Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 9, 2009

Apabila Mursyidul Am' Sudah tidak Mewakili PAS Lagi

Tok Guru Nik Aziz dilaporkan berkata:

"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut" (Petikan dari berita Malaysiakini 7/6/09 bertajuk "Nik Aziz: K'jaan perpaduan 'mengarut'".

Rupanya, orang yang mengajar kita untuk wala' kepada pimpinan, beliau sendiri tidak wala' kepada Mursyidul Am.

Orang itu dilaporkan berkata:

“That is the opinion of Tok Guru, but in the organisation we take the party’s stance. Now there isn’t actually any concrete decision made by the party with regards Umno. The issue will be decided by the party,” he said (Petikan dari berita Malaysian Insider 7/6/09 bertajuk "No.2 says Tok Guru is not PAS")

Soalnya sekarang, apa harapan parti untuk menyetujui sesuatu pendapat atau hujjah yang akan ditentang Mursyidul Am 100%?

Tidakkan Nasa memikirkan bahawa 90% ahli PAS sanggup mati mempertahankan Tok Guru? Kalau Tok Guru sudah menolak, siapa di kalangan ahli PAS yang akan menerima keputusan tersebut?

Janganlah bersikap bangga diri. Memang keputusan parti itu adalah keputusan bersama dan bukan keputusan seseorang.

Tapi dalam isu ini, sikap Nasa menolak Tok Guru ketepi dengan begitu sahaja tanpa memikirkan pengaruh Tok Guru yang begitu mendalam di kalangan ahli PAS adalah amat dikesali dan tidak berakhlak.

Saya amat yakin idea kerajaan perpaduan ini akan ditolak oleh ahli2 PAS semata-mata kerana Tok Guru Nik Aziz menolaknya.

Dan Nasa sendiri sebenarnya telah ditolak oleh majoriti perwakilan dalam PAS.

Tulang Besi

113 comments:

Anonymous said...

seperti biasa...analisa bodoh tahap fail exam upsr

Anonymous said...

BILA INGAT SUDAH KUAT…
bila ingat sudah kuat,
mulalah rasa diri hebat,
cakap ketua tidak lekat,

lu memang tak beringat,
sejarah lama masih terpahat,
bila lemah mereka rapat,
bila kuat mereka sekat,
bila kuat mereka lipat,

janganlah dibuat2,
rundingan dgn parti karat,
mereka pernah khianat,
kenapa perlu rapat2,
kenapa terhegeh hegeh dekat2,
apa yang lu dapat!

tolonglah dengar pilihan rakyat,
jangan dikhianati amanat rakyat,
jangan fikir sudah kuat,
lu lupa jalan yang berkat..

kita sudah ada sepakat,
3 parti yang sudah rapat,
teruskan muafakat,
berganding bahu untuk kesejahteraan rakyat.

Tulang Besi said...

kenapa saudara kata ia bodoh?

Nizam Mahmud said...

Tambahan pada artikel TB.

Cuba la tanya lagi, orang yang dah rasa besar sangat ini ahli parlimen kawasan mana?

Adakah Bachok itu dalam Negeri Sembilan? Adakah dalam Terengganu?

Kalau jadi ahli parlimen itu pun atas ihsan Tok Guru pemimpin PAS dan juga pemimpin Kelantan, dengan muka tak malu nya sanggup kurang ajar merendah-rendah kan taraf Tok Guru.

Tidak pernah berlaku dalam gerakan Islam, seorang Mursyidul Am di hina begitu rupa.

Anonymous said...

saudara,
TG Nik Aziz bukan Nabi...dan TG Hadi juga bukan Nabi

adakah kita bersetuju dgn saranan Tg Nik Aziz disebabkan ianya sealiran dgn pemikiran kita?

adakah kita tidak bersetuju dgn TG Hadi sebab ianya tidak sealiran dgn pemikiran kita?

Anonymous said...

nak walaa pada pemimpin bukan takat president saje...mursyidul Am - the number one the big walaa...

komenn no1 - mmg bahlol tak walaa..bangang

arifomar said...

PENGHUNI GUA SUKA DAN MINAT SERTA SETUJU DENGAN NIK AZIZ. HJ HADI JAGA TRG PUN TAK BOLEH. SEMPAT SEPENGGAL AJE. PAS TRG ASYIK BERGADUH DAN TUNJUK PERASAAN AJE DAN KONFRON DGN POLIS AJE. TAK ADA LAIN. SELAIN ITU HADI INI ASYIK TAMBAH BINI AJE

Nizam Mahmud said...

Ahli PAS cuba la bagi tau pada orang luar macam saya ini.

Saya baca mengenai gerakan Islam di seluruh dunia, pemimpin Gerakan Islam yang condong pada Ikhwanul Muslimin di Mesir, bukan kan numero Uno (pemimpin no 1) adalah Mursyidul Am.

Tapi dalam PAS, seolah-olah ada dua pemimpin no 1 iaitu Mursyidul Am dan Presiden.

Kalau ada dua pemimpin No 1 dalam PAS, saya dengan ini isytiharkan PAS sebagai gerakan Islam terbodoh di dunia dan di akhirat.

Sedangkan pimpinan seperti yang di ajar Nabi mesti orang paling atas ada seorang saja. Khulafah al Rasyidin ada 4 tapi pada sesuatu masa cuma ada satu khalifah dah yang lain bagi wala pada beliau

As-Syahid Syed Qutb dan as syahid Hasan Al Bana tentu geleng kepala kalau tengok gelagat korang ini.

Yang akan makin buat mereka kuat geleng kepala adalah saya yang di luar ini lebih wala pada Mursyidul Am PAS, numero uno PAS atau pun dalam kata lain pimpinan tertinggi, berbanding dengan ahli-ahli PAS sendiri.

PAS oh PAS

Sori la, saya di luar PAS ini cuma mengiktiraf Mursyidul Am sebagai pemimpin tertinggi PAS sebab PAS mengaku sebagai gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin.

Orang lain boleh blah, tak kira dia Presiden ka Timbalan Presiden ka.

Rozana said...

Sebagai parti berpilihanraya, PAS mesti mempunyai iconic figure utk menarik umum sebagai pengundi, antara TGNA dan TGHH siapa yang lebih ikon? Antara Husam dan Ust. Nasa siapa yang lebih ikon?

Anonymous said...

jgn buat lawak la wahai si rozana.balik masuk sekolah agama rakyat dulu baru bole berbicara soal kepimpinan ulama...soal icon tidak sama sekali wujud dlm sistem pemerintahan islam.nak tau ape itu icon??balik tanya pada ustaz-ustaz.jgn tnya kpd mubaligh kristian

Afyan said...

Ya, saya ulangi, saya tidak menyokong sebarang usaha memasukkan PAS ke dalam UMNO/BN, sabagiamana yg didakwa.

Jika pertemuan dengan UMNo dikatakan mahu masuk UMNO, maka Anwar pernah bertemu UMNO.

Husam pun pernah bertemu pemimpin BN lain.

Adakah dengan bertemu bermakna ada agenda masuk UMNO?

Jika menggunakan alasan sama, Anwar dan Husam juga nak masuk UMNO?

Yang terbukti jelas lagi nyata, memang benar 2 orang ADUN PKR masuk UMNO.

=====
Tentu ada yg akan kata, Husam berjumpa BN utk desak bubar DUN.

Baiklah, saya terima hujah tersebut.

pada minggu tersebut, Husam kata DUN Perak akan dibubarkan dalam minggu itu.

Selepas lebih 3 minggu, tidak ada pun?

Atau ada agenda lain Husam jumpa BN?

Tulang Besi said...


Husam pun pernah bertemu pemimpin BN lain.

Adakah dengan bertemu bermakna ada agenda masuk UMNO?

Jika menggunakan alasan sama, Anwar dan Husam juga nak masuk UMNO?

Yang terbukti jelas lagi nyata, memang benar 2 orang ADUN PKR masuk UMNO.
.

Ada Husam tipu AJK PAS sewaktu berjumpa UMNO?

Soal bukan jumpa. Soalnya jumpa dalam gelap dan kemudian menipu.

berapa kali daaa nak cerita ni. Apasal tak faham2 lagi?

Anonymous said...

pas menggunakan pendekatan alquran dan hadis utk menarik pengundi supaya bersama-sama berjuang memartabatkan islam.bukan menggunakan icon utk menarik pengundi

Tulang Besi said...


=====
Tentu ada yg akan kata, Husam berjumpa BN utk desak bubar DUN.

Baiklah, saya terima hujah tersebut.

pada minggu tersebut, Husam kata DUN Perak akan dibubarkan dalam minggu itu.

Selepas lebih 3 minggu, tidak ada pun?

Atau ada agenda lain Husam jumpa BN?
.

Husam kata dijangka bukan pasti.

nizamtoha said...

Anwar kononnya IKON PR...

klu dia tiba2 ..inalillah..kat sapa lah PKR dan mangkuk2 dia dlm PAS nak berpaut...

Tulang Besi said...

June 9, 2009 11:28 AM
Delete
Blogger nizamtoha said...

Anwar kononnya IKON PR...

klu dia tiba2 ..inalillah..kat sapa lah PKR dan mangkuk2 dia dlm PAS nak berpaut...
.

Lagi fitnah.

Fitnah2 mcm ni lah yang menyebabkan saya menggunakan kata2 kasar terhadap Afyan dan Nizam Toha.

Apabila kita dah terang 2-3 kali masih tak nak faham.

jadi, takda cara lain untuk bagi faham. Kenalah guna kata kasar pula.

Anonymous said...

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV

Anonymous said...

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Anonymous said...

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Tulang Besi said...

Yang sahnya, Husam kalah kerana kempen fitnah seperti yang dilayangkan oleh Afyan. Contoh tuduhan Afyan adalah:

a. Terdapat proksi Anwar
b. Terdapat usaha merendahkan ulama
c. Terdapat usaha Anwar mengawal PAS dari dalam
d. Terdapat usaha meliberalisasikan PAS
e. Terdapat usaha menjatuhkan ulama

dsbnya.

Jadi, kempen fitnah yang dibawa oleh Afyan ini menyebabkan saya menggunakan "label" yang keras terhadap beliau sebagai peringatan.

Manakala, sebab Husam bertanding melawan Ustaz Nasa terbukti benar.

Anonymous said...

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Anonymous said...

Umno takut untuk teruskan?

Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Tulang Besi said...

Saya rasa hujjah ramai ahli2 PAS tidak faham, tidak boleh dipergunakan.

Ini kerana Harakah telah menerangkan konsep ini sepenuhnya.

Dan Tok Guru telah diberikan briefing yang secukupnya.

Namun, Tok Guru masih menolak konsep ini dan ahli2 PAS sendiri tidak berjaya diyakinkan akan keberkesanan idea ini.

Anonymous said...

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Rozana said...

kita ada ikon sukan, ikon hiburan, ikon remaja, tak kan tak boleh ada ikon politik? ini semua elemen kehidupan kontemporari, be real, guys! sweet...

Tulang Besi said...



Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya.
.

http://jiwokelate.wordpress.com/2009/06/07/kerajaan-perpaduan-najib-terima-kasih-presiden-pas/

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/6/6/mstar_berita/20090606192028&sec=mstar_berita

Tulang Besi said...

Dikatakan Unity Government kerana mahu menghadapi masaalah ekonomi negara.

Namun, mana ada negara dalam dunia yang menubuhkan unity govt untuk menghadapi masalah ekonomi dunia yang dihadapi skrg ini?

Pelik bin ajaib.

Tulang Besi said...

Afyan menentang usaha membawa PAS kepada UMNO.

Tapi, dia menyokong calon yang akan membawa PAS kepada UMNO.

Ini satu paradox

Tulang Besi said...

semua Blog UMNO meraikan kekalahan Husam Musa dan kemenangan Nasa

Sila rujuk satu contoh

http://kamalfarsya.blogspot.com/2009/06/umno-passuara-nik-aziz-dan-husam-dah.html

Navi said...

Tulang Besi,
Isn't it for the ruling party to call for unity government and not for a minority group? If BN is serious about requiring a Unity Government, It is BN who should initiate it and all opposition parties parties should be involved.
PAS wanting so badly to be part of a Unity Government reflects poorly on the party - wanting so much to be given positions or power? Is it waht PAS is about?

Anonymous said...

nak matikan hujah -taat kpd pemimpin?
yg no 1 bukan president - it s mursyidul am! walaa la kepada keputusan dia, setelah dia teliti dan fikir semolek-moleknya dia tetap kata

“Umno adakah samseng politik, kita perlu matikan mereka habis-habisan.

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,” katanya.

mereka yg tak setuju - tak walaa pada pimimpin no 1 dia sendiri .

Nizam Mahmud said...

Rozana's

kita ada ikon sukan, ikon hiburan, ikon remaja, tak kan tak boleh ada ikon politik? ini semua elemen kehidupan kontemporari, be real, guys! sweet...
-----

Komen saya: Sebenarnya Kepimpinan Ulama itu adalah satu ikon juga bila ianya cuma merujuk pada satu golongan dan dijadikan rujukan.

Saya sebenarnya kurang setuju dengan kepimpinan Ulama. Lagi-lagi takrif ulama itu begitu sempit dalam PAS iaitu mereka yang berpendidikan formal dalam bidang agama. Sila baca syarat keahlian Dewan Ulama PAS.

Takrifan ini sebenarnya adalah satu takrifan sekular, walaupun yang mendokong nya mengaku mati-mati menentang sekular. Tapi mereka juga sebenarnya sekular, dalam keadaan mereka tidak mengetahui nya.

Mereka cuma pandai berkempen bahawa mereka ini pewaris Nabi untuk mendapatkan sokongan.

Tapi masih ada yang tak faham di sini.

Anonymous said...

sahabat2. Jangan terlalu melulu menuduh itu dan ini. Kita belum tahu bagaimana bentuknya kerajaan perpaduan yang dicadangkan TGHA. Apa yang pasti ia bukannya KERAJAAN CAMPURAN yang menyebabkan PAS ditendang pada 1974 dulu.

Memang PAS sudah terlalu masak dengan perangai Umno yang suka tikam dari belakang. Tak mungkin TGHA boleh lupa peristiwa royalti dan terkini di Perak.

PAS sebagai sebuah parti besar memang berhak berbincang dengan sesiapa sepertimana DSAI dari PKR yang berjumpa dengan beberapa Ahli Parlimen BN dalam peristiwa 16 Sept.

Lapang2kanlah dada. Dengar dulu penjelasan TGHA. Tapi yang confirm Kerajaan Perpaduan bukan Kerajaan Campuran. Wallaua'lam.

Anonymous said...

Yang peliknya ada jugak orang yang rasa KECIL HATI kerana perbincangan peringkat tertinggi yang diklasifikasikan sebagai RAHSIA tidak disebarkan kepada mereka?

Saya rasa pelik. Adakah mereka ni tak pernah dengar tahap kesulitan maklumat? Tak pernah kerja pejabat ke? Takkan semua maklumat peringkat tertinggi nak didedahkan begitu sahaja kepada umum???

Anonymous said...

Dan Nasa sendiri sebenarnya telah ditolak oleh majoriti perwakilan dalam PAS.


ko bermimpi ke TB?ust nasa menang bertanding tu bukan sojongan majoriti perwakilan ke?

yang jelasnya,husam musa yang ditolak kepimpinannya.termasuk khalid samad.

putar belit je keje TB ni.

Anonymous said...

bermati-matian tb dan geng2nya mencari hujah berpunca drpd kekalahan husam.kesian aku tgok.okla kalau begitu sekali hujah2 anda,sila berikan dalil samaada daripada alquran ataupn hadis ttg perlunya "wala' pada mursyidul am".

nizamtoha said...

Apa kelebihan bila TG presiden sebut"kerajaan Perpaduan"

1. PAS menjadi Tajuk berita Utama disetiap akhbar/TV

2.Orang dah tak nampak UMNO,tapi nampak PAS lebih terbuka

3.TG Presiden jadi Tumpuan semua media.

4.Muktamar Parti Islam Jadi pilihan media &sebutan di seluruh negara...

Wah..Indahnya Idea yang menjerat UMNo tanpa sedar ni.

Pemburu Syahid said...

Salam......

Aku menyokong penuh KEPIMPINAN ULAMA. Aku akan pertahankan KEPIMPINAN ULAMA selagi mana Allah swt memilih aku untuk mempertahankannya.

Tapi AKU MEMANG PANTANG BILA KADUK NAIK JUNJUNG. PAS kalah sampai tersembam pada PRU Ke 11 dulu pun kerana KADUK KADUK ini. Dan sekarang KADUK KADUK ini buat hal lagi.

Ingat !! Yang masuk syurga adalah golongan MUTTAQEEN. Bukannya golongan bertitle ULAMA ataupun PROFESIONAL.

Ayuh !! Saudara saudara ku sekalian !! Bangunlah !! Pertahankan jemaah ini daripada KADUK KADUK ini !!

Yang menghancurkan PAS bukan ERDOGAN !! Yang menghancurkan PAS bukan ULAMA !! Tetapi yang menghancurkan PAS adalah KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG !!

Siapakan KADUK KADUK YANG NAIK JUNJUNG itu?! H1N1 !!

www.saynotomunafiqeen.blogspot.com

Rozana said...

Kita menerima bolasepak sebagai sukan dan seterusnya elemen kehidupan sekarang.Malah kita juga bermain bolasepak dan bolasepak juga sudah menjadi industri berbillion ringgit di Eropah. Fenomena ini tidak wujud 1400 tahun dahulu. Bagaimana Islam menerima elemen bolasepak ini dalam kehidupan harian.Adakah ianya bidaah dan diharamkan terus ? Begitu juga fenomena politik berpilihanraya. Wujud dalam kehidupan kontemporari hari ini. (Jangan salah faham - Islam sesuai sehingga ke hari kiamat ) Ini hanya secebis input untuk direnungkan. Celik politik bukan bermakna mesti berfikiran moden dan liberal, tapi mesti memahami susur-galur matters of today. Dan ulama juga pewaris nabi hingga ke akhir zaman.

Nizam Mahmud said...

nizamtoha,

Aku nak tambah point sikit boleh;

4.Muktamar Parti Islam Jadi pilihan media &sebutan di seluruh negara...

Wah..Indahnya Idea yang menjerat UMNo tanpa sedar ni.
-----
Poin tambahan

5. Ahli dan pemimpin PAS bergaduh sesama sendiri dalam blog

6. Pendapat Mursyidul Am di kata kan sebagai pendapat peribadi yang tidak ada kaitan dengan jemaah.

7. Taraf Mursyidul Am di rendah kan jadi penasihat yang tak perlu diikut cakap nya, bukannya sebagai pemimpin.

8. Dewan Ulama terang-terang nak bolot 3 jawatan tinggi dalam PAS untuk golongan dia saja. Ini disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia

9. Ahli PAS fraksi UMNO terang-terang bermusuh dengan rakan-rakan yang lain dalam PR.

Hang bagi 4, aku bagi 5. Ada sesiapa nak tambah lagi?

Anonymous said...

bermati-matian tb dan geng2nya mencari hujah berpunca drpd kekalahan husam.kesian aku tgok.okla kalau begitu sekali hujah2 anda,sila berikan dalil samaada daripada alquran ataupn hadis ttg perlunya "wala' pada mursyidul am".

Anonymous said...

wahai penyokong pakatan rakyat. do not fall into UMNO trap. Depa dah mulakan perang saraf ke atas kita supaya kita bergaduh sesama sendiri. Akhirnya pakatan juga will be in trouble. Tengok Khairy bersungguh-sungguh mengunakan media arus perdana untuk memperdayakan kita semua. takkan la kita tak masak lagi dengan permainana UMNO dari dulu lagi. Ayoh kita bersatu. Ingat bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Don't give BN a chance for them ti break us up. Wake up!

Anonymous said...

Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia...Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun. Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim...

nizamtoha said...

nizam mahmud,

anda berusahalah dari sekarang untuk mendapatkan sokongan di atas hujah anda.Mungkin 20 tahun lagi anda bleh bertanding Presiden PAS..

Usahalah,semoga hujah anda akan diterima Oleh Allah.

Nizam Mahmud said...

anda berusahalah dari sekarang untuk mendapatkan sokongan di atas hujah anda.Mungkin 20 tahun lagi anda bleh bertanding Presiden PAS..
-----

Saudara Nizam Toha,

Wallahi, saya bersumpah saya tidak inginkan apa-apa jawatan dalam PAS. Saya tidak layak sama sekali.

Saya cuma nak berlaku adil saja dan adil ini ditakrifkan meletakkan sesuatu pada tempat nya.

Jadi soal pimpinan, saya nak letakkan orang yang paling bijak, paling paling tangkas, paling dihormati, paling byk mendatangkan faedah pada jemaah dan rakyat, paling diterima.

Dalam kata lain nya, orang paling layak memimpin. Dan orang itu bukannya saya, Insya Allah, saya mengaku.

Tapi tak boleh lah bila saya tak layak, orang yang tak layak pun nak masih duduk kat situ. Berundurlah.

Adil lah pada diri sendiri, adil lah pada jemaah, adil lah pada rakyat yang mengharap perubahan.

Itu lah saja hujah saya nanti di hadapan Allah, insya Allah.

Sebal said...

Salam . gue malas nak comment jadi bacalah comment dari org yang lebih ariff dari gue.
Monday, June 8, 2009
NAK CAKAP PASAL NAQIB (BUKAN NAJIB)
Assalamulaikum,


Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala' pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

Tradisi ini , metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul 'am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul 'am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala' kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala' kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul 'am. Hendaklah mereka wala' kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.

Termasuk timbalan presiden.

Termasuk presiden.

Posted by Hamirdin b Ithnin at 11:30 PM

yes said...

Haji Hadi dan Nasaruddin mestilah ambil perhatian tentang sentimen ahli. Anda berada di atas adalah dengan sokongan ahli, jadi anda berdua mesti melakukan apa yang majority ahli mahukan bukan atas selera anda sendiri.
Ingatlah, terlampau ramai ahli Pas yang bersetuju dengan TGNA. Jika di teruskan dg perbincangan unity gov tidak mustahil Pas akan berpecah.

Anonymous said...

Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!Saya benci Hadi Awang dan Nasha!

TGNA pnya ckp, ckp pendirian peribadi!! khakkkkkk ptuiiiii Saya benci Hadi Awang dan Nasha!

Klu bukan TOK GURU NIK AZIZ ingat gue pangkah PAS???? toksah !!!

yes said...

Baru terbaca di Malaysiakini, Mustaffa kata cease talk about unity govt.
Saudara tulang besi, tolong perhatikan bahawa adakah ini benar atau cakap cakap sahaja. Saya susah nak percaya pada mereka yang pernah berunding dengan pak Lah dalam gelap.
Saya takut mereka berunding secara senyap senyap di dalam atau di luar negeri.
Kepada TGHH dan Nasha, tolong sama sama selesaikan kemelut di negeri Perak.

Anonymous said...

Buat muktamar khas bincang utk pecat Presiden dan Timb. Presiden pastu buat pemilihan baru..sementara pemilihan baru bagi Tok Guru Nik Aziz pangku jawatan Presiden dulu!! Aku dah tak tahan dah perangai Hadi dan Khadam dia!!

Anonymous said...

Kalu perompak ka,perongol ka pencuri ka menipu tu dah memang peranai asali diroang tapi bila kononnya pemimpin yg digelar ulamak menipu..tu lebih parah dari perogol yg merogol!!!

Anonymous said...

PECAT HAJI HADI DAN NAZA!!!
PACAT HAJI HADI DAN NAZA!!!!
PECAT HAJI HADI DAN NAZA!!!!

sam raspiut said...

secara umum, masyarakat mengentahui dasar pendidikan formal didalam aliran agama dimana-mana institusi pendidikan yang diiktirafkan samada dalam negeri atau luar negara adalah berdasarkan sistem pecah dan pengasingan melalui penjurusan bidang kerjaya, seperti jurusan syariah, pentafsiran hadith, hukum dan sebagainya, serta meninggalkan cabang ilmu yang dianggap duniawi melibatkan sains, kejuruteran, perubatan, pengurusan pentadbiran, sosial, politik dan lain-lain kepada sistem pendidikan barat.

Pengasingan dan penjurusan ilmu agama mengikut bidang kerjaya telah menjadikan lulusan jurusan agama tidak lagi berpaksikan akhlak dan iman, malah penjurusan bidang adalah kaedah pembatasan ilmu, walaupun memiliki ijazah tidak bermakna mereka ini mempunyai kreteria yang selayaknya sebagai pemimpin bertaraf ulama’ dan dasar pengasingan ilmu agama itu sendiri adalah Dasar Pendidikan Sekular dalam agama.

Maka secara logiknya juga ulama kita adalah ulama sekular KECUALI ada pembuktian melalui tindakan dan konsep pemikirannya bahawa dia adalah ulama sebagaimana yg dimaksud oleh agama, Contohnya TGNA yg membuktikan melalui ilmunya, cara kehidupannya, usahanya menangani isu-isu masyarakat dan kejayaan pemerintahannya.

memiliki hasrat dan cita-cita menobatkan agama hanyalah satu matlamat, sekadar memiliki ilmu yg banyak tidak cukup bagi ulama, bahkan setiap tindakan akan dinilai oleh umat, wala' atau tidak adalah hasil dari apa yg diusahakannya bukan kerana diminta.

seseorang yg tidak jelas pendiriannya serta mengelirukan agama juga bulih dianggap ulama sekular, yg menghalalkan cara dan juga yang menyempitkan jemaah dan ugama juga ulama sekular. kita boleh boleh kata anti sekular tapi dapatkah kita katakan kita bebas dari sekular, sedangkan genarasi malaysia ini adalah produk sekular?

pendapat ini pasti akan menyebabkan
saya dituduh penyokong sekular dan ahli PKR yg dianggap sekular, biasanya itulah retorik orang berpendidikan agama yg tidak memahami mereka sebenarnya adalah sekular.. kerana dasar sekular adalah menghalang para ilmuan agama memahami AGAMA melalui peyempitan kefahaman agama!!

Anonymous said...

Tabik Tok Guru Nik Aziz!!Issue Unity talks bukan utk menyelamtkan orang melayu..konspirasi ni ialah utk menyelamatkan UMNO PARIAH HARAMJADAH!!!Ini game divide and rule!!So simplelah..cuci kepala puak dunggu lunggi..kasi masyok sama mereka $$$ dll..PAS leaves Pakatan,PAS is divided and broken,Pakatan becomes 2/3rd,and Nash n puak lunggi will have a gala time f*kin babes in the caribeean islands!!

matgeramgiler. said...

salam semua,
saya menyokong pandangan sam raspuit tentang ulama masa kini.islam itu keserdehanaan. bagi hj. hadi, ustaz nasha dan hj. mustafa ali eloklah memikir bagaimana pas hendak merampas semula dun terengganu. dengarlah cakap mursyidul am. ustaz nasha, sebelum anda lari dari parlimen bachok pada pru akan datang, mintalah pas kelantan untuk memantau kawasan parlimen tersebut, jika tidak umno akan merampas semula kawasan tersebut.

Radius said...

Cukup cukuplah parti perkauman. Benda tu sudah tak relevan lagi pada masa sekarang. Let's proceed to multi racial party, kan lagi baik. Yang duk sibuk ndak unite dengan UMNO (UMNO pun melayu jugak. lagipun dah ada PKR dalam PR dan perangai PKR pun bih kurang cam UMNO jugak) tuh buat apa? walaupun anda tak menyokong 1Malaysia, rasanya rasanya parti yang hanya bersandarkan kepada satu kaum selepas ini boleh menang ke? orang Malaysia ni orang Melayu saja ke? Cuba focus more untuk ambik hati orang orang bukan Islam untuk masuk PAS kan lagi baik untuk mengukuhkan PAS dan juga berdakwah. Ini sibuk ndak berdakwah ke orang UMNO, as Mursyidul Am already mentioned, been there, done that. Takkan tak paham paham lagi kot.

HaHs said...

Aku dan penyokong muslim & non muslim sokong Nik Aziz! Kalo nak tau siapa ikon PAS, inilah dia! Dia mewakili sejarah perjuangan dan pemimpin PAS dari dulu sampai sekarang! Nak wala', wala' kat dia. Dialah imej baik PAS! Dialah imej kejayaan PAS, Dialah imej zuhud Pas, bukan ulama' yg ada rumah besar! Dia gak ikon PR selain Anwar dan Nizar dari dulu hingga skrg.

Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!
Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!Ingat Pas, ingat Nik Aziz!
Ingat Nik Aziz, ingat PAS!

Afyan said...

Cuba saudara-saudara baca;

http://siasahdaily.blogspot.com/2008/09/pkr-yakin-malaysia-bertukar-kerajaan-16.html

Dengan penuh keyakinan PKR mendakwa bahawa 16 September pasti terjadi.

Tidak disebut ia hanya perancangan, hanya terget, sekadar permulaan dsb.

Kata-kata yang penuh keyakinan tanpa sebarang keraguan. Paling mengecewakan, tiada perkataan Insya-Allah...

Petikan;

PKR yakin Malaysia bertukar kerajaan 16 September
KUALA LUMPUR, 3 Sept: Parti Keadilan Rakyat (PKR) penuh yakin sasaran untuk menukar kerajaan Malaysia pada 16 September ini akan tercapai bahkan boleh jadi berlaku sebelum tarikh itu lagi.

Anonymous said...

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.


SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

Anonymous said...

TB,
Apabila Mursyidul AM TGNA menyatakan idea Kerajaan Perpaduan ini "mengarut",timbul beberapa implikasi:
(1) Gagasan Kerajaan Perpaduan ini dari segi teori dan perlaksanaannya memang "mengarut" dan membunuh diri.
(2) Pihak yang mencetuskan idea ini{tak ramai pun cuma 3-4 orang saja) adalah "tukang karut".
(3) Gulungan yang menyokong idea ini yang terdiri dari mereka yang tak tau apa pun,wala" membabi buta,ketandusan informasi,taksub dengan title ulamak yang pada hakikatnya bukan ulamak tulin - adalah "penyokong karut".

Apabila Tim.Presiden,Us.Nasaruddin Md.Isa berkata Mursyidul Am sudah tidak lagi mewakili PAS - ini adalah satu tuduhan,kenyataan dan pandangan yang amat berat.Mursyidul Am adalah Ketua Majlis Syura Uamak dan Majlis Syura Ulamak ada badan yang paling tinggi hanya kedua kepada taraf Muktamar.Us.Nasaruddin bersama dengan Presiden tahun lalu mengelilingi negara menyuruh ahli-ahli PAS wala" kepada pemimpin.Nah! sekarang ini baru menang pertandingan dengan hanya 480 undi;sudah menunjukkan beliau adalah orang yang tidak wala" kepada pucuk pimpinan.Beliau lupa atau buat-buat lupa bahawa hampir 60% perwakilan diMuktamar yang lepas tidak mengundi beliau dan 480 undi yang beliau perolihi itu pun dipertikaikan kebenarannya.Kalau bukan Mustafa Ali yang menjadi Pengerusi Pemilihan Muktamar belum tentu Us.Nasaruddin bolih mengekalkan kerusi Tim.Presidennya.
Senario inilah yang agaknya disimpulkan olih Mursyidul Am sebagai "mengarut".

Tulang Besi said...



Dengan penuh keyakinan PKR mendakwa bahawa 16 September pasti terjadi.

Tidak disebut ia hanya perancangan, hanya terget, sekadar permulaan dsb.
.

Dia sebut yakin. Maksudnya dia yakin akan berlaku perubahan.

Mcm kitalah buat apa pun, kita kena yakin perkara tersebut akan berjaya.

Kalau tak berjaya, nak buat camana kita dah usaha.

Kalau tidak ada keyakinan, maksudnya kita sendiri tidak akan melakukan perkara itu samasekali.

gua mat rock said...

gua nmpk cara bro afyan lebih power berbanding tb..

bravo bro afyan!!!

sy cdg tb boleh buat satu lg entri khas utk bro afyan.

ramai yg tertunggu2..

xpe, dlm blog ni xde sape nmpk air liur berbuih mcm saberi cik

muhammad said...

Afyan, ada komen?

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.

Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas keterlanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat peribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai ketua penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian.

Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS.

Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.

Saya berharap individu terbabit dapat tampil ke hadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh presiden Umno baru-baru ini.

Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.

muhammad said...

sambungan...

Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS.

Lebih memeranjatkan lagi apabila "muzakarah" tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN.

Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.


Apabila bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama empat hari berturut-turut selepas pilihanraya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti.

Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu.

Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara perdana menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.

Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut.

Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan jawatankuasa kerja PAS pusat.

Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti.

Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas "pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.

Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor universiti tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.

Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia.

Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada.

Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.

Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku.

Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.

Maafkanlah saya.

Sekian, wassalam.

Hj Mahfuz Hj Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat

Aku orang buta bertongkat dunia said...

Kelahi.hentam.balun.pulun.isu sis shahrizat, farish, malaysia today, pkr, dap satu suara.buta?belasah.henjut.hentam

Afyan said...

Ya, inilah sikap yang ada pada diri pimpinan PAS, yang sungguh berjiwa besar.

Apabila berlaku kesilapan, tidak segan silu untuk memohon maaf.

Inilah pemimpin contoh daripada PAS yang sukar diperoleh daripada parti lain.

Sudah gagal dalam projek 916, menjanjikan itu dan ini, apabila gagal tiada lansung perkataan maaf yang terpacul.

====
Di dalam perkara yang disebut oleh MAhfuz, ia merujuk kepada peristiwa rundingan di Selangor.

Antara yang terlibat ialah YB Khalid Samad mewakili YB Dato Hassan Ali.

YB Khalid telah pun membuat penjelasan sebagaimana diminta oleh YB Mahfuz.

Ini satu lagi sikap pemimpin PAS yang berjiwa besar.

====
Anwar pun sampai sekarang tidak sekarang tidka mendeahkan pertemuannya dengan Pak Lah beberapa hari sebelum Pak Lah meletak jawatan.

Aku orang buta bertongkat dunia said...

Kalau wanita boleh imamkan solat jumaat, nanti nak masuk liang lahad minta bin atau bintikan dgn nama ayah.jom dialog???

Sebal said...

Salam, gue ingat kena stop sat pasal UG ni, sebab cikgu Pa and Utz Nasha dah jealskan dlm HARAKAH LIDAH RASMI PAS..TAK ADA UG,,ia cuma lontaran Idea Benas dari TGHH aje..idea bagus..tapi gue rasa apply susah and mustahil..dlm ucapan dasar pun tak d sebut UG..so..apasal kita dok berbahas benda yang tak ada..idea..biasalah..dah TGHH yang bagi idea..sebuklah akhbar mainkan issuenye..klo gue yang bagi issue sapa pun tak kecoh..

mat rock nak masuk pas said...

td sy ingat bro afyan akan termakan.....


nampaknya skli lg bro afyan menunjukkan sikapnya yg berjiwa besar. (gua amik wording bro...)

bravo bro afyan!

p/s; sy dah masuk website pas utk join pas. nnti sy ajak kwn2 pkr sy...

Tulang Besi said...


Di dalam perkara yang disebut oleh MAhfuz, ia merujuk kepada peristiwa rundingan di Selangor.

Antara yang terlibat ialah YB Khalid Samad mewakili YB Dato Hassan Ali.

YB Khalid telah pun membuat penjelasan sebagaimana diminta oleh YB Mahfuz.

Ini satu lagi sikap pemimpin PAS yang berjiwa besar.
.

Sila rujuk balik kenyataan Mahfudz tu.

Dia sebut dengan jelas, bahawa dia tidak tahu ada 3 perjumpaan dengan UMNO.

Sebelum itu Mahfudz Omar telah MENAFIKAN apa-apa perjumpaan yang berlaku.

YB Khalid mengaku berjumpa sekali, tapi yang dua yang seterusnya, bagaimana.

CUma di peringkat Pusat, keseluruhan perjumpaan telah dinafikan sehinggalah Pak Lah mendedahkannya.

Anonymous said...

tahniah bro afyan anda mmg hebat.org mcm tb ni mmg patut ditentang habis-habisan.cara anda berhujah mmg bernas tak spt tb ni yg takda asas utk berhujah dan suka menyerang peribadi.

Anonymous said...

"Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri."

hebat sungguh idea ini... boleh tak sebut siapa "orang yang bermasalah dalam negara"? dan siapa pulak "dalam pembangkang'? nak buang ke mana?

orang politik sahajakah? pegawai kerajaan sahajakah? boleh tak pendokong UG beri contoh siapa-siapakah mereka? agak-agak boleh jalan tak?

UG hanya mampu berperanan sebagai mekanisme untuk melangsai segala kelakuan rasuah, penipuan, gangsterism, kalangan yang sedang berkuasa. UG tak akan mampu membuang mereka-mereka yang bermasalah!

Anonymous said...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

muhammad said...

Afyan,

YB Mahfuz memang berjiwa besar.

YB Khalid pun dah bg penjelasan.

Yg lain bagaimana?

burstaxon said...

Interesting stats for those who thinks Nasa won handsomely.
53% of voters voted against him.

Anonymous said...

Dah kalah sudah lah...u cakap apa pun tetap kalah...laın kalı u cuba aktıf kat kawasan u; bıla dah popular lawan dı perıngkat nasıonal

apa orang puteh kata...sour grape....ıtulah anda...kahkahkah

Anonymous said...

TB,
Selepas membaca banyak tulisan2 dari TB, baru wa sedar, wa ni kena tipu oleh semua org PAS rupanya.. ini macam wa kena pikir balik lah nak sokong u all lagi ke tak.. tulisan2 dan kempen2 yg wa baca dari TB, Pink turtle dll, dah macam sama mcm org BN dan UMNO.. isk teruk rupanya u all ni.. baik wa belah dari bersekongkol dgn isu2 yg nampaknya akan menjadikan wa pening dan tak yain dah dgn u all ni.. bye bye - wa kempen utk Iran lagi baik..

mat said...

Tak payah nak celoteh sampai meleret-leret dalam blog ini. Sediakan sahaja satu petition supaya Ust Hadi Awang, Ust Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali, Harun Taib dan Hasan Ali di sinkir dari parti. Pamerkan petition ini dalam blog dan kita tengok macam mana reaksi ahli-ahli, setuju atau tidak.

furlamak said...

Anonymous said...

Berikut adalah petikan daripada ucapan Haji Hadi Awang di Banggol Peradong, Kuala Terengganu 7 April 1981.


SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN,

PERCAYALAH, KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO!
KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL, BUKAN KERANA NAMA DIA B/NASIONAL!
KITA MENENTANG DIA KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH! MENGEKALKAN
PERATURAN KAFIR!
MENGEKALKAN PERATURAN JAHILIYYAH!!
OLEH KERANA ITULAH KITA BERJUANG MELAWAN MEREKA.

PERCAYALAH SAUDARA,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD!
UCAPAN KITA ADALAH JIHAD!
DERMA KITA ADALAH JIHAD!
DAN KERANA KITA BERJUANG DENGAN PUAK-PUAK INI, KALAU KITA MATI KERANA
BERLAWAN INI, MATI KITA ADALAH MATI SYAHID, MATI KITA ADALAH MATI ISLAM!

KITA TIDAK PAYAH MASUK YAHUDI!
KITA TIDAK PAYAH MASUK KRISTIAN!
KITA TIDAK PAYAH MASUK HINDU!
KITA TIDAK PAYAH MASUK BUDHA!
TETAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGATAKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU!!

betul tu saudara, hasil dari ucapan itu:
1.satu tganu heboh dok mengkapirkan umno
2.sembelihan umno orang Pas tak makan
3.ada yg bercerai laki bini demi jihad agama
4.satu kg masjid jadi dua, kalu dekat sangat, kutbah kena ikut turn kalu tidak simbung
6.kalu nak kawin akad nikah dua kali, sekali dengan jurunikah Pas skali lagi dengan jurunikah k'jaan.

tup! tup! lepas menang pilihan raya suruh tutup masjid pas, kena berimam balik dengan umno.. no kapir kapir any more..

oooooooooo.. kitab haji hadi ada dua rupanya!! satu kitab guna sebelum menang pilihan raya, satu kitab lagi pakai selepas menang pilihanraya.. mujur sungguh orang umno jadi islam semula bila haji hadi menang piliharaya!!

abihhh pas tganu kalah balik guano? kapirr semula hah?? kessiaaaaannyyooooooooooo..

Abd Razak said...

Utk saudara TB...perangai nizam toha ni dh sebijik cam umno yg suka menebar fitnah...maklumler fitnah tu pn ciptaan umno...jgn bimbang TB...org cam dia ni xx ramai yg sokong dh pn...skrg ni asyik bg fakta melalut je...kpd nizam toha...tahniah kerana anda telah berjaya diperdayakan oleh umno dan layak mendapat gelaran BALACI UMNO...

Anonymous said...

TB,
Petang tadi Mustafa Ali buat PC dan menyatakan idea Kerajaan Perpaduan ini ditangguhkan hingga PRU ke13 dan meminta semua pihak tidak lagi bercakap dan buat sebarang komen tentang Kerajaan Perpaduan.

Siapa Mustafa Ali nak minta semua pihak berhenti cakap dan komen tentang Kerajaan Perpaduan?Dia bukan Ketua Penerangan PAS Pusat,dia bukan Presiden atau Tim.Presiden atau pun Naib Presiden.Dia jadi Pengarah Pilihanraya PAS Pusat pun atas lantikan ikon dia.Siapa nak dengar cakap Mustafa Ali.Boleh jalanlah.

Apa bila diserang bertubi-tubi olih semua pihak,hingga ada cawangan nak tutup kedai dan nak masuk pula PKR,baru tahu,baru sadar dan baru insaf betapa bencinya ahli-ahli PAS terhadap Kerajaan Perpaduan.Rayuan yang dibuat olih Mustafa Ali ini membuktikan dia Kepala(Godfather) grombolan fraksi UMNO ini.

Tidak siapa yang akan indahkan rayuan Mustafa Ali ini.Perjuangan dan pendedahan wajar diteruskan hingga grombolan ini keluar dari PAS yang kita cintai ini.Mereka yang memulakan "angkara" ini maka merekalah yang wajar menyelesaikannya.Siapa yang gatal,sendirilah garu,orang yang suka bermain dengan pedang akan mati dihujung pedang.

Anonymous said...

memang patut pun mustopa ali but pc penangguhan kerana dia lah pengarah dan penulis skrip drama kerajaan perpaduan ni.

dulu mustopa kena penampar kat mat jin kucing di besut kerana nak jadi pengarah kat sana. harap2 ada laa mana-mana mat jin bui penampar sekali lagi orang tua ni..

Afyan said...

Sdra Muhammad,

Ya, pimpinnan PAS memnag berjiwa besar.

Kita menunggu pemimpin PKR pula menunjukkan kepimpinan berjiwa besar.

Andaikan kita berjanji pkl 10.

Then pkl 10 kita tak jadi, baru kita tangguh ke pkl 11.

Sampai pkl 11 kita tak jadi, then tangguh lagi ke pkl 12.

Then pada pkl 12, tak jadi-jadi, kita tangguhkan.

Kali ni, tak kata pkl berapa.

Kata jadi pun tak, kata tak jadi pun tak.

Minta maaf pun tak.

Kita yang menunggu akan anggap orang yang berjanji tadi sebagai tidak amanah, atau secara kasarnya munafik.

Jika benar, apalah salahnya memohon maaf sebagaimana yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS.

Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.

Tidak akan hilang kredibiliti pemimpin yang sudi memohon maaf.

Nizam Mahmud said...

Kenyataan Mustafa Ali, arkitek Unity Government dengan UMNO.

"Pada saya, mungkin presiden PAS, bila beliau memaklumkan kepada Anwar sebagai pemimpin Pakatan, mungkin dia mengandaikan maklumat itu sampai kepada DAP.

"Tetapi mungkin maklumat itu tidak sampai kepada DAP sebab DAP kata ia tidak tahu. Mungkin benar mereka berkata begitu. Jadi ini yang menimbulkan cakap-cakap begini."
--------

Kepada fraksi UMNO dalam PAS sekalian,

Saya ingin merayu sungguh-sungguh supaya kalau pun nak bagi alasan jangan la ulang benda yang sama berulang kali.

Bila Mursyidul Am tak tahu tentang rundingan nak bentuk kerajaan bersama UMNO, fraksi UMNO bagi alasan bahawa tak dapat hubungi beliau.

Bila DAP kata tak pernah pun bincang psal UG dalam mesyuarat PR, Tok Pa pulak kata mereka mengandaikan saja Anwar bagi tahu DAP tapi rupa-rupanya tak sampai pada DAP. DAP pun tak dapat dihubungi ker?

Saya mintak-mintak sangat lah ini, cuba la kreatif sikit nak bagi alasan.

Asyik tak dapat hubungi lah, tak sampai pada orang la.

Anonymous said...

Gua pun ada baca dari Harakahdaily PC Mustafa Ali tu.Sekarang baru dia kecut perut.Us.Nasa pun ada buat komen setuju dengan Mustafa Ali.Tentulah setuju mana bolih tak setuju sama-sama mafia.Us.Nasa takut konon orang keliru pasal Kerajaan Perpaduan.Siapa yang keliru dan siapa buat orang keliru.Lu orang yang mula buat orang keliru.Orang tak keliru,gua tau apa you punya mau.Lu mau jadi menteri.Lu ingat itu UMNO bodohka.Dia orang bukan mau lu,dia orang mau PAS.Lu ingat UMNO mau Hadi Awang,Mustafa Ali ka ? Siapa mau kuda-kuda tua sudah mau hukum tembak.Aiya,kita tak kelirulah.Lu orang sudah kena keliru sekarang bikin orang PAS keliru.

kembara putih said...

UG @ Kerajaan Perpaduan ni lah satu2nya idea paling bodoh sepanjang aku dalam PAS ni. Langsung tak kena tempat dan masa yang sesuai. Yang buat idea ni pun mungkin terbawa2 akibat gagal menawan Terengganu. Faham sajalah macam mana kondisi otak masa dapat idea tu. Paling malang, sudah tau ditentang segenap lapisan, tapi masih bermatian pertahankan (cuba baca kenyataan Nasha selepas menang). Ye la.. ini kan idea dari Tuan Presiden. Jatuh la maruah beliau bila idea tu nyawa tak panjang.

Anonymous said...

Ahli-ahli PAS ni baru ada peningkatan sikit dah sibuk macam-macam. Bukan menang pilihanraya lagi. Dok sibuk yang ni, nanti BN akan mengukir sejarah memenangi Manek Urai. Semua gigit jari. BN Cuba fokuskan untuk rapatkan saf dan bergerak untuk menang PRU 13 nanti. Ingat, PAS masih kalah dengan UMNO untuk kerusi-kerusi majoriti Melayu kecuali Kelantan, Kedah sahaja. Cuba kita dakwahkan orang Umno peringkat cawangan dan kawasan masuk PAS. Peranan yang besar adalah diperingkat cawangan dan kawasan. Sepatutnya kita mula berbincang kaedah yang sesuai untuk PAS menjadi juara untuk umat Malaysia sekarang

dagang said...

Sekarang ni TB membawakan cerita yg tak di sahkan lg mengenai usaha nk masukkan PAS dlm UMNO.Ana tunggu ni mana pengumumannya oleh UST Ahmad. Ingat TGNA n TGHH bkn nabi tak buat silap,yg byk buat fitnah ni adalah blog TB ni.byknya doa2 anta TB.

muhammad said...

Afyan,

Kerana respons anda pd saya lebih krg sama di blog YB Khalid maka respons saya pun lebih kurang sama.

Tentang appoinment tu, biasalah. Saya ada kwn mcm ni- berjanji itu dan ini akan jadi, walaupun kdg2 tak jadi. Ini mungkin kelemahan di pihak dia.
Tapi saya dan rakan2 lain tidak menuduh dia berbohong, kerana kami tahu biasanya ada halangan. Dan kami tetap berkawan dgn dia.
Kita hanya merancang, Allah yg menentukan.

Tetapi kes kedua ini berbeza. Tak nampak lagi ke? Kata pertemuan tu x ada, sebenarnya ada. Org lain yg tak tahu menahu pula yg minta maaf.

YB Mahfuz memang berjiwa besar.
Masalahnya yg lain tu. Yg memang terlibat dlm pertemuan dgn Umno tp sampai skrg tidak meminta maaf pd ahli PAS dan rakyat Malaysia, sebaliknya cuba menghalalkan pertemuan itu dgn bermacam2 alasan.

Anda pun tahu siapa pemimpin yg saya maksudkan.

Bila mereka nak minta maaf?

Tidak memberitahu perkara yg benar-bukankah ini juga tanda munafik?

Sepatutnya kita memperkasakan PR seperti yg diputuskan dlm muktamar di Ipoh. Bukannya menyerang pimpinan lain dlm PR dengan spekulasi.

Saya tegaskan di sini, saya penyokong PAS. Ingin melihat Islam ditegakkan di Malaysia.

Saya juga sebelum ini jarang memberi komen di blog.Biasanya baca sahaja. Komen2 dr juak2 Umno tu biasanya saya biarkan.

Tetapi apabila saya melihat komen yg tidak membina tetapi meruntuhkan dari ahli PAS, Pemuda pula, saya terpanggil untuk menjawab kerana perbuatan seperti inilah yg akan mengekalkan PAS sebagai pembangkang dalam politik Malaysia.

Afyan, anda kata anda sayangkan kebenaran, fakta dan hujah. So please, be true to your words. Komenlah jika mahu, tapi tolong berhenti memberi spekulasi dan hentikan syak wasangka antara kalangan kita sendiri.

Anonymous said...

anon june 10, 2009 1:55 AM

saranan anda tu lah yang kami dok harapkan nak dengar dari kepimpinan di akhir muktamar. tentu pelik lain yang dikemukakan. mungkin ini cara baru nak memajukan pas ke hadapan!

Monkey Code said...

Apa le kau orang ni...cuba "nak tegak benang basah".

APEK DI TELUK INTAN DAN MUTTU DI SUNGAI SIPUT PUN DAH TAHU TEMBERANG DAN PUTAR BELIT TGHH, NAS, TOK PA BROKER AND THE GANG. ENTAH2 TEKSI DRIVER KAT BANGKOK, MANILA DAN NEW YORK PUN DAH TAHU PENIPUAN "SO CALL ULAMA" FROM PAS.

INI ABAD 21 BEB,..ZAMAN CYBER...TAK BOLEH NAK PERBODOHKAN ORANG RAMAI LAGI DENGAN BERLAGAK ALIM...TAPI BANGANG. MAKLUMAT DI HUJUNG JARI....BUKAN LAGI DI DALAM MUKTAMAR ATAU PUN SURAU SAJA....ZAMAN "TELANJANG MAKLUMAT"...TAK BOLEH NAK SOROK BAWAH CARPET LAGI. KENA KELUAR DARI BAWAH TEMPURUNG...TIPU ATAU BERPOLITIK CARA "KAMPONG" DAH TAK LAKU LAGI.

UMNO lebih teruk daripada kafir harbi...?
YES, BETUL UMNO TERUK DARIPADA ITU.
Lebih baik berkawan dengan si kafir...tak kisah le dia secular, komunis, kristian, budda, hindu atau hata yahudi sekali pun...ADA LAH LEBIH BAIK DAN SELAMAT DARIPADA BERKAWAN DENGAN SI MELAYU ISLAM (DILAHIRKAN SEBAGAI ISLAM) YANG FASIQ DAN MUNAFIQ... CONTOH NYA RAMAI BERADA DI DALAM UMNO...DAN KINI DAH MULA BERJANGKIT DALAM PAS.

MAKAM SI KAFIR LEBIH BAIK DI NERAKA JAHANAM DARI PADA DI FASIQ DAN MUNAFIQ MUSLIM (TAK LAYAK MENGGUNAKAN NAMA ISLAM UNTUK MEREKA2 INI).

Anonymous said...

ni semua anuar punya kerja.ko orang jangan gaduh2.anuar sedang tepuk tangan bila ko orang marahkan kepimpinan tertinggi pas.dia sedang cucuk jarum pada pemimpin dan ahli pas supaya jadi huru hara.bila pas lemah,senanglah dia kontrol.proksi dia adalah husam musa dan kalidsamad.dua orang tokoh ni amat disenangi oleh anuar tambahan pula diorang ni mendapat sokongan besar dari mursyidul am pas.perwakilan pas sudahpun menghidu individu ini.sebab itulah mereka ini telah di'reject' dari menang kepimpinan pas baru2 ini.


-zaragosa-

Tulang Besi said...

Kita yang menunggu akan anggap orang yang berjanji tadi sebagai tidak amanah, atau secara kasarnya munafik.

Jika benar, apalah salahnya memohon maaf sebagaimana yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS.

Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.

Tidak akan hilang kredibiliti pemimpin yang sudi memohon maaf.
.

Dia kata dia yakin. Dia tak kata dia janji.

Ada beza tu.

Anoinimuz said...

UMNO NIE TOGHUT bak kata umnobastard kat shoutbox tuh...wajib diperangi sampai lumat gerakan mereka...

kepada ahli umno dan fraksi2nya....bertaubatlah...masuklah Islam sepenuhnya, kalian akan selamat...

Tulang Besi said...


Kita yang menunggu akan anggap orang yang berjanji tadi sebagai tidak amanah, atau secara kasarnya munafik.

Jika benar, apalah salahnya memohon maaf sebagaimana yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS.

Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.

Tidak akan hilang kredibiliti pemimpin yang sudi memohon maaf.
.

Tak mintak maaf sebab projek tu masih berjalan.

yang harus minta maaf ialah PAS kerana kelambatan menandatangani surat ke YDP Agung telah menyebakan projek 916 gagal

Tulang Besi said...


Jika benar, apalah salahnya memohon maaf sebagaimana yang ditunjukkan oleh pimpinan PAS.

Tidak akan hilang bisa ular menyusur akar.

Tidak akan hilang kredibiliti pemimpin yang sudi memohon maaf.
.

Saya tak nak Anwar minta maaf. Saya nak projek ni diteruskan.

Buat apa nak minta maaf. Masih ada peluang terbuka

saji said...

Sama ada disedari atau tidak,kan idealisme perjuangan Islam Presiden PAS, TGHA sudah sampai dititik kabur atau istilah Inggerisnya "blur point"(meminjam istilah perancangan bandar yang menjelaskan keadaan pembangunan fizikal dan kehidupan sosial bandar yang sarat dengan pelbagai masalah seperti kelemahan sistem pengangkutan awam, pencemaran udara, kesesakan lalu lintas, kemisikan bandar, kehidupan malam hampir mati dan sebaginya, yang pada pendapat jururancang bandar, ia suatu keadaan yang tidak mustahil berlaku, yang bagaimanapun, boleh diatasi dengan pengenalan idea-idea baru perancangan bandar seperti urban conservation, urbanism dan posturban).

Maksud saya, perjuangan TGHA menegak dan melaksanakan hukum-hukum Islam dalam PAS, khasnya dan di negara ini, amnya sudah sampai dititik kabur yang boleh disamakan dengan kekaburan kerajaan UMNO/BN untuk mengatasi pelbagai masalah yang dihadapi oleh penduduk di Bandaraya Kuala Lumpur sekarang dan orang luar yang mengunjunginya.

Soalanya, mengapa idealisme perjuangan Islam TGHA sudah sampai dititik kabur?

Afyan said...

Sdra Muhammad,

Terima kasih atas respon.

Saya baru perasan kita turut bermuzakarah di Blog YB Khalid Samad.

Say akan memberi respon di blog YB Khalid memandangkan di sana setiap komen ditapis.

Perkataaan-perkataan caci maki dan hamun tidak akan diluluskan.

Sekalipun pendapat saya berbeza dengan YB Khalid, beliau berjiwa besar untuk meluluskan setiap komen saya.

Di sana, tiada maki hamun dan sumpah seranah daripada blogger lain mahupun pemilik blog.

Sdra Muhammad, saya respon di sana ye..

Saya respek cara Sdra membalas hujah saya. Tanpa menyerang peribadi dan memaki hamun...

Tulang Besi said...


Sekalipun pendapat saya berbeza dengan YB Khalid, beliau berjiwa besar untuk meluluskan setiap komen saya.

Di sana, tiada maki hamun dan sumpah seranah daripada blogger lain mahupun pemilik blog.

Sdra Muhammad, saya respon di sana ye..

Saya respek cara Sdra membalas hujah saya. Tanpa menyerang peribadi dan memaki hamun...
.

Kita kalau hujjah kuat, tak kesah kena seranah ke atau tidak.

Dan kata2 kasar itu dilemparkan atas beberapa fitnah yang dilemparkan oleh saudara.

Kalau berani lempar kena berani terima akibatnya.

Bak kata org, kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jgn diduga

Tulang Besi said...


Sekalipun pendapat saya berbeza dengan YB Khalid, beliau berjiwa besar untuk meluluskan setiap komen saya.

Di sana, tiada maki hamun dan sumpah seranah daripada blogger lain mahupun pemilik blog.

Sdra Muhammad, saya respon di sana ye..

Saya respek cara Sdra membalas hujah saya. Tanpa menyerang peribadi dan memaki hamun...
.

Kita kalau hujjah kuat, tak kesah kena seranah ke atau tidak.

Dan kata2 kasar itu dilemparkan atas beberapa fitnah yang dilemparkan oleh saudara.

Kalau berani lempar kena berani terima akibatnya.

Bak kata org, kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jgn diduga

mat rock said...

TB, lu emo la bro..

Aku respek care muhammad n afyan berdebat.

dua2 bg fakta n hujah.

tak mcm lu, tb.

buat malu blogger je.

aku kena cek sambungan kat blog khalid samad

Anonymous said...

aku pun x paham la ckp tb tu

aku syak dia ni org upahan umno

Anonymous said...

Benda ini saya sendiri telah buat keputusan sejak lama dahulu. Saya telah tegur pemimpin PAS Pusat, pemimpin yang selalu mengutarakan muqabalah, muzakarah ini. Saya bagi tahu bahawa keputusan ini bercanggah dengan keputusan muktamar di Perak tahun lepas. Oleh itu, kalau kita hendak buat benda yang baru, perlu dibawa ke muktamar. -tgna
"tegur sapa"? SENDIRI MAU INGAT

Anonymous said...

tgna lg : Yang ketiga, saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus.

Anonymous said...

TGNA lg - Apabila Rasulullah balik daripada Taif, baginda tidak dibenarkan masuk ke Makkah oleh kerajaan Abu Jahal. Tetapi nabi kita menggunakan diplomasi iaitu dengan meminta perlindungan daripada seorang yang bernama Mut’am bin Adiyy yakni seorang kafir musyrik. Oleh kerana budaya Arab apabila seseorang yang dapat perlindungan daripada mana-mana orang Arab maka Arab yang lain terpaksa menerimanya.

Jadi, Abu Jahal terima Rasulullah duduk di Makkah berdasarkan tradisinya mendapatkan perlindungan daripada seorang yang bernama Mut’am. Abu Jahal tahu dan hormat kepada tradisi itu. Malangnya, Umno tidak tahu hormat langsung peraturan dan undang-undang.
Umno pencabul di Perak kerana bukan tradisi orang Melayu berbalah sesama orang Melayu. Bukan perlembagaan namanya itu? Jadi, Umno ini lebih teruk daripada Abu Jahal lagi. Umno tiada perlembagaan dan moral. Akhlak pun tak ada. Apa yang dia nak buat, dia buat ikut sedap hati dia. Betul-betul dibuat atas sebab nafsu amarah. -

muhasabah la kamu org yg dipimpin...

mat rock said...

gua copy pste respon drp afyyan dlm blog khalid samad;

Sdra Muhammad,

Saya kira ada beberapa isu;
1. Ustaz Nasa bebohong
2. Muzakarah
3. PAS masuk UMNO
4. Kerajaan Perpaduan
5. Kerajaan 916

1. Ustaz Nasa berbohong.
Saya tidak pernah bersetuju dia berbohong. Jika dia berbohong, kita tuntut di memohon maaf.

Saya juga masih menanti-nanti dia meminta maaf.

2. Muzakarah.
Setakat ini, nampaknya ramai yang menggunakan alasan bohong tadi menyebabkan muzakarah menjadi tidak boleh.

Saya kira, jika muzakarah tidak boleh, maka Anwar dan Husam turut perlu dipersalahkan atas dasar yang sama.

Kenapa tidak dipersalahkan Anwar ketika dia bertemu Pak Lah.

Kenapa tidak dipersalahkan Husam ketika dia bertemu pemimpin BN.

Mohon Sdra Respon soalan ini.

3. PAS masuk UMNO
Ini juga lagi satu bersambung dengan hal muzakarah tadi.

Saya lihat banayk media dan blog yang mainkan isu ini adalah yang pro kepada Anwar.

Dan dalam masa sama tiada pun bukti konkrit bahawa PAS ingin dibawa masuuk Umno / BN.

Jika Sdra Muhammad ada bukti, tolong nyatakan.

4. Kerajaan perpaduan.
Untuk perkara ini, saya sendiri masih belum menguasainya.

Cuma saya perlu tegaskan bahawa,boleh apa sahaja yang memartabatkan ISlam, saya akan sokong tidak kira atas nama kerajaan perpaduan atau kerajaan 916.

5. Kerajaan 916
Saya nampak ia masih satu pembohongan, jika benar buktikan nama-nama yang dijanjikan itu.

Saman MP yyang menuduh Anwar.

Biarkan sahaja MP-MP yang dikatakan nak lompat itu lompat.

Saya akan menyokongnya sekiranya ia memartabatkan Islam.

Namun saya kira ia bertentangan dengan sunnah perjuanagn islam. Islam dibina atas runtuhan jahiliyah.

Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular yang dibina menggantikan sekular sedia ada.

======
JAdi di sni ada bebrepa solan saya untuk sdra Muhammad respom
1. kenapa Sdra tidak salahkan Anwar dan Husam yang turut bermuzakarah?

2. Mana bukti konkrit tanpa keraguan munasabah, PAS nak masuk UMNO?

3. Adakah kerajaan Perpaduan satu dosa / haram?

4. Kerajaan 916 akan jadi kerajaan sekular. Buktikan jika tidak.

Anonymous said...

Sebal 9.06.09 jam 6.47pm,
Jangan percaya kata-kata Mustafa Ali dan Nasaruddin Mat Isa menyatakan Hadi Awang sekadar "melontar idea" saja.Disinilah terbukti mereka ini pembohong besar.Mantan PM Abdullah Badawi sendiri telah mengesahkan ada pertemuan sebanyak 3(tiga)kali untuk bincang mengenai Kerajaan Perpaduan.Takkan Hadi Awang bolih jumpa Abdullah Badawi sekadar bawa "idea" saja.Walau pun Abdullah Badawi tu kaki tidur takkanlah dia sebodoh itu.

Pembohongan demi pembohongan dicipta untuk menutup kesalahan dan dosa yang telah dilakukan.Individu-individu inilah yang amat disokong olih ulamak-ulamak dalam PAS.

Pengkritik dan penentang Kerajaan Perpaduan ini,sama ada ahli-ahli PAS atau bukan;jangan hiraukan rayuan yang dibuat olih Mustafa Ali memberhentikan kritikan Kerajaan Perpaduan.Siapa Mustafa Ali? Orang yang sudah tak laku lagi dinegerinya sendiri,Trengganu.Kepala otaknyalah yang memulakan ribut-taufan ini sekarang sudah tak tertahan lagi diserang hingga merayu untuk berhenti.

Ayuh serang terus,telanjangkan mereka,buka pekong mereka,sehingga mereka angkat bendera putih dan meninggalkan Harakah PAS yang kita ciuntai ini. Allahu Akbar.

muhammad said...

Apa ni mat rock...penat la gua kena copy paste balik reply gua..hehe

muhammad said...
Afyan,

Terima kasih kerana akhirnya mengutarakan isu yg relevan dengan post ini.

1. Ustaz Nasa berbohong.

Jika pun Ust Nasha tidak berbohong, beliau dan yg sekapal dengannya telah memberi persepsi yg salah kepada ahli PAS dan rakyat dengan berdiam diri. Saya kasihan kepada YB Mahfuz kerana bersungguh2 mengatakan pertemuan tidak ada, kemudian terpaksa meminta maaf. Walhal yg patut meminta maaf adalah org lain.

Saya juga menunggu mereka ini meminta maaf. Tapi setelah mereka yang terlibat bukan sahaja tidak meminta maaf, malah memberi justifikasi pula atas apa yg mereka lakukan (dan ini sebenarnya yg YB Khalid ulas dlm post ini), saya rasa susahlah nak dengar kenyataan maaf ni.

2. Muzakarah

Pertemuan Anwar dan Husam adalah diketahui umum. Kawan dan lawan, samada mereka setuju atau tidak. Bukan seperti pertemuan yg kita bincangkan sekarang.

Saya tak tahulah dgn sdr Afyan, tp saya pernah jumpa Husam secara peribadi masa zaman student di UK dulu-program dengan dia. Jadi percayalah bila saya katakan Husam BUKAN SEKULAR.

3. PAS masuk UMNO

Teruk sangatkah jika media "pro" kepada Anwar? Sejak bila Anwar itu menjadi bogeyman dalam PAS dan PR? Boleh anda terangkan?

Dan mengapa pula media pro Umno, yg tak pernah ada satu benda yg baik pun untuk diberitakan ttg PAS, mengangkat Ust Nasha dan menghentam Husam, dan blog pro Umno pula bersorak gembira bila Ust Nasha diumumkan menang? Sejak bila pula mereka peduli ttg kepimpinan ulama?

Apabila musuh kita bergembira dengan apa yg berlaku di pihak kita, saya rasa kita perlu berhati2.

Tentang kerjasama dgn Umno, minta rujuk semula kenyataan Mahfuz dan Ust Ahmad Awang. Kecuali Afyan rasa kedua2 pimpinan PAS ini bohong, saya rasa tiada sebab untuk kita meraguinya. Dan setakat ini tiada apa2 respon dari pihak yg dimaksudkan itu.

4. Kerajaan perpaduan

Idea UG ini sekali pandang nampak bagus, tp bg saya ia belum sesuai dilaksanakan dalam iklim politik Malaysia sekarang. Lainlah kalau PAS/PR yg menang majoriti dlm Parlimen.

Dengan kedudukan kerusi parlimen yg sedikit, terlalu banyak persoalan yg timbul. Contohnya adakah Umno akan memberi PAS menjadi decision maker? Atau memberi PAS kedudukan penting dlm kerajaan, PM misalannya? Di mana kedudukan PKR dan DAP, yg juga memenangi kerusi? Mengapa konsep UG ini tidak diperjelaskan kepada mereka? (Ini yg menimbulkan syak!)Mengapa tidak dipastikan pimpinan dan ahli memahaminya terlebih dahulu? Sedangkan Mursyidul Am pun dikatakan tidak faham, ahli apa lagilah.

Cuba Afyan tanya TGNA. Juga ahli2 dan penyokong2 PAS. Berapa ramai agaknya yg rasa kerjasama dgn Umno, tak kiralah dlm bemtuk kerajaan perpaduan ke, muzakarah ke, apa ke, akan menguntungkan PAS dan Islam?

5. 916

Saya tak nampak ia satu pembohongan. Saya dah jelaskan mengapa sebelum ni. Tp kalau nak rasa mcm tu juga, let's agree to disagree.

Mungkin anda biasa dgn konsep "tahalluf siyasi"- saya bukanlah org yg layak untuk membahaskannya dgn panjang lebar-Afyan boleh rujuk sendiri.

Walaupun saya bukan ahli PKR, bg saya lebih baiklah bersangka baik dgn PKR dan Anwar dari bersangka baik dgn Umno.

Sekurang2 nya kita berpegang pada janji kita.Janji pada PKR, DAP dan rakyat yg telah mengundi kita. Bukankah memungkiri janji juga tanda munafik?

Anonymous said...

Saya dan keluarga dah nak mula menyampah dengan PAS kerana isu ini.. kembalikan kuasa Mursyidul Am. Ingat, rakyat bukan bodoh.

Tulang Besi said...

Saya rasa Afyan MASIH lagi gagal membuktikan 916 itu satu pembohongan.

malahan yang terbukti adalah afyan menjadi lidah UMNO/BN kerana hanya UMNO/BN mengatakan 916 itu satu pembohongan.

Hahahahaha

ps saya minta maaf pada afyan terhadap kata2 kasar saya kepada anda sebagai balasan kepada fitnah2 yang anda lemparkan dalam blog ini.

Wassalam

Tulang Besi said...

Afyan afyan,

Saya sedih melihat keikhlasan saudara dipergunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka yang kamu sokong tu ada banglo kat Nilai. Dah kahwin lagi satu.

Afyan ada apa? Rumah dah habis bayar ke belum>? KEreta dah habis bayar ke belum?

Anonymous said...

ha,ha,ha,ha,ha ketawa lah lagi..

Anonymous said...

Saya heran Macam mana Nik Aziz pemimpin No.1, Saya check kat website PAS tulis pemimpin No 1 adalah Hadi Awang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.