Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 9, 2009

Ahmad Awang Buktikan Wujud Fraksi UMNO dalam PAS

Akhirnya, Ustaz Ahmad Awang, bekas Naib Presiden PAS Pusat, telah mendedahkan bahawa wujud usaha membawa PAS kepada UMNO. Boleh rujuk kepada ucapan Ustaz Ahmad Awang di bawah.

Benarlah Husam Musa apabila beliau berkata tujuan beliau menentang Ust Nasa baru-baru ini adalah kerana untuk menghalang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Ia juga membuktikan bahawa:

a. Tidak wujud usaha untuk menjatuhkan ulama dalam PAS
b. TIdak wujud untuk menyebarkan kekuasaan Anwar Ibrahim
i - Yang sebenarnya hanyalah usaha untuk menyebarkan pengaruh Mursyidul Am
c. Tidak wujud usaha untuk meliberalisasikan PAS ke arah menjauhkan diri dari Islam
d- Membuktikan wujudnya Fraksi UMNO dalam PAS

Yang sebenarnya konflik yang wujud sekarang ini adalah hasil dari usaha beberapa pihak untuk membawa PAS kepada UMNO, seperti yang didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang itu.

Lihatlah betapa bebalnya sesetengah penyokong PAS. Di bawah adalah komen dari seorang penyokong PAS bernama AFyan yang sama sekali tidak nampak isu yang sebenar tetapi menaikkan isu-isu bebal seperti PKR itu sekular dsbnya.

Hasilnya, ahli PAS seperti Afyan sebenarnya menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO, secara sedar atau tidak. Lihatlah salah satu komen beliau seperti dibawah:

"
June 6, 2009 9:02 AM

Delete
Blogger Afyan said...

PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.
Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.
Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.


Anwar ternyata tidak pandai mendidik orang-orangnya sehingga berlaku tragedi hitam di Perak.
Namun, tiada siapa yang mngecam Anwar dalam hal ini.
Seandainya ia berlaku di dalam PAS, nescaya Tok Guru HAji Hadi akan dikecam hebat oleh para penyokong Anwar.
====
Begitu juga sekiranya jika ulama yang buat press conference, nescaya ramailah yang akan mengecam.
Tetapi apabila yang pro-Anwar yang buat cenference tidak ada apa-apa."

Penyokong2 puak2 Fraksi UMNO ini seperti tidak ketahuan. Mereka menyalahkan orang tanpa sebab. Mereka membuat tuduhan rambang dan liar kepada orang lain, padahal mereka sebenarnya menutup agenda mereka yang sebenar, yakni membawa PAS kepada UMNO.
Lihatlah bahagian yang di "bold" seperti di atas. Tuduhan Anwar cemburu, dan penyusupan melalui proksi adalah tuduhan rambang dan tidak masuk akal.

Mereka membuat tuduhan liar dan fitnah ini kerana mahu melindungi pemimpin mereka yang telah berbohong kepada AJK PAS Pusat dan ahli PAS keseluruhannya dengan menyatakan mereka tidak pernah berjumpa dalam gelap.

Orang seperti Afyan ini lebih rela menyokong pembohong dari pimpinan yang tetap atas landasan perjuangan PAS.

Mengenali Fraksi UMNO Dalam PAS- BAgaimana?

Akhir sekali, amat mudah mengenali Fraksi UMNO dalam PAS. Sesiapa sahaja:

a. yang menyokong usaha berdakwah dengan UMNO,
b. kerajaan perpaduan,
c. Muqabalah
d. yang mengatakan kita PAS adalah parti dakwah dan perlu berdakwah dengan UMNO
e. dan juga, yang tidak mahu mengatakan TIDAK kepada cadangan PAS masuk BN

Mereka inilah Fraksi UMNO dalam PAS.

Tulang Besi

104 comments:

Anonymous said...

pkr dan umno sama-sama berkongsi ideologi sekular.selagi berpaksikan ideologi sekular,selagi itulah umat islam akan diancam oleh amalan korup.fraksi umno dlm pas merujuk kepada ahli pas yg tidak menyokong kepimpinan ulama.yg masih ragu-ragu kepada presiden pas itulah fraksi umno.yg menyebar dakyah mencerca presiden itulah sebenarnya musuh dlm selimut pas.

Tulang Besi said...

PKR parti sekular yang mempunyai pemimpin yang menyokong hudud.

UMNO satu parti menolak hudud

Nizam Mahmud said...

Annoymous,

Bagaimanakah pula mereka yang cuba memujuk seorang Ulama iaitu Ustaz Ahmad Awang untuk mengkhianati kawan sendiri.

Bagaimana pula dengan mereka yang berkata bahawa nilai pendapat seorang Mursyidul Am adalah untuk diri nya saja dan tidak ada kena mengena dengan jemaah.

Perlu lah di tambah, si dia yang dah naik tocang walaupun baru no 2 ini berasal dari Negeri Sembilan tapi menumpang menjadi Ahli Parlimen Bachok, Kelantan yakni negeri yang dipertahankan Tok Guru Nik Aziz berpuluhan tahun lama nya.

Sila la balik ke kawasan setelah menghina Tok Guru Nik Aziz, itu pun kalau berani. Sayang orang Kelantan pada Nik Aziz jangan lah di pandang rendah.

Saya merasa takjub sekali. Di mana-mana gerakan Islam di dunia, Mursyidul Am adalah nakhoda jemaah tersebut. Ahli-ahli gerakan Islam ini, tak payah la nak cakap merendahkan pendapat Mursyidul Am, malah mereka sanggup mati mempertahankan Mursyidul Am.

Tetapi di Malaysia ini sudah terbalik jadi nya.

Ada juga penyokong PAS yang kata bahawa PAS adalah sama taraf dengan Hamas di Palestin.

Minta maaf lah banyak-banyak wahai ahli PAS. Korang cuma bermimpi saja.

Lihat saja rumah Timbalan Presiden kamu itu, setaraf dengan pemimpin Fatah! Dah la tu, kepala Mursyidul Am boleh senang-senang saja di pijak macam itu saja.

Orang-orang PAS tolong jangan mimpi boleh? Hehehe

Anonymous said...

pkr menyokong hudud,tetapi dalam masa yg sama berpaksi pada fahaman sekular dan agenda human right barat.pkr masih tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai agenda perjuangan dan perlembagaan negara islam.ambil islam separuh2.

Nizam Mahmud said...

Sebagai tambahan kepada artikel TB

e. dan juga, yang tidak mahu mengatakan TIDAK kepada cadangan PAS masuk BN


Tambahan

f. Yang mengajak pemimpin PAS untuk menikam rakan-rakan dalam PR seperti yang berlaku di Selangor dan juga Perak

g. Yang menyalahkan semua nya ke atas Anwar Ibrahim.

Nizam Mahmud said...

pkr menyokong hudud,tetapi dalam masa yg sama berpaksi pada fahaman sekular dan agenda human right barat.
-----

Kena tambah lagi ciri-ciri fraksi UMNO

h. Yang mengeluarkan kenyataan keliru seperti berkata orang sekular menyokong Hudud. Sejak bila pula sekular tapi menyokong hudud? Kalau macam itu Hj Hadi juga sekular sebab nak laksanakan hudud.

sam raspiut said...

babak fraksi umno ini mudah lupa, hari tu dia meyokong idea assobiyah melayu umno itu juga islam, hari nipenuh ekstrimist mengatakan umno, Pkr dan DAP adalah sekular.

hari tu rasa melayu islam tak cukup kuat sehingga perlu bergabung dengan melayu sekular umno, hari ini pula katakan, kapal Pas dah cukup kuat tak payah tumpang orang.. mana satu betul?

kedua-dua semada UG atau bodoh sombong berjuang sorang2 semua menguntungkan umno dan memusnahkan Pas. inilah idea fraksi umno.. siapa fraksi umno yg kecik-kecik berselindung atau yg besar terang-terang?

fraksi umno ni idea berdakwah bukan atas nilai takwa tapi untuk merosak Pas atas platform agama, dengan kata lain mereka semua pendusta agama!!!

Anonymous said...

penuh bersentimen dan emosi ahli pkr diatas.tiada ulama pas yg mahu parti pas rosak.balik tnya anak ape itu kerajaan perpaduan.apa sebenarnya kerajaan perpaduan yg ingin dibawa?adakah sama mcm dulu?..adakah ulama akan mudah ditipu sekali lagi??..tidak semudah itu.presiden pas tak akan merosakkan parti pas.hanya pkr yg bersentimen

Anonymous said...

wahai penyokong kebenaran... ingatlah....
Orang-orang mukmin itu berada di antara 5 kesusahan, iaitu:-
1. Orang mukmin yang dengki kepadanya
2. Orang munafik yang membencinya
3. Orang kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang menentangnya!
jgnlah kita berbalah sesama kita, biar kita berbeda pendapat, ttp jgn smp merosakkan ukhwah, jgn smp bermusuhan kpd ulama'.. musuh kita hanya satu, golongan munafiq yg kita tahu siapa mereka selama ini... sedarlah mereka (munafiq) hnya mahu berbaik2 dgn kita selama mn kita mempunyai kepentingan... wahai da'i, jgnlah smp kita masuk ke dalam lubang yg sama pada kali ke dua! kerana di kala itu, penyesalan sudah x berguna, maruah tercalar!

Anonymous said...

kepada nizam mahmud.baca betul2 semua komen2 diatas..

Tulang Besi said...

PKR parti sekular yang mempunyai pemimpin yang menyokong hudud.

UMNO satu parti menolak hudud

June 8, 2009 8:29 PM

Anonymous said...

pkr menyokong hudud,tetapi dalam masa yg sama berpaksi pada fahaman sekular dan agenda human right barat.pkr masih tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai agenda perjuangan dan perlembagaan negara islam.ambil islam separuh2.

June 8, 2009 8:34 PM

Anonymous said...

Nizam Mahmud said...

Kena tambah lagi ciri-ciri fraksi UMNO

h. Yang mengeluarkan kenyataan keliru seperti berkata orang sekular menyokong Hudud. Sejak bila pula sekular tapi menyokong hudud? Kalau macam itu Hj Hadi juga sekular sebab nak laksanakan hudud.

June 8, 2009 8:39 PM


yg mengeluarkn kenyataan tu adalah tulang besi.anda tanyala dia sendiri samaada dia fraksi umno ke bukan fraksi.

Grand Marquis said...

Yang dikatakan fraksi UMNO tu ialah Ustaz Haji Hadi, president PAS dan Ustaz Nasharuddin, seorang old timer pass yang sudah 3 penggal pengang timbalan president PAS.

Kalau tuduhan TB bahawa mereka ini fraksi UMNO, kenapa selama PAS di bawah perintah mereka berdua ini, kita tidak lihat pun PAS masuk UMNO? Kenapa sudah begitu lama mereka perintah PAS tiba-tiba mereka ini dituduh menjadi fraksi UMNO (baca agen UMNO?).

TB menggunakan istilah fraksi UMNO semata-mata sebagai propaganda untuk menggambarkan bertapa buruknya mereka yang menyokong muzakarah dengan UMNO, kerana perkataan fraksi itu sendiri memberikan gambaran seolah-olah mereka ini adalah "agen" UMNO. Apakah ustaz Hadi dan Nasha agen UMNO?

Tidak perlu kepoh satu dunia kononnya wujud "fraksi UMNO" dalam PAS. Semua orang pun tahu ada yang pro muzakarah dengan UMNO.

Yang lebih penting untuk dibuktikan ialah adakah wujud pula fraksi Anwar dalam PAS. Apa kata kita mula dengan Kamaruddin Jaafar dulu.

Anonymous said...

Ahli DAP pun sokong hudud..no wonderlah..Anwar

Tapi Kelemahan Anwar,Tak leh Tarbiyyah Ahli.Husam bleh ke?Ahli ok ke?Klu husam bleh ,i follow(ala-ala saleh yaakop)

nizamtoha said...

PAS adalah bahtera yang selamat - Presiden PAS

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia.

Presiden PAS menegaskan, sesiapa yang meninggalkan bantera itu, pastinya akan tenggelam.


Beliau turut menjelaskan beberapa isu membabitkan 'tahaluf siyasi' hari ini yang dilakukan PAS dalam mendepani politik nasional.



"Allah memerintahkan supaya kita mengutamakan perdamaian kerana matlamat adalah untuk menyelamatkan manusia," ujarnya.

Beliau turut menyatakan PAS tidak boleh menutup ruang kepada mana-mana pihak, sebaliknya terbuka untuk menerima semata-mata untuk memberi kebaikan kepada manusia.

Presiden PAS juga menyatakan, muktamar PAS kali ini berjalan baik "walaupun ada keriuhan tetapi tidak ada kekacauan".

Beliau menyeru sidang muktamar meneruskan perjuangan dengan tema muktamar 'Islam Memimpin Perubahan'


-Harap kepada mangkuk2 ayun anwar,tolong baca elok2.Jgn Tolak presiden sendiri...

kosing said...

Mana mana parti kalau dah lebih 50 tahun usianya, inilah kesudahannya. Kalau ada dua orang dalam parti sahaja pun, lambat laun akan bercanggah pendapat sudahnya. Apatah lagi kalau ada ribu-ribu pemimpin, penyokong dan ahli. Masa susah tawajjuh, tawadduk dan ikhlas sahaja tapi bila dah senang kebendaan datang menggoda. Lahirlah pendapat dan kias-kias yang bertujuan menghalalkan keinginan nafsu.

Inilah kesudahannya perjuangan yang menobatkan demokrasi lebih daripada cara perjuangan nabi dan sahabat.

Majoriti bukan segalanya. Islam bukan bersandarkan majoriti. Kalau ada 10 orang, 7 undi pergi tengok wayang dan 3 undi pergi masjid, adakah pergi tengok wayang jadi halal?

Inilah yang terjadi kpd PAS dalam muktamar ke 55 ini. Majoriti dah berkenan dgn Ust Nasa, maka terimalah. Kalau tak nak terima, tolak-awal-awal cara mengundi.

Perjuangan parti ni memang sah tersasar. Carilah kaedah yang menyamai cara perjuangan nabi dan sahabat. Mereka sebenarnya yang berjuang di seluruh dunia menepati ” rahmatan lil alamin ” bukannya rahmat setakat malaysia ini sahaja.

Abd Razak said...

Grand Marquis said...

Yang dikatakan fraksi UMNO tu ialah Ustaz Haji Hadi, president PAS dan Ustaz Nasharuddin, seorang old timer pass yang sudah 3 penggal pengang timbalan president PAS.

Kalau tuduhan TB bahawa mereka ini fraksi UMNO, kenapa selama PAS di bawah perintah mereka berdua ini, kita tidak lihat pun PAS masuk UMNO? Kenapa sudah begitu lama mereka perintah PAS tiba-tiba mereka ini dituduh menjadi fraksi UMNO (baca agen UMNO?).

TB menggunakan istilah fraksi UMNO semata-mata sebagai propaganda untuk menggambarkan bertapa buruknya mereka yang menyokong muzakarah dengan UMNO, kerana perkataan fraksi itu sendiri memberikan gambaran seolah-olah mereka ini adalah "agen" UMNO. Apakah ustaz Hadi dan Nasha agen UMNO?

Tidak perlu kepoh satu dunia kononnya wujud "fraksi UMNO" dalam PAS. Semua orang pun tahu ada yang pro muzakarah dengan UMNO.

Yang lebih penting untuk dibuktikan ialah adakah wujud pula fraksi Anwar dalam PAS. Apa kata kita mula dengan Kamaruddin Jaafar dulu.

kpd grand marquis...jgn hang nk putar belitkan kenyataan lg le...sbb utama PAS x masuk bn adalah kerana ia mendapat tentangan yg kuat dr Tok Guru Nik Aziz dan yg ahli2 PAS yg lain...bila ditanya kata xde pertemuan...bila pak lah dedah ada pertemuan terus kelam kabut sehingga buat cerita yg pertemuan itu direstui oleh Majlis Syura dan AJK PAS yg lain tetapi bila minta bukti terus senyap...utk pengetahuan semua(bukan utk grand marquis kerana beliau sentiasa akan pertahankan hujahnya yg dangkal dan bebal tanpa ada fakta yg menyokong kenyataannya) sehingga skrg tidak ada hitam putih atau kenyataan rasmi dr Majlis Syura dan AJK PAS Pusat yg mengatakan mereka merestui perteemuan itu...lps tu bila dh gelabah nasa ckp yg dia berjumpa atas kapasiti peribadi...xnampak lg ke...ko jgn igt leh tipu semua org lg le...ko ngan geng2 ko cam nizam toha tu sama je...ko igt kitorang ni org2 saluran 1 kt kampung2 lg ke yg mudah ditipu oleh umno time mengundi(korang lg bodoh le sbb mengaku PAS tp mudah ditipu oleh umno)...kebanyakan maklumat yg aku dpt sama ada melalui blog atau lain2 mengenai usaha nk bawa PAS masuk umno ni ada fakta dan hujah yg kuat...

Yg korang lak bg hujah xde fakta dan hujah yg kuat tetapi berdasarkan perception...dh sebijik perangai umno...sudahlah korang...jgn igt ko boleh perbodohkan kami yg x sebodoh korang...akan kami tentang habis2 usaha utk membawa PAS masuk umno ni sampai berjaya...kpd TB jgn pedulikan org cam mereka...saya percaya hanya org2 bodoh yg setaraf mereka shj yg masih percaya dgnnya...Teruskan perjuanganmu TB...akan kami bantu dgn sepenuh tenaga kami...sama2 kita berdoa agar usaha mereka2 ini menemui kegagalan...TAKBIR!!!!

Merah Silu said...

Er, kalau mengikut teori sdr. Presiden PAS sendirilah Ketua fraksi UMNO. Buat ape susah2 nak cari bukti lagi. hehehe. Gulingkan Hj. Hadi! :P

DAP yang terang2 anti Islam, anti hudud boleh pulak sokong. Pelik2.

Anonymous said...

Apabila menyebut ada Fraksi UMNO dalam PAS,jangan lupa mencari siapakah "Godfather" grombolan ini.Hakikatnya Presiden PAS dan Tim.Presiden PAS sekadar jadi "pemuka" sahaja dalam senario ini.Dalangnya,yang mencorakkan drama dan penggalak kepada gagasan ini ialah Mustafa Ali.Manusia ini dah sampai kepenghujung kerier politiknya dan dengan Kerajaan Perpaduan,nyawa politiknya dapat dihidupkan kembali.
Manusia ini telah gagal memenangkan PAS diTrengganu dalam 2 pilihanraya.Orang Trengganu dah menolaknya bersama "tunggul-tunggul lapok"(pemimpin yang sewaktu dengannya}.Inilah harapan terakhir Mustafa Ali untuk membuat "political come-back".Disinilah bermulanya semua masaalah PAS.Hubungan Mustafa Ali dengan Task Force 2010 bolih diketahui dalam blog Penarik Beca.

Tulang Besi said...


Kalau tuduhan TB bahawa mereka ini fraksi UMNO, kenapa selama PAS di bawah perintah mereka berdua ini, kita tidak lihat pun PAS masuk UMNO?
.

Pasal benda ni baru je. Lepas PRU 2008.

Sebelum ni, kalau PAS offer masuk BN pun, UMNO takkan layan.

Anonymous said...

Kenapa la diaorang ni bodoh sangat!

PKR dan UMNO memang dasar parti mereka sekular. Sebab itu lah PAS wujud dan sentiasa relevant.

Bezanya parti UMNO parti perkauman, yakni untuk melayu sahaja- masakan orang india boleh masuk..

Yang ketara ialah UMNO ni dah terlampau korap dan hodoh dan ini diakui oleh semua, termasuk Mahathir dan pemimpin-pemimpin UMNO sendiri.

Yang hairannya ada dua tiga kerat pemimpin-pemimpin ulamak PAS yang terhegeh-hegeh nak berkahwin dengan Perompak/Lanun ni pasal apa?

Jawatan Perdana Menteri? Nak selamatkan Islam? Poorah!

SUKA DGN UMNO - PAS BODOH said...

Nampaknya UMNO dah Tunggang langangkan berjaya PAS. Hebat jugalah Perang Saraf UMNO sehingga tanpa disedari oleh PAS terutama Presidennya yang dah nyanyok dan timbalan yang belum cukup ajar dapat ditunggang dengan sewenang-wenangnya. Dalam hal ini saya respek setinggi tingginya kepada UMNO.Sebenarnya senang saja memperbodohkan kedua pemimpin ini- mereka masih berpendirian ala UMNO iaitu "MELAYU ITU ISLAM DAN ISLAM ITU MELAYU" mereka berdua sebenarnya mungkin lupa apa itu ISLAM.

Sayang PAS said...

Nampak nya benteng PAS sekarang hanya pada TG Nik Aziz. Tanpa TG Nik Aziz Pas pasti dilelong oleh UMNO.

PAS terpaksa belajar dengan membayar satu harga yang sangat mahal.

Vagabond said...

Pelik betui tengok depa2 yg asyik kata jgn tolak president dan benda yg sewaktunya dgn nya....nampak sgt depa2 ni org meno yg kununnya nak tambah cili ...sebab tak paham president bukannya yg tertinggi ... ....lain kali pi buat study sikit baru lah convincing sikit arguement tu...cisss pi main jauh2...busuk...pi pi..

satu lagi pasei anwar...apa ke hal nya asyik nak kait kan anwar...sikit sikit anwar....boring brader dgr arguement sama...boringggg.....masuk lah cerita lain sikit...tak kan tak ada modal lain yop...

Anonymous said...

Saya pengundi di hulu kelang dan telah mengundi calon pas poda pilihanraya lepas.

Walaupun saya pengundi cina, tetapi saya akan terus mengundi calon pakatan rakyat and jikalau PAS ingin berkawan dengan umno, saya dan keluarga tidak akan mengundi satu pun kepada PAS. Fikirlah ..

Saya tidak suka pada PAS No 1 dan 2 .. saya lebih menghormati Tok Guru Nik Aziz, Nizar, khalid , Salahuddin Ayub yang berjuangan untuk semua rakyat dan bukan macam setengah orang yang ingin bergabung hanya untuk kaum sendiri saja.

Plihanraya lepas PAS melaungkan slogan PAS For All.. tapi sekarang nak bergabung dengan umno . ...

Anonymous said...

Muktamar PAS mewakili suara PAS.

Keputusan ini amat-amat ditakuti oleh golongan-golongan yang gopoh dalam perjuangan.

Mereka mahukan kemenangan yang cepat.

Mereka mahukan kemenangan dengan cara MP melompat parti.

Nabi Muhammad menegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah.

Muhammad tidak menerima pelawaan Quraisy jika semata-mata untuk menjadi PM

Bukan jawatan yang Islam ajar. Yang penting adalah perjuangan.

====
Ramai yang idamkan PAS.

Anwar idamkan PAS untuk mencapai cita-citanya menjadi PM.

UMNO pula idamkan PAS untuk mengekang cita-cita Anwar.

Apa yang pasti, PAS tidak akansanggup diperkuda Anwar demi cita-citanya yang tidak kesampaian.

Juga PAS tidak akan memungkiri janji di dalam PR semata-mata mengejar dunia.

========
Propaganda telah dimainkan untuk merosakkan imej kepimpinan ulama PAS.

Propaganda tersebut ingin mengaitkan kepimpinan ulama dengan Umno.

Maka berbunyilah dengungan “pas nak masuk umno’ yang dimainkan oleh media dan blogger.

Ia adalah usaha terancang pihak yang ingin memperkudakan.

Dengan memperkudakan PAS, mereka dengan mudah mendapat sokongan PAS untuk mendakap cita-cita menguasai negara.

=====
PAS tidak akan tertipu.

PAS belajar daripada sejarah.

Sejarah telah menunjukkan telahbanayk kali jemaah islam dan para ulama diperguna untuk kemenangn nasionalis.

di mesir dan indonesia pernah berlaku.

Kini agenda sama cuba dimainkan di malaysia.

Ulama dan para profesioanl Islam berjaya mengesan perkara ini dan tidak akan membiarkan PAS diperkudakan.

=====
Perjuangan memerlukan ranjau yang berduri, bukan semudah MP melompat parti.

Kemenangan sebegitulah yang mengilhamkan Umno apa yang berlaku di Perak.

Akibat ketidaktahanan ujian dua ADUN belot.

Di Kedah dan PP pula ADUN dari parti sama turut meletak jawatan atas alasan sama.

Memalukan dan jijik sekali

Apa yang PASTI, ia tidak datang daripada PAS, tetapi PKR

Anonymous said...

Sebenarnya pertentangan ini bukan besar atau sukar untuk dileraikan. Keduanya mungkin betul dan mungkin salah. Dipihak yang mahukan atau membuka pintu perundingan dengan sesiapa saja berpijak dibumi nyata. Seperti mana kata presiden Pas, Abdul Hadi Awang ia adalah tuntutan Islam. Berunding itu bukan bermaksud bersetuju untuk sekongkol dengan musuh tetapi mencari jalan penyeslaian demi maslahat bersama. Apakah berunding pun tidak boleh? Ini menunjukkan Pas sebagai parti yang kejam!

Manakala dalam dunia politik yang tidak mengenal kawan dan lawan, pandangan agar Pas bergerak sendiri bersama Pakatan Rakyat tanpa epologitik kepada Umno juga betul. Anggapan Umno tidak boleh dipercayai berdasar sejarah lampau juga betul seperti mana Umno juga beranggapan demikain kepada Pas. Tetapi apakah sejarah itu perlu diprejudiskan selamanya? Di manakah hikmahnya Pas sebagai parti mengajak kepada perpaduan? Kehebatan manusia ialah memberi kesedaran kepada musuh bukannya terus mengangkat lembing kepada mereka.

Malaysian said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Regards,

Malaysian Come First
GoMalaysian.Blogspot.Com

Orang Baru said...

TB,

Jika boleh saudara cuba siasat nama-nama ajk pemilihan muktamar baru-baru ini. Saya sebenarnya tidak perasan namun apabila kawan saya beritahu saya baru terperasan. seperti ada sesuatu perancangan yang sungguh terancang...

bermula isu ulama vs profesional, burukkan 'erdogan' dalam usrah2 dan seterusnya ajk pemilihan muktamar...sungguh menarik saga ini..

Paipon said...

salam..

Ntah ler dgn tulang besi ni...aku rasa hati dia ni mmg betoi2 besi kot...tak dpt menerima pendapat org lain...yg ada padanya hanyalah melaga2kan antara yg dikatakan fraksi UMNO Lahanat dgn kem 'Erdogan'.

Cuba kita sama2 mncari idea bagaimana nk tamat konflik yg sia-sia ini.konflik yg boleh menghancurkan ukhwah antara pimpinan dan ahli2 parti.

Aku terfikir bagaimana Mujahideen di Afghanistan yg telah berjaya mengusir tentera Rusia dr bumi Afghanistan telah berpecah belah selepas mncapai kemenangan...alangkah ruginya umat Islam jika keadaan sedemikian rupa berlaku.Begitu juga dengan perjuangan PAS yg telah banyak mencapai kejayaan selepas PRU 2008 maka timbul suara2 yg cuba memerangkap atau melaga2kan pimpinan PAS.

Wahai sekalian yg cintakan Islam/Gerakan Islam...bersatu lah dgn ikatan takwa...bukannya dengan nafsu kebendaan...nafsu kuasa dan nafsu peribadi yg amat merugikan Parti.

Aku rasa gagasan 'Kerajaan Perpaduan' yg telah diutarakan oleh Tuan Guru Presiden hendaklah ditarik balik bg mengelakkan perpecahan yg mungkin lebih besar suatu hari nnt.Mungkin gagasan ini hanya mengundang fitnah yg boleh merosakkan parti dan ukhwah sesama pimpinan PAS.Malah telah diambil kesempatan oleh UMNO Lahanat utk memecahbelahkan pimpinan PAS.

Marilah kita sekalian samada ahli/pendokong gerakan Islam untuk mengadakan petition kepada pimpinan PAS supaya gagasan ini ditarik balik...itu cadangan aku...wallahua'lam.

*TGHH n TGNA adalah idola aku sejak dr kecil.Aku tak rela keduanya dijadikan mainan oleh Si Tulang Besi.

perwakilan tertipu said...

a,kum buat semua pembaca,keputusan sudah di ketahui dalam keadaan spr pas menimbulkan tanda tanya bagaimana peroses pengiraan dan penjumlahan.apa pun jika berlaku penipuan tunggulah bala dari Allah pada mereka yang merencanakan.tak apa husam ngan bang mat teruskan perjuangan anda untuk semua rakyat malaysia.yang kita semua pelik bila harun din boleh nafi pulak kertas yang dia tulis sendiri menuduh husam tidak taat dan menjadi musuh dalam selimut pada jamaah.tapi apakan daya selepas pemilihan baru dia menjawab bukan nya ada pun musuh dalam selimut,cuma katanya "takut2 ada". bagaimana ya orang yang menjadi timb mursyid boleh membuat kenyataan fitnah dalam seminar kepimpinan ulama pula tu.sekarang bagaimana kalau ada hamba Allah yang menuduh harun din telah menggunakan kesempatan menggoda pesakit wanita ketika dalam rawatan nya? kemudian apabila di minta penjelasan dari orang yang menuduh,lalu orang yang menuduh itu menjawab tidak, saya tidak menuduh cuma bimbang "takut2 ada". bagaimana perasaan nya waktu itu,atau pun orang bertanya adakah harun din yang meminta supaya ust ahmad awang yang berpakat dengan umno untuk perentah perak,kalo harun din minta bukti kita katakan padanya kita bukan menuduh cuma "takut2 ada"...? ya.adakah orang sebegini layak jadi timblan mursyid sebuah parti Islam.semoga tok guru nik aziz terus di berikan kesihatan yang baik oleh ALLAH supaya dapat menjaga parti dari di musnah kan oleh pencinta2 umno dalam pas.dan untuk nasha dan din ayob yang berminat sangat dengan engagemeng ni sedar2lah diri tu,kamu berdua tuh cuma dapat ehsan Pas kelantan dalam pru 12 dulu dan dalam pru 13 nanti pergilah bertanding di trengganu di negeri perpaduang.

Anonymous said...

1.SIAPAKAH yang mengkafirkan Umno di Terengganu sebelum PRU1999? - Haji Hadi
2.SIAPAKAH yg menutup masjid Pas selepas umno tidak lagi kafir sebab Pas menang pru1999 di Terengganu? - Haji Hadi
3.SIAPAKAH yg ditunggang Mustapa Ali? - Haji Hadi
4.SIAPAKAH yg bebohong pasal muqabalah - Hj Hadi
5.SIAPAKAH yg menyokong assobiyah melayu umno - Hj Hadi
6.SIAPAKAH yg berbohong dan ingkar
arahan syura ulama? - Haji Hadi

## calon utama Pelakon Ulama terbaik, Pesta Filem Politikuss malaysia, bagi filem terbaik 'Politiku Ularmak pro-umno Semalaya' arahan sutradara tersohor Mustopa ali...

Anonymous said...

Anonymous
June 9, 2009 4:21 AM

anonymous di atas adalah wanfauzdin.bertopengkan pkr.merupakan salah seorang batu api pemecah belah pr.melaga-lagakan pimpinan pas.

Anonymous said...

BENARLAH KATA ORANG..

MELAYU PAS SELALU BERADA DALAM SINDROM KEBODOHAN SENDIRI..UMNO SEDANG BERUSAHA MEMPERBETULKAN KESILAPAN YANG MEREKA LAKUKAN DENGAN KRITIKAN DARIPADA PAS..

TETAPI PAS APA YANG MEREKA DAPAT..BILA PEMIMPIN MENCONGAK STRATEGI MEREKA, AHLI BAWAHAN BERADA DALAM KEADAAN BEBAL TERSANGATLAH BEBAL DAN BENGAP..

UMNO TIDAK AKAN MEROSAKKAN PAS YANG AKAN MEROSAKKAN PAS ADALAH MEREKA SENDIRI ITULAH UJIAN TERBESAR DARIPADA ALLAH KEPADA PAS..

BUKAN UMNO TETAPI DALAMAN SENDIRI

Anonymous said...

melayu pkr yg bodoh.mengaku islam tetapi berpaksikan fahaman sekular ciptaan yahudi.pas berjuang memartabatkan alquran dan hadis.pkr berjuang memertabatkan human right acuan barat.pkr munafik??..mengaku islam.kononnya menyokong hudud,tapi dlm masa yg sama menyokong gerakan anti islam spt sis yg terang menghina islam.melayu pkr mmg bodoh

Anonymous said...

it is a wake up call for Non-Malay. Can we really trust PAS? i personally will not vote for PAS candidate who favor Umno in the next GE.

Anoinimuz said...

Ada juga penyokong PAS yang kata bahawa PAS adalah sama taraf dengan Hamas di Palestin.

menambah nizam mahmud...

yg dikatakan tu merujuk kpd usaha membawa PAS kpd UMNO mcm trust antara HAMAS & FATAH nak bentuk kerajaanlah kononnye...yg ni hujah diorang kalau takda hujah lain...tapi diorg kena sedar skang, HAMAS dah label FATAH sbg musoh...PENGKHIANAT...kononnya nak tiru Hamas sama2 govern...tp tak pandai nak bezakan situasi di sana ngan sini...

jadi kita buat apa nak bekerjasama dgn pengkhianat bahkan PARTI KAFIR & TOGHUT UMNO-BN nie....merugikan kita...

Tulang Besi said...

Propaganda telah dimainkan untuk merosakkan imej kepimpinan ulama PAS.

Propaganda tersebut ingin mengaitkan kepimpinan ulama dengan Umno.

Maka berbunyilah dengungan “pas nak masuk umno’ yang dimainkan oleh media dan blogger.

Ia adalah usaha terancang pihak yang ingin memperkudakan.

Dengan memperkudakan PAS, mereka dengan mudah mendapat sokongan PAS untuk mendakap cita-cita menguasai negara.
.

Nampaknya, propaganda ini telah dimulakan oleh Ustaz Ahmad Awang, nampaknya, wahai Afyan.

..:))

Tak faham beza propaganda dengan kebenaran, si Afyan ni.

lan said...

Angkara kerjasama PAS UMNO ini rasanya dimula dan digerakkan oleh Mustafa Ali. Dia godfather dan bermuka-muka dalam PAS.

Hadi ialah ulama dan pemimpin lurus bendul. Penasihat 25% Hadi ialah Mustafa Ali. Jika tak caya, tengoklah lepas muktamar ini. Siapa akan dilantik oleh Hadi. Awal2 lagi Hadi dah tanya Mustafa.

Jika takde peranan Mustafa takde lah konflik PAS UMNO ni.

Orang tua rambut putih tu patut retire lah

Afyan said...

Oh, saya baru perasan nama saya dimasukkan ke dalam entri sdra TB.

Terima kasih TB, saya amat hargainya.

Sehinggakan saya mendapat SMS daripada rakan dan lawan atas perkara ini.

+++++
Saya amat menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Awang.

Ahli-ahli PAS tidak akan berdiam diri sekiranya beliau mendedahkan nama siapakah mereka yang benar-benar mahu bersekongkol dengan parti sekular itu.

Cama kelmarin, Ustaz tidak mendedahkannya.

Mungkin dia akan mendedahkan nama tersebut di dalam mesyuarat tertinggi PAS kelak.

Saya yakin dia tidak akan menipu dalam hal ini.

Saya amat mengharapkan ia tidak terjadi seperti peristiwa yang megatakan bahawa akan ada MP menyertai PR dulu.

Mula-mula kata 60, then kata 61, then kata 63.....

Jumlahnya berubah-ubah dari masa ke masa.

Menandakan ada unsur penipuan di situ.

Mula-mula kata 16 Sept, then kata lepasw raya, then kata lepas raya haji, then lepas itu dan lepas ini.

LAst-last senyaap......

Saya harap Ustaz Ahmad tidak jadi begitu.

=======
Last-last baru-baru ini, seorang MP Sarawak mendakwa ada sogokan untuk melompat parti dengan tawaran jawatan TPM.

Begitu cepat dinafi dan membalas dengan ugutan untuk saman.

Sampai sekarang tidak saman lagi, walhal tempoh yang diberikan untuk menarik balik kenyataan tersebut telah tamat.

Harap-harap ia tidak terjadi kepada Ustaz Ahmad Awang.

+++++
Pertembungan Islam dan Sekular telah berlaku berkurun lama.

Ulama, profesioanl dan para aktivis PAS akan menentang sebarnag usaha untuk menjatuhkan kepimpinan ulama dalam PAS.

Kekuatan inilah yang tidak ada pada pada parti lain seperti PKR dan UMNO.

dagang said...

Ana cuma nak pesan,dalam keghairahan kita nak memenangkan kumpulan kita,jgn sampai kita terlajak menghina ulama.celupar mulut dan membuat fitnah dan di baca oleh semua org..akn bertambah2la dosa kamu semua yg membuat fitnah itu.ingat2 lah..

Nizam Mahmud said...

Encik Afyan,

Sila la beri fakta yang betul

No 1.

"""Last-last baru-baru ini, seorang MP Sarawak mendakwa ada sogokan untuk melompat parti dengan tawaran jawatan TPM."""

Jawapan saya: Ini adalah salah sama sekali. MP itu adalah dari Sabah.

No 2.

"""Mula-mula kata 60, then kata 61, then kata 63.....

Jumlahnya berubah-ubah dari masa ke masa.

Menandakan ada unsur penipuan di situ."""

Jawapan saya: Tidak ada langsung unsur penipuan di sini. Bilangan ahli PAS hari ini dengan esok pun akan berbeza juga. Sebab nya hari ini mungkin saja ada yang keluar dan ada juga yang masuk parti.

Yang bersetuju untuk masuk PR hari ini dan esok juga berubah mengikut masa.

No. 3

"""Pertembungan Islam dan Sekular telah berlaku berkurun lama.""

Benar. Tetapi pertembungan antara Mukhlisin dan Munafiqin juga telah berlaku lagi lah lama dari Islam-Sekular. Sejak dari zaman Nabi lagi.

Satu contoh Munafiqin adalah pergi berbincang dalam gelap kemudian tipu kata tak ada.

Sama juga dengan kata dah bincang dengan PR mengenai kerajaan perpaduan tapi sebenarnya tidak.

Cuma saya masih nak bersangka baik dengan dia ini. Saya syak ada pembantu dia bagi tau, pembantu ini dah bincang dengan pemimpin PR secara tak formal berkenaan UG dan dapat sambutan baik.

Tapi alih-alih nya, seorang pemimpin Cina Kapiaq siap bagi peringatan bahawa seorang alim akan jawab pada Tuhan.

Kalau macam ini lah kepimpinan Ulamak, saya rasa baik tak payah lah

Lain kali saja.

Tulang Besi said...

Saya amat menyokong kenyataan Ustaz Ahmad Awang.

Ahli-ahli PAS tidak akan berdiam diri sekiranya beliau mendedahkan nama siapakah mereka yang benar-benar mahu bersekongkol dengan parti sekular itu.

Cama kelmarin, Ustaz tidak mendedahkannya.

Mungkin dia akan mendedahkan nama tersebut di dalam mesyuarat tertinggi PAS kelak.

Saya yakin dia tidak akan menipu dalam hal ini.

Saya amat mengharapkan ia tidak terjadi seperti peristiwa yang megatakan bahawa akan ada MP menyertai PR dulu.
.

Jangan takut, Ustaz Ahmad Awang telah mendedahkannya kepada semua pimpinan PAS Pusat.

Dan pimpinan2 PAS Pusat telah maklum.

Malangnya, orang seperti Afyan telah menolak semua pimpinan PAS Pusat yang menentang usaha dan pendedahan Ustaz Ahmad Awang ini.

Jadi, sendiri kena mahu ingat la.

Ckp sokong Ustaz Ahmad Awang tapi tolak calon2 yang menyokong pendedahan Ustaz Ahamd Awang ni?

Err bukan Ustaz Ahmad Awang ni pro Pakatan Rakyat ke?

Cmaana Afyan nak sokong Ustaz Ahamad Awang bila beliau sendiri anti PKR dan DAP?

Tulang Besi said...

Afyan ni punya desperate nak menyokong calon beliau yang penipu, dia sendiri cuba menipu fakta.

Hahahahahah kelakar saya melihat gelagat Afyan.

Tak payah katalah nak sokong Ustaz Ahmad Awang. Kau anti PKR dan DAP.

Ustaz Ahmad Awang tidak.

Tulang Besi said...

Afyan mengarut lagi:


"""Pertembungan Islam dan Sekular telah berlaku berkurun lama.""
.

Afyan ngaji Seerah tak habis.

nabi buat keputusan menyerang Mekkah kerana sebuah kabilah yang masih musyrik telah diserang oleh musyrikin Mekah.

Ini kerana kabilah musyrik itu telah ber"tahaluf" dengan Nabi SAW.

Ertinya, mereka yang bekerjasama dan ada perjanjian dengan orang Islam, walaupun musyrik, kita orang Islam wajib pertahankan mereka walaupun dengan darah.

Tapi kita lihat manusia seperti Afyan ni, cuba berlagak lebih hebat dari Nabi SAW.

Apa yang manusia Afyan ni buat adalah mempersoalkan kawan2 kepada pejuang Islam.

Dan beliau berbuat begini kerana beliau mahu mempertahankan kepimpinan beliau yang telah menipu dan tidak wala' pada Mursyidul Am

Anonymous said...

patutlah pak anwar masuk umno dulu, dah agak perangai kebanyakan orang pas tamak, jawatan, kerusi dan pengaruh. suruh nizar batalkan permohonan kat mahkamah tinggi. sebab pemimpin dah suka kerajaan perpaduan, tak yah susah-susah demo nanti kena tangkat. nizar pun bukan ulama. hidup nik aziz, hidup anwar, hidup nizar.

Tulang Besi said...

Zaman NAbi SAW dahulu, hanya orang Munafik yang cuba mengeruhkan serta merosakkan hubungan orang Islam dengan kabilah2 musyrikin yang berkawan serta bertahaluf dengan Nabi SAW.

Afyan, amacam. Sila komen.

Afyan said...

Terima kasih kepada Sdra Nizam, atas pembetulan fakta berkenaan dengan negeri tersebut.

Sy memohon maaf atas kesilapan nama negeri MP tersebut.

++++++
Saya penyokong kebenaran.

Saya sayangkan PAS, sayangkan TG Nik Aziz, sayangkan TG haji hadi, sayangkan Ustaz Nasa, sayangkan Ustaz Ahmad Awang....

....tapi saya lebih sayangkan kebenaran.

Kenapa perlu melatah apabila saya bari sokongan kepada mana-mana pimpinan atas dasar kebenaran?

=====
Berkenaan dengan angka, basguslah ia sentiasa meningkat, cuma akhir sekali angka tinggal angka.

Ustaz Ahmad tutut menyebut angka. Moga-moga ia benar, dan kita akan nyahkan SESEORANG yang disebut itu.

Jangan nanti angka itu turut tinggal angka sebagaimana yang telah terjadi dalam hal 60++ MP melompat parti itu.

Akhirnya jumlah angka tersebut menjadi bahan jenaka menjatuhkan imej dan parti orang yang mendakwanya.

=====
Kita menantikan pendedahan nama oleh UStaz Ahmad...

Kita menantikan 60+++ MP tersebut...

Kita menantikan saman terhadap MP yang didakwa disogok jawatan TPM

Walau apa terjadi, PAS akan menyokomng kebenaran.

ttwangsa said...

Salam TB,
Setengah pemimpin PAS, walaupun dikategerikan sebagai ulama ni lebih berpaksi kepada kepentingan peribadi tanpa memperdulikan apa terjadi kepada masa depan PAS . Pemimpin munafiq ada dimana mana dan tak pernah berkurangan sejak dari zaman berzaman .

Kadangkala orang bukan islam di Negera Barat kelihatan lebih bermaruah dari orang islam sendiri. Contohnya pemimpin bukan islam akan terus memohon maaf serta meletak jawatan serta merta jika ada terdapat penyelewengan, skandal atau unsur rasuah keatas badan yang mereka terajui. Tapi pemimpin islam ini, walaupun terang dan jelas pengkianatan yang didedahkan , masih terus bergantung ke ranting yang rapuh itu. Masih berlagak bodoh macam muka tak tahu malu langsung.

Macam ni la TB , aku rasa kita senaraikan semua kaki kaki haprak ni and next time around during PRU 13 nanti kalau depa ni terpilih sebagai calan lagi mewakili PAS , kita akan kempen habis habisan untuk humban depa ni supaya tidak menang .

Kalau nak sangat dengan UMNO baik kita pangkah UMNO dari depa ni.
Kita akan bagi tau semua pengundi India , Cina , dan lain lain supaya jangan mengundi depa depa ini.

Aku memang fedup betul dengan dia orang ni, betapa susah nya nak dapat kepercayaan orang bukan islam untuk menyokong PAS , bukan satu tahun atau 10 tahun tapi hampir 50 tahun nak dapat kepercayaan tu, tapi dia orang ni senang senang pi melingkup , buat kianat kerana gian sangat nak jadi menteri.

TB, hang tolong buat senarai orang-orang ni dan kita akan pastikan dia orang kecundang di PRU akan datang agar depa ni tidak mengkhianati generasi anak cucu kita nanti.

Rakyat Malaysia said...

saya tgk debat antara afyan dan tb di sini spt debat anwar dgn shabri chik.

bila anwar bagi hujah, shabri cik dh xde hujah, kndian menyerang peribadi anwar.

kat sini, apabila dh xde hujah, maka peribadi lawan diserang.

lalu terkeluarlah ayat-ayat seperti; inilah org yg tidak wala', otak mereng, mengaji sejarah tak habis, mahu berlagak lebih hebat drp nabi.

kenapa perlu keluar kenyataan begitu? sebabnya sudah kehabisan modal, hingga terpaksa menyerang peribadi.

Anonymous said...

After all, I feel that Barisan Nasional is still better than a party headed by a leader who was once jailed 6 years for corruption (Anwar Ibrahim) and with a pack who act like hooligans with blooming petals of hatred, intimidation and defamation. http://margeemar.blogspot.com

Anonymous said...

huhuhuhuh....

betul 3x....

cuma kat sini tak nampakk air liur TB berbuih bila bedebat..

ops....

psssttt; lps ni tentu akan keluar drp mulutnya kata2 kesat kutuk kita..huhuhu

Tulang Besi said...



Saya sayangkan PAS, sayangkan TG Nik Aziz, sayangkan TG haji hadi, sayangkan Ustaz Nasa, sayangkan Ustaz Ahmad Awang....

....tapi saya lebih sayangkan kebenaran.

Kenapa perlu melatah apabila saya bari sokongan kepada mana-mana pimpinan atas dasar kebenaran?
.

Apa saudara ingat saya tidka sayangkan kebenaran?

Saya sangsi dengan kenyataan di atas kerana kalau benar sayangkan kebenaran, kenapa menyokong pimpinan yang jelas telah berbohong kepada pimpinan2 PAS Pusat?

Yang saya nampak, kenyataan seperti ini adalah retorik semata-mata.

nizamtoha said...

916....?

Apakah Anwar beritahu pada pimpinan PAS siapa MP yang akan lompat?

Atau Dia dengan agenda peribadinya sahaja?

Agenda peribadi dgn agenda UMMah,mana lebih penting?

Dia juga punca PAS hilang kuasa di Perak..

Bila Tok Guru Presiden bagi cadanganmbukan main melatah...bila dia buat cadangan....ada pulak mangkuk ayun dlm PAS ni yang bukan main kuat sokong...

so fikirkanlah ..Jamaah tidak tertegak kerana Individu...

Ayfan..hujah anda memikat hati la..

Tulang Besi said...


Kita menantikan pendedahan nama oleh UStaz Ahmad...

Kita menantikan 60+++ MP tersebut...

Kita menantikan saman terhadap MP yang didakwa disogok jawatan TPM

Walau apa terjadi, PAS akan menyokomng kebenaran.
.

Tak payah tunggu nama dari Ustaz Ahmad Awang.

Guna akal pun boleh nampak.

Siapa yang suka sangat muqabalah, kerajaan perpaduan, muzakarah, pendek kata semua yang membawa rapat kepada UMNO itulah dia mereka2 yang terkumpul dalam orang2 yang Ustaz Ahmad Awang kata:

"jangan ingat takda pimpinan PAS yang hendak bawa kepada UMNO..."

Ustaz Ahmad Awang sudah dedah kepada pimpinan2 PAS Pusat. Pimpinan2 PAS Pusat sessi lalu semua sudah maklum.

Dan nama UStaz NAsa ini bukan sahaja disebut oleh Husam tapi juga Mat Sabu.

Jadi, janganlah gaharu cendana pula, wahai Afyan.

Tanda2 sudah cukup. Gunalah akal sedikit.

gua mat rock said...

gua respek cara bro afyan.

bila dia silap fakta terus dia minta maaf.

gua respek lu, bro afyan!

Tulang Besi said...

saya tgk debat antara afyan dan tb di sini spt debat anwar dgn shabri chik.

bila anwar bagi hujah, shabri cik dh xde hujah, kndian menyerang peribadi anwar.

kat sini, apabila dh xde hujah, maka peribadi lawan diserang.
.

Takda hujjah?

Sila tunjukkan saya dimana yang saya takda hujjah?

Rakyat Malaysia ni persis Shabery Chik yang beliau marahi itu.

Tulang Besi said...

June 9, 2009 11:16 AM
Delete
Anonymous gua mat rock said...

gua respek cara bro afyan.

bila dia silap fakta terus dia minta maaf.

gua respek lu, bro afyan!
.

Fakta tertentu je dia mintak maaf. Fakta yang mengatakan tiada MP dan ADUN yang keluar PAS selepas Kepimpinan Ulama, dia masih belum minta maaf.

Anonymous said...

nampaknya tb sudah mula kendur drp mmenyerang pribadi afyan.

tb, teruskan cara begini. berhujah dgn fakta bkn dgn auta n serang pribadi

afyan, sy tunggu penghujahan awak setrsnya..

Tulang Besi said...

June 9, 2009 11:16 AM
Delete
Anonymous gua mat rock said...

gua respek cara bro afyan.

bila dia silap fakta terus dia minta maaf.

gua respek lu, bro afyan!.

Fakta tertentu je dia mintak maaf. Fakta yang mengatakan tiada MP dan ADUN yang keluar PAS selepas Kepimpinan Ulama, dia masih belum minta maaf.

June 9, 2009 11:19 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

nampaknya tb sudah mula kendur drp mmenyerang pribadi afyan.

tb, teruskan cara begini. berhujah dgn fakta bkn dgn auta n serang pribadi

afyan, sy tunggu penghujahan awak setrsnya..

June 9, 2009 11:20 AM
.

Saya tidak menyerang pribadi. Saya menyatakan fakta.

DAn faktanya adalah hujjah yang Afyan bagi lebih mirip kepada hujjah yang diberi oleh mereka yang mereng otak.

Adakah itu salah? Ia cuma gambaran betapa rendahnya taraf hujjah Afyan.

Sedangkan dalam Al Quran, perumpamaan seperti anjing dan babi digunakan untuk menggambarkan betapa rendahnya taraf sesuatu hujjah itu.

Tulang Besi said...

Yang sahnya, Husam kalah kerana kempen fitnah seperti yang dilayangkan oleh Afyan. Contoh tuduhan Afyan adalah:

a. Terdapat proksi Anwar
b. Terdapat usaha merendahkan ulama
c. Terdapat usaha Anwar mengawal PAS dari dalam
d. Terdapat usaha meliberalisasikan PAS
e. Terdapat usaha menjatuhkan ulama

dsbnya.

Jadi, kempen fitnah yang dibawa oleh Afyan ini menyebabkan saya menggunakan "label" yang keras terhadap beliau sebagai peringatan.

Manakala, sebab Husam bertanding melawan Ustaz Nasa terbukti benar.

mat rock said...

ehhh... bro tb menyamakan hujahnya laksana alquran....

huh....mesti tb ni orgnya hebat...

tentu lebih hebat dr nik aziz..

Tulang Besi said...

June 9, 2009 11:26 AM
Delete
Anonymous mat rock said...

ehhh... bro tb menyamakan hujahnya laksana alquran....

huh....mesti tb ni orgnya hebat...

tentu lebih hebat dr nik aziz..

June 9, 2009 11:28 AM
.

Errr apa salahnya hujjah saya itu?

Boleh tolong tunjuk?

rakyat said...

sy x nmpak pn mana pimpinn PAS nak masuk umno.

yg ada hanya pas jumpa umno....klu gitu anwar pun jumpa...

yg ada hnayalah cdgn unity govenrment....klu gitu anwar pun nak ajak umno lompat ke pr

Nizam Mahmud said...

Encik Afyan's

"""Saya penyokong kebenaran.

Saya sayangkan PAS, sayangkan TG Nik Aziz, sayangkan TG haji hadi, sayangkan Ustaz Nasa, sayangkan Ustaz Ahmad Awang...."""


Komen saya: Insya Allah, saya juga penyokong kebenaran.

Saya sayang kan mana-mana pemimpin yang ikhlas, yang bijak, dan yang membawa faedah pada orang yang di pimpin nya. Mana-mana yang termasuk dalam golongan di atas, insya Allah saya sayang.


"""Akhirnya jumlah angka tersebut menjadi bahan jenaka menjatuhkan imej dan parti orang yang mendakwanya."""

Komen saya: Saya juga nantikan sokongan padu dari semua parti PR untuk ini. Ini kerana Anwar dah bagi tau, apa-apa keputusan dalam PR mesti la dengan kesepakatan bersama iaitu consesus.

Nampaknya ada juga parti dalam PR yang tidak bersetuju. Nak buat macam mana, itu lah realiti PR, semua mesti dipersetujui bersama baru lah dapat bergerak.

Kalau Anwar buat cara UMNO memimpin mungkin dah jadi kot.

Nizam Mahmud said...

nizamtoha's

"""Dia juga punca PAS hilang kuasa di Perak..""

Benar. Tetapi dia juga yang membolehkan PAS jadi MB di Perak dengan usaha beliau ke arah penubuhan PR.

Jika nak diharapkan Hj Hadi, dengan kenyataan Anwar tidak relevan, dan Kit Siang ubat habis tempoh, BA pun boleh hancur lebur.

Tak usah la cakap psal Perak, Terengganu pun dah hilang.

Teringat saya 2004, adakah setelah kekalahan parti pembangkang, pernahkan UMNO ajak PAS jumpa demi kesatuan Melayu-Islam?

Setelah 2004, pernahkan UMNO tawarkan jawatan MB di Perak dan kerajaan bersama di Selangor?

Ya, Anwar lah penyebab kejatuhan Perak. Tetapi dia juga lah yang menyebabkan PAS dan Kepimpinan Ulama begitu disayangi dan disanjungi oleh UMNO.

Patut nya Dewan Ulama ucapkan terima kasih pada Anwar.

Afyan said...

Salam.

Saya tabik sangat cara Sdra Nizam berhujah, walaupun banayk perkara yang saya bertentangnyan dengan pendapatnya.

Saya kira inilah semangat yang kita mahu dalam PR. Berbeza pendapat namun tidak sampai jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Mudahan-mudahan segala kekeruhan di kalangan pimpinan PR akan dapat diselesaikan dengan cara perbincangan secara rasional seperti yang sdra Nizam tunjukkan.

Nizam Mahmud said...

Saya tabik sangat cara Sdra Nizam berhujah, walaupun banayk perkara yang saya bertentangnyan dengan pendapatnya.
-----

Encik Afyan jangan puji saya.

Sebab saya tengah sedaya upaya meniru cara Nik Aziz berhujah.

Dan saya sedaya upaya untuk tidak ikut cara Hj Hadi berhujah.

Peribadi Nik Aziz, termasuk cara dia berhujah boleh buatkan rakyat Kelantan yang konservatif dan gedebe iaitu golongan Melayu yang paling suka melawan sayang pada nya.

Tak payah lah nak cakap rakyat Kelantan, Kor Ming pemimpin DAP yang diketahui sekular karat pun terang-terang mintak tunjuk ajar dari dia berkenaan al-Quran.

Saya dah jumpa ramai sangat dah, sosialis ka, sekular ka, ramai betul orang sayangkan Nik Aziz.

Cara Hj Hadi berhujah pula saya nak elakkan. Sebab rakyat Terengganu yang konservatif itu pun tolak dia.

Tak perlu la sebut yang tak konservatif seperti sosialis, sekular ka.

Jadi harap saudara Afyan faham kenapa saya betul-betul merayu ahli PAS bagi wala pada Mursyidul Am.

Padahal patut nya kalau dah jadi ahli automatik wala pada Mursyidul Am. Tapi saya lihat yang sebaliknya berlaku.

Jadi jangan la puji saya. Puji dan wala lah pada Nik Aziz. Saya duduk kat luar bagi sokongan dan undi saja.

nizamtoha said...

nizam mahmud


suruh wala kat TG Mursyidul Am

Tapi suruh engkar dgn Presiden?

hehehehe..

Kukuh betul hujah kamu wahai nama yang sama dgn ku.

satu Usrah dgn TB ke?

Mana ade satu kapal 2 kapten beb

Nizam Mahmud said...

Nizam yang satu lagi,
"Mana ade satu kapal 2 kapten beb"

Komen saya: Kenyataan ini sangat-sangat benar! Itu yang menghairankan saya sebab Presiden diletakkan sama taraf dengan Mursyidul Am.

Bila masa pula ini? Ini mesti kes orang masuk PAS tapi tak belajar mengenai gerakan Islam.

As Syahid Syed Qutb, as syahid Hasan Al Bana dan as syahid Sheikh Ahmad Yasin pun akan geleng kepala tengok perangai mereka yang mengaku ahli gerakan Islam di Malaysia ini.

Malaysia boleh!

"satu Usrah dgn TB ke?"

Komen saya: Muka TB pun aku tak pernah tengok.

p/s. Teringat bagaimana orang Musa Hitam cuba buat propaganda Kepimpinan 2M (Mahathir dan Musa) seolah-olah dia sama taraf dengan Mahathir walaupun Mahathir Perdana Menteri dan dia Timbalan saja.

Taktik ini sudah berjaya dalam PAS. Yang menyebabkan taktik ini berjaya adalah ramai yang komen disini masih berhingus lagi di tahun 80an

Anonymous said...

Pelayar blog TB,
Cuba kita amat-amati tajuk yang dipaparkan olih TB.Tak usahlah buang masa nak komen pasal Annuar,DAP mahu pun PKR.Semua mereka ini tak ada kena-mengena dengan Fraksi UMNO dalam PAS ini.Tumpukan kritik dan pandangan kita kepada grombolan ini sebagai mana yang disebut olih Ian 9.06.09 jam 10.00am dan ttwanga 9.06.09 jam 10.59.
Gerak kerja grombolan ini telah bermula selepas Tsunami Politik 2008 apabila Mustafa Ali gagal mengambil balik Trengganu satelah dirampas kembali olih UMNO.Bermakna sudah 2 kali dia gagal walhal Tsunami yang berlaku telah berjaya memenangi Kedah,Selangor,Perak dan terus mengekalkan Kelantan.Mustafa Ali adalah Pengarah Pilihanraya PAS Pusat merangkap Pesuruhjaya Trengganu.DiMuktamar yang diadakan diKedah,beberapa perwakilan telah menyuarakan agar Mustafa Ali tidak lagi memegang jawatan Pengarah Pilihanraya PAS Pusat.Malangnya Presiden PAS buat tak dengar saja.Dalam PRU yang lalu dia kalah untuk dapat kerusi ADUN walau pun bertanding dikampong sendiri.
Kerajaan Perpaduan merupakan "last cyakonya" untuk terus berada dipersada politik tanah ayer.Tak tahu apa sebabnya,tak tau mengapa dan tak tau rasionalnya,Presiden PAS TGHH amat mempercayai dan taksub kepada Mustafa Ali,begitu juga Nasaruddin Mad Isa.Sebagai mana kata Ian (diatas) dialah yang sebenarnya "Godfather" kepada grombolan Fraksi UMNO dalam PAS ini.Kalau tak percaya lihatlah nanti akan jawatan-jawatan yang akan diamanahkan olih Presiden kepadanya.Sejak beberapa tahun dia telah pun menempatkan orang-orangnya diIbu Pejabat PAS,dalam HARAKAH dan juga SIASAH.
Inilah masaalah kita semua untuk membersihkan rumah sendiri tanpa melibatkan orang lain.Syabas saya utarakan pada ttwanga kerana komen yang tegas dan bernas.

Tulang Besi said...


Saya kira inilah semangat yang kita mahu dalam PR. Berbeza pendapat namun tidak sampai jatuh-menjatuh antara satu sama lain.

Mudahan-mudahan segala kekeruhan di kalangan pimpinan PR akan dapat diselesaikan dengan cara perbincangan secara rasional seperti yang sdra Nizam tunjukkan.
.

Jadi, kenalah berhenti sebar fitnah mcm ada proksi ANwar dalam PAS, Anwar desperate nak jadi PM etc kalau nak berhujjah secara rasional dalam PAS.

Betul tak Afyan?

Afyan said...

Alhamdulilah semua pihak mengakui kepimpinan TG Nik Aziz.

Tidak dapat dinafikan lagi, kepimpinan beliau diakui kawan dan lawan.

Kepimpinan inilah yang kita mahukan.

PKR pun tidak dapat nafikan kepimpinan TG Nik Aziz.

Inilah uniknya PAS. Kepimpinan yang mampu mempertahankan sebuah kerajaan sekalipun dengan majoriti 1 kerusi.

Tulang Besi said...

Heran saya si Afyan ni.

SAtu waktu kata nak adakan persefahaman dengan PR.

Di waktu lain, pegi maki DAP dan PKR sampai tak mau.

Lepas tu buat fitnah pulak tu pada mereka yang pro PR dalam PAS, tuduh Pro Anwar la, anti ulama la, nak liberalisasikan PAS la.

Apa ni Afyan? Who are u trying to fool?

Tulang Besi said...


PKR pun tidak dapat nafikan kepimpinan TG Nik Aziz.

Inilah uniknya PAS. Kepimpinan yang mampu mempertahankan sebuah kerajaan sekalipun dengan majoriti 1 kerusi.
.

Termasuk yang mempertahankan kerajaan itu adalah ahli2 Keadilan di KElantan

Afyan said...

Saya sayangkan kebenaran.

Kebenaran bukan terletak pada batang tubuh atau nama.

Jika saya salah, buktikan saya salah dan saya akan minta maaf apabila terbukti salah.

======
Ketika saya mengatakan PKR adalah parti sekular, membawa hujah. Minta mana-mana ahli PKR dan TB membawa bukti jika parti mereka bukan sekular.

Ketika saya menyokong Ustaz Ahmad, saya membawa hujah. Cuma saya hanya minta tunjukkan segera namanya.

Ketika saya bangkang idea projek 916, saya membawa hujah. Saya katakan Nabi Muhammad tidak pernah menerima pelawaan Quraisy untuk menjadi ketua Mekah.

Saya tidak pernah menyokong usaha PAS masuk UMNO, pun dengan hujah.

Ketika saya mengatakan Husam kalah, tak perlu saya bawa hujah kerana ia memang kalah.

Jadi, untuk perkara yang saya tidak pernah katakan, untuk apa saya kemukakan bukti dan hujah.

====
Sudah saya katakan, saya sayangkan kebenaran.

Jika saya salah, saya akan memohon maaf, tetapi perlu dibuktikan bersalah.

=====
Bukti untuk menyatakan ada usaha PAS sedang membawa masuk umno, penuh dengan pelbagai keraguan yang munasabah.

di dalam mahkamah, bagi sebarang jenayah criminal, perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan 'beyond any reasonable doubt'.

Sehinggalah benar bukti PAS nak masuk UMNO "beyond reasonable doubt" barulah saya akan mempercayainya.

Silakan beri bukti tersebut...

Tulang Besi said...

Saya sayangkan kebenaran.

Kebenaran bukan terletak pada batang tubuh atau nama.

Jika saya salah, buktikan saya salah dan saya akan minta maaf apabila terbukti salah
.

So masa saudara kata ada proksi ANwar dalam PAS yang mahu meliberalisasikan PAS itu, ia dilakukan atas dasar "sayangkan kebenaran".

Walaupun saudara tahu ianya fitnah?

gua mat rock said...

Cayalah bro afyan.

dah dua tiga hari aku tgk bro berdebat kat sini.

aku yg sokong pr melalui pkr pun rasa nak masuk pas dgr hujah ko.

takut gak aku kalau parti sekular ni

aku mat rock boleh masuk pas ke?

Tulang Besi said...


Sudah saya katakan, saya sayangkan kebenaran.

Jika saya salah, saya akan memohon maaf, tetapi perlu dibuktikan bersalah.
.

Saya kan mintak bukti atas segala dakwaan saudara sebelum ini.

Tapi saudara tidak beri.

Tu yang saya stat lawan balik saudara.

Tapi smpai skrg takda pun penarikan balik tuduhan2 saudara sebelum ini?

Saya tengah tunggu juga.

gua mat rock yg tadi said...

tapi aku rasa kalau pkr yg majoriti 1 kerusi tu tentu dah lama ghuyup.

mcm bro afyan kata tadi la. perak tu ha...

bakal mb pkr pun boleh masuk umno... hhhuhuhuhu

aku harap sangat pas tak biarkan pkr terus jd sekular.

bro afyan, aku nak masuk pas ni. blh tlg aku..

gua mat rock yg sama said...

huhu...bro tb nampaknya dah kendur balik drp membuat serangan peribadi dan memaki hamun lawan....

Anonymous said...

Bertengkar bagai naik rak tapi hakikatnya satu mesej yg penting drp ustaz ahmad awang ialah "ada pimpinan tertinggi parti yang meminta PAS Perak mempertimbangkan gabungan dengan UMNO dalam membentuk kerajaan Perak ...."

Soalannya siapakah pengkhianat itu?

muhammad said...

Afyan,

Tolong jawab 2 soalan ni:

1. Setuju PAS kekal dalam Pakatan Rakyat atau tidak?

2. Setuju dengan idea kerajaan perpaduan atau tidak?

Tulang Besi said...


Bukti untuk menyatakan ada usaha PAS sedang membawa masuk umno, penuh dengan pelbagai keraguan yang munasabah.

di dalam mahkamah, bagi sebarang jenayah criminal, perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan 'beyond any reasonable doubt'.
.

KEnyataan Ahmad Awang tu dah jelas sangat2.

Jadi, tak perlulah nak ragui lagi

Afyan said...

Terima kasih atas perhatian beberapa pembaca terhadap saya.

Sesiapa yang ingin menyertai PAS, boleh join PAS melalui parti-pas.gov.my.

=====
Saya akan menyokong sebarang usaha untuk mendaulatkan Islam.

Jika Kerajaan 16 Sept adalah kerajaan yang akan mendaulatkan Islam, maka saya akan sokong.

Jika kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang akan mendaulatkan Islam, saya akan sokong.

Kedua-duanya belum ada kata putus daripada PAS.

Saya akan turuti keputusan syura tertinggi PAS.

Setakat ini PAS berada di dalam PR, dan PAS tidak akan mengkhianati PR.

Justeru sebarnag usaha untuk memperkukuhakn PR saya akan sokong.

Begitu juga usaha untuk meminggirkan PAS, saya akan tentang.

Juga jika ada usaha untuk memburuk-burukkan pimpinan PAS saya akan lawan.

Begitulah kiranya andai sesiapa yang memperlekehkan kepimpinan ulama, saya bersedia menjadi pendindingnya.

Anonymous said...

laa.... tak habis lagi.

dasat bro afyan,

lanyak diorang sampai berbuih2 mulut.

Tulang Besi said...


Jika Kerajaan 16 Sept adalah kerajaan yang akan mendaulatkan Islam, maka saya akan sokong.

Jika kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang akan mendaulatkan Islam, saya akan sokong.

Kedua-duanya belum ada kata putus daripada PAS.

Saya akan turuti keputusan syura tertinggi PAS.

Setakat ini PAS berada di dalam PR, dan PAS tidak akan mengkhianati PR.
.

Kerajaan 916 telah pun direstui oleh PAS Pusat dan Mursyidul Am.

KErajaan PErpaduan tidak.

Tulang Besi said...

Kerajaan yang mendaulatkan Islam adalah jangka masa panjang.

yang penting skrg ni adalah kerajaan yang mengizinkan berjalannya hukum dan syariat Islam secara syumul.

muhammad said...

Afyan,

"Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.
Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya."

Anda kata anda sayang kebenaran kan?

Sesuatu pendakwaan perlu dibuktikan "beyond any reasonable doubt" kan?

Buktikan kenyataan anda di atas itu.

Afyan said...

Terpulanglah kepada sdra untuk menerima atau menolaknya.

Kata-kata saya boleh diterima dan ditolak.

Saya akui pendapat saya sebelum ini mempunyai reasonable daubt.

Saya tidak takut untuk menyatakan itu.

Cuma yang pasti, PKR adalah sebuah parti sekular. Parti yang tidak meletakkan asas Islam.

Dan sudah pasti musuh islam adalah sekular.

Cuma mungkin ada sekular yg ingin berkawan dengan PAS, PAS berjiwa besar untuk menerimanya.

Sedangkan PAS pun boleh berkawan dengan syaitan, kata TG Nik Aziz.

Inikan pula PKR dan Anwar.

PAS hanya berkawan dengan Anwar dan PKR, bukan ber-wala'

mat rock insaf masuk pas said...

perghhhh..... inilah pengakuan paling berana yg pernah aku dgr...

tahniah bro afyan. bak kata nizamtoha, hujah anda memikat....

ni yg x sbr2 aku nk ajak kwn2 pkr lain utk joinn pas.

aku yakin pas lebih layak mmrintah bbanding umno n pkr.

atau aku perlu tarbiah pkr dr dlm?

Tulang Besi said...


Cuma yang pasti, PKR adalah sebuah parti sekular. Parti yang tidak meletakkan asas Islam.

Dan sudah pasti musuh islam adalah sekular.

Cuma mungkin ada sekular yg ingin berkawan dengan PAS, PAS berjiwa besar untuk menerimanya.
.

PKR adalah umpama kaum musyrik yang bertahaluf dengan Nabi SAW.

Apabila kabilah musyrikin yang bertahaluf itu diserang musyrikin Mekkah, Nabi SAW menubuhkan pasukan tentera untuk menyerang Mekah.

Bukan pegi tuduh kabilah yang diserang itu dengan tuduhan2 sepreti mereka itu sekular dan tidak patut kita tolong mereka sebab mereka takda ahli dsbnya.

Itulah dia AKHLAK ISLAM dalam POLTIIK yang saudara Afyan belum belajar lagi.

Akhlak Islam ini telah menyebabkan semua orang masuk Islam bukan melarikan diri dari islam.

muhammad said...

oh....nampaknya tb mula kembali ke prangai lama iatu dgn menyerang peribadi...

kalau nabi pun tak serang pribadi musyrikin, tb blh la pulak ye serang pribadi...

syabas bro afyan.

teruskan usaha.

Jap, baru sy perasan yg tb tutu mengakui pkr umpama musyrikin.

bukan ke tb ni pkr?

takkan tb mengaku musyrikin?

Anonymous said...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

Anonymous said...

Berdakwah konon...kalau telinga liyat macam abu jahal masih cuba nak dakwah tak guna bro...tak payah ceta UG ler. Azan kat telinga pun tak jalan.Dah terang puak menentang islam masih nak terpikat kah?
udah ler..kita pakat doa biar semua wakil umno jadi org baik2 kembali kepangkal jalan. Buangkan tabiat anjing gila atau tersepit.jauhkan H1N1,1 malay.

muhammad said...

Afyan,

"Saya akui pendapat saya sebelum ini mempunyai reasonable daubt."

Tahu pun. Jadi, lain kali, nak buat kenyataan tentang Anwar atau sesiapa pun, pastikan ia BENAR dan bukan SPEKULASI. Jika tidak, anda tak ubah seperti org Umno yg mengatakan Anwar meliwat, seolah2 mereka melihat dgn mata sendiri.

Bukannya saya setuju 100% dgn Anwar, tp dlm kesnya saya nak kes tu dibuktikan "beyond any reasonable doubt", seperti yg anda kata sendiri. Samada dlm kes liwat, kecewa, cemburu ke, buktikan dulu.

Ini bukan soal org terima atau tidak, tetapi cara anda membawa kenyataan itu seolah2 ia fakta, bukan pendapat atau khabar angin.

Jika tiada bukti, hentikan.

Dalam iklim politik Malaysia sekarang, PAS tidak boleh berdiri sendiri. Tetapi tidak boleh juga ia bersekongkol dgn mereka yg sudah jelas kezalimannya.

Sebarang kerjasama dgn Umno/BN akan merugikan PAS, PR, dan Islam sendiri.


PS-muhammad June 9, 2009 7:08 PM tu bukan saya.

Anonymous said...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

Anonymous said...

Cuma yang pasti, PKR adalah sebuah parti sekular. Parti yang tidak meletakkan asas Islam.

Dan sudah pasti musuh islam adalah sekular.

---------------------------------
lol!!man,what a dungu!!So..najis n co who merampas kuasa in perak,liwat Aminah and later murders her ini semua ok lah..and btw mr. katak dibawah temperung,sejak bila u ni jadi Allah's favourite?..since when u received the divine approval to label this fella is secular,that fella aint islam?

Anonymous said...

[Yusufali 24:41] Seest thou not that it is Allah Whose praises all beings in the heavens and on earth do celebrate, and the birds (of the air) with wings outspread? Each one knows its own (mode of) prayer and praise. And Allah knows well all that they do.

ya,principals of
equality,unity,justice,harmony,equlibrium from ALLAH jaaaaaaaaauh berbeza berbanding dengan the kok n bull crap being spread by the PAS president and his dufus naib..hah,if we observer very very carefully,it's PKR who is upholding the principals of justice & fairness, going beyond any freakin stoopid religious dogmas!!

Anonymous said...

[Yusufali 45:21] What! Do those who seek after evil ways think that We shall hold them equal with those who believe and do righteous deeds,- that equal will be their life and their death? Ill is the judgment that they make.

It high time,those fraksis leave PAS and join UMNO!!But u know what..they wont leave PAS for 2 reasons.1.The objective to destabilise PAS and Pakatan wont happen if they leave.2nd.UMNo needs the ulamaks aura to slave the malays,and since everyone knows UMNO malays are kaki liwat,rogol,mabuk(like dat Ali Rustam!!),it will be better for UMNO if the fraksis remain in PAS and "being UMNO friendly".That's why they went all out to tolong the ulamaks.In fact the Sultans also like that type of arrangement(in order to cover their incompetance,and loose morals!!)

Anonymous said...

[Yusufali 56:37] Beloved (by nature), equal in age,-

This verse is way way way beyond our logic.It's suprarational(everything from the Quran is suprarational!!).If the top heads are very keen about unity ,why not talk about true unity based on the Quran,which is mankind is one,humanity is one..haha..why not!!!
[Yusufali 21:93] But (later generations) cut off their affair (of unity), one from another: (yet) will they all return to Us.

haha..UMNO haramjadah the king of falsehood has distorted "they all return to us" as "they return to UMNO" lah..

dagang said...

Jom balik tido.kita tunggu angka yg nk diumumkan tu,cepatskit tamat cerita..tp takut tinggal anggka je.mcm 16 sept hari tu..semua diperbodohkan Anuar..

Anonymous said...

apalah PAS ni... masa PRU12 dulu bersama2 PKR,DAP dan rakyat jelata menyekat UMNO/BN dan berjaya... kini PAS pulak nak berpatah balik ke UMNO !! inilah tak gentlement !

Semua orang tahu yang Hadi dan Nasha tu adalah fraksi utama UMNO dalam PAS...sungguh malang, ramai ahli2 PAS termakan racun 'fraksi UMNO'.

Nasib baik ada TGNA yang pada masa ini dapat menyekat kemaraan Nasha dan geng2nya yang cuba menghancurkan PAS !!


Dakis.

Anonymous said...

salam.

dari amatan saya,afyan dan org2 yg menyokong pendapatnya ada org upahan fraksi umno....

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt..dalam smua komen2 ini, nampak sangat ada cybertrooper umno :)..buat apa bincangkan hal ini lagi?semuanya masih dlm biro disiplin PAS..biarkanlah mereka nak tentukan..mereka tahu baik dan buruk keputusan yg bakal mereka buat.semua keputusan mereka buat, mereka kena tanggung..jadi, usah diperdebatkanlah lagi, melainkalah diri kalian yg inginkan perjuangan islam turut ingin terjebak dlm kes dimana pihak lawan mengambil peluang..maknanya kalian juga turut bersubahat untuk memecahkan parti..jadi andai kalian tahu tanggungjawab kalian sbg penyokong parti, usah beri komen lagi..sesiapa yg beri komen, kita boleh tahu hati perut mereka selepas ini :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.