Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 17, 2009

Kalau UMNO Sanggup Mengaku Bersalah Membunuh Ustaz Ibrahim Libya Secara Terbuka, Saya Akan Sokong Muzakarah/Muqabalah/Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO

Ibrahim Libya adalah tokoh penetang ISA yang terunggul dalam sejarah Malaysia. Ini kerana beliau dibunuh hanya kerana rakyat di kampung Memali tidak mengizinkan Ustaz Ibrahim Libya ditangkap di bawah ISA.

Rakyat Memali dan Ustaz Ibrahim Libya lebih sanggup mati dan dibunuh dengan kejam dari ditahan di bawah ISA, yakni Akta Ikut Suka Aku.

Ustaz Ibrahim Libya telah menjadi begitu berpengaruh di Baling kerana beliau adalah bekas pegawai di Pusat Islam. Kredibiliti beliau sangat tinggi sehingga beliau disegani oleh semua ustaz2 kampung walaupun ustaz itu UMNO.

Beliau menentang segala kezaliman tajaan UMNO/BN/Dr Mahathir dengan nyawa beliau sendiri dan seharusnya Ustaz Ibrahim Libya dianggap sebagai hero nasional seteraf dengan Leftenan Adnan.

Selepas dibunuh, mayat beliau ditanam di kampung Pasir Panjang. Malangnya, batu nesan telah tidak diizinkan untuk diletak di atas kubur Ustaz Ibrahim Libya. Berapa kali batu nesan tersebut dibuang setelah dinaikkan.

Akhir sekali, Sultan Kedah sendiri mengarahkan batu nesan itu jangan dikacau, dan Sultan Kedah telah menziarahi pusara Ustaz Ibrahim Libya. Itu bererti Ustaz Ibrahim Libya bukan penjenayah dan bukan sesat kerana mana mungkin ketua agama menziarahi pusara penjenayah.

Waktu itu Majlis Fatwa Kebangsaan yang antara ahlinya adalah Harussani Zakaria,telah mengeluarkan fatwa bahawa Ustaz Ibrahim Libya adalah bughat, yakni penderhaka. Maka, darah ustaz ibrahim adalah halal.

Hanya PAS sahaja yang mengatakan Ustaz Ibrahim Libya telah syahid. Waktu itu diketuai oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Dan sehingga sekarang Tok Guru tak pernah mengatakan fatwa beliau ditarik kembali. Ertinya kekal Ustaz Ibrahim Libya gugur syahid.

Tok Guru telah berdoa kepada Allah SWT mengadu dan merintih supaya Allah SWT menurunkan hukuman Nya ke atas kezaliman yang telah berlaku ke atas Ustaz Ibrahim Libya.

Sekarang ni, ada pula kumpulan yang nak berdamai dengan kumpulan macam ni?

Ikutilah maklumat berkenaan Memali dari MToday:

http://mt.m2day.org/2008/content/view/23265/84/

PAS wants to enter into unity talks with Umno. Have the PAS leaders forgotten what happened in Memali? In case some of you have forgotten, or are not aware of what happened back in 1985, take a look at the videos below.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

See the videos here:

http://www.youtube.com/watch?v=bOaGU_AsZmc

http://www.youtube.com/watch?v=ccrikEyozhE

http://www.youtube.com/watch?v=omIyd4G54J0

http://www.youtube.com/watch?v=SmbIz4rpPQo


http://www.youtube.com/watch?v=3f8kxiAKvuo

http://www.youtube.com/watch?v=CvJLJJzMULQ

http://www.youtube.com/watch?v=kcD0551Nr2k

39 comments:

Anonymous said...

tokoh agama hotak apa. bunuh polis 4 orang. buat apa simpan beribu senjata. pakai azimat lagi. kalau polis tak selamagtkan budak2 dan isteri mereka ramai lagi yang mati. ini ulamak apa.suruh pengikut pakai azimat kebal. saya ada di sana dan lihat sendiri peristiwa tersebut. polis tembak pakai peluru getah. kena tapi tak tembus. jadi pengikut ini ingat azimat tu menjadi dan terus beramai-ramai terkam polis dengan parang. ini sesat dan syirik pakai azimat ini. ulamak ke bother. pakai otaklah sikit sebelum tulis. jangan sedap tulis aje

Manjungmari said...

Salam...

Setakat mengaku saja mana boleh Syeikh... waris-waris yang terkorban perlu pembelaan... Kes di mahkamah sampai sekarang tertutup... Orang yang terlibat, Musa Hitam, Mahathir, Radzi Sheikh Ahmad, semuanya tu mesti diambil tindakan...

Tulang Besi said...

Semua yang ckp Ustaz Ibrahim ada azimat dsbnya adalah FITNAH.

Hamba said...

Pada sesiapa yg ngok mengatakan bahawa penduduk kampung tu bunuh orang...tolong periksa fakta sikit. Penduduk kampung tu dikatakan cuma bersenjatakan parang, buluh dan lain2 senjata tp tidak ada langsung senjata api. Padahal keempat2 yg mati tu semuanya dikatakan mati disebabkan oleh tembakan! macamana orang kg yg tiada senjata api blh bunuh orang lain dgn tembakan? Atau??? mati akibat "friendly fire"? Polis tgh otak mereng waktu serbu kampung tu? atau tgh "high"? Ditujukan utk anon 11;09... siapa yg bodoh???

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Salam. Ada beberapa kesalahan fakta didalam artikel ini. Saya pernah belajar di Madrasah Misbahul Falah, Parit Panjang, Baling Kedah, kepunyaan almarhum Tuan Guru Hj Omar ketika Peristiwa memali ini berlaku. Almarhum Tuan Guru Hj Omar dan Almarhum Ustaz Azrai (bekas ajk pas pusat) adalah bekas ahli Majlis fatwa negeri Kedah. Pondok ini juga dikenali sebagai Pondok Lanai. Pondok inilah tempat persinggahan Ustaz Ibrahim Libya dan tempat beliau meminta nasihat dari Tuan guru Hj Omar. Orang-orang dan pelajar pondok inilah yang menguruskan semua yang syahid di Memali termasuk jenazah as-syahid Ustaz Man yang kami panggil atau panggilan ust. Ibrahim Libya. Pertama ia bukan dikuburkan di Pasir Panjang tetapi Parit panjang. Semua yang Syahid dikuburkan dalam satu liang lahat. Awalnya memang ada ditandakan setiap kubur tetapi saya tidak pasti kemudiannya mengapa tidak ditandakan. Tetapi saya rasa ia tiada kena mengena atas arahan dari kerajaan tidak membenarkannya diletakkan. Selepas 2 Tahun kalau tidak salah saya barulah Tuanku Sultan Kedah menziarahi dan batu nesan diletakkan. Sebenarnya 4 anggota polis yang terbunuh atau cedera adalah kerana terkena peluru m16 dari pasukan polis hutan sendiri. Beliau adalah guru agama yang alim dan warak dan tidak pernah mengamalkan azimat seperti yang didakwa. Wallahulalam

Tulang Besi said...

Shafri,

Itu bukan kesalahan fakta. Itu kesilapan dalam menamakan tempat.

Pasir pnajang dengan parit panjang kan dekat2.

Desperate sangat ke sampai nak besarkan benda yang kecik?

Anonymous said...

Saya tak akan bersetuju dengan kerajaan perpaduan selagi mereka tidak menerima Islam secara total. Peristiwa Memali hanya lah satu daripada beratus , mungkin beribu kesalahan Umno yang mereka perlu mengaku salah dan meminta maaf. Lupa kah peristiwa Lubuk Merbau,juga diKedah, penahanan pemimpin2 Pas serta pembangkang lain dibawah ISA dan apa yang sedang berlaku diPerak sekarang.

Anonymous said...

Memang Ibrahim Libya DIFITNAH oleh propaganda kerajaan sebagai seorang guru ajaran sesat, yang 'lut peluru dan sbg. Walaupun saya bukan Muslim, tindakan Umno geng Mahathir Musa adalah kejam. 'Nuff said.

Nizam Mahmud said...

Berita Panas!

Perbincangan mengenai kerajaan perpaduan antara PAS dengan Umno akan melibatkan juga dua lagi rakan kongsinya dalam Pakatan Rakyat, kata setiausaha agung PAS.

Jika Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Razak tidak bersedia dengan syarat terbaru itu, "kami tidak akan mengadakan perbincangan dengan Umno," kata Datuk Mustafa Ali.
------

Mak eh! Tok Pa, hang makan jamu apa hari ni? Tiba-tiba konar 360 darjah?

Waktu berbincang 3 kali dalam gelap dengan UMNO, sampai Mursyidul Am korang pinggirkan.

Tiba-tiba nak bawak PKR dengan DAP sekali?

Dah la tu, idea UG itu pun tak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PR tiba-tiba hang kata nak bawak PKR dengan DAP sekali?

Aku dah gelak sakan ni. Kah kah kah

lan said...

Saya dah cakap Nizam, Tok Pa ni yang bikin onar dan nanar dalam PAS.

Dia Presiden PAS, bukan Hadi.

Tok Pa tengah kepanasan tu

lan said...

Anon..

"Saya ada di sana dan lihat sendiri peristiwa tersebut. polis tembak pakai peluru getah. kena tapi tak tembus."

Hang ni merapu la. Habis tu yang berderet 14 orang kampung mati syahid, polis guna peluru apa?

Polis tembak tapi tak tembus..... sewel ka pa

Anonymous said...

Nik Aziz gesa Nasharuddin keluar PAS
Jun 17, 09 1:29pm
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan menyertai Umno jika ingin kerajaan perpaduan, lapor The Star.

Kenyataan tokoh PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan oleh menteri besar Kelantan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

hidop tok guru nik aziz!!!! TAKBIR !!!!

Monkey Code said...

Latest:
"Open split in PAS over unity talks"
The Malaysian Insider.

KUALA LUMPUR, June 17 — A serious rift has developed in PAS after spiritual leader Datuk Nik Aziz Nik Mat told the party No. 2 Nasharudin Mat Isa to quit and join Umno if he persisted in having unity talks with the Barisan Nasional party.

lan said...

Memang patut pun keluar PAS.

Dua tiga kerat aje nak berbaik dengan UMNO. Tanpa bertanya pendapat keseluruhan pimpinan PAS dan majoriti ahli2 PAS, tup2 terus jumpa UMNO senyap2 dan keluarkan idea kerajaan perpaduan.

Apa dia ingat PAS ni bapa dia punya ka?

Elok semua yang bersengkongkol dengan UMNO keluar PAS bukan Nasha sorang aje.

Hadi, Tok Pa, Harun Din, Harun Taib, Nasrudin Hasan- apa macam?

Nizam Mahmud said...

Tok Guru Nik Aziz dah pakai peluru hidup.

Dulu saya pernah tuduh Nik Aziz lembik pasal bagi muka sangat kat Ustaz Halim korap penagih balak.

Saya nak tarik balik tuduhan saya itu.

Hidup Tok Guru Nik Aziz!

Nizam Mahmud said...

lan,

Bila hang sebut Hj Hadi, kenapa aku tengok bayangan Tun Lah dalam dia.

Orang bawah tengah kepanasan isu Kerajaan Perpaduan, dia pergi London la pulak.

Siap bagi press conference dekat sana.

Dekat sini, Tok Pa merangkap Presiden PAS tak terpilih pulak yang boleh arahkan ahli dan pemimpin PAS tutup mulut.

Pasal la Hj Hadi betul-betul ikut perangai Tun Lah ni. Ada krisis, ada isu, dia pergi lari luar negara.

Nasib aku tak mengaji kat Rusila. Tak boleh bayangkan macam mana rupa aku wala pada pemimpin macam ni.

Tak kisah lah tak dapat title Nizam Mahmudi Ar-Rusilani.

Anonymous said...

The United States has put Malaysia back on the blacklist of countries trafficking in people after removing the country from the list last year.

The State Department annual ‘Trafficking in Persons Report 2009′, which examined efforts in more than 173 countries to combat trafficking for forced labour, prostitution, military service and other purposes, has Malaysia sharing the blacklist with 16 other countries.

Among the 17 countries on the blacklist are Zimbabwe, Sudan and Saudi Arabia.

-----------------------------------wokeh..siapa nakkkan UG dgn rejim pariah haramjadah chootia racist zionist UMNO,sila angkat tangan,n f*k off frm PAS and Pakatan..NOW!!

lan said...

Muka Tun Lah muka kesian.

Muka Hadi, kesian dia. Tak pasal cari pasal

Last2 terbang keluar negeri buat penjelasan kat student kita di luar.

Dalam negeri ahli2 PAS tengah membara

Nasib badan lah Nizam

Being Objective... said...

Salam,

Just a friendly advice to author Tulang Besi:

You seem like a reasonable, articulate person so i was very surprised at your rather agressive response to Shafri. Your typing error in naming the burial site of the fallen is one that lead to a factual error. i think his intentions were good, and in the name of journalistic integrity, it was a rightful criticism to make. it was neither 'desperate' or exaggerated, and i enjoyed reading his comment: it was written objectively with courtesy and good grammar, unlike most of the other reactionary, emotional comments from others.

I hope you maintain your high level of objectivity, and will be more open to constructive criticisms in the future.

good luck!

Nizam Mahmud said...

lan,

""Muka Hadi, kesian dia. Tak pasal cari pasal""

Aku pun heran Hj Hadi ni. Benda dah elok, dia pergi buat kerja lain.

Kalau lah aku Hj Hadi. Ok macam ni. Anwar akan masuk penjara. Siapa yang akan jadi PM jika PR menang?

Tak kan saat tu terus nak tarik Anwar keluar penjara suruh angkat sumpah jadi PM? Kena jadi MP dulu baru dapat jawatan PM.

Siapa yang akan jadi PM? Kalau Hj Hadi bijak, dia akan jadi PM kalau dia nak. Kalau tak pun dia, mungkin pemimpin PAS lain.

Kalau DAP bantah, letak jer nama Nizar, dah tentu DAP tak dapat nak bantah. Tak kan lepas puji Nizar setinggi langit tiba-tiba kata tak setuju.

Yang aku tengok dan mungkin juga Nik Aziz dapat tengok, satu-satu harapan untuk PAS dapat jawatan PM adalah melalui PR.

Apa la Hj Hadi ni. Aku betul-betul tak larat tengok. Hangpa semua nak pilih Presiden tengok dulu waktu dia mengaji dengan siapa. Kalau guru-guru dia orang wahabi, tak payah la.

Hancus!

lan said...

Malaysiakini,

"Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Ulasan Nik Aziz hari ini berkaitan isu kerajaan perpaduan. Saya petik statement di atas untuk cuba menggambarkan bahawa isu ini memang menguntungkan UMNO dan merugikan PAS.

Salam PAS telah disambut UMNO. Pinangan telah diterima setelah risik merisik sejak tahun lalu oleh BONEKA UMNO yang diketuai oleh Nasharuddin.

ULAT BULU TELAH NAIK KE DAUN.

Media UMNO telah mula memainkan agendanya. Gegak gempita seluruh negara. Semua orang kg telah tahu. Presiden UMNO puji Presiden PAS.

Amboi-amboi! Berbalas-balas pantun pulak

Nasharudin menjeling2. Mustafa Ali malu2

Nizam Mahmud said...

""Nasharudin menjeling2. Mustafa Ali malu2""

Aku tak boleh nak bayangkan 'malam pertama' perkahwinan UMNO-PAS ni.

Rasa nak muntah pun ada.

Anonymous said...

KOTA BHARU, 17 Jun (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan isu berkaitan kerajaan perpaduan.......Sehubungan itu katanya, kalau semua pihak setuju, maka setiap wakil sama ada dari PAS, KeADILan dan DAP mungkin ada yang bakal menjadi menteri.Kata beliau sekiranya perkara itu boleh berlaku barulah benar-benar dikatakan sebagai kerajaan perpaduan.

Anonymous said...

Remember the famous "Fiqh" rule, which says: "The thing that is a prerequisite to fulfill an obligation is an obligation itself." Meaning that reestablishing Islamic brotherhood and unity among the Muslim individuals is a prerequisite to fulfill the restoration of Islamic Khilafah on earth. Therefore brotherhood among Muslims is an obligation. Not African American Muslims, not Pakistani, not Arab, not Palestinian, not Egyptian Muslims, but brotherhood among Muslims is an obligation.

Anonymous said...

Dewan ulama PAS cadang muktamar khas bincang kerajaan perpaduan

KUALA TERENGGANU: Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan agar satu muktamar khas diadakan bagi membincangkan cadangan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi pembentukan kerajaan perpaduan kerana ia satu isu yang besar.

"Ini perkara besar dan baru, tidak boleh buat begitu sahaja...kena bawa ke peringkat akar umbi melalui muktamar khas. Bila muktamar khas sudah bersetuju, baru kita boleh laksanakan," katanya.

Beliau juga berkata Abdul Hadi dijangka memberikan penerangan secara terperinci kepada pemimpin-pemimpin parti itu berhubung cadangan berkenaan.

"Kita tunggu presiden pulang dari luar negara. InsyaAllah, selepas diberikan penerangan, kita bersedia turun padang menjelaskan mengenai perkara itu," kata Harun, yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu.

KHAKKKKKKKKKKK PRTUIIIIIIII!!!!!!!

tut tut tut said...

wala tak wala belakang kira, ..kalau pemimpin tak betul dia ikut syok sendiri….kita kita ramai-ramai sepak dia keluar , ramai lagi org yg bagus boleh kita ambil jadi pemimpin .kalau kita wala sekalipun sampai parti tonggang langgang pun tak guna….(senderi pikir)…..kalau tegur cara baik tak mahu dengar ..masih lagi menggatal….cara apa lagi yg kita boleh guna…..(senderi pikir)….suruh dia letak jawatan sajalah cara nya…….

alfonso soliano said...

INI SEMUA BERMULA DARI KERJA-KERJA BODOH NIK ABDUH, menyusahkan ayahandanya, partinya dan agamanya. kalau tidak pasti tokey UG takkan boleh cakap macam ni.

APA MR PRESIDEN PAS PERGI LONDON. tuan penasihat tolong-tolong nasihat supaya jangan lupa pengundi kawasan.pi sana pakai duit sapa. nasib rahman bakar tak bertanding hari tu... hidup nik aziz

Anonymous said...

Allah says, " If you differ in anything among yourselves, refer it to Allah
and His Messenger, if you believe in Allah and the Last Day. That is best and
most commendable in the end" [4:59] also, Allah says, "And whatever you disagree
upon, its decision is with Allah" (42:10)

yes said...

Haji Hadi pergi London pakai duit siapa? Dr hatta tolong jawab

Anonymous said...

Two issues here the UNITY should it be Malay unity then NO 1 AND NO 2 have betrayed PAS as an Islamic party
Islam is for all mankind. I am a Muslim being a non Malay I have been supporting PAS along with many others who are NON MALAY. Both this two leaders are religious leaders they are setting a bad picture for Non Muslim as they will be seen that they like to work in unity with a corrupt party. Next should it be UNITY government then they should get the
other partners to be in the meeting. Again this two have secretly met with UMNO not once but
numerous times. This is also wrong in Islamic teaching that back
door secret meeting should not be
encouraged. What TOK GURU NIK AZIZ
suggested that NAS should leave PAS
and join UMNO is correct. I am sure this Nas has been in the take
or committed with UMNO that is why
is has defended aggressively to the UNITY government. My guess is as good as anyone that RM$$$ may have rolled out by UMNO he has to say the UNITY again and again.

Anonymous said...

Two issues here the UNITY should it be Malay unity then NO 1 AND NO 2 have betrayed PAS as an Islamic party
Islam is for all mankind. I am a Muslim being a non Malay I have been supporting PAS along with many others who are NON MALAY. Both this two leaders are religious leaders they are setting a bad picture for Non Muslim as they will be seen that they like to work in unity with a corrupt party. Next should it be UNITY government then they should get the
other partners to be in the meeting. Again this two have secretly met with UMNO not once but
numerous times. This is also wrong in Islamic teaching that back
door secret meeting should not be
encouraged. What TOK GURU NIK AZIZ
suggested that NAS should leave PAS
and join UMNO is correct. I am sure this Nas has been in the take
or committed with UMNO that is why
is has defended aggressively to the UNITY government. My guess is as good as anyone that RM$$$ may have rolled out by UMNO he has to say the UNITY again and again.

Anonymous said...

Model ini sudah semestinya diterapkan dengan nilai-nilai Islam. Jangan juga lupa bahawa Sahifah Madinah yang dihasilkan oleh Rasulullah (saw) sendiri merupakan model terbaik kerajaan perpaduan. - mks.

(Penulis adalah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPPP)

Anonymous said...

TB,
Ana setuju dengan Ian 1.59pm.Yang memulakan "angkara" ni cuma 4 orang saja bukan ramai pun.Mustafa Ali(Godfather),Hadi Awang,Nasaruddin Mat Isa dan Harun Din.Yang lain-lain seperti Roslan SMS,Suhaimi Embong,Hassan Ali,Nik Abduh cuma tukang kipas dan gurkha saja,yang berharapkan "anugrah" kalau idea ini berjaya.
Ana tak setuju cadangan Ketua Dewan Ulamak yang "recycle"Harun Taib diadakan Muktamar Khas untuk membincangkan idea Kerajaan Perpaduan.Yang wajar dan afdalnya Muktamar Khas diadakan untuk mengeluarkan(menyingkirkan)4 individu yang nama tersebut diatas dari harakah PAS.Baru keadaan dan suasana akan pulih seperti sedia kala.Selagi "musuh-musuh dalam selimut" ini berada dalam PAS,mereka akan terus menimbulkan angkara dari masa kemasa.Tambahan pula "tindakan" ini akan menjadi pengajaran kepada ahli-ahli lain dimasa hadapan agar tidak mengkhianati perjuangan dan aspirasi PAS.

menara api said...

kini sudah jadi satu pertembungan antara 2 ulama parti pas.mirip2 perkelahian syaidina ali dan syaidina muawiyah.masing2 ada penyokong, masing2 ada pembawa berita, di belakang masing2 ada orang dok merencana untuk mempelaga sesama mereka, cucuk sana, api sini, sapa betoi, sapa rugi, kalau dalam persengketaan antara puak syaidina ali dan syaidina muawiyah menurut sejarah, mengorbankan ribuan jiwa, peristiwa ini dah jadi sejarah didalam sejarah islam, tinggal kita umat kemudian wajib ambik iktibar.mengikut fahaman sunni, status siapa salah dan siapa betul di tawaqufkan, tapi mengikut fahaman syiah puak syaidina ali yang benar.

wahai umat akhir zaman, buatlah pilihan, kembalilah kepada method2 yang digariskan Allah apabila menghadapi masalah.....hangpa semua orang islamic scholar, takkan tak reti kot.yang paling penting jangan merugikan islam.

Anonymous said...

Nizam Mahmud said...
Berita Panas!
Mak eh! Tok Pa, hang makan jamu apa hari ni? Tiba-tiba konar 360 darjah?

Waktu berbincang 3 kali dalam gelap dengan UMNO, sampai Mursyidul Am korang pinggirkan.

Tiba-tiba nak bawak PKR dengan DAP sekali?

Dah la tu, idea UG itu pun tak pernah dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan PR tiba-tiba hang kata nak bawak PKR dengan DAP sekali?

Aku dah gelak sakan ni. Kah kah kah

*************
bodohnya budak sekor ni tak faham2 lagi apa makna unity government tu.nmpak sgt tak berilmu mamat ni.itu la lain kali kalau nak bagi komen ttg unity government tu sila buat research dulu.kah kah kah nmpak bodoh betulla lu

Anonymous said...

Bawah ni maksud kerajaan perpaduan:

Kerajaan Perpaduan dapat didefinisikan sebagai "satu kerajaan campuran yang besar terdiri dari semua parti politik (atau semua parti politik yang penting) yang berada dalam satu Dewan Perundangan (legislature) dan biasanya dibentuk dalam masa perang atau lain-lain keadaan dharurat yang dihadapi oleh sesebuah negara."

Anonymous said...

woit.. jawabla pi london pakai duit sape... ada orang sponsor ko.. apa tujuan. penting sangat ka.. rakyat marang semua dah kaye kee.. xperlu tgk kawasan...JAWAB JANGAN TAK JAWAB.

ruzzim said...

Siapakah diktator dlm PAS ni......tak reti2 muafakat dan berbincang sebelum mengeluarkan arahan.Awak tu bukannya Nabi.....Inilah Hitler dalam kerajaan PAS...Siapa sebenarnya yang membawa masuk ramai mahasiswa kelantan dlm institusi pengajian tinggi,tentera,kerja kerajaan dsbnya....Hik Aziz ke...???Poorahhhh.Nasib ada MP Jeli dan Gua Musang.

iskandar/psskb/tunsaid said...

assalamualaikum warahmat/wabarakat/wamaghfirat. ana nak bgi thu shjalah sbenarnya pas mnmang dijalan yg lurus tpi slalu ingin dbengkokkan oleh mereka2 yg ingin mengkhianati fisbilillah ini. ana hrap umat islam dan smua warga malaysia trus mnyokong kerajaan islam ini(pas). brg siapa skong ana replaylah comment ana ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.