Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 20, 2009

Ada Hasad Dengki Dalam Pakatan Rakyat Terhadap Anwar, Kata Nik Aziz

Hakikatnya, mereka yang nak sangat bawa PAS pada UMNO ni sebab mereka dengki pada Anwar Ibrahim seperti yang didedahkan oleh Tok Guru di bawah. Alasan2 lain yang dierikan seperti Anwar agen Amerika, anwar liberal, anwar meliwat etc adalah fitnah semata-mata.

Ada Hasad Dengki Dalam Pakatan Rakyat Terhadap Anwar, Kata Nik Aziz

KOTA BAHARU, 8 Ogos (Bernama) -- Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendedahkan berlakunya hasad dengki dalam Pakatan Rakyat terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memenangi pilihan raya kecil Parlimen kawasan Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata terdapat pihak cuba sabotaj bagi memastikan Anwar tidak berjaya menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh.

"Saya dapati memang ada orang yang dengki kepada Anwar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan MATA fair peringkat Kelantan di sini Jumaat.

Beliau berkata demikian mengulas hasrat Anwar untuk bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh namun beliau semalam didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.

Pilihan raya kecil itu diadakan setelah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengosongkannya bagi memberi laluan kepada suami beliau untuk bertanding.

Nik Abdul Aziz juga menasihatkan pihak yang menyimpan perasaan dengki itu agar melupakan hasrat mereka demi kebaikan Pakatan Rakyat.

"Beri peluang kepada Anwar untuk masuk jadi Ahli Parlimen di Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata walaupun wujud jurang perbezaan dalam ideologi politik dengan PKR, Pas harus akur untuk menyokong PKR dalam pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh itu.

Katanya beliau mengakui perbezaan pandangan dari segi politik antara PKR dan Pas namun di bawah semangat Pakatan Rakyat, parti itu harus bekerjasama.

"Pas perlu memberi sokongan kepada Anwar walaupun dari segi politik tidak serupa," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata beliau menyokong Anwar kerana mendapati pensihat PKR itu merupakan pemimpin Melayu yang berpengalaman dalam pentadbiran negara dan dikenali di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA

48 comments:

Anonymous said...

SAUDARA TULANG BESI;betul ke cerita ni ,siapa dia sipendengki tu..?

matgeram said...

sipendengki tu ialah kepimpinan umno sekarang.

Anonymous said...

Ada dua macam virus DENGKI dalam PAS..

Dengki Anwar
Dengki Husam

Dengki pada Anwar diimport dari UMNO..dan waktu Anwar masih lagi dalam Abim. Cuba tanya Presiden!

Dengki Husam ni sebab dia buat kerja baik yang orang lain tak boleh buat..itu aje.

speak budu only said...

sohih! memang tidak silap lagi...

dari dulu lagi aku agak geng fraksi ni berdengki, bukan kat nuar je, kat tok guru jugak!

berdengki?? kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah! kah!

P/s : kah! kah! kah! kah! kah! Nabil nabil...

Anonymous said...

saudara tulang besi;masih ada lagi ke anai-anai dlm PAS..??rasanya ini kerja mereka..

Fi-sha said...

Salam

Encik Tulang Besi

Sekali lagi TGNA bercakap apa yang orang lain tak berani cakap - terima kasih pada TGNA.

Saya betul2 tak faham mengapa orang masih bersangka buruk pada DSAI setelah apa yang dia dan kelurganya lalui.

Bukan setakat segelintir melayu yang rasa DSAI hanya gila publisiti dan kuasa, rupanya golongan pemimpin dalam PR sendiri ada PHD.

It's time to bait the 'termite' in PR, sir...

Jeff Ismail said...

Sdr tulang besi,

Memang benar ada orang yg berdengki dgn Anwar.

Saya ada menerima sms yg mengutuk 10 MP yg menentang idea unity gov bukan dr org umno tapi dr rakan Pas juga yg sama-sama bertegang urat menentang puak umno bersama2 saya bertahun dahulu.

Dan juga sms mengutuk TGNA kononya baru nak merasai kemenangan dan terasa bahawa gengaman kuasa pusat makin dekat.

Saya masih teringat sebelum PRU12 bilamana TGHH ditanya oleh wartawan siapakah yg layak jd PM andai kata PR berjaya kuasai Putrajaya.
Beliau menjawap.DSAI akan jadi PM.

Sekarang saya tak rasa jawapan yg sama akan keluar bila ditanya soalan yg sama. Kerana apa?

Adakah DSAI sudah 'confirm' jadi agen yahudi atau sudah jadi peliwat yg tegar..habis semua org diliwatnya?

Jawapan ada pada fraksi umno yg saya rasa berputar dr inferiority pd DSAI sendiri.

Semua harus faham. 50 tahun Pas berjuang baru sekarang nampak nak berjaya kuasai negara. Dan yg berjuang itu bukan org Kelantan shaja bukan TGNA shj. Ada org Tganu, Pahang, Kedah, Negeri, Melaka, Sgor dll. berjuang sama.

Jadi suara dalam Pas tidak perlu dr Kelantan shj, perlu ada dr luar. Selalunya monopoli suara itu dr TGNA dan pemimpin dr Kelantan shj. Sekarang suara dr pemimpin Pas dr negeri lain perlu diberikan perhatian..perlu diberi some weight.

Polemik ini tak terhenti stakat UG shj. Saya rasa akan berlarutan kepada perkara2 lain.

Sekarang kita perlu duduk kembali dan renungkan segenap segi.
Bukan dr segi TGNA atau TGHH atau ustad nasha shj tapi dr semua pemimpin kita dan pendokong PAS dan PR.

Adakah keuntungan pada ISLAM bila kita buat UG ini?
Adakah keuntungan lebih dr kerugian?
Saya bukan pemimpin Pas cuma ahli biasa Pas yg cuba nak sampaikan apa yg dirasai oleh setengah ahli.

Carikanlah keputusan dgn segera atau hentikan saja idea UG ini!

nur mohd nidzam said...

Kalau kita lihat pada anak isteri DSAI,tingkah laku mereka,cara mereka membawa diri,penampilan mereka dan yang paling utama cara kak Wan dan anak anak berdiri teguh dibelakang DSAI selama ini.Kemudian kita lihat pulak pada kaum UMNO ini,anak isteri pemimpin tertinggi mereka.Saya rasa cukup untuk kita membuat penilaian terhadap DSAI.Tak perlu bukti lain atau pun keputusan kangroo court.

Anonymous said...

Datuk Seri Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia akan datang. PAS paling popular dalam PKR.

Anonymous said...

Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku di Kota Bharu beberapa hari lalu yang telah memimbulkan kekalutan politik dan kekeliruan di kalangan ahli dan pen yokong Pas bersabit kenyataan kerasnya terhadap Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa.

Kejadian itu mengejutkan banyak pihak dan ianya tidak wajar berlaku apa lagi membabitkan dua pemimpin Pas seorang bertaraf mursyidul dan seorang lagi timbalan presiden.

Difahamkan dalam pertemuan itu, Tuan Haji Nik Abdul Aziz menjelaskan apa yang berlaku sebenarnya dalam konotasi yang sepatutnya difahami oleh ahli dan penyokong Pas. Beliau juga mengakui kenyataan kepada media itu dilakukan dalam keadaan tidak dapat dikawal dan berbaur sedikit rasa marah.

Anonymous said...

elok la tu.
suruh nik aziz keluar PAS dan masuk PKR lagi bagus!

Anonymous said...

Memerhati kepada wajah-wajah dalam gambar kalangan 10 ahli parlimen yang membuat kenyataan itu tidak menghairankan. Wajah-wajah inilah yang sering kali ternampak sewaktu Anwar Ibrahim membuat kenyataan akhbar di rumahnya di Segambut. Mereka ini lebih berwala' kepada Anwar daripada Abdul Hadi Awang!

Mereka inilah yang saya katakan bila bunyi saja germercingan locing di rumah Anwar mereka akan berlari untuk mendapatkan Anwar sanggup tinggal pinggan nasi demi Anwar. Mereka akan berlari bagaikan anak ayam takutkan helang.

Semoga 12 lagi ahli Parlimen yang tidak bersama kumpulan ini akan meneruskan sikap profesional mereka, perangai buruk janganlah diikut. Kepada dua naib presiden Pas, Sallahudin Ayub dan Mahfuz Omar yang tidak termasuk dalam kumpulan ini diucapkan syabas kerana tindakan anda kali ini betul.

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz speaks the truth nothing but the truth. Hidup PAS! Hidup Pakatan Rakyat! Hidup Rakyat Malaysia!

Anonymous said...

Nik Aziz ni sudah melalut.Tak layak bergelar ulamak kerana sikapnya jauh menyimpang dari agama islam.Dia berdendam,maki hamun dan menyeleweng agama. Dia patut digelar Ularmak Israel.Wahai pengikut2 PAS,dermalah otak dan mata anda kepada mereka yang memerlukan kerana anda semua tidak menggunakanya.Anda meyembah Nik Aziz.

Anonymous said...

PAS berimamkan pemimpin yang menegakkan Islam. Sekular UMNO sudah tentu resah dan mula membuat fitnah kepada PAS. Macam biasalah kerja munafik tu tak lain untuk membuat kerosakan di muka bumi ini dan bermati matian menolak Islam..sejak zaman Nabi lagi..dulu, kini dan selama-lamanya. Tak ada faedahnya melayan munafik ni.

Anonymous said...

Pergilah PAS tidur dengan Mother of corruption UMNO ..

Pertama kali saya mengundi PAS pada tahun lepas kerana saya benci pada UMNO ...

Saya bukan melayu tetapi , Nik Aziz adalah PAS member yang saya sanjungi ..

Siapa yang dapat mempertahankan Kelantan sekian lama .. Itulah Tuah Guru Nik Aziz .. fikirlah ..

PAS menang banyak kerusi bukan kerana PAS power .. menang itu kerana Semangat Kawan Pakatan Rakyat ...

Saya tak kisah PAS still dalam PR .. tapi majority orang muda akan menyokong PR ... PKR boleh letak orang melayu dalam kawasan PAS dan biarlah PAS rebut kerusi dengan UMNO, MIC, MCA , Gerakan jikalau mahu join Barisan Neraka..

Skuad Peninjau said...

Kata Tok Guru pada Ustaz Nasa,"Apa buat sampah, menyusahkan!"

Dulu Tok guru dah kata jangan buat, dia buat jugak sampah dalam gelap, lepas nampak macam tak berapa serik, try gak buat pe'el tuh skali lagi.

Sekarang Ustaz Nasa dah buat sampah, kita nak buat camner?

Sapu ajer sampah tu dengan dia2 skali masuk dalam bakul sampah.

Tutup cerita.

mail said...

tulang besi....

bagi nama orang yang hang maksudkan…….kalau hang berani dedah la…….kalau setakat dedah mcm ust ahmad awang, nepal kutip sawit pun boleh…..aku cabag hang.aku bukan main2 ni.

fidarulmiah said...

baca berita tu, sah la yg dimaksudkan pendengki yg dimaksudkan TGNA tu UMNO yg membuat tuduhan liwat.

Tapi tulang besi yg berlatarbelakangkan very technical ini yg mengutamakan fact dari opinion telah berpendapat bahawa sebenarnya orang PAS yang berpakat dengan Saiful menuduh DSAI liwat.

Ini fact atau opinion???

Anonymous said...

saya harap tulang besi baliklah ke malaysia .. pegang jawatan peringkat cawangan , mtd, kawasan dan minta percalonan calon presiden... jgn dok bercakap di luar pagar je....

mail said...

nampak dari rentetan statement yang telah dibuat oleh TGNA, menunjukkan yang beliau ini seorang yang setia apabila dah buat janji, iaitu janji dalam PAKATAN RAKYAT. pada masa yang sama statement beliau ini lebih menyokong puak ERDOGAN kerana memang puak ERDOGAN menyokong kuat PR.

di masa yang sama, saya fikir, TGHH punya pandangan yang lain, pandangan yang mana cuba mahu menyelamatkan umat islam yang mungkin berbahaya dalam menghadapi situasi yang agak mencabar selepas PRU 13 nanti. mungkin contoh di bawah boleh di buat rujukan berguna :

PANDANGAN 1

saya tertarik dengan beberapa ‘perbahasan didalam banyak blog-blog’ berhubung UG, saya rasa kita sebagai ahli yang menyumbang sokongan, buah fikiran, masa, wang ringgit, penerangan dan lain22 lagi kearah pemantapan PARTI PAS yang berjuang untuk menegakkan ISLAM mesti berfikiran terbuka, berlapang dada, jangan emosi. ini adalah 1 fasa untuk samada membina kekuatan perjuangan islam melalui pas, atau memberi kesan kepada kejatuhan, persepsi negatif atau merugikan parti pas dan perjuangannya yang akan kita wariskan kepada generasi mendatang.

nampaknya masing2 berhujah dan punya hujah, masing2 mempertahankan hujah, ada penyokong dan ada penentang, inilah namanya saya kira perbincangan atau perdebatan tetapi perlu di’sihat’kan sedikit.

mungkin perjuangan rashid maiden(di akhir hayat beliau di sempadan Thailand beliau mengajar al-quran kepada anak2 di perkampungan tersebut), shamsiah fakeh dan pkm melayu yang seangkatan bole dijadikan contoh.mereka ini pada asalnya mahukan kemerdekaan dengan penentangan dengan british, pada masa itu, hasrat mereka sangat baik, tetapi kenapa memilih pakatan komunis untuk memperjuangkan hasrat suci? terbukti mereka telah terperangkap sehingga akhirnya mereka tak bole keluar dari belengu komunis lagi.kemerdekaan juga bukan melalui perjuangan mereka, walau mungkin ada sekelumit sumbangan di dalam british menilai sekiranya tak beri kemerdekaan, lama2 penentanga komunis bertambah mendapat sokonga.tetapi apa jadi dengan onar yang PKM telah lakukan.

saya melihat UG mempunyai ciri2 di atas(bukan kata mereka komunis) iaitu hasrat yang murni tetapi jalan yang salah…..

manakala penentang UG pula saya contohkan sebagai BERADA DALAM MULUT BUAYA, TAPI NAK LAWAN DENGAN HARIMAU.ini kerana PAS merasa kuat berada bersama PKR dan DAP, tetapi samada sedar atau tidak berada di dalam MULUT BUAYA(PKR @ DAP) pada masa yang sama nak/sedang berlawan dengan UMNO/BN(HARIMAU-mungkin harimau sedang nazak).apabila harimau kalah nanti, bakal cerna dalam gasto(perut) buaya, kalau kalah kena makan/bunuh dengan harimau nazak,sekali PKR+DAP+PAS kalah.

saya buat contoh binatang ni supaya senang difahami, bukan kata samakan dengan binatang_takut2 gak, sensitif plok nanti

+%&-ada pendapat mengatakan sebaik2nya pas berjuang seperti zaman dulu, bersendirian,perbaiki mana yang salah, kukuhkan penghayatan islam, perkemas aqidah,akhlak, ekonomi,kuatkan dakwah pada non muslim, tambah ahli, pendidikan disamping masa sama berjuang dalam demokrasi. nanti dengan sendirinya rakyat akan menyokong kita.ikutilah jalan dakwah nabi, mula dari period makkah, apabila dah kuat, mulakan langkah period madinah.

ini satu pandangan yang terbuka, bole dikritik, pandanga +%& diatas bukanlah bermaksud mau bawa pas kebelakang, tetapi mau bina kekuatan dulu, kita orang islam sangat lemah aqidah, akhlak, ibadah, bukankah selalu juga kita dengar KEJAYAAN UMAT ISLAM AKAN DICAPAI APABILA SOLAT SUBUH JEMAAHNYA SEPERTI SOLAT JUMAAT’.
FIKIR-FIKIRKAN.

.

mail said...

sambung.....

PANDANGAN2.
ini lah masa yang paling sesuai, pas kena bijak menggunakan ruang dan peluang, kalau benar ahli2 pas secara majority menolak unity goverment kerana tak mahu bersama dengan umno bn yang corup, kronism, zalim, MENOLAK ISLAM ATAU MENERIMA ISLAM MENGIKUT NAFSU dan lain2 lagi, maka pas mesti kembali kepada pakatan rakyat menuntut PERNYATAAN DAN PENDIRIAN PARTI masing-masing terhadap HUKUM SYARIAH, HUKUM HUDUD DAN ISLAM SERTA BERTANYA BENTUK KERAJAAN YANG MCMMANA yang diimpikan sekiranya menang PRU13 nanti.adakah pembahagian berdasarkan kaum dan agama,pembahagian kerusi parlimen juga menurut kaum
dan agama dan macam-macam lagi yang perlu dinyatakan secara terang lagi bersuluh….inikan soal mentadbir negara, mana bole main dalam GELAP atau main BELAKANG

“Tuai padi antara masak, nanti jangan layu-layuan, Intailah kami sementara nampak, nanti jangan rindu-rinduan”

itu pantun p ramlee yang sering diutarakan oleh bang mat sabu.harap pantun itu juga digunakan untuk mengambil peringatan di atas perlakuan ahli-ahli pas yang pada pandangan saya agak
terburu-buru. selesaikan lah dengan sebaik mungkin sebelum kita sendiri yang menyesal……

Anonymous said...

TOK GURU adalah ulama ulama uang waras. Tau dosa,pahala, janji dan kewajipan. Orang yang kuat agama dikatakan tau menilai yang baik dan buruk.Bukan macam pemimpin UMNO dan kuncu kuncu sanggup bersumpah atas Kitab Suci di Masjid walaupun nun jauh di hati dah tau dan batang ada karat air mukulia dan lobang bontut cuma ada kesan keluar tai saja.
Kawan kawan PR , Awas! ada ramai yang dah syok dengan kentut najis bontot tak cuci di blog ni. Bapak borek , anak rintik, Bapak pengkongkek, anak jilat mat saleh,

Anonymous said...

Allah swt berfirman (yang bermaksud):
Kalaulah mereka keluar bersama - sama kamu , tidaklah mereka menambah kekuatan kamu melainkan menambah kerosakan dan tentulah mereka melakukan hasutan di antara kamu dengan tujuan hendak menimbulkan fitnah [ kekacauan ] dikalangan kamu , sedang ada diantara kamu orang - orang yang suka mendengar hasutan mereka dan ingatlah Allah swt Maha Mengetahui akan orang - orang yang Zalim .

Surah At Taubah : 47

keraspedal said...

pikirin gua,si pendengki tu adalah terdiri dari org lama pas tetapi tiada pengaruh ahli pas,sedangkan anwar yang dulu menentang pas mendapat banyak pengaruh ahli pas selepas tregedi sep 1998.

dato seri nizar pun rasanya gitu gak,beliau tidak "famous" sangat dulu,pengaruh kat perak adalah,tetapi selepas peritiwa rampasan kuasa,beliau punyai pengaruh kedua terbesar dalam pas selepas TGNA.yang dah lama dalam pas ni kecil hati ler.

yang dengki dgn TGNA,gua tak fikir ada lah...sebab gua tgk ustaz mustafa ali walaupun kelihatan pro haji hadi,beliau begitu hormati TGNA..

Yong said...

Yong setuju dengan Mail. Namakan sapa orang PAS yang minta Ustaz Ahmad Awang tolong usahakan KERAjaan umNO-PAS tu. Kami rakyat Marhaen nak tahu siapa pengkhianat itu. Jadi takdelah kami asyik tembak guna peluru penabur je. Kot pengkhianat itu dah disahkan, kami guna peluru Perak. Biar tepat!

subramaniam said...

long live tok guru.....seorang ulamak islam yg amat kami kagumi kerana kesederhanaan nya.teruskan perjuangan TOK GURU.HIDUP DSAI,HIDUP NIZAR!!!!!

subramaniam said...

fder

Anoinimuz said...

HASAD & DENGKI.. penyakit turun temurun...Kononnya mereka bernaung bawah ulama..Duduk dengan orang yang soleh-soleh..Tak ada tempias Hasad dan sume yang kuar dari mulut mereka adalah citra & visi ulama yang benar kununnya..Tapi perangai dan tindaktanduk tak menggambarkan mereka seperti itu, malah ada yang sanggup bermesyuarat untuk memposisikan orang2 "mereka" kat sana-sini..hasilnya, tgklah sekarang..HANCOQ

Moga Allah membalas segala perbuatan mereka keatas batang tengkuk mereka sendiri..Kalau mereka ada niat yang jahat..

Anonymous said...

PAS bodoh..ingat dia dah kuat sgt nk perintah Malaysia..ingat boleh menang dengan cara sendirian kat Malaysia ni.Pi la pilihan raya sejuta kali pun, PAS akan pi mai pi mai tang tu jugak.macam tahn 70an dulu.

C++ said...

Bhai... hasil dari borak-borak gua ngan beberapa kumpulan dalam PAS... gua dapati benda nie betul..

Ader puak-puak yang tak senang dengan Anwar... sampaikan siap melabelkan orang itu dan orang ini adalah orang Anwar..

Pada gua.. satu jer... bagi kes Pakatan Rakyat ... buat masa nie.. potensi untuk jadi PM cuma Anwar jer... dan terbaru yang menjadi pilihan penyokong PR adalah Nizar Jamaluddin... (ini kira backup)..

Kalau Anwar kena penjara... Nizar akan jadi PM pakatan rakyat... percayalah..

fatwapujangga said...

Ikutilah panduan yang dikemukakan oleh Ustaz Mustafa Masyhur selaku Mursyidul Am Ikhwan Muslimin.

Pemberita Muslim Contoh.

1. Yang dikehendaki dengan pemberita muslim contoh ini ialah mereka yang mahir dalam kerjanya dan berpegang dengan adab-adab Islam, mengambil berat dengan berita yang benar dengan tidak dikurangkan atau ditambah-tambah atau diubah dari keadaan yang sebenar.Analisanya hendaklah secara objektif dan dapat memberi faedah kepada pembaca serta memberi gambaran yang sebenar dan jauh dari mencaci dan menyakiti orang lain.

2. Ianya hendaklah mengambil berat kritikan yang membina dan yang tidak meruntuh, berkata benar walaupun pahit dengan tidak bermujamalah atau takut.

3. hendaklah ia bertimbangrasa ; bagi yang berbuat baik, hendaklah dikatakan kepadanya baik, dan yang berbuat jahathendaklah dikatakan jahat dengan bahasa yang lembut dan dapat diterima olehnya.

4. Jangan menggunakan bahasa yang mendekatkan diri dengan orang yang berkuasa dan jangan jiga menggunakan bahasa yang mempengaruhi atau berbentuk ancaman.

5. Pemberita hendaklah bijak manghubungkan isu-isu dan berita yang ditulis dengan dakwah kepada Allah supaya manusia tahu bahawa agama Allah meliputi segala bidang kehidupan , berperanan disetiap tempat , mengarah , menghukum dan menyelesaikanya.

6. Ia hendaklah hidup bersama-sama dengan masalah masyarakat yang dihadapi, bersama-sama dengan perasaan mereka, dan bekerjasama didalam menyelesaikan masalah masyarakat secara Islam dengan orang yang ahli dalam bidang itu.

7. Ia hendaklah sedar tentang apa yang disiarkan oleh musuh-musuh Islam dan talibarut mereka yang menentang Islam dan gerakan Islam. Ia hendaklah membatalkan segala pembohongan mereka terhadap Islam dan dapat mengemukakan kepada manusia dengan cara yang baik.

Sementara itu dalam bab Penulisan pula Ustaz Mustafa Masyhur menghidangkan kepada kita seperti berikut:

Penulis Muslim Contoh .

1.Hendaklah bijak didalam memilih tajuk yang sesuai didalam dakwah, menghuraikan tajuk tersebut dengan gaya bahasa yang baik dan jelas yang maknanya sampai ke hati dan akal manusia serta boleh memberi kesan yang dikehendaki.

2. Yang dikehendaki penulis Muslim contoh ialah berpegang dengan kefahaman Islam yang betul dan jauh dari penyelewengan dan salah faham.Ia hendaklah mengira berapa banyak dosa yang akan di ditanggungnya jika pembaca-pembaca terpengaruh dengan tulisan yang salah itu.

3. Penulis Muslim yang mempunyai bakat didalam penulisan dan sebaran am hendaklah disuburkan bakat itu dan dimanafaatkan. Dengan kehadiran mereka yang terdidik dengan didikan Islam ini diharapkan tidak ada ruang didalam bidang penulisan / sebaran am ini yang tidak dimanafaatkan dan diambil faedah darinya itu.

4. Cerpenis Muslim hendaklah mengemukakan pendapatnya dan menyelesaikan setengah masalah bagi semua peringkat dari kanak-kanak, pemuda dan pemudi, orang dewasa lelaki dan perempuan dengan cara cerita yang mempunyai tarikan dan ada kesanya.

5. Penyair/ karyawan Muslim contoh yang memberikan sumbangan melalui karyanya didalam setengah masalah hendaklah mencipta nasyid/sajak yang menimbulkan semangat berjuang dikalangan pemuda dan kanak-kanak yang sedang meningkat kerana nasyid/ sajak juga mempunyai peranan untuk mempengaruhi jiwa manusia.

Semoga dengan sedikit peringatan yang dikutip dari Ustaz Mustafa Masyhur ini dapatlah kiranya untuk penulis dilaman ini menjadikan sebagai asas panduan didalam menulis.

Anonymous said...

Cukup menghairankan...! Satu dunia tau yang dalam umno tu penuh dengan segala penjenayah! You name them, they have them! Apa yang takde dalam umno...murderers, rapists,corrupt,slimy,conmen..etc, they've got everything..and yet people like Ustaz Hadi & Nasharudin still want to talk to these umno shits! Are you mad or what?

Chiselstone, Shah Alam

Anonymous said...

Datuk Seri Haji Hadi adalah perosak PAS. Dia adalah duri dalam daging seperti Dr. Mahatir kepada UMNO dan politik Malaysia secara amnya. Selepas pilihanraya lepas, kenyataan2 Haji Hadi tidak bersehaluan dengan Pakatan Rakyat.
Pernah sekali Haji Hadi menyatakan komen "Angan-angan Mat Jenin" terhadap DSAI.

sam raspiut said...

semalam (20jun), Utusan Meloya melapurkan Mustpa Ali (geng 'ganu panggil ustaz) memberitahu (bertitah?) hari ini akan diadakan mesyuarat diatara anggota PR, bagi menyatakan pendirian dan menjelaskan isu UG.

SUA @ SUB (setiausaha boneka/barua/baxx/yg sewaktunya) memberitahu;
selain beliau sendiri, pas akan diwakili presiden parti, dato'seri Hadi Awang dan timbalan presiden, nashruddin mat isa dan dua naib presiden.

Dari kenyataan SUB ini dapatlah kita simpulkan :

1)SUB menyamakan atau melebihkan dirinya dari Mursyidul Am dan menyamakan kedudukannya setara dengan Penasihat Umum PKR atau DAP, ygmana kebiasaannya isu dasar parti dalam PR akan dibincag dan diputuskan oleh pimpinan tertinggi PR. (kecuali mesyuarat itu tidak melibatkan penasihat PKR dan DAP)

2)sekiranya penglibatan SUB dalam mesyuarat tersebut membawa maksud kedudukan beliau setara dgn Mursidul Am, maka bermakna kedudukan SUB adalah lebih tinggi dari presiden sendiri!

3)Mengabaikan kehadiran dan fungsi Mursyidul Am didalam mesyuarat bagi menjelaskan pendirian parti atau dasar parti, akan menjelaskan bahawa PAS dibawah Hj Hadi adalah sebuah entiti kepartian biasa sebagaimana Umno, komponen BN dan rakan PR.

Membawa MASKSUD Pas Hj Hadi BUKAN lagi sebuah JEMAAH ISLAM yg memperjuangkan islam dan mewakili umat Islam.
bermakna Pas Hj Hadi HANYA sebuah parti dengan LABEL Islam, iaitu sebagai platform kuasa dalam politik dengan thema ugama!

Jadi, sebagai platform kuasa politik yg terpisah dengan Jemaah Islam secara prosedur dan kaedah pimpinan Pas tidak lagi terikat dgn adab jemaah dan kepatuhan agama.
bermakna kaedah menghalalkan cara dan pelanggaran hukum dsbgnya adalah diperbolehkan sebagai siasah politik kuasa dalam Pas.

kebolehan agama Hj Hadi sebagai Ahli agama adalah bersifat pribadi sebagai kelayakan tambahan menjawat jawatan presiden, TETAPI BUKAN kreteria asas yg diwajibkan bagi jawatan presiden.

bermakna sekiranya HJ Hadi berperanan sebagi ulama dia harus patuh kepada syura dan Mursidul Am ketua syura, bermakna tidak patuh kepada mursyidul am ketua syura dan juga ketua jemaah Islam adalah umat yg ingkar dan haram disisi ugama.

bermakna Hj Hadi adalah Presiden Pas ketua parti yg umarak yg terputus dgn jemaah, dan sekira dikaitkan dengan jemaah akan meletakan beliau sebagai ahli yang ingkar!!

sam raspiut said...

Blogger mail said...

+%&-ada pendapat mengatakan sebaik2nya pas berjuang seperti zaman dulu, bersendirian,perbaiki mana yang salah, kukuhkan penghayatan islam, perkemas aqidah,akhlak, ekonomi,kuatkan dakwah pada non muslim, tambah ahli, pendidikan disamping masa sama berjuang dalam demokrasi. nanti dengan sendirinya rakyat akan menyokong kita.ikutilah jalan dakwah nabi, mula dari period makkah, apabila dah kuat, mulakan langkah period madinah.
-----------------------------------------------------------------------------

saudara Mail,
maaf saya jawab (tambah), walaupun saya setuju sebahagian besarnya..

pertama, Pas dengan usul perjuangan menegakkan islam dan usul dakwahnya seharusnya meletakkan kerja kepartian, pilihanraya, pembahagian kerusi dan siapa yg berhak memerintah hanya sebagai helaian pemuka atau sebab bukannya matlamat ahkir.

kedua, konflik yg timbul penyelesaian bukan pada siapa majoriti atau siapa minoriti, ia berkenaan benar atau salah! patut atau tidak!

-berjuang seperti zaman dahulu bersendirian!.. pada saya ia tidak relevan. matlamat tetap sama kaedah yg berubah demi masa dan suasana.

1)bersendirian selama lebih 50th kecuali pada zaman perikatan 'kapal layar' bolehlah kita katakan period Makkah bagi Pas.

2)manakala kerajaan PR Perak pula adalah contoh period Madinah.
Pas yg paling kurang bilangan kerusinya memerintah! bukan itu contoh Piagam Madinah.
Tuduhan pro UG kerajaan Nizar gagal dan boneka adalah tidak benar; kerana dalam tempoh yg pendek Nizar berjaya melakukan banyak perubahan disebalik halangan undang2 tubuh negeri dan undang2 persekutuan yg menafikan pemerintahan islam.
jadi kita lihat disini, halangan pemerintahan islam yg baik bukan datang dari DAP dan PKR, tetapi dari undang2 persekutuan yg ditaja Umno dan juga halangan dari sikap wasangka kepimpinan pas sendiri.

3) jadi,perumpamaan rakan PR sebagai mulut buaya adalah tidak benar.
DAP parti orang bukan islam atau orang yg tidak kenal islam, tidak adil menuduh mereka menolak islam sebagaimana Umno yg telah lebih 50th menolak dan menghina islam. Dengan dakwah yg baik DAP adalah rakan yg baik bagi Islam.
M/kala, PKR sebagai serpihan Umno telah menolak Umno dan segala keburukanya pada dasarnya, kekurangan mereka berbanding Pas bukan alasan untuk menyamakan dengan Umno, mereka bukan lagi umno yg dasar asobiyyah dan sekularnya sudah 50th memijak islam.
dakwah Pas seharusnya menjadikan PKR adalah bahagian yg tidak lengkap pada Pas. iaitu bahtera yg membawa orang bukan islam mendekati dan menerima Pas.
Pra-syarat perpaduan adalah adakah mereka menerima islam, perpaduan tidak berlaku dgn orang2 yg memusuhi islam, apalagi dgn orang2 islam yg memusuhi islam seperti umno.

4)rakan PR mungkin dianggap buaya yg besar mulutnya tetapi ia belum menggigit sesiapa, seperti pak belang umno yg sudah 50th menggigit pas dan rakyat jelata. harimau yg sudah biasa menggigit perlu dihapuskan. manakala buaya yg belum menggigit seiapa seharusnya dilatih didakwah selayaknya.. bagaimana caranya??

Terpulanglah kepada pakar2 dakwah Pas yg begitu hebat cuba berdakwah dgn umno yg sudah 50th menolak agama!! Kalau tidak berdaya bermakna PR tetapi yakin dgn umno maka kita kena semak asas dan niat tersirat perjuangannya...

Anonymous said...

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Yusri Mohamad berkata, penubuhan kerajaan perpaduan PAS-Umno bukanlah sesuatu yang mustahil.

"Saya rasa ia tidak mustahil. Ia boleh dilaksanakan tetapi bukan mudah, namun boleh dilakukan," katanya dalam wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Untuk itu, katanya, perlu ada kesediaan, keberanian dan wujud proses komuniksi yang lebih terbuka.

"Ia tidak perlu terlalu tertutup dan juga terlalu terbuka.

"Ini kerana akan ada kelompok, walaupun perkara ini baik, tetapi atas niat tertentu, tidak mahu perkara ini dijayakan," katanya lagi.

Yusri berkata, kelompok ini tidak mahu hubungan politik antara orang Melayu Islam lebih baik dan tersusun.

"Memang ada orang yang mahu melihat pertentangan dan jurang yang terlalu luas antara kita.

'Tiada parti yang maksum'

"Kita sudah terbiasa dengan konsep pemerintahan pecah dan perintah dan cuba menjarakkan sejauh mungkin hubungan antara kaum," tegasnya.

Anonymous said...

Bagaimanapun, Yusri berharap, kalaupun cadangan tersebut tidak sampai ke peringkat penggabungan, "tetapi jika ia mampu meraapatkan hubungan, itu sudah cukup baik".

"Jika tidak, kita akan terus hanyut dengan suasana politik yang memabukkan.

"Tidak ada mana-mana parti politik yang maksum dan dalam Islam sendiri pun ada kaedah serta panduan mencegah pertentangan politik yang melampau," tambahnya.

Ditanya sama ada Abim boleh memainkan peranan untuk menjayakan pembentukan kerajaan perpaduan itu, Yusri berkata:

"Bagi saya, adalah lebih baik kita serahkan kepada pihak-pihak berkaitan. Peranan orang tengah boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja yang bersesuaian yang dirasakan perlu, ia termasuklah NGO Islam".

"Bagi saya jika kami diminta oleh pihak terlibat untuk memainkan peranan, maka kami akan turun padang," kata Yusri sambil menegaskan bahawa ia adalah hak sepenuhnya pihak-pihak yang terlibat.

mail said...

akhi sam raspuit....

sebenarnya ini yang saya mahu.kita berbincang, lontarkan kepada masyarakat idea2, namun mesti didatangkan juga dengan penyelesaian.cuba sebagai langkah mula, kita usahakan agar dipenuhi mesjid2 setiap kali solat waktu. sering kita kesampingkan kata2

UMAT ISLAM TAKKAN BERJAYA SEHINGGALAH SOLAT SUBUH JUMLAH JEMAAHNYA SAMA DENGAN SOLAT JUMAAT.

nampak remeh bukan?tapi inilah hakikatnya, tanpa mengira fahaman parti, kita himpunkan semua org islam lelaki ke mesjid untuk berjemaah.nanti kejayaan dan halangan akan mudah dibereskan.

lan said...

Orang yang dengki Anwar itu ialah BONEKA UMNO.

Adakah orang2 yang dengki Anwar itu ialah Hadi, Mustafa Ali, Nasha, Harun Taib dan Azizan Razak?

Hanya Allah yang tahu.

Anonymous said...

fatwapujangga said...

Salam.
Mso, sebenar saya amat terkejut apabila diberitahu bahawa kickdefella bertugas di pejabat MB.[gaji buta]beliau tk masuk opis pun,masa beliau banyak di Pejabat GMC, dengan pakaian isteri yang tidak senonoh, serta beliau yang merupakan perokok tegar tanpa segansilu merokok depan tok guru.
Pernah Isteri beliau dengan berambut perang seluar paras bawah lutut mengikuti krew GMC membuat rakaman video disebuah pondok, terkejut kambing para tok guru pondok.
Kemudian dengan menggunakan krew dan peralatan GMC beliau menubuh syarikat lain untuk mendapat projek, duit hasil projek dimasukkan ke akaun persendirian.Apabila beberapa orang staff mempertikai tindakan beliau,salah seorangnya bernama Hasri mereka ini telah dipecat kerja 24 jam.
Hasri telah mengadu hal ini kepada SUP, si Anwar Bukri, Jawap anwar" Ambo dok tau apo-apo , tak leh buat gapo".Kick tidak pernah menjadi ahli pas macam Mso juga. Ini lah musuh dalam selimut yang dipelihara oleh Husam Musa.Teruskan pendedahan kelicikan politik Husam Musa ala-ala umno ini.Selamatkan PAS dan selamatkan kerajaan kelantan dari Husam Musa dan Kickdefella.

Anoinimuz said...

dlm komen...lu bley laa nak cakap ....cilake punye fraksi umno...pegi la mampos dgn kayu...

antichegupa said...

Mesyuarat Ukhwah terus merunsingkan

Situasi yang kian meruncing mendesak Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang kembali ke tanah air lebih awal dari jadual asalnya.

Tindakan Presiden PAS itu dikatakan kerana rungutan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

Nasharuddin merungut diburu media-media arus perdana dan beberapa veteran PAS ekoran sokongan terbukanya ke atas Kerajaan Perpaduan versi Najib.

Mstar melaporkan Hj. Hadi pulang semalam dan terus ke rumah Nasharuddin.

Banyak juga wartawan-wartawan berhimpun di luar perkarangan banglo Nasharuddin, di Bukit Mahkota.

Chegu Pa dilihat datang kemudian dan tergesa-gesa masuk ke kediaman mewah itu ketika diserbu wartawan.

Dalam pertemuan itu juga, Hj. Hadi memberi jaminan untuk menjelaskan apa yang perlu kepada ahli-ahli mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan tengah hari ini di Parlimen.

Dikatakan pertemuan enam mata itu ada kaitannya dengan Mesyuarat Ukhwah anjuran Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Rumah Kelantan jam petang ini.

Chegu Pa mahu mendapat kepastian daripada Nasharuddin tentang persefahamannya dengan Mursyidul Am PAS itu.

Pertemuan lebih 2 jam itu nampaknya tidak menemukan jalan keluar.

Chegu Pa menggesa Nasharuddin menjelaskan mengapa Timbalan Presiden itu menghilangkan diri beberapa hari lalu, tetapi Timbalan Presiden PAS itu enggan menjelaskannya.

Chegu Pa ketika diserbu wartawan kemudiannya, menjelaskan sedemikian.

“Tiada agenda khusus mesyuarat hari ini, mesyuarat biasa saja,” helah Setiausaha Agong itu.

Pertemuan enam mata antara Nik Aziz, Hj. Hadi dan Nasharuddin secara tertutup petang ini tidak dapat dielakkan lagi

Paling bimbang adalah Chegu Pa kerana dia tidak tahu inti perbincangan.

Beberapa sangkaannya terhadap Nasharuddin tidak juga selesai walaupun sudah bertemu mata dengan Timbalan Presiden itu.

Chegu Pa mungkin tidak yakin bahawa penjelasannya selama 2 jam di Bukit Mahkota itu mampu mengukuhkan kepercayaan Hj. Hadi kepada dirinya.

Hari ini Nik Aziz tentu akan berkata sesuatu, yang sudah tentu akan membuka pekongnya lagi.

Dilaporkan juga, jam 1 petang ini akan diadakan Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Tingkat 14 Parlimen.

Mesyuarat itu dijangkakan akan berbincang dari hati ke hati antara Presiden PAS dan Timbalannya bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

Pakatan akan mengadakan mesyuarat hari ini… saya selaku Setiausaha Agung akan hadir,” kata Mustafa tetapi tidak menyatakan agenda khusus mesyuarat Pakatan Rakyat itu.

Adakah Chegu Pa berdusta lagi kepada media dan ahli-ahli PAS seluruh Malaysia?

Sumber dalaman Tingkat 14 Parlimen menjelaskan bahawa nama Chegu Pa tidak ada dalam senarai jemputan.

Sama ada Setiausaha Agong PAS itu dusta atau tidak, masih belum dapat dipastikan.

Adakah pertemuan 6 mata di Rumah Kelantan petang ini akan terus membuatkan Chegu Pa bertambah runsing?

Tuan-Puan yang dekat Chegu Pa boleh tolong jawabkan!

http://antichegupa.wordpress.com

Al-Manar said...

kita harap huru hara ini telah berakhir dengan penegasan pernyataan bersama oleh PAKATAN RAKYAT iaitu menolak UG.kepada mereka yang terlibat dengan onar ini mesti dihukum, jangan biarkan, nanti akan jadi amalan tak bijak di dalam politik PR.manatau lepas ini org PKR/DAP pulak buat onar, maka hukuman mesti juga dijatuhkan.

Al-Manar said...

harap kita akan kembali memperkukuhkan PAKATAN RAKYAT dan jangan lupa untuk menghukum mereka2 yang membuat onar,mesti di ambil tindakan.jangan nanti kalau org lain tak kira dari parti mana yang buat onar, takkan terlepas begitu saja.

Anonymous said...

KRITIKAN DAN HASAD DENGKI PADA DASARNYA ADALAH PETANDA BAHAWA DSAI MEMILIKI HARGA DIRI DAN DARJAT DI SISI ALLAH SWT.SEBAB, MANUSIA TIDAK AKAN MENENDANG BANGKAI ANJING DAN ORANG-ORANG BODOH, PASTILAH TIDAK AKAN TERKENA SASARAN PENDENGKI.

Anonymous said...

UMNO di kala ini,tenggelam dalam kolam duka kerana ukhuwwah dalam PAS tertaut kembali,sementara Pencinta PAS menangis gembira syukur tak terkata,Puji bagimu Tuhan atas kurniamu.Ada pihak lain juga berduka,sama seperti UMNO berduka.Ketahuilah jika ada sebesar zarah dari rasa duka di dalam hati anda kerana selesainya sengketa ini,andalah sebenarnya fraksi UMNO dalam PAS,biar segunung sumpah anda mengaku pencinta PAS tegar.

fuziah said...

ni cerita ogos tahun lepas...tgna baru kata salahtanggap ni telah dibetulkan pada 23 jun lalu...tulang besi idupkan cerita lama dgn niat nak laga2kan pimpinan pas..sah..tulang besi ..agen umno yg tgna katakan punca pecah-belah...buka topeng anda..akhlak sesama islam anda telah luntur, anda tak layak menjadai ahli PAS...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.