Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 8, 2009

Ust. Ahmad Awang Mendedahkan "Agen" UMNO dalam PAS

Diambil dari blog Bakaq@Penarik Beca


Sebelum itu, ketika menyampaikan ucapan penangguhan dalam Muktamar ke-55 PAS, Ustaz Ahmad mendedahkan seorang pemimpin PAS menelefon beliau dan menghasut beliau supaya bersetuju dengan pembentukan kerajaan bersama-sama Umno di Perak.

Beliau juga memberitahu, jalang politik barua Umno itu menghubungi beliau sehari atau dua hari selepas PAS Perak mengumumkan ia akan membentuk kerajaan bersama-sama DAP dan PKR.

Pesuruhjaya PAS Perak itu juga memberitahu pemberita bahawa Mufti Perak menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama parti peneraju Barisan Nasional (BN) itu di Perak.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

(Nota penting, perkataan-perkataan "pengkhianat mandat rakyat", "si celaka penagih Umno", "jalang politik" dan "barua" adalah perkataan saya sendiri dan tidak pernah diucapkan oleh Ustaz Ahmad. Saya juga akan berusaha mencari identiti sebenar jalang politik barua Umno itu dan mendedahkan namanya dalam blog ini)

Sumber berita:
Perak commissioner reveals attempt for tie-up with Umno

The Edge (8/6/09): Perak PAS Commissioner Ahmad Awang revealed that a party leader wanted to form a coalition with Umno to rule the state after the March 8 general election last year.

In his winding-up speech at the 55th PAS muktamar, Ahmad, who did not seek re-election as vice-president, told the delegates that he received a call from the official who is part of the party's national leadership asking him to band with Umno, which he refused.

He said the leader contacted him a day or two after PAS had announced that it would be forming the government with PKR and DAP.

"I refused because even before the 12th general election, we in PAS had made a decision that we will not form any government with Umno and Barisan Nasional," said Ahmad when approached by reporters.

However, he refused to name the leader who made the call. "Only a few other leaders and myself know who he is," said Ahmad, who smiled when pressed if the said leader is still in the new elected line-up of PAS leadership.

He said PAS was offered the menteri besar, state assembly speaker and exco positions in the effort to form the first Malay-dominated Perak state government.

"(Ousted Perak Menteri Besar) Datuk Seri Nizar Jamaluddin was one of the first who was asked to cooperate with Umno," he added.

Ahmad also claimed that Umno had used Perak mufti Datuk Hurussani Zakaria as a go-between for former Perak menteri besar Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali and PAS spiritual leader Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

He alleged that Harussani attempted to trick him into agreeing to a partnership with Umno by telling him that Kelantan Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat and PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang had agreed to the cooperation between the parties.

"But I know Niz Aziz well and he would never agree to something like this," said Ahmad, adding that Umno leaders were desperate to get PAS to change its mind to the point of sending another go-between to intercept him at the Iskandariah palace just before the swearing-in ceremony of the menteri besar.

"I just ignored them and walked off," he said (Comments here)

46 comments:

Panglima Perang Cyber said...

saya cabar penyokong Anwar dan Nik Aziz untuk melihat sendiri video DUN Perak kali ke 12 pada 7 Mei 2009 yang lalu di blog saya di link bawah ini.

Jika masih tetap menyokong PR maka saya kira ia tanda hati mereka sudah terkunci mati dari melihat kebenaran...

http://penembak-tepat.blogspot.com/2009/06/edisi-pagi-video-adun-pr-samseng-dan-24.html

Anonymous said...

Ko jgn nak tipu la .... dah namanya rampasan haram mesti kena pertahankan.. umno adalah samseng yg merampas secara haram... umno tidak sabar dan tidak boleh menerima kekalahan.. umno tidak percaya kepada qada & qadar Allah yg memenangkan kehendak rakyat tetapi dirampasnya mengikut nafsu mereka..

p/s,
ko tak paham ke siapa yg memulakan peristiwa tersebut. Segala undang2 tubuh kerajaan habis diredahnya ikut suka hati umno je? Lain kali kalau ko nak tipu pergi kepada pakcik yg berumur dalam 60an.. itu pun kepada mereka yg susah diajak ke masjid.

Alias Mohd Yusof said...

Inilah kelemahan orang kita terlalu cepat menuduh orang-orang yang berbeza pendapat dengan kita dengan label-label yang memburukkan peribadi seseorang seperti barua, anjing, dan berbagai lagi.

Malah Dr. Mohd Asri bekas mufti Perlis juga pernah digelar bapa syaitan oleh orang yang kita lihat tinggi pendidikan agamanya juga. Setimpalkah sumbangan Dr. Mohd Asri kepada dunia Islam dengan gelaran itu?

Kita seperti tidak mengenal siapa kawan dan musuh kita.

Saya pun tidak setuju kalau PAS bergabung dengan UMNO buat masa ini. Tetapi ini tidaklah sampai untuk saya menuduh orang-orang yang bersetuju dengan cadangan tersebut sebagai barua atau anjing atau penagih UMNO.

Mereka juga mempunyai pandangan yang tersendiri dalam hal ini. Apakah kita tahu keihklasan mereka? Mungkin mereka berniat ikhlas mana kita tahu.

Raikanlah perbezaan pendapat, bukan menempelak orang berbeza dengan kita.

Anonymous said...

Apa laa..

Asal ada bunyi sokong UMNO saja,tak betul.

Mufti tu masa keluar kenyataan sokong PAS, Anwar Ibrahim,tak pula korang panggil barua.

Kes murtad,berapa lama Harakah guna ucapan mufti hentam UMNO.Bila mai kes mubahalah Saiful-Anwar, siapa yang sokong Anwar tak payah sumpah?Harussani jugak bukan?

Banyak jasa Harussani kat korang,tapi bila Harussani tak redha negerinya yang dirinya jadi Mufti diperintah boneka oleh Kafir, korang marah pulak.

Yg lebih afdhal jawab depan Allah nanti tu,Mufti.Allah nanti tanya, apa kau buat Harussani, negeri kau tu kafir perintah di belakang tabir,padahal kaulah mufti Perak.

Jadi,Mufti tak terlepas dosa,dia dah cakap,dia dah cadang.Dia dah usaha.Kat akhirat, dia dah terlepas tanggungjawab.

Inilah namanya Mufti yang ada pendirian, tak kisah dek puji, tak kisah dek keji.Semalam UMNO benci dia,hari korang pulak.

Semalam, korang lambung dia,hari korang hina kencing dia.Inilah contoh ulamak yang bukan lalang.

yes said...

Kalau menjadi barua apa salahnya kita panggil mereka ini barua.

Ada kah perkataan lain yang boleh menggantikan perkataan barua?

UMNO satu masa dulu tak mahu sebut babi tetapi khinzir. Hakikatnya adalah binatang yang sama.

Orang Baru said...

Go, go TB. Tak sabar-sabar nak tahu siapakah celaka yang tergila-gila nak bersetubuh dengan UMNO tersebut.

Mari kita pakat perhatikan geng Muqabalah. Biar diaorang tahu betapa langit itu tinggi atau rendah.

Anonymous said...

Hadi Awang dan Nasarudin ada kepentingan sendiri. Saya tidak peranjat kalau mereka dua ingin berbincang dgn Umno sebab mahu jawatan --takkan dua ulamak mahu bincang dgn iblis Umno yg tikam pas tahun 1974. Kita kena awasi setiap gerak geri n langkah Hadi Dan Nasa --tak hairan kalau Pas terkubur selama lama nya angkara dua ini.

nizamtoha said...

cakap boleh sebarang cakap..bukti mana?

Kat selangor pun ura-ura ada geng jumpa UMNO...tapi sampai la ni tak bunyi pun.Pemimpin yang berjumpa ni mesti dah maklum kat presiden...

Teringat seorang sahabat yang rasulullah hantar jumpa abu sufian,ketua musrikin mekah. takde plak erdogan masa tu yang nak bantah..yer..

setakad melontar cadangan apa salahnya.

Jijik sangat ke melontar cadangan ,klu kawan yang kita sedang bersama pun memegang gunting dalam lipatan,memegang api dalam sekam.

Apa PAS dapat di Pulau Pinang?

Anonymous said...

Apa ke jadah nizamtoha ni tulis:

Kalau di tuliskan perincian nya hang tak mau terima juga, nak tahu pergi tanya yang pi jumpa itu... kalau segan boleh juga tanya YB Khalid samad..

Hang tak baca kot.... lain kali baca dulu baru buat posting.... mangkuk betui


nizamtoha said...
cakap boleh sebarang cakap..bukti mana?

Kat selangor pun ura-ura ada geng jumpa UMNO...tapi sampai la ni tak bunyi pun.Pemimpin yang berjumpa ni mesti dah maklum kat presiden...

Teringat seorang sahabat yang rasulullah hantar jumpa abu sufian,ketua musrikin mekah. takde plak erdogan masa tu yang nak bantah..yer..

setakad melontar cadangan apa salahnya.

Jijik sangat ke melontar cadangan ,klu kawan yang kita sedang bersama pun memegang gunting dalam lipatan,memegang api dalam sekam.

Apa PAS dapat di Pulau Pinang?

June 8, 2009 11:05 AM

Orang Baru. said...

Nizamtoha,

Aku tau PR kat tempat ko bermasalah. Tapi jgn babitkan PR peringkat kawasan ko yang ada masalah dengan peringkat nasional. BN tengah nyawa-nyawa ikan ni. Inilah masa perkukuhkan PR dan mampuskan BN.

Sidang muktamirin dan muktamirat telah bersetuju untuk kukuhkan PR dan hancurkan UMNO.

Selagi UMNO tak tukar dasar sekular mereka, jgn harap mereka akan berubah.

Pegi mampus UMNO!!

Anonymous said...

dgn isu unity government oleh fraksi umno ini, minta saudara TB ulas tentang PAS semasa bergabung dgn Perikatan dahulu. ini utk re-fresh kembali peristiwa dahulu kala yg sepatutnya jadi sempadan dan pengajaran/rujukan;
1) mengapa Dato' Asri meminta kebenaran dari TGNA utk bergabung dgn Perikatan. Adakah syarat yg dikenakan oleh TGNA dipatuhi oleh Dato' Asri khasnya dan Tun Razak umumnya.
2) di manakan kedudukan TGHH diwaktu itu.
3) di manakah kedudukan Ustaz Yusof Rawa & Dato' Fadhil sewaktu itu. Apakah peranan mereka di masa itu. apakah input dari mereka?
4) apakah pendirian jawatankuasa agung PAS sewaktu peristiwa itu berlaku.
5) adakah persetujuan utk bergabung dgn perikatan dahulu disebabkan 'final dicision' dari dewan ulama' iaitu TGNA?, atau syaratnya telah dipenuhi atau diperhalusi oleh jawatankuasa agung PAS.
6) apakah janji kerajaan Perikatan pada PAS sblm pengabungan dan slps penggabungan. mana satu dipenuhi dan mana satu dimungkiri atau ditangguhkan?
7) apakah cikgu Pa kecewa sebab kegagalan kerajaan perikatan diwaktu dulu yg khabarnya, iapun terlibat. atau menunggu utk masuk kembali dgn jawatan tertentu.

Anonymous said...

Ucapan TGHA betul belaka. Kita semua tahu beliau seorang yang amat warak.Biasanya ulama akan mengeluarkan kenyataan berasaskan sesuatu zaman. Lain zaman lain pendekatannya. Mungkin ada sesuatu yang tersirat disebalik hati TGHA sehingga menimbulkan kenyataan Kerajaan Perpaduan. Kita yang diluar ni tak usahlah terlalu memikirkannya kerana saya yakin TGHA ada alasan beliau sendiri. Kita tak usah cepat melatah. Beliau telah memberi jaminan kerjasama dalam pakatan rakyat akan diteruskan.

Perbezaan pendapat antara TGHA dan TGNA perkara biasa dalam Islam. Ianya bukan kelemahan tetapi kaya dengan Idea.

Yang pasti, di dalam Pakatan Rakyat sememangnya PAS merupakan parti yang paling berpengalaman dan lengkap serba serbi dengan kekuatan jenteranya. Apakah TGHA sudah terhidu sesuatu? Teruslah menyokong TGHA sebagai wala' kita kepada pemimpin walaupun saya tahu tidak semua blogger yang merupakan ahli PAS.

Kita tunggu dan lihat. Kita merancang dan mereka merancang. Semoga perancangan Allah jua yang akan menyelamatkan PAS.

sam raspiut said...

Kebobrokan politik pro-ulama Pas bukan sahaja merosak dan memecah belahkan ahli Pas, malah menghakis kepercayaan pengundi Pas. Harus di ingat ahli Pas menentukan barisan kepimpinan dimuktamar hanya sebahagian kecil dari pengundi Pas yang datang dari berbagai golongan masyarakat, merekalah yg menentukan survival Pas di PRU nanti. Apakah Pas akan menunggu mesej mereka pada PRU nanti untuk menilai perpektif umum terhadap Pas sebagai dominan kerajaan rakyat baru nanti..

Pimpinan pro-ulama walaupun menguasai Pas Pusat tetapi tidak menguasai geografi pengundi PRU Pas, pengaruh mereka dominan hanya dikawasan tengah Terengganu, kurang berpengaruh di Kemaman dan Besut, manakala diluar Terengganu mereka hanya berpengaruh disebahagian Selangor dan Wilayah. Mereka tidak boleh mentafsirkan pengaruh mereka kepada perwakilan dan cawangan Pas adalah sama pada pengundi Pas, tidak mungkin sama! PRU bukan Muktamar?

Tanggal 6 june 09, menandakan secara rasmi kerosakan imej kepimpinan ulama yang nodanya terpalit pada semua ulama tulin Pas. Hilang kerpercayaan dan hormat pada segelintir kepimpinan ulama Pas akan menyebabkan lebih banyak serangan selepas ini yg setiap satunya akan menghakis kepercayaan ramai pada Pas dan bebannya terpaksa digalas oleh pejuang tulin Pas Khususnya Tgna, Ustaz Azizan dan lain-lain. Inilah yang diusahakan selama ini oleh strategis umno dan proksinya didalam Pas.

Pas tidak bolih berharap isu ini akan dilupakan sebagaimana isu-isu di Terengganu, melupakan dan terlupa adalah dua perkara berbeza. Pengundi ‘melupakan’ tapi tidak pernah ‘lupa’ apa lagi untuk berpatahbalik setelah beberapa generasi kita sudah terlalu hampir untuk menumbangkan Umno.

Jadi, apa penyelesaiannya sekarang sebelum Pas dilupakan? Hanya ada tiga cara, 1.kepimpinan pro-ulama harus menyatakan keinsafan dan kembali kepada hasrat rakyat yg menjadi teras perjuangan Pas – perkara yg paling mustahil terjadi dengan model kepimpinan pro-ulama sekarang. 2.menukarganti kepimpinan sekarang – juga tidak mungkin berlaku selagi kepimpinan ulama tulin kita terlalu berlembut menjaga maruah institusi ulama dan maruah Pas sebagai parti agama melebihi kepentingan umum dan kebenaran agama. 3.berpecah, bercerai, berpisah – ubat yg paling pahit dan akan dianggap pendapat kurang ajar bagi sesetengah pendokong Pas, tetapi rasionalnya ia adalah fitrah alam, sejarah pernah berlaku dan akan terus berlaku.

Pilihan ini walaupun amat buruk tetapi adalah lebih baik dari kerosakan berpanjangan yg akhirnya menjadikan Pas parti tidak berwibawa... kita tidak boleh selamanya bergantung kepada Tuan Guru Nik Aziz kerana tiba masanya kita harus mengakui Allah lebih mengasihi beliau dari kita…

sam raspiut said...

Sebagai pemimpin golongan pro-ulama presiden Pas bukan sahaja dipertikai kerana isu-isu berkaitan umno, bahkan kerana sejarah kewibawaan kepimpinannya yg agak lemah dan dikatakan hanya bergantung kepada kedudukan beliau sebagai ulama Pas dan momemtum politik ekstrimist agama pada zaman awal kebangkitan beliau, bukan dari kobolehan kepimpinan beliau untuk kekal sebagai pemimpin tertinggi Pas, antara kelemahan beliau adalah:

1. Sering menimbul isu-isu sensitif yg penuh konflik dan akhirnya membiarkan tergantung tanpa bertanggungjawaban terhadap isu-isu tersebut, khususnya hal-hal yang melibatkan hukum dan kepentingan umum, contohnya isu muzakarah, UG, assobiyah melayu, isu penyalahangunaan wang zakat di Terengganu dan lain-lain.

2. Membiarkan beliau sedari awal kebangkitan dikelilingi oleh orang2 yg diketahui kurang cerdek untuk membentul lapisan sahabat @ kroni sebagai perisai. Sahabat2 ini tidak berwibawa sebagai pemimpin dan hanya menumpang jubah ulama beliau dan dikatakan mendominasi Pas hanya kerana sokongan beliau, senioriti, make-up ala ulama dan stregist politik ala umno. Kroni-kroni ini menguasai segenap sudut penting Pas termasuklah akhbar lidah rasmi Pas dan dewan ulama. Dimana-mana kroni-kroni ini telah mewujudkan pelapis-pelapis dan aktivis-aktivis muda samada setara dengan mereka ataupun lebih teruk dari mereka sehingga terhasilnya golongan pro-ulama pada hari ini yg meninggalkan rasional perjuangan Pas.

3. Gagal mengengkang kerakusan kroni2 beliau membuat keuntungan malah membela tindak tanduk mereka dalam konflik melibat kepentingan umum, contohnya membela dan memperemehkan isu penyalahangunaan wang zakat oleh pemimpin bawahan beliau sewaktu beliau memerintah Terengganu, 1999-2004.

4. Gagal meredakan isu-isu dan konflik yg timbul dalam Pas sedang sebagai pemimpin tertinggi beliau bertanggungjawab dan mampu melakukan.

5. Gagal berperanan sebagai pemimpin utama masyarakat yg neutral dan prihatin sesuai fungsi beliau sebagai pemimpin ulama dalam menangani isu-isu umum yg rakyat malaysia amat berharap pendapat peribadi beliau sebagai pendapat yg adil dari pemimpin bukan kerajaan. Contohnya isu anwar, isu penderaan pemuda India dalam tahanan polis, isu ayam halal dan sebagainya.

6. Selain dari hal-hal politik dan draft hudud beliau tidak mampu sebagai pemikir atau menggerakkan pemikir Pas untuk menangani isu-isu penting lain seperti, draft sistem kewangan islam, perekonomian islam kususnya industri makanan halal yg mana modelnya telah dilaksanakan dengan jayanya oleh al-arqam, sistem kontrak islam dll.
Apakah semuanya akan dipikir dan digerakkan selepas Pas memerintah negara? Bila?

7. banyak lagi kegagalan beliau tetapi yang paling besar adalah gagal meletakkan diri beliau sebagai PEMIMPIN UMUM RAKYAT MALAYSIA YANG BERBAGAI BANGSA DAN UGAMA yang benar-benar adil untuk semua sesuai sebagai pemimpin ulama BESAR!!!!

orang kampong di kota said...

Ini lah muktamar paling geli aku lihat dalam sejarah apabila ulama yang bertitlekan timb mursyidul am sebuah parti yang memperjuangkan Islam menafikan ucapan yang yang memang dibuatnya dalam seminar ulama sendiri,musuh dalam selimut,tidak wala' pada jamaah yang di tujukan pada dato husam,tiba2 menafikan kan nya,maka erti nya kita semua boleh lah sekarang nih menuduh harun din menggunakan jin dalam pemilihan tersebut padanya untuk memenangkan nasa,dan apabila harun din minta penjelasan pada kita,maka kita jawab lah seperti mana dia jawab pada dato husam,tidak ,kita tak menuduh cuma 'takut2 ada'.ayuh ahli2 Pas sekalian mari kita lihat kehadapan berusahalah kita menubuhkan Parti ISLAM yang baru yang lebih telus dengan moto KEPIMPINAN ISLAM YANG BERTAQWA, bukan lagi pimpinan ulama yang lebih cenderung menyayangi umno dari mursyidul am sendiri.

Tulang Besi said...

Nizamtoha,

Kau nak kata Ustaz Ahmad Awang ni penipu ke?

Kau tu yang penipu wahai Nizam Toha

Anonymous said...

Semua orang kata UMNO/BN jahat. Masih nak bergabung.....?????

Ini macam nak masuk ular sangkar kot......!!!!!!!!!
Bukan tak tau..!

Mesti ada sebab lain..........!!!

Masih nak panggil mereka "Utaz" dengan perangai macam tu...????????

Arrr.....!!!
Jaga ya........................

Bangsa Cina Malaysia said...

Asalamualaikum,

perbincangan dengan UMNO akan membawa kerugian kepada PAS.

pengundi bukan islam menyokong PAS kerana rasuah yang ada pada UMNO kini PAS nak berunding dengan UMNO pula.

lebih elok PAS mempereratkan lagi hubungan dengan PKR dan DAP seperti yang di buktikan
di Bukit Gantang dan Bukit selambau dan Penanti InsyaAllah.

Ameen.

Anonymous said...

sam raspiut said,

Gagal berperanan sebagai pemimpin utama masyarakat yg neutral dan prihatin sesuai fungsi beliau sebagai pemimpin ulama dalam menangani isu-isu umum yg rakyat malaysia amat berharap pendapat peribadi beliau sebagai pendapat yg adil dari pemimpin bukan kerajaan. Contohnya isu anwar, isu penderaan pemuda India dalam tahanan polis, isu ayam halal dan sebagainya.


kakakakah..isu ayam halal, kene presiden pas jugak ke yang kene jawab? ko ni buat lawak je.isu anwar tu dan penderaan pemuda india,presiden dah ulas isu tu la.ko ni bagi alasan merapu je raspiut.nama pun macam mamak jual todi.

Monkey Code said...

Si Panglima Perang Cyber,Alias Mohd Yusof,nizamtoha dan Anonymous (jasa Harussani) yang bangang..... semua orang dah tahu hakikat konspirasi 'GENG2 YANG TAK ADA TELOR NI"..START DARI PRESIDENT NYA SENDIRI. (BANGSA YANG BUKAN MELAYU PUN DAH TAHU TEMBELANG DAN TEMBERANG MEREKA... TAK YAH NAK SIBUK JUAL IDEA MUNAFIK TU).
-------------------------
"Idea itu mengarut"

SHAH ALAM: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

“Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau semalam.
----------------------------
An open letter to PAS Deputy President Nasharuddin Mat Isa.

http://mt.m2day.org/2008/content/view/22948/84/

By An angry PAS youth leader (Malacca)

Mat Isa said Tok Guru's statement regarding his total rejection of PAS-Umno unity talk was personal and that PAS members “take the party's stance.”

Before I proceed, I would like to say this to Mat Isa: Don't test PAS members on Tok Guru Nik Aziz. Don't test PAS members' patience in this regard. Don't test PAS members' loyalty to Nik Aziz. Woe and woe unto you if you dare to do that. I can assure you that you will lose ignominiously if you continue with this kurang ajar culture in PAS.

Anonymous said...

PAS SEMAKIN LEMAH

Pro Umno said...

Ust harussani ni kalu bg alasan marah kat pas, memang dangkal bunyinye....katanya PAS berdosa pakat dgn DAP, berpeluk dgn DAP dosa, tapi dia lupa ke, kerajaan haram UMNO kat perak skang ni terbentuk lepas sorang adun DAP yg tempang tu sokong BN...kalau minah tempang tu tak sokong umno, bn tak akan dpt majority mcm yg soltan rasakan....piiira mabuk...kalau umno buat dia diam je...kalau pas buat...berdentum2 dosa...aku rasa dah letih dah sokong umno ni...

Anonymous said...

So who is dat PAS leader who wants to bersutubuh dgn anjing pariah UMNO?Nash?..THHA is very weak,easyly influenced..time has now come for the erdogans & "PAS For All" to think of an exit route..

Tulang Besi said...

Panglima Peran Cyber,

Video kau tu tak bagitau apa2 la.

Cuma Nizar kata dalam PErlembagaan PAS tiada sebut perkataan Negara Islam.

Itu aje.

Apa masaalahnya?

sam raspiut said...

sebagai pemimpin Hj Hadi seharus memberi pendapat yg adil dan bijaksana selayaknya bagi ulama, sebaliknya pendapat beliau tidak memenuhi idealis pemimpin adil dan bijaksana, angkuh dan penuh muslihat kepentingan politik. ambil contoh komen beliau pada isu anwar, beliau menyerahkan kepada budibicara dan kebijaksanaan mahkamah. semenjak bila president Pas percaya kepada mahkamah?

Nabi s.a.w menangani semua isu masyarakat, respon baginda dari isu-isu negara hinggalah bab mandi junub. Hebat sangatkah hj hadi hingga respon kepada masalah umum masyarakat islam terlalu remeh dan lawak pada beliau? adakah dia lebih hebat dari nabi atau dia cuma ulama politik semata-mata. betul ke dia ulamak??

Anonymous said...

Salam Sdr Besi Berani
Dalam pandai pandai PAS, boleh juga di'infiltrate' oleh 'musuh'.
Sebenarnya PAS tiada pemimpin yang betul bercalibre seperti al-marhum Us. Fadzil Noor. Beliau bukan saja seorang ulama bahkan seorang ahli politik yang pintar.
Apakah yang hebat sangat ada pada UMNO yang PAS beriya sangat nak bergabung. Ataukah ini hanya mainan dan muslihat politik PAS kerana terkilan dan kecil hati kerana tidak diberi penghormatan oleh sekutunya dalam pakatan.
Bak pepatah orang putih, 'respect must be earned', jadi sekiranya PAS mahu diterima sebagai peers dalam Pakatan, ianya harus bersedia bergerak sehaluan dalam Pakatan tanpa mementingkan kedudukan dan pangkat.
PAS mungkin sudah lupa bahawa kemenangan dalam PRU March lepas adalah atas sokongan rakyat terhadap Pakatan.
Kalau PAS berubah haluan sekarang, insha Allah, rakyat pasti menghukumnya. Tak percaya, cubalah!
Saya rasa semua yang berkaitan unity government ni adalah hasil buah fikiran think tank UMNO.
Tujuan mereka adalah untuk mempecah-belahkan Pakatan. Cara terbaik ialah melaga-lagakan pemimpin ketiga parti politik dalam Pakatan. Mereka gunakan media, wang ringgit, pangkat, harta, pemimpin dan juga ahli akedemik untuk memporak-porandakan hubungan pemimpin Pakatan.
Ada juga dua tiga kerat pemimpin PAS (mungkin lurus bendul atau bodoh sombong) yang terpedaya dengan sekim UMNO ni.
Alhamdulillah, Tuan Guru Nik Aziz tak termakan oleh tipu muslihat UMNO.
Wahai ahli PAS, bukalah minda, mata, hati dan mata anda. Tak kan tak boleh beca political scenario sekarang ni....atau buat2 tak tahu.
Se saat saja lepas PAS dan UMNO bergabung, UMNO akan tikam PAS dari belakang. Dalilnya..? Dulu PAS dah terkena sekali. Ingat lagi tak? Kelantan hilang ke tangan BN.
Lagipun apa yang UMNO boleh tawarkan kepada PAS selain jawatan dan pangkat dalam kerajaan Persekutuan? Mahukah UMNO betul2 nak berkongsi kekuasan? Sanggup ke PAS bersekongkol dengan segala perbuatan mungkar UMNO? Mahukah UMNO mengubah perlembagaan untuk meletak Al-Quran sebagai asasnya?

Sebagai penutup, tanyalah soaln ini berulang kali, apa untungnya gabungan PAS dengan UMNO? Pakatan sudah mula menuju ke Putrajaya, kenapa ada ahli PAS sendiri yang ingin merubah haluan itu sekarang? KENAPA...?!!!!

sam raspiut said...

secara umumnya hujah penyokong pro-ulama bagi membela pemimpin ulama pro-umno mereka adalah dangkal dan desprate gila:

1.sentiasa menganggap pemimpin mereka benar tahap maksum.
2.wala' tahap lawan kebenaran agama.
3.kalau pemimpin melakukan kesalahan snetiasa anggap ada hikmah disebaliknya. geli, geli, geliii
4.membutakan mata dan memekakkan telinga pada kesalahan pemimpin mereka
5.kalau ada isu kecik yg agak2 bulih pakai, hantam cukup-cukup cuba alih isu.. orang kata macam orang lemas, apa bulih cekup.. cekup
6.mereka menjadikan diri mereka bebal dan kebal pada kritikan

Anonymous said...

nizamtoha said "Teringat seorang sahabat yang rasulullah hantar jumpa abu sufian,ketua musrikin mekah. takde plak erdogan masa tu yang nak bantah..yer.."

pada nizam umno sama dengan musyrikin mekah? betoi ke? orang umno tak marah ke?

rasulullah saw berdakwah kepada golongan musyrikin, patutla pas nak dakwah umno - ikut teori nizamtoha.

macamlah umno tu tak tahu agama langsung, bukankah umno dirikan banyak masjid, uni islam, jakim, ikim???? banyak masa pas terbuang kerana nak dakwah umno...

Anonymous said...

Jun 8, 09 12:06pm
DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).


Jun 8, 09 4:09pm
PKR menggesa PAS supaya menimbang semula usul yang diluluskan oleh muktamar parti itu semalam mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).


mana pegi puak erdogan dlm isu sis ni.takkan senyap kot.dah diperjelaskan pkr tu mmg parti sekular.memisahkan agama dari politik tu mmg fahaman pkr.pkr perlu bubar parti dan masuk pas jika benar beragama islam.berjuanglah menegakkan islam.memartabatkan alquran dan hadis.kenapa pkr perlu besekongkol dgn dap isu sis.kalau benar islam kenapa tak menyokong pas.mmg terbukti ideologi sekular tu adalah musuh dlm selimuit islam

Anonymous said...

puak erdogan (yang tok guru nik aziz sokong) tak perlu nak jawab.

hang pikiaqlah sendiri, kalau ko nak kerajaan perpaduan, aku kacau ko dengan isu si.

who started the ball rolling?

why not you console your friend, malacca pas youth leader?

Anonymous said...

ulama bukannya maksum.ada ramai ulama dlm pas dan ulama ada mcm2 pendapat.parti islam bukannya parti yg mengamalkan dictatorship.pas bukannya parti kuku besi.ustaz hadi jga ulama.islam itu membawa keamanan kpd seluruh manusia berlandaskan alquran dan hadis.kenapa pkr perlu berlandaskan ideologi sekular.dh terang fahaman sekular tu agenda yahudi.sbb tu pkr membantah sis sebab parti tu tak berlandaskan alquran dan sunnah

Anonymous said...

ulama bukannya maksum.ada ramai ulama dlm pas dan ulama ada mcm2 pendapat.parti islam bukannya parti yg mengamalkan dictatorship.pas bukannya parti kuku besi.ustaz hadi jga ulama.islam itu membawa keamanan kpd seluruh manusia berlandaskan alquran dan hadis.kenapa pkr perlu berlandaskan ideologi sekular.dh terang fahaman sekular tu agenda yahudi.sbb tu pkr tak membantah sis sebab parti tu tak berlandaskan alquran dan sunnah

Tulang Besi said...

Jun 8, 09 12:06pm
DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS).
.

Ini semua permainan media UMNO/BN.

Mana ada usul mengharamkan SIS?

Lagipun, SIS adalah alat UMNO. Mustahil SIS akan diharamkan.

sam raspiut said...

sedari awal pemimpin pas tahu termasuklah budak-budak sekolah, bahawa PKR dan DAP bukan parti islam! PR adalah persepakatan untuk menumbangkan Umno yg bukan sahaja sekular tetapi telah memerintah secara sekular selama 50th.

bermakna kehebatan siasah TGNA adalah menggunakan sekular kecik melawan BAPAK sekular, ikut priority la beb! jadi jangan ingat isu SIS ini bulih jadi bahan pencuci ajaib noda pemimpin yang cuba bersetubuh dengan Umno babak sekular atas nama perpaduan.. tak jalan beb idea tu!

Tulang Besi said...

Nizamtoha ambik sejarah sebahagian2.

Bukan Nabi SAW hantar tentera dan membebaskan Mekah ke?

Lain kali habis ngaji dulu baru cakap, buleh tak?

sam raspiut said...

tapi la ni nampak2 puak PUPUS dalam Pas lebih kurang je dengan SIS, bab baca kitab ambek yg sesuai dengan selera dan agenda je!

Monkey Code said...

Lebih baik berkawan dengan si kafir...tak kisah le dia secular, komunis,kristian, budda, hindu atau hata yahudi sekali pun...ADA LAH LEBIH BAIK DAN SELAMAT DARIPADA BERKAWAN DENGAN SI MELAYU ISLAM (DILAHIRKAN SEBAGAI ISLAM) YANG FASIQ DAN MUNAFIQ... CONTOH NYA RAMAI BERADA DI DALAM UMNO...DAN KINI DAH MULA BERJANGKIT DALAM PAS.

MAKAM SI KAFIR LEBIH BAIK DI NERAKA JAHANAM DARI PADA DI FASIQ DAN MUNAFIQ MUSLIM (TAK LAYAK MENGGUNAKAN NAMA ISLAM UNTUK MEREKA2 INI).

Anonymous said...

bermakna kehebatan siasah TGNA adalah menggunakan sekular kecik melawan BAPAK sekular..

tiada istilah sekular besar dan sekular kecik.sekular tetap sekular.hanya golongan yg kurang bijak atau jahil mengklasifikasi sekular kepada besar dan kecik.sekular adalah ideologi ciptaan yahudi yg memisahkan agama dari politik.pkr dan umno sama sekular selagi tak meletakkan alquran dan hadis sebagai agenda perjuangan.pas bukan spt pkr yg bertopengkan nama keadilan tetapi dlm masa yg sama masih berlandaskan fahaman sekular.pkr masih umno in disguise.keadilan yg dibawa oleh pas adalah keadilan yg berlandaskan alquran dan hadis.kpd pkr tak usahla berdegil mempertahankan parti sekular.bubar dan masuk pas jika benar ingin memperjuangkan keadilan atas nama islam.

sam raspiut said...

ape le deme, asal bertentang je ingat pkr, kawan dok usung bendera ps dari awal 80an lagi weh, masuk pas je bejuang ker. ini perang dalam kain la beb...

cuba belajr sejarah nabi beb, bila sahabat pegi berlindung di habsyah, islam takde kat sana. bila nabi hijrah ke madinah islam baru bertapak kat sana.. nabi jadi pemerintah ansar dan muhajirin, siasah beb siasah..

cuba tanya anak kat umah beza diantara masyarakat/kumpulan manusia bukan islam dengan pemerintahan bukan islam dengan pemerintahan bukan islam oleh orang islam.. kemudian sifir elok-elok.

sam raspiut said...

kalo tak pandai sifir, larat ke deme nak lawan umno sorang-sorang, itupun kalo lawan dme masih lagi umno.. rasanya dak doh..

Anonymous said...

hanya org pkr yg mempertahankan fahaman sekular.moga anda jga diberi hidayah supaya sama-sama berjuang dlm pas.tak payah cakap berapi-rapi ttg keadilan tetapi diri sendiri masih berpegang pada ideologi sekular ciptaan yahudi.

Afyan said...

Saya amat setuju untuk kita singkir sesiapa pimpinan PAS yang berusaha membawa PAS masuk UMNO.

Kita tunggu pendedahan Ustaz Ahmad Awang, seorang ulama.

Jangan sampai jadi seperti peristiwa yang lepas, dikatakan ada 60 nama, sekejap 61 nama, sekejap 62.

Sampai sekarang tiada pun nama-nama tersebut, yang ternyata satu penipuan besar.

Saya yakin Ustaz Ahmad tidak akan menipu dalam hal ini.

Abd Razak said...

Wahai NIZAM TOHA...baru le kedengaran nama ko...lain kali nk bg syarahan bg sampai abis...jgn amik sekerat2...hang jgn igt semua org bodoh...aku tau walaupun nasa mng hang tetap susah hati gak psl Naib Presiden dan AJK PAS Pusat kebanyakannya dimenangi oleh mereka2 yg ingin menghalang drpd PAS bergabung ngan parti syaitan umno...hang nk ckp apa PAS dpt kt PP...bukankah YB Lim Guan Eng dh byk membantu SAR?umno dulu camna?pastu hang kene sedar PAS mng satu kerusi je...kt Kedah DAP mng satu kerusi tp x bising cam hang pn...kt Kelantan PKR mng satu kerusi tp sama gak...psl diorang tau yg setakat satu kerusi tidak bleh minta apa2 jwtn...lg pn YB Lim byk membantu Ustaz Saleh Man dan pimpinan PAS Penang...bab harussani pula mmg dulu nampak seakan beliau perjuangkan isu seperti murtad dan lain2...tetapi skrg ni camna?bukankah perjuangan beliau dh ke arah assabiyah?keluarkan fatwa yg mogok lapar haram bg org Islam semata2 kerana hendak menghentam YB Nizar...tetapi beliau dgr dr utusan dan lain2...sedangkan YB Nizar mengajak seluruh umat Isalam di Perak puasa sunat...xkan di dunia yg canggih ni beliau xtau nk dptkan maklumat yg sebenar...sama dgn dr asri walaupun beliau berada di England...ko jgn le nk buat cite merapu lg...lain yg ditanya lain yg dijawab...apa2 pn aku tetap akan menentang kerjasam PAS ngan umno atas nama kerajaan perpaduan...jgn igt semua ahli PAS bodoh cam hang dan geng2 hang yg lain psl kerajaan 'mengarut' perpaduan ini...

Anonymous said...

Tulang Babi.... bila bercakap biarlah ada fakta. " Jun 8, 09 12:06pm
DAP memandang serius terhadap usul yang diluluskan oleh muktamar PAS semalam untuk mendesak kerajaan supaya mengharamkan pertubuhan Sisters in Islam (SIS)..

Ini semua permainan media UMNO/BN.

Mana ada usul mengharamkan SIS?

Lagipun, SIS adalah alat UMNO. Mustahil SIS akan diharamkan.

June 8, 2009 6:57 PM

Apa pulak tak de usul ini. Usul ini diterima tanpa bahas sepertimana dalam kertas usul. Nak banyak cakap, nak jadi perwakilan pun ahli PAS tak pilih hang. Bangang punya tulang babi. Meyalaklah tulang babi.

Cuma cuba kau tanya kat Ust Ahmad Awang mana dia dapat RM 150,000 untuk jelaskan hutang PASTI kelantan yang dia pinjam lama tak bayar secara sekali gus.

Tulang Besi said...


Apa pulak tak de usul ini. Usul ini diterima tanpa bahas sepertimana dalam kertas usul. Nak banyak cakap, nak jadi perwakilan pun ahli PAS tak pilih hang. Bangang punya tulang babi. Meyalaklah tulang babi.

Cuma cuba kau tanya kat Ust Ahmad Awang mana dia dapat RM 150,000 untuk jelaskan hutang PASTI kelantan yang dia pinjam lama tak bayar secara sekali gus.
.

Saya akui saya bukan perwakilan sebab saya kerja jauh. Tapi nama saya telah dicalonkan sebagai perwakilan dan ditolak sebab saya kerja jauh.

Dan bagi saya usul untuk menolak SIS akan merugikan PAS kerana kita boleh kalahkan SIS dengan hujjah sahaja.

Kenapa nak guna kaedah pengharaman, maka SIS akan mendapat simpati yang tersangat tinggi.

Lebih2 lagi SIS tidak mempunyai apa2 pengaruh dalam masyarakat Malaysia, mengapa mahu memberi mereka kredibiliti seperti ini?

Anonymous said...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.