Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, June 26, 2009

Kerajaan Perpaduan: Kemenangan Kepada Kita Dalam Pusingan Pertama

Pertama sekali, saya memohon beribu kemaafan kerana tidak update blog saya dalam beberapa hari ini kerana faktor2 kesihatan yang menghambat saya dari menulis artikel-artikel baru. Saya telah diserang "flu" dan pada masa yang sama beban kerja juga telah bertambah.

Alhamdulillah, pusingan pertama telah dimenangi oleh pihak kebenaran. Mereka yang kemaruk hendak bersama UMNO telah dimalukan. Malahan, suara-suara fitnah sudah semakin berkurang apabila salah satu suara tersebut telah ditendang keluar dari "kamar" Presiden PAS.

Namun, ada satu lagi suara fitnah yang masih berada di bawah bumbung PAS, secara khususnya di akhbar Siasah yang wajib dibuang dari PAS. Namun beliau berada di bawah kekuasaan tokoh Fraksi UMNO yang baru dilantik ke jawatan strategik dalam Dewan Harian PAS.

Ertinya, walaupun dalam pusingan ini kita telah menang, is tidak bermakna musuh telah hilang. Mereka masih dengan perangai mereka dan mereka masih memegang jawatan yang strategik dalam PAS.

Bagi saya, mereka yang pernah berbohong untuk melindungi tindakan jahat mereka susah untuk dipercayai lagi. Kalau mereka boleh berbohong sebelum ini, maka apa jaminan mereka tidak berbohong sekarang ini? Segala persetujuan mereka untuk membuang hasrat kerajaan perpaduan/rundingan dengan UMNO ini juga mungkin satu pembohongan? Sekadar untuk menenangkan keadaan.

Sabotaj Kepada Pakatan Rakyat

Mereka mungkin tidak meneruskan usaha mereka untuk membawa PAS kepada UMNO, tapi apa yang mereka mampu buat sekarang adalah mensabotaj Pakatan Rakyat.

Oleh sebab mereka di posisi yang strategik dalam parti, maka mereka mampu berjumpa dengan semua ahli dan pimpinan PAS di setiap peringkat untuk menjayakan usaha dan niat jahat mereka.

Berbagai-bagai cerita bohong dapat mereka sebarkan di kalangan ahli dan pimpinan2 PAS untuk mengeruhkan suasana sesama partai Pakatan Rakyat.

Itu tidak termasuk membuat kenyataan-kenyataan yang sensitif yang mampu membuat parti seperti DAP rasa tidak senang dan gelisah. Dari pengalaman Barisan Alternatif, biasanya DAP lah partai yang paling "vulnerable".

Kalau saya berada di pihak UMNO, saya mahu menghadapi PRU ke 13 dalam keadaan pembangkang berpecah belah. Sepanjang sejarah pilihanraya Malaysia, BN sentiasa menang kerana mereka sentiasa menghadapi opposisi yang berpecah dan tidak bersatu.

Opposisi yang tidak bersatu menguntungkan UMNO keseluruhannya.

Maka, sudah tentulah Fraksi UMNO mahu menjayakan program yang menguntungkan UMNO. Dan yang paling menguntungkan UMNO sekarang ini adalah berpecahnya Pakatan Rakyat.

Ahli2 dan pimpinan2 PAS harus berwaspada. Apa sahaja usaha untuk melemahkan dan memecahkan Pakatan Rakyat harus ditolak sama sekali. Sesiapa dalam PAS yang bersuara atau berpendapat ke arah pengeruhan hubungan sesama Pakatan Rakyat, harus ditolak dan ditentang oleh ahli-ahli PAS keseluruhannya.

Wallahualam.

Tulang Besi

.

61 comments:

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Fitnah apa la pulak yang awak bawa ni. Orang semua dah berdamai, tapi kamu jadi batu api. Fitnah siasah la pulak. Apa yang tak puas hati lagi. Jgn nak rosakkan jemaah dengan cara lain pulak la. Hentikanlah mengadu domba awak tu. Cuba fikirkan macamana nak satukan fikrah jemaah supaya jangan berpecah. Itulah sepatutnya tugas awak lakukan. Bukan asyk nak berbalah atau berkelahi di sini. Blog ini sepatutnya di wujudkan bagaimana supaya orang Muslim lebih memahami Islam dan orang bukan Muslim mula mendekati Islam dan akhirnya masuk Islam. Jadi anda patut fikirkan perkara itu.

Tulang Besi said...

Saudara Shafri,

Jangan main tuduh ikut sedap hati.

Apa dia yang saya fitnah dalam artikel saya ni?

Cuba tunjuk.

lan said...

Musuh PAS itu sentiasa bergerak dan ia tidak akan senang hati dengan perpaduan Pakatan Rakyat dan pimpinan tertinggi PR.

Musuh dalaman dan luaran sentiasa ada bagi badan siasah seperti PAS dan PR.

Kalau dimaksudkan oleh TB ialah Siasah, tawkaynya ialah Mustafa Ali.

Beliau adalah salah seorang pencetus idea kerajaan perpaduan yang baru2 ini ditolak oleh PAS.

Jika Mustafa Ali tidak merasa puas hati kemahuan politiknya tidak diterima, maka beliau bila2 masa boleh sahaja menjadi duri dalam daging untuk mengkucar-kacirkan perpaduan PR.

Sejarah telah terjadi. Contoh klasik bagaimana beliau berbuat demikian apabila beliau menggagalkan 16 September dengan beliau membuat kenyataan yang bertujuan mengsabotaj projek tersebut.

Dengan jawatan dan kuasa yang ada padanya di peringkat tertinggi, kerisauan tetap ada.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Awak fitnah siasah, apa kena mengena dengan siasah?
cuba awak jelaskan apa kena mengena dengan siasah mengenai perkara ini? Siapakah yang awak kata dalang dalam yang mendapat perlindungan dalam hal ini? Saya rasa awak yang tuduh sesedap hati. Setahu saya Siasah hanya menyuarakan apa pandangan Presiden parti setelah harakah mula mengabaikan idea yang dilontarkan oleh Presiden. Salahkah Siasah apabila mengutarakan apa pandangan presiden parti?

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Awak fitnah siasah, apa kena mengena dengan siasah?
cuba awak jelaskan apa kena mengena dengan siasah mengenai perkara ini? Siapakah yang awak kata dalang dalam yang mendapat perlindungan dalam hal ini? Saya rasa awak yang tuduh sesedap hati. Setahu saya Siasah hanya menyuarakan apa pandangan Presiden parti setelah harakah mula mengabaikan idea yang dilontarkan oleh Presiden. Salahkah Siasah apabila mengutarakan apa pandangan presiden parti?

LensaPR said...

Saya tak beli siasah dah - sama macam Utusang je

Anonymous said...

Dear TB

Hope you are much better now.

I agree with you that PAS still have to be careful as the enemies are still existing in the party.

It is just too bad that PAS is divided in such way, in other word not united. You are weak if you are not united.

Therefore, I suppose PAS has to find way/s to unite its members.

Take Care.

Mei

Anti Fraksi UMNO said...

Setuju dengan LensaPR,

Harakah = Siasah = Utusan Malaysia. Memang setaraf ketiga-tiganya.

Aku dah lama boikot!

Rozana said...

Saya setuju dgn TB, kita kena sentiasa berhati-hati dgn sniper, ambush musuh kerana medan politik adalah medan tempur idelogi utk takluk kuasa.
Saya juga setuju dgn bro. shafri shamsudin, blog ini juga perlu menjadi medan membawa Islam kepada non-muslim di atas platform PAS for all.

Anonymous said...

nampaknya saudara safri ni org kuat presiden rupanya. saya rasa perkara perpaduan ni perkara paling asas dalam PAS. seandainya jika nak buat engagagement pon jangan la dok main sorok2. kalau la tuan presiden yakin dengan idea dia bentangkan la ia dalam dewan syura kita pakatla bincang ramai2. nampaknya orang "kita" dah kena tempias budaya umno yang mana pendapat tuan presiden "wajid" di terima oleh semua ahli.

WFAUZDIN NS said...

Sabar lah TB. Jgn salahkan mereka yg tidak faham. Mereka mungkin tidak tahu kisah merayap malam yg terjadi di Selangor dulu tu. Org2 itu masih berada dlm Pas dan pegang jawatan penting. Harap2 org2 itu insaf dan bertaubat.

Paip-On said...

salam Bro...

hahahahaha..hang ni x abeh2 dgn tesis hang tu...hahahaha...asyik nk buat org gaduh saja.

AKu betul2 kesia, simpati dgn hang yg kerja hang adalah nk bg org gaduh saja.huhuhu

tak pa lah...hang teruskan kerja hang yg hang anggap mulia tu.Mudahan mendapat kebahagian didunia wal akhirat.

*HAHAHAHAHAHAHAHA...aku cian...aku cian...aku lucu...kat TB.Hari tu habis-habisan pertahan yg ada puak2 farksi UMNO dlm PAS tp lepas dua org Tok guru yg kita kasihi telah sependapat...dia nk cr point lain plak nk bg org gaduh..hehehehee

TB saja yg betui,org yg lain semua salah...TB saja yg pandai,org lain semua bodo nk mampus...semua yg baik2 adalah TB...hahahahahahaahaha...BODO!!!

menara api said...

semua blogger: buka www.penjualubat.wordpress.com dan kedahlanie.blogspot.com

we must react to the post and comment dude.don't be like the dog bark to the hill(cehhh)dude, be like the hill is jumping onto the dog(lagi la cehhh)......lawak bodo.padan la dengan hampa yang dok buat kerja bodo ni.....

HaHs said...

Cuba hang tgk siapa antara pengarang diblkg siasah dan harakah? Ada antaranya group UG. Itu takpe lagi. Yg plg penting, ada si polan yg dah lama jadi pengarang dan bergelumang dgn pemimpin pas terutama di Terengganu dan dlm masa yg sama bekerjasama di blakang dgn pimpinan umno. Bukankah dia yg bekal maklumat fitnah menuduh kerajaan dan exco kelantan buat rasuah melalui wakil rakyat BN pd 2007.

Padahal, dia ada kes mark up tender kerajaan kelantan dan kerana itu berdendam dgn 1 exco yg berpotensi menjadi pemimpin dlm Pas dan juga turut merupakan anak didik TGNA. Pelbagai fitnah dilontarkan oleh agen kpd pemimpin tersebut serta pemimpin yg menyokong pemimpin tersebut.

Pelbagai gelaran, fitnah dan tuduhan dilemparkan hingga turut terkena pemimpin pas kelantan yg lain. Ini juga merupakan perancangan halus beliau diikuti dgn beberapa pemimpin yg berideologi sama. Ia mungkin telah bermula setelah kemangkatan arwah Ustaz Fadzil Noor atau sebelumnya lagi mungkin.

Mereka cuba menyusun pasukan dgn meletakkan pemimpin berfikiran dan ideologi seperti mereka bagi jawatan2 strategik dan berjaya kecuali sayap muslimat. Pesuruhjaya yg dilantik juga diharap boleh menyokong serta memberi kerjasama terhadap ideologi tersebut pada masa hadapan.

Muzakarah, muqabalah dan UG ini hanyalah sebahagian saja. Cuba lihat lagi isu spt Fraksi Anwar, Erdogan, Profesional vs Ulama', pemimpin Syiah, rasuah politik, rumah besar Exco Kedah, UG vs Anti UG, isu wala' pada pimpinan sdgkan tidak wala' pada Mursyidul Am, singkir pimpinan kelantan, isu TGNA bkn maksum, pemimpin rasuah politik dlm pertandingan untuk melobi lantikan di muktamar.

Fitnah memburukkan Anwar serta PKR dan DAP bagi pemecahbelahan PAS dan kerjasama PR mungkin akan diteruskan hingga perpecahan menjadi realiti didalam PAS dan PR jika kita tidak mula berhati2 terhadap perancangan ini. Diharap yg ada perancangan, pemikiran atau sokongan agar melupakan niat murni tersebut dan sama2 duduk didalam jamaah Pas serta PR. Bkn duduk bersama segelintir pihak yg didalam PAS yg inginkan kuasa serta sanggup memecahbelahkan Pas serta PR yg ingin membawa Malaysia ke arah yg lebih baik dan istiqomah menentang kebobrokan pemerintahan Umno BN.

Jgn dokong dan singkirkan pemimpin islam yg masih kuat berjiwa melayu itu sekiranya ada. Biar pakatan kita lebih kuat dan dpt menundukkan BN pada PRU akan datang. Perjuangan harus bermula di Manek Urai. Yg x faham tu tlg buat siasatan dan kajian sebelum menuduh Pak Bakaq mcm2 beb. Aku dulu pun mcm korang gak. Main hentam je.

Wallahu A'lam, Wassalam!

HaHs said...

Sorry!

Bkn Pak Bakaq tapi TB!
Diorg ni mcm adik beradik plak rasanya. Mcm sejiwa pun ada!
Hehehehe!!!!!

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Untuk pngetahuan semua yang menjaga setiap muka dalam siasah bukannya orang yang tuan2 sangka. Dia hanya diletakkah sebagai penama sahaja. Jadi saya rasa anda semua dah salah sangka dan salah faham. Tuan telah berdosa kerana menuduh dan tuan2 semua kena mintak maaf kepada dia. Lain kali dapatkan fakta yang betul. Orang yang menjaga Siasah adalah KETUA PENGARANG EKSEKUTIF' bukan Ketua pengarang tapi namanya tiada dalam 'Sidang Editor' atas sebab-sebab tertentu. Jadi janganlah kamu semua asyik sebar fitnah. Janganlah tambah dosa lagi dan hentikanlah semua fitnah.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Supaya kamu semua faham orang yang saya maksudkan adalah orang yang bersama Anwar dalam Debat bersama Shabery Chik. Jadi lepas ni janganlah asik nak buat fitnah lagi.

Anonymous said...

Bang Shafri,

Dia editor la. Editor yang tentukan content.

Kalau tidak tak payah la lantik jadi editor.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Itulah uniknya Siasah, itu sebab "KEBEBASAN DAN KELAINAN". Content bukan orang yang anda semua maksudkan, tentukan tapi "KETUA PENGARANG EKSEKUTIF". Ada paham. Kalau anda masih nak dengar berita yang palsu dan suka menyebarkannya, terpulang. Janji saya dah lepas dari tanggungjawab untuk berhadapan dengan Allah mengenai masalah ini. Tanyalah dekat orang harakah, dan mereka akan beritahu anda sebagaimana saya beritahu kamu semua.

Anonymous said...

Tuan2,

Saya rasa pemimpin2 yg pro-UG have not given up. They are strategizing. So kita semua kena berhati2. There is an uneasy truce in PAS. Kita jgn cari gaduh. Perkukuhkan PR and take over Malaysia in PRU13.

Be wary of the Pro-UG group. Saya tengok body language mereka sangat 'lain' semasa press conference. DSAI dan LKS sahaja yg bercakap. TGHH sikit pun tak nak contribute apa2. Dipeghujung baru lah cakap sikit2. Tengok lah sendiri kalau tak percaya. Terpaksa berlakon.

Semoga Allah pelihara perjuangan PAS.

Amin.

Anonymous said...

Ketua Pengarang Siasah, Mohd Sayuti Omar.

Bang Shafri,

dia ketua pengarang la. Dia ada kuasa ke atas "content" Siasah.

PAda waktu yang sama dia buat fitnah pada pimpinan (Husam Musa) sehingga Husam telah disiasat atas bawah oleh BPR.

Laporan kepada BPR dibuat oleh ADUN2 UMNO pimpinan Nozula Mat Diah berdasarkan kepada laporan2 yang dibuat oleh MSO dalam blog beliau.

Namun, tindakan MSO ini tidak pernah membahayakan kedudukan beliau sebagai editor, walaupun jelas beliau ni memfitnah pimpinan.

Pegi bagitau Cikgu Pa kau tu la. Tanya dia bila dia nak pecat MSO ni?

HaHs said...

Oklah aku percaya dgn harakah!
Siasah aku x tau! Pusing lah korang kot manapun, eksekutif ke x itu bkn masalah. Kalo dah jadi isu dan dia bkn lah pengarang, keluarkan nama dia dr pengarang. Susah ke?
Tp masa Mustafa Ali pegang dan control harakah, citer pasal TGHH, kerajaan Peraduan, bla, bla, bla.....sgt jelas. Sampai ada puak yg komen, jgn masuk citer anwar dsb dan utamakan TGHH dan pimpinan PAS. Itu ok lagi. Komen TGNA serta pimpinan lain menentang UG dikesampingkan mungkin atas alasan perpaduan dan menonjolkan pemimpin2 tertentu saja. Pemimpin lain kurang mendapat liputan. Baru2 ni je ok sikit. Adalah terselit pandangan yg kontra. Bkn semua pengarang bersetuju tp mcm ada tangan halus yg menutup serta mengarahkan tentang suatu berita. Ini pandangan aku je. Berita alternatif kena ada commercial value skt. Dptkan pandangan yg rata serta korek maklumat sesuatu isu hingga kelubang cacing dan dedahkan walau pahit. Without favor & fear! Bkn simpan suatu berita hot dan dorong pembaca ke arah berita yg bosan. Kena up to date dan bersaing dgn akhbar komersial lain mengeluarkan hot isu. Ni x, citer yg baik2 dan takde masalah je! Apa citer.
Terpulangle!

Orang Baru said...

Selagi TB dan Pak Bakaq hidup, insyallah perancangan puak Fraksi UMNO tersebut akan ditelanjangkan satu persatu.

Teruskan perjuangan TB. Kami tetap menyokongmu.

Kita sapu sampai licin puak2 tersebut.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Susah kalau dah buta hati. Org dah terang kebenaran tapi tetap nak dengar yang bathil. Suka hati ko la labu...

HaHs said...

Bkn buta hati bro!
Syak je! Kalo mcm tu, telus lah kat pembaca! Keluarkan je nama dia. X jadi isu! Walaupun dia idola segelintir wartawan atau pengarang berita serta blogger alternatif tp bila dah jd mcm ni, ambik le tindakan. Jgn dok diam je!

Aku masih baca harakah dan siasah sbb ia lidah jamaah pas dan info dia ok tp boring sikit!
tp kena hati2 je la dan baca yg sesuai dgn jiwa aku. Aku proses dulu info. Mana boleh terima atau tolak semua! dah biasa bc utusan / BH / TV 3 suku (kena tapis dulu). Yg mana nak hasut atau bagi idea kearah kerjasama politik dgn Umno BN, wala' x bertempat / membuta tuli atau nak pecah belahkan kerjasama dlm Pas dan PR! aku bakul sampahkan je. Lagi satu, tgk sapa yg bercakap dan apa isi yg dia cakap. Boleh gitu?

Anonymous said...

Salam,
You tulis macam ni ye!
Mohamad Shafri Shamsudin said...
Susah kalau dah buta hati. Org dah terang kebenaran tapi tetap nak dengar yang bathil. Suka hati ko la labu...

Semua penyokong UG berada di Siasah dan Harakah. Tak kan you tak kenal.. silap silap you ini pun salah seorang daripada nya. Jangan makan duit haram sudahlah... kami tau .... kami tau.....macam hang yang rasa tau semua juga lah.

rahza said...

Apa yang TB cuba buat adalah sekadar hendak mengingatkan kita supaya berwaspada terhadap boneka-boneka UMNO ni."Memberi ingat" tu memang disuruh dalam Islam.

Keluaran terbaru Siasah,muka depan(Front Page) dan Tajuk Utama,dalam tulisan besar,menyebut perjumpaan Najib dengan Mahathir.Dibawah tajuk besar ini baru ada gambar TGNA bersama Nasaruddin Mat Isa.Sekali imbas,aku agak hairan sama ada Siasah ini akhbar PAS atau UMNO.Walau bagai mana besar dan pentingnya pertemuan Najib dengan Mahathir ini - tidak wajar jadi berita utama,muka depan pulak bagi akhbar kepunyaan PAS.Untuk makluman saudara Mohamad Shafri,dalam ilmu persuratkhabaran bukan sekadar isi berita saja yang perlu diambil kira,"letak"(tempat) sesuatu berita itu turut diambil kira - menentukan keutamaan(priority)berita itu.Soal pokoknya: Adakah berita ini menguntungkan PAS? Ini terpaksa dijawab olih Ketua Pengarang Siasah.Dia yang tahu jawaopannya.

Apa yang nak ditekankan disini bukan nak mengkritik Siasah sangat.Tetapi hendak memaklumkan kepada Mohamad Shafri bahawa peringatan yang dibuat olih TB tu berasas dan baik.Agar kita akan sentiasa berwaspada terhadap boneka0-boneka UMNO ini."Peringatan" tak wajar disamakan dengan "fitnah" terkecuali jika anda ada "axe to grind" terhadap TB.

menara api said...

harakah ka, siasah ka, lani orang dah tak mau baca, kalau ikut apa yang hangpa dok dedah2 ni, serupa je la dgn utusan meloya dan berita hairan.

tohkongmosjid said...

Saya setuju dengan Mohamad Shafri.
Ketua editor siasah tiada kuasa untuk menentukan intipati siaah.

Ketua Editor Eksekutif shj boleh. Dan beliau ialah seorang yang berintegriti tinggi. Cerita Mohamad Shafri boleh saya sahkan dengan nyawa saya.

Siasah jauh lebih adil pembahasannya dan temuramahnya. Jangan fitnah siasah.

tohkongmosjid said...

Rahza,

Harakah dah ambil tajuk: Kerajaan perpaduan tamat.

Kalau Siasah ikut sama ambil tajuk kerajaan perpaduan, apa nilai komersialnya? Kenalah ambil tajuk lain supaya tak clash. Pendek kata, Siasah ini satu business juga, kena jual paper. Kalau langgar tajuk sama, siapa nak beli? Org nampak macam tak ader idea.

Kadangkala pemikiran itu kena tgk dr byk angel. Jgn main tuduh aje. Org yg kat belakang siasah ini dah berpuluh tahun dalam PAS; kalau dia tak sayang PAS, dah lama masuk paper lain.

tohkongmosjid said...

http://mt.m2day.org/2008/content/view/23567/84/

Jika ada yang terasa saya ini puak fraksi UMNO...

Nizam Mahmud said...

Bro TB,

Fasa seterusnya, dan kita tak boleh elak dari membincangkan adalah kemana hala tujunya PR setelah Anwar dipenjara nanti.

Fikirkan ini;

1. Anwar dipenjara dan hilang kelayakan sebagai MP. Kerusi dikosong kan, dan adakah akan ada suara dari PAS yang menuntut kerusi ini diberi pada PAS?

2. Dalam persepakatan PR, antara PAS dan DAP, di tengah-tengah adalah Anwar. Selama ini Anwar lah yang berusaha mencari penyelesaian pada masalah yang timbul antara parti PR.

Jika kebebasan Anwar sudah disekat, beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat PR dan tidak pula dapat pergi ke pelusuk tanahair untuk menjadi orang tengah.

Jadi, siapa kah yang dapat menggantikan peranan Anwar ini?

3. Mereka yang pernah berunding dalam gelap, yakni fraksi UMNO dalam PAS tidak pernah berjanji tidak akan membuat perkara yang sama. Jadi apakah jaminan nya kegiatan haram dalam gelap ini tidak akan diulangi semula?

4. Saya lihat mereka yang menentang UG ini tidak begitu tersusun walaupun ramai.

Contohnya adalah, tokoh-tokoh fraksi UMNO sanggup sedaya upaya berjumpa Ustaz Azizan untuk pujuk jangan bertanding supaya undi pada Nasa fraksi UMNO tidak berpecah.

Tetapi siapa yang pro PAS yang pergi pujuk antara Husam atau Mat Sabu untuk mengalah supaya undi tak pecah?

Sehingga kini saya masih berfikir apakah sebenarnya motif Mat Sabu fraksi Syiah untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden sedangkan beliau tahu bahawa tidak mungkin beliau menang walaupun Husam tidak bertanding.

Saya tahu perwakilan PAS tidak akan mahu berketuakan orang Syiah.

Saya mempunyai keraguan pada Mat Sabu sebenarnya. Konsep taqiyah pada orang Syiah ini tidak mementingkan kebenaran tetapi amat mementingkan kemenangan. Apakah definisi kemenangan pada golongan syiah dalam PAS sebenarnya?

Apakah definisi nya adalah menyokong fraksi yang sanggup memberikan konsesi bagi fahaman syiah disebarkan?

Atau apakah definisi nya adalah membantah di mulut tapi menyokong dengan perbuatan yakni memecahkan undi fraksi PAS tulen yang seterusnya memberikan kemenangan pada fraksi UMNO?

Mat Sabu sudah kalah tapi Salahudin sudah pun naik. Nasihat saya pada ahli PAS, berhati-hati lah dan jangan pandang remeh pada taqiyah Syiah ini. Taqiyah Syiah adalah dahsyat dan telah dihalusi beratusan tahun lama nya.

Berbalik pada soalan di atas,adakah selain dari di Kelatan, adakah ada usaha untuk menyatukan fraksi PAS tulen bagi menentang fraksi UMNO?

Ingatlah, bila pembangkang berpecah, UMNO menang. Begitu juga bila fraksi PAS tulen pecah, fraksi UMNO telah menang. Belajarlah dari kesilapan.

4 persoalan diatas, saya sarankan agar TB sebagai ahli PAS menulis mengenai nya.

yes said...

Saudara TB,
Terus menulis tentang apa yang saudara tahu kepada jemaah, ramai yang ingin tahu. Soal mereka percaya atau tidak terpulanglah kepada mereka untuk membuat penilayan. Yang penting nya jemaah akan mulai sedar bahawa air yang tenang itu jangan disangka tiada buaya.
Sama ada kumpulan UG akan berunding lagi dalam gelap tidak dapat kita pastikan, bagaimana pun kita semua jangan berburuk sangka. Sekiranya terjadi lagi kita akan lawan lagi.

sam raspiut said...

Pimpinan PR tolak UG..
adakah bermakna Pas pro UG jugak tolak UG?? adakah pendirian PR dianggap sama dengan pendirian pendokong UG??

kalau sama mengapa pendokong UG seperti Nasha, Mustopa, Dato Seri Hadi tak buat sidang akhbar tarik balik UG? mintak maap?
Nik Aziz bulih bulih tarik balik.. mengapa tidak pendokong UG??

Mohammad Shafri Shamsuddin, bulih tak anyatakan pendirian anda? UG atau tidak?

Anonymous said...

Teori perang Tsung Tzu @ sun Tzi mengatakan antaranya bermaksud; berundur atau mengalah bukan bererti kalah, hanya bersifat strategis, masa untuk mengumpul kekuatan, menjalankan siasah, mengenal pasti kelemahan dan kekuatan lawan, dll sebelum kembali menyerang..

antara lain juga; kerja-kerja sabotaj, dakyah, fitnah dan sebagainya adalah perlu dalam strategi menewaskan psikologi musuh.

berjaga-jaga beb, depa cuma berundur! bukan mengalah!!

Anonymous said...

Abdullah bin Ubai sepanjag masa bersama Nabi s.a.w, tidak pernah dapat dibuktikan munafik semasa hayatnya kecuali melalui Wahyu Allah. kenal pebuatannya, hujahnya, perangai dan sifatnya tetapi tidak bulih dibuktikan. Dia kekal bersama Nabi sepanjang hayatnya.

Pandu lah sifat-sifat munafik dengan sifat-sifat pemimpin UG kita.. kenali mereka, nilai mereka, buat kesimpulan siapa mereka. sendiri ingat, sendiri faham..

jangan berhujah dengan mereka, semua pandai, quran dan hadith mainan mereka.. mereka pilih dan guna yg sesuai dengan mereka..

mereka ini memilih agama untuk ditukar dengan dunia...
mereka ini berasobiyyah dengan memilih puak mereka dari memilih kebenaran agama..

mereka sentiasa mendahului didalam jemaah dan agama... sebagaimana abdullah bin ubai yang sentiasa bersama Nabi.

tohkongmosjid said...

Wahai sekalian, sebenarnya ustaz Hadi tidaklah seburuk yang dikatakan. Rasanya beliau pun sudah bersetuju dengan TGNA bahawa permainan kerajaan perpaduan ini hanyalah untuk UMNO menghitamkan pemimpin PAS di kalangan rakyat dan PR.

Kalau dok baca di sini:
http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/bahasa/30290-langkah-abdul-hadi-tunjukkan-perbezaan-dalam-pas-selesai

Sebenarnya kalau Hadi memang Fraksi UMNO, beliau mesti nak ambil tindakan terhadap 10 MP yang berpihak di sebelah Nik Aziz. Betul tak? Hadi ini seorang yang lurus, mudah pun mempercayai orang. Nasha pula (ini memang masalah PAS bagi orang muda jawatan tinggi-tinggi, sekarang dah jadi pulak orang cita-cita tinggi)...... Mustapa -- mungkin juga terjerat apabila Pak Lah tetiba mengumumkan perjumpaan yang sepatutnya dirahsiakan itu.

Mungkin mereka pun teraniaya -- tapi itu saya tak pasti. Saya lebih suka bagi orang benefit of the doubt. Entah, saya rasa mereka semua ini pun sayang kat PAS jugak, mungkin cara sayang lain kot, bukan macam TB.

Sedih tengok PAS berpecah, apatah lagi di ambang kita sudah boleh diterima ramai, sekarang UMNO pula terbahak-bahak. Mungkin semua pemimpin atasan kita tak cukup pandai berpolitik dengan UMNO. Selalu ditipu UMNO... haiz.... semua kena baca buku Sun Tzu.

tohkongmosjid said...

http://www.themalaysianinsider.com.my/index.php/bahasa/30290-langkah-abdul-hadi-tunjukkan-perbezaan-dalam-pas-selesai

rahza said...

tohkongmosjid,

Ana tau Siasah berbeda dari Harakah,angles dan slants Siasah tak sama dengan Harakah.Disinilah letaknya ujian yang mencabar bagi mereka diSiasah menunjukkn kelainan dan ketinggian seni kewartawanan.Dalam pada memikirkan nilai komersial penting juga memikirkan millage untuk parti kerana Siasah punya pelanggan yang ramai dari kalangan ahli-ahli PAS.Jangan berniaga buluh kasap,dapat hujung,pangkal lesap,dapat pangkal hujung lesap,yang dikendung keciciran dan yang dikejar melepas.

Tak payah nak sebut ada orang Siasah dah jadi ahli PAS lebih dari 20 tahun.Jangan joklok sarang tebuan - permit Siasah siapa punya?

tohkongmosjid said...

Rahza,

Mungkin juga ada kebenarannya kenyataan saudara.
Harap-harap semua ini ada hikmahnya untuk PAS berpadu lebih kuat daripada dulu, dan sama-sama melayari bahtera ke putrajaya akhirnya.

Perselisihan semestinya berlaku, tapi diharapkan digunakan perselisihan itu untuk kebaikan daripada berpecah. Tak guna kita asyik menuding jari, baik kita mencadangkan jalan penyelesaian kepada kemelut tanpa henti ini.

Harap semua ahli PAS, walaupun tidak tidur sekatil, at least pun ada mimpi yang sama.

rahza said...

tohkongmosjid,

Kritikan dan pandangan yang diutarakan pada hakikatnya menunjukkan begitu ramai yang sayangkan PAS,Harakah dan juga Siasah.Selagi ada yang ingin "bersuara" selagi itulah menunjukkan ramai yang "concern" terhadap PAS dan media citaknya.Umpama bapa dengan anak - selagi bapa mahu menegur,selama itulah kasih sayang tetap terjalin.Kalau bapa dah tak mau bercakap lagi - bermakna komunikasi telah terputus.

Ahli-ahli PAS tak akan reza tidur sebantal dengan UMNO ditakuti mendapati mimpi yang ngeri.Sebagai mana kenyataan TGNA: PAS tetap kekal berjuang bersama Pakatan Rakyat - destinasi Putrajaya.

Anonymous said...

kenapa Rahman Talib (TB) senyap? Fitnah rahman talib tak menjadi ke? Rahman Talib, cukup lah ,jgn jadi pembatu api dan berperangai yahudi.

fuziah said...

antara sifat munafik apabila berhujah ..nak menang aje walaupun fakta hampas..blog ni saja jadi batu api, tgna 23jun lalu dah kata tutp buku..batu api ni nak idupkan lagi lak..nape tak puas hati husam kalah ke..na pe tak puas hati tgna dah tarik balik stm ke..udah le yoep..buatlah benda yg baik tuk org berbaik..kalu 2 org bergaduh..kita bole wat cerita baik2 agar dua org ni baik semula..ni dak rambah minyak lagi..

menara api said...

aku baru blk dari majlis makan bersama pemimpim pas-ust azizan,ust hassan razak dan bang mat sabu, cukup simple majlis tu, 3 org ceramah, habis sebelum jam 11 mlm.paling ketara ceramah bang mat punya la hambar, pendek,isi lama/lapuk.aku syak, ni mesti ada yang tak kena ni,awat pimpinan pas jadi mcm ni????????????tolong la, selesaikan lah masalah rumahtangga elok2, ada dapat maklumat yang org cina, india ramai dah tak caya kat pas,sokongan drop 40%,umno menang lagi la mcm ni. statement TGNA kat ust nasa pun ada mention belakon tak dapat duit la, aku syak depa ni tak settle lagi ni......sapa la dok nak buat onar lagi ni.......

fuziah said...

dulu ust nasa termasuk geng young turks/erdogan. pemilihan sebelum ini ust nasa lawan ust hasan shukri tuk timb pres..puak-puak erdogan bagi imej melanggit pada ust nasa..dia kalahkan ust hasan..pemilihan berikutnya..ust nasa pertahan jaw timb pres lawan ust harun taib..puak-puak erdogan bagi imej tak elok pada org trengganu..ust nasa menang lagi. rupa-rupanya ust nasa loyal ngan pres, so tahun ini husam lawan dia..biasala puak-puak erdogan guna segala sumber naikkan imej husam dan burukkan imej ust nasa..maka kuarlah isu ulama/professional..bila husam kalah kuar lak isu kjaan perpaduan. Ni semua bullshit..cuba tanya khalid samad, dia sendiri panggil semua isu ni smoke screen je. isu ni tak abih selagi husam tak dinobatkan atau sapa-sapa yang fikrah yg lebih kurang gitu. Tuan-tuan..nak urus parti islam ni kena pakai dalil syarie ke pakai hujah akal? Kita undi pas ni guna hujah syarie ke hujah akal? Kita bercakap/berhujah ni guna dalil syarei ke guna akal? Tuan-tuan carilah dalil syarei berkaitan ..tuan-tuan akan jumpa..jgn bergaduh..tambahkan ilmu tuan-tuan akan nampak cahaya dihadapan..

menara api said...

aku baru blk dari ceramah dan makan mlm bersama pemimpin pas kulim bandar baharu,bayangkan 3 penceramah-ust hassan razak, ust azizan dan bang mat sabu, majlis habis jam 11 mlm, punya la singkat majlis tu, bang mat punya ceramah hari ni paling hambar,pendek,isi lapuk,tak sedap sejauh yang aku dok ikut dia sejak lebih 20 tahun.ada yang tak kena lagi ni!

statement TGNA kat ust nasa pun baca skrip, dah tu melawak belakon la, tak dpt duit la,tak dak komisen la, berlawak sungguh ka,kiasan ni!
aku syak masalah rumahtangga pas belum selesai lagi nih! mesti punya.ada maklumat kata sokongan org cina bakal menurun 40%, kembali lah mereka2 yang belum kembali ke perjuangan islam pas.rugi kita nanti!!!!!
TB, belum selesai kamasalah pimpinan pas ni?????

fuziah said...

jadi kesimpulannya..bila tgna 23jun lalu kata ..semua salah tanggap yang berpunca dari media umno telah selesai..tutup buku! statement tgna pada timb pres pun telah ditarik balik, tak ade isu ust nasa minta maaf ke, mereka berlakon ke..tengok kat youtube semua ade...mcm laki bini terlafaz cerai, rujuk balik ..ok la tu..so sapa-sapa lepas ni ungkit2 cerita lama..memang pihak yg tak mehu berdamai..untuk khalid samad..hentikan mengadu domba..kalu masih wat lagi saya rasa khalid ni tak bukan ahli pas..melainkan ahli pecah belah pas..

fuziah said...

jadi kesimpulannya..bila tgna 23jun lalu kata ..semua salah tanggap yang berpunca dari media umno telah selesai..tutup buku! statement tgna pada timb pres pun telah ditarik balik, tak ade isu ust nasa minta maaf ke, mereka berlakon ke..tengok kat youtube semua ade...mcm laki bini terlafaz cerai, rujuk balik ..ok la tu..so sapa-sapa lepas ni ungkit2 cerita lama..memang pihak yg tak mehu berdamai..untuk khalid samad..hentikan mengadu domba..kalu masih wat lagi saya rasa khalid ni tak bukan ahli pas..melainkan ahli pecah belah pas..

Anonymous said...

Semua tengok artikel terbaru MSO. Apa kata nya HEBAT...HEBAT... bila UG tak jadi dia serang TGNA habis habisan. Mari ramai ramai kita serang balik MSO. Hebat betul orang lama PAS ini, usrah dan tarbiyyah yang telah dilalui nya cukup hebat. TGNA nampak bukan tandingan beliau lagi....

menara api said...

kak fuziah....
aku bukan apa takut depa ni belakon saja......org politik level lakonan depa tinggi lagi dari bintang hollywood kak long tau dak, masa mesyuarat bercakag, kuag statement peluk cium.....his aku kurang pecaya la.....pelik sungguh ceramah hari ni....cuaca paling best tuhan anugerah malam ni kak long tau....rujuk pun rujuk gak la kak long ooooi.....mcm jantan gila kawin 2, bila pecah lubang janji mcm2 la, tahan la kot 5-6 bulan pas tu buat perangai balik la.....takkan kak long tak tau kot,,,,aku takut puak2 UG ni mcm tu la.awatTGNA saja buat statement, mana p lidah ust nasa, putuih?tak bole ka sebut sikit bagi debgag bunyi yang dia tu minta maaf, lani nampak mcm dia tak salah, TGNA tang tersalah, pasai tu jena tarik blk statement dulu ....kak long ooooooi

menara api said...

kak fuziah dah tidog?ala esok cuti kak long.kak long kita kena betoi2 hati2, nanti hilang pengundi, jangan pisang berbuah 2 kali......aku bila dah kena tipu sekali.......bukan senang2 nak pecaya dah.........

speak budu said...

tohkongmosjid,

tohkong dan mosjid, kedua-duanya sama dari segi sifatnya, iaitu tempat sembahyang. kaedah dan tujuan berbeza.

tohkong kalu hang buat semayang jemaah jadi la mosjid.

mosjid kalu hang letak patung budha atau patung ulamak ka, kemudian hang sembah jadi la tohkong!!

begitu jugak hujah.. hujah yang sama tapi tujuan berbeza tak guna jugak. hang kena cari kebenaran..
masa nak tiduq cuba hang ingat mati pulak..
politik hang lupa dulu..

hang semayang kat mosjid atau tohkong? kalou mosjid hang kena ingat, orang semayang pun kalo tak jaga tuhan himpunkan dengan firaun dan qarun dan hamam jugakk!!

speak budu said...

tohkongmosjid,

tohkong dan mosjid, kedua-duanya sama dari segi sifatnya, iaitu tempat sembahyang. kaedah dan tujuan berbeza.

tohkong kalu hang buat semayang jemaah jadi la mosjid.

mosjid kalu hang letak patung budha atau patung ulamak ka, kemudian hang sembah jadi la tohkong!!

begitu jugak hujah.. hujah yang sama tapi tujuan berbeza tak guna jugak. hang kena cari kebenaran..
masa nak tiduq cuba hang ingat mati pulak..
politik hang lupa dulu..

hang semayang kat mosjid atau tohkong? kalou mosjid hang kena ingat, orang semayang pun kalo tak jaga tuhan himpunkan dengan firaun dan qarun dan hamam jugakk!!

tohkongmosjid said...

Speak Budu,

Lari pulak tajuk. Nick aku pun nak comment ker? Nick aku hanya ikut suka aku, tak ada kena mengena dengan apa, siapa mahupun bila.

Itulah masalah kita rasanya. Lupa objektif perjuangan dan perbahasan. Terlalu ikut emosi.

speak budu said...

sori saudara,

Nick saudara bagi ilham dan tafsiran..
ingat saudara seganas nick tu.. hard target!! he he he

mahap, mahap, jangan amek hati brader
mahap, mahap, mahap

tohkongmosjid said...

no hard feelings.

asalkan akhirnya kita dapat bersatu, memahami bahawa lawan kita adalah sama sudah.....

Anonymous said...

https://www.blogger.com/comment.do

Anonymous said...

ada maklumat mengatakan pro UG ni bukan sekadar berundur sementara, tapi baru lepas 2-3 hari pengumuman UG ditolak, kumpulan ini telah mengadakan perjumpaan di Indonesia. Antara agendanya ialah menyingkirkan pemimpin tertentu.

Roslan dan seorang lagi setiausaha presiden turut hadir. Kalau cerita ni tak betul aku cabar Roslan buat penafian.

Anonymous said...

kpd tulang besi...

kalau nak bercakap pasal parti biarlah ada wala' kepada pati jangan jadi macam abu jahal, jangan jadi macam abdullah ubai..

bali kampung duduk dalam cawangan, pegang jawatan peringkat cawangan, mtd, kawasan, negeri dan pusat...

setakat ni sedara dalam cawangan mana... sblm tu ahli pas ke belum.. berapa no ahli pas... berapa kali balik bermesyuarat peringkat cawangan, mtd, kawasan, negeri dan pusat....

sedara ni memang jahil macam abu jahal dan abdullah ubai....

bila pulak kita nak masuk umno... kot-kot hang yang nak masuk umno kot..

sedara senaraikan nama puak2 pas nak masuk umno dan buktikan sekali... biar jelas...
sedara buat laporan ke j/kuasa disiplin parti atau buat report polis.....

IbnuQalil said...

TANGISAN DAN JERITAN MEREKA BUKAN BERMAKNA MEREKA SERIK...AWASLAH AHLI PAS.

Oleh : Ustaz Mokhtar Senik

Baru-baru ini riuh rendah disegenap penjuru dunia dengan kekalutan Iblis dan anak-anak buah syaitannya. Tenaga-tenaga syaitan yang difikirkan perlu dikerah sekeras-kerasnya untuk menjayakan agenda mereka memecahbelahkan PAS. Tajuk operasinya ialah "Cerai beraikan PAS dengan Ops UG". Taklimat demi taklimat diberikan oleh jenderal Syaitan. Stratigi disusun serapi mungkin untuk operasi ini. Syaitan yang pakar-pakar dikumpul dalam satu team untuk tujuan ini. "Inilah peluang kita" kata jenderal dengan penuh bersemangat. Jika kamu semua berjaya pecahkan pas sehingga terbentuknya "team tok guru Nik Aziz" disatu pihak dan team "Tok Guru Haji Hadi" disatu pihak yang lain, maka kamu semua akan dianugerahkan penganugerahan yang besar beserta bonus gaji 10 tahun. Jika kamu berjaya pula mengheret group yang berkecuali keluar Pas kerana frust dengan kedua-dua team tersebut maka kamu akan diberikan sanjungan besar beserta 1000 ekar ladang Babi yang belum selsema. Maka bertempik dan bersoraklah petugas-petugas syaitan yang berselerakan diseluruh pelusuk dunia menyambut janji-janji jenderal mereka, walaupun mereka sendiri tahu jenderal-jenderal mereka memang pendusta kelas 1 termasuk mereka sendiri.

Maka bertungkus lumuslah para syaitan dengan kepakaran masing-masing. Yang pakar tentang IT dan mahir pula dengan dunia blog, akan mempengaruhi blogers-blogers yang cenderung kepada TGNA agar mencemuh dan memaki TGHH. Manakala sekelompok syaitan yang lain akan mendatangi blogers yang cenderung kepada TGHH agar mencela TGNA. Syaitan yang jadi khadam peringkat bawahan pula membisikkan kepada peminat blog-blog agar jangan lupa membuka blog-blog tersebut, dan jangan lupa agar memburuk-burukan kedua-dua tokoh tersebut bila bersembang dikedai kopi.

Syaitan-syaitan betina yang dah putus haid pula dikehendaki mendatangi ahli-ahli Pas yang berkecuali agar jadi serabut dengan keadaan itu. Kepada mereka dibisikkan rasa serabut, bosan dan menyampah dengan situasi tersebut, sehingga bertekad keluar daripada Pas.

Syaitan yang pakar dengan dunia penyiaran dan kewartawanan diminta mendampingi para-para wartawan. Kepada mereka dibisikkan agar menulis sesuatu yang menyebabkan kedua pihak semakin berantakan, ahli semakin goyah, kelab penyokong Pas mula lari dari Pas dan rakyat umum terlupa kepada kenazakkan UMNO.Harapan Iblis, Syaitan, musuh-musuh Islam dan Para Munanfik ialah ingin melihat Pas hancur berkecai sebelum sampai kepelabuhan.

Alhamdulillah... akhirnya satu perjumpaan diadakan. Semua pimpinan sebulat kata dan sehati melontar hasutan syaitan sejauh-jauhnya dari saf Pas. Semua ahli Pas kembali tenang dibelakang Imam mereka dengan lafaz "Amiin" yang serentak dan senada. Tatakala semua mereka sujud kepada Allah Yang Satu, maka meraunglah Iblis diiringi jeritan keras para syaitan-syaitan dengan penuh kehampaan. Namun mesyuarat Post Mortem segera diadakan dan satu perancangan baru sedang dirangka. Jeritan dan tangisan mereka bukan bermakna mereka jemu dan serik. Justeru itu awaslah wahai ahli Pas.....

mail said...

semua syaitan-syaitan tadi, dari jeneral sampai syaitan betina putus haid pi bagi ilham kat tantawi pulak, mereka kata kita kena fokus pada mamat serban ni, masuk celah2 serban dia, bisik bisikan paling merdu, jangan sampai manek urai menang kat pas....para syaitan semua akhirnya berjaya di bangunan parlimen kelihatan segak tantawi dengan serban serta neck tie buat pengistiharan perpaduang lagi...............

dah dapat jemputan?...jemput la ke majlis kemenangan syaitan2 di pusat penyembelihan babi alor setar yang baru dirobohkan tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.