Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 22, 2009

INILAH HASRAT MEREKA Oleh: Pak Ngah.


Sebuah artikel dari Pak Ngah untuk tatapan pengunjung Malaysiawaves"

Mereka memasang perangkap, lalu pelandok memasuki jerat, satu persatu langkah mereka aturkan dan mula gerakkan. Apakah Jemaah dan kepimpinan PAS masih tidak nampak kamana arah tuju UMNO. Bangun lah dari lamunan dan tidur. Lamunan dan tidur inilah petaka yang bakal mengorbankan perjuangan menegakkan kebenaran dan keadilan. Perhatikan satu persatu petikan dibawah ini yang diatur begitu rupa bagi meleburkan PAS tetapi yakinlah bagi yang teruskan perjuangan manakan termakan umpan kilat (tipu) ini. Kalau lautan bergelora telah lama diharungi oleh PAS dengan bantera nya, apakah bahtera ini akan tenggelam kerana sekumpulan pemimpin ini yang menebuk dari dalam, cepat tampalkan lubang lubang yang telah mereka tebuk dan hantarkan mereka dengan sampan penyelamat keluar dari bahtera kerana sampan mereka pasti akan di kutip bahtera UMNO. Jangan di buang mereka kelaut kerana banyak jerung dan kita tidak sekejam mereka.

Lihat petikan Utusan dan Bernama:

Hisham doa PAS tidak berpecah
Muda Mohd Noor | Jun 19, 09 8:02pm
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak mahu PAS berpecah dalam isu perbincangan kerajaan perpaduan antara kedua-dua parti itu.

“Saya berharap tidak berlaku perpecahan berhubung sokongan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa terhadap kerajaan perpaduan dengan Umno,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Umno di ibu negara hari ini.

Bagaimanapun, kata Hishammuddin, jika ada syarat dan perbincangan itu tidak dapat diadakan, maka ia tidak bermakna Umno dan BN tidak boleh meneruskannya mengikut caranya.

“Perbincangan mengenai perpaduan, menurut pendapat saya adalah baik dan diharap ia menjadi kenyataan.

“Jika perbincangan ini menjadi kenyataan, Alhamdulillah. Saya tidak mahu Umno berpecah. (Dan) mengapa (pula) saya mahu melihat PAS bergaduh sesama sendiri.

Hishammuddin menambah “cukup-cukuplah berpolitik kerana saya rasa orang sudah muak dengan politik setiap hari".

Pemuda bimbang gelagat 10 MP PAS

Abdul Rahim Sabri | Jun 19, 09 5:07pm
Pemuda PAS bimbang kenyataan sepuluh ahli parlimennya semalam yang menolak kerajaan perpaduan tidak akan meredakan pergeseran terbuka dalam parti itu yang dilihat semakin retak.

"Tidak perlu ramai membuat kenyataan. Kita harus bergantung kepada keputusan akhir (mesyuarat khas) untuk menyelesaikan masalah.

"Saya menyatakan kebimbangan bahawa saya tidak nampak (kenyataan mereka) meredakan suasana," kata ketua Pemuda PAS Johor, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

June 19, 2009 12:39 PM
Umno Wants Unity Government Talks Speeded Up
KUALA KRAI, June 19 (Bernama) -- Umno wants talks on a unity government to be speeded up and asks PAS leaders to forget past conflicts in the interest of the unity of Muslims in the country.

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin said today he wanted the talks to materialise because he feared that if the matter was allowed to prolong it would create disunity among the Muslims.

"We will not impose any conditions and we accept whatever terms set by PAS. As far as I'm concerned, we have to be open," Muhyiddin, who is also Education Minister, told reporters after a special meeting with educationists at Sekolah Kebangsaan Sungai Sok here.

The Umno deputy president urged PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat to forget about the conflicts between PAS and Umno in the 70s when both parties cooperated to form the Kelantan state governemnt but PAS later pulled out because of internal problems.

"As Muslims we are encouraged to forgive. That was in the past," he said.

Tak wajar Nasharudin letak jawatan - Harun Taib

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMAD
pengarang@utusan.com.my
KUALA TERENGGANU 18 Jun - Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib menegaskan, beliau tidak nampak Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa melakukan sebarang kesalahan besar dalam isu penubuhan kerajaan perpaduan sehingga beliau perlu meletakkan jawatan.
Beliau juga sependapat dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyatakan adalah terlalu awal untuk meminta Nasharuddin berbuat demikian.
"Saya tidak nampak apa-apa kesalahan besar yang dilakukan sehingga kini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Harun yang juga Pesuruhjaya Pas Terengganu diminta mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meminta Nasharudin melepaskan jawatan sebagai Timbalan Presiden parti dan Ahli Parlimen Bachok jika berhasrat meneruskan agenda kerajaan perpaduan.
Berikutan kenyataan tersebut, Azizan dalam reaksinya berkata, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin melepaskan jawatan yang disandangnya sekarang.
Azizan berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.

Sesuatu yang baik wajib dilakukan - Najib
SERIAN 18 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, UMNO percaya sesuatu perkara yang baik seperti cadangan penubuhan kerajaan perpaduan bukan sahaja harus malah boleh disifatkan sesuatu yang wajib untuk dilakukan.
Perdana Menteri berkata, UMNO bersikap terbuka tentang cadangan tersebut walaupun masih belum ada sebarang perbincangan mengenainya dibuat, baik daripada UMNO dan parti pembangkang.
Sehubungan itu beliau melahirkan rasa hairan apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya meletak jawatan jika meneruskan hasrat menubuhkan kerajaan perpaduan.
''Saya tak tau apa di sebalik kenyataan yang dibuat oleh Nik (Abdul) Aziz sebab pada kita, sesuatu yang mendatangkan kebaikan, adalah satu yang harus diusahakan... malah lebih pada harus, kita wajib untuk membuat perkara-perkara yang baik.
''Pendirian kita sesuatu perkara yang boleh mendatangkan rahmat daripada Allah wajib dilakukan," kata beliau pada sidang akhbar di Majlis Pemimpin Bersama rakyat di Kampung Pichin di sini hari ini.

Ketepikan soal peribadi demi Melayu
KUALA LUMPUR 18 Jun - Ketepikan soal peribadi. Itu permintaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim terhadap pemimpin Pas. Hanya dengan berbuat demikian, menurutnya, ikatan perpaduan antara parti tersebut dengan UMNO dapat dimeterai bagi mengelak orang Melayu daripada terus berpecah.
Beliau berharap semua pihak terutamanya pemimpin Pas dapat menggunakan ketajaman minda dalam menyelesaikan isu perpaduan Melayu.
"Perpaduan selaras dengan perjuangan Islam. Perjuangan Pas dan UMNO juga menuntut kepada perpaduan.
"Bersatu padu melalui ummah adalah sesuatu yang dikehendaki dalam Islam dan semua pihak perlu membuka mata serta ikhlas kerana perpecahan tidak menguntungkan sesiapa terutama orang Melayu,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Rais diminta mengulas amaran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam yang bimbang melihat perpecahan teruk dalam kalangan Melayu sehingga menyebabkan kaum majoriti itu kelihatan lemah.
Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu percaya perpaduan antara UMNO-Pas sahaja yang boleh mengembalikan semula kewibawaan orang Melayu di negara ini.

Jangan letak terlalu banyak syarat
KUALA LUMPUR 18 Jun - Pas perlu memperlihatkan minat yang mendalam dan tidak meletakkan syarat-syarat yang terlalu banyak jika mahu menjadikan kerajaan perpaduan sebagai realiti.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan tetap meneruskan kerja membantu rakyat di negara ini sama ada kerajaan perpaduan itu wujud atau tidak.
Justeru, katanya, Pas harus memperlihatkan bahawa ia memang berminat untuk mewujudkan satu bentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO.
"Saya lihat setiap hari ada syarat baru, kalau jadi, Alhamdulillah, tetapi kalau tidak, kita terus jalankan tugas kita.
''Rakyat mahukan kerja kita diteruskan dan saya tengok Perdana Menteri masih bersungguh mahukan agenda besar negara dijayakan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustapha Ali yang mahukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbincang dengan semua parti dalam pakatan pembangkang sebelum memutuskan sebarang kerjasama mengenai kerajaan perpaduan.

PKR tidak menentang perbincangan Pas-UMNO
19/06/2009 5:25pm

ABDUL YAZID ALIAS
SHAH ALAM 19 Jun - Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan pendirian tidak menentang cadangan Pas untuk mengadakan perbincangan dengan UMNO.
Presidennya, Datin Seri Wan Azizah berkata, pendirian itu dibuat kerana percaya perbincangan itu tidak melibatkan pembentukan kerajaan perpaduan.
"Sebenarnya itu adalah rundingan sahaja, bukan melibatkan kerajaan perpaduan.
"Kita tidak menentang mana-mana parti untuk bercakap (berunding) dengan sesiapa," katanya selepas menghadiri ulang tahun kelahiran Aung San Suu Kyi, di lobi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini. - Utusan

UMNO mahu perbincangan kerajaan perpaduan disegerakan
19/06/2009 1:09pm

KUALA KRAI 19 Jun — UMNO mahukan perbincangan dengan Pas mengenai kerajaan perpaduan disegerakan dan meminta pemimpin Pas melupakan persengketaan lama bagi kepentingan perpaduan umat Islam di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata beliau berharap perbincangan itu berjaya diadakan kerana jika perkara itu dibiarkan berlarutan akan timbul perpecahan dalam kalangan umat Islam.
“Kita tidak akan tetapkan apa-apa syarat dan kita terima apa saja syarat yang ditetapkan oleh Pas. Bagi saya kita perlu bersikap terbuka,” katanya kepada pemberita pada majlis Perjumpaan Khas Dengan Warga Pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok di sini hari ini. Muhyiddin adalah juga Menteri Pelajaran. - Bernama

Undi BN boleh masuk syurga juga - Muhyiddin
19/06/2009 2:30pm

KUALA KRAI 19 Jun — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini hari ini. - Bernama

Bagi kepimpinan dan Jemaah yang menolak dengan berbagai tohmahan kepada Tuan Guru Nik Aziz, hayatilah semua petikan diatas. Moga moga dapat dibuat penganalisaan mendalam apa yang tersurat dan tersirat.
Malam ini pasti Pak Ngah akan dapat tidur nyenyak selepas semua yang terlindung akhirnya terdedah secara jelas untuk tatapan semua Jemaah PAS.
.

34 comments:

Anonymous said...

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '

01- Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut ( Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut ) ... Al Qur'an .

ii) Amal ma'ruf nahi mungkar ( Menyeru kepad kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'an .
iii) Tegakkan agama ( Ad-deen ) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah

02 - Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu ) sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai .

03- 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar,agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepada kerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas , betul dan tepat daripada mulut ketua-ketua parti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04- 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasar kerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi. Penghapusan JKKKP(Persekutuan); Hapuskan 'kerajaan dalam kerajaan' mengikut PRINSIP FEDERALISMA yang menghormati wibawa dan prerogatif MB.

05- Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship' supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur , siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06- Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI ( DAKWAT ) digunapakai, semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" , penghapusan UNDI POS TENTERA dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara " ON-LINE'

07- Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal, dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor , peguam, intelektual , professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen( DYMM AGONG ) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai -nilai sejagat dan universal sebagaimana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASAS FUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA ( RAHMATAN LIL ALAMIN ) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan ; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.

Anonymous said...

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?

Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Corong Kita said...

Kita tunggu esok-isnin apa keputusan yg pimpinan akan buat.

http://corongkita.blogspot.com/2009/06/bila-ustaz-madah-berhelah.html

Harap2 jgn ada lagi helah atau hujah yg seakan hendak memperbodohkan rakyat.

Anonymous said...

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Tulang Besi said...

Ini dulu, skrg ramai dah faham dan menolak konsep ini.

Anonymous said...

kesimpulannya...kesemua ini adalah usaha jahat yg terancang oleh Husam Musa yg masih berdendam dgn Ust Nasa. dan disokong pula oleh balaci2 beliau seperti kicdafella, kalid samad, penarik beca, TB dsb.

kalaulah idea perpaduan ini dtg drp Anwar atau pun Husam, nescaya akan dianggap idea yg hebat drp pemimpin agung.

Tulang Besi said...

kahkahkah

dah takda modal pegi maki husam pulak

Anonymous said...

TB tu orang UMNO yang bagaikan cacing kepanasan!

Anonymous said...

Lihat tulisan dibawah, kalau idea Husam Musa, ianya sama juga mangkuk dengan golongan UG juga, memang hampeh la PAS ni.... nasib baik Husam dan lain nya tak lontar idea mengarut macam tu..Kalau tidak 2 x 5 sahaja. nasib lah mereka itu berotak cerdas sikit dan tahu duduk diri dan keperluan penyokong.

Alahai penulis dibawah...nasibmu umpama pungguk merindu bulan ajelah.

Anonymous said...
kesimpulannya...kesemua ini adalah usaha jahat yg terancang oleh Husam Musa yg masih berdendam dgn Ust Nasa. dan disokong pula oleh balaci2 beliau seperti kicdafella, kalid samad, penarik beca, TB dsb.

kalaulah idea perpaduan ini dtg drp Anwar atau pun Husam, nescaya akan dianggap idea yg hebat drp pemimpin agung.

June 22, 2009 10:13 AM

Anonymous said...

Cukuplah jangan sebut lagi apa ni UG. Memang ramai orang tak faham apa dia itu UG. Pencadang pun tak berapa faham apa itu UG. Selalu sebut konsep..konsep...UG'. Konsep UG UMNO/PAS memang orang tak faham. Cadanglah konsep UG Pakatan Rakyat. Hah saya garanti semua orang akan faham. Satu malaysia akan faham. Nak ahli-ahli PAS faham ttg UG UMNO/PAS jangan haraplah. Sampai masa mereka faham Pakatan Rakyat dah berada di PutraJaya.

saji said...

Untuk kita menyokong ijtihad TGNA yang menolak ijtihad TGHA yang beria-ia mahu menyatukan PAS dengan UMNO bagi membentuk Kerajaan Perpaduan atau UG yang dikatakan banyak mendatangkan kebaikan kepada PAS, orang Melayu dan Islam, berbanding dengan sistem dua parti sekarang, kita kena berijtihad (secara jamaah)dengan MENGANALOGIKAN kemahuan TGHA itu sebagai berikut:


MENGAMBIL MATA MAYAT UNTUK KEPERLUAN ORANG BUTA.

Iaitu, mata mayat sebagai PAS, sementara mata orang buta yang mahu diganti itu sebagai UMNO.

Bunyinya memang KERAS. Tetapi, dalam dasar perundangan Islam yang dinamakan Masalih Mursalah yang menjadi pegangan mazhab Hanbali, Maliki dan mazhab kita Shafie', itulah contoh yang sering diberikan mengenai perkara atau masalah baru dalam bab muamalat yang tiada dalilnya yang terang dalam al-Quran, Hadis, ijma' dan qias yang si pengijtihadnya sama ada mereka sengaja MELANGGAR syarat-syarat penggunaan dasar perundangan tersebut bagi menjatuh hukum mengenai perkara/masalah baru tersebut, atau berpindah mazhab menggunakan dasar perundagan lain dalam perkara yang sama yang menjadi pegangan mazhab Hanfi yang dinamakan ihtihsan.

Ia (melanggar syarat)dari segi berikut:

Maslahat iaitu faedah, kebaikan atau manfaat yang dijangka diperolehi daripada usaha memindah mata itu bukan sahaja tidak tetap dan tiada pasti hasilnya, bahkan lebih kepada jangkaan semata-mata.

Antara hujahnya;

1. Ada kemungkinan orang buta yang telah menerima mata tersebut boleh melihat dalam masa tertentu atau terbatas.

Maksud analoginya:

Ada kemungkinan penyatuan PAS dengan UMNO atas nama UG dan sebaginya itu untuk jangka masa tertentu atau hanya semetara, atas faktor yang tidak sukar difikirkan seperti pengalaman pahit PAS ditendang keluar daripada Kerajaan Campuran oleh UMNO dulu, dan untuk tujuan yang mungkin bercanggah dengan 5 matlamt dasar perundangan Islam iaitu memelihara agama, jiwa, akal fikiran dan harta benda.

2. Selepas si buta menerima mata tersebut mungkin matanya sakit dan buta kembali seperti sedia kala.

Maksud analoginya:

Ada kemungkinan setelah beberapa waktu UG itu ditubukan, PAS dan UMNO yang sarat dengan sejarah pemusuhannya entah macam mana berkelahi semula, yang akhirnya, PAS ditendang keluar daripada UG tersebut.

3. Mungkin ketika menjalankan pembedahan kepada si buta itu entah macam mana dikala hendak menukar matanya membawa kepada maut!

Maksud analoginya:

Ada kemugkinan setelah beberapa pusingan perbincangan UG dilakukan oleh UMNO dan PAS, entah macam mana kedua-duanya mengakui GAGAL bersatu.

Pada ketika itu, barang diingat, PAS sudah berpecah dua yang menjelaskan matlamat sebenar mengapa UMNO beria-ia sangat untuk bersatu dengan PAS!

Anonymous said...

DARI HARAKAH DAILY

Poster Nik Aziz punya nilai komersil yang tinggi kata Wan Rahim
Salmiyah Harun
Sat | Jun 20, 09 | 12:27:47 pm MYT
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

Iklan



Jelasnya, hanya poster Tok Guru Nik Aziz sahaja mempunyai nilai untuk menarik pengundi.

"Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi," katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.

"Inilah bukti gambar Tok Guru mempunyai nilai yang tinggi di kalangan rakyat beliau," katanya ketika dihubungi.

Bahkan beliau turut menafikan ketiadaan poster Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan yang digambarkan wujudnya pergeseran antara pimpinan tertinggi itu.

Dalam pada itu, Wan Rahim memaklumkan kesemua jentera parti Kelantan kini sudah berkampung di Manek Urai sejak 13 Jun, dan jenteri parti lain-lain negeri sudah mula membanjiri kawasan pilihan raya itu peringkat demi peringkat.

"Ada di kalangan mereka menetapkan tarikh masiang-masing untuk turun ke Manek Urai. Sebabnya kita kena faham ini satu pilihan raya yang tempoh masanya agak panjang.

"Kita tidak menggesa jentera negeri untuk datang awal sampai akhir ianya terlalu lama. Jadi mungkin jentera negeri akan hadir kemudian sikitlah memandangkan jentera parti Kelantan sudah berkampung," jelas beliau. - mns_


MACAM DAH TAK ADA MODAL LAGI PAS NIH.

NAK LAKSANA HUDUD TAK BOLEH DAH.

SUBSTANCE DAH TAK ADA KAH PAS NI?

TENGOK GAMBO TGNA DAPAT PAHALA

TENGOK GAMBO NAJIB BERDOSA KA?

ADOI.....

PAS SUDAH TAK ADA TARING....
HARI NI PAKATAN SAYS NO TO UNITY GOV.

HERAN YE, APESAL PAKATAN YANG SAY NO?

UNITY GOV NI DGN PAS SAHAJA , BUKAN DGN PKR & DAP.

HIDUNG TAK MANCUNG, PIPI TERSORONG-SORONG.

BEGINILAH NASIB PAS....
DAH TAK ADA SUARA LAGI... SEMUA TAKUT KAT ANWAR.

KALAU PILIHANRAYA, JENTERA PAS YANG KENA TUNGGANG OLEH PKR DAN DAP.

TAPI SUARA TAK ADA.....

KESIAN....

Anonymous said...

Tulang Besi said...

Ini dulu, skrg ramai dah faham dan menolak konsep ini.



Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham.

speak budu only said...

Anonymous said...

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '
-------------------------------------------------------------------------------------
kah! kah! Kah! aiikk murah tu je kau orang jual Pas kat umno?? Kah! kah! kah!

pasal 'Air time' kau jual Pas kah! kah! kah!
melalak kat ceramah malam-malam tak cukup? kah! kah! kah!
buat sidang press-press hari-hari tak cukup? kah! kah! kah!
hari-hari mung belebong dak cukup? kahh! kah! kah!
Air-air, O2, CO2 hok tuhang wi dak cukup? kah! kah! kah!

menjauhi thoghut dengan main dengang troghut dalam gelap? kah! kah! kah!

aml ma'ruf nahi mungkar dengan join puak mungkar? kah! kah! kah!

selamatkan bahasa dengan jual Pas, berbahasa-bahasa memujuk dalam gelap? kah! kah! kah!

nak main dakwat kat jari hantu dalam gelap kena jual Pas? kah! kah! kah!

MP nak buat show masuk tv kena jual Pas? kah! kah! kah!

bersyirik takut pengundi hantu pun kena jual Pas? kah! kah! akah!
main dalam gelap berani!! kah! kah! kah!

lawok lawok lawok kah! kah! kah! senak perut aku Nabil dengan lawak pro umno ni! kah! kah! kah!

Nabil ooo Nabil.... hang kena balik kampung gi ke laut la nabil..! kah! kah! kah!
hang dah tak lawak dah..!!! puak-puak 'ganu ni lagi lawok!!
kah! kah! kah! lawak raja biawok! kah! kah! kah! kah! kah!

Anonymous said...

Bagaimanakah pula dengan hukum berpecah belah? Bilakah ia diwajibkan? Dan bilakah pula ia diharamkan? Atau bilakah ia diharuskan? Berpecah belah di dalam PAS pula bagaimana?

Pertama

Sekiranya berpecah belah disebabkan sesuatu perkara yang diwajibkan, maka wajib kita berpecah belah. Contohnya kita wajib berpecah daripada kumpulan yang mengajak kepada kejahatan. Atau membawa kepada sebarang kerosakan. Maka, kita wajib berpecah belah, sekiranya kita pasti bahawa kumpulan ini adalah yang melakukan kerosakan.

Sekiranya pimpinan menyuruh kita bersatu dengan kumpulan ini, maka ia boleh dibahagikan kepada 3 pandangan yang telah disebut sebelum ini.

- Samada ia adalah bertujuan menyampaikan dakwah, maka hukumnya wajib
- Samada ia bertujuan bergabung dengan kejahatan (bergabung utntuk melakukan kejahatan), maka ia diharamkan
- Samada ia bertujuan strategi untuk menaikkan Islam, maka ia diharuskan. Tetapi, sekiranya ia adalah arahan pimpinan, ia diwajibkan.

Kedua

Berpecah belah menjadi haram apabila disebabkan dua perkara :

- Keingkaran daripada arahan pimpinan (selagi mana arahan tersebut tidak bercanggah dengan al Quran dan as Sunnah). Maka, hukum berpecah disebabkan perkara ini adalah haram.

- Mengingkari perintah Allah SWT, dan RasulNya. Iaitu mengingkari segala perintahNya. Contohnya berpecah belah disebabkan fitnah, berpecah daripada jemaah yang betul dan sebagainya.

Tambahan

Maka, apa yang kita dapat daripada artikel ringkas ini ialah, berpecah belah itu kebanyakannya adalah “jahat” tetapi dalam beberapa situasi sahaja dibenarkan. Contohnya Ashabul Kahfi yang lari daripada pemerintahan, kerana pemerintah yang cuba menjahanamkan Islam. Maka, mereka “bersatu” sesama mereka, untuk “berpecah” daripada kerajaan tersebut.

Bagaimanakah pula dengan perpecahan di dalam PAS? Adakah ia diwajibkan? Atau Diharamkan? Ia berbeza hukum. Sekiranya kita mengingkari atas dasar perpaduan “sesama ahli PAS itu adalah perpaduan yang jahat”, maka diwajibkan kita berpecah belah. Sekiranya ia bukan “perpaduan yang jahat”, maka diharamkan! Hakikatnya adakah PAS itu jemaah yang bersatu membuat kejahatan? Fikirkan sendiri…

Salam Perjuangan

Anonymous said...

TB,
Apabila tersiar berita Majlis Presiden Pakatan Rakyat MENOLAK idea Kerajaan Perpaduan antara PAS dengan UMNO - ramai yang lega dan berasa lapang dada.Namun masih terdengar "salakan-salakan" yang mahukan Kerajaan Perpaduan.Mereka ini datang dari pihak yang telah diupah termasuk beberapa orang penulis "pen for hire".Gulungan ini akan menggunakan nama Annuar Ibrahim,Lim Kit Siang,Husam Musa dan ada juga menggunakan Lee Kuan Yew.Tak usahlah hiraukan mereka,kerana mereka ini "cari makan".

Anonymous said...

Syukur, keputusan dah di buat. PR tolak kerajaan perpaduan. Harap lepas ini tak ada lagi jumpa dalam gelap.
Kemana perginya NASHA, sunyi sepi tanpa berita. Jangan sedeh wahai Nasha, UMNO sedia menerima mu. tak salah masuk UMNO kalau selera sesuai. Semoga anda bolih berdakwah sepenohnya pada orang UMNO. Bayaran juga mungkin mahal, maalumlah UMNO kaya, tak seperti PAS.

Anonymous said...

fatwapujangga said...

Salam.
Mso, sebenar saya amat terkejut apabila diberitahu bahawa kickdefella bertugas di pejabat MB.[gaji buta]beliau tk masuk opis pun,masa beliau banyak di Pejabat GMC, dengan pakaian isteri yang tidak senonoh, serta beliau yang merupakan perokok tegar tanpa segansilu merokok depan tok guru.
Pernah Isteri beliau dengan berambut perang seluar paras bawah lutut mengikuti krew GMC membuat rakaman video disebuah pondok, terkejut kambing para tok guru pondok.
Kemudian dengan menggunakan krew dan peralatan GMC beliau menubuh syarikat lain untuk mendapat projek, duit hasil projek dimasukkan ke akaun persendirian.Apabila beberapa orang staff mempertikai tindakan beliau,salah seorangnya bernama Hasri mereka ini telah dipecat kerja 24 jam.
Hasri telah mengadu hal ini kepada SUP, si Anwar Bukri, Jawap anwar" Ambo dok tau apo-apo , tak leh buat gapo".Kick tidak pernah menjadi ahli pas macam Mso juga. Ini lah musuh dalam selimut yang dipelihara oleh Husam Musa.Teruskan pendedahan kelicikan politik Husam Musa ala-ala umno ini.Selamatkan PAS dan selamatkan kerajaan kelantan dari Husam Musa dan Kickdefella.

Abd Razak said...

Utk semua yg kata YB Husam jahat dan mcm2 lg kalau x kerana ketegasan Husam le yg PAS hentikan segala perbincangan mengenai kerajaan perpaduan ini..cuba kalau xde org yg bersuara.Apa yg jd?Sedar2 je PAS dh join bn.X ke haru dibuatnya.Nasib baik ada org cam TGNA dan Husam serta yg lain2 seperti Khalid Samad,Sallahudin Ayub,Mahfuz Omar dan lain2 yg berani dan tegas menentangt idea ini.Kalau x kerana nasa yg mulakan idea ini PAS xkan jd camni punya.Sedarlah wahai saudara.Org PAS skrg ni bukan mudah nk diperbodohkan cam dulu lg.Kenapa skrg ni golongan2 yg beria2 nk kerajaan perpaduan ni syp?KERANA MEREKA DH XDPT SOKONGAN YG KUAT UTK MENERUSKAN IDEA INI.TP IGT.STATEMENT BERSAMA ANTARA USTAZ HADI,DSAI DAN LIM KIT SIANG DIBUAT ATAS DASAR PAKATAN RAKYAT.Belum atas dasar PAS lg.So kene berhati2 jugak.Alhamdulillah TGNA bertegas.Baru sikit diorang dh kecut.Jgn igt korang senag2 nk pijak kepala TGNA...

Anonymous said...

Bekas pengasas SIS, Cik Salbiah Ahmad sendiri mengakui antara sebab mengapa beliau telah keluar dari pertubuhan tersebut dan tidak mahu lagi terlibat dengan pertubuhan itu adalah kerana isu tudung. Di dalam bukunya yang bertajuk “ Critical Thoughts on Islam , Rights and Freedom in Malaysia ( 2007 ) beliau menulis seperti berikut ( lihat m/s 8 dan 9 )

“ Salah satu sebab untuk saya meninggalkan dan tidak lagi menyertai SIS pada tahun 1997 , pertubuhan yang saya tubuhkan pada tahun 1987 adalah kerana isu tudung.. Dalam pertemuan pertama dengan wakil Yayasan Ford ( Ford Foundation ) , salah seorang anggota SIS telah membuka tudung yang saya pakai. Anggota SIS tersebut tidak mahu mana-mana ahli SIS dipandang oleh pembiaya SIS adalah mereka yang “jenis bertudung ( “tudung type” ) , tidak progresif , fundamentalist dan obscurantist ( golongan yang kabur ) . Saya terasa dihina dengan dengan tindakan ahli SIS tersebut dan saya memaklumkan hal tersebut kepadanya di dalam pertemuan tersebut. Tetapi ahli SIS tersebut tidak berubah dan bagi saya tindakan tersebut tidak menghormati pilihan saya ( untuk bertudung )”

Anonymous said...

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

Rozana said...

Pohon ulama dan profesional di dalam PAS mengembleng tenaga dan fikiran mewujudkan program ilmiah dan sosial yang menyerlahkan lagi slogan PAS for all berlandaskan Islam yang maha indah dan mendamaikan fitrah manusia itu. Kalau non-muslim dah boleh terima sistem perbankan Islam, why not other sectors.
Ayuh kita berjuang merobohkan taghut dan menegakkan keadilan & kemaslahatan utk semua dunia & akhirat.

Anonymous said...

Dalam pada itu Nik Aziz juga telah memperbetulkan semula satu lagi kesilapan yang dianggap melampau oleh golongan tertentu di Kelantan yang melarang mana-mana pemimpin Pas yang menyokong idea unity government daripada menghadiri diri pada pilihan raya kecil Manik Urai.

Permintaan Nik Aziz supaya semua pemimpin Pas ramai-ramai ke Manik Urai itu menjelaskan larangan yang dikenakan ke atas pemimpin tertentu itu tidak sah dan ianya dibuat tanpa pengetahuan Nik Aziz selaku Pesuruhjaya dan ianya pandai-pandai pemimpin tertentu saja. Mereka yang bertanggungjawab membuat 'arahan' itu seharus memohon maaf kepada Tok Guru dan juga pemimpin yang dimaksudkan agar tidak hadir di Manik Urai.

Anonymous said...

haron din sebut "musuh dalam selimut", bagaimana pula "duri dalam daging"? yang ni kena buang, kalau tak buang tak akan hilang 'sakit' dalam pas. yang utama dan pertama ialah cikgu pa, kalau nak bukti pas kena buat bedah siasat...

Anonymous said...

bab kempen kat manek urai, hok sokong ug takleh gi. biaqpi depa sendiri pikiaq, nok gi ko toksir. kena weigh la pro dan kon nya. tak kan tak gheti lagi nak buat 'appreciation of the situation'. jumpa senyap2 tu tanpa 'appreciation', yang terima akibatnya bukan sahaja individu yang buat kerja tak senonoh tetapi juga parti. manek urai ni pung gitu jugaklah, 'appreciate' keadaan dulu. hok comelnya dok payahlah... especially cikgu pa... ayah cik kena buat 'appreciation' jugak... dia mungkin 'kelentong' ayah cik.

Gedong Lalang said...

Pemimpin Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk
menolak cadangan "Unity Government" yang diilhamkan oleh Umno/BN. Juga dipersetujui akan memperkasakan Pakatan Rakyat untuk menghadapi Umno/BN dalam PRU 13 yang akan datang.

Setelah isu penolakan UG selesai kita patut menumpukan sepenoh perhatian kepada PRK Manek Urai yang akan diadakan pada 14hb Julai,2009. Hendaknya ada semangat kerjasama diantara parti gabongan Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kerusi tersebut.

Anonymous said...

Gedong Lalang said...
Pemimpin Pakatan Rakyat dengan sebulat suara bersetuju untuk
menolak cadangan "Unity Government" yang diilhamkan oleh Umno/BN

Bukankah idea ni datang dari Hadi. Apesal tiba-tiba ianya cadangan UMNO/BN. ?

UMNO cuma terima cadangan tersebut.

Yang sibuk pasal unity government ni sebenarnya PAS. Lepas tu si Anwar dalam press statement kata ini semua fitnah dari UMNO.

Fitnah ape menda?

Fitnah maksudnya menyebar perkara palsu.
Yang Hadi & Nasha dok buat statement dalam media ni semuanya fitnahkah?
tidak pernah wujud?

The fact is :
1. Anwar don't like this idea kerana PR akan runtuh.
2. Anwar diktator PR kerana menenggelamkan idea PAS ( Hadi )
3. PR akan runtuh jua kerana pembicaraan kes Anwar akan mudaratkan pengaruh Anwar, kerana banyak FAKTA akan bakal terbongkar.

Anonymous said...

Ever wondered why PKR symbols as it is?

The one eye?

Mata Anwar Ibrahim yang lebam kah?

Watch the whole series...

http://www.youtube.com/watch?v=b1k6_VXyyKk&NR=1

saji said...

Salam Rozana,

Untuk laksana program ilmiah/sosial PAS bagi meyemarakkan selogan PAS seperti yang Rozana cadangkan, PAS kena segera wujudkan unit -unit jemaah R&D meliputi seluruh bidang - agama, politik, ekonomi, undang, sosial, seni, sains, teknologi dsb. yang menggabungkan golongan ahli agama, kemanusiaan dan teknikal atau sains.

Nak tahu macam mana nak lakuan dan melihat contohnya, tanya ISDEV, Universiti Sains Malaysia.

Anonymous said...

Kain rentang BANTAHAN RAKYAT, orang Bachok dah rasa tertipu ke? Sama seperti orang Pasir Mas sudah menyesal PANGKAH/UNDI makhlok suka MELOMPAT-LOMPAT @ BERDALIH-DALIH & KELUK KELEK @ TAK LEKAT UNJAK ... dok hambat harta .... PRU13 nanti sah rakyat perebah calun jenis puak-puak ni!

Anonymous said...

UMNO di kala ini tenggelam dalam lautan duka kerna ukhuwwah dal PAS tertaut kembali,Sementara pencinta PAS berpesta gembira menitis air mata syukur tak terkata atas kurnia tuhan.Ada makhluk lain juga berduka seperti UMNO berduka.Ketahuilah!jika ada sebesar zarah rasa duka dihatimu kerana berakhirnya sengketa ini,kamulah sebenarnya fraksi UMNO walau segunung sumpah dilafaz mengaku pencinta PAS tegar.

Anonymous said...

The future of PAS is with PR, they will be relegated to the status of prostitutes by UMNO morons once UMNO crooks trick them like what happened before. As the saying goes, "once beaten twice shy", Tok Guru is an experienced and principled politician whom I respect highly. Those prostitutes in MCA or Gerakan can go do HELL, I don't give a damn whether they are Chinese or not. For Tok Guru I pray and wish him good health and long live. We need more leaders like him, NOT opportunist, so our Nasha please take a lesson or two from Tok Guru.

Anonymous said...

Janganlah Tulang Besi berasa dukacita kerana gagal memecah belah PAS. Cukuplah tu, muhasabahlah diri dan semoga bolih berubah menjadi orang yg berfikiran terbuka.

Anonymous said...

SAF's 1st Malay general

Colonel Ishak Ismail (left) became the first Malay general in the SAF. --PHOTO: ST

TO HEAR Colonel Ishak Ismail, 46, tell it, his decision to become a regular officer in the Singapore Armed Forces (SAF) was greeted with some incredulity.

He recalled on Thursday that someone asked him pointedly: 'This is your name - you sure you want to sign on?'

He has replied in the affirmative many times in the last 28 years.

On Thursday, his time in the military was capped in historic fashion - in his becoming the first Malay general in the SAF.

He was one of five colonels at the head of the SAF's annual promotion list and gained the rank of Brigadier-General or Rear-Admiral (One Star).

The other four were: Col (Dr) Benjamin Seet and Col Lee Shiang Long from the Army; the Republic of Singapore Navy's Col Tan Wee Beng; and Col Kwek Kok Kwong of the Republic of Singapore Air Force.

The five were among 464 from all three arms - both regulars and operationally-ready National Servicemen - presented with their certificates of promotion at a ceremony at Bukit Gombak Camp on Thursday.

The promotions take effect from July 1, which is SAF Day.

For Col Ishak, moving to the rank of Brigadier-General is reward for what he calls a consuming passion: Developing people to their potential.

Calling himself a 'servant leader', he said: 'What gets me up in the morning and gives me the passion every day is the same reason I became a regular officer: Being able to influence people to something that they may not see themselves accomplishing.'

He has served in numerous appointments and is now the Commander of the 6th Singapore Division. Last year, he received the Public Administration Medal (Silver) (Military) Medal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.