Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Search Malaysiawaves

Monday, June 1, 2009

Baru Saya Tahu Kenapa MSO Marah Sangat Dgn Husam Musa

(Untuk melihat dokumen2 berkaitan isu kambing ini, sila ke http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/01/husam-sayuti-dan-jihad-ternak/)

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan.

Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato'A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jamanapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.

Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebutharga dari sumber lain.

Apabila dicari sebutharga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebutharga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan NEgeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor.

Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU ke 12 baru2 ini.

Dato A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan KElantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato A ini telah tolak mahkamah.

Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS. MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa.

Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Mereka, di dalam PAS, yang pro kepada muqabalah dan membawa PAS kepada UMNO ini sebahgian besar mempunyai sejarah bekerja sama dengan korporat2 UMNO dan sehingga sekarang masih lagi mengharap projek dan kontrak dari UMNO.

Ertinya, tujuan membawa PAS kepada UMNO ni tiada kena mengena dengan DAP, dengan Anwar Ibrahim yang liberal, dengan PAS yang tidak bersuara dalam PR.

TUjuannnya adalah untuk mengkayakan sebahagian dari pimpinan2 ini yang dijanjikan projek dan kontrak dari UMNO.

Zahid Hamidi memang sedang galak memberi "rasuah politik" sebegini atas nama Islam dan melindungi Melayu dan Islam dari serangan bangsa asing.

tidak hairan, sehingga sekarang pun, pimpinan2 ini masih lagi berjumpa dan berkonspirasi dengan Zahid Hamidi.

Bagi saya, Zahid Hamidi ni seorang yang tiada prinsip dan penipu besar dan seorang yang penakut. Nak debat dengan Husam pun takut. Hantar katak sebagai ganti beliau.

Tulang Besi

Share on whatsapp

50 comments:

  1. ini mesti hearsay kedai kopi...

    ReplyDelete
  2. artikel kamu ni menunjukkan ketidakmatangan kamu berhujah.
    Ini soal politik, maka berhujahlah dari segi kepentingan politik.
    Taraf hujah kamu sama seperti kononnya Husam merampas kekasih MSO masa dibangku sekolah. ie, langsung tak relevan dari segi pencaturan politik.

    Yang jelas sekarang, kamu sokong Anwar dan Husam.
    Dah ada link kat sini Husam adalah proksi Anwar dalam PAS

    ReplyDelete
  3. artikel saya ini adalah berdasarkan kepada fakta yang saya dapatkan dari sumber yang sangat2 boleh dipercayai.

    Kalau tak benar, saya minta MSO nafikan.

    ReplyDelete
  4. Yang jelas sekarang, kamu sokong Anwar dan Husam.
    Dah ada link kat sini Husam adalah proksi Anwar dalam PAS
    .

    yang jelas ini adalah satu fitnah kerana tiada proksi Anwar dalam PAS.

    Dan Husam samasekali bukan proksi Anwar

    ReplyDelete
  5. Salam tuan blog,

    Spin jgn tak spin... org bukan tahu... janji boleh alih pesepsi org... lagi baik kalau pengundi masa muktamar nanti terpikit akan kehebatan org pakai baju kotak-kotak tu... "menurut sumber yang boleh dipercayai".. ayat yang paling famous dan sedap di dengar kalau nk buat fitnah...

    Bangang punya pengampu..

    ReplyDelete
  6. Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
    betul ke cerita yang ko tulis ni TB.ni cerita macam kat warung je.bagi lah fakta skit.sekurang2nya ada surat menyurat projek dari kerajaan negeri beri tawaran ke MSO ke apa ke..ko scanlah offer letter yang ada letterhead krj negeri.bagilah bukti hitam putih skit kalau nak kata kat orang.ni kalau stakat cerita macam ni,akupun boleh karang 2 helai muka surat.seme orang pun boleh buat cerita camni..

    calon yang ko lambung2 sekarang tu dah sesak nafaz dah.dah terdesak buat perjumpaan merata2 jemput perwakilan belanja makan dan dialog.ish2 kuatnya berkempen.xdikira rasuah ke kalo macam ni?lagipun,macam nak lebihkan jawatn plak dari perjuangan islam.aku mintak jauhlah pemimpin pas perangai camni.terbaru pada 30 mei 2009, dengar kata ada dialog dengan perwakilan pas di batu gajah melaka.aku rasa terlingkup je pemimpin camni dalam muktamar ni ni.
    ok TB,cau dulu...

    ReplyDelete
  7. Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
    betul ke cerita yang ko tulis ni TB.ni cerita macam kat warung je.bagi lah fakta skit.sekurang2nya ada surat menyurat projek dari kerajaan negeri beri tawaran ke MSO ke apa ke..ko scanlah offer letter yang ada letterhead krj negeri.bagilah bukti hitam putih skit kalau nak kata kat orang.ni kalau stakat cerita macam ni,akupun boleh karang 2 helai muka surat.seme orang pun boleh buat cerita camni..

    calon yang ko lambung2 sekarang tu dah sesak nafaz dah.dah terdesak buat perjumpaan merata2 jemput perwakilan belanja makan dan dialog.ish2 kuatnya berkempen.xdikira rasuah ke kalo macam ni?lagipun,macam nak lebihkan jawatn plak dari perjuangan islam.aku mintak jauhlah pemimpin pas perangai camni.terbaru pada 30 mei 2009, dengar kata ada dialog dengan perwakilan pas di batu gajah melaka.aku rasa terlingkup je pemimpin camni dalam muktamar ni ni.
    ok TB,cau dulu...

    -ahmad-

    ReplyDelete
  8. cerita pasal MSO dan HUSAM.. tapi tiba-tiba ada zahid hamidi plak.. peh.. cite hindustan pun tak mcm nie...

    bangang punya TB

    ReplyDelete
  9. June 1, 2009 9:55 AM
    Delete
    Anonymous Anonymous said...

    Salam tuan blog,

    Spin jgn tak spin... org bukan tahu... janji boleh alih pesepsi org... lagi baik kalau pengundi masa muktamar nanti terpikit akan kehebatan org pakai baju kotak-kotak tu...
    .

    Tak payah spin. Benda ni ramai yang boleh konfirm.

    Jangan sampai saya publish dokumen sudahlah.

    ReplyDelete

  10. betul ke cerita yang ko tulis ni TB.ni cerita macam kat warung je.bagi lah fakta skit.sekurang2nya ada surat menyurat projek dari kerajaan negeri beri tawaran ke MSO ke apa ke..ko scanlah offer letter yang ada letterhead krj negeri.bagilah bukti hitam putih skit kalau nak kata kat orang.ni kalau stakat cerita macam ni,akupun boleh karang 2 helai muka surat.seme orang pun boleh buat cerita camni..
    .

    SAya bertanggungjawab atas tulisan saya ini.

    Sebab cerita saya ini adalah fakta.

    Dan di kalangan aktivis PAS ramai dah maklum cerita ni dan MSO pun selama ini tidak pernah menafikannya.

    Cuma ahli2 PAS umum sahaja belum mengetahuinya. Itu sahaja.

    ReplyDelete
  11. Aku rasa org yg pertahankan MSO ni mesti kaki jilat Zahid Hamidi atau MSO yg tulis sendiri. Jgn dilayan sgt blogger tua tu. Dulu masuk Al-Arqam ikut ajaran sesat. Sampai skrg tak sedar-sedar jugak lagi. Ada hati nak menasihatkan org2 PAS. Dia ni la dulu yg bawak Ibrahim Ali Katak jadi calon di Pasir Mas guna lambang PAS.

    ReplyDelete
  12. ARTIKEL BANGANG. TUNJUKLAH BUKTI.

    ReplyDelete
  13. nak cakap tu biar la berfakta. ni tak habis habis dari dulu sampai sekarang "menurut sumber-sumber yang boleh saya percayai"... nenek kau ke sumber tu? hari tu cedok sumber dari keluarga terdekat almarhum ustaz fadhil la, sekarang ni sumber dari mana la pulak kau cedok? aku suka datuk husam menang. aku yakin dia tak upah kau pun untuk tolong kempen bagi pihak dia. tapi kalau kau terlebih-lebih macam ni....silap-silap you are not doing datuk husam any favour. silap-silap...pasau kau lah dia kalah nanti.

    ReplyDelete
  14. hah...dah ada orang cabar kemukakan fakta... tunjukkan lah fakta. kalau kau tak tunjuk, kau la bapak segala auta.

    ReplyDelete
  15. Saya kenal MSO dah lebih 20 tahun. Memang manusia yang suka mengambil kesempatan. Dulu menghemtam ABIM dan Anuar Ibrahim dalam bukunya Anuar Ibrahim Mimpi dan Realiti. Makluman kepada semua hentikan pembelian WASILAH! itu MSO yang punya!

    Kawan lama .. Nuar MSO/ABIM/ARQAM/PAS/KEADILAN

    ReplyDelete
  16. pelik la cybertroopers ni. hentam husam proksi anwarla, anwar nk jadi presiden pas la, anwar nk kontrol pas la.

    lagi baik jd proksi anwar drpd jd proksi UMNO yg mmg terang2 munafiq. lg baik anwar jd pemimpin pakatan pembangkang drpd UMNO n Najib yg terang2 rasuah, merompak harta rakyat n menzalimi rakyat. lg baik kerjasama dgn DAP drpd UMNO sb UMNO mmg terbukti pembohong dan pernah menzalimi saudara seagama mereka dlm PAS.

    ReplyDelete
  17. Inilah maklumat yang saya dengar. Masa itu dibuat satu taklimat di Putik. Sebab itu MSO tak boleh nak makan sangat orang Kelantan. Yang boleh berbaik dengan MSO adalah Abe Jak Abas dan seangkatannya.

    ReplyDelete
  18. btw, who the heck is MSO ???? from TB's writings, i guess its some jerk off in PAS.


    Whatever it is, Husam Musa is THE MAN!!!!

    ReplyDelete
  19. Ramai orang dah tahu pasal kambing ini, nak betulkan jenis kambing tu... rasanya Jampari dan bukan Jama lapari kot. Cerita ini harus betul lah sebab banyak aku dengar tetapi cerita lama dah...luka nya saja yang belum semboh.

    ReplyDelete
  20. betul ke cerita yang ko tulis ni TB.ni cerita macam kat warung je.bagi lah fakta skit.sekurang2nya ada surat menyurat projek dari kerajaan negeri beri tawaran ke MSO ke apa ke..ko scanlah offer letter yang ada letterhead krj negeri.bagilah bukti hitam putih skit kalau nak kata kat orang.ni kalau stakat cerita macam ni,akupun boleh karang 2 helai muka surat.seme orang pun boleh buat cerita camni...

    Untuk melihat bukti2 dokumen, sila rujuk:

    http://kickdefella.wordpress.com/2009/06/01/husam-sayuti-dan-jihad-ternak/

    ReplyDelete
  21. ni lah orang orang munafiq umno mmg buta hati semua, dah ditunjukkan bukti malah dipertikaikan lagi! ha ha si buta si buta!

    ReplyDelete
  22. aku pun sokong dr abdul wahid..!!!

    ReplyDelete
  23. Saya tak bersetuju bila orang cakap Anwar Ibrahim seorang liberal. Tengok anak bininya, semua bertudung. Mungkin saya boleh setuju dia ni bersikap pemikiran terbuka dan boleh dibawa berunding, tapi bukan liberal.

    Kita kat Malaysia ni senang sangat nak bagi orang cap liberal. Kalau nak kata Elizabeth Wong liberal, saya setujulah!!!

    Mungkin ini yang orang PAS takut sangat pada PKR, sebab ada ahli-ahlinya yang liberal sangat. Kalau begitu, isunya lain pula. Dan ini perlu dibincang semula dengan PKR. Pakatan dah ada 70-75% sokongan dari orang bukan Melayu/bukan Islam. Orang Melayu/Islam masih 50-50% saja sokong Pakatan. Kalau mereka yang takut sangat dengan liberalism yang dilabelkan pada PKR balik sokong UMNO dalam PRU akan datang, kita tak akan menang dan kuasai kerajaan pusat.

    Mungkin TB boleh buat analisis selepas pemilihan dalam PAS.

    donplayplay

    ReplyDelete
  24. SAya bertanggungjawab atas tulisan saya ini.

    Sebab cerita saya ini adalah fakta.

    Dan di kalangan aktivis PAS ramai dah maklum cerita ni dan MSO pun selama ini tidak pernah menafikannya.

    Cuma ahli2 PAS umum sahaja belum mengetahuinya. Itu sahaja.
    dah gitu, kenapa hang bagi tajuk "Baru saya tahu kenapa MSO marah...." Kau pun ahli PAS umum... mana boleh percaya cerita ahli PAS umum, bukan insider mana pun. Artikel pun cilok kickdefella punya

    ReplyDelete
  25. walaupon dari kickdefella....

    ianya tetap sumber juga....

    apakan lagi bagi fakta dan bukti.....


    bagi aku senang je.....


    KITA MENGIMBAU KEMBALI


    PEMBUNUHAN PARA SYUHADAH MEMALI....?


    SIAPAKAH YANG MEMBUNUH PARA SYUHADA MEMALI...?

    SIAPA.....



    SIAPA.....


    da LUPA ke...?

    ReplyDelete
  26. TB,
    saya hanya sekadar bertanya.tadi saya ada jenguk blog kickdafella tapi saya tercari jugak benda yang kat bawah ni.xjumpa.mungkin banyak sangat dokumen menyebabkan saya jadi rabun.boleh TB jelaskan pernyataan TB dibawah ni.


    Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jamanapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
    -jauzi

    ReplyDelete
  27. Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jamanapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor.
    -jauzi
    .

    Perkara ni saya dapat terus dari sumber report saya.

    ianya pecahan harga seekor kambing dari keseluruhan yang dituntut.

    Report saya ada sedikit kelainan approach berbanding dengan Kickdefella

    ReplyDelete
  28. Ok lah cerita MSO dgn projek kambing. So, gamaknya MSO ni berdendam dgn Husam lah yek?

    Tapi hang tak bolehlah secara langsung dan sejelas-jelasnya kata itulah sebabnya MSO nak pejatuhkan Husam.

    Apa bukti MSO marah kepada Husam sebab projek tu? Mungkin MSO dah tak marah lagi. Mungkin MSO nak jatuhkan atas sebab lain. Bukan sebab kambing. Mungkin dia diupah untuk jatuhkan Husam. BOOOOOKAN sebab kambinggggg.

    Ini yang jadi hang memfitnahkan MSO.

    Paham tak pertanyaan aku ni? Kalau bawak ke mahkamah, hakim nak tengok apa motif sebenar-benarnya kenapa MSO ayik hentam Husam dan hang kena buktikan MSO marah sebab kambing dan ingin membalas dendam.

    Semua cerita ni timbul sebab ada pemilihan PAS. Kalau tak, mungkin tak keluar pun. Biarlah ahli2 PAS umum tak tau. Si MSO pun bukan dia yang bertanding, so dia nak pejatuh Husam sebab apa? Bagi pihak orang yang bertanding atau dia nak pejatuhkan sebab dendam atau dengki. Nampak tak dua motif berbeza ni.

    Aku pun nak Husam menang. Husam patut menang sebab dia paling layak. Tapi kerja saling memfitnah ni hanya menambah perpecahan dan jalan pintas ke Jahanam.

    Paham tak isu yang aku bawak ni? Isu fitnah memfitnah. Aku mintak orang Islam cool down dan bertenang. Orang kapiak dok gelak je...

    ReplyDelete
  29. Abang anony tikus,

    Abang pernah dengar tak pasal "motif".

    Si MSO ada motif untuk bermusuhan dengan Husam Musa.

    DAn beliau mula serang Husam pun angkara kes ni jugak.

    sebelum tu takda pulak dia ni marah kat Husam pulak ye?

    ReplyDelete
  30. aku peduli apa MSO marahkan Husam sebab apa.
    yang penting pendedahan2 yang dibuat MSO tu ada kebenarannya.
    Tu yang menyebabkan Husam takut dan tkencing dlm seluar.

    Tak sabar nak tunggu MSO dedahkan gambar puzzle politik dlm blog dia... mungkin ini sebabnya yang paling ditakuti Husam sampai suruh TB dan Kicdafella dan semua blogger upahan dia hentam MSO.

    ReplyDelete
  31. Adakah MSO ugut Husam macam Zahid Hamidi? Ingat Husam nak bagi RM20000. Boleh diblackmail. Tapi Husam rupanya lawan balik dia. Ini diluar jangkaan MSO.

    ReplyDelete
  32. Tanyo ore kelate sapo gak respek/cayo kat MSO..

    Ore luar kelate kato.. TAK BOLEH PAKAI!

    ReplyDelete
  33. Anonymous said...

    aku peduli apa MSO marahkan Husam sebab apa.
    yang penting pendedahan2 yang dibuat MSO tu ada kebenarannya.
    Tu yang menyebabkan Husam takut dan tkencing dlm seluar.
    .

    Pendedahan apa?

    Nama Husam pun dia tak berani sebut.

    Sebut pun guna kod i.e. si baju petak merah la.

    Kan MSO nak kena saman dengan bekas calon YDP Pasir Mas yang sampai skrg MSO tak berani terima surat saman.

    ReplyDelete
  34. Tak sabar nak tunggu MSO dedahkan gambar puzzle politik dlm blog dia... mungkin ini sebabnya yang paling ditakuti Husam sampai suruh TB dan Kicdafella dan semua blogger upahan dia hentam MSO..

    Ataupun ianya cuma gempak? Setakat gambar palsu kot?

    ReplyDelete
  35. he..he...nak tau gambar palsu ke tak, tunggula...

    pasti gempaq satu malaya!

    ReplyDelete
  36. TB

    Blog kau ni nak jadi blog hentam MSO plak ke?

    kau patut bukak satu blog baru - antimso.blogspot.com. Buh semua artikel melondeh MSO kat situ. Pakat dgn semua blogger hentam MSO cepat2 link kat situ. Sempat lagi sebelum muktamar start nih.

    tapi aku dah type tadi, dapat anti myspace plak.... cari nama lainlah.

    ReplyDelete
  37. Blog kau ni maintain blog promote Husam dan anti ulama pro-UMNO jelah

    ReplyDelete
  38. Anonymous Anonymous said...

    TB

    Blog kau ni nak jadi blog hentam MSO plak ke?

    kau patut bukak satu blog baru - antimso.blogspot.com. Buh semua artikel melondeh MSO kat situ. Pakat dgn semua blogger hentam MSO cepat2 link kat situ. Sempat lagi sebelum muktamar start nih.

    tapi aku dah type tadi, dapat anti myspace plak.... cari nama lainlah.
    .

    Tak, blog aku ni jadi blog menghentam UMNO, sekular dan jugak fraksi UMNO.

    Si MSO ni rupanya dah ada hubungan dgn Bisnessman UMNO.

    Tu pasal dia suka sangat nak attack Husam Musa

    ReplyDelete
  39. attacklah kalau betul.
    buat apa kita ada pemimpin yang korup mcm husam.

    kalaulah Husam menang...sebahagian besar masanya mesti sibuk melayan serangan demi serangan.

    tu la akibatnya bila dah banyak buat kesalahan.

    ReplyDelete
  40. June 1, 2009 6:06 PM
    Delete
    Anonymous Anonymous said...

    attacklah kalau betul.
    buat apa kita ada pemimpin yang korup mcm husam.

    kalaulah Husam menang...sebahagian besar masanya mesti sibuk melayan serangan demi serangan.

    tu la akibatnya bila dah banyak buat kesalahan.
    .

    Korup pak hang.

    Apa bukti kau? Setakat rujuk kat MSO, kita semua dah lihat MSO ni agen UMNO dalam PAS sebab dia buat bisnes dgn org kuat UMNO Selangor

    ReplyDelete
  41. aku peduli apa MSO nak buat bisnes dgn sapa pun..bukan dia yg nak jadi Timbalan Presiden

    tapi kalau calon timbalan presiden ada mcm2 kes....boleh blah!

    nak tunggu gambar puzzle politik MSO....tungguuu...

    ReplyDelete
  42. June 1, 2009 7:28 PM
    Delete
    Anonymous Anonymous said...

    aku peduli apa MSO nak buat bisnes dgn sapa pun..bukan dia yg nak jadi Timbalan Presiden

    tapi kalau calon timbalan presiden ada mcm2 kes....boleh blah!

    nak tunggu gambar puzzle politik MSO....tungguuu...

    June 1, 2009 8:32 PM
    .

    Kau ni bodoh macam kambing la.

    Mana ada bukti Husam korup. Ada tak?

    Bagi la bukti, bodoh.

    ReplyDelete
  43. ala apa susah kalau ahli pas yang nak sangat tido seranjang dengan UMNO pi masuk umno la tak payah la nak berlagak alim disebalik ketayap , songkok atau jubah! konon imej islamiah. apa susah pi isi borang umno , jangan jadi munafiq!

    ReplyDelete
  44. memang Husam korup dan politik wang!
    sama mcm idola dia Anwar AlJuburi.

    ReplyDelete
  45. Cerita MSO kongsi niaga dengan orang UMNO ni adalah amalan biasa fraksi UMNO dalam PAS.Inilah yang sedang berlaku dinegeri Selangor.Ahli-ahli Majlis Perbandaran dari PAS membantu kontrektor-kontrektor UMNO dapatkan tender.Masyuuuuk lebih.Kalau beri pada ahli PAS kurang rezki.Walau pun terdapat satu-dua suara membantah dimesyuarat Perhubungan Negeri tetapi ramai pula yang "membisu"- sama ada "dah kenyang" atau "tak kisah"; tak tahulah.Seorang kawan dari ahli majlis perbandaran dari DAP pernah buat komen - "Tak sangka orang dari parti Islam berkelakuan seperti ini,sama macam perangai orang UMNO".

    ReplyDelete
  46. Anonymous said...

    aku peduli apa MSO nak buat bisnes dgn sapa pun..bukan dia yg nak jadi Timbalan Presiden

    tapi kalau calon timbalan presiden ada mcm2 kes....boleh blah!

    nak tunggu gambar puzzle politik MSO....tungguuu...

    Utk pengetahuan pembaca2 yg lain...usah dilayan pengecut2 bacul yg dh jd balaci umno ni...mana ada pernah guna nama sendiri...semua guna anonymous...mereka ni adalah geng2 nizam toha,grand marquis dan balaci2 umno yg lain...dr kenyataan mereka dh sah mmg perangai umno ada dlm mereka...hanya pandai menyebar fitnah tanpa ada bukti kukuh...at least TB ada fakta dan hujah yg kuat...walau apa pn kamu nk kata wahai fraksi2 atau balaci2 umno jgn harap kami nk percaya...kami dh tau kebenaran dan cite sebenar...

    ReplyDelete
  47. alaa...kalu setakat nak buh nama cenggitu aku pon boleh..

    apa pun...yang pentingnya kena londeh Husam habis-habisan. Biar semua org tahu siapa dia sebenarnya sebelum tersalah pilih nnti. .

    ReplyDelete
  48. Abd Razak BagindaJune 1, 2009 at 11:23 PM

    oh telupa...nama aku Abd Razak Baginda...hehe..

    ReplyDelete
  49. mso adalah penulis upahan yang tidak bermoral dan beretika.dia sanggup menghalalkan apa cara untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan.orang sebegini sanggup menjadi apa sahaja...malaikat,syaitan,wali dan apa saja asalkan niat jahatnya tercapai,.................maklumlah adik mat laksamana (ketua ajaran sesat di kelantan) MSO SEORANG PENGIKUT TAKSUB FAHAMAN INI.JADI BERHATI-HATI SEBARANG ULASANNYA !!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.