Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 2, 2009

Husam Musa Agen Anwar? Tidak Wala' Pada Presiden?

Assalamualaikum,

Soalan pertama saya, kenapa tidak menuduh Tok Guru Nik Aziz sebagai Agen Anwar dalam PAS. BUkankah Tok Guru menjadi penyokong terkuat kerjasama Pakatan Rakyat dalam PAS?

Soalan kedua, apa bukti bahawa Husam Musa memberi wala' kepada Anwar melebihi Presiden?

Bukankah Husam Musa di dalam mesyuarat AJK PAS PUsat membincangkan calon untuk PRK Kuala Terengganu yang mencadangkan supaya keputusan dibuat sepenuhnya oleh Presiden PAS dan semua yang dibawah akan menuruti?

Bukankah Husam Musa satu-satunya pimpinan PAS yang pernah menaikkan suara dengan Anwar Ibrahim sendiri kerana menegur sikap beliau satu waktu dahulu yang tidak serius menyusun jentera dan strategi bagi menghadapi PRU ke 12?

Bukankah Husam Musa yang telah mewakili PAS di dalam pembahagian kerusi pada PRU 2008 sehingga Tan Sri Khalid memberitahu itulah negosiasi yang paling teruk pernah beliau hadapi. Dan beliau dahulunya seorang tokoh korporat ternama di Malaysia dan telah bernegosiasi dengan syarikat2 antarabangsa dengan berbagai2 bangsa dan negara.

Hanya kerana menolak kerjasama dengan UMNO, maka beliau dan mereka yang sealiran dengannnya telah digelar sebagai memberi "wala'" kepada Anwar Ibrahim?

Bukankah ini satu penipuan dan fitnah yang sangat dahsyat? Abang Mat Sabu antara yang jelas menghentam Ustaz Nasa atas isu ini, dan beliau sendiri menentang kemasukan PAS dalam UMNO ini. Sedangkan Abang Mat Sabu adalah penentang Anwar yang terkenal dalam PAS sejak Anwar mula2 dipecat dahulu?

Bukankah PAS yang mendapat laba paling besar dari pemecatan Anwar. PAS berjaya mendapat sebuah negeri di Pantai Timur (dan kalau Dr Harun Din tidak tarik diri, mungkin PAS akan berjaya mendapat dua negeri).

Keahlian PAS melonjak naik begitu tinggi sebab Anwar Ibrahim. Orang bukan Islam juga naik sokongan kepada PAS hasil dari imej Anwar Ibrahim menyokong PAS. Dan penentangan orang bukan Islam pada Shariah juga berjaya dikurangkan apabila Anwar mengisytiharkan beliau tidak menolak hudud dalam PRK Kuala Terengganu

Mengapa sekarang ini hendak diburukkan Anwar dan mereka yang tidak bersetuju dengan PAS dibawa kepada UMNO sedangkan Anwar telah banyak menguntungkan PAS.

Saya ini suka melihat "empirical data" di dalam mebuat penilaian kerana data tidak boleh membohong. Dan, apa yang saya nampak ANwar Ibrahim lebih banyak membawa keuntungan dari kerugian kepada PAS.

Sebab itu saya tak berapa nak marah kepada S46 kerana meninggalkan PAS satu masa dahulu. Ini kerana, walaupun PAS dikhianati S46, tapi pada hakikatnya PAS telah mendapat laba yang lebih besar berbanding dengan S46 di dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Laba tersebut bernama Kerajaan Negeri Kelantan.

Lantaklah apa S46 nak buat, yang penting kerajaan negeri telah berjaya didapati oleh PAS. Biarlah Tengku Razaleigh khianat PAS, maki PAS dsbnya. Yang penting, Ku Li gagal dan kita berjaya. Saya percaya sampai hari ni Ku Li mesti termenung berfikir bagaimana sekumpulan Ustaz yang dipimpin Ustaz Fadzil Nor boleh "mempermainkan" seorang lulusan luar negeri dalam permainan politik seperti yang beliau hadapi sebelum ini.

Saya tak kesah apa hala tuju politik Anwar Ibrahim. Yang penting, PAS dapat laba dari kerjasama dengan beliau. DAn setakat ini Anwar Ibrahim tidak pernah mengkhianati PAS dan tidak pernah berbuat apa2 yang tidak baik dibelakang PAS.

Yang saya pasti, PAS akan jadi alas bersih kaki kalau bekerjasama dengan UMNO.

Sebagai penutup, saya meminta mereka yang menuduh Husam Musa dan lain2 pimpinan PAS sebagai agen Anwar, sila kemukakan bukti.

Saya yakin, kalau ada pun bukti, ialah penentangan mereka ini kepada usaha membawa PAS masuk UMNO. Itu sahaja.

Hanya kerana menentang usaha membawa PAS kepada UMNO maka kita telah dilabel sebagai tidak memberi wala' kepada Presiden PAS.

(Di Mesir, perkataan Wala' ini bermaksud "pemetik api").

Wala' saya hanya kepada Allah dan Rasul.

Hairan juga ya. Kenapa tak soal wala' kepada Tok Guru Nik Aziz pula. Bila Tok Guru larang jumpa UMNO, mereka masih jumpa.

Tu takda isu pulak?

Tulang Besi

39 comments:

Anonymous said...

beginilah langkah-langkah terdesak penjilat Anwar AlJuburi nak menguasai PAS melalui Husam dan geng Erdogannya.

Anonymous said...

Saya tak kesah apa hala tuju politik Anwar Ibrahim. Yang penting, PAS dapat laba dari kerjasama dengan beliau. DAn setakat ini Anwar Ibrahim tidak pernah mengkhianati PAS dan tidak pernah berbuat apa2 yang tidak baik dibelakang PAS.


kesan dari kerjasama dengan anwar mmg tiada sape yang boleh kata pas xdapat keuntungan.salah satu kesannya ialah umno bakal tertonggeng dalam pru ke 13 akibat asakan PR.tapi dalam masa yang sama,menggalakkan golongan yang sedia ada dalam pas berlepas diri dari wala kepada pemimpin tertinggi pas,membantah keputusan majlis syura penjaga dasar pas.mereka ni,makin hari makin menjadi2 dengan melihat cara bantahan2 yang dikemukakan terhadap keputusan parti yang telah diputuskan secara majoriti dan diminitkan.

apa ertinya semua ni?adakah bila terasa habuan yang terhidang didepan,golongan ni telah hilang fokus dan taat setia pada presiden?bila berdepan dengan musuh,seme benda main redah je?tanpa ada fekah tanpa ada garis panduan yang digariskan dalam quran dan hadis.hatta dalam peperanganpun,kita diajar supaya tidak lari dari apa yang islam ajar.perjuangan kita xsama dengan parti lain.perjuangan kita berbeza dengan fikrah2 selain dari islam.kita ada adab dan pendekatan untuk mencapai matlamat.bukan main redah je.islam x pernah menghalalkan segala cara untuk mencapai matlamat.islam ada mekanismanya tersendiri untuk menangani pendekatan ini.

jadi saya,dengan sekeras2nya menentang segala budaya dan fikrah yang lain dari islam untuk bertapak didalam pas.khasnya dalam jawatan kedua penting iaitu timbalan presiden.oleh itu bagi sesiapa calon yang dilihat tidak selari dengan pemikiran dan ideologi pas yang telah sediaada dan diperkukuhkan sebelum ini supaya ditolak oleh perwakilan pada muktamar terdekat ini.

hidup islam!!

-frust-

Anonymous said...

sape kata Anwar Ibrahim tidak pernah berbuat apa2 yg tidak baik dibelakang PAS??

Mcm mana pula pengakuan Dato Nasarudin yang kata dia di tawarkan jawatan MB Perak nak ganti Nizar bila dia melompat hari tu?

tu bukan main belakang ke namanya?

Anwar kan memang suka main belakang ni.

HUJANEMAS said...

Teliti betul-betul perangkap Anuar, jangan sampai masa nanti baru mwenyesal dan hendak menyalahkan orang lain. Ingat, mula-mula masukkan Kamarudin Jaafar jadi Setiausaha agung PAS sekarang nak masuk pulak Husam sebagai Tim Presiden dan akhirnya Husam akan tentang Hj Hadi. Dan bermulalah era dan kekuasaan Anuar dalam PAS.Maka mudahlah Anuar nak jadi PM. Ingat kata-kata Haji Hadi, angan-angan Mat Jening kalau Anuar nak jadi PM.

Anonymous said...

kalu Almarhum Ustaz Fadzil Noor ada lagi..mesti dia sepak hangpa sorang2..awat yg sampai busuk hati kat org camtu..dah layak jadi ahli UMNO dah!!
Hang jaga mulut Hujan Emas..

Anonymous said...

Mcm mana pula pengakuan Dato Nasarudin yang kata dia di tawarkan jawatan MB Perak nak ganti Nizar bila dia melompat hari tu?.

Itu fitnah, ada faham?

Anonymous said...

Puak mukabelah..panas pungkok lagi..hehehe..cayalaha Tulang Besi..hang balun depa cukup..lagi bagus..kalu puak ni buang kopiah depa pakai songkok pastu julang Keris tiggi..kalu lagi tinggi dari hishamudin pun takpa..kalu x cukup tinggi pi amik tangga julang!!

Alias Mohd Yusof said...

Kita kena melihat jauh ke depan. Kalau sekadar layak jadi Presiden PAS sahaja belum tentu boleh jadi Perdana Menteri Malaysia.

Oleh itu mesti ada dalam fikiran ahli-ahli PAS, Presiden mereka mesti juga ada kelayakan untuk menjadi PM Malaysia.

Nak jadi PM Malaysia, pemimpin yang hendak ditonjol dan dipilih itu bukan sahaja boleh diterima oleh ahli PAS tetapi yang lebih utama boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia yang jauh lebih ramai dari ahli PAS sendiri.

Jangam lah masih bersikap katak di bawah tempurung lagi.

Anonymous said...

puak erdogen dah terdesak sekarang.kiri kanan telah dikepong oleh pejuang islam.bukan setakat husam yang mengelabah,TB pun terpalit sama.sama2 berganding bahu untuk menangkan ketua erdogen iaitu husam musa.

xlama lagi,kojol lah erdogen tu.jemaah pas akan tapis hampeh2 sebelum matlamat tercapai ni termasuk TB.masa tu,tulang besi akan menjadi tulang keringlah.
TB kepada-->TK

Anonymous said...

bagus ALIAS MOHD YUSUF,
sebab itulah Husam berangan nak jadi Presiden PAS nanti sebab bagi dia TGHH tk layak.
dia perasan dia lagi layak dikerusi Presiden...sebab ada org2 mcm anda menghasut.

Tulang Besi said...

Yang takut sangat dengan Husam Musa ni adalah UMNO.

Kalau Husam naik Timbalan Presiden, UMNO bolehlah memulakan proses pengkafanan mereka.

Itu satu fakta.

dribrahim said...

anon anon cybertroopers sekalian,

lagi hgpa dok pedajal husam lg la dia dpt sokongan, nampak sgt puak2 fraksi UMNO ni cuak abeh dgn husam.

org pas bukan mcm org UMNO. org pas fikir agama dulu. org pas xkesah ejen sapa pon asalkan ejen tu ejen yg beriman. yg berjuang kepada Islam.

jd ejen UMNO yg xmau. jd ejen munafiq. ejen zalim. ejen naya org. ejen naya rakyat.

yg dok jilat pungkok ni hangpa anon2 UMNO sekalian. jilat pungkok najib, jilat pungkok muhyiddin. utusanla penjilat pungkok terbesar skali. taik UMNO busuk pun hisap. cium jgn xcium.

la ni hgpa tgkla sendiri. perangai hgpa xubah mcm junta burma. kerajaan buat salah mcm mana pun wangi. seluruh dunia kutuk kita, malu, tapi hgpa dok kata wangi situla. hgpa kena sedar, hgpa tu ikan bilis saja. esok nnt bila ekonomi hangus, pakat2 berlaparla anak bini hgpa, xdak kerja. hgpa punya bos dh bawak pelari duit habih dah. seduit pon lepa xbagi.

dh jd lagu tu baru hgpa nk mai melutut kat tok guru mintak ampon. baik cepat2 tinggal saja UMNO n BN. negara kita ni tgh sakit. jgn tunggu sampai nazak baru nk buat sesuatu

Tulang Besi said...

Orang UMNO/cybertrooper ni agama apa ye?

Kalau islam, tak boleh tuduh anwar meliwat sebab nak tuduh orang berzina kena ada 4 orang saksi.

Agama apa diorang ni ye?

Anonymous said...

la apasal tanya TB.
dia pun tak dak agama sebab dok fitnah org sesedap rasa tanpa bukti..

Anonymous said...

faktanya hang nak masuk neraka jahanam wahai TB woi..

Tulang Besi said...

kahkahkah nak mintak bukti konon.

Hang tuduh anwar meliwat ni bukti apa korang ada?

Anonymous said...

tunggula bulan 7 nanti.
pasti terkulat-kulat TB dgn suku sakat pro anwar bila barang bukti didedahkan nanti...

lan said...

Nak tuduh Anwar liwat konon. Ramai dah pemimpin UMNO kena tangkap sana sini. Bersetubuh haram merata tempat. Tu yang kena tangkap kat Port Dickson hangpa julang tinggi melangit. Dasar keparat pro UMNO!

Tulang Besi said...

Anonymous said...
tunggula bulan 7 nanti.
pasti terkulat-kulat TB dgn suku sakat pro anwar bila barang bukti didedahkan nanti...

June 2, 2009 12:00 PM
.

Bukti yang diada-adakan. Yang dicipta oleh polis dan UMNO. Betul tak?

Kitorang dah ada medical report dari PUSRAWI yang nyatakan bahawa Saiful tidak pernah diliwat.

SO nak bukti apa lagi?

Anonymous said...

Anwar pun kena tangkap juga.
dah kena penjara pun...
tu pun hangpa dok pecaya lagi...

Anonymous said...

itu mahkamah hang sendiri TB woi...
bolehla terima Medical report yang Anwar ada-adakan..

Tulang Besi said...

Anonymous said...
Anwar pun kena tangkap juga.
dah kena penjara pun...
tu pun hangpa dok pecaya lagi...
.

mahkamah kangaroo mahathir

Anonymous said...

itu buktinya anwar ibrahim dan husam musa berkredibiliti. semua takut pada mereka, sebab mereka menegakkan kebenaran. itulah kalau udah masuk puak puak setan mmg la takut pada orang macam anwar dan husam.

Anonymous said...

TB said,
Yang takut sangat dengan Husam Musa ni adalah UMNO.

Kalau Husam naik Timbalan Presiden, UMNO bolehlah memulakan proses pengkafanan mereka.

Itu satu fakta.
fakta pebende nye cmtu.kenapa,husam sorang ke pemimpin pas yang lawan umno?mana aku nak tengok strategi husam yang dia buat untuk lawan umno sorang2?jumpa ku li dan soilek ke?hampeh!

kalau mesyuarat xsempat panas punggung dah blah,xyah cakaplah..kalau semasa mesyuarat setuju dengan keputusan,kemudian buat kepala sendiri pi dedahkan dalam the star media bukan islam,ko xyah banggalah ngan pemimpin camni.merosakkan saf je..

-karim-

Anonymous said...

Hari ini Selasa 2 Jun 2009 di akhbar Berita Harian di muka C12 suatu notis permohonan maaf telah dikeluarkan oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Paloh. YB Dato Nozula Mat Diah kepada anakguam kami, YB Dato Paduka Husam b Musa.

Notis tersebut berbunyi:

"Saya, YB Dato Nozula Mat Diah dengan ini dan dengan sepenuh hati memohon maaf tanpa sebarang syarat kepada YB Dato’ Husam Musa kerana telah membuat laporan tidak benar dan tidak berasas terhadap beliau kepada BPR pada 2007. Saya dengan ini menarik balik segala tuduhan tersebut dan seterusnya menyatakan rasa kesal yang mendalam kerana pertuduhan tersebut telah menyebabkan tekanan kepada beliau dan keluarga beliau serta memburukkan keperibadian beliau.”Pada akhir November 2007, 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan daripada Barisan Nasional iaitu YB Dato' Nozula Mat Diah dan ADUN Bukit Bunga Muhd. Adhan Kechik telah membuat laporan kepada pihak BPR membuat tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas terhadap anakguam kami.

Antara laporan tersebut adalah:

1. Laporan mengenai buku dan salah guna kuasa oleh ahli Exco kerajaan negeri Datuk Hussam Musa.

2. Laporan mengenai penyelewengan Pengarah Urusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

3. Isu kegagalan pengurusan Air Kelantan Sdn. Bhd.

4. Isu Kedai Majlis Daerah Machang.

5. Isu Jamnapari membabitkan dana KPK.

6. Penyelewengan kawasan balak untuk ladang getah serta penyelewengan Pas

6. mengutip dana.

7. Penyelewengan pembelian lot tanah mukim Gual Periuk, Pasir Mas oleh Syarikat Galeri Tanah.

8. Laporan ke atas Perbadanan Menteri Besar Kelantan Berhad dan Pengarah Urusan Kompleks Perkayuan Kelantan.

9. Isu Perbadanan Baru Tanjung cuba menjual rezab Melayu kepada Syarikat Kind Network Sdn. Bhd.

Pernyataan fitnah tersebut yang diucapkan dan diedarkan pada sidang akhbar tersebut telah mendapat liputan meluas di akhbar-akhbar utama tempatan dan telah disiarkan di televisyen serta boleh dimuatturun daripada laman sesawang yang pada masa yang relevan mempunyai jutaan pengguna, kesemuanya mempunyai akses percuma dan terbuka kepada fitnah-fitnah yang diadukan.

Tindakan kedua ADUN ini juga telah meletakkan anakguam kami dalam satu kancah pertikaian umum dan mengheret beliau dalam suatu skandal, fitnah konspirasi, jenayah, kebencian dan buruk sangka umum (odium), kehinaan (contempt) awam dan tekanan serta kemudaratan mental yang amat sangat akibat kegelisahan, kerisauan dan ketakutan akan ditangkap oleh pihak berkuasa, seterusnya beroleh keaiban umum.

Dengan Notis Permohonan Maaf ini maka terbukti bahawa segala tuduhan liar yang dibuat terhadap anakguam kami adalah fitnah semata-mata, tidak benar dan tidak berasas. Ini juga bermakna kerajaan negeri juga bersih dari segala salahlaku yang didakwa. Pihak kami akan membuat tindakan seterusnya bagi membersihkan nama baik anakguam kami. Kami juga dalam proses rundingan penyelesaian dengan para defendan lain.

Sekian, terima kasih.

Yang benar

Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek
Peguambela dan Peguamcara
Tetuan Saiful Kasri & Associates

Anonymous said...

Tulang Besi said...

kahkahkah nak mintak bukti konon.

Hang tuduh anwar meliwat ni bukti apa korang ada?
-------------\
kakakakakak dia nak tengok bukti son tot saifool main dildo sendiri wakakaka

Anonymous said...

la...kan Husam dah bayar kat YB Dato' Norzula tu suruh buat permohonan maaf pada waktu muktamar.

ntah berapa luas balak YB UMNO tu dapat tak tau la....

Tulang Besi said...

Puak UMNO dah desperado. Fitnah mereka main selama ni tak mengena.

Ahli2 PAS akan tahu bahawa terdapat jaringan UMNO dalam PAS yang sudah pun terungkai.

Pergilah kau wahai UMNO2 sekelian masuk ke lubang taik.

pasbaru@yahoo.com said...

7. Husam Menjadi Budak Suruhan Anwar



Kira-kira 2 minggu yang lepas, Husam bertemankan Saifudin Nasution pergi berMUQABALAH dengan Dato’ Sahlan, Setiausaha Politik Dato Najib, Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya. Untuk pengetahuan semua Sahlan bukan orang PAS, bukan orang PKR dan bukan DAP – dia ahli UMNO. Boleh pula pergi berunding dengan orang UMNO? Mandat mana pula yang dia dapat? Apakah tujuan rundingan tersebut?


Katanya Husam pergi bertemu dengan Sahlan dengan tujuan untuk berbincang tentang nasib yag bakal dihadapi oleh Anwar Ibrahim apabila kes liwatnya didengar dalam bulan Julai nanti. Husam dihantar oleh Anwar kununnya untuk menjadi orang tengah dalam menyelesaikan kes liwat tersebut diluar mahkamah.



Apa dah jadi ni? Begitu murahkah pimpinan PAS dipergunakan oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu tidak hairanlah mengapa Husam merujuk kepada Anwar terlebih dahulu sebelum bersetuju bertanding menentang Usta Nasharudin. Dan tidak hairan juga kenapa Anwar begitu bersungguh-sungguh membantu Husam agar dapat memenangi pertandingan tersebut nanti.



Rasionalnya, kalau Husam menjadi Timbalan Presiden PAS, mudahlah untuk Anwar menggunakan PAS untuk berunding tentang nasib kes liwat beliau memandangkan hanya PAS yang mempunyai “bargaining power” dengan kerajaan UMNO/BN.


http://muktamarpas.blogspot.com/

Anonymous said...

MSO Meroyan Menjelang Muktamar PAS Ke 55Salam Sejahtera....

Nampaknya perlawanan idea, hujah dan buah fikiran masih berterusan di antara penulis/blogger politik cari makan MSO berhujah dengan blogger Kickdefella...

Kedua-dua mereka ni aku tak kenal pun, cuma aku ada baca dua tiga buah buku tulisan MSO dan ruangan blognya, manakala Kickdefella aku hanya baca blognya...

Hangpa mungkin tanya balik, yang aku dok sibuk apa hal... aku sibuk pasai MSO terlampau-lampau menghentam Dato' Husam, kalau ada sekali pun masalah peribadi mereka berdua, janganlah dihentam sebegitu rupa, dia sendiri sebut TGNA minta dia berhenti menghentam Dato' Husam, tapi dalam dia dok bercerita tu dia hentam lagi, apa jenis manusia ni...

Apa yang aku nampak MSO memang jenis manusia pendendam apabila kehendaknya tak kesampaian... hangpa perasaan atau tidak, memang dia dah buat persediaan terancang untuk menjatuhkan Husam, cuba hangpa klik dairymaya MSO dalam blognya, dah masuk siri 11 tajuk baju petak merah... ini pun satu dari usaha penulisannya untuk menjatuhkan Husam.

Sebagai penulis politik, MSO tak peduli apa dia tulis, yang penting dia nak glamour, dia nak terkenal, dengan cara itu blog dia sentiasa di kunjungi pembaca, mempunyai pengikut yang cukup tinggi sampai 371 pengikut, disamping itu buku-buku tulisan politik yang dia nak menjatuhkan seseorang itu laku terjual, memang itu punca dia cari rezeki.....

Sekarang MSO dah rasa terdesak, bila Kickdefella mengeluarkan bukti-bukti mengenai kes projek kambing jamnapari. Pandai pulak mengaku dia tak terlibat, mana ada nama dia sama kat dokumen-dokumen tu, cittt... macam bebudak darjah 1 punya jawapan... hangpa baca blog dia tu hangpa sendiri fikirla... standard MSO yang dah nak hampir terjerat diri sendiri.

Kemudian si MSO ni buat pengakuan yang si Mohd Amin tu bukan kenalan dia... dia kenal Mohd Amin sama dengan kenal Husam, satu lagi cakap yang sukar untuk di percayai... Kalau dah baru saja kenal Mohd Amin kenapa sehingga sekarang dendamnya kepada Husam, cuba hangpa bayangkan... kira hebatlah MSO ni... seorang yang begitu pengasih kepada orang yang teraniaya macam Mohd Amin... walaupun sebelum tu dia tak pernah kenal...

MSO sebelum ini ia sangat berbangga kerana dia ada menulis mengenai ramalannya Anuar akan jatuh dalam era Mahathir seketika dulu, kebetulan dengan izin Allah S.W.T maka berlaku betul kejadian tersebut, itu yang aku selalu baca apa yang ditulis dan diulang-ulangnya... yang mana dia juga meramalkan dengan ini tulisan-tulisannya akan menjatuhkan pula Dato' Husam...

Oiii... jangan takbur sangat... itu semua kerja Allah, kalau dah tertulis yang Dato' Husam akan menggantikan Ustaz Nasa sebagai presiden, tak ada sesiapa yang boleh menghalangnya... itu semua kerja Allah, kalau niat Dato' Husam ikhlas nak memperjuangkan Islam, nak menjatuhkan UMNO laknatullah, Insya-Allah Dato' Husam akan menang pada pemilihan muktamar nanti. Yakinlah... perwakilan yang memilih hanya sebagai sebab sahaja, yang nak memenangkan itu semua kerja Allah.

dribrahim said...

pelik nya puak2 cybertroopers UMNO ni. fitnah baru tup2 timbul mcm cendawan lepas hujan. cekap sungguh reka fitnah.

husam buat itulah husam buat inilah. mcm ni ka suasana dlm UMNO bila ada pemilihan? ketiga3 pemimpin pas husam ust nasa ngn mat sabu tak dinafikan keperibadian mereka. bahkan ahli2 pas sendiri cukup hormat akan pemimpin mereka walau berbeza ideologi.

UMNO UMNO. mmg dtg PRU nnt hangus la. fitnah sana fitnah sini. ikut sedap mulut saja. jaga2 kerana mulut badan binasa

Anonymous said...

Akhirnya terungkai juga satu episod setelah hampir dua tahun. Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan BN – Paloh hari ini memohon maaf secara terbuka kepada Haji Husam Musa.

Bertempat di lobby ADUN di Dewan Negeri Kelantan pada November 22, 2007, YB Nozula Mat Diah telah memanggil satu sidang media dan membacakan tuduhan-tuduhan rasuah terhadap Haji Husam sambil menunjuk beberapa bungkusan bahan bukti yang kebanyakkannya adalah print-out daripada blog Mohd Sayuti Omar.

Setelah sidang media tersebut, YB Nozula dan lebih sedozen ADUN BN Kelantan telah berarak bersama kontijen media ke Pejabat Badan Pencegah Rasuah (sekarang SPRM) Kelantan lalu membuat satu laporan rasuah ke atas Haji Husam dan Kerajaan Negeri Kelantan.

BPR Di Persila 24 Jam Sehari

Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.

Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.

Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.

Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.

Akhirnya, BPR menutup kes setelah mendapati tiada satupun pertuduhan tersebut berasas. Husam menjelaskan tunggakan bil air tersebut dan para sahabat yakin, beliau kini insaf dan bertaubat untuk tidak melupakan tanggungjawabnya membayar bil utiliti.

Namun kegagalan BPR untuk menemui sebarang bukti yang setidak-tidaknya dapat memulakan pertuduhan ke atas Husam tidak meredakan keadaan. Bahkan media-massa langsung tidak mahu membantu menghebahkan secara adil bahawa Husam telah dibersihkan oleh BPR. Maka dengan itu, Husam memulakan tindakan menyaman YB Nozula Mat Diah dan beberapa akhbar.

Nozula Mangsa Blogger

Semalam, pihak YB Nozula telah tiada upaya melainkan membuat permohonan maaf seperti yang dituntut oleh peguam yang mewakili Haji Husam bagi mengelakkan kes itu dibicarakan. Mengelakkan kes itu dibicarakan tentu sekali melegakan banyak pihak terutama blogger yang segala tulisannya menjadi punca Nozula terperangkap.

Namun begitu, difahamkan Nozula juga adalah mangsa. Nozula ditekan oleh Annuar Musa yang ketika itu Ketua Pembangkang untuk menjadi hero setelah Nozula digantung dari menyertai Persidangan Dewan Negeri sehari sebelum itu kerana menendang ADUN PAS. Annuar Musa pula telah bertemu dengan seorang blogger sehari dua sebelum itu untuk mendapatkan pertuduhan-pertuduhan terhadap Husam.

Setidak-tidaknya, itulah yang dimaklumkan kepada pihak Haji Husam.

Anonymous said...

Jawapan Kedua Sayuti Kepada Kickdefella

Sementara itu, Hari ini Blogger Mohd Sayuti Omar telah respons terhadap jolokan pendedahan smsnya kepada Husam dengan mendedahkan beberapa sms Husam terhadapnya.

Sms-sms Husam kepada Sayuti itu adalah seperti berikut,

“Penulis bisa kadang kala ingat tuhan tidak ada. Boleh tulis ikut sedap. Kerana dunia sanggup godam duit rakyat. Insyallah mana yang mahal dan rugikan rakyat kita tolak w pun tak disenangi. Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan. Ya Allah bantulah hamba Mu mengatasi orang yang zalim walau siapa dia.”

Bismilah. Insyallah ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina. Ambo hanya mampu berdoa atas segala aniaya demo. Allah tetap akan penuhi janji bila tiba masanya.”

“Teruskan kemuliaan demo. Tuhan tak dok saja.”

“Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu, manusia tak tahu. Demo mulia. Ambo tak tahu hal demo. Ada menteri mana demo boleh peraugut, buatlah. Tuhan beri tangan boleh tulis lagi, loh la,”
Jelas kepada para pembaca kini, menerusi sms Husam yang didedahkan oleh Sayuti bahawa Husam menghantar sms itu kerana Husam telah diugut oleh Sayuti, lihat keratan sms Husam,

Nilai perjuangan bukan boleh dibeli dengan ugutan.

ambo takkan tunduk pada perasugut demo nak komisyen dgn cara hina.

Demo kutip cari makanlah dgn perasugut tu,
Kepada pembaca budiman saya bertanya, mengapa hendak Husam menghantar sms sedemikian jika dia tidak diugut?

Anonymous said...

Betul Ke Mustafa Ali Salah Guna Kuasa..?
Semalam, kawan gua dari Kedah call gua, bgtau satu cerita panas beb.

Member gua bagitau yg Mustafa Ali (Cikgu Pa) dah salahguna kuasa dia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan kali ni. Ada 2 kesalahan NYATA yg dia dah buat :

1) Cikgu Pa telah turun ke Kedah utk jumpa Ust Azizan. Motifnya? Nak cuba pujuk dan deal ngan Ust Azizan utk pengaruhi YDP2 kawasan kat kedah spy undi Nasa sebagai Timb Pres. Apa cite Pengerusi SPR PAS tolong berkempen utk Nasa?? Gua rasa baik perwakilan kemukakan usul supaya pecat Cikgu Pa drp jawatannya, sebab dah melanggar etika dan akhlak sebagai Pengerusi SPR.

2) Cikgu Pa telah cuba mempengaruhi Ustazah Nuridah, calon Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, untuk menarik diri daripada bertanding, dan memberi laluan kepada adiknya (Dr Asiah Ali). Bab ni yg aku paling tak puas hati. Dah la melanggar etika, pastu ada unsur2 kronisme, nak memenangkan adik sendiri menggunakan cara yg kotor.

Gua dapat info ni daripada sumber yg sahih. Kalau korg semua tak percaya, boleh tanya Ust Azizan sendiri utk kes 1) dan tanya Ustazah Nuridah sendiri utk kes 2).

Nampaknya geng2 Nasa ni dah guna taktik kotor untuk mengekalkan jawatan sebagai Timb Pres. Memperkudakan Pengerusi SPR pemilihan, dan bekerjasama dengan Utusan Melayu sebagai lidah rasmi.

Tapi Utusan Malaysia lupa, bahawa perwakilan2 PAS kali ni lebih bijak dalam membaca percaturan keji UMNO-BN. Perwakilan dah nampak semacam apabila Utusan Malaysia tanpa segan silu memuja Nasa, dan membalun Husam seteruk-teruknya. Budak darjah satu pun tau ni semua menunjukkan bahawa kemenangan Nasa akan memberi KEUNTUNGAN BESAR kepada UMNO-BN, dan kemenangan Husam akan membawa KERUGIAN BESAR kepada percaturan UMNO-BN. Patutnya kalau la Husam ni betul2 ada agenda nak rosakkan PAS, patutnya Utusan Malaysia akan biarkan je Husam menang. Sebaliknya, Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi UMNO telah memburuk2kan Husam dan meminta perwakilan PAS memelihara perjuangan PAS selama ini. Aik? Gila ke apa ni?

Takkan kita nak kena tipu hidup2 dengan percaturan media musuh yg selama ini sering menyerang ulama2 PAS?

Apakah percaturan UMNO-BN ini? Percaturan mereka ialah untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat sebelum tiba PRU-13, dan UMNO-BN tahu bahawa senjata terbaik untuk meruntuhkan komitmen PAS dalam PR ialah dengan menggunakan “orang dalam”, (bak kata TG Haron Din), iaitu org yg hatinya, fikirannya, tindaktanduknya, aktivitinya TIDAK menjurus kepada usaha memperkukuhkan PAS dalam PR. Bukan sahaja tidak berminat nak perkukuhkan PAS dalam PR, malah menjual nama Majlis Syura Ulama untuk menghalalkan pertemuan sulit dengan pimpinan UMNO-BN, disamping menipu AJK PAS Pusat dan Ketua Penerangan sendiri. Ini antara kekesalan Mahfuz Omar tentang penipuan "orang dalam". Boleh baca kat sini : http://gemasuara.blogspot.com/2008/07/surat-terbuka-mohon-maaf-daripada-ketua.html

Memandangkan “orang dalam” itu mempunyai KPI, prestasi yg sangat mandom di dalam parti dan sebagai ahli parlimen, maka perang saraf telah dilancarkan oleh penyokong2 “orang dalam”, kononnya “kepimpinan ulama terancam”, “erdogan vs ulama”, “ulama vs professional” dan macam2 lagi momokan. Tujuannya hanyalah untuk MENGALIHKAN perhatian perwakilan daripada menilai track record, report card, KPI dan merit calon2 yg bertanding.

Walhal TGNA dah banyak kali sebut bahawa isu itu tidak relevan kerana PAS sudah ada Majlis Syura Ulama untuk menjaga, memandu dan menasihati Majlis Eksekutif PAS sepanjang masa. Perlembagaan PAS juga telah menetapkan bahawa sesiapa sahaja boleh diangkat sebagai kepimpinan, kerana konsep kepimpinan ulama sudah didokong dengan kewujudan institusi Majlis Syura Ulama.

Gua dengar cerita, pada awalnya ramai la jugak perwakilan yg TERMAKAN dengan momokan2 yg dijaja oleh parasit2 dalam PAS. Tapi menjelang pemilihan ni, gua dengar ramai perwakilan dah tau duduk perkara yg sebenar, dan kebanyakannya rasa menyesal kerana telah termakan dengan hasutan yg takde asas.

Anonymous said...

Apapun, gua yakin Allah akan pelihara PAS dengan menyelamatkannya daripada menjadi mangsa percaturan “orang dalam” PAS dan “majikannya”(UMNO-BN).

Gua juga yakin UMNO-BN akan kecewa besar pada muktamar kali ni, apabila perwakilan membuat keputusan bijak untuk TIDAK mengundi calon pilihan Utusan Malaysia (Nasa), sebaliknya memilih calon yg DIBENCI oleh Utusan Malaysia (Husam ataupun Mat Sabu).

Ucapan terakhir gua untuk “orang dalam” dan UMNO-BN :

Selamat tinggal UMNO-BN ke lembah kehancuran bersama fraksi2 mereka dalam PAS!!!

Selamat tinggal muqabalah!!!

Selamat menggigit jari kaki melihat perwakilan PAS memartabatkan Islam menjelang PRU-13!!!

Anonymous said...

Heloo semua anti Erdogan atau anti Anwar atau anti Husam!!! Orang2 kau orang panggil pro Erdogan ni lah yang memenangkan PARTI PAS DALAM PRU 12 YANG LEPAS...DAN YANG MEMBANTU KEMENANGAN USTAZ HADI AND THE GANG.. KALAU MACAM NI PERANGAI KAU ORANG TUNGGU PRU 13....KAU INGAT UZTAZ USTAZ SAJA YANG TAHU MINTA DOA PADA ALLAH UNTUK KEMENANGAN PAS DULU...SETAKAT BERTAKBIR SAJA ...TAPI TAK ADA ILMU PROFESSIONAL UNTUK MENTADBIR KERAJAAN MAAF LAH....PUUIIIH

ramli said...

Para perwakilan ke muktamar PAS sokonglah puak-puak yang mendapat dokongan dari Utusan Melayu pasti akan Berlaku Muqabalah nanti .... bermuka2 dan berbalah .. hidup umno !! hidup Melayu !!!Hidup Nasa !!!

AM(Anti Munafik) said...

Salam semua
PAS harus berhati-hati dengan Anuar kerana beliau seorang hipokret.
1)Beliau kata beliau lari ke kedutaan Turki sebab ada orang nak bunuh dia.Memang ada siSaiful tu nak bunuh dia wakaka.
2)Lepas tu pergi ke JAIS nak saman Saiful kerana tidak ada 4 orang saksi.Kn bodoh ugama tu.4 orang saksi kalau pihak ketiga menfitnah kejadian zina.Ayat Quran pun cakap wanita.Ini menunjukkan Anuar ini jahil ugamanya yang tak belajar ayat tujuh pembinasa untuk SPM.
3)Suka menfitnah orang tanpa bukti.Banyak kali memberitau satu dunia akan mengeluarkan bukti yang menggemparkan tapi bila tiba hari itu samaada yang menggemparkan itu haprak atau dia akan cakap satu masa nanti dia akan keluarkan bukti.
4)Seorang yang bangap tentang kewangan.Ketika kerajaan ingin mengeluarkan stimulus,dihentam habis habisan sampai keluar dewan.Selepas satu dunia membuat seperti kerajaan buat baru bising insentif tak cukup..apa ni munafik betul.
Jangan lupa 1997 siapa yang kena pecat kerana bangap buat kerja..he he Anuar durjana lah.
5)Suka menimbulkan isu-isu dan kalau tak terkawal pergi luar negeri biasanya Dubai atau Doha Qatar.Kalau tak Indonesia ya jumpa tukang pijat sebab capik.Malah diambil gambar ketika diurut di Thailand..Hah seorang pemimpin Islam sedang di masaj.Kenapa tak ambil gambar diurut di Malaysia?Ada pernah kita gambarkan Haji Hadi diurut di Thailand?Mana ada tapi Nuar ni kata pandai strategi ke silap strategi.Ditunjuk yang baik...supaya orang tak tengok yang kotor.
6)Bila nak pergi Haji abang Nuar?Rumah dah 5 juta overseas selalu pergi.Takkan tak ada masa nak pergi haji.Mana tau takut kot tak nampak kaabah.Ialah Munafik pun tahu yang dia tetamu yang tak dijemput ke tanah haram..he he
Hari tu kata Kit Siang pergi Umrah..Umrah kat mana?he heUmrah ke hotel murah ha haha ah
Saya memang benci pada munafik seperti Anuar Ibrahim dan Hisahamudin Rais

ashestoashes said...

aih, bila ade benda2 tak baik mula keluar fitnah, dusta, tipu, konspirasi.

tak pernah fikir ke kalau benda2 tak baik tu memang betul2 terjadi? masalahnya ramai org malaysia ni ikut bontot ahli politik yg satu tu,still living in denial.

alhamdulillah parti aku tak tergadai ke tangan dia. hancur impian nak buat negara islam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.