Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 30, 2009

Isu Manek Urai: Undi UMNO = Undi Untuk Judi di Malaysia

Penduduk Manek Urai wajib menghantar amaran yang keras kepada UMNO dan Najib Tun Razak bahawa mereka menyayangi agama mereka dan mereka tidak akan bertoleransi kepada sokongan UMNO terhadap industri judi di Malaysia.

Dalam bulan pertama Najib Tun Razak memegang jawatan Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan 10 lesen “cabutan bertuah” (special draw) yang membesarkan lagi aktiviti judi “halal” di Malaysia.

Ikuti laporan di bawah:

KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.


Terjemahan: “Oktober lepas, kerajaan secara senyap2 telah memberi kepada tiga syarikat judi 10 lagi (kebbenaran) “Cabutan Bertuah” dalam setahun di dalam usaha merekan untuk menaikkan lagi hasil pendapatan kerajaan Malaysia di dalam antisipasi kemelesetan ekonomi dunia yang semakin menghampiri Malaysia.

Tindakan itu dibuat oleh TImbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak, sebulan selepas beliau memegang jawatan Menteri Kewangan dan tindakan tersebut tidak diwarwarkan kepada umum kerana dikhuatiri akan mendapat serangan yang mereka yang konservatif seperti PAS”


Saya menyeru mereka yang bertanggungjawab terhadap penerangan semasa PRK Manek Urai untuk memperbesarkan isu ini. Saya yakin, tiada pengundi di Manek URai yang mahu mengundi parti yang memperjuangkan industri judi seperti UMNO.

Islam Hanya Bahan Propaganda UMNO Semata-Mata

Sebusuk-busuk DAP yang bukan Islam, namun mereka tidak menambah bilangan premis judi di negeri yang mereka perintah seperti Penang. Malahan, di semua negeri yang diperintah Pakatan Rakyat, tidak berlaku penambahan premis judi.

Namun, UMNO yang kuat berkokok, kononnya mereka mahu membela Islam dan Melayu telah menambah lagi aktiviti judi di Malaysia.

Tidakkah ini satu bukti betapa UMNO ini parti yang munafik. Di satu segi, mereka berkokok mempertahankan Islam. Di segi yang lain, mereka berselingkuh dan bersekedudukan dengan tokeh2 judi dan arak.

Tindakan Menolak Kerajaan Perpaduan Adalah Tepat

Tindakan Tok Guru menolak apa-apa hubungan dengan UMNO adalah tepat dan cermat. Mana mungkin PAS memperjuangkan Islam dengan mereka yang menjadi agen dan balachi kepada tokeh judi dan arak.

Saya ada membaca blog Mahaguru58 dan saya ketawa berdekah-dekah di atas kebodohan beliau. (Rujuk artikel beliau “Muslim Unity in Malaysia?" )

Beliau cukup marah apabila PAS menolak idea bekerjasama dengan UMNO dan beliau menuduh kononnya PAS membuang Islam dan bersikap seperti munafik kerana bekerjasama dengan DAP.

Saya nak Tanya Mahaguru69, adakah bekerjasama dengan balachi tokeh judi macam UMNO ini dapat membela Islam?

Tulang Besi

14 comments:

Nizam Mahmud said...

Saudara TB dan semua sekalian,

Dalam satu demonstrasi menentang forum yang dianjurkan oleh Bar Council, murahguru58 ini lah yang bertengkar dengan seorang ahli PAS.

Beliau tidak pernah meminta maaf sebalik nya memberikan justifikasi bahawa ahli PAS itu bersikap kurang ajar pada beliau.

Saya tidak mahu mempertikaikan siapa yang benar, siapa yang salah. Itu hak dia untuk marah siapa saja yang dia suka.

Soal nya sekarang, orang yang sama ini, iaitu murahguru58 mahu;

1. Ahli PAS untuk memaafkan UMNO atas kesalahan membunuh As Syahid Ibrahim Libya dah pengikutnya ahli-ahli PAS. UMNO tidak pernah minta maaf pada PAS untuk dosa ini.

2. Ahli PAS untuk melupakan bagaimana polis menembak ahli PAS hingga cedera parah di Terengganu. Polis dan UMNO tidak pernah meminta maaf juga.

3. Ahli PAS untuk melupa dan memaafkan UMNO yang mendiskriminasi dan menzalimi ahli-ahli PAS di kampung-kampung seperti pemberian bantuan dan sebagainya.

4. Ahli PAS untuk melupa dan memaafkan UMNO yang menzalimi kerajaan Melayu-Islam Kelantan selama hampir 20 tahun. Pernahkah UMNO minta maaf dari Nik Aziz dan rakyat Kelantan atas dosa ini?

5. Ahli PAS untuk melupa kan dan memaafkan UMNO yang selalu menghina dan menfitnah PAS di dalam media-media perdana.

Pendek kata, ahli PAS hendaklah memaafkan semua dosa dan hutang darah, dosa fitnah, dosa menzalimi UMNO pada PAS selama puluhan tahun lama nya.

Semua nya atas 'perpaduan Melayu-Islam' walaupun UMNO tidak pernah meminta ampun dan maaf dari ahli-ahli PAS yang dizalimi ini.

Sekarang, poin saya;

1. Murahguru58 ini sanggup marah di khalayak ramai seorang petugas PAS, mungkin kerana seorang petugas PAS terkasar sedikit dengan beliau.

2. Hanya terkasar sedikit pun Murahguru58 tidak 'mampu' memaafkan petugas PAS tersebut, sekarang ini beliau hendak ahli PAS memaafkan semua dosa dan hutang darah UMNO pada PAS selama puluhan tahun lama nya?

3. Kononnya perpaduan Melayu-islam ini lebih penting untuk menghadapi yang di katakan ancaman pada Islam. Tetapi beliau tidak dapat menunjukkan perpaduan untuk petugas PAS yang juga hadir bersama-sama untuk berdemonstrasi terhadap Majlis Peguam.

4. Kita pernah diajarkan bahawa antara ciri orang munafik ini adalah perkataan yang keluar dari mulut tidak sama dengan perbuatan. Sebagai contohnya, Abdullah Ubai di depan Nabi dan para sahabat berjanji setia dan menyokong Nabi tapi dia sendiri tak buat demikian.

5. Apakah nilai nya nasihat yang keluar dari mulut seorang yang perbuatannya menunjukkan ciri-ciri Abdullah ibnu Ubai? Nilai nya ialah tak payah di dengar. Buat pekak jer.

Fikir-fikir kan lah.

Link:

http://www.youtube.com/watch?v=mbC7hZJrp3I&feature=related

NOTA: Lihatlah sikap angkuh murahguru58 seperti berkata "Saya mahaguru58, jangan cakap sebarangan dengan saya"


http://mahaguru58.blogspot.com/2008/08/protest-against-bar-council-photos-and.html

Nota: Baca lah Murahguru58 berkata 'So, Mahaguru58 as usual had to put the fellow in his place and apologize to me for being so bloody arrogant and rude'

Sebab orang PAS terkasar dalam masa tak sampai seminit, adalah tugas nya untuk 'put the fellow in his place' dan tugas nya untuk buat ahli PAS itu sampai meminta maaf.

Tapi bila UMNO zalim berpuluhan tahun lamanya, PAS tak perlu 'put UMNO in their place' pulak? Kena maafkan demi ummah? UMNO tak perlu maaf kan ker wahai murahguru58 munafik?

Nizam Mahmud said...

ralat:

UMNO tak perlu maaf kan ker wahai murahguru58 munafik?

patut nya ditulis

UMNO tak perlu minta maaf dari PAS ker wahai murahguru58 munafik?

Saranan saya;

Ahli-ahli MBA diminta untuk tukarkan Muslim Bloggers Association kepada Munafik Bloggers Association.

Ini bertepatan sekali dengan sikap munafik Presiden kamu itu wahai ahli MBA.

Sekian, Terima Kasih

Anonymous said...

TB,

Menyokong UMNO bukan saja menyokong pemberi permit judi malah lebih dari itu.Permit arak,permit rumah urut,permit hiburan yang melampau - cakap aja apa jenis maksiat,UMNO yang keluarkan permit.

Ana pun tak faham bagai mana ada orang PAS mau tidur sebantal dengan gulungan ini.Sungguh pelik bin ajaib!
Pengundi Manek Urai mesti hantar message kepada UMNO - grombolan mereka sudah tidak diperlukan lagi dibumi Malaysia ini.

MarGeeMar said...

11 Dalil Mengapa Umno Akan Kalah Di Manek Urai. Baca disini...http://margeemar.blogspot.com/2009/06/11-dalil-mengapa-umno-akan-kalah-di.html#links

Gedong Lalang said...

Tindakan TGNA menolak apa jua hubungan dengan Umno/BN adalah tepat. Tindakan Pas menolak Kerajaan Perpaduan bersama Umno adalah satu tindakan yang bijak. Tindakan Pas, DAP dan PKR mengukuhkan permaufakatan Pakatan Rakyat amat dialualukan.

MENJ said...

Assalamualaikum semua,

Saya kenal siapa mahaguru58 ini sebenarnya dan pernah bersama dengan beliau menghadiri beberapa program atau ceramah. Dari dahulu lagi beliau memang mahu melihat suatu "kerajaan perpaduan" antara UMNO dan PAS tetapi pada ketika itu beliau agak moderat dan tidak melampau atau angkuh seperti sekarang. Saya sudah memutuskan tali persahabatan dengan beliau kerana fitnah yang dilontarkan olehnya terhadap saya di dalam blognya kira-kira setahun yang lepas. Jadi saya tidak mahulah hendak bercampur dengan orang seperti ini.

Idea untuk menubuhkan Muslim Bloggers Alliance asalnya merupakan idea saya dan beliau hanya "mengambilnya" untuk digerakkan tetapi sehingga sekarang, MBA ini gagal didaftarkan dan seperti hidup segan, mati tak mahu.

Wassalam.

- MENJ

Nizam Mahmud said...

MENJ,

Kalau begitu jalan yang terbaik adalah untuk ahli MBA mengusulkan agar tukar presiden baru.

Sebab saya begitu kritikal terhadap murahguru58 dan sifat munafik beliau adalah kerana beliau dengan bangganya mempromosi diri sebagai Presiden Muslim Bloggers Association.

Saya tidak mahu hanya kerana perangai angkuh dan ego nya itu menyebabkan nama Islam tercemar.

Bayangkan, sudah lah bilangan yang hadir demo itu kecil, beliau masih lagi sempat untuk bergaduh sesama mereka yang juga turun berdemo.

Inikah sikap orang yang melaungkan perpaduan?

Baik lah, kita boleh terima hujah dia yang kata kan ahli PAS itu kurang ajar, tapi adakah sikap angkuh beliau itu boleh diterima?

Lihat saja dengan jelas beliau dengan angkuh nya berkata "Saya mahaguru58, jangan cakap sebarangan dengan saya! Dia tak tau saya siapa!"

Nabi mana yang ajarkan beliau untuk bersikap angkuh begitu?

Dengan title yang bergelar Presiden Muslim Bloggers itu, dan dengan sikap angkuh, sombong dan ego nya itu sudah cukup membuatkan Islam mendapat nama yang begitu buruk.

Kalau ahli-ahli MBA tak sanggup nak tukar dia, saya sudah sarankan tadi, tukar saja pada nama Munafik Bloggers Alliance.

Kalau sudah ditukar nama, sila lah untuk angkuh dan suka bergaduh. Tiada siapa yang akan salahkan Islam.

Gedong Lalang said...

Dalam masa sebulan setelah Najib menjawat jawatan Menteri Kewangan semasa pemerentahan Pak Lah beliau telah memberi lesen untuk beroperasi kepada tiga buah syarikat perjudian. Tidak cukup pada itu beliau telah meluluskan pertambahan 10 lagi cabutan bertuah dalam masa setahun pada syarikat yang sedia ada.

Lim Guan Eng sejak memerintah Pulau Pinang serta negeri negeri Pakatan Rakyat belum ada yang menambah premis perjudian. DAP serta Pakatan Rakyat begitu sensitif dengan isu perjudian manakala Umno/BN tidak peka walaupun mereka judi itu haram. Dimanakah ulamak ulamak Umno yang tidak berani menegor sikap pimimpin pemimpin Umno/BN.

Diharap pengundi pengundi di RPK Manek Urai dapat memberi sepenoh sokongan dan mengundi calon Pas untuk mempertahankan kerusi tersebut. Jika undi Umno akan menggalakan lagi pertambahan pusat perjudian untuk menambah hasil negara.

MENJ said...

Sebenarnya, beliau hanyalah merupakan Presiden "pro-tem" (sementara) sebuah organisasi yang belum didaftarkan. Saya sendiri telah dilantik sebagai Setiausaha Agung "pro-tem" pertubuhan MBA ini. Mesyuarat agung MBA yang pertama dibuat di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melawati dan yang hadir pada waktu itu dalam sepuluh orang. Asalnya, tujuan penubuhan MBA adalah untuk menyebarkan dakwah Islam selain daripada memperkukuhkan PAS dan menjawab propaganda-propaganda negatif yang dilontarkan terhadap PAS. Malangnya, "pro-tem" Presiden yang dilantik telah memperlakukan MBA seolah-olah ia merupakan projek beliau sendiri, dan saya telah "dipecat" olehnya kerana dakwaan salah-laku (yang sebenarnya merupakan fitnah dari beliau).

Sekarang ini MBA sudah gagal melaksanakan fungsi seperti yang dipersetujui di Markas Tarbiyyah PAS Taman Melawati dan presiden "sementara" itu telah menonjolkan dirinya seolah-olah beliaulah organisasi MBA itu. Maka anda bolehlah faham sendiri sikap sebenar beliau terhadap gerakan Islam.

- MENJ

speak no budu said...

ini semua cerita lapuk!!

macam cerita peleknya seekor lembu yg ada dua tanduk!!
apa yg kita buleh harap dari cerita macam ni?
siri ulangan keburukan manusia2 yg sememang buruk rasanya kureng faedahnya..
macam tambah garam kat kicap masin!

selain politik undi, apa lagi perjuangan politik islam?
macammana dgn isu kewangan islam, macammana dgn industri islam, teknologi islam dan lain-lain
selepas 50th apa yg jemaah islam Pas sudah sediakan utk gantikan sistem umno yg korup??
saya pikir AL-ARQAM lakukan dgn lebih baik!!

adakah semuanya perlu dilakukan selepas menang piliharaya?
adakah kita yakin islam boleh menang dgn sistem politik demokrasi yg tidak islam?
adakah kita wajib percaya politik jenis ini perjuangan islam?

adakah ini seperti memanggil H1N1 untuk selsema babi??

adakah jemaah islam tidak mampu melaku semua urusan islam tanpa politik undi? tanpa sempadan negara? tanpa geran dan royalti minyak?
apakah jemaah? apakah kemampuan jemah? apakah kerja jemaah?

apa yang Pas sudah lakukan selain dari poltik undi?
selain dari tarbiyah dan usrah? selain dari PASTI dan SAR?
Macammana dgn makanan haram, ayam tak semelih, riba dll yg dok menghitamkan hati perut orang islam?
komang dan naif sangatkah jemaah islam terpaksa menumpang sistem orang lain? nak tunggu menang undi?

musuh islam tak menang piliharaya pun semasa depa bagi pinjam sistem depa kat islam dulu!!
komang sungguh jemah dan aktivist islam!!!

tanya, tanya dan tanya apa dah jemaah sumbangkan? cukupkah? cukupkah dengan membuktikan Umno jahat?

kata la umno serahkan malaysia pada Pas.. apa nak buat? apa nak bagi pada rakyat?

Takkan baru nak buat paper kottt? komang la!! tersangat la komang..

Anonymous said...

Raja Petra Kamarudin

WHAT THE PRESS DID NOT REPORT
Cross-Examination of IGP On 25/6/2009

For the first time in the history of the PDRM and court proceedings, the IGP PDRM, Tan Sri Musa Hassan, gave evidence against the former Director of Commercial Crime Investigation Dept (CCID), Dato Ramli Yusuff, in a trial in the Kota Kinabalu Sessions Court. The Judge is Puan Supang Lian, the DPP Is Kevin Morais (KM), the lead Defence Counsel is Dato Shafie Abdullah assisted by his junior Badrul and a Sabah counsel, James Tsai (JT). This is an account of what the press did not report.

Judge: Are parties ready to continue with the trial?

KM: Prosecution is ready with its most important witness, the IGP, Tan Sri Musa Hassan.

Badrul: Dato’ Shafie is not in court today, but we are ready to proceed.

Judge: Why is lead counsel not present when the most important witness is giving evidence? Isn’t that the point for admitting Dato Shafie to the Sabah Bar for this case. Anyway no adjournment, Mr James Tsai our Sabah counsel can conduct the case. Please proceed.

IGP wink to KM. Prosecution proceeds to conduct examination in chief. IGP contradicts all his other Directors who had previously given evidence. JT did not ask to reserve cross as was previously done for Dato Shafie.

Cross examination by JT

Q1: You are the 75th witness in this case?

IGP: I am. But please note what the DPP and Judge said, I am the most important witness because I am the IGP PDRM, the highest ranking police officer to give evidence for this case.

Q2: You would be aware that prior to you, there were already the following witnesses:- (a) 33 Police Officers; (b) 26 Government Civil Servants; (c) 15 civilians. A total of 74 witnesses?

IGP: That may be so. But obviously you did not hear the DPP and the Judge. I am the most important witness.

Q3: Why so many witnesses?

IGP: DPP Kevin Morais likes to have many witnesses. The more the merrier… I mean better. It shows the importance of the case.

Q4: But this is just a case about abuse of power in using a police aircraft, yet the number of witnesses is more than a murder case? Is that a good prosecution technique?

IGP: You see, we have no time constraints since we only interviewed all these witnesses after we have charged Ramli. Also, we must spare no effort to secure a conviction especially since one witness after another did not help prove the case, we just add on more witnesses until we get the witnesses who will say what we want them to say. If they still do not comply, we charge them like what we did to Dato’ Gen Yassin. Although he is a former army general, we still charge him. In that way all other witnesses will co-operate. Also the judge will get tired and relent. Yes, in that sense it is a good prosecution technique.

Q5: So your presence in court is to secure Ramli’s conviction?

IGP: Of course! As the most important witness, it is my duty to finish of what we started.

Q6: And what did you start?

IGP: Obviously you Sabah lawyers are ignorant of current affairs. We started with the newspapers getting the public excited about the RM 27 million Cop. Ramli then fell into our trap to make that Press Statement. So A-G Gani Patail and I told our PM that this is not good for the country. Also, we needed to boost the image of the ACA, which will be re-branded as the MACCA, so we need to have these road shows to boost public confidence.

Q7: Boost public confidence?

IGP: Yes, because that blogger RPK has been writing about rising crime and corruption and linking it to Putrajaya. That is no good for the country and makes us less competitive than Singapore. You see RPK is a Singapore agent echoing what Lee Kwan Yew has been saying about crimes in Johor when I was CPO and in the whole of Malaysia when I became IGP. Also at that time, we were just about to legitimise the Alongs aligned to us to be licensed moneylenders to boost the economy. Public confidence is very important to attract FDI.

continous.... http://mt.m2day.org/2008/content/view/23674/84/

Anonymous said...

Judi? Itu saja?
Yang beribu orang PAS dok pi Haji & umrah atas khidmat Tabung Haji idea siapa?
Zakat Malaysia siapa kelola?

jakim, ikim, jabatan agama, mahkamah shariah, etc etc kerajaan mana yang buat?

Nampak sangat dah tak Ada modal.
Mungkin lepas ni semua pengundi bukan Islam akan tidak menyokong pakatan rakyat kerana tidak Akan membenarkan mereka berjudi.
Dan sejak bila kerajaan membenarkan orang Islam di Malaysia berjudi?

PAS dah kehabisan idea?
Dah berpuluh tahun dok pakai isu ini, masih lagi tak perintah Malaysia .

Isu ni mungkin laku di Manek urai , tapi kalau di tempat DAP tak boleh dipakai.

Jadi dimana relevan Dan konsisten pakatan rakyat?
Satu formula yang tidak mungkin berjaya?

anaklangkawi said...

Salam.. NI fatwa terbaru ka? Undi UMNO=Undi Judi?

Ni fatwa tok guru ka fatwa malaysia waves?

Kelakar.. meh kita tinjau apa yg PAS dah buat utk tegakkan Islam di 5 negeri opss 4 negeri setelah kuasai negeri2 ini..

hmm................
takdak LAAAAA..
ARAK ttp dijual berleluasa di Langkawi, Selangor makin byk pusat maksiat tumbuh bagai cendawan.. Perak? heheh. nasib org Islam take over balik.. kalo tak jadi balaci DAP ja..
Penang? hehehe.. taknak komen.

p/s: jgn dok keluaq fatwa bukan2.. dosa besar..

Tulang Besi said...

Anaklangkawi,

HAng pernah pikiaq tak sapa yang dok bagi lesen judi dgn arak kat Malaysia ni?

PAs ka UMNO?

Hahahahaha. Kat Selangor, lesen2 premis arak dan judi yang baru ada syarat ketat tak diizinkan orang Islam membeli dan berkunjung.

kat Johor ada ka?

Kat Perak pun sama sebelum kena rampas dan kat Kedah pun dah stat.

Dah ada orang Islam kena tangkap beli judi kat Selangor.

Bila kita halang orang melayu/islam beli judi, otomatik kedai2 ni nanti banyak yang tutup.

Tak payah nak buat usul tutup

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.