PAS kalau anda ahli PAS.

yes said...

Assalamualaikum,

Allah yang maha kuasa telah menunjukkan siapa di antara kita yang bertemu dalam gelap dan menafikan nya, tiba tiba lampu di pasang oleh pehak lawan. Siapa yang cuba fitnah memfitnah.

Berdoalah agar kita di kurniakan dengan pemimpin yang berakhlak. Terpelajar dalam ilmu ugama sahaja tidak cukup. UMNO juga penuh dengan ulama.

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

bodoh bodoh bodoh dan bodoh
Ust Harun Din mempengerusikan Majlis Syura kerana TGNA sendiri yang tak nak dtg mesyuarat...sibuk, tak sihat dsb..
Mcm mesyuarat baru ni pun bila TGNA dtg pon dia masih suruh Ust Harun Din yg pengerusikan.
so...takyah nak putarbelit fakta disini
DAN memang hanya Majlis syura yang berhak menentukan boleh atau tidak bekerjasama atau berbincang dgn pertubuhan lain..bukannya AJK PAS Pusat.
SIla rujuk perlembagaan PAS kalau anda ahli PAS.
.

Baik saya minta saudara tunjuk dalam perlembagaan PAS di mana yang kata hanya Majlis Syura boleh menentukan untuk bekerja dengan parti lain atau tidak?

Sendiri bodoh lepas tu nak panggil orang lain bodoh.

Anonymous said...

memang sah bodoh...
confirm bukan ahli PAS..
kalau ahli PAS dah tentu boleh terus rujuk perlembagaan..
tengok kuasa Majlis Syura pastu copare ngan tugas AJK Pusat baru dpt jawapan...bodoh!

Anonymous said...

opsss..compare la bukan copare

One Pip said...

Salah satu kriteria untuk menjadi pewaris nabi ialah mesti memegang ijazah dari negara Timur Tengah. Pakai jubah dan serban. Sesiapa yang lawan mereka ini melawan pewaris nabi. Kerana ini Daud Iraqi dan Nasharudin M isa tidak boleh ditentang di dalam apa2 pemilihan. Maklumlah pewaris nabi

Anonymous said...

Sunday, May 17, 2009
Datuk Husam Bemuqabalah dengan Tengku Razaleigh
"Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa mengambil inisiatif untuk mengadakan pertemuan dengan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan parti komponen BN untuk menasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Husam berkata, pertemuan itu atas kapasiti peribadi, bukan atas parti.

"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti. "

Begitulah sedutan berita yang menceritakan suatu pertemuan antara Ketua bahagian Umno Kelantan dan Naib Presiden PAS.


Pertemuan itu atas kapasiti peribadi, agak atak faham sikit saya, atas kapasiti pribadi mestilah bincang bab-bab pribadi kut.Contohnya bab jualbeli rumah ke bab jual beli kenderaan ke, atau juga mungkin bab nikah kawin anak beranak.

Tetapi yang jelas nya Husan bertemu Ku li adalah untuk tujuan menasihati Najib Razak membubarkan Dun Perak.

Inilah hebatnya Husam Musa, beliau boleh bertindak secara pribadi dan sendiri-sendiri dalam urusan parti, beliau tidak perlu mendapat restu jamaah, sebab pertemuan tersebut atas urusan pribadi.

Nasib sungguh baik kerana pertemuan ini oleh Husam dan bukanya Nasaruddin Mat Isa.Kalau seandainya pertemuan ini oleh Nasaruddin Mat Isa, sudah pasti ianya riuh seluruh Malaysia akan dijadiakan isu besar untuk men nyahkan nasaruddin dari kerusi Timbalan Presiden.



Blogger yang "gila-gila" serta yang sewaktu denganya akan menjadikan topik utama dalam tulisan masing-masing.Entah apa yang dituduh, walaupun mungkin atas alasan Dun Perak, mungkin itu adalah alasan sahaja, sudah tentu Nasaruddin ada agenda tersendiri,agenda pribadi , agenda untuk masuk umno, agenda gila jawatan .

Namun bagi Husam beliau pemimpin yang hebat.Dia boleh buat apa sahaja.Dia boleh ambil tugas presiden samatelah lagi tugas timbalan presiden yang beliau akan lawan Jun nanti.


Saya sendiri tertanya, siapa yang memilih Husam untuk mengadap Tengku Razaleigh? diri sendiri yang pilih ke? Jamaah dalam Jamaah ke yang memutuskan supaya Husam mengadap Ku Li?Atau sememangnya Husam ada autoriti yang besar boleh terus membuat keputusan tanpa merujuk terlebih dahulu PAS Pusat.

Lalu digunakanlah alasan ini untuk melepaskan dan menghalalkan tindakan"Dalam (mesyuarat) lajnah politik, kita sudah bersetuju, kita boleh konteks semua orang secara peribadi bukan atas dasar kapasiti parti.

Kalau lah Nasaruddin Mat Isa bertemu Hishamuddin atau Nazri Aziz, walaupun digunakan alasan yang sama sudah tentulah blogger yang berada diluar negara , dulu di Timur Tengah dan kini Di Jakarta akan menggunakan kesempatan ini untuk kempen Bagi jatuhkan Nasaruddin dalam muktamar nanti.

Malang sungguh orang yang bernama Nasaruddin mat Isa, langkah beliau dilihat tempang, semua gerakgeri beliau umno, tindakan beliau dikatakan tindakan umno, malah tidur Nasaruddin Mat Isa dikatakan tidur Umno, ucapan beliau ucapan Umno, suara beliau bermelodikan umno.

Nasib baik sungguh orang bergelar Husam Musa, semua perbuatan beliau adalah amalan soleh, tindakan beliau mengikut syarie, suara beliau mengatasi ulama' tafsiran beliau mengatasi tafsiran ulama'..kata-kata beliau kata-kata keramat.Semua baik-baik berlaka.Langkah beliau penuh tawadduk, jalan sentiasa tunduk,itulah Husam bin Musa.


Memang dan patutlah beliau beriya-iya untuk merebut jawatan timbalan Presiden, beliau ada kelas, beliau tidak bermuqabalah umno, beliau tidak berminat langsung dengan umno, pintu rundingan dengan umno tiada langsung sebab umno musuh PAS.

Dengan kehebatan ini saya juga berfikir kelas dan taraf Husam ini adalah taraf Presiden, halatuju Haji Hadi tidak jelas, halatuju Husam lagi jelas dan berwawasan, Husam sepatutnya dicalon sebagai Presiden dalam muktamar nanti.Husam sangat layak menjadi Presiden.Beliau ada Karisma, keterampilan, hebat, isteri pun sama dengan Haji Hadi.


Langkah Husam, langkah Presiden, ideal Husam adalah Ideal Presiden, dalam mensyuarat beliau merupakan AJK yang sangat memberi tumpuan kepada mesyuarat, setiap bait minit mesyuarat diamati satu persatu-persatu.Tidak seperti sesetengah AJK yang kadangkala membawa masuk akhbar dan majalah kedalam bilik mesyuarat, tidak cukup dengan Harakah dan siasah, majalah Time pun dibawa masuk.

Itulah Husam pemimpin yang sangat bersih, barangsiapa yang ingin mempertikai kewibawaan Husam Musa, berdosa besarlah ia.Barang siapa yang menentang Husam sesungguhnya telah derhaka kepada Jamaah.
Husam ada kehebatan tersendiri, sudah tentu lah nanti sekiranya Tok guru keuzuran di hari jumaat, Husam akan mengambil alih tempat beliau untuk menyampaikan kuliah Jumaat.

Sudah tentu juga apabila beliau berjawatan Presiden atau timbalan beliau akan hadir mesyuarat Majlis Syura Ulama' dan ketika itu pastinya terserlah kehebatan yang terpendam selama ini, beliau pasti akan berhujah menggunakan Quraan dan Hadith didalam bersyura kerana syura itu adalah syura para ulama' berlaka.


Begitulah istimewa dan hebatnya seorang insan yang beranama Husam bin Musa

Dan begitulah juga malang dan buruknya manusia yang bernama Nasaruddin Mat Isa.

Anonymous said...

Sungguh sedih dan teramat hairan membaca kata2 bloggers dan komen2 dari mereka2 yg katanya menyokong kepimpinan dan harakah islamiah di Malaysia dikala ini. Tak siapa tahu siapakah yg sebenarnya yg mempunyai niat yg buruk dan siapa yg ikhlas dalam menegur pimpinan2 yang mendukung agama Allah agar ianya terus bersinar dipersada politik Malaysia, agar tidak boleh lagi Islam diperkotak katikkan oleh musuh-musuhnya.
Alahai kawan2 dan sahabat2 semua.. Buangkan lah sifat sombong dlm menegur, tegurlah dgn bijak dan sopan. Mereka bukan ahli ahli biasa yg tuan2 dgn begitu kasar menegur mereka, kasar sungguh bahasa tuan-tuan.. Tidak kah kalian tahu bagaimana pahitnya perjuangan mereka2 ini dimasa PAS berada dibawah dan terhimpit? Mana dia kawan2 diketika itu? Tidak tahukah betapa peritnya pimpinan2 seperti TGNA, TGHHA, Almarhum UFN, saudara Mat Sabu, Mahfuz, Ust Nasarudin Isa, dan lain2 yang tidak pernah memikirkan yang PAS boleh berada di persada negara seperti sekarang? Hingga dapat membawa bersama kawan2 dari luar seperti DDHarunDin, Dr Hassan Ali, DAto Ismail Kamus, Tuan Man dan lain2 menyertai PAS, tanpa ada apa2 syarat? Tahukah tuan2 mereka2 ini sudah lama dgn sepak terajang politik namun tidak pernah mereka tinggalkan PAS? Tahukah tuan2 saban hari dan saban malam mereka pergi ke setiap ceruk negara menerangkan apa itu PAS? Jgn lah kerana kuasa, sekarang berebut2 untuk menyatakan mereka pandai lebih dari yg lain.. cuba perhatikan apakah mereka ini dari mula memang untuk mendapat kuasa dan suka2 duduk dikerusi PAS dan mendapat bayaran atau gaji yg lumayan??Betapa keluarga mereka sering terbayang2 akan apakah tindakan musuh lebih dominant pada masa dulu (spt Tun M) akan tindakan ISA dan sebagainya? Jgn lah hanya kata2 akhbar media yg berat sebelah itu dibaca sebagai berita yg perlu diambil perhatian berat..biarkan lah apa yg mereka ingin katakan, tetapi ambillah pemimpin yg ternyata betul2 ISLAM di hati mereka.. Jika diteliti, PAS berasa beruntung mendapat Ust harun din sebagai nama yg besar di negara ini, Husam sebagai koordinator muda yg analitis pemikirannya, Dato HAssan Ali yg mahir dlm kata2 yg berisi dan bernas, Ust Nasaruddin Isa yg mempunyai pengalaman belajar di Timur Tengah dan di Eropah serta di tanah Air malaysia, Dato Kamaruddin Jaafar dan lain2..maka jadikan lah pertandingan sebagai pertandingan yg sehat dan siapa yg lebih komited dlm perjuangan, maka kita pilihlah.. tak perlulah kini kita meletakkan akhbar yg telah disenarai hitamkan sebagai rujukan..byk silap mata didalamnya dan tak perlu di analisa akan apa diperkatakan.. dari sudut mana pun, ianya ada byk persoalan.. letakkan lah kepercayaan kita agar memilih kepimpinan yg bertakwa kepada Allah. Jgn diadili sesuatu tindakan pimpinan itu, kalau salah dari segi tektik, maka diperbetulkan. Jika salah dari segi hukum hakam Islam, baru boleh dibuang atau dipertikai..jika hanya tektik sahaja, jgn hukum terus. Ini perbezaan tektik dan pendapat, semuanya adalah kerana PAS dan Islam juga.. dlm harakah islamiyah, ada yg kena terus terang, ada yg kena berahsia.. cuba baca artikel Hassan Al Banna http://www.al-islam.com/articles/articles-m.asp?fname=Part2_Chapter3 .. Oklah, mungkin apa yg saya katakan ini tak betul, maka saya minta maaf ajelah. Harap Allah memberi petunjuk kepada gerakan Islam ini agar sentiasa dlm saf dan tidak terkeluar saf. Kalau keluar pun cuma ingin mengambil wuduk seketika, dan masuk semula saf..InsyaAllah.

Anonymous said...

Lupa nak bagitau, baru2 ni PR dah meeting, if DUN dibubarkan, semua parti komponen PKR bersetuju bahawa sesiapa jua yg majority, InsyaALLAH, maka dato sri nizar akan jadi MB..so that's that..tak yah gaduh lagi.. dah meeting dah. Lain kali pi lah ceramah - baru ni kat stadium shah alam diumumkan begitu... ada Ronnie Liew, Dato Hassan Ali, Dato SRi Nizar, Ust Nasaruddin, dll. Depa tau ler apa nak buat. Sebelum org sibuk risau, depa dah lagi advanced..so dun worry.

Suara Akar Umbi said...

Antara Hussam dan Mad sabu siapakah paling banyak habiskan masa di luar rumah untuk menyampaikan tugas dakwah kepada Rakyat.Antara dua pemimpin siapakan yang paling ramai pendegarnya bila berpidato antara dua pemimpin itu siapa kah paling banyak tidor dalam lokap dan penjara,antara dua pemimpin itu sipakah yang paling miskin dari segi harta benda,antara dua pemimpin siapakah yang paling banyak habiskan wang poket untuk di infakan pada parti walau pun tak ada apa apa jawatan dalam kerajaan,antara dua pemimpin itu siapkah paling lama dalam PAS.antara kedua tokoh itu siapakah yang paling banyak berkorban segala galanya,antara dua calon timbalan Presiden itu yang mana satu yang paling bekesan dalam memimpin masyarakat bukan sekadar ahli PAS aje.Antara dua calon itu siapakah yang paling pedih diseksa oleh UMNO .Antara dua tokoh itu siapakah yang paling banyak hidu GAS pemedih mata,Antara dua pemimpin itu yang mana satu yang porpular dari segi ketokohan dan di terima bukan saja oleh ahli Pas tetapi juga oleh semua kaum termasuk cina india,kadazan dan lain lain.Ada kah antara pemimpin itu bila keluar dari rumah untuk dakwah maka berpesan pada isterinya kalu aku tak balik malam ni pergi cari di balai Polis.Akhir sekali antara dua pemimpin itu yang mana satu yang amat di sukai UMNO????
Ingat lah pesanan Al Marhom Ustaz Fazir Nor yang berpesan pada Ahli Pas sebelum beliau pergi buat selamalamanya.Pesanannya"sekiranya ada pemimpin (PAS)yang amat disukai oleh Musuh (UMNO)maka ada sesuatu yang tidak kena!!!!.Fikir lah wahai ahli PAS..tidak ada calon yang layak pegang jawatan Timbalan Presiden melainkan MS.Aku yakindan percaya dengan izin allah(SWT)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.