Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 14, 2009

Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO

Diambil dari Kickdefella.

Bukankah saya sudah dedahkan di blog ini bahawa PAS akan dibawa menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun 2009? Bukankah ramai yang terkejut dan ramai juga yang memaki hamun saya dengan pelbagai bahasa yang indah-indah. Dan bukankah ramai sudah terlupa apa yang saya tuliskan itu.

Saya bukan Nujum Pak Belalang, saya bukan kaki temberang. Tetapi apa yang jelas ialah, pada penghujung April 2009 yang lalu, pemimpin-pemimpin sebuah parti komponen Barisan Nasional (bukan UMNO) telah di dalam beberapa sessi bertemu akar umbi memberitahu bahawa PAS akan dibawa menyertai BN pada bulan Jun 2009.

Khabarnya pada hari ini, 3 dari setiap 4 ahli parti itu mahu parti komponen tersebut segera tinggalkan BN. Parti tersebut lebih rela bersama musuh tradisinya sebagai pembangkang daripada melihat air liur mereka yang diludah ke langit sekian lama jatuh ke muka sendiri.

Bagaimana parti tersebut mendapat tahu bahawa PAS akan menyertai BN pada bulan Jun? Apakah parti itu telah diberi taklimat terlebih dahulu tentang perkara tersebut. Apakah parti-parti komponen BN yang lain juga tahu akan perkara ini?

Selepas UMNO gagal mengundang PAS menubuhkan kerajaan bersama di Selangor dan Perak pada 9 Mac 2008 dan beberapa hari kemudiannya, kedudukan Abdullah Ahmad Badawi menjadi begitu tidak stabil. Sebuah badan bernama TASK FORCE 2010 ditubuhkan dengan diketuai oleh Bekas Atache Tentera Malaysia ke Pakistan dan Pegawai Tinggi dalam Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia. Pegawai tersebut kini dipinjamkan ke Jabatan Perdana Menteri. Beliau anak kelahiran Terengganu dan bernama Wan Abu Bakar.



Leftenan Jeneral Dato’ Wan Abu Bakar Omar, Ketua kepada Nasharuddin Mat Isa di dalam “Agenda Melayu”












Tujuannya ialah mempertahankan Abdullah Ahmad Badawi. Cara untuk mempertahankan Abdullah ialah dengan menggunakan agenda Melayu. Agenda Perpaduan Melayu ini telah menarik Nasharuddin Mat Isa untuk bersama dengan Dato’ Wan Abu Bakar. Hanya Nasharuddin yang dapat memberi penjelasan sejauh mana penglibatannya dan samada penglibatannya itu dibayar dengan wang ringgit.

Bagaimanapun TF2010 ini gagal untuk membuahkan hasil bila Majlis Tertinggi UMNO bangkit memberontak dan menggulingkan Pak Lah akibat tekanan perang saraf 16 September oleh Anwar Ibrahim.

Berkemungkinan besar, 16 September hanyalah satu ilusi dan serangan saraf. Apa yang Anwar Ibrahim mahukan ialah berlaku peralihan kuasa segera di dalam UMNO. Anwar Ibrahim dan beberapa pemimpin yang bersamanya tahu bahawa mereka perlukan satu peralihan kuasa di dalam UMNO untuk memberi ruang kepada yang Di Pertuan Agung melantik Perdana Menteri baru selepas Perdana Menteri yang dilantik sebelumnya meletakkan jawatan.

Diluar ruang lingkup pengetahuan media dan golongan massa, satu usaha membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan sebenar telah dibincangkan. Ustaz Hadi, Presiden PAS tidak berbohong bila dia berkata idea Kerajaan Perpaduan telah dipersetujui oleh pemimpin-pemimpin dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ini tidak bermakna Haji Hadi bercakap benar. Ini kerana Kerajaan Perpaduan yang dirancang pada ketika itu bukanlah Kerajaan Perpaduan cap ayam yang menggabungkan Kerajaan yang ada pada ketika itu dengan pembangkang. Sebaliknya ia adalah sebuah kerajaan alternatif yang bakal menggantikan Kerajaan sedia ada.


Nasharuddin bersama rakan dalam Pakatan yang cuba ditikam belakang dalam gelap olehnya

Kerajaan Perpaduan yang cuba diusahakan pada ketika itu ialah di antara PKR, DAP dan PAS dengan beberapa parti politik kecil yang lain beserta beberapa pemimpin yang juga ahli Dewan Rakyat Melayu dari UMNO.

Apabila Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan surat perletakkan jawatannya kepada YDP Agong, pembangkang akan mencadangkan pula kepada istana untuk mengambil kira penubuhan Kerajaan Alternatif yang dicadangkan oleh mereka.

Awal April itu, pembangkang sudah begitu hampir untuk menubuhkan sebuah Kerajaan baru. Sukar di buat spekulasi apa yang menggagalkan mereka. Namun kalau ditelitikan, beberapa minggu sebelum perletakkan jawatan Abdullah, Ustaz Hadi telah mengumumkan cadangan sebuah Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Perpaduan itu adalah di antara BN dan pembangkang.

Apakah ini bermakna Haji Hadi tidak menyetujui Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat sendiri lantaran beliau mengambil inisiatif sendiri dan mencadangkan yang sebaliknya?

Ramai yang melihat Kerajaan Perpaduan yang dianjurkan oleh Haji Hadi adalah satu usaha terakhir oleh segelintir pemimpin didalam PAS untuk menyelamatkan Abdullah Ahmad Badawi. Bagaimanapun, sudah tentu pada waktu itu, Wan Abu Bakar sendiri sudah tahu bahawa kedudukan Abdullah mustahil untuk diselematkan lagi.

Oleh yang demikian, cadangan Kerajaan Perpaduan oleh Hadi sebenarnya adalah bukti penentangan Hadi terhadap kerajaan alternatif yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat sendiri.

Isu agenda Melayu hanyalah satu perang saraf anjuran TF2010 dan usaha di antara Wan Abu Bakar dan Nasharuddin Mat Isa. Apakah Melayu lebih lemah hari ini berbanding dengan 1988 dan 1999? Apabila UMNO diharamkan, Barisan Nasional telah pada satu ketika dipengerusikan oleh Presiden MCA. Ahli-ahli Dewan Rakyat dari UMNO telah menjadi anggota bebas buat seketika. Pada saat dan ketika itu, kewujudan dan penerimaan semula UMNO (BARU) kedalam BN berada di tangan bukan Melayu.

Pada tahun 1999, pengundi-pengundi Melayu telah secara beramai-ramai mengenepikan UMNO. UMNO dan BN terselamat dan masih berjaya mempertahankan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat dengan bersandarkan sokongan padu bukan Melayu. UMNO kehilangan Terengganu iaitu negeri yang paling tinggi penduduk Melayu. Pemimpin-pemimpin besar UMNO ramai yang menang tipis termasuklah Najib Razak sendiri. Sekali lagi penguasaan politik Melayu berada dalam genggaman Bukan Melayu.

Tetapi dalam tahun 2008, majoriti orang Melayu mengundi UMNO dan Barisan Nasional, tetapi kegagalan BN mempertahankan majoriti 2/3 nya dan prestasi buruknya di Semenanjung Malaysia ialah kerana pengundi Bukan Melayu telah menolak BN.

UMNO sebenarnya semakin kukuh kerana peratusan perwakilannya semakin meningkat berbanding dengan rakan kongsi dalam BN.

Kehadiran ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam di Dewan Rakyat juga masih majoriti. Di dalam BN, UMNO semakin besar pengaruhnya kerana parti-parti komponen yang lainnya semakin lemah. Jadi mengapa mahu di laung-laungkan agenda Melayu?

Bukankah usaha sebenar yang patut UMNO lakukan ialah mengembalikan kepercayaan Bukan Melayu kepadanya. Agenda Melayu itu sebenarnya adalah satu perang saraf dan UMNO telah menang di dalam perang saraf tersebut.

PAS adalah biawak hidup yang sudah tentu UMNO tidak mahu memikulnya ke dalam BN. Pemimpin UMNO sedar kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dengan menimbulkan kemarahan parti-parti komponennya.

Kemasukkan PAS ke dalam BN juga akan menyebabkan pengundi Bukan Melayu merasa mereka dikhianati oleh PAS, lantaran mereka sudah tentu semakin benci kepada BN.

Agenda Melayu sebenarnya adalah satu racun, sama seperti sejenis racun lipas. Apabila racun itu dimakan lipas, lipas tersebut akan kembali ke sarangnya dan mati. Seluruh tubuh lipas itu menjadi racun. Lipas-lipas lain yang memakan lipas beracun itu akan mati dan seterusnya ini akan memusnahkan koloni lipas tersebut.

PAS sudah termakan racun tersebut. Apakah kelak ini akan menular ke seluruh koloni pembangkang?

Haji Hadi sendiri merangkak di dalam kesamaran yang penuh dengan kontradiksi bila bercakap tentang Kerajaan Perpaduan yang ditajanya. Keadaan semasa semakin bertimpa-timpa kekeliruan yang mencelarukan. PAS mahu terus bersama Pakatan Rakyat tetapi PAS mahu terus berunding dengan UMNO. Bukankah ini sebenarnya adalah agenda UMNO.

Sudah tentu UMNO mahu PAS terus berunding dengannya supaya UMNO boleh dilihat ikhlas mempertahankan penguasaan Melayu dalam arena politik dan menerusi rundingan ini, kredibiliti PAS di kalangan pengundi-pengundinya akan semakin luntur.

Pada waktu yang sama UMNO sudah tentu mahu PAS terus bersama Pakatan Rakyat kerana kemasukan PAS ke dalam BN hanya akan mempercepatkan kehancuran BN dan bukan membantu membaik pulih BN untuk berdepan dengan pilihanraya akan datang. Dengan PAS terus berada di dalam Pakatan juga, UMNO boleh terus menggunakan ketidak tentuan dalam PAS untuk menghancurkan Pakatan.

Oleh yang demikian, bila anda mendengar ada di antara pemimpin-pemimpin PAS berkata, “kita akan terus berunding dengan UMNO dan akan terus bersama Pakatan”, fikirlah masak-masak dan ingatlah kalimah ‘Boneka UMNO’ yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz yang amat-amat kita sayangi itu.

43 comments:

abuzar said...

Perenggan (1)(b), FASAL 16, BAB YANG KELIMA, Perlembagaan PAS, membolehkan suatu Muktamar Khas di adakan pada bila-bila masa jika diminta secara bersurat olih sekurang-kurang satu pertiga daripada Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Oleh yang demikian, melalui Blog Tuan TB saya ingin menyeru kepada SEMUA ahli AJK PAS Pusat untuk meminta Muktamar Khas ini untuk membincangkan ha-nya satu perkara - yakni:
"Individu2 yang di senaraikan dibawah ini perlu disingkir daripada PARTI PAS dengan serta merta:-
Ust Hadi Awang
Ust Nasharudin Mat Isa
Mustapha Ali
Hasan Ali
Ust Harun Taib
Ust Haron Din
Ust Daud Iraqi

Anonymous said...

setuju sangat-sangat! apatah lagi bila nampak nama Hasan Ali. Antara kesilapan besar PAS ialah gembira bila Hasan Ali dipilih Naib Presiden pada awal kemasukannya.

lebai-mangkuk said...

PAKATAN RAKYAT sebenar nya tidak pernah ujud. Perkataan 'keji' ini cuma di sebut apabila menghadapi PRU atau PRK sahaja. Tiada lambang parti Pakatan Rakyat yang sah pernah kita lihat. Kerana ianya tidak pernah ujud.

Perkatan Pakatan Rakyat cuma di ujudkan untuk membantu dan menguatkan parti pembangkan melawan parti BN yang memerintah negara. Keujudan perkatan Pakatan Rakyat ini hanya menguntungkan parti DAP dan PKR.

PAS cuma dapat untung segantang, tetapi DAP dan PKR mendapat untung se guni.

Ahli Pas said...

Salam semua,

Saya setuju dengan pendapat dan cadangan AbuZar.

Kita tidak boleh menunggu sehingga pemilihan akan datang untuk mengenepikan pemimpin2 yg nakkan sangat UG ini.

2 years is a long time. Dalam pada masa itu, Stopa Ali dan yg sewaktu dengan nya will create a lot more damage to PAS and PR.

Kita mesti bertindk dari sekarang. Berikan maklumat kepada semua perwakilan. Information is power!

Kita sarankan mereka supaya boikot Harakah. Harakah kini ialah suara Stopa Ali. Kita beralih ke media elektronik dan suara keadilan.

TGHA memang baik, memang ikhlas, memang berilmu, memang bertaqwa. Tetapi itu semua tak cukup. Kita mesti kenal lawan dan musuh. mesti bijak mengatur strategi. Dengan membiarkan Stopa Ali , Roslan SMS, Hassan Ali mempengaruhi dirinya, maka jelaslah dia tidak mampu memimpin.

Maaf saya hanya memberikan pendapat.

Saya juga sayangkan jemaah dan perjuangan PAS. Saya tidak mahu melihat ianya hancur.

Allah Kareem.

lan said...

Elok juga cadangan kita boikot Harakah. Jangan beli baca boleh.

Anda beli Harakah, Mustafa Ali senyum

Anonymous said...

Setuju mintak TB usahakan satu muktamar khas putuskan:
1.kersama erat dengan PAKATAN dan kukuh bersama PR.
2.Memulakan usaha untuk mengambil alih Kerajaan Pesekutuan dengan digantikan oleh PR.
3.Menamat dan menghentikan terus isu muktamar.
4.Mengadakan satu jawatankuasa khas samaada Presiden, TP dan nama2 yg tersenarai dalam isu ini telah menipu rakyat dan mengadakan satu pertemuan tanpa ada sebarang keluluasan penuh dari parti.
4.Memecat Presiden, TP dan nama2 yg tersenarai dalam gologan fraksi UMNO setelah perbicaraan adil dilakukan dan mendapat sokongan penuh ahli.
Mengadakan pemilihan baru bagi jawatan Presiden dan TP atau sekurangnya jawtan tertinggi dipangku oleh Mursyidul AM sehinggan pemilihan baru dijalankan..
5.Pengundian utk pemilihan Pusat mestilah telus setelusnya..pengiraan dibuat secara terbuka dengan permerhati dan diselesaikakn dalam tempoh yg munasabah....keputusan diumumkan secepat mungkin setelah disahkan!!

Anonymous said...

Kalau buat muktamar khas, hangpa ingat usul hangpa boleh menang ka? lawan tim presiden pun kalah, inikan pulak nak singkir semua big guns tu?

ukur baju di badan sendiri dulu. kalau setakat menyalak dalam blog, tak ke mana..... bila kawasan buat muktamar kawasan, ambil bahagian. kalau cukup orang yang sefikrah dengan hangpa, inshaAllah hang pa akan berjaya.

Kalau muktamar kawasan pun tak pi, apa kes nak menyalak? Dan kalau pi pun, tapi ramai tak yakin dengan hang pa dan tak memilih hang pa jadi perwakilan, sedarlah diri yang hang pa tu minority.

Kempen lagi sampai jadi majority. Setakat meyalak kat sini, serupa anjing menyalak bukit la.

Anonymous said...

In the first place , buleh dapat ka satu pertiga AJK pusat nak sokong usul tu? Sapa dia? TITM? Salahuddin? Mahfuz? Dr Lo' Lo'? Mujahid? Syed Azman? Tantawi? Nuridah? Nizar? Mat Sabu? Husam Musa? Ubaidah? Siti Mariah? Hassan Ali?

I don't think even Husam Musa atau Mat Sabu berani nak buat usul macam tu. Kalau Khalid Samad mungkin, tapi dia dah out of AJK pusat.

So lupakanlah....

Anonymous said...

It will be dangerous game. Hangpa ingat geng sebelah sana tak buleh buat usul yang serupa? Depa ada more AJK alligning to them daripada geng satu lagi.

Sat lagi kalau Nash and Mustapha buat pulak usul singkir Husam, Mat Sabu, TGNA, Khalid Samad dan yang sewaktu - tak haru biru ka?

Then PAS pecah dua...Anwar pun pening kepala tapi of course he has to cling with puak yang masih dalam PAS.

UMNO jugak yang senyum memanjang.

Sejarah telah membuktikan any parti serpihan PAS akan perlahan2 berkubur....tak kira la pendokongnya TGNA sekalipun. Grass root akan tetap sokong PAS ori tak kiralah pimpinannya Haji Hadi, Mustapha Ali atau Nasharudin.

So don't play this dangerous game. If you think you can put up that resolution, ingatlah puak sebelah satu lagi ada lebih ramai AJK and they can do the same thing too.

PAS akan pecah dua.

Jangan emosional. Aku takut kita akan ulangi peritiwa perang Siffin yang bekasnya kekal sampai ke hari ni dalam bentuk kemelut Sunni-Shiah.

Kita tak mampu bangkit dengan mudah kalau ikut emeosional.

Yahudi sanggup runtuhkan menara berkembar New York semata-mata untuk tujuan jangka panjang memburukkan gerakan jamaah islam. Mereka fikir long term, bukan tiga empat tahun macam kita fikir.

Kita pula? Apakah pandangan kita sekadar untuk menang PRU 13? What is after that? Apa matlamat jangka panjang kita sebagai suatu jamaah untuk menegakkan kalimah shahadah di negara tercinta ini? Apakah usul-usl penuh emosi ini boleh membantu menegakkan shahadah di Malaysia?

Ingat, memenangi PRU 13, menumbangkan UMNO, unity government, muqabalah, tahalluf dengan PR adalah wasilah. Bukannya end-state. End state atau matlamat kita adalah menegakkan panji-panji Allah di muka bumi ini. Itulah nawaitu yang kita patut sematkan.

Malangnya akhir-akhir ini kita gawat berbalah tentang methodologi dan taktik sampai kita habis terlupa matalamat awla kita.

Rujuk semula al-Quran sebagai panduan penyelesaian.

Anonymous said...

It is also the evil Barisan Nasional that gave national news to PKR's impressive party reforms in terms of leadership elections. So evil are these Barisan Nasional's linked media companies till they frequently allocate national news to PKR, PAS and DAP on their calls for reforms. http://manifestogwl.blogspot.com/2009/06/mainstream-media-margeemars-story.html

Anonymous said...

Buat satu-satu dulu...

bongkar tindak-tanduk pemimpin-pemimpin BONEKA/TROJAN UMNO ini, tidak kira berjubah atau tidak.

Ciri-ciri saperti PENDUSTA, PENIPU, HIPOKRIT, MUNGKIR JANJI, PERASUAH, PENGKHIANAT, TIDAK AMANAH, GILA KUASA, TALI-BARUT dll mesti menjadi asas pembongkaran.

Kalau berdegil TELANJANGKAN sampai kita merasa:

..MALU untuk dipimpin oleh mereka.

..MALU kepada orang lain diatas kelakuan mereka lebih-lebih lagi kepada bukan islam.

Bila dah sampai tahap tu nak buat EGM pun boleh..

Oleh itu segala jenis informasi baik dalam atau luar PAS adalah penting untuk pembongkaran boneka/trojan-trojan ini.

Ini bukan UMNO. Dalam PAS tiada ISA OSA. Kita jangan mudah diputar-belitkan. Kita mendukong keoada Kalimatul Haq!

Anonymous said...

It will be dangerous game. Hangpa ingat geng sebelah sana tak buleh buat usul yang serupa? Depa ada more AJK alligning to them daripada geng satu lagi.
--------------------------
It's already a very dangerous game being played by nash n geng.There is no way out at the moment.Either the fraksis are thrown out or the erdogans leave PAS and take a temporary shelter in PKR.If the erdogans leave,the fraksis will automitacally becomes useless/redundant in PAS,and UMNO's objectives and purposes will become total failure.PKR can easly set up a spritual wing within the party,based on holistic and universal principals of Islam,and the "PAS for all members" will definately tinggalkan PAS,and join thier leaders or join any other party.This will teach UMNO the lesson of thier life!!

Grand Marquis said...

Dr Mohd Asri :Kerajaan perpaduan- Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti

Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang Muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama Muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat. Orang yang enggan melihat sesama Muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama Muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya) “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Bacak selanjutnya...
http://aspirasi-bangsa.blogspot.com/2009/06/dr-mohd-asri-kerajaan-perpaduan-niatkan.html

sam raspiut said...

Saudara TB,
Ini pulak analisa saya (yg bodo-bodo belake kata geng Tganu)….
Mengapa arkitek UG desprate nak tangguh/tutup cerita UG sampai PRU13?

Isu UG ini amat menguntungkan Umno parti karut dari bersepai, tetapi amat-amat merugikan boneka umno @ geng Tganu!
Ini kerana konflik UG telah re-unite balik Umno yg hampir bersepai dan mereka telah mencapai tempoh bertenang. Dengan tiadanya ‘big event’ khususnya september 16 yg telah digagalkan oleh geng Tganu menyebabkan mereka kehilangan bargain power dengan majikan mereka umno, fasa petama kontrak mereka dengan Umno selesai!

Memandangkan agenda mereka telah terbongkar sepenuhnya, kedudukan mereka amat lemah walaupun menguasai pentadbiran Pas, oleh kerana mereka sudah jadi ‘open target’ kepada penembak tepat Pas dan PR, dan tiadanya keperluan kepada pengkhianatan mereka oleh Umno, maka mereka perlu direhatkan sementara hingga selepas PRU13 yg dijangka UBN akan runtuh sepenuhnya.

Mengapa PRU13? Arkitek UG faham untuk mengkhianat dan berunding dengan UBN mereka perlukan modal yg hanya boleh didapati pada PRU13, mereka juga amat sedar berada diluar PR sebagai Pas geng Tganu dan boneka umno mereka tidak mungkin menang pilihanraya seterusnya mempunyai bilangan kerusi yg mencukupi untuk berunding sebagai kontraktor penyelamat Umno.

Jadi, mereka harus kekal dalam PR dan dilihat amat istiqomah dalam usaha menjatuhkan umno, mereka kembali melaung kembali isu umno kafir sekular dan kukuhkan PR. Mereka juga amat berharap PK Manik Urai sebagai gula-gula kepada penyokong Pas dan PR untuk melupakan isu UG dan boneka umno.

SEKIRANYA Pas dan PR termakan gula-gula ini dan selepas PRU13 nanti Umno masih goyah atau ditumbangkan, akan menyebabkan kuasa tawar menawar geng Tganu ini akan meningkat sekurang-kurangnya ketahap merundingkan jawatan TPM dan sekurang-kurangnya 3 jawatan menteri penuh. Dengan Pas dikuasai mereka dan jawatan Mursyidul Am dianggap bukan lagi mewakili Pas geng Tganu, plan ini dijangka akan berjaya sepenuhnya.

Sebagaimana pendapat tuan punya blog ini, sepenuhnya hasil kebodohan dan kebongokan ahli perwakilan Pas memilih kepimpinan pembohong dan timbalan pembohong geng Tganu @ boneka Umno!.. Bravo!!

Anonymous said...

Anonymous said...

tahukah tuan tuan semua??

majlis syura, majlis tertinggi PAS telah dikuasai oleh golongan pro UBN selepas muktamar.

sila rujuk keanggotaan majlis syura menurut perlembagaan pas

keputusan majlis syura bukan dimiliki oleh mursyidul am tetapi anggota majlis syura.

kalau majoriti nakkan kerajaan perpaduan, apa yang TGNA boleh buat.

Tunggu perkembangan selanjutnya....

Nizam Mahmud said...

"""majlis syura, majlis tertinggi PAS telah dikuasai oleh golongan pro UBN selepas muktamar.


Komen saya: Maka benarlah kata Harun Din, kaedah memilih hiraki PAS boleh saja menyebabkan PAS dikuasai oleh kuasa asing dan musuh-musuh Islam.

Cuma saya berharap jangan pula tindak tanduk beliau sendiri yang akan membenarkan ayat itu!

Nizam Mahmud said...

Cuma satu persoalan, adakah keanggotaan fraksi UMNO sudah melebihi 2/3 untuk dapat menyingkirkan Nik Aziz.

Sebab nya ialah Nik Aziz adalah seorang yang tidak akan sekali-kali menyerah kalah asalkan dia percaya apa yang dilakukan nya itu benar.

Anonymous said...

kahkahkah @ Grand idiot..what a f*ikn moron(typical UMNo choodi..kahkahkah)..u think orang akan rasa takut kena rasuk setan kalau tak berdamai dgn UMNO?..man,what a looney(baru keluar dri tanjung rambutan kot..kahkahkah)..eh,tel u wat..go jilat Rosmah..who knows..u mite kena 4 ekor..kahkahkahkah..

Anonymous said...

Revolt !!Chase the fraksis out!!Forget protocols,laws,minute mesyuarats etc etc.What needs to be done,has to be done,without any delay,without any second thoughts!!Now!!

semut said...

Tuan TB,
Apa yang abuzar sarankan itu adalah betul. Adakan EGM. Pecat semua geng UG yang ada dalam PAS. Yang penting sekali ialah anak2 Ali dalam PAS yang bernama Mustapha dan Hasan. Benamkan PAS Terengganu dan PAS Selangor. Halau mereka daripada PAS - kita tengok lepas tu mereka laku tak dikalangan UMNO.
Ust Nasha tak payah lah nak tumpang dapat kerusi Parlimen daripada Negeri Tok Guru Nik Aziz. Kalau dah biadap sangat kepada Murshidul Am PAS sendiri pergi lah ke negeri Terengganu atau Selangor untuk dapat kerusi Parlimen. Tak malu punya orang.

ahli said...

Saya sokong penuh syor yang dikemukakan oleh ABUZAR diatas. Kita tak boleh tunggu Muktamar akan datang. Kita perlu kuburkan isu Kerajaan Perpaduan atau Unity Government itu sekarang juga. Perlu minta TB sampaikan usul tidak percaya kepada Pimpinan PAS ini kepada semua YDP Kawasan supaya kita dapat adakan Muktamar Khas yang diminta oleh sekurangnya 1/3 PAS Kawasan (jika ahli PAS pusat pengecut atau tak berani kemukan usul ini).

dppkl said...

SDR2,

Saudara2 yang desperado.Cerminlah diri.

Allah berserta orang-orang yang sabar. Sebelum mereka pergi bertempur mereka berdoa macam dilakukan tentera Thalut yang melawan Jalut. Doa berkenaan terkandung di dalam sebuah ayat berbunyi "Maka, apabila mereka pergi kepada Jalut dan tenteranya, mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran, dan teguhkanlah kaki kami, dan tolonglah kami terhadap kaum yang tidak percaya (kafir)'" (2:250). Peperangan itu menampilkan seorang hero bernama Daud (Nabi) yang berjaya membunuh Jalut.

Balasan ke atas orang-orang yang menentang, seperti orang-orang yang tidak mempedulikan perintah Tuhan, tidak dipohon supaya disegerakan. Meraka akan dimusnahkan Allah. Putusan yang dipohon kepada-Nya harus diikuti dengan kesabaran. Tiga ayat mengenainya diturunkan:

"Maka bersabarlah kamu, sebagaimana rasul-rasul yang mempunyai tekad bersabar. Janganlah minta disegerakannya untuk mereka - ia seakan-akan, pada hari mereka melihat apa yang mereka dijanjikan, mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari. Satu penyampaian! Dan tiadalah yang akan dimusnahkan melainkan kaum yang fasiq." (46:35)

"Dan bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu; sesungguhnya kamu adalah di bawah pengawasan (mata) Kami. Dan sanjunglah dengan memuji Pemelihara kamu ketika kamu bangkit," (52:48)

"Maka bersabarlah kamu atas putusan Pemelihara kamu, dan janganlah mentaati seorang pun antara mereka, yang berdosa atau yang tidak percaya." (76:24)

Setiap orang yang bersabar, yang berterima kasih, mengambil sesuatu kejadian atau tanda kebesaran Allah sebagai ayat, atau sebagai suatu yang direnungkan, misalan ayat yang menyuruh Nabi Musa mengeluarkan kaumnya, direnung pada apa dan siapa yang dihadapinya, iaitu Firaun yang zalim:

"Dan Kami telah mengutus Musa dengan ayat-ayat Kami, 'Keluarkanlah kaum kamu dari kegelapan kepada cahaya, dan kamu ingatkanlah mereka Hari-Hari Allah.' Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang bersyukur (berterima kasih)." (14:5)

Ayat-ayat lain yang menyebut orang bersabar menjadikan ayat atas sesuatu adalah:

"Tidakkah kamu melihat bahawa kapal-kapal berlayar di laut dengan rahmat Allah, supaya Dia memperlihatkan kepada kamu sebahagian daripada ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (31:31)

"Tetapi mereka berkata, 'Wahai Pemelihara kami, jauhkanlah jarak perjalanan kami'; dan mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri, maka Kami membuat mereka hadis, dan Kami menghancurkan mereka berkecai. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, yang berterima kasih." (34:19)

Semua Ulamak kamu orang nak lanyak..Hebat sangat ke kamu org...

Jangan2 depa Sembahyang malam lebih lama dari kamu.

Relaks lah,Sabar...

"Dan jika Dia mengkehendaki, Dia menenangkan angin, dan mereka tetap tidak bergerak di atas punggungnya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi tiap-tiap orang yang sabar, berterima kasih." (42:33)

Orang-orang yang bersabar dapat petunjuk kerana kesabaran mereka, dan mereka yakin terhadap ayat-ayat Allah. Mendapat petunjuk daripada Allah menjamin kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat. Ayat yang menyatakan mereka mendapat petunjuk berbunyi,

"Dan Kami melantik daripada kalangan mereka imam-imam yang memberi petunjuk dengan perintah Kami apabila mereka bersabar, dan mereka yakin akan ayat-ayat Kami." (32:24)

Anonymous said...

Soalnya, kalau buat EGM sekalipun boleh menangkah usul nak pecat ni?

Orang yang akan mengundi dlm muktamar khas baru-baru ni adalah orang-orang yang sama yang mengundi dalam muktamar baru-baru ni. You can't change the office bearers for every kawasan each time you want to hold AGM or EGM. they are elected for 3 years (dulu 2 tahun)

Aku sayang kat TGNA. Aku takut silap-silap dia dan fraksi pro PR lain yang terpelanting. Senjata makan tuan. Sebab geng sebelah satu lagi jauh lebih mantap dari segi sokongan di kalangan peserta muktamar.

Pikir habis-habis. Jangan emosional dan buat kerja bodoh yang bukan sekadar memecah-belahkan parti tapi boleh menghancurkan lumatkan parti.

Alih-alih kerja bodoh hangpa yang membantu UMNo dulu kini dan selamanya.

Paham-pahamkan apa itu beza antara wasilah dan matlamat, short term dan long term, parti dan jamaah.

Dan jangan lupa, kaji Qur'an.

Anonymous said...

Sebelum menyokong atau menyanggah pandangan abuzar 11.29 am,ada baiknya kita(ahli-ahli PAS) bertanya diri kita sendiri:

Sebelum Muktamar diIpoh adakah berlaku keadaan yang "haru-biru" seperti yang sedang "melanda" PAS dewasa ini?
Jawabnya TIADA.Keadaan kucar-kacir dan tidak menentu ini berpunca dari hasrat hendak bermuzakarah,bermuqabalah(semasa Muktamar diIpoh) dan kini pula Kerajaan Perpaduan(Muktamar Shah Alam).
Kalau isu muzakarah,muqabalah dan Kerajaan Perpaduan tiada dan tidak ujud,pasti tidak ada konflik,tak ada perbalahan,tak ada pergeseran dan tak ada perpecahan*(diharap tidak).

Kalau dah faham tu,baru kita tanya (The 6 million dollar Question):
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN ANGKARA INI? Kalau dah dapat jawapannya: Bertindaklah.

Anonymous said...

ha..ha..ha.. kamu semua dah masuk perangkap manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM & NAJIB TUN RAZAK...
mereka berdua yang berebut jawatan pm tu, kamu semua maki hamun pemimpin kamu apa sal?
PAS mesti ada pendirian sendiri....jgn terpengaruh dgn PR atau BN, nak berbincang, berkongsi pandangan atau bersama menyelamatkan huru hara politik di malaysia...tak pa.
tapi ingat dasar dan matlamat perjuangan tu....

Anonymous said...

ha..ha..ha.. kamu semua dah masuk perangkap manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM & NAJIB TUN RAZAK...
mereka berdua yang berebut jawatan pm tu, kamu semua maki hamun pemimpin kamu apa sal?
PAS mesti ada pendirian sendiri....jgn terpengaruh dgn PR atau BN, nak berbincang, berkongsi pandangan atau bersama menyelamatkan huru hara politik di malaysia...tak pa.
tapi ingat dasar dan matlamat perjuangan tu....

Anonymous said...

Anonymous said...
June 15, 2009 12:19 AM
-------------------------------------------------------------------------------

memang Pas ada pendirian.

pemimpin kamu yg boneka umno tu yg takde pendirian,
pembohong plak, apa jenis manusia haaa

Anonymous said...

dppkl said...

SDR2,

Saudara2 yang desperado.Cerminlah diri.
--------------------------------------------

memang ada patut anda cemin diri,

tak payahla guna ayat-ayat suci setakat nak bela pemimpin pembohong anda,

Abdullah bin Ubai lagi pandai baca Quran, tapi munafik juga.

Nabi saw tak ajar orang berbohong, berbohong tu Abdullah yg munafik,

orang berbohong bukan ulama tetapi munafik, orang munafik bukan umat muhammad.

setakat baca ayat orang berbohong, tok sami pun buleh baca..

cermin brader, kencing dalan tempurung, cermin!!!

sam raspiut said...

saya sokong abuzar,

kalah takpe,
asalkan nyatakn pendirian dan tunjukkan belang!
kalah, penyokong Pas anti boneka tahu pintu keluar, tidak buta lagi.

Takpayah la sebumbung kalau tak sehaluan. Pas cuma bahtera, jangan risau banyak tongkang kat luar tu..

yg penting penyokong pas ramai kat luar, perwakilan dan konco boneka sikit je.. depa bulih ambek Pas, tapi jangan harap buleh menang pilihan raya.

yg sikit tu serpihan. kalau pecah, Pas boneka la yg serpihan.

kena ingat saudara, yg paling awal masuk neraka adalah orang yg berserban besar... orang yg guna agama untuk kepentingan diri.

saya yakin penyokong anti boneka takde seorang pun yg dapat untung dari parti.. saya yakin!!

hidup anti boneka!!!

Anonymous said...

salam Pas besut,
minta sapa-sapa orang Besut dedahkan isu kafir mengkafir kat sana, dan

isu penglibatan Mustafa Ali dalam pemecatan Ustaz Teh @ Abdul Latif, tokoh Pas besut yg kononya cuba menghalang pengaruh Mustafa ali.

mungkin Pas besut boleh membantu kita lebih kenal mustafa dan anakdidik nya Hj hadi..

sam raspiut said...

maaf saudara2...
saya nak buat cadangan pelek sikit (tak la sepelek cadangan UG)

Apa kata kita buat undian SMS sapa sokong UG dan sapa anti UG.
satu undi nilainya Rm5 (henget m'sia lima).
kalau anti UG menang duit tu bulih beli tongkang baru (nak harap geng Tganu give-up sori laa.. )

Tabung undi boneka pulak, serah kat depa. Buleh depa pegi Bali enjoy dgn Gus Dur dan awek indon.. setakat karaoke... dosa membohong yg lagi besar pun tak melekat, takkan karaoke sangkut kottt?

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Inilah finah yang dibuat dan disebarkan. Berita yang ada meragukan. Tiada bukti yang menyokong artikel ini. Adakah berita ini sahih. Sebagai orng Islam dan pejuang kita patut menyiasat adakah berita ini benar. Oleh kerana yang membuat cerita dari kickdefella maka saya tidak percaya kerana ciri-ciri yang ada padanya. Dia adalah ahli UMNO sehingga sekarang yang pernah menjawat jawatan Ketua cawangan. Isterinya pernah dibawa kepusat pengajian oleh Kickdefella tanpa menutup aurat. Dia menjadi orang suruhan kepada Hussam Musa untuk kepentingan politik. Dia kononnya bekerjasama secara profesional dengan Hussam Musa untuk kepentingan politik Hussam. Dia juga dikatakan kononnya seorang peminum arak yang tegar sama seperti Hashamuddin Rais. Berita kononnya pakatan akan merampas kuasa pada 16 septembar tahun lalu yang digembar-gemburkan dalam blognya tahun lalu juga merupakan penipuan. Seluruh ahli pakatan termasuk ahli PAS percaya akan 16 September yang Anwar rancangkan tetapi hampeh. Walaupun Mustafa Ali mengatakan perkara ini tidak mungkin berlaku sehingga TG Nik Abdul Aziz membidas kenyataan Mustafa tetapi akhirnya ternyata kenyataan Mustafa Ali benar. Sekarang dia mengatakan bahawa PAS akan sertai Umno pada Jun juga adalah rekaan yang dibuat. PAS dikawal oleh Majlis Syura jadi Tidak mungkin perkara ini akan berlaku. INI SEMUA ADALAH BERTUJUAN UNTUK MENGHANCURKAN PAS DARI DALAM. MARILAH KITA KUATKAN UKHWAH ANTARA KITA UNTUK MENGHADAPI SEGALA PERANCANGAN JAHAT DARI MUSUH-MUSUH ISLAM INI. KITA MASIH BANYAK KERJA LAIN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DARI ISU INI. KITA TUMPUKAN PILIHANRAYA DI MANEK URAI.

Tulang Besi said...

sdr Mohd Shafri,

boleh bagitau di mana tuduhan Kickdefella ini yang tidak benar?

Boleh bagi bukti yang kickdefella ini upahan Husan?

Boleh bagi bukti yang saya ini sendiri upahan Husam Musa?

Kenapa saudara buat tuduhan2 rambang yang tiada asas sebegini?

Inikah dia tarbiyyah yang saudara dapat selama ini? Menyebar fitnah dan dusta?

Tulang Besi said...

Seluruh ahli pakatan termasuk ahli PAS percaya akan 16 September yang Anwar rancangkan tetapi hampeh. Walaupun Mustafa Ali mengatakan perkara ini tidak mungkin berlaku sehingga TG Nik Abdul Aziz membidas kenyataan Mustafa tetapi akhirnya ternyata kenyataan Mustafa Ali benar. .

Sept 16 tidak berlaku adalah atas "sabotaj" PAS sendiri.

Apabila TGHH melambatkan menandatangani surat kepada YDP Agung menyebabkan Pak Lah telah meletak jawatan terlebih dahulu.

Apabila Pak Lah isytihar letak jawatan, maka semua yang berjanji untuk lompat tidak jadi melompat.

Jgnlah sebar fitnah yang melampau mcm ni.

Gunalah pemikiran sedikit. Jgn mudah ditipu orang.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Surat apa pulak kena mengena dgn TG Abdul hadi. Ini lagi fitnah. Memang inilah kerja anda semua rupanya. Mengada-adakan cerita. Kenyataan saya terhadap kickdefella adalah konsisten.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Buat pengetahuan tulang besi, setiap komen saya di dalam blog kickdefella telah dinyahkan dan dibakul sampahkan. Dia telah membuang setiap komen saya mengenai artikel yang dibuatnya. Saya juga mempertikaikan kredibilitinya, mendedahkan siapa dia dan kesahihan berita yang dibuat olehnya didalam blognya. Bagi saya ini adalah perbuatan pengecut. Saya berterima kasih kepada TB kerana sekurang-kurangnya sanggup berhujjah secara 'gentlemen' dan tanpa perasaan ragu dalam mencari kebenaran.

Tulang Besi said...

Surat apa pulak kena mengena dgn TG Abdul hadi. Ini lagi fitnah. Memang inilah kerja anda semua rupanya. Mengada-adakan cerita. Kenyataan saya terhadap kickdefella adalah konsisten..

Ini saya dapat dari mereka yang terlibat secara langsung.

Tulang Besi said...

Blogger Mohamad Shafri Shamsudin said...

Buat pengetahuan tulang besi, setiap komen saya di dalam blog kickdefella telah dinyahkan dan dibakul sampahkan. Dia telah membuang setiap komen saya mengenai artikel yang dibuatnya. Saya juga mempertikaikan kredibilitinya, mendedahkan siapa dia dan kesahihan berita yang dibuat olehnya didalam blognya. Bagi saya ini adalah perbuatan pengecut. Saya berterima kasih kepada TB kerana sekurang-kurangnya sanggup berhujjah secara 'gentlemen' dan tanpa perasaan ragu dalam mencari kebenaran.
.

Tapi, di sini, setiap hujjah awak telah saya patahkan, alhamdulillah.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Tapi saya rasa hujah anda umpama kayu yang reput. Buat kayu api pun tak boleh. apatah lagi nak buat bangunan yang kukuh. Apa yang saya nampak hanya kekecewaan setelah kalah dalam pertandingan. Semoga Allah membuka mata hati anda yang dah buta.

din said...

kesimpulannya ialah sesiapa yang memulakan UG ini ialah,,mereka yang pelax dan haramjadah,,,senang cerita...tak payah dok cakap banyak-banyak...

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Kalah berhujah maki-hamun pun keluar. Adakah ini yang diajar dalam Islam? Mana dia yang diajar dalam al-quran ud u' ila sabili li rabbika bil hikmati wal mau' izatil hasanah. bermaksud"Serulah mereka ke jalan tuhan mu dengan hikmah dan pengajaran yang baik". Nampaknya anda tikak ada hikmah dan tidak dapat menunjukkan teladan yang boleh dicontohi oleh saya. Adakah anda yang kononnya pendukung TG Nik Aziz mengajar anda begitu. Memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat? Seperti sesetengah orang yang ada dalam blog ini yang memaki hamun TG Abdul Hadi. Anda telah memalukan TG Nik Abdul Aziz dengan ucapan yang sedemikian.

haram jadah PAS said...

hang memang bodoh la TB...mcm la isu UG ni xleh setel dalaman..puak UMNO duk ketawa tgk...nnti jd mcm asri,hang yg jadi kaki duk pecah belah PAS...smpai mampus pun PAS xleh naik..sama2 ahli duk btelagah..mcm haram jadah..

Anonymous said...

Pakatan pengkangkang nampaknya mahu buat hal lagi dalam Sidang DUN Perak yang akan bermula pada 5 April nanti. Adun Pasir Telanjang, Nizar Zionis Jamaluddin sudahpun memberi amaran akan memboikot persidangan itu sekiranya polis campur tangan.

Bercakap di Kuala Lumpur, Nizar berkata setiap kali Sidang DUN, anggota polis bukan sahaja dikerahkan mengawal Bangunan SUK, tetapi berkawal sehingga di dalam dewan, dan menutup laluan dan mengunci semua pintu kecuali pintu utama bagi menghalang ADUN masuk ke dewan.

Saya tak tahu nak cakap apa lagi terhadap tabiat berprasangka yang cukup menebal dan begitu buruk dalam hati ketua pembangkang Perak ini. Dia lupa agaknya bagaimana sejarah hitam dalam persidangan wakil rakyat di negara ini tercetus pada Mei 2009 dalam DUN Perak gara-gara sikap tidak bertamadun wakil-wakil DAP-PAS-PKR.Inilah akibatnya bila babi,kambing dan monyet di bawa masuk ke Dewan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.