Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 12, 2009

Kerajaan Perpaduan: Idea yang tidak Berpijak di Bumi Nyata

Saya pun mulalah buat beberapa kajian dan saya masih tak dapat nak terima rasional idea Kerajaan Perpaduan di Malaysia dalam konteks sekarang ini.

Alasan awalnya adalah untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. Malangnya, tiada kerajaan Dunia Pertama dan Kedua menubuhkan kerajaan nasional untuk menghadapi kemelesetan ekonomi dunia. Ini bererti, cadangan ini adalah cadangan dunggu dan tidak akan menyelesaikan permasaalahan ekonomi yang bakal dihadapi oleh Malaysia.

Beberapa persoalan praktikal yang perlu dijawab oleh pemuka-pemuka idea kerajaan perpaduan ini:

a. Pembahagian Kementrian: Adakah BN yang mempunyai kerusi yang terbanyak akan memberikan PR kementrian2 yang strategik seperti Kementrian Pertahanan, Kewangan, Pendidikan dsbnya? Bodohlah UMNO/BN untuk melepaskan kementrian2 tersebut dengan mudah
b. Status Kerajaan2 Negeri PR?: Di Perak, Kedah dan Selangor UMNO mempunyai kerusi yang terbanyak. Dengan secara otomatik PR dan PAS akan terlepas kerusi MB di negeri2 tersebut.
c. Perdana Menteri: Siapa yang akan me njadi Perdana Menteri? Sudah tentu Kerajaan Perpaduan memerlukan Perdana Menteri?
d. Speaker : Siapa yang akan memegang jawatan Speaker? Si pemegang boleh menentukan jatuh bangun kerajaan ini.
e. Jaminan PAS tidak tertipu: Inilah dia hujjah yang paling kuat dan berpengaruh. Sampai sekarang tiada pemuka yang mampu untuk memberi jaminan UMNO tidak akan menipu dan menikam dari belakang.

Ertinya, idea ini sendiri adalah idea yang tidak berpijak di bumi nyata. Ianya tidak praktikal dan tidak pula menjamin akan menyelesaikan permasalahan ekonomi negara ataupun apa-apa masalaah lain.

Juga, ia tidak menjamin bahawa sistem kehakiman akan selesai. Dan ia tidak bermakna korupsi di Malaysia akan selesai.

Dengan kata lain, idea ini secara halus memberitahu Pakatan Rakyat bahawa PAS tidak lagi mahu berada dalam Pakatan Rakyat. Ini kerana dalam kerajaan perpaduan, PAS tidak terikat lagi dengan perjanjian Pakatan Rakyat. PAS bebas bersetuju atau menentang keputusan Pakatan Rakyat, sebagaimana MP UMNO bebas menentang parti mereka sendiri.

Oleh sebab itu, setakat ini bukti contoh sebuah kerajaan perpaduan yang berjaya juga susah untuk didapati. Ini kerana orang lain buat kerajaan perpaduan sebagai "last resort" ataupun dalam keadaan darurat di mana Parlimen digantung. Bukan dalam keadaan sehat aman walafiat, tiba2 orang buat kerajaan perpaduan.

Benarlah kata2 Tok Guru apabila beliau memanggil mereka yang menaja idea ini sebagai "boneka UMNO". Kalaupun tiada niat untuk bersama UMNO, meneruskan idea ini adalah kerja gila dan membuang masa.

Tulang Besi

26 comments:

Nizam Mahmud said...

Saya nak tambah poin TB

f. JIka ahli Parlimen bebas dan tidak terikat kepada mana-mana parti dengan alasan gaji mereka dibayar oleh rakyat, boleh kah seorang ADUN atau MP PAS mengkritik pimpinan PAS tanpa dituduh tidak wala pada pemimpin?

Kesimpulannya, idea ini dah lah PAS sendiri tak praktik kan dalam parti sendiri, ada hati nak propose kat orang lain.

Nak tergelak tengok Hj Hadi ni.

ikan said...

Tak usah nak kaji le idea karut ulama ulama PAS ini - yang jelas mereka ni dah termakan umpan UMNO. Yang terbaik di lakukan oleh ahli-ahli ialah menuntut persidangan tergempar dan singkir kan aje semua pemaju pemaju (Hadi Awang, Nasharuddin Mat Isa, Mustafa Ali. Harun Taib, Haron Din, Hasan Ali dan kuncu kuncu mereka)daripada parti.

future phenomenon said...

salam tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com

harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian

sam raspiut said...

saya rasa UG tu idea orang tertangkap basah,
idea spontan nak cover malu, apa yg terpikir hantam saja..

idea nj kartun, kalau nak perdetailkan lagi kartun..
tengok la kat blog pengikut UG tu.. lagi kartun..

depa ni semua otak animax serma..

nizam,

jadi tak pegi rusila amek kursus ularmak.. belajar ilmu wala'?

Anonymous said...

PAS akan mendapat 1 jawatan menteri penuh iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri apabila bersama BN. Jawatan itu menjaga Pusat Islam dan Tabung Haji. Jawatan timbalan menteri untuk PAS ialah timbalan menteri pertanian dan industri asas tani serta timbalan menteri perusahaan utama. Selain itu PAS juga akan mendapat beberapa jawatan duta (Iran, Arab Saudi, Mesir dan sebagainya)

Paip-On said...

WAHAI MANUSIA-MANUSIA YG BODO!!!!!! ESPECIALLY KPD TULANG BESI a.k.a TULANG BABI a.k.a BATU API...SUDAH2LAH DGN UG TU...LEPAS PERANG KAT MANIK URAI KITA DEBAT LA BALIK..TAK SABAQ2 KA...FOKUS LAH...AWAT HANGPA SEMUA BODO SGT...TAK MAU JIHAD KA...BIARLA ALLAH BALAS MEREKA2 YG HANGPA KATA BOHONG TU...BIARLAH ALLAH BALAS MEREKA YG HANGPA KATA BENAR TU...WALLAHUA'LAM

FOKUS KITA SKRG ADALAH HANCURKAN UMNO LAHANAT...BUKAN KOMEN BODO MCM TB TU...KHAKK TUIIHHHH!!!!!

Anonymous said...

hehehe..budak tak sekolah nak buat kajian.

layanlah hati korang...menyedapkan jiwa yg dah kalah.

hehehe..teruskan dgn kajian anda.

sam raspiut said...

Kesian sungguh saya akan nasib para pengikut yg pemimpin mereka dikata boneka..
Lebih menambah malang boneka itu boneka umno.. tiada siapa pun suka pemimpin yg dikasihi mereka boneka... tiada yg suka boneka kecuali anak-anak yg suka boneka. Kesian mereka kerana terpaksa jadi anak-anak yg suka akan boneka.. kalau tidak suka boneka nanti tidak wala’.. orang yg tidak wala’ tarafnya pada pemimpin boneka mereka adalah sama seperti anak-anak tidak baliqh, anak-anak yg tidak baliqh suka tersangat akan boneka.. nampaknya sudah ditakdirkan mereka terpaksa suka dan kasih pada boneka seperti anak-anak yg suka boneka..

Saya hairan, tidakkah pemimpin boneka yg pengikut mereka terpaksa suka akan boneka kesian dan terharu pada pengikut boneka mereka yg terpaksa menghadapi dilema antara kasih pada boneka atau menjadi tidak wala’ kerana tidak kasih akan boneka, tetepi seandainya dia kasih pada boneka maka dia akan jadi anak-anak yg suka boneka, anak-anak yg suka boneka tidak lah layak untuk wala’ pada pemimpin, walaupun pada pemimpin boneka…

Oleh kerana orang yg suka akan boneka sama sifatnya dengan anak-anak yg suka boneka maka hujah mereka untuk membela pemimpin mereka yg boneka pun samalah dengan hujah-hujah anak-anak yg suka boneka.

pak shah said...

Salah hangpa orang PAS tak singkir TG Hadi dalam pemilihan.

Anonymous said...

Guna Akal Kawan

Pertamanya,soalan2 tersebut seolah2 telah "matang"dibincangkan dengan Anwar dengan Pakatan Rakyat:

a. Pembahagian Kementrian: Adakah PKR akan memberikan kementrian2 yang strategik seperti Kementrian Pertahanan, Kewangan, Pendidikan dsbnya? Bodohlah Anwar untuk melepaskan kementrian2 tersebut dengan mudah


b. Status Kerajaan2 Negeri PR?: Kedah,Kelantan,Terengganu sudah tentu dikuasai oleh PAS,tetapi di Perak,jikalau DAP meletakkan beberapa calon Melayu sebagai MB,adakah DAP akan melepaskan kerusi MB kepada PAS?

Perlu diingat tiada HITAM PUTIH jikalau benar DUN PERAK dibubarkan jawatan MB adalah milik Nizar ataupun PAS.

Di Selangor,keadaan sekarang berlaku hanya kerana semua tidak yakin akan menang PR ke 12,jikalau semua tahu "tsunami"akan berlaku,adakah PKR akan lepaskan kerusi-kerusi yang majoriti Melayu?

PAS sudah mula menunutut kerusi spt Lembah Pantai,adakah PKR akan melepaskannya?

c. Perdana Menteri: Siapa yang akan menjadi Perdana Menteri? Tentulah Anwar,jadi apa bezanya dengan Keajaan Perpaduan?

d. Speaker : Siapa yang akan memegang jawatan Speaker? Adakah Anwar akan membenarkan PAS memgangnya sedangkan pemegangnya boleh menentukan jatuh bangun kerajaan ini.

e. Jaminan PAS tidak tertipu: Tiada jaminan bahawa apabila PR sudah berkuasa PAS tidak akan ditikam dari belakang.

Harus diingat sejarah gerakan Islam khususnya di Indonesia,apabila gerakan pembebasan namakan sahaja Nasionalis,Komunis dan sebagainya ingin menjatuhkan Belanda,gerakan Islam dijemput untuk bersama,tetapi apabila sudah berkuasa,Gerakan Islam dicampak ke tepi.

Anwar Ibrahim mempunyai rekod tikam belakang PAS paling banyak sejak memimpin ABIM lagi.Adakah jaminan PAS boleh melaksanakan hukum Syariah,memegang jawatan seperti M Kewangan (tentunya Azmin),Pendidikan (MUsafa Kamil Ayub),Pertahanan (saifuddin Nasution malah tidak hairan Tian Chua sendiri,dan jawatan MB di negeri yang 50% melayu seperti Perak,N 9,Selangor,Melaka,milik PAS?

Jika Kerajaan Perpaduan Kabur,kerajaan PR adalah sekabur Kerajaan Perpaduan kecuali untuk Husam yang telah dijanjikan jawatan TPM dan sekerat dua seperti Kamaruddin Jaafar..

Paip-On said...

WOO..WOOIII!!! TULANG BESI...

HANG ADA BUKTI KA YG UMNO ADA DALAM KELAMBU...ATAU ADA DALAM KELAMBU HANG SAJA...HANG PIKIAQ LA...FOKUS LAWAN UMNO YG REAL...YG REAL...YG REAL...YG ADA DEPAN MATA TAK LAMA LG...DOK KALUT TAK HABEH2 DGN UG TU BUAT APA...BRAPA BYK MASA DAN MANGSA DH TERKORBAN...SALAH SATU PEMBUNUHNYA ADALAH HANG..ADALAH HANG...

JGN PIKIAQ PIMPINAN PAS SEMUA BODO...DEPA LEBIH DEKAT LEBIH BYK BUKTI DR HANG...WALAU USTAZ AHMAD AWANG TAK DEDAH NAMA TP ADA PIMPINAN YG TAU..HANG IGT DEPA SEMUA DOK SAJA KA...HANG KOMEN MCM ORG SEMUA BODO..HANG SAJA YG PANDAI..PIGIRAHHHH!!!!

SUDAH LA...AKU MERAYU NI...LEPAS PRK MANIK URAI HANG NK TUNGGING TERBALIK PASAI UG NI PUN AKU TAK KISAH...AKU CUMA HARAP HANG FOKUS DGN TULISAN HANG UTK LAWAN UMNO LAHANAT UTK KEMPEN MANIK URAI..CARI BUKTI PENYELEWANGAN...HANG PI SIASAT N TENGOK BUKTI TAIK2 UMNO LAHANAT YG DEPA TINGGALKAN..KAN LAGI BAGUIH MCM TU KAN TULANG BESI...

Nizam Mahmud said...

Izinkan saya untuk menjawab Annoymous

a. Pembahagian Kementrian: Adakah PKR akan memberikan kementrian2 yang strategik seperti Kementrian Pertahanan, Kewangan, Pendidikan dsbnya? Bodohlah Anwar untuk melepaskan kementrian2 tersebut dengan mudah

Jawapan saya: Kenapa tidak? Bukti nya adalah pada tahun 1999, tidak ada desakan untuk PAS berikan kerusi MB di Kelantan dan Terengganu pada PKR walaupun pada masa itu PAS bersama PKR di dalam BA.

Adakah juga PKR minta jawatan exco yang strategik untk PKR sendiri?

Dua negeri jatuh pada Pembangkang, dua-dua MB adalah dari PAS dan kerajaan negeri didominasi oleh PAS sepenuhnya.

Malah jawatan Ketua Pembangkang juga diserahkan pada Hj Hadi.

Apa lagi PAS nak?

b. Status Kerajaan2 Negeri PR?: Kedah,Kelantan,Terengganu sudah tentu dikuasai oleh PAS,tetapi di Perak,jikalau DAP meletakkan beberapa calon Melayu sebagai MB,adakah DAP akan melepaskan kerusi MB kepada PAS?

Jawapan saya: DAP sudah pun bersetuju bahawa Nizar akan dikekal kan sebagai MB.

Yang menghairankan saya, 4 buah negeri disebut oleh anda, dan 3 buah negeri diakui akan diberikan pada PAS, apakah ini tidak cukup?

Apakah setiap negeri yang jatuh dari BN mesti juga diberikan kepada PAS sahaja?

Adakah anda seangkatan dengan Hasan Ali yang berunding dengan Khir Toyo sehari selepas keputusan pilihanraya untuk membentuk kerajaan?

Saudara berkata "adakah PKR akan lepaskan kerusi-kerusi yang majoriti Melayu?" dan "PAS sudah mula menunutut kerusi spt Lembah Pantai,adakah PKR akan melepaskannya?"

Kenapa tidak tuntut saja semua kerusi PKR sekarang? Kenapa tidak letakkan syarat semua kerusi PAS mempunya hak untuk bertanding dan mana-mana tempat yang PAS tak mahu bertanding, baru lah parti lain boleh bertanding di situ?

Tak cukup kah 3 dari 5 buah negeri PAS menjadi MB?

Apakah saudara mahu membawa perangai ulama PAS yang menuntut jawatan-jawatan tinggi PAS mesti lah diberikan pada puak dia. Dan serpihan-serpihan lain yang mereka tak mahu boleh direbut oleh mee celup?


c. Perdana Menteri: Siapa yang akan menjadi Perdana Menteri? Tentulah Anwar,jadi apa bezanya dengan Keajaan Perpaduan?

Jawapan saya: Terlalu banyak beza nya.

Beza nya adalah BPR dahulunya mengeledah pejabat dan rumah Anwar untuk mencari bukti penyelewengan dan rasuah akhir nya cuma dapat satu tuduhan 'rasuah' iaitu Anwar dikatakan menyeleweng kuasa dengan memberi arahan kepada beberapa anggota polis.

Itu saja kah bukti penyelewengan dan rasuah Anwar yang dapat dicari sesudah Pejabat dan rumah nya digeledah habis-habisan dan orang-orang nya ditangkap dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu?

Tidak adakah tuduhan Anwar menerima komisen kapal selam, terlibat dalam pembunuhan, skandal dengan artis?

Satu-satu nya tuduhan adalah Anwar meliwat Azizan di mana Azizan 3 kali menafikan di mahkamah dia diliwat. Malangnya, penafian itu tidak diambil endah oleh hakim yang setiap kali peguam Anwar cuba berhujah cuma tahu berkata 'tak releven'.

Banyak sangat beza nya.

Nizam Mahmud said...

d. Speaker : Siapa yang akan memegang jawatan Speaker? Adakah Anwar akan membenarkan PAS memgangnya sedangkan pemegangnya boleh menentukan jatuh bangun kerajaan ini.

Jawapan saya: Lagi soalan saya, adakah PAS hendak semua kerusi yang dipegang PKR dan semua jawatan MB negeri-negeri?

Dan sekarang jawatan Speaker pun mesti dari PAS?

e. Jaminan PAS tidak tertipu: Tiada jaminan bahawa apabila PR sudah berkuasa PAS tidak akan ditikam dari belakang.

Jawapan saya: Tiada jaminan. Tetapi kita belajar dari sejarah. PAS sudah bekerja dengan DAP adalah semenjak dari penubuhan Barisan Alternatif lagi.

Apakah bukti nya sudah 10 tahun bekerjasama, PAS pernah ditikam oleh PKR dan DAP?

Seingat saya seorang pemimpin PAS pernah berkata 'Anwar Ibrahim tidak relevan lagi' dan "Kit Siang dan Karpal Singh adalah ubat habis tempoh' menjelang pilihanraya 2004.

Siapa yang tikam siapa?

Banding kan dengan sewaktu kerjasama PAS dan UMNO.

PAS mula bekerjasama dengan UMNO pada 1973. Pada 1974 rasmi meanggotai Perikatan (kini BN).

PAS ditendang keluar pada tahun 1977 macam anjing kurap.

Berapa tahun kerjasama sebelum ditendang keluar wahai encik-encik semua? Tak payah 10 tahun macam dengan PKR dan DAP, setengah dari tempoh itu sudah ditendang keluar macam anjing kurap.

Belajar lah dari sejarah.

Lagi komen lain:

""Harus diingat sejarah gerakan Islam khususnya di Indonesia,apabila gerakan pembebasan namakan sahaja Nasionalis,Komunis dan sebagainya ingin menjatuhkan Belanda,gerakan Islam dijemput untuk bersama,"

Jawapan saya: Kamu menghina gerakan Islam di Indonesia. Adakah mereka cuma menentang Belanda setelah dijemput? Sebelum itu mereka redha dan bekerjasama dengan Belanda ka?

Mana kamu belajar sejarah?

"""Anwar Ibrahim mempunyai rekod tikam belakang PAS paling banyak sejak memimpin ABIM lagi."""

Jawapan saya: Anwar tidak pernah menjadi ahli PAS. Bagaimana dia nak tikam belakang?

Nizam Mahmud said...

sam,

Karang aku pergi Rusila, bukak mulut sikit aku dah kena ikat dengan kain serban. Hang nak tolong ka?

Anonymous said...

Syor dan pendapt ikan 12.06.09 jam6.14pm baik dan wajar dipertimbangkan.
Untuk meringkaskan kerja tak payah nak singkir begitu ramai boneka-boneka UMNO ni.Singkirkan "kepala-kepala" mereka sahaja sudah memadai.Siapa? Mustafa Ali,Nasaruddin Mat Isa,Hadi Awang dan Harun Din.Kalau kepala-kepala ni dah tak ada,yang lain akan mati kutu.
Untuk mengadakan Muktamar Khas,mesti ada sekurang-kurangnya permintaan 1/3 dari ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat atau 1/3 dari PAS Kawasan-kawasan(ikut Perlembagaan Fasal 16 (1)(b) - bermakna hanya diperlukan lebih kurang 46 kawasan memohon cara bertulis untuk mengadakan Muktamar Khas.

Diharap ada pihak yang akan memulakan langkah demi menyelamatkan PAS jadi musnah.Menunggu 2011 terlalu lama untuk melakukan "damage control" kerana PRU ke13 munkin pada tahun 2013.

kia71 said...

salam..

muktamat dr TGNA...

penyokong UG adalah boneka UMNO...

jika anda ingin di lebel sebagai boneka UMNO,sokonglh UG..

Paip-On said...

WOO..WOOIIIIII!!! SI TULANG BESI DAN SEKUTU2 YG SEWAKTU DGNNYA. HANGPA SEMUA BACA ARTIKEL NI DI http://nuraflah.blogspot.com/2009/06/benarkah-haji-hadi-buat-salah.html. MOGA KE'BODO'AN HANGPA DPT DICERDIKKAN.

Anoinimuz said...

Karang aku pergi Rusila, bukak mulut sikit aku dah kena ikat dengan kain serban. Hang nak tolong ka?

bro, gua takot nanti lu kena kroyok. stakat ikat dgn kain serban gagah lg. tp geng2 trg nie agak fizikal & bley mengancam nyawa.

sam raspiut said...

9)
Terharu sungguh aku dgn mereka yg sokong boneka tetapi mengaku pejuang islam, mereka fasih memaki hamun demi perjuangan.

Dari segi rupa hebat-hebat semua, tak perlu ikut Khir Toyol yg terpaksa guna botox utk elokkan rupa. Malangnya akal mereka tersimpul dekat wala’ pada boneka, tak sempat sampai dekat wala’ pada parti dan agama.
Sekarang simpul akal mereka berkalih dekat Manik Urai, mereka agak bulih tutup botol@jebul UG dgn Manik Urai, mereka lupa orang sana haram main boneka.

Pejuang lain kuat usaha agama, mereka kuat usaha mendakwa merekalah pejuang agama. Pejuang agama tak kisah pemimpin mereka menang pilihanraya, mereka pentingkan orang yg menang pilihanraya sokong agama, sebab bila semua dah sokong agama Pas misti menang pilihanraya!

Pejuang-pejuang boneka ini risau, kalau orang menang pilihanraya pilih agama dimana tempatnya pemimpin boneka mereka kerana dalam agama takde ruang untuk boneka yg menderhaka jemaah dan agama.. rugilah pelaburan mereka..

lan said...

Haji Hadi, Nasha, Mustafa Ali, Harun Taib, Harun Din, Hassan Ali = BONEKA UMNO

lan said...

Mustafa Ali si pembohong.
Sila letak jawatan

Anonymous said...

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan
Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09 11:54am
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

pkr egm 130609 anwar 05.jpg"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

"Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.

Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

"Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.

Tulang Besi said...

"Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.
.

Ini maknanya, sampai bila pun kita tidak akan berbincang dengan UMNO.

Krana mana mungkin UMNO akan bebaskan kehakiman dan pastikan pilihanraya bebas.

Anonymous said...

SALAM paip - on - ko kena taat pada mursyidul am ko.. dia dah tegas dgn arahan dia.. kalo tak mau taat - BERAMBOS MAIN JAUH2 DARI JEMAAH INI.

Anonymous said...

zaman arwah ustz fadzil - teranngg2 setuju kalo BA menang ANNWAR PM -termaktub semasa kempen.. even if PAS menang kerusi banyak pun Anwar PM..
kenapa arwah TG FADZIL noor bole terima anwaar - ahli pas terima..
TAPI sekakrang zaman hadi banyak sangat keraguan itu ini..Mursyidul AM nampak gaya takda masalah Anwar jd PM

ahli jemaah ikut TAAT kata mursyidul AM -dia pemimpin tertinggi.. bukan yg lain2 tu..

muhammad said...

Paip-On,

Mula2 sekali, tekan Caps Lock kat keyboard hang.

Lepas tu mungkin baru orang ambik pot apa hang kata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.