Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 16, 2009

Barisan Perpaduan 2

Ini adalah satu artikel yang sangat baik untuk kita tatapi bersama yang saya ceduk dari Perakexpress. Terima kasih daun keladi saya ucapkan pada Mat Saman Kati, orang kuat Nizar di Perak.


Barisan Perpaduan 2

Jun 15th, 2009 | By webmaster | Category: Mat Saman Kati, Team PerakExpress, utama

“Mereka ini umpama telur-telur tinggalan penjajah Inggeris dahulu yang menetas satu persatu,”

Itu perumpamaan yang diluahkan oleh Nik Aziz terhadap Umno. Begitu lah jeleknya Nik Aziz terhadap Umno kerana dia dapat merasakan macam mana peritnya hidup dibawah pemerintahan Umno.

Begitu juga di Perak..macam mana sakitnya hati, bila Perak dirampas oleh Umno secara tidak bertamadun. Masih lagi bersimpati dengan Umno? Kalau ada sekupang dua rasa simpati pada Umno…buang la.

MIO berjaya memerangkap Jamal dan Osman dengan kes rasuah. Dan apabila mereka melompat menyokong Umno..Umno berharap Pakatan Rakyat akan berpecah. Umno berharap Pas dan PKR akan berbalah. Tetapi Umno gagal. Orang-orang PKR semuanya mengutuk Jamal dan Osman dan berdiri teguh dibelakang Nizar dan Pas. Nizar menjadi hero rakyat Perak dan sokongan kepada Pas bukan sahaja meningkat malah Pas dilihat sebagai penyelamat Pakatan Rakyat Perak. Malah Anwar sendiri berkata di Bukit Gantang..dia bersedia menyerahkan Malaysia kepada Nizar. Begitu tinggi harapan diamanahkan kepada Pas.

Mengapa Anwar berkata begitu? Sebab ada diantara pemimpin Pas yang tidak percaya kepada Anwar. Dan bagi Anwar, tidak mengapa kalau dia tidak menjadi Perdana Menteri, malah kalau diberikan kepada Pas juga tidak mengapa…tapi ada orang yang cemburu.

Muktamar Pas di Ipoh pada Ogos 2008 telah membuat keputusan untuk kekal kukuh didalam Pakatan Rakyat. Malah Presiden Pas sendiri membuat kenyataan tersebut. Tetapi malang..Perak dijatuhkan oleh barua-barua Umno pada 4 Februari 2009.

Imej Umno jatuh begitu teruk. Seluruh dunia mengutuk tindakan Umno yang tidak bertamadun itu, tetapi tiga minggu kemudian…Hj. Hadi menghulurkan talian hayat kepada Umno dengan mengeluarkan kembali idea Kerajaan Perpaduan.

Ketika rakyat mengutuk Umno, Hj. Hadi mahu berpeluk. Ketika Pakatan Rakyat bersatu, Hj. Hadi cuba memecahbelahkannya. Lantaran itu, satu pertemuan lapan mata diadakan di JKR 10,Kota Bharu pada 26/3/09. Dan dalam pertemuan tersebut, Nik Aziz telah menentang sekeras-kerasnya idea untuk menyelamatkan Umno. Isu tersebut terhenti buat sementara.

Tetapi menjelang Muktamar Pas 2009, idea tersebut ditimbulkan kembali. Masalahnya bukan hanya terletak kepada Hj. Hadi, tetapi punca utama adalah mereka yang disekeliling Hj. Hadi. Ini lah yang dikatakan oleh Nik Aziz sebagai BONEKA UMNO. Secara teorinya..perpaduan. Realitinya…perpecahan. Dan apakah perpecahan didalam Pas hari ini disebabkan oleh ejen-ejen PKR …atau tingkahlaku Presiden dan Timbalan Presiden Pas?

Semuanya sudah dirancang. Puak-puak yang menyokong Kerajaan Perpaduan perlu diberikan tempat didalam kepimpinan Pas. By hook or by crook.

Dan jikalau Hj. Hadi ikhlas untuk memperkukuhkan Pas, sepatutnya dia mengambil sikap menyatupadukan kepimpinan selepas Muktamar. Tetapi apabila dia melantik Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agung dan mengenepikan Nizar yang mendapat kepercayaan majoriti ahli Pas…sebaliknya melantik Abu Bakar Husin yang langsung tidak dikenali oleh orang-orang diluar Pas sebagai Pesuruhjaya Pas Perak, Hj. Hadi hanya mahu mengukuhkan kepimpinan yang bersetuju dengan Kerajaan Perpaduan.

Bulan Julai ini, Anwar akan menghadapi perbicaraan kes liwat Saiful. Kalau Speaker boleh diheret, kalau kerajaan Perak boleh dirampas..kalau hakim mahkamah rayuan boleh membuat keputusan dalam masa lima minit, tetapi masih gagal membuat penghakiman bertulis walaupun sudah dua minggu..apa lagi yang boleh diharapkan?

Isu Kerajaan Perpaduan dalam muktamar ini hanyalah mukaddimah kepada perancangan yang lebih besar. Bulan Julai ini, Anwar akan didapati bersalah dan Presiden Pas akan mempunyai alasan yang yang cukup bagus untuk menyertai Umno ataupun Barisan Nasional.

Anwar tidak bermoral dan DAP menentang Islam. Maka tidak salah untuk Pas menyertai Umno..kerana Umno itu lebih baik dari Pakatan Rakyat. ADUN PKR yang tidak berpuashati di Selangor akan menyertai Pas dan akhirnya menyertai Umno membentuk kerajaan negeri.

Pas tidak rugi apa-apa, walaupun kehilangan Perak..tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

Sebahagian daripada ahli-ahli MCA dan Gerakan akan bertindak keluar dari Barisan Nasional dan menyertai Pakatan Rakyat. Umno dan Pas membentuk Barisan Perpaduan dan mengembalikan Ketuanan Melayu.

Hanya orang seperti Nik Aziz yang tidak sanggup melacurkan maruah demi mengejar kuasa. Bagi Nik Aziz, sifat-sifat terpuji didalam Islam itu lebih bermakna dari mengembalikan Ketuanan Melayu…tetapi dihina.

Manusia merancang…Tuhan menentukan.

57 comments:

Monkey Code said...

Seperti yang di jangka kan oleh kebanyakkan hati2 yang mempunyai "mata hati" dalam alam cyber ini, tentang rancangan jahat conspiracy 'ala Yahudi' ni. Mereka merancang (agenda melayu)...Allah juga merancang..dan pasti nya rancangan Allah lebih hebat.ALLAHHUAKBAR.

Nizam Mahmud said...

Semua nya sudah seperti kata pepatah 'sudah terang lagi bersuluh'.

Kalau begitu saya ucapkan tahniah awal kepada PAS kerana;

1. Dapat jawatan Menteri di dalam kabinet persekutuan.

2. Dapat rampas jawatan MB Selangor dari PKR, iaitu satu-satu nya negeri yang PKR dapat jawatan MB.

3. Untuk Perak pula, tidak pasti jika rundingan sudah di buat dengan Pesuruhjaya Perak yang baru. Jika sudah dan dipersetujui, nampak nya Perak juga akan dapat MB dari PAS.

Cuma persoalan nya adakah Nizar orang nya yang akan masih jadi MB Perak itu?

Tahniah kepada PAS sebab menjadi jaguh rukun iman Michaevelli di Malaysia. Anwar yang di katakan agen yahudi itu pun tidak lah dapat menjadi Michaevelli.

Apabila menghadapi UMNO yang kuat, mereka bersama dengan parti pembangkang yang lain.

Apabila mendapat jawatan 3 dari 5 MB, mereka bekerjasama pula dengan UMNO untuk mendapat 4 MB semua nya.

Saya ingin memberikan markah cemerlang kepada PAS dalam mempraktikkan politik Michaevelli.

Tidak pernah terlintas dalam fikiran saya, mereka yang mengaji agama, berserban, berjubah dan selalu memberikan ceramah berapi-rapi juga boleh menjadi cemerlang dalam politik Michaevelli ini.

Tapi PAS sudah membuktikan bahawa golongan ulama pun boleh cemerlang segala-gala nya.

Tahniah!

Anonymous said...

tetapi Pas akan mendapat Menteri Besar baru diSelangor. Hj. Hadi akan menjadi Timbalan Perdana Menteri 2 yang bertanggungjawab tentang hal-hal agama.

Selain daripada itu, Pas juga akan mendapat empat lagi jawatan Menteri. Semua portfolio ini sudah dipersetujui oleh dan perjanjian ini telah pun ditandatangani dengan diselaraskan oleh seorang kerabat diraja Negeri Sembilan.

-----------------------------------
hahaha..as expected,it's not about suka duka org melayu..it's all about pangkat,jawatan,and money...revolt against the lame duck president and his barua barua UMNO now,b4 it's 2 late!!..or ship out!!

Nizam Mahmud said...

Ulama PAS sudah membuktikan bahawa bukan mereka bukan lah jumud seperti yang selalu dituduh orang itu.

Mereka boleh saja bertukar dari menjadi pewaris Nabi kepada pewaris Michaevelli bila-bila masa saja mereka kehendaki.

Saya minta golongan yang selalu tuduh golongan ulama sebagai jumud supaya tarik balik tuduhan tidak berasas mereka ini.

Ulama juga boleh menjadi sangat advance dalam politiking ini. Mereka sudah berjaya membuktikan bahawa mereka boleh cemerlang sebagai pewaris Michaevelli.

Tahniah sekali lagi. Dan kepada ulama-ulama yang bakal jadi Menteri dan Timbalan Menteri, selamat duduk di kerusi empuk kekuasaan dan mendapat gaji besar.

Kali ini bukan setakat balak di Kelantan boleh ditoreh semahu-mahu nya, balak di seluruh negara kini dalam penguasaan ulama.

Jangan lupa ucapkan terima kasih pada Pak Mat dan Mak Minah kampung yang dengan percuma pergi tampal poster dan naikkan bendera.

Anonymous said...

Now its the time to shame the fraksi's which include the PAS President!!Shame them publicly!1Expose them!!Bongkarkan thier stupidty and greedyness!!Infom the rakyat,disebalik kopiah,dis fellas r greedy,looney,corrupt racist facists!!

Orang Serdang Kedah said...

dajjai betui depa ni..........Kalau betui bagi dikata... hangpa ingat...... aku tak halai tenaga & keringat, wang dan idea yang telah aku bagi kat hangpa menjelang pilihanraya ke 12 yang lalu. BONEKA UMNO. Bahlol punya orang, biaq pi macam aku walau tak sekolah macam depa tapi aku nak ikhlas bukan dengan hangpa tapi Allah kerana Islam dan bukan kerana pangkat, kuasa, duit atau material atau kebendaan dan lebih buruk lagi individual nafsu serakah. Aku takut nak sebut pasai ustaz ustaz ni tetapi akur ada juga ustaz yang jahat bagitu juga ulamak pun ada juga yang jahat.

muhammad said...

Saya baca Harakah keluaran terbaru.

Tengok punya tengok, depan sampai belakang, tak jumpa langsung komen TGNA tentang UG dan mereka yg menyokongnya.

Keluaran sebelum ini disebut HENTIKAN POLEMIK! dan diminta semua berhenti menyebut tentang UG.Tapi edisi terbaru ini masih ada artikel bersifat apologis terhadap UG.

Kenyataan Mursyidul Am - saya ulangi - MURSYIDUL AM - tidak disentuh langsung.

Ingatkan Harakah ini organ/mouthpiece PAS, rupa2nya mouthpiece pengarahnya. Pandangan yg tidak selari dgn pengarahnya tidak disebut.

Tahniah Harakah kerana hampir menjadi seperti Utusan.

Anonymous said...

Wanna save PAS or not?As it is,the party has been split into 2 or 3 camps..time is running short..

lan said...

Siapa kata ulama dan ustaz2 tak mengejar pangkat dan jawatan. Nampaknya je bayang2 pangkat dan jawatan, mereka yang kejar dulu.

Sepanjang saya kenal ramai pemimpin PAS, terutama yang digelar ulama, politiking mereka untuk mendapatkan jawatan dan kuasa lebih bernafsu dan lebih hebat dari orang biasa.

Bak kata Allahyarham Ustaz Abu Bakar Hamzah dalam perbualan dengannya bila dikemukakan persoalan ini, "Depa ni (ulama) lebih laju kalau nak kuasa. Sapa tak terliuq ooooii"

Sebab tu tak hairan timbulnya isu kerajaan perpaduan. Ni angkara 2, 3 ekor BONEKA UMNO la buat pasal.

Sampai tergamak nak ketepi pandangan majoriti ahli PAS.

Sampai tergamak nak tendang PR

Sampai tergamak nak teranjang Anwar dan sampai hati oleh termakan fitnah liwat terhadap Anwar.

Betullah Nizam sumber rujukan mereka bukan lagi Al-Quran dan Al-Hadis tetapi Michaevelli

Anonymous said...

Harakah,Siasah semua extension of UMNO..time 2 revolt,expose,and spread wats being said on the net orally to the people!!

Anonymous said...

And cetak,edar, to everyone!!

Anonymous said...

Expose the puak lunggis,fraksi,remove thier mask!Naked them publicly!!

Anonymous said...

Apo nak dikato, PAS dah jadi agen UMNO dan Harakah dah jadi ulasan UMNO. Bagus la tu, nanti kabinet pun penuh dengan orang berkopiah, bukan setakat songkok saja. Cuma nak tanya, di bawah kopiah dan songkok tu, ada otak tak?? Boleh pikir untuk masa depan anak bangsa tak? Atau pun tau kira satu untuk UMNO, satu untuk saya, saja?? Sebab nanti jadi dua untuk UMNO, satu untuk anak saya, tiga untuk UMNO, satu untuk mertua saya, dan sampai setakat tu saja lah duit yang ada kat tabung Bank Rakyat...

donplayplay

lan said...

Orang Serdang Kedah!

Hang pi sat kat kubur Memali di Parit Panjang. Masih berdarah lagi.

Pi sat kat Memali. Tengok berapa ramai orang PAS yang nak kebuluq sangat kat kerajaan perpaduan.

Orang macam hang yang bersusah payah bermandi peluh berjuang berkorban wang ringgit.......... akhirnya depa nak berbaik dengan UMNO.

lan said...

Harakah. Saya dah tak beli Harakah.

Meluat kat Mustafa Ali

Anony Mouse said...

Takkan lah semudah tu perubahan yang akan berlaku, TB? Ini bukan kecik punya hal.

Susah sangat-sangat-sangat nak percaya.

Kau ingat ahli-ahli PAS yang pro-muqabalah/pro-ulama/pro UG pun mudah-mudah nak percaya begini kaedahnya. Nak gelak pun ada.

Sebelumni dengar Datuk Wan Ganu yang atur TF2010, sekarang diatur oleh kerabat NS pulak

Aku ni pro Husam/TGNA, tapi aku tak boleh telan kaedah mudah bodo yang PerakExpress cakap ni. Kita bukan lagi di zaman 70'an punya politik. Zaman sekarang dah pakai politik berhemah. TGHH/TokPa sendiri nak buat ala-september 16 cara katak camni, sapa nak percaya...

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Nampaknya rumah siap pahat pun berbunyi. Satu sikap yang tidak baik. Kalau nak lantik Nizar jadi ketua buat jer parti lain. Dah tu undi sendiri dan sokong. Tak payahlah nak menghasut dan mengadu domba dalam cyber ni. Gerenti tidak ada masalah. Tuduhan yang bertujuan nak merosakkan parti. Orang pun dah jemu. Jgn jadi macam Khalid Samad. Teruja dengan UG sampai terlupa SIS. Hingga nak halalkan SIS hanya kerana seorang perempuan telefon beliau. Nampaknya sesiapa nak halalkan yang haram call jer Khalid Samad. Dia boleh bagi berbagai alasan. Bukan Nizar tidak layak jadi Pesuruhjaya, Tetapi itu adalah hak Presiden. Kalau Tak puas hati juga, 2 tahun lagi bertanding jawatan presiden. Kalau menang lantik Nizar jadi Pesuruhjaya. Kan senang.

Anonymous said...

ya Allah.... selamatkanlah ummat ini...
ya Allah..... selamatkanlah perjuangan ini....
ya allah....berilah petunjuk dan hidayah kepada pemimpin2 kami....
Tuan2 sekelian,
nasihat saya, kalau nak bercakap mengenai fakta atau maklumat, rujuklah kepada pemimpin yang berkaitan. kalau ianya berkaitan dgn Presiden, berjumpalah dgn dia. saya khawathir.... apa yang dicakap, hanya menjadi dosa yang kita semua cari sahaja...

Allahu 'alam.

Anonymous said...

Shafri,

Apa kata kalau kita buang org mcm hang dari PAS.

Bukan ramai pun.

Lagi senang kan?

Anonymous said...

Prophet Muhammad peace be upon him said:
Narrated Jarir bin 'Abdullah: "Allah's Apostle said, 'Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind.' (Translation of Sahih Bukhari, ONENESS, UNIQUENESS OF ALLAH (TAWHEED), Volume 9, Book 93, Number 473)"

Rozana said...

Katakanlah...
1. Ini semua fitnah, berani buat berani tanggunglah wahai si blogger dunia & akhirat.
2. Ini semua hanya spekulasi, anggaplah sebagai pre-emptive measure & strike.
4. Ini semua benar, welcome to politics.

Anonymous said...

NIK AZIZ,MINTAK TOLONG SUPAYA JANGAN JADI BONEKA PKR DAN DAP.UMAT ISLAM MEMERLUKAN KHIDMAT MU...

Anonymous said...

Cuma nak tanya, di bawah kopiah dan songkok tu, ada otak tak??
-----------------------------------
Gerenti tak dak..suruh mereka debat samada heinsenberg's pricipal of uncertainty mematuhi hukum hukm ALLAH atau tidak.,gerenti garu kepla,lunggi terbarai..bincang megenai surah113 "sumbit to the lord of the dawn",gerenti puak kopiah akan terkentut..

Anonymous said...

NIK AZIZ,MINTAK TOLONG SUPAYA JANGAN JADI BONEKA PKR DAN DAP.UMAT ISLAM MEMERLUKAN KHIDMAT MU...
-----------------------------------
saya pikiaq tanjung rambutan sekarang kosong..semua dah release..kahkahkahkah

Anonymous said...

Apakah itu `Unity Government'? Senang untuk difaham tetapi mengapa payah nak reti? Sebenarnya, inilah yang disebut sebagai `negara tanpa pembangkang' yang pernah diamalkan di UK selepas Perang Dunia, diperkenalkan oleh Nelson Mandela selepas menamatkan dasar apartied di Afrika Selatan dan sekarang diamalkan di Indonesia. Konsep ini berusaha untuk menamatkan perbalahan politik yang merugikan negara. Tiada kaitan langsung PAS masuk Umno seperti yang dihebohkan oleh media dan ramai ahli dan sesetengah pimpinan PAS. Media memang akan memanfaatkan setiap ayat yang boleh dimanipulasikan untuk kepentingan mereka.

Anonymous said...

Habis tu mengapa ramai ahli dan sesetengah pemimpin PAS menentang? Sebabnya mereka memahami konsep itu dalam zaman pemerintahan Najib Tun Razak. Tuan Guru Presiden jelaskan bahawa konsep itu tidak relevan di zaman Najib. Namun, Tuan Guru tidak menolak untuk berbincang dengan sesiapa termasuk Umno. Seperti juga PAS tidak pernah menolak untuk berbincang dengan DAP, PKR dan pihak lain. Memang ada perbezaan pendapat dalam Pakatan Rakyat. Sama juga dalam PAS. Perbezaan pendapat bukan pergaduhan. Itu lebihnya dalam PAS. Mereka ada kebebasan suara.

Anonymous said...

Telah bersambut, tengok ni......baguih sungguh cadangan mu ni Hj Hadi.


K'jaan perpaduan: Najib percaya PAS ikhlas
Jun 16, 09 12:15pm
Datuk Seri Najib Razak berkata beliau melihat PAS ikhlas dalam cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disuarakan oleh presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Perdana menteri berkata beliau tidak menolak sebarang kerjasama yang boleh memberi kebaikan untuk negara.

"Umno sentiasa bersikap terbuka dan bersedia untuk mendengar dan menimbang apa-apa cadangan yang dikemukakan oleh PAS," katanya selepas merasmikan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Negara-negara Komanwel ke-17 di ibu negara hari ini, lapor Bernama.

Ditanya sama ada beliau yakin dengan cadangan itu, Najib berkata ini adalah satu titik permulaan tetapi beliau perlu juga melihat terlebih dahulu bentuk kerjasama yang sesuai antara kedua-dua parti itu.

"Kita kena risik-risik dulu. Macam kita nak kahwinlah, kena risik-risik dulu. Jadi tak jadi, kita tengoklah. Takdir menentukan, apa bentuk kita tak tahu lagilah.

"Kita tengok pada bentuk kerjasama yang sesuai. Selepas itu, kita boleh bincang. Tak ada masalah," katanya.

Cadangan Abdul Hadi untuk mewujudkan kerajaan perpaduan itu disifatkan mampu untuk menyelesaikan pelbagai isu termasuk masalah politik negara secara menyeluruh.

Anonymous said...

Nampaknya rumah siap pahat pun berbunyi. Satu sikap yang tidak baik. Kalau nak lantik Nizar jadi ketua buat jer parti lain. Dah tu undi sendiri dan sokong. Tak payahlah nak menghasut dan mengadu domba dalam cyber ni.
----------------------------------
kahkahkah..hang ni betui betui meLAYU..memang kalau tak ada pilihan lain,parti baru akan ditubuhkan,dan barua barua UMNo akan "huh..wat append"..kahkahkah

Anonymous said...

Alo mangkok..apa situasi sekarang di Afrika Selatan dan di UK..hah?Ada unity gomen kah?Piraah unta!!Nak jadi jagoh Islam konon..cakaplah nak bikin banglo,nak berfoya foya,nak hip hop 24/7..hangpa dunggu kita tak kisah,jgn anggap rakyat melayu bodoh..faham tak!!

Anonymous said...

Prophet Muhammad peace be upon him said:

Narrated Jarir bin 'Abdullah: "Allah's Apostle said, 'Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind.' (Translation of Sahih Bukhari, ONENESS, UNIQUENESS OF ALLAH (TAWHEED), Volume 9, Book 93, Number 473)"

Anonymous said...

[Yusufali 45:27] To Allah belongs the dominion of the heavens and the earth, and the Day that the Hour of Judgment is established,- that Day will the dealers in Falsehood perish!

Bye bye UMNO!!:-)

Anonymous said...

[Yusufali 40:78] We did aforetime send messengers before thee: of them there are some whose story We have related to thee, and some whose story We have not related to thee. It was not (possible) for any messenger to bring a sign except by the leave of Allah: but when the Command of Allah issued, the matter was decided in truth and justice, and there perished, there and then those who stood on Falsehoods.
-----------------------------------
UMNO and the fraksi r digging thier own graves..for far too long,they have manipulated,brainwashed,falsified,distorted everthing in order to control and satisfy thier unlimited nafsus..falsehood in this country is being attacked..and falsehood cannot win..wont win..

Anonymous said...

"But if the enemy incline towards peace, do thou (also) incline towards peace, and trust in God: for He is One that heareth and knoweth (all things). (The Noble Quran, 8:61)"

Tulang Besi said...

Betul ke, the enemy is inclined towards peace?

Anonymous said...

Betul ke, the enemy is inclined towards peace?

********

"But if the enemy incline towards peace, do thou (also) incline towards peace, and trust in God: for He is One that heareth and knoweth (all things). (The Noble Quran, 8:61)"

muhammad said...

Ya lah tu, the enemy is inclined towards peace.

Speaker Perak diseret dari DUN.

ADUN dipijak, ditendang.

Nizar dan Gobind dihalau Speaker.

Puak mcm ni kita nak berbaik-baik?

Tulang Besi said...

If the enemy is inclined towards peace.

Apa kata kalau enemy is pretending to incline towards peace?

Nizam Mahmud said...

Tahniah kepada PAS.

Risik merisik, nampaknya sudah sampai ke tahap saling berbalas pantun dengan UMNO.

Najib telah pun memberikan pantun balas. Apa lagi yang ditunggu?

Seperti yang saya kata, ulama PAS tidak pernah jumud. Mereka boleh saja menunjukkan pencapaian cemerlang sebagai pewaris Michaevelli.

Tahniah diucapkan sekali lagi. Itu lah berkat kepimpinan ulama yang dikata kan boleh membawa ke syurga.

Orang Serdang Kedah said...

Apa dah jadi ni...
aku petik balik:
lan said...
Orang Serdang Kedah!

Hang pi sat kat kubur Memali di Parit Panjang. Masih berdarah lagi.

Pi sat kat Memali. Tengok berapa ramai orang PAS yang nak kebuluq sangat kat kerajaan perpaduan.

Orang macam hang yang bersusah payah bermandi peluh berjuang berkorban wang ringgit.......... akhirnya depa nak berbaik dengan UMNO.

Syeikh, hang geng sapa... aku geng lawan Kerajaan Perpaduan, Ian, hang pun macam geng aku tapi apa pasai hang terkam aku ni.... hang ni bukan orang kedah kot.. patut tak paham cakap kedah. Tak kebuluq aku dengan hj Hadi, Nasha, Mustapha, Haron din, Hasan Ali, Idris Ahmad and the geng tu.... Hang ke aku yang silap ni... konfius dah...kerana Kerajaan Perpaduan depa tu..lah.

Anonymous said...

If the enemy is inclined towards peace.

Apa kata kalau enemy is pretending to incline towards peace?

******

"But if the enemy incline towards peace, do thou (also) incline towards peace, and trust in God: for He is One that heareth and knoweth (all things). (The Noble Quran, 8:61)"

Tulang Besi said...

Tapi bukan ayat ni dah mansukh ke?

Tulang Besi said...

Ayat 08:61 telah dimasukhkan oleh At Taubah:05


Ayat-ayat yang melarang agresi ketenteraan (QS. Al-Baqarah; 191-193; QS. Al-Baqarah; 256; QS. Al-Nisa; 91; QS. Al-Anfal; 61), dimansukh oleh QS. Al-Taubah; 5. Dr. Lang mengutip teori nasikh-mansukh ini dari salah seorang aktivis, Muhammad Abdul Salam Faraj, yang di hukum gantung pada tanggal 15 April 1982 bersama dengan kelompok yang dituduh membunuh Presiden Anwar Sadat. Ia menulis dalam ‘kewajiban yang di lalaikan’:

Kebanyakan ahli tafsir menyatakan pendapat tertentu tentang ayat yang mereka sebut ayat pedang (QS. Al-Taubah; 5). Inilah ayat itu: “Apabila telah usai bulan-bulan haram itu, bunuhlah orang-orang musyrik itu di mana saja kamu menjumpai mereka, tangkap mereka, kepung mereka, dan sergap mereka.”

Ibnu Katsir menulis dalam tafsirnya: Al-Dahak ibn Muzahim berkata, “(Ayat ini) membatalkan perjanjian, kontrak, dan kesepakatan apa pun antara Nabi dan orang kafir.” Al-‘Ufi berkata tentang ayat ini, “Menurut Ibn ‘Abbas: Tidak ada persetujuan, tidak ada fakta pertahanan dengan orang-orang kafir yang dikenal setelah diturunkannya perintah pembatalan tuntutan kewajiban yang ditetapkan oleh perjanjian itu.”

Mufassir Muhammad ibn Ahmad ibn Juzzay Al-Kalbi berkata, “Pembatalan perintah untuk berdamai dengan orang-orang kafir, memaafkan mereka, berhubungan dengan mereka secara pasif, dan mentoleransi penghinaan-penghinaan mereka adalah sebelum perintah memerangi mereka. Oleh kerana itu, tampaklah berlebihan jika pembatalan perintah hidup dengan damai bersama orang-orang kafir diulang dalam setiap bacaan Al-Quran. Perintah hidup secara dami dengan mereka disampaikan dalam 114 ayat yang tersebar di 54 surat. Semua ayat itu dihapuskan oleh ayat QS. Al-Taubah; 5 dan QS. Al-Baqarah; 216 (Ayat: Diwajibkan atas kamu untuk berperang).
.

ikan said...

Dont waste time berbalah disini. Just work towards getting the YDPs of all Kawasan to make a written demand for a muktamar khas untuk memecat semua geng muqabalah (terutamanya Hadi Awang, Nasharudin Mat Isa, Mustapha Ali, Hasan Ali, Harun Taib, Haron Din) daripada parti dan meminta Mursyidul Am mengambil alih semua tugas Presiden dan Timbalan Presiden hingga muktamar akan datang.
Kalau rajin sangat nak bertulis buat seperti yang dicadangkan. Dont waste time here.

semut said...

Tuan TB,
Buat lah satu memorandum untuk disebar kepada semua Kawasan untuk menggulingkan puak puak dalam PAS ni yang sangat tertageh kepada jawatan, kedudukan, harta dan pangkat bersama UMNO lanun negara.
Kalau tulis dalam blog aje tak kemana.

mat said...

Kepada semua Ahli-ahli PAS:
Tutuplah mulut kamu itu; itulah perintah daripada ketua geng muqabalah dan setiausaha agung kamu yang baru di lantik.
Jangan dok melopong dan ternganga - bukan kah kamu yang melantik mereka ini ?
Sebagai ahli suatu jemaah islam kamu semua perlu wala kepada pemimpin; kalau pemimpin kata runding dengan UMNO, ikut dan patuh. Kalau pemimpin kata kita duduk sekelambu dengan UMNO, ikut dan patuh. Kamu semua tak boleh berfikir - hanya kami gulungan ulama sahaja yang boleh menetapkan sesuatu.
Jadi tutuplah mulut kamu - tak usah duduk melopong dan ternganga. Kami geng muqabalah sudah berkuasa.

Anonymous said...

Kepada Pas,
bertindak bijaklah untuk tanggani ke atas kemusyrikan UMNO, kemunafikan PKR dan keyahudian DAP/MCA!!!

Anonymous said...

“Jika pada satu peringkat dakwah, atau pada satu masa – setelah prinsip-prinsip dakwah dan akidah kukuh dalam jiwa pendakwah – tujuan dakwah tidak dapat dicapai melainkan dengan mendapatkan kerajaan, kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Demi kemaslahatan dakwah. Dengan jiwa yang luhur dan bersih, benar dan amanat, khusyuk dan tulus, seperti kita bersungguh dalam tanggungjawab dan rukun agama, juga ibadah-ibadah yang lain. Tiada beza bagi seorang mukmin antara kerajaan dan ibadah yang lain, jika telah ikhlas dan betul niatnya. Kesemua itu dalam reda Allah, kesemuanya pada jalan Allah. Kesemuanya ibadah yang mendekatkan diri kepada Allah.” (rujukan: al-Qaradawi, al- Syeikh Abu al-Hasan al-Nadwi kama ‘araftu, m.s. 122-125, Damsyik: Dar al-Qalam).

Anonymous said...

"Allah forbids you not, With regard to those who Fight you not for (your) Faith Nor drive you out Of your homes, From dealing kindly and justly With them: For Allah loveth Those who are just. (The Noble Quran, 60:8)"

Anonymous said...

"It is part of the Mercy of God that thou dost deal gently with them Wert thou severe or harsh-hearted, they would have broken away from about thee: so pass over (Their faults), and ask for (God's) forgiveness for them; and consult them in affairs (of moment). Then, when thou hast Taken a decision put thy trust in God. For God loves those who put their trust (in Him). (The Noble Quran, 3:159)"

Nizam Mahmud said...

Kepada annoymous yang rajin paste kan terjemahan Al-Quran.

Hang semua mengingatkan aku pada Muawiyah, yang apabila pasukan nya hampir kalah, menjunjung Al-Quran di hujung tombak.

Taktik ini berjaya, pasukan Saidina Ali berpecah, ada yang mahu teruskan untuk berperang dan ada yang mentafsirkan bahawa Muawiyah mahukan pendamaian.

Maka selamatlah pasukan Muawiyah dari dihancurkan. Dan bermulalah taktik siasah Muawiyah yang akhirnya menyebabkan Saidina Ali, menantu Rasul, dan antara yang paling awal memeluk Islam kecundang.

Muawiyah ini lah yang memulakan pemerintahan feudalistik secara dinasti yakni secara keturunan. Yakni sesuatu yang tidak pernah diajarkan oleh Nabi dan tidak pula diamalkan oleh 4 Khulafa Ar-Rasyidin. Dalam kata lain nya, satu bidaah yang nyata.

Pengajaran dari di atas adalah walaupun sejarah manipulasi dan penipuan Muawiyah ini sudah dicatat dalam sejarah dan dihafalkan oleh orang Islam, hari ini, dan dalam blog ini masih ada yang masih cuba untuk menggunakan taktik yang sama.

Persoalannya adakah saudara TB dan pembaca blog yang lain akan sekali lagi melakukan kesilapan seperti yang di lakukan oleh pasukan Saidina Ali apabila melihat Al-Quran dijunjung di hujung tombak?

Saudara TB sila jawab.

mail kerian said...

sedare nizam mahmud, awak jgn cuba lebih mengelirukan rakyat pas yang sememangnya tengah serabut dgn isu UG ni.jgn bawa fahaman syiah kay............cukuplah dengan keserabutan ini pas tak dapat menerima lebih banyak keserabutan.

Anonymous said...

Allah says, " If you differ in anything among yourselves, refer it to Allah
and His Messenger, if you believe in Allah and the Last Day. That is best and
most commendable in the end" [4:59] also, He says, "And whatever you disagree
upon, its decision is with Allah" [42:10]

Serious Shepherd said...

Adapun saya yang sekadar ahli futur PAS ini boleh bersifat fleksibel dan BERSETUJU dengan Kerajaan Perpaduan jika:

1- Ahli2 PAS dalam Kerajaan Perpaduan berjaya mempengaruhi Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan fatwa bahawa Sisters in Islam adalah kumpulan ajaran sesat dan patut diharamkan. Kalau Al-Arqam yang menyumbang kepada keusahawanan orang Melayu boleh diharamkan, kenapa Sisters in Islam yang banyak membantu wanita tidak boleh diharamkan?

2- Ahli2 PAS dalam Kerajaan Perpaduan berjaya memulakan transformasi Mahkamah Syariah supaya hukumannya mengikut syariat Islam sepenuhnya, iaitu pelaksanaan hukum hudud Allah. Tiada lagi hakim Mahkamah Syariah melanggar Surah Al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:

"..dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang kafir".

3- Ahli2 PAS dalam Kerajaan Perpaduan berjaya menggubal semula dasar pertahanan negara dengan mengadakan latihan ketenteraan antara negara-negara Islam seperti Iran dan bukan dengan negara-negara Perjanjian Pertahanan Lima Negara seperti yang berlaku sekarang. Juga jikalau PAS berjaya mempengaruhi Kementerian Luar Negeri supaya wujudnya pakatan pertahanan antara negara-negara OIC seperti Pakatan Warsaw dan NATO, dan seperti yang pernah dicanangkan oleh Menteri Pertahanan sekarang.

4- Ahli2 PAS dalam Kerajaan Perpaduan kekal zuhud dan menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada UMNO dan tidak tenggelam dengan kemewahan duniawi.

5- Khutbah Jumaat tidak lagi menyebarkan fahaman kapitalisme (Jihad Ekonomi, Membangunkan Ekonomi Ummah, Umat Berharta dll) atau bersifat 'deradicalization' contohnya kalau bagi khutbah Isra' Mi'raj, sentuhlah status masjid destinasi Isra' iaitu Masjid Al-Aqsa dan bukannya menyentuh program terakhir Mi'raj yang disebut hanya dalam hadis dan bukan ayat Al-Quran. Bukankah membaca ayat Quran itu salah satu rukun khutbah?

6- Reformasi dalam media massa iaitu tiada lagi laporan berat sebelah macam sekarang ni.

Kalau tak silap saya Usamah bin Ladin ada menyentuh pasal konsep Kerajaan Perpaduan di Somalia. Cuba cari kat Youtube pasal komen dia yang relevan dengan konteks perbincangan blog ni.

Al-Manar said...

kenapalah TGHH, Tim Pres, SUA dan lain2 ni, taktau ka yang ramai sangat ahli pas marah2 ni, saja nak rosakkan parti ka, kalau sampai ini terjadi, berdondang sayang la Umno/Bn…………..

1-kesalahan mesti diletakkan di atas sesiapa saja yang terlibat secara langsung dengan UG

2-kesalahan mesti diletakkan di atas setiap perwakilan yang SALAH mengundi di muktamar ke 55.

jika setiap kali G election, pas kata pengundi lah yang salah kerna beri undi kpd Umno/Bn, maka kali ini tanpa menerima sebarang alasan dari perwakilan, semuanya BERSALAH.

KENA ROMBAK CARA PEMILIHAN PARTI PULAK KA?

mail kerian said...

renungkan perkara ni sebagai second opinion, bukan nak tambah kekusutan
1. Antara idea 16 September dengan Unity Government, ada persamaan di sebalik perbezaan yang wujud. Satu idea daripada Penasihat PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan idea unity government adalah cetusan idea Presiden PAS.

2. Kedua-dua melibatkan kerjasama dengan PR dan juga BN/Umno secara peribadi demi mendapatkan kuasa. Kedua-dua pemimpin PR bersetuju bahawa tanpa BN/Umno, peralihan kuasa tidak boleh berlaku pada masa sekarang. Oleh sebab itulah, Tuan Guru Mursyidul Am menolaknya kerana melibatkan Umno, tambahan pula langkah 16 September dianggap tidak bermaruah. Namun, ada pihak yang cuba melegitimasikan bahawa itu adalah keperluan dalam suasana yang terdesak. Dururiah.

3. Abdullah Ahmad Badawi dan BN/Umno naik kecut. Ahli Parlimen mereka dibawa melawat sambil belajar di Taiwan secara mengejut. Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat juga turut bergegas ke Taiwan untuk cuba membuat rundingan. Jika ada ahli Parlimen BN/Umno yang setuju berpaling tadah semasa 16 September bermakna mereka `berkerjasama’ dengan perjuangan Pakatan Rakyat. Mereka akan dianggap sebagai perwira perjuangan Pakatan Rakyat. Tetapi 16 September berlalu seperti hari-hari yang selalu.

4. Walaupun 16 September tidak berlaku. Untungnya, Anwar tidaklah dilanyak oleh pengikutnya. Namun yang lebih beruntung ialah Najib Tun Razak yang berjaya praktiskan idea tersebut di Perak. Tidak seperti nasib Presiden PAS, jadi cacamarba dalam parti. Idea unity government berhadapan dengan ketidaktentuan dalam membuat pandangan. Mengapa bersikap double standard apabila melihat dua isu yang sama? Aku percaya, semua ada hujah dalam mempertahankan pendirian masing-masing. Membaca sesuatu perkara bermula dengan persepsi sendiri memang akan memperkukuhkan persepsinya. Di saat itulah idea seorang pengarang mati apabila tulisannya dibaca mengikut fikiran pembaca.

5. Orang yang khatam Usul 20 Hasan al Banna, tidak faham-faham wala’ & siqah. Yang tak pernah reti apa itu menatang wala’ & siqah, boleh takjub dengan 16 September yang tak menjadi. Demokrasi katakan. Kita bebas bersuara.

bagaimana?tolong cerna bagi hilang kekusutan.tak bole ka buat muzakarah tertutup dalam pas sebelum perkara menjadi parah

Tulang Besi said...

Mail Kerian,

Jgn cuba nak putar belit kat sini.

Sept 16 bermaksud mengeluarkan UMNO/BN dari kerajaan kepada pembangkang

Kerajaan Perpaduan bermaksud mengekalkan UMNO dalam tampuk pemerintahan nasional.

DI SITU JELAS PERBEDAANNYA

Nizam Mahmud said...

Saudara Mail,

Minta maaf. Saya geli tengok orang Syiah yang memukul badan hingga berdarah, konon nya menyesal tidak membantu Saidina Ali.

Saya juga meluat dan menyampah tengok Syiah yang sanggup mengkafirkan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar semata-mata marah Saidina Ali tidak dijadikan Khalifah no 1.

Tapi saya juga menyampah dengan orang wahabi yang kata Saidina Ali ini seumpama sehelai bulu di kuda Muawiyah.

Tapi kebenaran bahawa Al-Quran telah diletakkan di hujung tombak sebagai satu penipuan dan tipu daya perang diakui oleh orang Suni juga.

Dan helah yang sama juga telah digunakan sekali lagi di dalam blog ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.