Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 5, 2009

Apabila Ulama Melobi Untuk Jawatan

Sedihnya saya tidak terhingga. Tidak pernah berlaku dalam sejarah PAS apabila sesebuah dewan itu melobi jawatan secara terbuka seperti yang kita telah lihat semalam.


Dilaporkan bahawa:

“Ulama mahu tiga jawatan teratas PAS Jimadie Shah Othman | Jun 4, 09 2:20pm kemaskini 8.22pm

Dewan Ulama PAS hari ini meluluskan usul supaya jawatan presiden, timbalan dan satu daripada tiga naib presiden parti itu diperuntukkan kepada golongan ulama dalam usaha memantapkan golongan itu yang kian dipertikaikan.

Usul Dewan Ulama Terengganu itu dibuat atas dasar ulama telah mempelopori penubuhan PAS dan menerajui kepemimpinan ulama sejak 27 tahun lalu - apabila era Datuk Asri Muda yang dianggap nasionalis ditumbangkan pada 1982.”


Saya tak tahu nak kata apa. Sekiranya ulama di dalam PAS dipertikaikan, bukankah sepatutnya dilihat apakah yang telah dipertikaikan? Adakah Dewan Ulama di dalam PAS merasakan mereka adalah maksum dan tidak boleh dikritik dan dipersoalkan?

Maka, reaksi awal kepada kritikan dan cadangan kepada para ulama di dalam PAS adalah untuk menghadkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden 1 kepada ulama?

Bukankah sepatutnya pada ulama di dalam PAS memuhasabah diri terlebih dahulu dan menilai kesemua kritikan yang telah diberikan kepada ulama. Bukankah kritikan itu satu bentuk nasihat?

Adakah penghadan ketiga2 jawatan tersebut dapat menjamin para ulama PAS tidak akan dikritik lagi? Saya tidak faham. Apa tujuannya untuk menghadkan ketiga-tiga jawatan berkenaan kepada Ulama lebih2 lagi dalam keadaan ulama kian dipertikaikan?

Bukankah ini satu tanda kesombongan. Apabila dikritik dan disoal, maka reaksinya adalah untuk menghadkan kritikan dan pertikaian dengan memastikan jawatan hanya untuk ulama?

Setau saya usul kepimpinan ulama ini telah datang dari Pemuda PAS Pusat pada tahun 1982. Ertinya, ia tidak pernah datang dari Dewan Ulama itu sendiri.

Dengan usul terbaru ini, jelas para ulama dalam PAS lebih senang melobi untuk jawatan dari berusaha membetulkan keadaan dan diri mereka sendiri.

Kalau Saidina Umar RA sendiri boleh dikritik di khalayak ramai tapi beliau tidak pernah marah dan berdendam, adakah Dewan Ulama PAS merasakan diri mereka lebih baik dari Saidina Umar?

Sedihnya saya apabila jawatan menjadi objektif utama Dewan Ulama sekarang ini. Tidak pernah pun kita dengar sepanjang perbahasan berkenaan ”output” dari Dewan Ulama.pakah hasil dari Dewan Ulama yang boleh dibanggakan oleh ahli dan penyokong PAS sepanjang 15 tahun ke belakangan ini?

Tidakkah itu satu persoalan yang lebih penting untuk diperbahaskan? Bagaimana Dewan Ulama PAS dapat menyumbang kepada kemenangan PAS? Bukannya mempersoalkan tindakan ahli2 yang tidak menyukai jalinan hubungan dengan UMNO yang pernah dicuba itu?

Saya tak tau la apa hendak jadi pada parti apabila ada segolongan dalam PAS yang merasakan diri mereka maksum dan berada di atas syariat? Mereka merasa mereka tidak boleh dikritik dan dipertikaikan. Dan yang lebih menyedihkan, apabila dikritik, bukannya hendak bermuhasabah, tetapi reaksi terawal adalah untuk meminta jawatan.

Ulama yang benar-benar layak tidak perlu meminta jawatan. Contoh terbaik adalah Tok Guru Nik Aziz sendiri yang telah berkali-kali menyatakan hasrat untuk melepaskan jawatan MB. Malahan, pada awal penubuhan kerajaan Kelantan 1990, beliau dengan jelas menyatakan beliau hanya mahu jawatan Speaker sahaja.

Tetapi ahli dan penyokong yang menjulang beliau kerana beliau mempunyai kelayakan dan kebolehan untuk memimpin. Hasilnya, beliau memimpin Kelantan selama 4 penggal berturut-turut dan telah mengalahkan 4-6 Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.

Kenapa hendak melobi? Biarkanlah ahli menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak layak. Ulama yang benar-benar layak dan mempunyai kriteria ulama yang sebenar akan dinaikkan oleh ahli dengan mudah.

Usul ini juga merisaukan saya kerana usul ini tidak menyatakan kriteria ulama yang mahu dijadikan pemimpin itu.

Kalau mengikut Perlembagaan PAS, kriteria hanyalah mereka yang belajar dalam institusi2 pengajian tinggi dalam bidang agama sahaja sudah melayakkan seseorang itu menjadi ulama di dalam PAS.

Ertinya, faktor taqwa, akhlak, khauf kepada Allah SWT tidak menjadi isu. Hanya cukup seseorang itu berkelulusan agama dari mana2 institusi agama ( Walaupun lulusan KIK seperti Harussani Zakaria) sudah melayakkan seseorang menjawat jawatan dalam parti dan menjadi ulama dalam PAS?

Adakah ini adil? Adakah ini melambangkan Islam? Adakah ini yang diaajar oleh Nabi SAW yang jelas melarang tindakan meminta-minta jawatan?

Fikirkanlah

116 comments:

Anonymous said...

dah tolak dah... bagus.. bagus... berita kek malaysiakini...

Anonymous said...

Berhentilah memanggil atau gelar diri sendiri Ulama apabila tuan-tuan hanya Ustadz [priests] dan memperolehi BA MA atau pun PhD walau dari al Azhar sekali pun.

Begitu juga mereka yang kononnya mendapat "ijazah" dari guru2 Madarasah2/Fondok2/ Dar al ilm2 dalam hadith, tafsir, itu dan ini.

Sikap tuan-tuan untuk gelar dan iktiraf diri sendiri sebagai "ulama" amat memalu masyarakat Muslim seluruh dunia.

Masyarakat Muslim mempunyai tamaddun yang tinggi, terutama dalam menkalasifikasi dan menkategorikan bidang 'ilm and Ulamanya.

Setekat mendapat BA MA mahu pun PhD dari al Azhar TIDAK sekali layak tuan-tuan di gelar dan di panggil Ulama.

Apabila tuan-tuan telah menghasilkan sabuah "kitab" atau menghasil syarahan bertulis atau interpretasi baru terhadap tulisan Ulama yang tersohor dunia Islam;
baru lah tuan-tuan layak di pertimbang untuk di gelar "ULAMA" oleh mereka yang mengiktiraf katrya tuan-tuan.

Memadai lah dengan gelaran Ustadz [priest, atau reverand]....

Sudah 600 tahun Islam di perkenalkan dan masih taida Ustadz yang sanggup beri "syarahan" [commentary yang tinggi] penulisan Ulama Melayu seperti Hamzah Fansuri [reportedly the 1st known Melayu to go to Hajj], Nur al din Raniiri, Samad, Rauf, Yusuf ....

Apatah lagi penulisan al ghazali ..ini asyik Ibn Tamiyya !

[kawan al kindi .. ]

Anonymous said...

i think this is one of yr best article so far, penuh makna.saya walaupun tidak 100% setuju dgn sesetengah cara anda tapi yg ini saya penuh setuju.

saya sbg pemimpin pertengahan pas di peringkat kaw.(bukan perwakilan) terasa sedih dgn golongan ini dan saya sudah mengabil keputusan utk berehat seketika dlm PAS.dgn keputusan disemua dewan2 sudah ketahui selain dr muslimat saya rasa perwakilan akan mengambil jalan ke belakang even for tim. pres.

saya penat tahun 04 hendak convince pengundi kerana kebodohan pemimpin ketika itu memmilih political approach ketika itu, nampak sejarah akan berulang,dah penat...

sirr al-asrar said...

mereka bukan melobi untuk diri sindiri, tetapi nak memastikan kepiminan akan datang mestilah di pegang oleh ulama @ org yg faqih dalam agamaa. korang kena ingat, PAS nie parti yang membawa dasar-dasar islam. Dah terbuki, sejak diwujudnya kepimpinan ulama' PAS semakin diterima oleh masyarakat. Tp bukan bermaksud ulama hanya golongan lepasan ijazah dalam pendidikan islam sahaja, golongan profesional pun boleh jadi ulama andai mereka faqih dan faham tentang segala ajaran islam.

jangan sampai mereka yang lemah dalam agama yang menguasai kepimpinan PAS. kelak rosak binasalah PAS.

sirr al-asrar said...

nak berehat dalam PAS..????
berjuang kerana pemimpin atau islam..???
rugilah kita seandainya kita mati dalam keadaan "berehat" daripada berjihad

fikir-fikirkanlah...

Tulang Besi said...

sirr al-asrar said...

mereka bukan melobi untuk diri sindiri, tetapi nak memastikan kepiminan akan datang mestilah di pegang oleh ulama @ org yg faqih dalam agamaa. korang kena ingat, PAS nie parti yang membawa dasar-dasar islam. Dah terbuki, sejak diwujudnya kepimpinan ulama' PAS semakin diterima oleh masyarakat.
.

Tapi bukankah itu sudah wujud dalam bentuk Majlis SYura Ulama?

Apa tidak cukup lagikah Majlis Syura yang mengandungi mereka yang ahli dalam shariah dan feqah, maka perlu ulama memegang semua jawatan dalam parti?

Anonymous said...

Kalau begini di depan mata Tuhan tunjukkan orang-orang PAS dan perwakilan tapi masih jugak tak nampak..aku pun hairan bin ajaib!

Nampak sangat "orang" berselindung disebalik gelaran Ulamak. Malu betul aku pada orang bukan islam kalau perangai begini..

Atau mereka semua di tunggang oleh TROJAN BESAR Mus?

Anonymous said...

sirr al asrar
"nak berehat dalam PAS..????
berjuang kerana pemimpin atau islam..???
rugilah kita seandainya kita mati dalam keadaan "berehat" daripada berjihad

fikir-fikirkanlah..."

saya berkata berehat dlm pas..kamu faham ke apa saya kata? ini apa cerita berehat dr berjihad dan islam.

kenapa kalau saya berehat dr pas buat sementara tak da cara lain nak berjihad? ramai diantara kami memilih PAS sbg wadah gerakan islam dan pas adalh parti politik so kalau tidak ada political maturity tak payah politik joint ngo islam pun bole berjihad.ke kamu ada cadangan lain? bila kita cerita detail sikit nanti di tuduh jgn bangga dgn jawatan saya bla bla bla...entahla oh ye saya di selangor tapi bukan shah alam ok tapi di kajang so cuba baca carta kajang dan hulu langat.kes 99,04 and 08 baca betul betul faktanya

Nizam Mahmud said...

TB,

Moment of truth.

Kalau perwakilan PAS pilih Nasa dan yang sewaktu dengan nya, nampak nya berkubur lah PR kali ini.

Kit Siang baru saja kata kan bahawa hal UG ini tidak pernah di bawa dalam perbincangan pimpinan tertinggi PR.

Siapa yang betul kali ini?

Hj Hadi sebagai seorang ilmuwan yang tersohor, walaupun skil siasah nya tidak la memberangsangkan tetapi tiada yang boleh menafikan beliau bukan sekadar seorang agamawan tetapi juga ilmuwan tersohor.

Sepatut nya idea UG ini, jika beliau betul mahukan, sediakan kertas kerja yang lengkap, siap dengan strategi masa pendek dan panjang dan bentangkan di dalam mesyuarat pimpinan tertinggi PR.

Beliau kena ingat, everyone is equal dalam PR. Semua parti adalah sama taraf. Sebagai Presiden, beliau ada hak untuk mengemukakan cadangan dan sebagai ilmuwan, sudah tentu tidak menjadi masalah untuk mengemukakan sesuatu secara detail.

Terasa juga mahu menuduh Hj Hadi cuma tahu angguk kepala saja dalam mesyuarat tertinggi PR. Kalau benar, saya amat kecewa. Bagi saya kalau PR adalah sama seperti BN yakni satu parti yang mendominasi dan yang lain ikut, perasaan saya adalah amat kecewa sekali.

Saya bukan menyokong UG tetapi pada masa yang sama mahu berlaku adil.

Itu satu perkara.

Berbalik perkara yang tadi, ini adalah moment of truth. Nasa terpilih kembali, maka jangka hayat PR rasanya tidak lama.

Di tambah lagi dengan kenyataan bahawa Anwar akan disumbat kembali dalam penjara.

Esok akan diketahui keputusan nya. Jika Husam menang, mungkin penyokong PR boleh rileks sedikit dan biarkan saja beliau tolong Hj Hadi merencanakan langkah seterusnya.

Tapi jika Nasa menang, maka penyokong PR hendaklah memikirkan what to do next, dengan andaian bahawa apa yang saya katakan di atas adalah benar.

Fikir-fikir kan lah

Sebal said...

Salam, gue tak balik p muktamar PAS ni ..and dah bertahun dah gue ikuti muktamar melalui internet aje..gue sedih sungguhlah..dgn usul dupp ni...gue ingat eloklah depa buat parti politik sendir lah..kadang-kadang wa fikir ada baik juga macam d inonesia tu...sampai berpuluh parti islam..sebab semua mau jadi pemimpin..malaysia parti islam yang dominan and lama hanya PAS...klo dah 55 tahu..tetiba PAS mau had kan pimpinan utk ulama aje..nampaknye udah ketinggalan zaman adn tak berkembanglah para utz yang dlm PAS ni..maybe tak semua,,,kesian..dia...wa ingat lagi ni ..citer lama...masa dulu wa pernah naik kete sama dgn TG Yusuf RAWA dgn s/u pas w/p kl,,Hj wan yang garang tu..arwah kata kita para ulama ni bukan mau jadi pemimpin pun...dah tak ada org terpaksalah jd president..klo ada yang layak kami ni mau duduk d majlis syura aje..masa tu arwah pernah citer..grand design nye..TGNA sebagai pengerusi majlis Syura..lepas TGNA..TGHH adalah paling sesuai ..yg president ni..klo ada yang bukan dari ulama and sesuai bagi dekat depa ajelah...masa tu...ingat wa..anwar lah sepatutnye jadi president..tapi dah dia masuk umno...maka ..terpaksalah arwah TGFN jadi president....itu citer dulu..masa wa aktif dgn PAS...and bujang lagi...lani ..dah tua dah..kadang-kadang bila ingat citer lama..gue ingat utz yang ada lani..betul ke mau berjuang utk islam atau utk $$ and jawatan aje..tak pernah org buat usul supaya tetapkan jawatan utk diri sendiri atau geng sendiri..hai nasib badanlah..

Anonymous said...

Pemimpin PAS sepatutnya kena berfikiran terbuka. Jawatan Presiden, Timbalan atau Naib tidak sepatutnya dihad kepada ulama saja tetapi terbuka kepada kepada ahli PAS yang berkebolehan.

PAS sudah ada Majlis Shura yang perlu di kembangkan sebagai badan yang membuat dasar-dasar PAS dan pemegang jawatan President dan lain jawatan hanyalah pelaksana dasar yang di buat oleh Majlis.

Anonymous said...

What time will the results be announced tomorrow? I hope Husam wins.

If Nasa wins, the most conservative ones will rule PAS. They'll be a lot more quarrels within PR, and the votes will swing back to UMNO/BN in the next GE. UMNO will have achieved it's objective to send PAS back to Kelantan, and of course, Anwar back to jail!

We really need someone like Husam so that Malaysians can have a choice of a good Malay-Muslim leader for PR as the next PM if PR can win the next GE. Otherwise, should it win the GE, some goons in PKR may take the PM-ship, and we'll be doomed like the UMNO rule - one for u, one for me, none for the rakyat!

Just My 2 sens,
donplayplay

Afyan said...
This comment has been removed by the author.
Afyan said...

Sdra Husam siap buat sidang media, lagi hebat! Oh, ini mungkin bukan melobi ...

Cuba bayangkan sekiranya orang lain yang buat sidang media tersebut, sudah tentu akan dikecam hebat.

Anonymous said...

Aku setuju dengan pandangan salah seorang rakan diatas supaya kita ahli-ahli PAS yang bukan ulamak ni "berehat" dari aktif dalam PAS.Ada tiga sebab: (1) Aku tak mau ikut cakap ketua(ulamak) yang selama ini tak pernah turun padang buat kerja.Mereka pandai "berkhutbah" saja tak perform pun.(2) Aku nak tengok dalam PRU ke13 ini berapa kerusi PAS bolih dapat sekiranya ulamak-ulamak ini yang memimpin,dan(3) Kalau ulamak dalam PAS hebat sangat apa pasal pilih Ketua Dewan Ulamak yang "recycle"?Dah ketandusan pemimpinke?

Anonymous said...

INILAH MASALAH KITA, BILA SESEORANG ITU BERJUBAH PUTIH, BERSERBAN DAN CAKAP BAB AGAMA SIKIT, TANGAN DOK GENTEL TASBIH KITA DOK AGUNG PANGGIL USTAZ, ORANG ALIM LA..

PADAHAL YANG DOK BUAT MAKSIAT PUN BANYAK YANG DATANG DARIPADA GOLONGAN INI. MACAM MANA NAK MAJU..HIPOKRIT DAN MUNAFIK..

KALU KITA INGAT DULU LA KES KAT TABUNG HAJI YANG PECAH AMANAH BERJUTA-JUTA, GOLONGAN MANA YANG BUAT.? BUKANKAH YANG BERKOPIAH.

TIDAK MENUDUH SEMUA TETAPI BERINGATLAH JANGAN JADI MUNAFIK LEBIH ELOK JADI DIRI SENDIRI ALLAH PUN TAK MARAH..

MACAM UMNO MEREKA TAHU MEREKA TIDAK HEBAT SANGAT KALU BERAGAMA TETAPI APA YANG MEREKA BUAT MEREKA MENERIMA KRITIKAN ORANG LAIN UNTUK MEMPERBETUALKAN DIRI SENDIRI..

PAS...LAGI TERUK KTA TEGUR DIKATAKAN KITA CEMBURU, BERNIAT JAHAT..TAK KER BANGSAT NAMANYA..

ALIH-ALIH LEBIH SENANG BERKAWAN DENGAN DAP YANG TERANG-TERANG MENOLAK AGAMA ISLAM..

BODOH TAK..?

Expat-Melaka said...

Afyan said...

Sdra Husam siap buat sidang media, lagi hebat! Oh, ini mungkin bukan melobi ...

Cuba bayangkan sekiranya orang lain yang buat sidang media tersebut, sudah tentu akan dikecam hebat.
.

Errr sapa yang nak kecam tu? boleh bagitau tak?

Nampaknya ini salah satu kes terperasan diri sendiri salah.

Expat-Melaka said...

bagi saya sapa yang naikkan isu Husam buat press conference itu adalah kebudak-budakan dan tidak layak duduk dalam pemuda pun.

Kena duduk dalam Dewan Bebudak Tadika

Rakyat Marhaen said...

Bila muktamar bising nak jawatan.. Bila pilihanraya xpulak bising berkempen..

Manek Urai nie kita berehat.. Bagi puak-puak nie pulak turun padang.. Cuba rasa sikit susah hidup rakyat bawahan.. Jangan khianati amanah rakyat..

Anonymous said...

Saya bekerja dengan lulusan agama yang mengetuai organisasi saya. Atas nama ulama mereka buat apa saja yang sesuai tak vkira halal atau haram untuk mereka dan kroni mereka. Dengan bersandarkan ayat quran dan hadis pilihan mereka, mereka akan pertahankan tindakan mereka. Mereka tidak malu untuk membawa anak beranak, kroni dalam organisasi dan juga tender dan sebutharga. Malahan mereka yang dikatakan erdogan pula dan bertentangan akan diketepikan dengan pelbagai cara. Mereka ini menggunakan alasan kepimpinan agama dan ulama untuk kekal di atas. Walaupun umum mengetahui mereka memang lemah mentadbir, tapi mereka masih mahu kekalkan kepimpinan atasan demi mempertahankan anak beranak dan kroni. Alasan yang mereka berikan adalah tidak ada orang yang sesuai untuk mengganti mereka, maka mereka perlu dikekalkan. Mereka sengaja tidak mewujudkan golongan pelapis untuk melewatkan pencarian pengganti. Hanya mati dalam perkhidmatan saja yang memisahkan mereka dari jawatan itu. Bukan saja mereka menghalang golongan bukan ulama untuk naik, mereka juga menghalang golongan ulama juga untuk naik sehinggalah ada pengganti yang boleh mengekalkan legasi dan kepentingan mereka.

Afyan said...

PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.

Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.

Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.

Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.

Dan berlakulah pertembungan sebagaimana yang berlaku pada hari ini.

Anwar ternyata tidak pandai mendidik orang-orangnya sehingga berlaku tragedi hitam di Perak.

Namun, tiada siapa yang mngecam Anwar dalam hal ini.

Seandainya ia berlaku di dalam PAS, nescaya Tok Guru HAji Hadi akan dikecam hebat oleh para penyokong Anwar.

====

Begitu juga sekiranya jika ulama yang buat press conference, nescaya ramailah yang akan mengecam.

Tetapi apabila yang pro-Anwar yang buat cenference tidak ada apa-apa.

Anonymous said...

di malaysia ada banyak ulama jumud seperti kata Dr. Asri bekas mufti perlis. Itulah masalah Dr. Asri ketika menjadi mufti dan berhadapan dengan jawatankuasa fatwa kebangsaan.Langsung di sekat dari bersuara malah dipangkah pula. Ketahuilah anda bahawa ulama jumud ada dua warna kitab. Kitab kuning dan kitab merah. Bila nak menyokong maka mereka gunakan hujah dalam kitab kuning. Bila nak menolak walaupun kes yang sama maka mereka gunakan hujah kitab merah pula. Ulama ini jenis mengikut apa kehendak bosnya dan takut menyatakan kebenaran kerena mereka ini jenis ulama cari makan.

Kalau anda ingat ulama ini akan turun dengan sukarela dari jawatan anda silap. Tanda-tanda kiamat adalah bila ada ulama palsu di Malaysia dengan sukarela menyerah jawatan atas nama kebenaran. Ataupun mereka benar-benar dah bertaubat dan insaf atau puas dan kenyang.

Alias Mohd Yusof said...

Tahniah, dengan demokrasi kita akan dapat pemimpin yang terbaik dari yang baik-baik.

Anonymous said...

Pertelingkahan tentang kepimpinan ulama bukanlah baru. Ia tidak berlaku dalam PAS saja tapi sudah lama berlaku dalam UM NO sendiri. Lihat banyak kali berlaku pertukaran dalam timbalan menteri atau menteri yang menjaga hal ehwal agama islam dalam kabinet. Nama nama seperti dr. yusof nor, dr abdul hamid othman, abdul hamid zainal abidin, dr. masitah, dr. abdullah mat zin, dr. zahid hamidi (bukan phd bidang agama)dan terakhir khir baharom menunjukkan kesukaran menyatukan golongan ulama adalah kerana beberapa sebab. Pertamanya, kerajaan mahukan mereka yang mengikut telunjuk walaupun ia mungkin bercanggah. Keduanya, sesama ulama dalam UMNO sendiri bercakaran menunjukan kepandaian yang tinggi sehinggakan berlakunya jatuh menjatuh sesama sendiri untuk merebut jawatan itu. Masakan sudah ada menteri menjaga urusan agama, tetapi masih ada penasihat agama untuk PM.

Expat-Melaka said...

Saya bekerja dengan lulusan agama yang mengetuai organisasi saya. Atas nama ulama mereka buat apa saja yang sesuai tak vkira halal atau haram untuk mereka dan kroni mereka. Dengan bersandarkan ayat quran dan hadis pilihan mereka, mereka akan pertahankan tindakan mereka. Mereka tidak malu untuk membawa anak beranak, kroni dalam organisasi dan juga tender dan sebutharga. Malahan mereka yang dikatakan erdogan pula dan bertentangan akan diketepikan dengan pelbagai cara. Mereka ini menggunakan alasan kepimpinan agama dan ulama untuk kekal di atas. Walaupun umum mengetahui mereka memang lemah mentadbir, tapi mereka masih mahu kekalkan kepimpinan atasan demi mempertahankan anak beranak dan kroni. Alasan yang mereka berikan adalah tidak ada orang yang sesuai untuk mengganti mereka, maka mereka perlu dikekalkan. Mereka sengaja tidak mewujudkan golongan pelapis untuk melewatkan pencarian pengganti. Hanya mati dalam perkhidmatan saja yang memisahkan mereka dari jawatan itu. Bukan saja mereka menghalang golongan bukan ulama untuk naik, mereka juga menghalang golongan ulama juga untuk naik sehinggalah ada pengganti yang boleh mengekalkan legasi dan kepentingan mereka.

June 6, 2009 9:02 AM
Blogger Afyan said...

PAS adalah parti yang paling kuat dalam PR.

Jadi ini yang Anwar cemburu, kerana tanpa sokongan PAS impiannya untuk menjadi PM takkan menjadi.

Jadi, cara yang dia ada ialah menyusup ke dalam PAS melalui proksinya.

Ini yang dapat dikesan oleh para ulama.
.

Jadi, ertinya para ulama dalam PAS telah mengajar saudara Afyan membuat fitnah?

Adakah amalan memfitnah ini sebahagian dari tarbiyyah saudara.

Sila buktikan dakwaan di atas atau bertaubat dari amalan fitnah saudara.

Afyan said...

Sebentar tadi kira-kira jam 10.10 pagi Ustaz Nasharuddin diumumkan secara rasmi sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal yang baru 2009-2011.

Kita nantikan respon media / bloger pro-Anwar dalam perkara ini, yang akan menggali sebab musabab kekalah Husam.

Saya jangkakan akan keluarlah tulisan-tulisan yang akan menghentam lagi para ulama yang melobi.

Nizam Mahmud said...

Pengumuman telah di buat dan Husam telah kalah.

Kesalahan ini bukanlah salah Nasarudin Mat Isa tetapi adalah kesalahan Husam dan juga Mat Sabu. Dua-dua sama bersalah.

Saya memang menjangkakan Husam akan kalah kali ini, apabile Mat Sabu mengumumkan untuk bertanding.

Tahniah kepada mastermind-mastermind UBN.

Cara mereka memerintah sekian lama adalah dengan memecahkan undi pihak lawan.

Anwar, dengan pengalaman nya bertahun-tahun bersama UBN telah menyedari hakikat ini dan menyatukan gerakan anti BN.

Dan itu lah kita dapat saksikan kejatuhan 5 buah negeri dan kehilangan 2/3 majoriti oleh BN.

Tetapi BN tidak menyerah kalah. Sekali lagi saya ingin ucapkan tahniah kepada pihak mereka.

UBN menyedari bahawa strategi ini tidak menjadi dalam pilihanraya umum maka digunakan strategi yang sama di dalam PAS.

Hasilnya adalah seperti yang dapat dilihat, Nasarudin menang walaupun dapat kurang dari 50% undi perwakilan.

Setelah berjaya meletakkan calon yang pro UMNO dalam pimpinan tertinggi maka langkah seterusnya adalah untuk menyingkirkan Nik Aziz.

Setelah Nik Aziz disingkirkan ini lah masa nya untuk memecahkan kesatuan PR.

Langkah pemecahan PR ini akan dilakukan dalam beberapa fasa. Antara fasa yang awal adalah dengan menyumbat kembali Anwar dalam penjara.

Langkah yang kedua adalah perebutan di antara parti dalam PR untuk mengetuai PR.

Ini dapat dilihat dengan Hj Hadi menawarkan PAS untuk mengetuai PR.

Jika Hj Hadi mempunyai kekuatan untuk menerajui PR tidak payahlah Anwar bersusah payah untuk tubuhkan sebalik nya Hj Hadi akan tubuhkan dulu.

Tetapi lupa kah kita akan kenyataan beliau dahulu bahawa Anwar adalah tidak relevan lagi dan Kit Siang adalah ubat habis tempoh?

Hasil dari tindakan-tindakan ini, PAS kehilangan Terengganu hingga hari ini.

Hj Hadi seolah-olah lupa bahawa beliau tidak digemari oleh penyokong PKR dan juga DAP. Mereka mengamalkan sikap toleransi kepada beliau atas nama persepaduan PR.

Saya tertanya siapakah penasihat Hj Hadi yang menyakinkan beliau bahawa beliau boleh diterima sebagai pemimpin PR?

Setelah PR dipecahkan, maka strategi UBN yang seterusnya adalah untuk PAS bertanding di kawasan-kawasan PKR.

Trojan dalaman PKR pula akan digerakkan untuk memecahkan dan melemahkan PKR.

Sekarang ini, ada beberapa pilihan bagi Anwar. Saya tahu dia buat tak tahu saja apabila Hj Hadi pernah panggil dia sebagai tidak relevan.

Satu pilihan adalah menyerah kalah seperti Ku Li. Satu lagi pilihan adalah mengadakan perbincangan dengan DAP untuk menyatukan DAP dan PKR.

Ini mesti dilakukan secepat mungkin.

Apabila ini berlaku, saya menyeru semua yang betul-betul ingin melihat perubahan dan menentang BN agar mengisi borang parti baru ini beramai-ramai.

Jangan pedulikan lagi apabila ayat Quran dan hadis manakah yang akan dibaca bersama-sama dengan satu tajwid oleh ulama-ulama PAS dan UMNO untuk membenarkan tindakan mereka.

Golongan anti hadis tolak hadis atas sebab kepercayaan mereka yang tersasar. Tapi apakah mereka lebih buruk dari golongan ulama yang dikatakan percaya pada hadis tapi menjual hadis demi kepentingan politik dan kuasa mereka?

Afyan said...

Tahniah kepada Nizam Mahmud kerana menggunakan identiti sendir untuk memberi komen, tidak sebagaimana orang lain yang menggunakan anonymous. Malah memberi fakta di dalam hujahnya, tanpa menuduh peribadi.

=====

Anwar tahu bahawa jenteranya tidak kuat untuk menyaingi jentera PAS.

Justeru, caranya ialah mempergunakan jentera PAS menaikkan dirinya dan PKR.

Jelas di mana-mana negeri, kawasan, dan cawangan, ahli PAS jauh lebih besar daripada PKR.

Itulah yang dikuti Anwar.

Maka agenda meng'lebiral'kan PAS perlu dilakukan bagi memastikan tiada lagi halangan.

Halangan utama Anwar ialah ulama di dalam PAS, yang selama ini mendidik dan mentarbiah ahli PAS.

Maka secara senyap dan licik, saraf disebar bahawa ulama hanya pandai cakap, tidak pandai politik, tidak bekerja, dsb.

Maka, berlakulah apa yang telah berlaku hari ini.

Pertembungan yang tidak pernah berlaku di dalam PAS.

=====

Sekarang perwakilan telah membuat pilihan. Ayuh bekerja untuk Islam!

Nizam Mahmud said...

Anwar tahu bahawa jenteranya tidak kuat untuk menyaingi jentera PAS.

Justeru, caranya ialah mempergunakan jentera PAS menaikkan dirinya dan PKR.

Jelas di mana-mana negeri, kawasan, dan cawangan, ahli PAS jauh lebih besar daripada PKR.
=========

Kenyataan di atas adalah benar.

Cuma saya harus memperingatkan bahawa dengan jentera dan ahli yang di gembur-gemburkan sebagai ramai itu, PAS hanya mampu menjadi MB di sebuah negeri saja dan selalu saja cuma mempunyai ahli parlimen kurang dari 10 orang.

Benar Anwar telah mempergunakan PAS, malah DAP juga telah dipergunakan oleh Anwar.

Hasil nya UMNO menjadi lemah dan meminta untuk penyatuan umat Melayu-Islam demi menyelamatkan diri.

Hasil nya adalah PAS dapat menjadi MB di 3 dari 5 buah negeri yang jatuh pada PR.

Sekarang ini setelah dipergunakan oleh Anwar, maka UMNO pula bercadang untuk mempergunakan PAS bagi menjatuhkan Anwar dan meretakkan PR.

Mari lah kita analisa ini;

Setelah diperguna kan Anwar;

1. PAS dapat bilangan kerusi perlimen yang tidak jauh kurang dan lebih kurang sama dengan PKR dan PAS.

2. PAS dapat jadi MB di 3 buah negeri.

3. Perjuangan PAS melangkaui batas kalangan Muslim dan menjangkau pengundi bukan Muslim

4. PAS diiktiraf sebagai sebuah parti yang setaraf dan bukan pak turut di mana consensus harus dicapai sebelum apa-apa keputusan di ambil. Sebagai contohnya 16 Sept gagal dan Anwar sanggup tanggung malu di caci sebab PAS tidak bersetuju.

Beberapa tahun lagi, kita akan boleh buat analisa apakah yang PAS dapat setelah dipergunakan oleh UMNO.

Tapi kita boleh la buat andaian sendiri dari sekarang.

ramzi said...

Ramziredang,
Tuan, marilah kita berlapang dada kerana tiap sesuatu itu telah tertulis dari azali lagi. Mungkin inilah ketentuan dari Ilahi yang tak berupaya kita untuk mengubah. Saya sendiri telah banyak kali menulis dengan cara halus tentang kepincangan dan salah pandangan di dalam PAS. Telah banyak saya tulis menggambarkan bahawa org org PAS berfahaman membuta tuli tanpa melihat pada fakta. Bagi kebanyakan orang PAS, jika orang lain yang memberi nasihat semuanya salah.
Kebanyakan sifat pemimpin PAS masih lagi berperangai melayu, tidak berperangai Islam. Lumrah orang melayu bila sudah terkena baru hendak menyesal.
Dalam menulis banyakali saya cuba lembutkan dan cuba tidak menggambarkan menyebelahi mana mana pihak. Namun banyak perkara perkara aneh di dalam PAS tidak mampu di jawab. Sebagai contohnya ada dua puak masing masing menuduh fraksi UMNO. Kalau puak yang menyokong PR menuduh satu puak lagi fraksi UMNO tidaklah menjadi pelik, tetapi yang peliknya puak yang ingin bersatu dengan UMNO menuduh pihak satu lagi fraksi UMNO.
Kalau dilihat dari segi undi, ternyata ustaz nasha telah ditolak oleh perwakilan tetapi kerana undi lawan pecah kepada dua ,maka dia masih menang. Inilah dinamakan politik. Saya katakan dia kalah sebab kita bukan melawan pihak musuh, kita mengundi sesama sendiri untuk melihat sokongan. Jadi andaian seperti bertanding seperti melawan musuh tidak boleh dipakai. Rumusannya lebih dari 50% perwakilan telah menolak beliau.
Kita telahpun menyuarakan pandangan dan tulisan kita untuk kebaikan PAS, tetapi nampaknya telah tersurat seperti ini. Maka marilah kita tunggu ke arah mana haluan PAS selepas ini.
Mungkin ada kebaikannya, atau pandangan kita yang salah. Atau, jika sekiranya ini nanti akan menjadi satu kerugian kepada PAS, ternyata sudah memang tertulis nasib PAS akan jadi begitu. Yang paling mendukacitakan, jika seandainya boleh dikategorikan PAS ada dua puak, hanya Tuan Guru Nik Aziz sahaja yang menyebelahi profesional, manakala puak yang berpendidikan agama menyokong kepada pro UMNO.

idris ramly said...

ya lah tu..

teruskan bekerja

kasitau Ustaz Nasa tu kalau nak berjumpa dgn UMNO, jangan tempat gelap, jangan dalam kelambu. nanti kena tangkap khalwat

korang bekerja lah... ana nak berehat

Nizam Mahmud said...

Dijangkakan bahawa Anwar akan masuk penjara balik lepas ini.

Dan dijangkakan turutan selepas ini adalah PR akan berpecah dan PAS akan menubuhkan UG dengan UMNO dan BN.

Apabila ini berlaku, saya dengan ikhlas hati minta penyokong-penyokong PR tidak memaki atau memarahi Ustaz Nasa.

Buat apa nak maki dia sebab kita dah tahu niat dia awal-awal.

Yang patut dimaki adalah dua orang iaitu Mat Sabu dan Husam Musa. Sebab taktik BN ini punya la lama tapi dua-dua buta betul tak nampak.

Sekali lagi tahniah kepada Ustaz Nasa.

Afyan said...

Jangan kita lupa bahawa PKR dan DAP majoriti di Perak berbanding PAS.

Malah Anwar mencadangkan YB yang telah melompat itu untuk menjadi MB.

PAS menjadi MB perak atas kelemahan PKR. Allah menyusun sebaiknya perancangan.

Anwar merancanga, para ulama turut merancang.

Ulama tidak akan membiarkan diri mereka diperlakukan sewenang-wenangnya, sebagaimana yang telah berlaku sebelum merdeka dahulu; apabila Tanah Melayu menang puak-puak nasionalis pro-penjajah menjadi pemimpin.

=====

Inilah yang cuba dilakukan skarang.

Kemaraan PAS menggusarkan pihak lawan dan kawan.

Penonjolan Nizar tanpa bantuan Anwar. Malah sepanjang menjadi MB Perak, PKRlah yang paling banyak membuat onar dan masalah dan akhirnya terlompat keluar.

Cuba bandingkan dengan MB daripada PKR, ternyata MB PAS ini lebih menonjol.

roy said...

Heran lah u all ni.. hebat betul tuduhan u all.. kira maut punya pukulan kepada pemimpin Islam.. hebat betul org yg tak berduit seperti ust2 kita ni boleh bayar media perdana utk berkempen. Wa cabar u all bawa bukti2, gambar, tape recorder, dokumen2, resit2 supaya jika benar Ust Nasha membelakangkan parti perjuangan ISlam ini, dan sila usul tergempar agar satu Suruhanjaya Siasatan PAS diadakan bagi menyiasat Ust Nasha, wa sokong dia dipecat terusss dari jawatan.. harap tolong bagi bukti pada Jawatankuasa disiplin PAS sebelum muktamar habis.. Harap2 pink turtle. tulang besi dan mereka2 yg ada bukti dan fakta baguih punya mengenai ust nasha, sila kedepan dan cabar presiden dan ajk2 agar ambik tindakan segera. Ini bukan kes main2 ni kalau ust nasha penderhaka PAS.. wa cadangkan petang ini atau esok pagi2 u all bentangkan segera... jika ust nasha menipu, memang layak dia dibuang! Cepatt kumpulkan bukti... if not, wa rasa tuduhan tanpa bukti dan kalau main kata2 ajer, berat sheikh tuduhan tu.. alahai...

As for yg nak rehat tu, wa rasa jgn lah mcm tu sheikh.. tidak ingatkah akan qada dan qadar? Kita merancang, Allah jua merancang.. mungkin ujian demi ujian untuk memantapkan parti.. kita ada senjata utk musuh didalam selimut jika ada, iaitu doa bersungguh2 sebab doa org2 yg teraniaya ni makbul doanya, insyaALlah..bukan wa yg cakap, Allah yg cakap, tak caya tanya Allah.. tapi jika betullah kita dianiaya oleh dewan ulama yg u all kata dari golongan yg tak berilmu dan tak reti merancang - sebab depa ni tgu hidayat dan taufik Allah aje dalam setiap gerak geri, tapi maybe tak pandai, nasib baik ALlah tolong ajer, kan? gitu yer pendapat anda?
Wa rasa kita usul tak percaya kepada dewan ulama pulak petang ni atau esok pagi.. walaupun dewan ulama cuma usul aje, tak diterima pun.. tapi bila baca u all punya pukulan, maknanya dewan ulama ni tak betul, gedebe, dan ikut nafsu bila bercakap..isk isk, kira depa ni lebih teruk dari ulama umno.. jom singkirkan mereka! err jgn takut, dlm islam, kena suarakan dalam muktamar agar boleh dibincangkan.. aisey, takkan dlm ni aje berani beb, ayuh ke dewan... baru kita dikatakan berpegang pada prinsip kita. Perjuangan Islam bukan sebab pemimpin beb, kalau sokong pemimpin ajer, then bila tak suka, keluar parti..wahh itu macam UMNO jer tu.. ayuh, wa tau u all masih bersama2 dlm perjuangan ini.. ini bukan nak rebut harta, ini nak supaya anak cucu hidup aman dan damai di Malaysia ini.. itu yg penting, dan diredhai oleh Allah, amen.. wallahua'lam.

Expat-Melaka said...

Dijangkakan bahawa Anwar akan masuk penjara balik lepas ini.

Dan dijangkakan turutan selepas ini adalah PR akan berpecah dan PAS akan menubuhkan UG dengan UMNO dan BN.

Apabila ini berlaku, saya dengan ikhlas hati minta penyokong-penyokong PR tidak memaki atau memarahi Ustaz Nasa.

Buat apa nak maki dia sebab kita dah tahu niat dia awal-awal.

Yang patut dimaki adalah dua orang iaitu Mat Sabu dan Husam Musa. Sebab taktik BN ini punya la lama tapi dua-dua buta betul tak nampak.

Sekali lagi tahniah kepada Ustaz Nasa.

June 6, 2009 12:53 PM
Blogger Afyan said...

Jangan kita lupa bahawa PKR dan DAP majoriti di Perak berbanding PAS.

Malah Anwar mencadangkan YB yang telah melompat itu untuk menjadi MB.

PAS menjadi MB perak atas kelemahan PKR. Allah menyusun sebaiknya perancangan.
.

Afyan, kau dapat berapa ringgit sebar fitnah mcm ni?

Majlis Presiden PR dah mesyuarat dan mengekalkan Nizar sbg MB.

Kao percaya ckp org melompat tu semua?

Anonymous said...

Ust Nasha menang.....TAKBIRRR!!!!!!!!!!

Afyan said...

Peristiwa Nizar dilantik MB adalah pertolongan Allah kepada PAS hasil doa ulama dan usaha profesional di dalam PAS.

Selepas kemenangan BA di Perak, Sultan meminta setiap parti BA menghantar nama calon MB.

Dan PKR turut mencalonkan nama, dan nama bekas posmen itulah yang menjadi calon pilihan Anwar.

Ia telah berlaku dan menjadi sejarah.

Selepas Nizar terpilih, Adun PKR amat-amat itu amat-amat cemburu.

Kemuncak itu, dia melompat parti dengan bangganya.

Adakah ini calon MB daripada Anwar.

Saya kira, jika Adun PAS yang berlaku sedemikian, nescaya hentaman hebat terhadap Hj Hadi.

====
Di sinilah letaknya akhlak para pemimpin PAS, lansung tidak menghentam atas isu Perak, walhal sudah terang-terangan ia timbul daripada PKR yang tidak pandai membuat saringan memilih calon.

PKR hanya pandai hendak bertanding tetapi tidak pandai memilih calon yang bertanding.

Calon yang ada adalah tangkap muat; bekas posmen, perakam video, blogger dan sebagainya.

Anonymous said...

Yesterday I said:
If Nasa wins ... They'll be a lot more quarrels within PR, ... UMNO will have achieved it's objective to send PAS back to Kelantan, and of course, Anwar back to jail!

Dah mula gaduh la budak-budak ni semua! I totally agree with Nizam Mahmud's take on the whole issue. Now we'll see in the coming by-elections if PAS will fight with PKR for the 'rights' to contest. By then, we'll be able to also gauge the non-Malays, non-Muslim support for PAS.

donplayplay

Anonymous said...

Never mind lah..Uz nash,who terlibat dlm konspirasi liwatgate part2,dan fraksi fraksi UMNO spt cikgu pa n geng lupa bahwa rakyatlah menentukan nasib mereka..sy blh gerenti sekirannya PAS nak bermuzakarah dgn UMNo one more time,nak sabotaj Pakatan menerusi ejen ejen pariah UMNo (spt biro tatanegara chief yg teringin sangat nak jadi MB Selangor)rakyat,will slaughter them..merekea dunggu,dan tak akan faham,bahawa,bila rakyat dah bankit,dan mula tunjuk semangat Che Guevara,society sedang remould,dan ol formula,established falsehoods,semunya sedang didustbinkan,one by one!!

Anonymous said...

PKR hanya pandai hendak bertanding tetapi tidak pandai memilih calon yang bertanding.

eh..so answerlah,why PAS couldnt capture Terengganu in 2004,and 2008?The epi centre of PAS's leadership comes frm that zone,yet failed miserably in 23004,2008..why?..sudahlah,dont think ,PR will be finished if PAS pulls out..in fact,there is a possibility puak Erdogan (if pushed relentlessly by pariah briged frm the fraksi2 UM-No in PAS) might leave PAS n join PKR or create another party and become a component of PR ..man,it's dat simple..kahkahkah..and let the mongoloids,cacat celis,who like to berbuih pasai islam but gerenti tak tau d meaning of the verse "submitting to dawn" be jaguh katak dibawah temperung of PAS lama/kuno..kahkahkah

Anonymous said...

Tak baik panggil ulama PAS mongoloid dan cacat celis.Kalah menang,siapa yang tentukan?

sam raspiut said...

'PAS telah ditubuh dan didaftarkan kan pada...'
maknanya boleh ditubuhkan lagi dan lagi.. dan lagi!
KALOU ada PAS BARU maka ambo dengan rela jadi ahli!!!

Nizam Mahmud said...

Nampak nya saudara Afyan sudah bersungguh-sungguh meletakkan kesalahan atas bahu PKR dan juga kecaman secara terus terhadap Anwar.

Jangan bimbang saudara Afyan, penyokong Anwar sendiri ramai marah dekat Anwar bila Perak jatuh.

Tetapi saya juga hendak ucapkan terima kasih kerana saudara telah menunjukkan sedikit introduction apa yang akan berlaku di dalam PR sedikit masa nanti.

Apabila Anwar dipecat dan pertama kali dituduh dengan tuduhan liwat, antara yang pertama sekali mengunjungi beliau dan memberikan sokongan adalah Almarhum As-Syahid Fadhil Nor.

Tetapi pada pertuduhan kedua ini, Hj Hadi langsung mengatakan bahwa ini adalah masalah peribadi Anwar. Sekilas pandang di baca seolah-olah Hj Hadi mengiyakan tuduhan itu.

Bayangkan nanti pada perbicaraan mahkamah di mana bukti-bukti setaraf dengan tilam di bawa. Dan Anwar menghadapi kejian amat dahsyat dari media-media, tiba-tiba pula dua pemimpin tertinggi PAS mengeluarkan kenyataan seolah-olah mengiyakan bukti-bukti tersebut.

Bukankah nanti akan berlaku keretakan perpaduan di antara penyokong PKR dan PAS?

Bayang kan nanti bila Anwar di dapati bersalah, hilang status sebagai MP dan disumbatkan dalam penjara, apakah mungkin Hj Hadi akan demand untuk menjadi ketua dalam PR dan juga jawatan ketua pembangkang? Lihat saja bayang desakan untuk PAS mendominasikan PR ala dominasi UMNO dalam BN.

Bayang-bayang nya sudah ada wahai tuan-tuan sekalian.

Bayangkan nanti jika tiba-tiba Hj Hadi mengemukakan gagasan UG sebanyak 5 muka surat pada mesyuarat PR dan ditolak oleh parti lain, sudah pasti lah para media akan bertempik mengatakan PAS tidak dihormati dalam PR.

Pada masa ini, saya sudah pasti jika Hj Hadi mengumumkan penarikan diri dari PR sudah pasti akan mendapat sokongan ahli PAS.

Lihat saja tuduhan yang meletakkan kesemua kesalahan di bahu Anwar. Di Perak, Anwar lah yang bersalah semua nya. Saya tak nak cakap lebih la apa fitnah yang dilemparkan pada PKR oleh ahli PAS di Selangor.

Yang paling penting adalah PAS dapat keluar dari PR dengan alasan-alasan yang dapat membuatkan ahli nya rasa bahawa PAS lah yang telah dizalimi.

Dan setelah PAS keluar dari PR, apakah yang akan dapat menghalang Hj Hadi dan Nasa untuk membuat rundingan terus dengan UBN untuk menubuhkan UG?

Husam berkata bahawa ramai AJK dan naib presiden menentang kerjasama dengan UMNO. Minta maaf lah Husam, adakah saudara ini baru sehari dua ka dalam politik?

Tengoklah kenyataan lembut Daud Iraqi meminta ahli PAS memahami dan menerima UG walaupun ianya tidak pernah dijelaskan itu.

Itu pun kita masih menunggu kenyataan yang lebih keras dari Harun Taib nanti.

Tengoklah kenyataan yang meminta agar PAS mendominasi PR.

Wayang politik ini kearah gabungan UMNO-PAS sudah berjaya separuh jalan.

Saudara sudah gagal Husam. Tak ada apa yang saya boleh kata kan lagi.

Kegagalan saudara juga bermakna bahawa peluang untuk menyingkirkan Nik Aziz makin terbuka luas. Kali ini perwakilan pun tak boleh buat apa.

Dan saya pasti puak-puak ini sekarang sedang dengan keras nya memikirkan cara untuk menyingkirkan Nik Aziz secara terhormat.

Malas saya nak tanya TB apakah peluang Nik Aziz disingkirkan sebab hari itu bila saya tanya apa peluang Husam dia jawab perwakilan akan buat keputusan yang bijak.

Bijak lah tu TB.

Tulang Besi said...


Di sinilah letaknya akhlak para pemimpin PAS, lansung tidak menghentam atas isu Perak, walhal sudah terang-terangan ia timbul daripada PKR yang tidak pandai membuat saringan memilih calon.

PKR hanya pandai hendak bertanding tetapi tidak pandai memilih calon yang bertanding.

Calon yang ada adalah tangkap muat; bekas posmen, perakam video, blogger dan sebagainya.
.

PKR parti baru. JAdi mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk saringan.

PAS dulu pun hadapi masaalah yang sama.

kerajaan PAS Terengganu jatuh pada 1962 kerana ada ADUN PAS yang belot.

ADUN bernama Taib Selamat yang dilantik Speaker telah mengizinkan usul undi tidak percaya kepada MB PAS.

Jadi, jgn lah salahkan PKR.

Yang jahat ialah UMNO kerana mereka mempunyai kebolehan untuk merasuah wakil2 rakyat untuk masuk kepada mereka.

Tulang Besi said...

Tuduhan Anwar meliberalkan PAS juga satu tuduhan yang jahat dan tidak berasas.

Ini kerana kalau proses liberalisasi dlm PAS berlaku, kenapa tiada deklarasi menolak shariah Islam?

Adakah dengan mengubah usulub dakwah dikira sebagai liberalisasi?

Adakah deklarasi Anwar tidak menolak hukum hudud semasa PRK Kuala Terengganu dikira sebagai tanda2 liberalisasi

Afyan said...

Sungguh futuristik pandangan Sdra Nizam!

Saya tidak pernah pula dengar kecaman daripada pro-Anwar terhadap isu Perak sebagaimana yang dinyatakan oleh Sdra Nizam.

Mungkin Sdra boleh tunjukkan saya blog tersebut. Tidak terjumpa pula saya.

++++

Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

Proses pemilihan akan dipertikai.

Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

Tulang Besi said...

Tuduhan mengatakan wujud kumpulan pro anwar dalam PAS juga adalah jaahat kerana majoriti yang difitnah sebegitu telah beerkhidmat dalam PAS sejak Anwar dalam UMNO lagi.

Misalnuya, Dr Hatta Ramli telah berkempen untuk PAS semenjak tahun 1982 untuk calon PAS Parlimen Setapak, arwah Ustaz Othman Razak.

Husam Musa telah PAS semenjak 1982
dan Khalid Samad berada dalam PAS semenjak beliau kembali dari UK pada tahun 1982.

jadi, mustahil mereka ini semua adalah pro-anwar dalam PAS kerana mereka lebih PAS dari orang2 yang menuduh.

Khalid Samad pernah duduk dalam ISA lagi

Tulang Besi said...

TUduhan meng "undermine" ulama juga satu tuduhan yang jahat.

Ini kerana ulama dalam PAS tidak maksum dan mesti boleh dikritik.

Kalau Saidina Umar pun boleh dikrikit, inikan pula ulama2 dalam PAS.

Ulama tidak maksum kerana kita bukan Syiah dan bukan Katholik.

Kita Ahlus Sunnah dan yang maksum hanya NAbi SAW

Tulang Besi said...

Mereka yang terlampau bising kata jentera PAS ramai dan jentera Keadilan tak ramai.

Saya nak tanya, kenapa Keadilan menang banyak kerusi di Perak, Selangor, Penang dan N Sembilan?

Minta Afyan jawab soalan ni.

Tulang Besi said...



Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

Proses pemilihan akan dipertikai.

Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.
.

KAlau ada bukti, mcmna?

Nizam Mahmud said...

Saya tidak pernah pula dengar kecaman daripada pro-Anwar terhadap isu Perak sebagaimana yang dinyatakan oleh Sdra Nizam.

Mungkin Sdra boleh tunjukkan saya blog tersebut. Tidak terjumpa pula saya.
-------

Saudara boleh rujuk terus pada orang kuat PKR seperti MSK.

Lihat saja kecaman beliau terhadap Ketua Perhubungan Perak yang dilantik oleh Anwar.

Itu bukan di campur dengan kecaman blogger bebas seperti RPK terhadap cara DAP Perak ditadbir.

Saudara jangan bimbang. Budaya feudalistik tidak dapat berkembang di dalam alam siber ini.

Cuma yang masih dikesalkan adalah masih ada pemimpin PR yang masih cuba untuk mengamalkan budaya feudalistik ini.

Baca saja layanan sesetengah pemimpin PKR terhadap MSK.

Kenyataan saudara "Sungguh futuristik pandangan Sdra Nizam!"

Sudah tentu lah futuristik. Bukan kah kita selalu di saran untuk mengingati mati, bukan kah kita selalu disuruh untuk ingat hari pembalasan yang belum muncul lagi.

Semua itu adalah futuristik juga.

Sama juga dengan pandangan saya. Mungkin saya betul dan mungkin juga saya salah.

Hari dah mendung, guntur dah berbunyi, rasa nya tidak salah saya berfuturistik bahawa hari akan hujan walaupun belum setitik lagi air dari langit menitis.

Tetapi mungkin juga saya silap, mungkin juga hari akan panas hingga ke malam. Kalau saya tersilap, saya minta maaf. Sekadar berfuturistik mengikut ilmu yang ada.

Persoalan nya sekarang, yang saya rasa amat perlu bagi penyokong PR untuk menjawab nya adalah di mana kedudukan masing-masing andai nya apa yang saya kata kan berlaku.

Penyokong PR ada pelbagai. Ada yang memang dah jadi ahli, mungkin ahli DAP, atau ahli PKR atau ahli PAS. Dan ada juga yang mengidentifikasikan diri sebagai penyokong di luar, samada penyokong DAP, PKR atau pun PAS.

Malah ada juga yang tidak menyokong mana-mana parti secara individu, tetapi menyokong PR sebagai sebuah entiti yang berhadapan dengan BN.

Andai nya betul telahan saya bahawa PAS akan terkeluar dari PR dan menubuhkan kerjasama dengan UMNO, maka di manakah kedudukan anda semua pada waktu itu?

Satu soalan mudah, andai kan ketika itu Nizar adalah MB Perak dengan barisan exco UMNO, malah Zambry mungkin pada masa itu menjadi timbalan Menteri Besar.

Maka di manakah kedudukan anda pada ketika itu? Masih jadi penyokong? Diam diri dah tak nak masuk campur? Atau berpandangan bahawa Nizar telah melakukan kesilapan besar seperti Anwar di dalam UMNO dahulu?

Sama-sama kita fikirkan.

Cuma jika itu berlaku, saya rasa mesti Kor Ming kena maki oleh ahli DAP sebab merujuk pada ayat Quran di khalayak ramai. Dan sudah tentulah Karpal Singh mempunyai lebih banyak alasan kenapa beliau sanggup mayatnya dilangkahi dari membiarkan politik di campur aduk kan dengan agama.

Anonymous said...

Ada satu usaha untuk menjatuhkan imej PAS dan Ust Nasa;

Sebelum keputusan rasmi diumumkan, seawal-awal jam 8 pagi media-media pro-Anwar dan para blogger menyebar-nyebarkan keputusan tidak rasmi yang berpihak kepada Husam.

Dengan menyebarkan berita palsu ini, mereka bersedia dengan sebarang keputusan.

Sekiranya keputusan berpihak kepada mereka, maka pemenangnya akan dijulang dan disanjung tinggi.

Sekiranya keputusan tidak berpihak, maka proses kemenangan tersebut akan dipertikaikan.

++++++

Sebenarnya golongan yang mengatakan bahawa PAS ingin masuk kepada UMNO adalah golongan pro-Anwar yang berada di dalam PAS serta ahli-ahli PKR.

Mereka ingin menjatuhkan golongan ulama, maka memulakan saraf menyerang individu tertentu yang dikatakan berusaha membawa masuk PAS kedalam Umno.

Kebangkitan PAS ditakuti oleh Anwar dan PKR. Anwar tahu jentera partinya tidak sehebat jentera PAS yang ramai dan bertenaga.

Jadi, cara untuk menonjolkan Anwar dan PKR adalah dengan cara mempergunakan PAS.

Caranya ialah dengan menaikkan tokoh-tokoh liberal yang menyanjunginya.

Para ulama mengatahui tektik ini. Ulama tidak mahu kejadian pra-merdeka berulang lagi selepas para ulama berjuang bermatia-matian, golongan nasinalis yang memerintah.

Juster, terjadilah pertembungan yang maha dahsyat ini.

Selepas ini, saya yakin ada lagi usaha-usaha untuk menjatuhkan ulama di dalam PAS.

====
PKR takut rakyat lebih terpengaruh dengan PAS.

Lebih-lebih lagi terdapat YB-YBnya yang melompat. Ini adalah kemaluan besar bagi PKR.

Juga YB-YB yang tidak tahan diuji sehingga terpaksa meletakkan jawatan.

Inilah yang ditakuti oleh PKR dan Anwar.

Kebangkitan PAS sekarang perlu dibendung dengan cara me’liberal’kan PAS.

Sebab itu dicanag-canang projek 916 yang ternyata suatu pembohongan yang amat nyata.

Proses pemilihan akan dipertikai.

Pengerusi pemilihan akan dipertikaikan.

Justeru dengan cara ana, imej yang kalah akan disembunyikan sebaik mungkin.

Anonymous said...

pkr formerly known as parti keadilan nasional.later changed to parti keadilan rakyat.ape agenda penukaran istilah "nasional" kepada istilah "rakyat"??!!..nasionalis adalah musuh islam sbb amalan politik sekular yg memisahkan agama dr politik.apa perbezaan pkr dgn umno dr segi ideologi politik.jawapannya dua2 2x5 sekular..adakah pkr meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti??!!adakah umno meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti??..jawapannya dua2 sekular...

Afyan said...

Bukti?

Anwar telah terbukti menipu dalam agenda 916.

Malam 16 Sept di dalam ceramahnya masih menegaskan ia adalah akan terjadi.

++++

Jika Khalid Samad, Dr Hatta dll dikatakan setia dengan perjuangan PAS atasa alasan mereka telah lama dalam PAS, begitulah juga dengan pemimpian yang dikatakan fraksi Umno di dalam blog ini.

Ustaz Hadi, Ust Nasa, Usta Harun Din, Ust Harun Taib dll juga telah lama berada di dalam PAS.

Kenapa mereka boleh dikatakan fraksi Umno tanpa sebarang bukti?

Yang ada hanyalah persepsi dan teori.

++++

Anwar gagal mendidik ahli-ahlinya.

Sudah terbukti di dalam kes Perak.

Saya cuba mencari blog yang disebut oleh Sdra tetapi tidak berjumpa.

Mungkin Sdra boleh beri url di sini.

++++

Satu lagi bukti Anwar tidak mampu mendidik ahlinya adalah orang kanan beliau sendiri tidak menjaga aurat isterinya.

Perlukah saya sebutkan siapa?

Oh... orangnya adalah orang Melayu dan orang islam.

++++

Apabila kita membawa kereta, sesekali hendaklah kita melihat ke belakang menggunakan side mirror.

Dalam kita melangkah ke belakang, kita juga harus melihat sejarah Anwar yang lampau yang pernah mengkhianati terhadap ketika di dalam PAS.

Sehingga sekarang beliau masih tidak memminta maaf atas tindak tanduknya terhadap PAS.

Jika ada yang saya terlepas pandang boleh ditunjukkan di sini.

++++

Allah telah membantu PAS.

Sudah lebih 50 tahun PAS wujud dengan segala ranjau dan duri.

Ayuhlah berjuang bersama-sama di dalam PAS

Tulang Besi said...


Jika Khalid Samad, Dr Hatta dll dikatakan setia dengan perjuangan PAS atasa alasan mereka telah lama dalam PAS, begitulah juga dengan pemimpian yang dikatakan fraksi Umno di dalam blog ini.

Ustaz Hadi, Ust Nasa, Usta Harun Din, Ust Harun Taib dll juga telah lama berada di dalam PAS
.

Tetapi Ustaz Nasa telah berbohong.
Dan telah pergi berjumpa UMNO.

Betul ke tidak?

err Khalid Samad dan Dr Hatta berada dalam PAS lebih lama dari Ust Nasa.

Tulang Besi said...

Anwar gagal mendidik ahli-ahlinya.

Sudah terbukti di dalam kes Perak.

Saya cuba mencari blog yang disebut oleh Sdra tetapi tidak berjumpa.

Mungkin Sdra boleh beri url di sini.
.

JAdi, PAS pun gagal jugak mendidik ahli2 PAS sewnktu kejatuhan kerajaan PAS 1962 di Terengganu?

Buat search kat Malaysiakini. Kesemua perancangan 916 dibincangkan dalam mesy. PR.

semua dilaporkan.

Mcm ni lah. Kalau tak percaya, pergi tanya pimpinan sendiri.

Tulang Besi said...

Setahu saya 916 ini satu bentuk kegagalan. Bukan penipuan.

Ada beza tu.

Tulang Besi said...

Dalam kita melangkah ke belakang, kita juga harus melihat sejarah Anwar yang lampau yang pernah mengkhianati terhadap ketika di dalam PAS.

Sehingga sekarang beliau masih tidak memminta maaf atas tindak tanduknya terhadap PAS.
.

Sebab tu bila melihat ke belakang, kita nampak UMNO telah mengkhianati PAS dengan lebih banyak.

Jadi, mengapa diteruskan berunding dengan UMNO?

Tulang Besi said...

Bukankah PAS menang Terengganu 1999 atas faktor Anwar Ibrahim?

Tulang Besi said...

Maklum pada semua masyarakat dunia bahawa 916 adalah kegagalan bukan penipuan.

Anwar telah mencuba tetapi gagal.

Kenapa masih dituduh sebagai penipuan?

Dalam PAS sekarang ada golongan yang musuhi Anwar Ibrahim lebih dari UMNO.

Saya cdgkan saudara Afyan masuklah UMNO untuk menenangkan perasaan saudara.

Tulang Besi said...

Nampaknya tuduhan Afyan berkenaan dengan liberalisasi sudah berhenti.

Saya nak tahu juga apa yang beliau maksudkan dengan proses liberalisasi dalam PAS?

Di mana proses tersebut, dan kalau boleh sila kemukakan bukti

Anonymous said...

yg penting pkr dan umno tu dua2 parti sekular.kedua-dua parti tersebut tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti masing2.persoalnnya sekarang kenapa pkr tidak mahu bubarkan parti pkr dan masuk pas.fahaman sekular tu dah terang bercanggah dengan islam...kenapa masih berdegil tidak mahu masuk pas??

Tulang Besi said...

Saya tak faham. Kalau Anwar jahat, mengapa kita bercakap dengan UMNO?

Tulang Besi said...

Setau saya, Tok Guru Nik Aziz yang tak izin berjumpa dengan UMNO.

Bukan Anwar Ibrahim.

Dan semua yang berlaku skrg ini adalah atas izin Tok Guru Nik Aziz dan bukannya Anwar Ibrahim

Saya nak tanya Afyan, kenapa Anwar dipersalahkan?

Anonymous said...

fahaman sekular tu adalah ideologi jahat yg dicipta oleh yahudi utk menentang islam.so kenapa pkr degil sgt taknak masuk pas.jika mengaku islam, so masukla pas.berjuang bersama-sama menegakkan alquran dan hadis.pkr dan umno sama je sekular.ape agenda sebenar penubuhan pkr???sampai sekarang pn masih taknak masuk pas

Tulang Besi said...

916 penipuan?

Waktu Dato' hasan Ali melancarkan KOMPASS untuk tawan Selangor, 2004 adakah bermakna Dato' Hasan telah menipu?

Sebelum tu, Ustaz Azizan dan PAS Kedah melancarkan plan tawan Kedah dan sebelum2 tu ada plan tawan Terengganu tahun 1995.

Adakah semua ini satu penipuan dari mereka2 ini?

Tulang Besi said...

Nak tanya Afyan: Adakah saudara setuju PAS masuk BN?

Anonymous said...

yg penting pkr dan umno tu sama je sekular.kenapa pkr masih degil taknak berjuang bersama-sama pas menegakkan alquran dan hadis?? kenapa pkr tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti?? kenapa masih memegang fahaman sekular sedangkan mengaku islam?? selagi pkr tak masuk pas selagi tu akan dilabel "umno in disguise".

Afyan said...

Beberapa kali Anwar telah menipu dalam hal 916.

Mula-mula kata 16 Sept.

Then kata lepas raya.

Then lepas raya haji.

Then tangguhkan.

Sampai sekarang tiada pun 'pelompat=pelompat' tersebut.

Kita tunggu Anwar nak saman MP sabah yang mengatakan Anwar menawarkan jawatan jika melompat.

++++
Semasa di dalam Umno, Anwar terlalu jahat.

Umno tetap jahat sebelum Anwar masuk dan selepas Anwar keluar.

Dan hasilnya sekrang PKR pun hampir sama dengan Umno.

PAS ada dasar Islam dan kep[impinan ulama.

Selepas kempimpinan ulama, tidak pernah kita dengar ADUN PAS dan MP PAS lompat parti macam yang berlaku ke atas PKR.

PKR pasti yang tiada asas kekuatan sebagaimana PAS meletakkan Quran dan Hadis sebagai landasan.

Sebab itu ahli-ahli PKR mudah menerima rasuah.

Malah isteri pemimpin Melayu Islam PKR sendiri pun tidak menutup aurat.

Kerana Anwar tidak menjadikan Quran dan hadis sebagai landasan.

PKR sendiri ketandusan tokoh-tokoh agama yang mampu menentukan hala tujunya.

Sebgaiman Umno yang menolak ulama, begitulah yang berlaku ke atas PKR.

++++
PAS terus beriltizam untuk memastikan kepimpinan ulama.

Kepimpinan ulama telah berjaya memerintah Kelantan sekalipun ketika itu Anwar berada di dalam Umno.

Umno gagal menjatuhkan Kelantan sekalipun Anwar berceramah siang dan malam.

Sekarang pun Umno masih gagal menjatuhkan PAS di Kelantan.

++++
PAS tidak pernah berhasrat bergabung dengan Umno.

Saya tidak akan sekali-kali bersama-sama dengan usaha penggabungan Umno dan PAS sebagaiman tidak sekali-kali menyokong penubuhan kerajaan hasil daripada lompatan.

Tulang Besi said...

Afyan ni cuba membawa kita seolah-olah menentang usaha muqabalah kerana kononnya kita menyokong Anwar.

Hakikatnya, kita menentang usaha tersebut kerana ianya ditentang oleh Mursyidul Am sendiri.

Tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim

Tulang Besi said...

yg penting pkr dan umno tu sama je sekular.kenapa pkr masih degil taknak berjuang bersama-sama pas menegakkan alquran dan hadis?? kenapa pkr tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan parti?? kenapa masih memegang fahaman sekular sedangkan mengaku islam?? selagi pkr tak masuk pas selagi tu akan dilabel "umno in disguise".

June 7, 2009 8:23 AM
Delete
Blogger Afyan said...

Beberapa kali Anwar telah menipu dalam hal 916.

Mula-mula kata 16 Sept.

Then kata lepas raya.

Then lepas raya haji.

Then tangguhkan.
.

Bukan menipu tapi merancang.

Apa bukti Anwar menipu. Boleh bagi tak?

Ada Anwar kata perkara itu 100% akan berjaya tanpa gagal?

Jadi bila Hasan Ali buat KOMPASS dahulu dan gagal, adakah beliaujuga menipu?

Tulang Besi said...


Semasa di dalam Umno, Anwar terlalu jahat.

Umno tetap jahat sebelum Anwar masuk dan selepas Anwar keluar.

Dan hasilnya sekrang PKR pun hampir sama dengan Umno.

PAS ada dasar Islam dan kep[impinan ulama.
.

UMNO pun jahat jugak. Kenapa yang kita masih hendak berunding dengan UMNO sampai menipu AJK PAS Pusat?

Anwar memang jahat masa dalam UMNO dulu, tapi Anwar telah membayar kejahatan beliau balik dengan memberikan kita Terengganu dan pada 2008 memberikan kita banyak kerusi.

Oh apa dia yang kejahatan anwar masa dalam UMNO dulu pada PAS?

Tulang Besi said...


Selepas kempimpinan ulama, tidak pernah kita dengar ADUN PAS dan MP PAS lompat parti macam yang berlaku ke atas PKR.

PKR pasti yang tiada asas kekuatan sebagaimana PAS meletakkan Quran dan Hadis sebagai landasan.

Sebab itu ahli-ahli PKR mudah menerima rasuah.
.

Tu lah. Afyan ni buta sejarah. Selepas kepimpinan ulama diisytiharkan pada 1982. Dato' Asri tubuh HAMIM.

Dan 4 dari 5 MP PAS dalam Parlimen telah melompat ke HAMIM selepas PRU 1982.

dan HAMIM telah masuk Barisan Nasional. Malahan telah bertanding dalam PRU 1986.

Selepas itu, tiada ADUN atau MP yang melompat kerana ADUN dan MP PAS pun tak ramai.

Tapi ada Naib YDP (seperti Naib PResiden) yang melompat.

Nama dia Nakhaiee Ahmad.

Tidak termasuk berbaris2 ulama2 PAS seperti Mat Nor Idris, Ghazali Losong, Mustafa Taib dsbnya yang telah masuk ke UMNO.

Nak mengelat mcmna lagi whaai Afyan oiii.

Semua yang dilakukan adalah atas mengikut kata2 Tok guru Nik Aziz bukan anwar Ibrahim

Kenapa masih nak menyerang Anwar ni?

Seranglah TOk Guru Nik Aziz.

ataupun TGNA ni bukan ulama?

Tulang Besi said...

PAS tidak pernah berhasrat bergabung dengan Umno.

Saya tidak akan sekali-kali bersama-sama dengan usaha penggabungan Umno dan PAS sebagaiman tidak sekali-kali menyokong penubuhan kerajaan hasil daripada lompatan.
.

KAlau mcm tu:

a. Kenapa bincang dalam gelap?
b. kenapa bohong pada ahli dan AJK PAS Pusat
c. Kenapa masih terus berdgil denan cadangan kerjaan perpaduan walaupun TGNA dan AJK PAS Pusat menolak cadangan tersebut.
d. Kenapa masih nak gunakan alasan hendak berdakwah dengan UMNO?
e. KEnapa merahsiakan perjumpaan dengan UMNO dari AJK PAS Pusat?
f. KEnapa Mursyidul Am sendiri menolak sebarang usaha berunding dengan UMNO?

Baca coretan bekas AJK PAS Pusat, Ustaz Amaluddin Darus.

Sebelum PAS dibawa ke BN, yang berlaku adalah perjumpaan2 dalam gelap dgn banyak sekali.

Afyan said...

Agenda Anwar adalah untuk menjatuhkan PAS ketika di dalam Umno.

Sekrang dari dalam PKR usaha yang sama masih dilakukan.

Sebab itu sebelum pilihanraya benar-benar dia melobi dan bekerja keras untuk mendapatkan banyak kerusi untuk dipertandingkan.

Namun perancang Allah jauh lebih mengatasi. Sekalipun PKR majoriti di Perak, GAGAL menjadi MB.

PAS di Kelnatan tidak pernah mendapat bantuan Anwar untuk memenanginya pada kali pertama dan kekal hingga ke hari ini.

Atas dasar tarbiyah, ADUN-ADUN PAS tetap setia engan PAS hingga ke pembubaran perlimen dan dun.

Inilah yang UMNO, dan PKR tiada.

UMNO sedaya mungkin untuk menjauhkan PKR daripada PAS.

Manaka PKR sedaya mungkin untuk mendapatkan sokongan daripada PAS.

Namun PAS tetap setia pada janji dalam PR, dan tidak pernah memungkiri janji.

BUktinya hingga kini PAS masih bersama PR.

Sebarang usaha memasukkan PAS ke dalam BN dan Umno akan ditentang.

++++

Anwar pun telah pernah bertemu dengan Pak Lah.

Tidaklah sampai menuduh Anwar nak masuk Umno.

Afyan said...

Fakta saya ialah sepanjang kepimpinan ulama, tiada ADUN dan MP PAS lompat parti adalah benar.

Terima kasih kerana Tulang Besi turut mengiyakan fakta ini.

Fakta yang maha betul juga, terbukti ADUN-ADUN PKR tidak tahan diuji, tidak tahan dirasuah.

tidak ubah macam Umno.

PAS tidak akan menjadi seperti Umno atau masuk Umno.

Yang berlaku ADUN PKR telah pun masuk Umno.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

(pembetulan diatas)..setuju dgn afyan...selagi pkr tak masuk pas selagi tu akan dilabel "umno in disguise".pelik bin ajaib dah mengaku islam tapi tak perjuangkan alquran dan hadis bersama-sama pas.apa yg diperjuangkan pkr??semata-mata jawatan??

Anonymous said...

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - PAS diingatkan jangan terlalu ghairah bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil pemerintahan negara tetapi mula lupa untuk menjadi pembela dan berada di barisan hadapan untuk pertahankan isu-isu agama...perlu berdakwah pada pkr dan umno sbb kedua-dua parti ni memegang fahaman sekular.

Afyan said...

Itulah yang ditakuti oleh Anwar dan PKR.

Justeru menjatuhkan golongan-golongan sebegini di dalam PAS perlu dilaksanakan.

PAS berjuang hanya bertujuan mendapat redha Ilahi.

Jika menang ia adalah satu amanah daripada Allah.

Itulah yang membezakan PAS dengan parti-parti lain seperti Umno, PKR, DAP, Gerakan dsb.

Allah sebagai matlamat utama.

Menang dan kalah bukan alasannya.

Nizam Mahmud said...

Drama politik untuk ulama menghalalkan kerjasama dengan UMNO selepas kemenangan Nasa sudah bermula

No. 1

"Nafi kekalahannya tanda penolakan kepimpinan Nik Aziz"

http://www.malaysiakini.com/news/105939

Komen: Cuba hang tanya, kenapa wartawan dah tanya soalan pasal kepimpinan Nik Aziz? Ada tips ka? Nik Aziz satu-satu nya yang tolak idea UG ini secara terus terang tanpa selindung lagi

No. 2

"Satu lagi tamparan untuk Hadi..."

http://www.malaysiakini.com/news/105958

Komen saya: Tiba-tiba wartawan mendesak tanya Kit Siang, tanya Husin Ali pasal UG. Wartawan tau isu ini sebenarnya tidak pernah dibincangkan secara mendalam di peringkat pimpinan PR tapi tanya juga.

No. 3:

"Nasha: Berunding bukan bermakna kerjasama dengan Umno"

http://www.malaysiakini.com/news/105945

Komen saya: Betul. Berunding dengan UMNO Selangor untuk tubuhkan kerajaan negeri memang tinggal setakat berunding.

Nasib baik lah Khir Toyo dan Hasan Ali sama-sama ingin jadi MB, kalau tak awal-awal dah jadi kerjasama.

No. 4:

"There is hope yet for a total Malay unity, and with that we can check DAP trickery!!"

http://barkingmagpie.blogspot.com/2009/06/there-is-hope-yet-for-total-malay-unity.html

Komen saya: Jika blogger pro-UMNO yang lain seperti puak-puak BPN sudah pun meraikan kejayaan Nasa, mungkin kita tidak perlu bimbang sangat.

Tapi blogger ini rapat dengan pimpinan tertinggi UMNO. Kalau beliau sendiri sudah berkata bahawa harapan kepada perpaduan UMNO-PAS sudah makin cerah, berhati-hati lah.

Tunggu lah saja.

No. 5:

"Nik Aziz: Unity talks with Umno ridiculous"

http://www.malaysiakini.com/news/105969

Komen saya: Sebelum ini Nik Aziz masih nak berlapik dan berlembut dengan ahli PAS yang nak UG, walaupun rata-rata marah dengan beliau pasal tak setuju.

Sampai ada yang doa kan beliau mati cepat dalam usrah.

Rasanya Nik Aziz sudah rasa kan masa nak berlembut berakhir. Saya rasakan tindakan Tok guru ini betul sebab mereka nak sembelih Tok Guru, tak kan Tok Guru nak bagi saja leher pada puak-puak ini.

Jangan bimbang saudara, Dewan Ulama PAS akan dapat mencari dalil dari Quran dan juga Hadis untuk membenarkan segala tindak tanduk dan wayang politik ini.

Nizam Mahmud said...

Saudara afyan,

""Fakta saya ialah sepanjang kepimpinan ulama, tiada ADUN dan MP PAS lompat parti adalah benar.

Komen saya: Bukan kah Ustaz Nakhaie Ahmad, bekas Naib Yang di Pertua PAS, dan juga seorang ulama juga telah masuk UMNO pada tahun 1988?

Untuk blog MSK, sila ke http://perakexpress.com/www/

Artikel menyerang Ketua Perhubungan Perak siap dengan exco katak itu telah bermula sebelum Perak jatuh lagi.

Jangan jadi malas, sila cari sendiri.

Anonymous said...

masa utk berlembut dgn pkr juga sudah berakhir.sudah masa pas berdakwah secara serius kepada kedua-dua parti sekular pkr dan umno.bukan mudah bagi pas utk berdakwah kepada org islam berbanding yg bukan islam.pas perlu perbetulkan kedua-dua parti sekular ini agar mereka menjadikan alquran dan hadis sebagai perjuangan.meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan.pkr dilihat masih lagi berdegil utk masuk pas bersama-sama menegakkan syariat islam.

Anonymous said...

ulama dan professional pas perlu sama-sama berusaha bagaimana utk membawa pkr dan umno masuk pas agar sama-sama berjuang menegakkan syariat islam.sama-sama berjuang meletakkan alquran dan hadis sebagai perlembagaan negara islam.

Tulang Besi said...

June 7, 2009 8:45 AM
Delete
Blogger Afyan said...

Fakta saya ialah sepanjang kepimpinan ulama, tiada ADUN dan MP PAS lompat parti adalah benar.

Terima kasih kerana Tulang Besi turut mengiyakan fakta ini.
.

Inilah kenyataan yang paling salah dari segi sejarah.

Mungkin saudara tak baca jawapan saya sebelum ini.

Selepas Kepimpinan Ulama diisytiharkan pada 1982, 4 MP PAS di Parlimen telah bertukar parti dari PAS ke HAMIM.

Jadi kenyataan saudara itu adalah BERLAWANAN DENGAN FAKTA.

Tulang Besi said...

June 7, 2009 9:24 AM
Delete
Blogger Afyan said...

Itulah yang ditakuti oleh Anwar dan PKR.

Justeru menjatuhkan golongan-golongan sebegini di dalam PAS perlu dilaksanakan.

PAS berjuang hanya bertujuan mendapat redha Ilahi.

Jika menang ia adalah satu amanah daripada Allah.
.

Natijah dari itu, bolehlah pejuang PAS berbohong kepada AJK PAS Pusat di dalam berjumpa dengan UMNO?

Itu adalah salah satu perjuangan mendapat redha Allah SWT?

Tulang Besi said...

Afyan nampakknya telah habis hujjah.

Segala tuduhan beliau i.e. meliberalkan PAS, wujud kumpulan pro anwar dlm PAS, ulama di undermine etc.

Semuanya hnaya"hot air" yang tidak dapat dipertahankan dan tiada apa bukti yang boleh dinilai sama sekali.

Malahan fakta yang beliau kata fakta pun rupanya bukan fakta.

Dan tuduhan kononnya orang seperti saya ini condong kepada Anwar juga meleset kerana pandangan saya adalah selari dengan Tok Guru Nik Aziz.

Tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim,

Tulang Besi said...

Afyan ni contoh ahli PAS yang tidak wala pada Mursyidul Am PAS

Tulang Besi said...

(pembetulan diatas)..setuju dgn afyan...selagi pkr tak masuk pas selagi tu akan dilabel "umno in disguise".pelik bin ajaib dah mengaku islam tapi tak perjuangkan alquran dan hadis bersama-sama pas.apa yg diperjuangkan pkr??semata-mata jawatan??.

Adakah anda memandang rendah kepada Tok Guru Nik Aziz kerana beliau pro kepada pakatan rakyat?

Adakaah nabi SAW berdosa kerana mengadakan kerjasama politik dengan kabilah-kabilah yang musyirkin sewaktu di Madinah dahulu?

Tologlah, bila nak cakap Islam, jangan guna kejahilan.

Tulang Besi said...

Saudara Afyan,

Sila jawab soalan2 saya ini:

A. Benar atau tidak Ustaz Nasa berbohong kepada PAS Pusat di dalam berjumpa dengan UMNO?

B. kerajaan Campuran 1974 PAS-Perikatan terbentuk apabila berlaku perjumpaan2 dalam gelap ini? (Mengikut keterangan Arwah Ustaz Amaluddin Darus)

C. Oleh kerana Ustaz Nasa telah menipu, maka penafian beliau juga kita tidak boleh terima?

D. Buat apa jumpa UMNO dalam gelap kalau bukan untuk menubuhkan kerajaan.

Juga, sila bawa bukti kepada dakwaan saudara:

a. Wujud kumpulan pro Anwar
b. Wujud usaha meliberalisasikan PAS
c. Wujud usaha me "undermine" ulama

Tulang Besi said...

Afyan juga telah berhenti menggunakan isu "PKR memerlukan jentera PAS".

Lebih lebih lagi bila PKR menang lebih banyak kerusi dari PAS.

Bukankah PAS mendapat untung dari kebanjiran pengundi Keadilan/DAP?

Isu memakai jentera PAS ni dah pakai sejak lama dahulu.

Dulu S46 pakai jentera PAS untuk lawan UMNO di luar kelantan.

UMNO tidak dapat menumpukan serangan mereka di Kelantan dan terpaksa bawa lari sumber dan jentera mereka.

Hasilnya PAS berjaya mempertahankan Kelantan 1995.

Jadi, yang untung tetap PAS walaupun yang guna jentera itu adalah KEAdilan.

Mereka yang menaikkan isu PKR pakai jentera PAS ini adalah agen UMNO.

Grand Marquis said...

Petikan dari Malaysian Insider

Husam wins No. 2 post
Saturday, 06 June 2009 09:35
By Adib Zalkapli, The Malaysian Insider

Datuk Husam Musa today narrowly defeated incumbent Nasharudin Mat Isa for the post of PAS deputy president, according to sources familiar with the election process.

The Malaysian Insider understands Nasharudin's defeat was caused by a last minute swing to another contender Mohamad Sabu, who came in third.


Persoalan: Kenapa dua media pro PR, iaitu Malaysian Insider dan Malaysiakini beria-ia melaporkan Hussam menang?

Kalau dilihat dari tulisannya, "incumbent" Nasharuddin. What "incumbent".

Sejak bila dalam sejarah Malaysia sebuah formal media menggunakan label "incumbent" pada seseorang? Dimanakah tahap professionalisma wartawan MI ataupun ia dilakukan dengan sengaja untuk menjatuhkan martabat seseorang? Apakah ada tangan dibelakang MI yang mengarahkannya berbuat sedemikian?

Persoalan yang lebih besar ialah kenapa ia berlaku sewaktu muktamar PAS kepada salah seorang pemimpin PAS?

Bukankah ini bibit politik kotor yang cuba dibawa masuk dalam PAS? Siapakah yang cuba membawanya masuk? Apakah golongan ulama atau golongan Erdogan?

Fikir-fikirkan.

Saya bukan anti kepimpinan professional, tetapi seperti mana ramai yang kutuk orang berlagak ulama, ramai juga yang berlagak professional. Kerja beberapa tahun dalam koprat sudah mendabik dada panggil diri professional. Ada yang sekadar kerja posmen, lepas tu masuk politik, tup-tup dapat gelaran professional.

Bagi saya, muktamar ini bukan soal kepimpinan ulama atau professional, tetapi muktamar ini adalah untuk menyelamatkan pas dari dirosakkan oleh golongan yang berlagak professional.

Nizam Mahmud said...

masa utk berlembut dgn pkr juga sudah berakhir.sudah masa pas berdakwah secara serius kepada kedua-dua parti sekular pkr dan umno
--------

Sesetengah pemimpin DAP juga merasakan bahawa masa untuk berlembut dgn PKR juga sudah berakhir.

Sebagai contohnya Karpal Singh.

Pemimpin DAP ini merasakan bahawa konsep sekular bukan saja tidak di amalkan, tetapi tidak dihormati oleh PKR.

Konsep kesamarataan parti dalam PR amat susah di fahami oleh ramai pemimpin, samada DAP atau pun PAS.

Ini adalah kerana mereka sudah dibiasakan dengan konsep dominasi UMNO dalam BN. Apa yang UMNO kata diiyakan saja.

Sebagai contohnya, apabila ada pemimpin PAS yang menganjurkan bahawa Hj Hadi dilantik jadi PM bila PR memerintah, Anwar tidak melatah.

Anwar hanya menyebut bahawa itu hak ahli PAS untuk mengemukakan pendirian.

Cuba lah jika ada pemimpin MIC menganjurkan supaya Samy Vellu menjadi PM.

Pasti nya pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli UMNO akan minta orang MIC itu dipecat serta merta dari MIC dan dinyahkan dari BN.

Masalahnya sekarang adalah, ada sestengah pemimpin PAS minta supaya PAS menjadi dominasi dalam PR sebagaimana UMNO mendominasi BN.

Seperti mana ada pendapat di sini meminta supaya jangan lagi berlembut dengan PKR. Saling tak tumpah perangai dengan ahli-ahli dan pemimpin UMNO bila parti lain dalam komponen BN menyuarakan pendapat berlainan.

Saya amat menyanjung konsep kesamarataan parti dalam PR ini. Malangnya, walaupun konsep ini begitu molek di atas kertas, untuk melaksanakan adalah begitu sukar sekali apabila ada nya pemimpin PAS dan DAP yang berfikiran feudalistik.

Budaya feudalistik ini lah yang akan menghambakan rakyat marhaen. Tetapi ianya masih berakar kuat. Lihat saja lah usul Dewan Ulama bahawa jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan satu jawatan Naib Presiden mesti lah dari ulama.

Itu untuk hari ini saudara. Jangan lah terkejut jika esok nanti Dewan Ulama minta semua 3 jawatan tertinggi dalam setiap Dewan adalah untuk ulama. Malah mungkin juga akhirnya akan minta semua AJK Pusat mesti la ulama.

Budaya feudalistik adalah buta. Ia tidak mengenal anda adalah nasionalis, sosialis, sekularalis, malah ulama juga dihinggap oleh virus ini.

Fikir-fikir kan lah

Nizam Mahmud said...

pkr formerly known as parti keadilan nasional.later changed to parti keadilan rakyat.ape agenda penukaran istilah "nasional" kepada istilah "rakyat"??!!
------

Setahu saya tidak ada agenda yang tersebunyi.

Parti Keadilan Nasional telah bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia (PRM)

Maka dicadangkan agar dua nama digabungkan jadi la Parti Keadilan Rakyat. Maksud adalah Parti Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia.

""nasionalis adalah musuh islam sbb amalan politik sekular yg memisahkan agama dr politik."""

Saudara disarankan agar lebih banyak membaca untuk menambahkan ilmu.

Hanya sekadar menambah perkataan Nasional tidak lah bermaksud anda nasionalis.

Sama juga dengan Jemaah Al Quran Malaysia tidak menjadikan mereka Quranist.

Ataupun Sister in Islam tidak menjadikan mereka Islamis.

Nasional bermaksud merangkumi satu negara seperti yang ditakrifkan dalam perjuangan PKR. Mereka parti di peringat nasional iaitu dengan kehadiran mereka itu disetiap pelusuk tanah air.

Itu saja. Dan pertukaran nama kepada rakyat itu hanya lah sebab pergabungan dengan Parti Rakyat Malaysia.

Melihat komen saudara itu, ada dua nasihat saya, satu post guna nama sendiri, dua banyak kan lah membaca selain dari Utusan Meloya dan Berita Hairan dan menonton TV 3 suku.

Tulang Besi said...

Afyan kerap mengatakan Anwar Ibrahim menipu dalam 916.

Hakikatnya, hanya akhbar UMNO dan mereka yang bersengkongkol dengan UMNO sahaja yang mengatakan Anwar menipu dalam 916.

Tok Guru pun tak kata Anwar menipu.

Jadi kita boleh tahu, siapa dia Afyan ni.

Tulang Besi said...

Afyan masih meyatakan sokongan kepada seseorang yang telah berbohong?

Hmmm kemudian dia kata anwar Ibrahim jahat dan berniat jahat menghancurkan PAS?

Pasal perancangan Anwar Ibrahim ini, tiada bukti yang diberikan oleh Afyan.

Pasal pembohongan ust Nasa ni, bukti berlambak.

Tapi sikit pun si Afyan ni tak sebut. Mengapa ye?


Kenapa masa Ust NAsa di Jordan dulu, orang tak kenal dia sebagai PAS?

Tulang Besi said...

Afyan,

Adakah semua ulama dalam PAS ini maksum?

nasihat saya pada si Afyan ni, jgnlah nak menentang mereka yang dah bertahun masuk PAS.

SAya dah ikut usrah PAS masa awak baru nak belajar berjalan.

Grand Marquis said...

Cuba TB tengok sendiri, siapakah yang sebenarnya melobi

http://www.ruangbicarafaisal.com/2009/06/husam-musa-yang-bodoh.html

Excerpt:

1. Belum pernah dalam sejarah seseorang pemimpin PAS yang ingin bertanding sesuatu jawatan memanggil sidang media khas untuk mengumumkannya. Dalam sejarah politik Malaysia ianya hanya sekali berlaku, iaitu pada tahun 1993 oleh Anwar Ibrahim apabila beliau hendak menentang Almarhum Tun Ghaffar Baba bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Maknanya disini Husam telah mengikut gaya politik UMNO yang dibawa oleh Anwar Ibrahim pada masa itu.
2. Husam melakukan roadshow untuk bertemu dengan perwakilan PAS dibeberapa buah negeri. Ini juga budaya UMNO.
3. Cara kempen Husam,baik melalui SMS atau Blog. Memburukan calon-calon lain sesuka hati mereka sahaja.
4. Semasa hari pengundian,ejen-ejen Husam ada mengedarkan 'chai' ataupun senarai bayangan pasukan Husam.
5. Politik wang,saya tetap yakin seratus peratus Husam mengamalkannya dalam pemilihan kali ini. Cuma Husam ini agak licik sikit orangnya maka sukar untuk menemui bukti.
6. Menggunakan pengaruh dan menjual nama Nik Aziz kepada para perwakilan. Sama seperti segelintir orang-orang yang merebut jawatan dalam UMNO yang sering menjual nama Presiden dan Timb Presiden UMNO.

Kenapa TB ni live in the syndrome of denial. 916 pun dikatakan tak tipu sedangkan satu dunia tahu ia adalah penipuan yang paling besar sekali dalam sejarah Malaysia.

Orang yang dijangkiti syndrome of denial memang tak de ubatnya.

Afyan said...

PKR dan Anwar sekarang amat-amat lemah.

Ditambahan pula dengan peristiwa kegagalan 916 yang jelas dan nyata satu pembohongan.

Projek 916 disebut pada bulan Mac/ April 2008 selepas tsunami politik.

Jumlahnya berkali-kali berubah-ubah.

Pada April/Mei tiada sebarang kenyataan rasmi daripada PR tentang perkara tersebut.

Ternyata ia hanya impian lama Anwar untuk menjadi PM, yang akhirnya berkecai.

Tidak ada kenyataan rasmi rakan PR lain yang menyokong 916.

======

Sekrang imej PKR bertambah jatuh lantaran peristiwa lompat-melompat yang berlaku.

Tambah memalukan apabila perletakan jawatan ADUN di kedah dan PP yang menampakan kelemahan PKR mendidik ahli dan seterusnya penyaringan calon.

Sebab itu usul PAS hari ini untuk lakukan proses saringan calon dalam PR sebenarnya dituju kepada PKR.

====
Peristiwa YB PAS menyertai HAMIM adalah proses transisi PAS kepada kempimpinan ulama.

nama-nama lain yang disebut bukanlah YB PAS sekalipun mereka pimpinan PAS.

Ini buktinya pemilihan calon PAS jauh lebih efisien berbanding PKR.

Bayangkanlah, dalam tempoh setahun lebih 4 YB PKR yang TEWAS dan KECUNDANG!

Benarlah kata Anwar, kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan!!!!

Mereka tersebut tidak layak lansung digelar pejuang.

====
PAS sebuah parti yang bertunjangkan Islam, Quran dan sunnah.

Tidak seperti Anwar dan PKR yang entah apa asas perjuangannya.

Keadilan?

Keadilan dari kaca mata apa?

Sebab itu mereka perlukan jentera PAS, kerana jentera PAS kuat dan hebat!

+++++

Namun ulama dan profesional PAS yang ikhlas telah mengesan hal ini.

Sejarah kemerdekaan negara turut bercerita tentang hal ini.

Hal yang menunjukkan para pejuang dari kalangan ulama besar, Tok Janggut, Abd Rahman Limbong, Abu Bakar al-Bakir dsb yang telah lama berjuang utk memerdekakan tanah air.

Akhirnya selepas menang, Parti Nasionalis yang mendakwa mereka pejuang sejati.

begitu juga yang berlaku di Indonesia, dengan tumpahan darah para ulama akhirnya Indonesia merdeka, akhirnya Parti Sekular juga yang memerintah.

Tidak lupa di Mesri apabila Ikhwan Muslimin bertahaluf untuk berjuang, selepas menang dan menjadi pemerintah, Pemimpian mesir yang dulunya rakan tahalluf Ikhwan dilupa begitu sahaja malah diharamkan.

++++
Saya juga bersifat futuristik sebagaimana rakan blogger kita sebelum ini.

Memandangkan PAS belajar dari sejarah, maka PAS tidak akan sekali-kali membiarkan perkara sama berulang.

PAS tetap berhati-hati dengan UMNO dan PKR kerana kedua-duanya adalah parti sekular.

Parti sekular memang tidak boleh dipercayai.

PKR lahir daripada serpihan UMNO.

Sudah banyak parti sepihan UMNO yang kecundang.

Saya pasti akhirnya akan berlaku ke atas PKR, jika dia masih meneruskan agenda sekularnya.

++++
Inilah yang merisaukan Anwar.

Jika PAS tidak bekerjasama dengan PKR, maka peluangnya semakin tipis untuk menjadi PM.

Justeru langkah-langkah meliberalkan PASS perlu dilakukan.

++++

Pengkagum-pengkagum Anwar berada di dalam PAS semenjak Anwar mula-mula menyertai Umno.

Kini, selepas Anwar terkeluar daripada Umno, mereka bersama Anwar kembali dari dalam PAS.

Inilah mereka yang sentiasa membontoti setiap kenyataan Anwar.

++++
Apa yang berlaku hari ini adalah pengulanagn sejarah.

Cuma yang akan datang, para ulama dan profesional PAS tidak akan sekali-kali mengizinkan sekular untuk bertapak.

UMNO sekular.

PKR pun sekular.

Tulang Besi said...

Afyan,

pegilah bohong tempat lain.

PKR tidak lemah. Yang makin lemah ialah PAS kerana masih mahu menjalin hubungan dgn UMNO.

Apa2 pun, mereka yang mengundi PAS dahulu akan beralih kepada PKR sekiranya PAS tidak mengubah hala tuju.

Berentilah buat cerita2 dongeng mcm ni boleh tak?

Tulang Besi said...

PAS sebuah parti yang bertunjangkan Islam, Quran dan sunnah.

Tidak seperti Anwar dan PKR yang entah apa asas perjuangannya.

Keadilan?

Keadilan dari kaca mata apa?

Sebab itu mereka perlukan jentera PAS, kerana jentera PAS kuat dan hebat!
.

Sudahlah Afyan.

Tak payahlah nak bercakap mcm orng mereng.

Pegi workshop, pegi ketatkan balik skrew kat kepala hotak kamu tu.

Kamu baru setahun jagung dalam PAS, nak cerita pasal asas perjuangan pun tak tau.

Masa PAS bertanding berseorangan 1982, 1986 dan 1995, ada PAS menang tak?

Jadinya, PAS menang Kelantan masa dalam APU, menang Terengganu masa Barisan Alternative dan menang cukup banyak kerusi dan negeri masa dgn Pakatan Rakyat.

KAlau nak marah, pegi lah marah Nabi SAW.

Sebab Nabi SAW buat tahaluf dengan kabilah yang musyirikin masa zaman mekah lagi.

Poooodaaahhhhh. Ckp macam orang separuh tiang lah hang ni.

Tulang Besi said...


Peristiwa YB PAS menyertai HAMIM adalah proses transisi PAS kepada kempimpinan ulama.

nama-nama lain yang disebut bukanlah YB PAS sekalipun mereka pimpinan PAS.

Ini buktinya pemilihan calon PAS jauh lebih efisien berbanding PKR.

Bayangkanlah, dalam tempoh setahun lebih 4 YB PKR yang TEWAS dan KECUNDANG!

Benarlah kata Anwar, kalau takut dengan risiko, usah bicara tentang perjuangan!!!!

Mereka tersebut tidak layak lansung digelar pejuang.
.

Itu tak penting. Yang pentingnya, mereka ini lari setelah wujudnya kepimpinan Ulama.

Dan ia menidakkan kenyataan saudara.

lain kali berhati2 dalam membuat kenyataan. Kalau tak tau sejarah PAS, belajar dulu.

Tulang Besi said...

PAS tetap berhati-hati dengan UMNO dan PKR kerana kedua-duanya adalah parti sekular.

Parti sekular memang tidak boleh dipercayai.

PKR lahir daripada serpihan UMNO.

Sudah banyak parti sepihan UMNO yang kecundang.
.

Tak percaya pada UMNO tapi boleh jumpa dalam gelap dan berbohong selepas tu pula?

Sudahlah Afyan. Kamu ni represent politik sempit.

kemudian politik sempit kamu, kamu bahasakan sebagai poltik Islam.

Padahal ianya tidak menguntungkan Islam ataupun dakwah islamiyyah.

Afyan said...

Begitulah keadaannya apabila hujah sudah memakan tuannya.

Peribadi lawan pula dicerca.

Begitulah yang Umno selama ini lakukan.

Selepas tidak tahan berhujah dengan PAS yang mengeluarkan fakta, maka ISA digunakan.

Di runag maya ini, selepas tiada lagi hujah boleh dikemukakan, maka fitnah dan tuduhan digunakan.

Sebijik macam UMNO

Tulang Besi said...

Pengkagum-pengkagum Anwar berada di dalam PAS semenjak Anwar mula-mula menyertai Umno.

Kini, selepas Anwar terkeluar daripada Umno, mereka bersama Anwar kembali dari dalam PAS.

Inilah mereka yang sentiasa membontoti setiap kenyataan Anwar.
.

Saya amat terpegun dengan cerita dongeng Afyan ni.

Mcm Hans Krisitan Andersen

Boleh tak guna otak tu sikit.

Apa yang berlaku adalah perubahan USLUB DAKWAH

Bukan kita menyembah PKR dan bukan kita percaya PKR bulat2.

Baiklah, sila bagi bukti dari Al Quran dan Sunnah bahawa apa yang kita lakukan dengan PKR dan DAP sekarang adalah haram dari segi syarak?

Orang nak bagi PAS menang dan memerintah MAlaysia, ada pulak jegaung mcm Afyan ni nak gagalkan perancangan ini.

Anonymous said...

Saya tengok TB ni tak de hujah. Asyik mencaci peribadi orang aje. Memalukan sunggun

Tulang Besi said...

cara sdr Afyan berfikir ni akan bakal membawa PAS balik ke zaman 1986 dimana PAS hanya menang satu kerusi Parlimen dan hilang SEMUA NEGERI.

Dan siapa yang untung? UMNO yang untung

Jadi, kalau hendak menguntungkan UMNO, lebih baik keluar PAS dan masuk UMNO

Anonymous said...

Adakah anda memandang rendah kepada Tok Guru Nik Aziz kerana beliau pro kepada pakatan rakyat?

Adakaah nabi SAW berdosa kerana mengadakan kerjasama politik dengan kabilah-kabilah yang musyirkin sewaktu di Madinah dahulu?

Tologlah, bila nak cakap Islam, jangan guna kejahilan.
...
hai tb,ulama bukannya maksum.hanya nabi yg maksum.so kita ikut sunnah nabi.ulama dan professional pas perlu bekerjasama dgn pkr dan umno dlm membentuk dan memperbetulkan perjuangan mereka ke arah memartabatkan alquran dan hadis.anda yg dilihat jahil kerana terlalu mengagongkan seseorang ulama sedangkan ulama tidaklah maksum.sekian

Anonymous said...

TB memalukan

Anonymous said...

selagi pkr tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai asas perjuangan parti,selagi itu parti ni tetap sekular kerana memisahkan politik dari islam.sama seperti parti umno.fahaman sekular adalah agenda ciptaan yahudi untuk menghancurkan islam.mengaku islam tp taknak memperjuangkan islam.mana arah tuju pkr.so ulama dan professional konsisten dalam berdakwah terhadap pkr dan umno selagi mereka masih memegang fahaman sekular

Anonymous said...

Klu aku pun panas hati gak.cakap si Afyian tu mcm org mereng.ntah apa apa yg dia merepek.fakta dan kenyataan tak sama.sudah sudahlah tu Afyian.meh balik.

Anonymous said...

tb

pls jgn layan aryan tu.
kalau dia betul la ahli pas,memang gelap masa depan pas

Tulang Besi said...

Afyan sedang dalam dilemma kerana pemimpin yang beliau angkat selama ini sebenarnya telah berbohong.

Selama ini beliau ingat beliau sokong ulama. Rupanya beliau sokong pembohong.

Itu yang dia bercakap macam orang otak tak senter.

Anonymous said...

dlm byk2 komen kat sini sy trtumpu pada prdebatan tulang besi vs afyan.

nampak mcm anwar vs shabery chik.

apabila shabery chik x dpt lwn hujah anwar, peribadi anwar diserang.

mcm kat sini, bila tak dpt berhujah dgn baik, keluar pkataan yg mnyerang peribadi spt; otak senter, mereng, idea bodoh, dsb.

Rakyat said...

Saya pun baru perasan begitu. Cuma kat sini tak nampak air liur Tb yang berbuih

Anonymous said...

Sedikit tambahan, tentulah selepas ini akan trsembut air liurya untuk mengerang pribadi kite pulak.

kita tunggu respon dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.