Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 2, 2009

" ..kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira" - Tok Guru Nik Aziz



Terkini dari Kota Bharu:

“Erdogan (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru berkata demikian Selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru bernilai RM50 juta di Bekas Tapak Balai Polis IPD Kota Bharu hari ini.

Mengenai Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua ciri (Ulamak dan Profesional) itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

“Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur sdn bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.
- Mstar dan Video tvpas

32 comments:

Anonymous said...

inilah hasilnya akibat dari "kerja-kerja bodoh dalam PAS"

Anonymous said...

tu dia puak2 muqabalah panas pungkok dah!

Anonymous said...

bagi malu Israel tak boleh..tapi puja ustaz zahid hamidi boleh..waa..syoknya ble muqabalah dgn ameno..boleh joget cina sekali..eya..eya

mat said...

Syabas saya ucapkan kepada Tok Guru Nik Aziz; saya berharap ini akan membuka minda sebahagian ahli PAS yang berfikiran sempit dan jumud - yang akur kepada ulama secara membabi buta walau pun ulama-ulama tersebut sudah jelas tidak mempunyai apa-apa kebolehan atau kemampuan dan hanya bersandar atas gelaran "ulama" itu sahaja. Allah menganugerahkan fikiran kepada hamba-hamba nya tetapi sayang, hamba-hamba ini langsung tidak menggunakannya - sayang PAS akan dihumban balek kezaman batu dengan laungan "ulama" secara membabi buta.

Anonymous said...

katakanlah mac 2008..haritu pas kalah teruk..katakan maybe kelantan pun kalah..hangpa rasa umno dan puak2 mukabelah dengan pas tak???mau kena belasah lagi macam terengganu dulu adala..yg aku hairan puak2 ni ingat depa menang dengan kekuatan depa semata2 ka??

Anonymous said...

kalau PAS dah kalah...hang ingat PKR dan DAP pun mau ka bekawan dgn PAS???

apala baghal..

Anonymous said...

lagi syok boleh muqabalah dgn Anwar...
boleh main pungkok skali.

Anonymous said...

sesiapa yang menyangka tok guru sudah diperalatkan oleh org2 disekelilingnya, aku mintak segeralah bertaubat..
hang telah merendah2kan tok guru...merendah2kan ulama n mursyidul am...
aku mintak hang keluar la daripada menjadi ahli PAS...
takpon hang memang bukan ahli PAS pon, tapi sebenarnya SB, sama la mcm Roslan SMS..

Anonymous said...

ahh...
lantak la...
tok guru nik aziz tu, mmg cibai...
ulama'suk...
backup husam...
bela husam sejak dulu lagi...
mmg la patut, hanya ulama'suk sahaja mengenal anak buah setannya yang perlu dijaga n dipelihara...
gua mau ulama'ori...gua mau nasarudin....

Anonymous said...

Siapa yang kata Tok Guru Nik Aziz diperalatkan oleh orang sekeliling, otak mereka adalah mereng ke tahap maksimum.

Inilah kenyataan bodoh yang paling bangang yang saya pernah dengar.

Tok Guru MB selama 4 penggal dan tidak pernah kalah. Mana mungkin orang sebegini mudah diperalatkan orang sekeliling

Refah said...

Anonymous Refah said...

kesian Tok Guru Nik Aziz.
Dia tak faham apa yang dia cakap. Dan dia tak berapa tahu tentang dunia Islam diluar.
Erdogan di Turki tu dah dicop sekular oleh Gerakan Islam yang diketuai oleh Erbakan.
Mcm mana dia nak tentang sekular kalau dia sendiri dah sekular.
Yang Presiden Erdogan hentam hari tu Israel Yahudi bukanya sekular mcm dia.

Ni mesti kes Anuar Bakri si Gondrong yang bagi maklumat salah kat Tok Guru lagi.

kesian...

Anonymous said...

Anonymous Anonymous said...

tok guru nikaziz dah diperalatkan oleh husam musa dan orang sekelilingnya.mereka ini telah menjadikan tokguru benteng pertahanan untuk menangkis serangan dikalangan pengikut pas yang sedar bahawa halatuju pas akan lari dari matlamat asal perjuangan.

aku tidak menyalahkan tokguru tapi orang yang menasihati beliau secara salah.mereka inilah wajar dipersalahkan sehingga imej tokguru terjejas berikutan statement2 dan nasihat2 yang diputarbelitkan oleh pembantu sebelum dilontarkan kepada umum.
kesian tokguru.

Tulang Besi said...

Refah,

Kau suka ke kalah terus menerus. Sekurang-kurangnya skrg orang sudah boleh pakai tudung dalam universiti di Turki.

Kau punya cara ni, cara orang kalah. Sebab tu kau tak boleh terima kaedah erdogan.

kau suka tengok PAS kalah terus menerus

Anonymous said...

sapa kata pas kalah?? sapa ?? pas perintah kelantan secara total majoriti! mana ada parti lain ruled state with total majority..BN=UMNO+MCA+MIC Baru skrg nk bejuang? pas dh lama bejuang..yg duk buat havoc tu buta politik..main hentam jer!! nk tumpang skaki (brapa rm / sqft??) tk yh ler nk pecah blah pas..buang karan jer.. p la tolong BN tu..dh nk karam dh, pakat2 humban pelampung..

blues untuk rakyat said...

anon kat sini kebanyakan semua nye puak UMNO....

bukan geng pro ulama pon....

depa buat drama je sebagai pro ulama pas....

kah...kah...kah...

kalau depa pro ulama....

depa mesti berani letak lama....

sebab ulama seorang yang berani....

kalau ulama berani... takkan pengikutnye penakut kot....

kah...kah...kah...

yang penakut hanya umno je..... pengikut dia mesti jugak penakut....

kah...kah...kah.....

tulang besi.... hang percaya ka anon-anon ni pro ulama pas....?

aku tak percaya langsung.... sebab walau golongan pro ulama ni tak suke team erdogan.... tetapi depa TAKKAN MENGHINA TOK GURU NIK AZIZ.... SEBAGAI CIBAI atau apa saja.....

blues untuk rakyat said...

tu semua geng2 panglima perang cyber... perak bangkit... GERAKAN ANTI PAS/PKR (GAP)... bla...bla...

Anonymous said...

semua isu sensasi ni nak busuk kan imej pas & TGNA..biarlah rakyat yg tentukan. Kalau ada yg benci dgn TGNA tu,tk pyh risau..tk ramai pun (maybe org2 tu syok sendiri or gila sasau!)Buktinya, TGNA tk tergugat pun slama 4 penggal! sepandai2 (pandai ka?) Dr.M tu pun dh tenggelam timbul dgn kapal titanic/UMNO dia..kah kah kah. Apa-apa tindakan atau keputusan yg kurang elok dilakukan oleh setiap pemimpin parti, rakyat dh berani menilai..tiada lagi istilah "rakyat yes tuan".. kalau ada pun dalam parti UMNO le kut...

Sebal said...

Salam, gue percaya 200%, yang tak ada nama,, semuanye trofer cyber UMNO..org PAS walau macamanapu tak akan kata dkeat TG and Para Ulama dgn perkataan cibai and yang se erti dgn nye..sebab..tak p usrah pun kita dah d ajar menghormati Ulama and menghormati pandangan orang lain..sebab pada gue apa yang berlaku lani..geng-geng promukabalah and genr erdogen cuma berbeza pandangan politik and teknik mau kalahkan BN aje...tapi tetap berwalakan para ULama and kepimpinan PAS yang ada..biasalah zaman IT...utk bertanding kena kempen..kempen secara terangan bukan dlm gelap and sorok-sorok..and kita kenalah berkempen..jangan jadi macam Pemuda Pas wilayah..org berkempen pun dia udah panic and seram sejuk..

Anonymous said...

elokla kita tukar "Kepimpinan Ulama" kepada "Kepimpinan Erdogan".

Tulang Besi said...

geng2 UMNO dah panas punggong. Calon sokongan mereka sudah semakin lemas sebab jelas tok guru tak sokong calon kesukaan mereka.

Dtg kat sini tabur fitnah lagi

Anonymous said...

hahahaha..Tok Guru pun dia nak fitnah
bila la Tok Guru kata dia tak sokong calon kesukaan "mereka"

hang tu yang do fitnah TB woi...

Tulang Besi said...

ada tak tok guru sokong UMNO? Kalau tak da, maka ia bermakna tok guru tak sokong la calon korang

Anonymous said...

TB, aku kenai sorang pakar psikatri kat TR. nanti aku rekomenkan.

makin kesian aku tengok hang...isk..isk..

Tulang Besi said...

kesian aku tengok semua org UMNO ni. Otak diorang dah mereng sebab Tok Guru sokong Erdogan

Anonymous said...

Tok Guru sokong Erdogan?
maknanya Tok Guru pun sokong sekular la...ish..ish..

Tulang Besi said...

Bini erdogan pakai tudung. Takkan sekular kot?

Lain la Rosmah.

Anonymous said...

bini Muhyidin pun pakai tudung
bini Khir Toyo pun pakai tudung

blues untuk rakyat said...

tapi bini khir curi duit.....

kah...kah...kah....


kan aku da kata......

depa mesti puak2 umno yang blakon sebagai
orang pas pro ulamak konon.......

tengok pulak depa mempertahan pemimpin umno...

perangkap da menjadi....


kah...kah...kah......


KIRIM SALAM KAT PERAK BANGKIT yang tak TERBANGKIT lagi da....


kah...kah...kah....

Anonymous said...

betul tu, takkan sebab pakai tudung saja dah boleh dikatakan tak sekular.

hujah budak tak sekolah.

pasbaru@yahoo.com said...

Tok Guru Nik Aziz Mungkir Janji?


Mursyidul Am, Tok Guru Nik Aziz katanya telah sama-sama berjanji dengan Presiden, Tuan Guru Hj Hadi bahawa kedua-dua mereka tidak akan menyatakan sokongan secara terbuka kepada mana-mana calon dalam pemilihan kali ini. Walaupun sebenarnya kita boleh mengagak bahawa Tok Guru Nik Aziz lebih suka Husam dan Tok Guru Hj Hadi lebih suka Ust Nasharudin.

Langkah itu dipercayai dibuat untuk mengelakkan berlakunya perpecahan di kalangan ahli-ahli PAS. Dan saya percaya langkah tersebut adalah langkah yang paling bijak dan amat sesuai dengan suasana semasa.

Sebab itulah kita melihat Tuan Guru Hj Hadi begitu jarang mengeluarkan kenyataannya berkenaan muktamar. Hinggakan bila wartawan bertanya kepadanya apakah Ust Nasharudin menjalankan tugas dengan baik sebagai Timbalannya - beliau enggan menjawab dengan alasan tidak mahu berkempen. Begitulah ketegasan Presiden PAS yang kita sanjungi.

Tetapi saya amat terkejut apabila membaca akhbar Sinar Harian Edisi KL hari ini (02/06/09). Di muka hadapan tertera tajuk "Nik Aziz Sokong Erdogan PAS". Dan dihalaman N6, secara jelas Tok Guru Nik Aziz menyatakan sokongannya kepada golongan Erdogan di dalam PAS. Umum juga mengetahui bahawa Husam Musa lah yang selalu digelar golongan Erdogan di dalam PAS.

Apa sudah jadi dengan janji bersama Tok Guru Nik Aziz dengan Tuan Guru Presiden. Adakah ianya dimungkiri. Saya masih ingin bersangka baik dengan Tok Guru Nik Aziz. Mungkin beliau terpengaruh lagi dengan pembantu-pembantu beliau yang senantiasa melakukan kerja-kerja bodoh di dalam PAS.


http://muktamarpas.blogspot.com/

.

Cucu UMAR said...

TAKBIR !!!
HANCUR UMNO !!!
HANCUR UMNO !!!
HANCUR UMNO !!!
JAHANAM UMNO !!!
JAHANAM UMNO !!!
JAHANAM UMNO !!!

KAMI BERSEDIA UNTUK MEMUSNAHKAN UMNO-BN SAMA SEKALI DARI BUMI INI !!!!

jimbo said...

pasbaru@yahoo.com,

Kau memang la jenis pasbaru. Yakni PAS yang jenis baru yang hendak bersengkongkol dengan UMNO.

Kao memang tak guna punya orang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.