Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 2, 2009

50% Kawasan Menolak Ustaz Nasa?

Dari maklumat yang telah didedahkan kepada Sinar Harian (30/05/2009), pencalonan yang diberikan kepada Ust Nasa adalah dalam jumlah 68 pencalonan dari 137 kawasan di seluruh Malaysia. Terdapat lebih 47 kawasan yang tidak menghantar pencalonan mereka.

Sekiranya kita mencongak, kita akan dapati bahawa pencalonan yang diberikan kepada Ustaz Nasa ini tidak sampai 50% dari seluruh pencalonan. Ini bererti bahawa lebih 50% kawasan dalam Malaysia yang menghantar pencalonan tidak mencalonkan Ust Nasaruddin Mat Isa.

Ini adalah satu perkara sangat menghairankan kerana Ustaz Nasaruddin Mat Isa adalah pemegang jawatan Timbalan Presiden yang dipertandingkan itu. Dan lebih 50% kawasan telah menolak beliau.

Dari maklumat yang saya dapati, rata-rata 47 kawasan lain yang tidak menghantar pencalonan sebenarnya telah mencalonkan samada Mat Sabu atau Husam Musa. Tetapi, atas sebab-sebab tertentu mereka tidak sempat atau tidak menghantar pencalonan mereka sebelum tarikh tutup.

Barang diingat, sewaktu Ustaz Nasa mula-mula memenangani jawatan Timbalan Presiden PAS, 80% PAS Kawasan seluruh Malaysia mencalonkan Ustaz Hasan Shukri. Namun, Ustaz Nasaruddin masih mampu memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS Pusat pada pemilihan 2005.

Saya juga mendapat tahu bahawa angka “pencalonan 60% kepada Nasaruddin” (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0515&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm) seperti yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia dibocorkan oleh Roslan SMS. Saya harap Roslan SMS mennafikan khabar2 ini yang semakin kuat bertiup.

18 comments:

Orang Baru said...

TB, ada bukti ke Roslan SMS bocorkan?

Tapi tak pelik pun kalau dia bocorkan. Maklumlah kan fraksi UMNO.

Yang hairannya macam mana dia boleh pegang jawatan sampai begitu tinggi. Dekat dengan Presiden pulak tu. Kasihan TGHH mendapat pembantu begitu.

Husam mesti menang untuk mengimbangi orang-orang sekeliling TGHH yang gila nak masuk UMNO@muqabalah.

Selain berusaha, jgn lupa berdoa semoga Allah meletakkan calon terbaik untuk membantu Tuan Guru Haji Hadi kita.

mat said...

Jika PAS maseh hendakkan kepada ulama yang biasa berunding dengan musuh dalam gelap dan senyap-senyap, maka ini adalah petanda bahawa kebanyakan ahli ahli PAS memang senang diperbodohkan dan dipermainkan oleh "ulama-ulama assabiyah" (yakni ulama yang telah dihanyutkan oleh emosi "ketuanan melayu" dan yang telah lari jauh dari asakan "PAS FOR ALL"). Jika orang-orang seperti Ust Nasha, Hasan Ali, Mustafa Ali, Harun Taib, Harun Din, Nik Abduh, Nasaruddin Tantawi dan yang bersekongkol dengan mereka yang ingin berapat dengan UMNO ini di beri tempat memimpin PAS, maka saya mengesyorkan kepada semua bahawa tak usah lah nak tunggu lagi pilihanraya 2013. PAS akan dikembalikan kepada kedudukan nya yang asal sebagai Parti kecilan yang tidak akan dapat menentukan arus dan masa hadapan negara. Apabila yang memimpin hanya gilakan kedudukan dan jawatan maka tak mungkin Allah memberikan kemenangan - lihat sahaja lah PAS Terengganu yang Allah hanya beri kemenangan satu penggal dan bandingkan dengan PAS Kelantan yang Allah telah mengurniakan kemenangan secara berterusan. PAS Kedah ? Kita akan lihat.

Anonymous said...

hahahahaha...kesian TB desperate.

aku pun boleh kata 47 kawasan yang tak hantar pencalonan tu semuanya nak bagi kat Ust Nasa

mcm mana plak si roslan tu yg bocor, dia bukan SPR. kalau betul bocor mesti org SPR. Tapi apa masalahnya sebab semua calon tahu berapa jumlah pencalonan yg mereka dpt.


so, kalau Ust Nasa ke Husam ke Mat Sabu ke nak bagi tahu kpd press, bukan menjadi kesalahan. bukan bocor namanya tapi beri maklumat.

yg jadi masalahnya Husam dok tipu orang kata dia dapat pencalonan lebih daripada 40 kawasan.

kesian....

Anonymous said...

Kesian org baju petak-petak merah..

kepanasan sekarang nie... duk mengata org tak betul saja.. die saja yang betull.. ala.. mcm kawan karib die... si ketua umum tu... di jajanya mcm2... suruh kemuka bukti.. tak ada.. abis semua dikencingnya.. bagus la kalau PAS nk pemimpin mcm tu.. Moga2 Allah turunkan bala... Amin..

hamPAS

Anonymous said...

Nah,roslan SMS kene fitnah lagi oleh TB.jahat sungguh encik TB ni.xhabis2 buat dosa.hari2 plak tu.

wei,mana ko dapat bukti roslan yang bocorkan hah?Erdogen dah terdesak dah tu..

Tulang Besi said...

Saya mintak ROslan SMS nafi berita ni.

Silakanlah

Anonymous said...

hahahahaha...ko tuduh org ko la yg kena bawa bukti.
apala samdol suruh si roslan nafi fitnah ko.
mcm gila talaq la plak.

Tulang Besi said...

kahkahkah.

Buktinya ialah apabila Roslan SMS tak akan menafikan cerita ni.

Nak ke saya namakan wartawan utusan Malaysia tersebut?

Wartawan tu sendiri cakap la.

Nak tau sapa wartawan tu, tanya la Roslan SMS

Anonymous said...

hahahahaha...kesian TB desperate.

aku pun boleh kata 47 kawasan yang tak hantar pencalonan tu semuanya nak bagi kat Ust Nasa

mcm mana plak si roslan tu yg bocor, dia bukan SPR. kalau betul bocor mesti org SPR. Tapi apa masalahnya sebab semua calon tahu berapa jumlah pencalonan yg mereka dpt.


so, kalau Ust Nasa ke Husam ke Mat Sabu ke nak bagi tahu kpd press, bukan menjadi kesalahan. bukan bocor namanya tapi beri maklumat.

yg jadi masalahnya Husam dok tipu orang kata dia dapat pencalonan lebih daripada 40 kawasan.

kesian....

Anonymous said...

TB, sila nafikan kenyataan ini.

sebelum ni,ada terdengar pada 30 mei 2009 baru ni,husam musa buat perjumpaan dengan perwakilan dibatu gajah,melaka semata2 nak berkempen supaya dia terpilih timbalan presiden.majlis yang dianjurkan tu,ada jamuan makan dan sebagainya.
bukan ini dikira rasuah ke?budaya sape sebenarnya ni?

husam musalah orang yang bertanggungjawab membawa budaya yang lain dari pas masuk kedalam parti pas.aku rasa bila dia naik nanti,sahih pengikut pas akan berpecah belah.

ada ke plak,nak bertanding timbalan presiden je tapi buat press statement belasah calon lain.apa cerita ni TB?sila jawab penyokong2 erdogen..aku tunggu ni.

-ahmad-

Tulang Besi said...

sebelum ni,ada terdengar pada 30 mei 2009 baru ni,husam musa buat perjumpaan dengan perwakilan dibatu gajah,melaka semata2 nak berkempen supaya dia terpilih timbalan presiden.majlis yang dianjurkan tu,ada jamuan makan dan sebagainya..

Saya nafikan sebab Batu Gajah kat Perak.

Alor Gajah yang kat Melaka.

Anonymous said...

TB said,
Saya nafikan sebab Batu Gajah kat Perak.

Alor Gajah yang kat Melaka.
kalau camtu,betullah husam panggil perwakilan berdialog dan berbelanja kat batu gajah di perak?kiranya bukan kat melakala..

abis tu aku nak tanya ko la TB,x dikira rasuah ke kalo macam tu?bukan budaya umno ke panggil perwakilan dan belanja makan semata2 nak undi?calon lain bertanding jugak tapi x kemarukpun macam husam sampai berbelanja macam tu.inikah pemimpin yang TB sanjung untuk menerajui pas pada masa akan datang?tu belum dikira lagi mana2 perwakilan yang disogok dengan benda2 lain,cuma telah diakui oleh TB bahawa husam ada belanja makan untuk meraih undi.harapnya mintak dijauhkan pemimpin seperti ini dari menang jawatan tim presiden.harap disisih dari pas dari bertuankan pemimpin sebegini rupa.dia dapat tarbiyah dan ilmu dari mana hah?dari siapa?

-ahmad-

Tulang Besi said...

kalau camtu,betullah husam panggil perwakilan berdialog dan berbelanja kat batu gajah di perak?kiranya bukan kat melakala...

Tak betul la tu. Apa la kau ni ngong sangat.

yang sebenarnya, mamat yang buat sms fitnah ni pun ngong.

Dia tahu Husam akan ke Melaka hari tu tapi dia tak tahu yang kat Melaka tu nama tempat dia adalah ALOR GAJAH bukan BATU GAJAH.

Nampak sangat yang nak buat fitnah ni NGONG.

hahahaha

Anonymous said...

TB dua kali ngong!

di Batu Gajah, Perak 30hb - Husam emosional bila ada perwakilan gasak dia...kesian..cepat sangat melatah bila dijolok.

di Bukit Katil, Melaka 31hb - berkempen lagi....biasala orang tak payah berjumpa dgn UMNO sebab dia dah beramal dgn budaya UMNO.

Tulang Besi said...

June 2, 2009 6:06 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

TB dua kali ngong!

di Batu Gajah, Perak 30hb - Husam emosional bila ada perwakilan gasak dia...kesian..cepat sangat melatah bila dijolok.

di Bukit Katil, Melaka 31hb - berkempen lagi....biasala orang tak payah berjumpa dgn UMNO sebab dia dah beramal dgn budaya UMNO.
.

Dah cerita lain pulak.

Kempen la, kena gasak la.

Semua cerita karut bang oiii.

pasbaru@yahoo.com said...
This comment has been removed by the author.
Anoinimuz said...

Itulah die....anak polis...nk bwak prangai babi dlm PAS....jaje maklumat kt UMNO utk kpentingan poket sendiri...

Anonymous said...

syabas pasbaru.

satu kritikan tajam yang bertujuan untuk memperbetulkan kepimpinan.sepatutnya pertandingan didalam pas hanyalah pertandingan yang berdasarkan ukhuwah kekeluargaan.itulah yang diamalkan oleh pemimpin pas sebelum ini.husam musalah yang menaburkan benih2 perpecahan didalam pas.perancangan ini telah diaturkan sejak awal lagi,mungkin dibawah pengawasan pemimpin2 diluar dari jemaah pas itu sendiri.satu demi satu kecacatan pada pemimpin ini telah dirungkai.inilah yang aku dengar dulu dari seorang rakan yang mengatakan bahawa perjuangan islam ini akan ditapis.hampeh2 akan tertolak dengan sendirinya.sebabnya perjuangan ini didoakan oleh ribuan dan jutaan ulama dari dulu sampailah sekarang.roh perjuangan ini hidup sepanjang zaman sampai hari pembalasan.jadi dengan adanya pemimpin yang bakal merosakkan pas dari dalam ini,adalah menjadi tugas dan kewajipan kepada pencinta perjuangan ini walau apapun status kedudukan mereka untuk menyingkirkan pemimpin sebegini dari bertapak dalam kepimpinan pas untuk jangka masa panjang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.