Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 18, 2009

Contoh Kerajaan Perpaduan: Kerajaan Order Baru Suharto

Kerajaan Perpaduan adalah kerajaan yang tiada pembangkang. Sekarang ini apabila isu ini dinaikkan, kerap kali contoh Indonesia diberikan. Tapi tahukah anda, bahawa contoh Indonesia inilah contoh yang paling buruk bagi mana-mana kerajaan pun.

Kalau kerajaan yang tiada pembangkang, maka contoh terbaik adalah kerajaan Orde Baru Suharto selama 32 tahun.

Alasan mengukuhkan ekonomi juga diberikan oleh penyokong idea ini. Dan terbukti sewaktu pemerintahan Suharto/Orde Baru, ekonomi Indonesia berkembang maju.

"Puncak Orde Baru
___________________________________________________________________________________
Pada masa pemerintahannya, Presiden Soeharto menetapkan pertumbuhan ekonomi sebagai pokok tugas dan tujuan pemerintah. Dia mengangkat banyak teknokrat dan ahli ekonomi yang sebelumnya bertentangan dengan Presiden Soekarno yang cenderung bersifat sosialis. Teknokrat-teknokrat yang umumnya berpendidikan barat dan liberal (Amerika Serikat) diangkat adalah lulusan Berkeley sehingga mereka lebih dikenal di dalam klik ekonomi sebagai Mafia Berkeley di kalangan Ekonomi, Industri dan Keuangan Indonesia."


Dan, usaha Suharto itu berjaya kerana:

"Kelebihan sistem Pemerintahan Orde Baru
__________________________________________________________________________________
* perkembangan GDP per kapita Indonesia yang pada tahun 1968 hanya AS$70 dan pada 1996 telah mencapai lebih dari AS$1.000"


Sewaktu pemerintahan Suharto, pembangkang tidak dibenarkan dan hanya tiga parti yang diizinkan beroperasi: Golkar, PPP dan PDI. Ketiga-tiga partai ini akan dilantik wakil-wakil mereka dalam kabinet Suharto. Dengan kata lain, kerajaan Orde Baru Suharto ini tiada pembangkan sebagaimana sebuah kerajaan perpaduan.

TETAPI, mengapa rakyat Indonesia MENOLAK SUHARTO dan menjatuhkan kerajaan Suharto dengan kekerasan?

Jawapannya adalah mudah:

"Kekurangan Sistem Pemerintahan Orde Baru
__________________________________________________________________________________
* semaraknya korupsi, kolusi, nepotisme
* pembangunan Indonesia yang tidak merata dan timbulnya kesenjangan pembangunan
antara pusat dan daerah, sebagian disebabkan karena kekayaan daerah sebagian
besar disedot ke pusat
* munculnya rasa ketidakpuasan di sejumlah daerah karena kesenjangan
pembangunan, terutama di Aceh dan Papua
* kecemburuan antara penduduk setempat dengan para transmigran yang memperoleh
tunjangan pemerintah yang cukup besar pada tahun-tahun pertamanya
* bertambahnya kesenjangan sosial (perbedaan pendapatan yang tidak merata bagi
si kaya dan si miskin)
* kritik dibungkam dan oposisi diharamkan
* kebebasan pers sangat terbatas, diwarnai oleh banyak koran dan majalah yang
dibreidel"


Ini bererti bahawa kerajaan yang mempunyai pembangkang adalah sebuah kerajaan yang sehat dan berdaya maju.

Kerajaan yang mempunyai pembangkang yang efektif mampu mengurangkan korupsi, kolusi dan nepotisi. Ia menjamin kesejahteraan rakyat dan penduduk sesebuah negara.

Kesan Pembangkan di Malaysia Berbanding Indonesia

Walaupun pembangkang di Malaysia ini tidak pernah kuat dan biasanya berada di pinggiran, tetapi wujudnya pembangkang telah:

a. Menghalang proses sekularisasi yang teruk seperti di Indonesia. Atas nama Pancasila, segala intrumen kerajaan telah dihalang dari digunakan untuk kegunaan agama Islam. Perkara tersebut tidak berani dilakukan oleh UMNO kerana takut kehilangan majoriti kerusi2 Melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

b. Mengamalkan pembahagian ekonomi yang lebih baik kerana rakyat miskin dan marhean masih mempunyai pilihan semasa mengundi. Tidak seperti di Indonesia sewaktu Orde Baru kerana semua parti akan duduk dalam kerajaan.

c. Sebelum Mahathir, Malaysia adalah negara yang paling bersih dari segi korupsi. Kehakiman Malaysia adalah yang paling dihormati dalam dunia.

d.Dr Mahathir berani bertindak sewenang-wenangnya kerana di waktu kenaikkan Dr. Mahathir, PAS baru sahaja ditendang dari BN. PAS berada dalam keadaaan berpecah dan sangat lemah serta tidak popular di kalangan rakyat jelata dan orang Melayu.

Juga, DEB sedang berjalan dengan lancar pada masa itu membuat orang Melayu tidak pandang sebelah mata pada PAS. SAya masih ingat pulang dari berkempen dengan ayah saya di Negeri Sembilan hanya untuk mengetahui calon yang kami kempen hilang wang pertaruhan. Begitula tidak popular PAS pada masa saya mula aktif dalam PAS.

e. Sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir, hanya DAP sahaja yang popular. Tapi, DAP hanya terhad kepada maksima 30 kerusi parlimen dan ianya tidak menakutkan Dr Mahathir langsung langsung. Terpekik terlolong DAP di Parlimen, namun Dr. Mahathir boleh melakukan apa sahaja termasuk menghapuskan kredibiliti kehakiman, mengengkang peluang bersuara, meluluskan Akta Rahsia Rasmi, membunuh Ustaz Ibrahim Libya seperti anjing dsbnya.

Kesimpulannnya, kerajaan yang mempunyai pembangkang MENGUNTUNGKAN RAKYAT JELATA dan RAKYAT MARHEAN. Mengapa mahu dihapuskan perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat ini, saya pun tak tahu.

Tulang Besi

21 comments:

lan said...

Video Parlimen: Majlis Syura Tidak Pernah Bincang Kerajaan Perpaduan [MP PAS Pengkalan Chepa]

Anak Muda Reform said...

Dulu dalam pentarbiyahan PAS menyatakan untuk melawan Sekular, ditujukan musuhnya adalah UMNO...nanti bolehla tukar manhaj tarbiyah PAS, boleh mengikuti Sekular...hahahahaha

Seruan geng2 muqobalah..ingat teguran Allah dalam surah Abasa, dalam nabi bersungguh2 berdakwah kepada kelompok pemuka Mekah, tapi mungkin kurang memberikan perhatian kepada seorg buta yang memang sungguh2 nak kenal Islam..Lantas ditegur..

takut2la kita tergile nak dapat kuasa dan hampir kepada pemerintah, kita lupe dakwah kepada kelompok cina dan india yang sudah mulai terbuka untuk mendekati PAS..kenyataan Cikgu Pa sangat mengecewakan terhadap KPP...

Selama hampir 56 tahun lebih, Islam yang cuba dimeratai dalam konsep Pas for All & Islam bersifat Rahmatn lilalamin, ada kelompok yang cuba menggagalkan misi dakwah ini, atas dasar sangkaan untuk mudah menjadi kerajaan, dan sangkaan buruk kepada kawan2 dalam PR...Dalam Hilful Fudhul, nabi sangat menjaga perjanjian yang bukan diikat atas semangat Islam pun, tapi semata2 bersepakat dalam menegakkan keadilan dan menyanggah kezaliman...

tapi UMNO bangsa yang memang menolak Islam, 50 tahun tak makan dengan dakwah PAS..huh...

Anony Mouse said...

TB,
Cuba kau provokasi sikit Nik Abduh. Minta dia tulis apa yang terbaru di dalam dapur rumah tok guru.

Blognya tak di update sejak 3Jun.

Anonymous said...

mungkin kesilapan tgna mendengar nasihat mso utk letakkan al-kataki di parlimen pasir mas. dan mungkin atas nasihat tg (melalui) seorang exco kelantan menasihatkan al-kataki meletak jawatan AP pasir mas sebab terlampau taksub melayu dan condong ke arah sentimen kaum ameno. mungkin ini cara terbaik.

dgn isu 16 sept. tgna nempelak lagi, tapi melalui ceramah, ke atas akhbar harakah. tanpa nama2 y g terlibat dinyatakan. namun ia sinis ke atas lembaga pengarah harakah.
lalu mengadap la dato' pa ke atas tgna di KB.
dilihat isu reda. dato' pa anggap ini pertemuan dan nasihat antara bapa & anak.

di masa muktamar, tgna menempelak lagi idea UG ni sebagai mengarut.
dan di dlm ucapan muktamar pas ini juga, ust ahmad awang mendedahkan bahawa terdapat pimpinan tertinggi pas pusat terlibat dlm mempengaruhinya di perak utk bergabung dgn ameno. tanpa dinyatakan siapa mereka (walaupun ini boleh mengundang fitnah antara jemaah disebabkan kenyataan ust. AA ini).

selepas muktamar, tgna menempelak lagi puak2 pro-UG ini sebagai boneka ameno.
tanpa dinyata siapa ia.

semuanya di atas, bolehlah dikatakan sinis dan org yg merasa pedasnya cili perlu muhasabah diri.
berbincang la dgn majlis syura.
dan jelas majlis syura tidak dirujuk seperti kenyataan AP pengkalan chepa di parlimen.
ini telah dilaung-laungkan sejak sekian lama lagi. sampai skrg ahli yg terlibat tak didedahkan, hatta saranan oleh ketua penerangan pas sewaktu itu, dato' mahfuz agar org yg terlibat UG memberi penjelasan.

tapi bak kate org terengganu, ....dier buak dergk! jer....
atau dgn kate lain, ...buat muke kering....

tapi, bila tgna keluar kenyataan direct di hdpn media dan siap menamakan pimpinan pas tersebut (siap suruh letak AP lagi), ini sudah berat brother!!
takda dah kata2 sinis, kias2 pada org itu atau ini.... direct!!

dgn kata2 sinis, dgn kata2 kias, memang tak masuk telinga diorg rupanya...

sian.... yer..? jgn la sampai pimpinan sendiri yg keluar nama2 yg terlibat.

sblm ini, nama2 yg glamour ni hanya berlegar di blog shj.

Tulang Besi said...

June 18, 2009 10:53 AM
Delete
Anonymous Anonymous said...

mungkin kesilapan tgna mendengar nasihat mso utk letakkan al-kataki di parlimen pasir mas. dan mungkin atas nasihat tg (melalui) seorang exco kelantan menasihatkan al-kataki meletak jawatan AP pasir mas sebab terlampau taksub melayu dan condong ke arah sentimen kaum ameno. mungkin ini cara terbaik.
.

Minta maaf tapi saya rasa tak silap.

TGNA tahu ia adalah satu bentuk risiko dan risiko itu menguntungkan PAS.

Pengundi2 UMNO berpecah dan pengundi UMNO kem Mahathir menyokong PAS 2008.

Jadi, walaupun PAS hiland satu kerusi parlimen, tapi PAS dapat pertahan negeri.

Ok la tu kan?

ABGJOE said...

Saya hendak berprasangka baik terhadap Hadi sebagai seorang ulama yang mempunyai pekerti yang mulia.

Saya rasa isu UG ini ditimbulkan oleh Hadi semata-mata untuk menyelamatkan Nasha & co yang terkantoi dlm perundingan gelap dahulu. Saya tidak yakin Nasha & co membincangkan UG semasa berunding dengan Khir Toyo/Pak Lah dulu.

UG ini hanyalah semata-mata alasan untuk membenarkan muqabalah gelap Nasha & co. Tak tahu lah apa sebenarnya yang mereka bincang dengan UMNO masa itu tetapi mula-mula dahulu tidak ada cerita tentang UG ini.

Jika telahan saya ini benar, maka Hadi adalah insan yang mulia kerana sanggup berdepan dengan risiko dengan membawa dan mempromosikan konsep UG ini, tetapi malangnya Hadi adalah insan yang terlalu lemah dalam selok-belok berpolitik. Beliau tidak pandai membezakan antara teori dan realiti dalam suasana politik di Malaysia.

Jika telahan saya ini benar, maka Hadi sebenarnya tidak layak untuk menjadi Presiden PAS sebuah parti politik, tetapi beliau cuma layak menjadi ketua sebuah badan yang menjaga hal ehwal ugama Islam sahaja.

Anonymous said...

perihal isu tgna menyuruh tmbln presiden letak jawatan kerana gara-gara UG ni, si mso dlm blognya mengomen...
"...kurang manis dan sungguh malang sekali yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua bertaraf separuh wali berjawatan Mursyidul Am Pas.......".

huh! kalau tak nak menggelar tgna wali tak apa la jgk. no hal punyala. dia masih diangkat sebagai tok guru.

tapi nak lebelkan dia separuh wali. aku tak penah dgr org separuh wali, biarpun mendengar kehebatan org berseparuh wali. tapi mendengarkan kehebatan seorg wali Allah biasa la

wali hakim atau wali nikah pun tak ader berpangkat separuh.
memang betul la mso pro puak2 UG ni. masih berkias-kias.... almaklumlah, menarik rambut dari tepung perlula berhati-hati yer. dgn kata lain, biar jemaah pas ditusuk jarum UG pelan-pelan.

sam raspiut said...

Saudara-asaudara sekelian,

Ini adalah satira pendek untuk meringgankan minda yang makin tegang.. sesakali elok lah kita baca drama bodoh pulak..

DRAMA 3 BABAK: KISAH MINAH DAN AWANG

Babak 1

Setelah puas berhempas pulas berusaha siang dan malam sehingga tidak terkira banyaknya keluar peluh jantan dan betina, ahkirnya pada suatu pagi berkatalah Minah dengan senyum simpul pada suaminya lebai Awang Pupus, katanya “Bang Awang... sudah lewat 16 hari saya tak datang bulan.. mungkin kita bakal dapat anak la bang...” penuh manja dan ghairah suaranya. Lebai Awang mencebik sambil mengkalihkan badannya membelakangkan Minah lalu berkata, “takpe bulan takda matahari ada.. awak tu keturunan mandul, bulih percaya ke?”.
Mendengarnya Minah terus melonjak bangun dengan mata terjegil merenung lakinya. Lebai Awang dengan wajah sinis menambah, “tak payah mimpilah.. selagi doktor tak sahkan susah aku nak percaya!” terbaur ejekan suaranya, mengiringi langkah longlai Minah kepintu keluar rumah, tertanya-tanya mengapa begitu sinis sikap suaminya.

Babak 2

“Penipu!! Penipu!! mengapa tergamak kau tipu aku Minahh… mengapa!??”melolong suara tempik lebai Awang Pupus sehingga beterbangan habuk-habuk yang melitupi kitab-kitab agama yang dibelinya di Mekah dahulu. Suasana tengah hari itu menjadi hening, samada jiran-jiran tidur atau sedang memasang telinga semuanya.

Seperti orang yang betul-betul patah hati Lebai Awang melalak, “sanggup kau menipu aku, cakap kau mengandung Minah?” sambil tangannya tidak berhenti-henti mengibar kad lapuran doktor, lebai Awang berteriak lagi “kau tau aku nak anak kan… kau tipu minah.. memang kau penipu!!” Denga suara yang lemah dan lirih Minah menjawab, “saya hanya jangka Bang… berdasarkan tanda-tanda.. dah rezeki tak jadi, takkan itu pun menipu bang..” hati Minah mula cuak melihat reaksi Lebai Awang.

“Aaah.. sudahlah!! Kalau dah baka penipu tu, tetap penipu jugak!!!” bentak lebai Awang sambil bergegas keluar bilek menuju ruang tamu, meninggalkan Minah terkulat-kulat memandang almari dipenjuru bilek.

sam raspiut said...

Babak 3

Mata Minah buntang memandang almari, fikirannya kosong. Tiba-tiba matanya terpaku pada sebuah beg tersembunyi di belakang almari. Aneh!..hatinya terdetik ingin tahu, lalu ia meluru mengambil dan menyelongkar beg itu. Seketika kemudian matanya terbeliak, terdapat surat nikah didalamnya… jelas tertera nama suaminya dan Najibah! janda tua beranak lapan berusia 52 tahun itu. Minah bingkas dan meluru ke ruang tamu..

Dia terhenti dimuka ruang tamu bila melihat suaminya sedang berbisik dengan pembantunya, imam Din AlPutari @ din musang. Duduk disamping juga sahabat karib suaminya yang ditugas menjaga akaun dan pentadbiran masjid, dato’ Pa keling. Ketiga-tiga mereka menjeling kearah minah serentak. “Abang.. surat kawin siapa ni? Boleh tak kita bincang sekejap…?” Minah berkata sopan, matanya menyorot tajam kepada tetamunya dengan harapan menghalau mereka pulang. “siapa pulak kawin.. dah! dah! jangan dok buat bida’ah bukan-bukan..!” jawab lebai Awang acuh tak acuh, meneruskan semula bisik membisik tanpa menghiraukan Minah. Pa Keling melirikkan matanya yang seakan tersenyum mengejek dan mengejek…

Minah tidak tersabar lagi, tanpa menghirau tetamu lalu membaling surat nikah itu kehadapan muka suaminya sambil menjerit, “Penipu! Pembohong!.. Ooo patutlah buat anak pun tak larat.. rupanya abang kawin lain yeak!! Nak anak kononnn… air habih dok tuang merata, macammana nak jadi anak.! apa kurang saya sampai abang kawin dengan janda tua beranak lapan?? Pembohong!! Mengapa abang tak cakap dah kawin lain? Penipu??” bertalu-talu hamun Minah sehingga menunduk Pa keling mengelak tempias liur terkena hidungnya yg besar itu.

Lebai awang tersandar dikerusi sambil mengusap perut gendutnya, dengan penuh yakin dia menjawab “Abang tak tipu.. kau tak tanya buat apa nak cakap.. lagipun salah ke abang kawin?? Janda tua pun ok ape!.. masih bergetah dan kaya. Kau ape ada? Harap muda je nak buat apa??” cemuhnya sambil tersengih ala-ala kambing.
“Ooo.. tak tipu yea.. yang mengaku bujang kat surat nikah tu apa hal?? Tu kalau bukan membohong nak panggil apa...??” pintas Minah cepat sambil menambah, “kalau kawin dengan artis tu lain la.. ini janda kerepot!! Nak malukan saya la tu?” lebai awang tersengih malu, “ ..dak aih..” jawabnya perlahan..

Pa Keling cepat-cepat bangun dengan penuh gaya berkata, “sabar kak minah, ini fitnah semata-mata, mainan najibah yang tergila-gila Ustaz Awang semua ni…!”
cepat-cepat Din Musang juga menambah, “ betul, betul! najibah gila tu memang nak rosakkan nama Ustaz Awang.. ni fitnah semua kak…”
“pembohong!!.. yang nama korang dua ekor kat borang saksi tu amenda?? Takkan pejabat agama narathiwat tu menipu pulak.. munafik!!” Jerkah minah, sambil memungut dan membaling surat nikah ke muka Pa keling. Lebai Awang terus diam terperosok didalam kerusi, membiarkan pergaduhan diteruskan pembantunya……

Babak 4 - prolog

Ceritanya masih ‘on the making’, tak tau lagi kesudahan.
Dengar khabarnya, walaupun Najibah mengaku dia kawin dgn lebai Awang di siam tapi dia menolak untuk disahkan pernikahan di pejabat agama.. kerana kononnya anak-anak tiri najibah mengugut untuk keluar dari rumah membawa segala kekayaan mereka kalau pernikahan itu disahkan.. rupa-rupanya segala kekayaan janda tua itu hanya menumpang anak tiri cinanya. Anak-anak kandungnya cuma kerja mengabihkan beras semata-mata.
Maka, lebai Awang dan dua sahabat karibnya tengah pening gila sekarang, memikirkan kaedah untuk memikat kembali janda tua dan anak-anak tiri cinanya! Kalau gagal, hampalah mereka utk menumpang kekayaan najibah si janda tua…

Kita tunggulah kesudahan cerita…. Kalau ada yg tahu minta sambung ye!...

P/s: rasa-rasa dah dapat agak komen geng wala’…. Ha ha ha..

maun said...

Kerajaan Perpaduan akan mengekalkan kuasa UMNO dan Najis selama Mahathir atau lebih dari itu...

Anonymous said...

Di ALOR SETAR, Menteri Besar dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata Nik Abdul Aziz seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharuddin sebelum membuat sebarang keputusan berhubung perkara berkenaan.

"Sebagai ketua, tok guru (Nik Aziz) boleh panggil Nasharuddin, minta penjelasan, tidak boleh buat kesimpulan berdasarkan kenyataan akhbar semata-mata.

"Memang tok guru menentang (kerajaan perpaduan) tapi terlampau awal untuk buat keputusan begini kerana akan timbul kekeliruan dan jadi tidak seronok di kalangan ahli," katanya.

Anonymous said...

Pensyarah Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Atory Hussain berkata Nik Aziz tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana tindakan tersebut akan lebih mengeruhkan lagi hubungan sesama ahli dalam PAS.

"Bagi saya tindakan Nik Aziz itu agak keterlaluan kerana beliau tidak boleh terikat dengan gaya politik dan pemikiran konservatif," katanya kepada mStar Online.

Anonymous said...

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Siva Murugan Pandian pula berkata, Nik Aziz seharusnya mengelak membuat kenyataan seperti itu kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi hubungan dalaman PAS.

Anonymous said...

nik abduh rajin buat cerita lawok, masa TGNA takda kt rumah aje, skrg senyap. conform tak dapat tukar CRV.......

Anonymous said...

dah tu. TGNA cakap elok-elok tak mau dengar, baru sedar, kalau budak kecik tentu kena sebat dah dgn rotannn..Nasha mmg degil, maklumlah TImbalan President woii, taraf Timbalan Perdana Menteri turr

Anonymous said...

Tulang Besi said,

"Kesimpulannnya, kerajaan yang mempunyai pembangkang MENGUNTUNGKAN RAKYAT JELATA dan RAKYAT MARHEAN. Mengapa mahu dihapuskan perkara yang membawa kebaikan kepada rakyat ini, saya pun tak tahu."

Mudah. Dapat jawatan menteri dan kontrak berjuta RM.

Anonymous said...

1. 15 Jun 2009, di bumi Kelantan Darul Na'im, Menteri Besarnya telah memanggil semua ADUN-ADUN PAS untuk taklimat mengenai kerajaan perpaduan. Tentunya ini inisiatif dari EXCO Kanan Kerajaan Negeri Datuk Husam Musa yang menuruti aspirasi AnWAR yang mahu menghalang ide dan usaha mengenai kerajaan perpaduan.
2. Dalam taklimat tersebut, Husam selaku pembicara pembuka hanya bercakap sedikit sahaja dan selebihnya disambung dengan panjang lebar oleh datuk Nik Aziz. Ianya ternyata bukan majlis taklimat tetapi lebih kepada majlis menghentam UMNO, BN dan Datuk Seri Najib. Yang menariknya, ada teman PAS komen ucapan Datuk Nik Aziz ini suara AnWAR, bukan Nik Aziz.
3. selesai ucapan, maka dibuka sesi dialog untuk bertukar pendapat. Bangunlah seorang ADUN PAS dari timur Kelantan mempertikai ucapan Datuk Nik Aziz dengan cukup beradab. Beliau meminta Datuk Nik Aziz menamakan mana-mana ahli PAS yang cuba membawa PAS 'masuk' UMNO. Lebih 20 minit Nik Aziz bersilat nak menjawab, Husam juga cuba membantu namun gagal menamakannya....
4. Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.
5. Beliau berhujah mengenai konsep da'wah yang tidak terbatas serta menerangkan dialog dengan UMNO adalah satu proses da'wah dalam Islam. Tidak mahu duduk berbincang maka proses penyebaran da'wah akan tertutup! Beliau menambah ide Presiden PAS perlu disokong dan didokong oleh semua peringkat pimpinan PAS serta jangan terlalu dipengaruhi oleh 'politik persepsi' yang bertentangan dengan islam.
6. Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.
7. Nyata sekarang, semakin pening AnWAR menanti 1 Julai bagi kes liwatnya, semakin pusing lagi beliau bila kini pemimpin PAS tidak lagi boleh beliau caturi. PAS semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada AnWAR. Bila memikirkan ini, AnWAR makin garu kepala yang mungkin menyebabkan rambutnya gugur sehelai demi sehelai.......

Abd Razak said...

ini le satuk fitnah dr PENGECUT YG X BERANI NK DEDAH NAMA SENDIRI...ko igt kitorang x tau ke hasil meszyuarat tu...kalau 80% tolak saranan TGNA maka TGNA xkan soh nasa letak jwtn...sudahlah wahai boneka2 umno...i know the full details what happen in the meeting...dun't think that TGNA is stupid enuff like u want to cooperate with umno on the name of UG...wkrg ni tembelang dh pecah apa lg...meroyan le BONEKA2 umno cam kamu nk dptkan sokongan balik kn wahai PENGECUT!!!!

Anonymous said...

Bila baca komen Us.Azizan,MB Kedah ni aku teringat kisah orang tua bersama anaknya dengan keldai.Agaknya semua orang tau cerita ni.Bila orang tua itu naik keldai,orang kata dia tak sayang anaknya yang jalan kaki,bila anaknya naik keldai,orang kata pula budak tak tau kasihan pada bapanya.

Bila TGNA marah pada Nasaruddin Mat Isa - Us.Azizan kata sepatutnya TGNA panggil dan bincang dengan Nasaruddin Mat Isa konon seperti bapa dengan anak.
Kisahnya(ikut kata-kata Nasaruddin Mat Isa) pertemuan dia dengan UMNO dulu(muzakarah) disuruh olih Majlis Syura Ulamak.TGNA tak hadzir dalam mesyuarat tu.Pengerusinya,Tim.Mursyidul Am,Harun Din.Kalau ikut kata-kata Us.Azizan ni - tak bolihke Harun Din maklumkan kepada TGNA keputusan mesyuarat tu.Dizaman yang serba moden dan canggih ini,ulamak tak reti nak gunakan kemudahan yang ada.Akibat dari terputusnya komunikasi ni,TGNA melenting.Ys.Azizan juga adalah ahli Majlis Syura Ulamak.

Nak cari kesalahan orang memang senang tetapi kesalahan sendiri buat senyap saja.

Tulang Besi said...

Anonymous said...
4. Maka ADUN tersebut secara sinis menasihati dirinya dan semua yang hadir agar jangan dipengaruhi unsur luar iaitu dendam dan emosi dalam membuat keputusan. Selepas itu seorang ADUN PAS lain pula bangun berhujah. Beliau pernah mewakili PKR di Kelantan, juga bekas pimpinan ABIM Kelantan. Beliau adalah bekas pensyarah di Akademi Pengajian Islam di Nilampuri Kelantan.
6. Hasil taklimat tersebut, 80% ADUN PAS Kelantan menyokong ide Presiden PAS dan mahu ia digerakkan segera demi kepentingan ummah. Ini satu lagi 'tamparan' buat AnWAR yang mahu PAS Kelantan menggerakkan usaha menggagalkan ide Presiden mereka. AnWAR gagal lagi 'membonekakan' PAS setelah satu demi satu orang AnWAR dalam PAS kehilangan jawatan.
7. Nyata sekarang, semakin pening AnWAR menanti 1 Julai bagi kes liwatnya, semakin pusing lagi beliau bila kini pemimpin PAS tidak lagi boleh beliau caturi. PAS semakin berdiri sebagai satu entiti sendiri, tidak lagi mahu bergantung kepada AnWAR. Bila memikirkan ini, AnWAR makin garu kepala yang mungkin menyebabkan rambutnya gugur sehelai demi sehelai.......

June 18, 2009 8:40 PM
.

Ini adalah antara cerita bohong yang sedang disebarkan oleh UMNO.

In the first place, mana ada Tok Guru panggil meeting pada tarikh tersebut

Anonymous said...

TERUK BETUL PROPAGANDA YANG DIMAIKAN OLEH UMNO. MMG UMNO HARUS DIAJAR DAN DIKUBURKAN. UMNO TIMES UP! YOU GET OUT!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.