Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 1, 2009

Kurangnya Wala' Pada Mursyidul Am, Tiada Masaalah?

Baru2 ini salah seorang pimpinan PAS telah membuat kenyataan dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 30 May 2009. Pimpinan itu berkata bahawa wala' kepada Presiden PAS sudah berkurangan. Soalnya, bagaimana pula pengurangan wala' kepada Mursyidul Am?


Pimpinan itu dilaporkan berkata:

“tahap walak (kesetiaan) ahli-ahli PAS kepada Presiden parti semakin berkurangan kerana lebih tertumpu kepada pemimpin lain dalam memperjuangkan agenda mereka.”

Soalnya bagaimanakah gejala tidak wala' kepada Mursyidul Am yang semakin berleluasa?

Jelas Mursyidul Am tidak mengizinkan perbincangan serta percakapan dengan UMNO. Tetapi kita lihat Mursyidul Am diketepikan begitu sahaja seperti tunggul.

Setelah berbuih mulut Mursyidul Am menolak kerjasama dengan UMNO, ada golongan yang masih mahu mencadangkan kerjasama pintu belakang. Yakni dengan idea "Kerajaan Perpaduan".

Kemudian, dijalankan kempen kononnya Mursyidul Am ini dunggu dan tidak dapat menilai sendiri mana yang salah dan mana yang benar. Dituduh Mursyidul Am mudah diperkotak-katikan oleh penasihat-penasihat beliau. Sanggup merendahkan tahap pemikiran Mursyidul Am demi mengkedepankan agenda mereka.

Kemudian, walaupun telah ditegah oleh Mursyidul Am, masih lagi dilakukan pertemuan-pertemuan secara rahsia bersama pimpinan-pimpinan UMNO seperti Zahid Hamidi dan Pak Lah.

Saya cabar pimpinan yang membuat kenyataan ini supaya bersumpah tidak berjumpa mana-mana pihak dalam UMNO selepas ditegah secara bertulis oleh Mursyidul Am PAS sendiri.

Yang lebih menjijikan adalah mereka yang mahu menutup penipuan mereka dengan menjual nama Majlis Syura. Kononnya pertemuan mereka itu adalah atas suruhan Majlis Syura Ulama.

PAdahal, sampai hari ini, tiada satu bukti bertulis yang boleh dipersembahkan sebagai bukti. Nama Syura dijual dengan semahunya tanpa malu.

Mereka yang Menentang Usaha Membawa PAS kepada UMNO Dilabel Tidak Wala' Pada Presiden

Hakikatnya, semua yang menentang usaha membawa PAS kepada UMNO telah dilabel sebagai tidak memberi wala' pada Presiden.

Soalnya, mereka ini memberi wala' pada Mursyidul Am, yang lebih tinggi tarafnya dari Presiden PAS?

Jadi, apa salahnya mereka ini?

Mereka Yang Mahu Membawa PAS Kepada UMNO, Wala' Mereka Kepada UMNO

Itulah hakikatnya. Mereka yang mahu sangat membawa PAS masuk BN memberi wala' mereka kepada UMNO. Bukan kepada Presiden PAS.

Mereka lebih rela melacurkan PAS kepada UMNO dari berusaha menjadikan PAS partai pemimpin orang Melayu/Islam di Malaysia yang baru.

Mereka sanggup menjadikan PAS alat untuk memanjangkan hayat UMNO dari memikirkan dakwah Islamiyyah kepada orang bukan Islam di Malaysia.

Kasihan Mursyidul Am. Ramainya orang yang tidak menghormati dan mentaati beliau sekarang ini.

Tulang Besi



46 comments:

Anonymous said...

yang pasti kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pejuang demokrasi ciptaan yahudi. islam adalah sempurna, yang tidak sempurna adalah pas dan nik aziz. aku cadang kan pas bergabung aje dengan DAP memandangkan pejuangan pas kini adalah mirip-mirip pejuangan DAP. dan pas juga sudah tidek relevan lagi kepada umat islam kat malaysia ni. nik aziz bukan tuhan yang maha mengetahui dan nik aziz juga bukan nabi yang maksum iaitu bebas dari sebarang dosa. nik aziz juga manusia macam kita yang punyai hati dan nafsu. kalau kita boleh lakukan kesalahan atau dosa, nik aziz pun sama juga. kalau kita boleh tertipu dengan anwar ibrahim pasal 16 september 2008 iaitu pasal pengambilalihan kerajaan malaysia dari BN melalui lompat parti, apa tah lagi nik aziz. jangan lah taksub sangat pada nik aziz tu. dia pun macam kita jugak yang tak tahu nasib kita di akhirat nanti.

Anonymous said...

ARTIKEL SAMPAH NI...DUK ULANG2 SAMPAI 40KALI DARI AWAL HINGGA AKHIR.HARAPNYA TB BERHENTILAH JADI PROKSI SAPER2LAH DILUAR PAS NI.APA2 KEPUTUSAN PRESIDEN PAS YANG DIKEMUKAKAN TELAH DIPERBAHASKAN DALAM MESTYUARAT DAN DIPERKENANKAN SECARA KOLEKTIF BERDASARKAN HUJAH PRESIDEN.KEMUDIAN DIBAWA KEPADA MESYUARAT BERSAMA PKR DAN DAP.DAN MEREKA SEMUA BERSETUJU DENGAN CADANGAN TERSEBUT.TIADA MASALAH.BILA MASUK MESYUARAT TERTINGGI PEMIMPIN PAS,SEMUA ORANG NAMPAK BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN TERSEBUT DENGAN HUJAH2 YANG DIKEMUKAKAN TETAPI BILA KELUAR SAJE DARI MESYUARAT,ADA PIMPINAN YANG BOCORKAN RAHSIA DALAMAN KEPADA MEDIA BERDASARKAN HUJAH CAKAP2 BELAKANG.SECARA BERDEPAN XNAK CAKAP.TAPI BERANI BILA DIBELAKANG PRESIDEN.NI LA YANG DIKATAKAN TUBUH DALAM PAS.TAPI WALA PADA ORANG LAIN.

KALAU XSUKA PADA PRESIDEN,KENAPA AHLI PAS PILIH JUGAK?KENAPA MENANG TANPA BERTANDING?INI MENUNJUKKAN KEPUTUSAN PRESIDEN ADALAH BERDASARKAN HUJAH YANG KUAT YANG XBOLEH DISANGKAL OLEH MANA2 PIHAK HATTA MURSIDUL AM SENDIRI DAN DIPERSETUJUI OLEH MAJORITI PEMIMPIN.OLEH ITU TB JANGAN NAK BUAT CERITA PELIK DAN MENGARUT DALAM BLOG NI LAH.SUARA TB BUKAN MAJORITI AHLI PAS.SUARA TB ADALAH HANYA SEGELINTIR PENENTANG KEPIMPINAN YANG SAH DIPILIH MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI.SUARA TB ADALAH SUARA SEGELINTIR PEJUANG DIZAMAN SAHABAT DULU YANG DIKENALI PUAK KAWARIJ,YANG KERJANYA HANYA MENENTANG SAHAJA APA2 KEPUTUSAN PEMIMPIN HATTA LEBIH TERUK DARI TU LAGI.SUARA TB HANYALAH SUARA YANG MEROSAKKAN DAN HANYA BERTUJUAN UNTUK MEMUSNAHKAN,BUKAN MEMBINA KESATUAN.

-ABU AALA ALMAUDUDI-

Hamba said...

UMNO umpama cacing kepanasan, nyawa2 ikan sekarang.... Sudah jelas sekarang fitnah perkauman, komunis serta kemusnahan islam tidak berjaya... UMNO sudah nazak... Maka seelok2nya kita biar saja UMNO tertonggeng di dalam longkang menanti ajalnya... Sesiapa yg ingin bersama2 UMNO di persilakan keluar dari PAS! Rakyat pun tak ingin ada makhluk2 jahat ini duduk dalam PAS!

Anonymous said...

zahid hamidi lagi.. agak2 nya tuan blog nie minat sangat gan zahid hamidi.. nk sokong malu pasal dari parti Islam.. katanya lah.. tak tau tang mana lebih islamnya dari org lain...

Sudah2 lah TB.. org nk berbaik-baik ko marah .. dikatakan pengampu husam n anwar .. nafi habis2an.. tapi tulisan tak berfakta nie yg ko selalu tulis.. suka sangat suruh org bersumpah.. tapi yg awak tu tak terasa nk bersumpah ker... buktikan tulisan ko nie betul ker tak...

Saya mintak2 sangat la bila TB jumpa husam nanti.. tlg mintak tanya2 kan pada kawn karib die tu .. saiful dah bersumpah.. anwar bila lagi... takut2 tak sah .. bawak sekali TGNA... manatau nanti dipertikaikan lagi.. tingal2kan lan penasihat berbayar TGNA tu.. pasal tak boleh pakai.. hamPAS..

drabdulwahid said...

apamenda wala'2 ni?

anon June 1, 2009 11:21 AM: apa benda yg ko tau pasal pejuang Islam? apa benda pulak yg ko tau pasal demokrasi? xdak pasal2 hentam TGNA. seb baik ko letak anon, klau dpt kat org pas mau kena siat2 kulit.

ABU AALA: biar le tulang besi nk ulang 1K kali pon, lagi bagus, biar melekat kat dalam kepala org pasal geng2 yg nk sgt pada UMNO ni. biar terbongkar usaha nk merosakkan islam oleh UMNO. biar PAS ni bersih dr anasir UMNO.

zaman dah berubah. sapa yg nk PAS jumud mcm dulu, sila join parti lain. sapa yg nk PAS join UMNO, sila keluar PAS. PAS skrg offer keadilan Islam utk semua. skrg org bukan Islam dh mula sygkan keadilan Islam. skrg PAS perlukan pemimpin yg mahir ilmu dunia dan ilmu ukhrawi. klau stakat mahir ilmu ukhrawi saja, hanya layak jadi penasihat.

skrg PAS kena fikir betul2, kerana sudah tiba masanya PAS memegang tampuk pemerintahan negara. sudah tiba masanya PAS memimpin seluruh rakyat malaysia.

Rozana said...

Bloggers..you hate them, but you can't leave them. Katakan lah blog TB simpan sampah, tapi ada juga tin minuman dan besi buruk untuk dikutip dan dijual. Bak kata pepatah " Kata-kata musuh adalah penasihat, kata-kata pemuji adalah pemusnah".

Anonymous said...

Inilah akibat perjuangan PAS yang Nik Ajis pernah katakan akan bersubahat dengan syaitan untuk menjatuhkan sesama Islam UMNO. Islam telah dilacurkan oleh Politik syaitan PAS. Semua yang haram di halalkan. Nik Ajis juga pernah berkata boleh mencarut dan memaki hamun orang Islam lain. Nah PAS sekarang bergellumang dengan syaitan kerana doa Nik Ajis telah dimakbulkan kini bersubahat dengan Kafir DAP.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Inilah akibat perjuangan PAS yang Nik Ajis pernah katakan akan bersubahat dengan syaitan untuk menjatuhkan sesama Islam UMNO. Islam telah dilacurkan oleh Politik syaitan PAS. Semua yang haram di halalkan. Nik Ajis juga pernah berkata boleh mencarut dan memaki hamun orang Islam lain. Nah PAS sekarang bergellumang dengan syaitan kerana doa Nik Ajis telah dimakbulkan kini bersubahat dengan Kafir DAP.
.

Kalau UMNO bergelumang dengan tokeh judi dan arak?

Takpa pulak ye?

Orang Baru said...

Dulu aku paling benci 3 blog; Malaysiawaves, Aduka Taruna dan Penarik Beca.

Tapi semenjak isu Fraksi UMNO dalam PAS nak bawa PAS berpeluk-peluk dengan UMNO dan kepimpinan ulama, aku sudah mula nampak akan sesuatu yang aku tak nampak selama ini.

Teruskan TB membongkar kebengongan fraksi UMNO dalam PAS. Memang TB akan dinista sepertimana aku pernah menista TB dulu.hehe..

Namun, lama-kelamaan orang akan nampak jua kebenaran. Kebenaran akan terdedah.

Tulang Besi said...

Teruskan TB membongkar kebengongan fraksi UMNO dalam PAS. Memang TB akan dinista sepertimana aku pernah menista TB dulu.hehe..

Namun, lama-kelamaan orang akan nampak jua kebenaran. Kebenaran akan terdedah.
.

Alhamdulillah. bukan saudara sorang sahaja.

Orang kat Kawasan saya pun nak pulaukan saya.

Tapi, alhamdulillah kebenaran terserlah dan skrg ni org kat Kawasan saya dpat menerima saya

moyang 9 said...

Nak tanya pada org yg tak suka PAS ceritakan Islam pada org yang bukan Islam samada DAP,MCA,GERAKAN,MIC ke atau sapa2 je.

1.Adakah ISLAM ni hak ekslusif org Melayu saja ? sehingga nak huraikan Islam yg menyeluruh dan sempurna pun jadi satu kesalahan ?

2.Takdirnya jika ada sebahagian dari mereka yang benar-benar mahu mempelajari dan mengiktiraf ISLAM sebagai satu SISTEM HIDUP bagaimana ? Sebagaimana mereka melihat kebaikan sistem ekonomi Islam yg ada pada Bank-bank Islam dinegara kita ?

3.Bolehkah kita merestui tindakan sebangsa dengan kita jika melakukan kesalahan seperti penyelewangan wang rakyat dan sebagainya ? Bagi saya tak kira dari PAS atau UMNO jika berlaku penyelewangan WAJIB kita tegur.

4.Sebenarnya bukan mudah untuk kita menerima dan mengamalkan ISLAM sepenuhnya kerana itu kita diajar untuk sentiasa memohon keampunan dari ALLAH s.w.t. setiap hari tak kurang 100 kali sehari.

Banyak cobaan dari dalam diri mahupun luaran yg kita kena lalui tambahan pula diakhir zaman ini.Sebab itu ada sebahagian orang Islam akan menolak jika ada tentang Islam yang berlawanan dengan Islam.

5.PAS sebenarnya sedang cuba membuka pintu dakwah kepada orang bukan Islam dan kerja ini bukan senang. Sedangkan orang Melayu sebahagiannya menolak setelah didakwah sekian lama apatah lagi orang yang lahirnya bukan Islam.
TAMBAHAN pula ianya difitnah dengan pelbagai tuduhan dari org yg mengaku Islam.

6.Biasa dalam perjuangan Islam akan menghadapi mehnah sebagaimana saidina Hussain sampai dibunuh dan ramainya cicit keturunan Rasullullah syahid di Karbala.Alasan mereka yg mengaku Islam ini ialah saidina Hussain r.a. adalah pemberontak dan pembangkang kerana itu menganggap tindakan mereka benar.

Akhirkata, hanyalah ALLAH lah yang MAHA SEMPURNA kerana itu Rasul menyuruh kita mengenal ALLAH sebagai langkah awal dlm beragama.Kemudiannya bacalah ayat ALLAH bukan sekadar dibibir tetapi dibaca juga dimatahati memerhati setiap HURUF dengan rasa rendah diri. Rukuk dan sujud pada yg azim dan a'ala semata-mata.

Wahai ALLAH tidak engkau jadikan manusia pelbagai bangsa diluar pengetahuan Mu....dan kami tidak meminta dilahirkan sebagai bangsa tertentu sehingga saling mencerca satu sama lain..Ya ALLAH MAHA SEMPURNALAH SYARIAT MU

Anonymous said...

PAS berdakwah secara berhemah sehinggakan DAP mula memahami dan bolih menerima Islam. Inilah satu approach yg bagus. Tetapi malangnya MCA dan MIC takut dengan Islam. Parti komponen BN ini sampai sekarang tak bolih berhujah dengan sejarah Islam atau membaca sepotong taksiran dari AL-Quran. Bahkan mereka amat takut dengan Islam. Inilah perana umno yg kununnya melayu Islam tetapi gagal untuk menarik pemimpim MCA dan MIC menerima Islam. Saya yakin satu hari nanti PAS pasti dapat menyakinkan non-muslim to accept Islam di negara ini tanpa merekan berasa bimbang dan takut. Dan tanpa mereka memeluk Islam.

Anonymous said...

TULANG BESI NAK ULANG 1 JUTA KALI PUN AKU SOKONG..TB...BUAT LAGI ARTIKEL BALUN SET2 MUQABALAH NI..BIAQ DEPA PANAS PUNGKOQ SIKIT!!!

Anonymous said...

Orang kat Kawasan saya pun nak pulaukan saya.

Tapi, alhamdulillah kebenaran terserlah dan skrg ni org kat Kawasan saya dpat menerima saya
agaknya sape yang dapat terima ko ni TB.orang yang berpenyakit!

Anonymous said...

anom 1.38,

pungkoq hang ka?

Anonymous said...

TB,

I salute you for continuously exposing the lies and betrayals of UMNO and their agents. Your postings have attracted a lot of debates, not to mention some accusations. I hope you can continue to blog on this issue so that we don't let our guard down and allow UMNO agents to populate PAS. Please keep up the good work!

Cheers,
donplayplay

Anonymous said...

I salute you for continuously exposing the lies and betrayals of anwar and their agents until the husam gang is destroyed by pas member.

-the insect hunter-

Tulang Besi said...

tq all for your support: donplayplay,insect hunter,orang baru etc

lan said...

Saya juga sokong anda TB. Pedulikan puak2 UMNO tu.
Kita semua mau PAS menang pada PRU 13 nanti di bawah pimpinan PAS yang kuat dan di sokong oleh semua kaum

Anonymous said...

mcm mana pulak kalau TGNA tak beri wala kepada keputusan Majlis Syura?

Majlis Syura dah buat keputusan boleh muzakarah/muqabalah. dia kata tak boleh. ni dah dikira melanggar keputusan Majlis Syura.

Di hanya Mursyidul Am. Tapi Majlis Syura lah kuasa tertinggi dlm parti yang dia kena ikut.

Jgn bagi alasan sebab dia tak hadir - ini alasan budak tadika. Sebab kalau dia tak hadir sekalipun Majlis Syura masih boleh bersidang dan buat keputusan. Lebih-lebih lagi keputusan Majlis Syura tersebut adalah sebulat suara.

Anonymous said...

Macamana pulak kalau syura tak ikut keputusan muktamar? Nak ikut muktamar ke syura? Bukankah muktamar itu syura yang besar. Lebih dari 15 orang tuan guru dan alim ulama'?

Anonymous said...

wei sedara....apa keputusan muktamar???
keputusan muktamar tahun lepas ialah "MENGUKUHKAN PAKATAN RAKYAT DAN PADA MASA YANG SAMA MENERUSKAN USAHA MENDEKATI BADAN-BADAN LAIN"

kat mana Majlis Syura melanggar keputusan muktamar???

mangkak...

Orang Baru said...

Wahai Anon,

Cane nak kukuhkan Pakatan Rakyat kalo berbincang dalam gelap dengan UMNO.

Lepas Nasa kantoi jumpa UMNO gempar seketika bahtera PAS. Terumbang-ambing. Lama ambil masa nak pulih balik. Tu lah akibat melanggar keputusan muktamar dan ikut kepala sendiri.

Husam pi jumpa Chua Soi Lek, Barisan Nasional plak yang bertekak antara mereka. Tak ke bijak tu?

Anonymous said...

bijak kapla bapa dia.
yang dia pi jumpa ku li offer nak jadi PM tu bijak apa ke bendanya?

yang tu lagi Majlis Syura tak tau...

Tulang Besi said...

"MENGUKUHKAN PAKATAN RAKYAT DAN PADA MASA YANG SAMA MENERUSKAN USAHA MENDEKATI BADAN-BADAN LAIN".

Jadi, kalau jumpa badan lain, yang akan membawa kepada keruntuhan Pakatan Rakyat, bukan bermakna itu dah melanggar keputusan Muktamar?

Anonymous said...

mso kritik husam.tulangbesi kritik nasa.korang tak perasan ke selama ni 2 makhluk ni melaga-lagakan pas.tak pernah padam ke sifat dendam mendendam.dah takde lansung ke sifat maaf memaafi sesama muslim seperti yg diajar oleh Rasulullah.minta semua ahli pas siasat dulu berita2 yg dibawa oleh org2 mcmni.ditakuti kita mempercayai golongan yg fasik.kenapa hendak berburuk sangka sesama sendiri sehingga berlebih-lebihan mengeluarkan kritikan dan cercaan

Anonymous said...

blog ni aku tgok mcm dibiayai oleh umno sama seperti blog mso.minta semua ahli pas berhati-hati.musuh mmg tgh usaha memecah belahkan pas

Anonymous said...

tu la aku dah suruh masuk sekolah PASTI tak mau...memang IQ TB ni lembab skit la...memang patut bini lari dulu tu.

bila masa Pakatan Rakyat runtuh????
kalau berbincang saja dah boleh runtuh...wah hebatnya Ust Nasa...boleh ganti David Copperfield la mcm ni.

bekas pas said...

Bila aku baca komen korang, jelas puak penyokong pas akan melenting bila dikritik. Sebab tu aku blah dari pas sebab puak pas cakap tak serupa bikin, panas baran tak reti nak berhujah, cakap korang aje yang betul, mencarutpun boleh, memakipun boleh, ambil rasuah kata hadiah, nak pula kongsi nama ALLAH dengan puak kafir kristian,

Berdakwah dengan dap ? dap dah pijak kepala kome tak sedar.Rakyat Perak dah lama tau perangai haram jadah dap. pas baru dapat undi dap dah meleleh air liur kata dap terima Islam.patut le anwar cop pas parti jumud.

Tulang Besi said...

June 1, 2009 4:19 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...
mcm mana pulak kalau TGNA tak beri wala kepada keputusan Majlis Syura?
Majlis Syura dah buat keputusan boleh muzakarah/muqabalah. dia kata tak boleh. ni dah dikira melanggar keputusan Majlis Syura.
.

Soalnya wujudkah keputusan Syura yang saudara banggakan itu?Muqabalah maksudnya berjumpa untuk memberitahu pendirian kita bukan untuk berbincang.


Sila jawab saudara.

Anonymous said...

la....sejak bila jadi pakar bahasa plak???
hahahahaha..makin menjadi-jadi gila si TB ni.

dah la tu...ko ni bole jadi pak lawak la...

kalau takdak kamus bahasa Arab aku leh kasi. lebih baik ko cakap muqabalah tu boleh bejumpa tapi takleh cakap apa2...hehehe..ko tengok aku..aku tengok ko...pasti balik..hehehe

apala punya IQ..lembab

Tulang Besi said...

June 1, 2009 7:27 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

la....sejak bila jadi pakar bahasa plak???
hahahahaha..makin menjadi-jadi gila si TB ni.

dah la tu...ko ni bole jadi pak lawak la...
.

Yang lawak nya kau, faham tak.

Kau tu otak dah mereng. Benda senang pun susah faham.

HaHs said...

TB.

Jgn layan anon bacul tu, Post kali ni aku sokong gila. Pemimpin PAS yg aku anggap PAS dlm bentuk makhluk yg bernama manusia adalah tok guru nik aziz. Pemimpin paling lama dan kanan dlm PAS dan sgt faham perjuangan PAS. Pemimpin yg aku sangup wala' tak kira apa. Kedua Haron Din dan segelintir ulama' Majlis syura. Seterusnya sesiapa saja yg dilantik presiden dan pimpinan tertinggi PAS yg sering bertukar ganti. Ingat TGNA, ingat PAS, ingat PAS, ingat TGNA!
Allahu akbar! Hussam aku suka tp banyak fitnah kebelakangan ini, sm mcm TGHH dan Ust Nasha (Isu Muqabalah/Unity Govt). Mat Sabu ok bijak dari segi berhujah dan berceramah. Planning boleh gak kot. wallahu a'lam.

Tulang Besi said...

ssam aku suka tp banyak fitnah kebelakangan ini, sm mcm TGHH dan Ust Nasha (Isu Muqabalah/Unity Govt). Mat Sabu ok bijak dari segi berhujah dan berceramah. Planning boleh gak kot. wallahu a'lam..

Husam difitnah kerana fraksi UMNO takut perancangan mereka digagalkan.

MEreka beriye sangat nak bawak PAS masuk BN

HaHs said...

Aku pun suka dia.
Moga Husam berjaya!
Pemimpin ke arah fraksi Umno aku kurang berkenan tp takde yg boleh btl2 cabar diorg dr segi penampilan dan pengaruh.
Kalo x berjaya, redho je la!
Tunggu muktamar lagi satu. Kalo tak betul, nanti jatuh gak. Mcm nak putar jarum ke belakang le puak2 tu. Kalo diorg berubah, aku sokong diorg dan mintak husam dan mat sabu sama2 bekerja sama. Tp kalo x berubah. Kalo muktamar kalini selamat, akan dtg belum tau lg. Tak gitu! kita rancang, tuhan tentukan.

HaHs said...

Puak2 tertentu tu damage hussam gila2. Kesian plak aku tgk. Mcm susah nak dibaiki lg. Lagi Hussam dan penyokong nak counter, lg teruk nampaknya. Mungkin sokongan blm ckp kuat lg. Harapan ada, tp susah skt. Sume org x suka dgn idea fraksi umno tp mrk susah nak berubah. Dah biasa dgn puak tu dgn alasan imej diorg masih hebat dan pengganti yg ada blm ckp mantap.Pendokong dan penyokong diorg plak bkn calang2 walaupun menentang hasrat akar umbi. Agaknya perwakilan suka pemimpin yg slow & steady, bkn yg aktif dan bijak kot. Wallahu a'lam! Sabar le. Aku dgr perbalahan antara puak2 ni semakin tegang. Hati2 lah sume.

Anonymous said...

Anonymous said...
ARTIKEL SAMPAH NI...DUK ULANG2 SAMPAI 40KALI DARI AWAL HINGGA AKHIR.

sapa yang sampah? cakap sedap mulut aje! cermin diri tu sendiri!

Abd Razak said...

Teruskan perjuangan TB...jgn bimbang dgn komen2 dr balaci2 umno yg terbukti pengecut sbb x berani nk mendedahkan identiti...hanya berani berselindung di sebalik nama anonymous...org tua2 kata mereka yg berani bercakap tp x berani dedahkan diri mereka yg sebenar adalah mereka yg tidak boleh dipercayai...kalau berani mesti dedahkan identiti sebenar...tp seperti biasa mereka ini PENGECUT!!!...statement xde fakta dan bukti...jgn bimbang dgn komen mereka...sikit pn kami xkan percaya dan terpengaruh...pegi le korang join umno wahai fraksi2 seperti nizam toha,grand marquis dan lain2...terutamanya nizam toha yg x berani dedah nama sendiri skrg...

Anonymous said...

Sebelum dan semasa Pilihanraya ke12,PAS merupakan sebuah harakah Islam yang mantap,kokoh dan padu.Tsunami yang berlaku selepas PRU ke12,menjadikan PAS disegani,dihormati dan dipercayai.
Saban tahun diadakan Muktamar dan pada tahun-tahun pemilihan - keadaan sentiasa tenang,harmoni dan baik.
Suasana tenang dan harmoni ini bertukar menjadi ribut,gelombang dan panas sejak dua tahun ini - sejak Muktamar diIpoh lagi.Tanpa banyak membuang dakwat,tanpa banyak buang tenaga letrik,tanpa banyak fitnah-memfitnah dan tampa banyak kritik-mengkritik,cuba jawab 2(dua)soalan pokok ni:

(1) Apakah yang menyebabkan angkara ini berlaku?
(2) Siapakah yang bertanggung-jawab memulakan dan menyebabkan angkara ini berlaku?

Wahai perwakilan PAS kemuktamar ke55,carilah jawapan untuk dua soalan ini kemudian buatlah pemilihan anda.

Anonymous said...

Teruskan TB bongkar kemungkaran fraksi UMNO.

Depa yang sebenarnya dibiayai UMNO, Ust Nasa siap boleh beli rumah kat bandar seri putra, bukit mahkota bernilai RM2 juta, kereta mewah ada berapa bijik?. Hidup senang lenang, kawasan jarang turun, parlimen pun jarang, untuk membenarkan tindakan dia guna sentimen ulama sebagai perisai, puak-puak ni sikit tak tau malu. Fraksi-fraksi UMNO yang ada dalam PAS kebanyakannya tak perform, bila disisihkan mula melenting 'kepimpinan ulama'. Ust Fadzil pernah berpesan "ulama yang paling celaka adalah ulama' yang dok mengendeng pemerintah.

Anonymous said...

Sekor lagi yang tak tau malu, Cikgu Pa, dia SPR pemilihan muktamar tapi dok pi merata jaja Ust. Nasa. Ape cite cikgu Pa, kedah ada can bagi undi pada Ust Nasa ke?

Anonymous said...

saya rasa yang jadi punca perpecahan adalh puak muqabalah ni, dok pegi ke UMNO. Mana orang tak marah, sebelum pilihanraya bukan main bantai, lepas pilihanraya dia pulok yang dok menjilat telur pemerintah. Aku selaku orang kampung yang dalam sejarah pernah dideskriminasikan oleh UMNO, TAK REDHO JIKA PIMPINAN BUAT KEPUTUSAN UNTUK KERJASAMA DENGAN UMNO. Ada jiran aku yang anak dia tak dapat biasiswa masa zaman BN dulu, tapi bersabar dengan pendirian yang kita pegang teguh, tetapi jika dibayar oleh pimpinan yang rakus kuasa dan harta menggatal nak kerjasama dengan BN aku sikit tak redho dengan pimpinan di atas pengorbanan aku dan orang sekampung aku semata-mata mempertahankan pendirian Islam yang diperjuangkan PAS.

Anonymous said...

wow! rumah Ust Nasa 2 juta.
hahaha.. x yah nak buat fitnah kat sini la... kat area BMahkota tu Banglo sebiji RM750,000. Camna boleh jadi 2 juta???

Aku ingat TB sorang ja yg terhegeh-hegeh nak masuk neraka jahanam...rupa-rupanya ramai juga yg teringin sama...

x pa... teruskan kerja memfitnah...

Anonymous said...

TB, sila nafikan kenyataan ini.

sebelum ni,ada terdengar pada 30 mei 2009 baru ni,husam musa buat perjumpaan dengan perwakilan dibatu gajah,melaka semata2 nak berkempen supaya dia terpilih timbalan presiden.majlis yang dianjurkan tu,ada jamuan makan dan sebagainya.bukan ini dikira rasuah ke?budaya sape sebenarnya ni?

husam musalah orang yang bertanggungjawab membawa budaya yang lain dari pas masuk kedalam parti pas.aku rasa bila dia naik nanti,sahih pengikut pas akan berpecah belah.

ada ke plak,nak bertanding timbalan presiden je tapi buat press statement belasah calon lain.apa cerita ni TB?sila jawab penyokong2 erdogen..aku tunggu ni.

-ahmad-

ramli said...

salam,
selaku pendokong pakatan rakyat saya rasa sedih melihat ada pimpinan pas yang nak bermuqabalah dengan umno ... secara istilahnya bermuka muka dan berbalah .... tapi yang berbalahnya adalah golongan di dalam PAS sendiri ... kenapa mesti membantu musuh (umno ) dan meninggalkan rakan seperjuangan pkr & dap ??? yang telah sama2 bekerja kuat merobohkan tembok fobia anti PAS di kalangan pengundi bukan islam jika akhirnya PAS kembali menjilat pungkoq umno ... baik di buabrkan saja pakatan rakyat nih .. atau PAS tinggalkan pakatan rakyat .... kami tak rela usaha kami selama ini yang bersungguh sungguh menentang umno bn akhirnya pas bertindak menyelamatkan parti perompak ini untuk berasam sama pas pula merompak harta rakyat .... to hell with you fellas ...

Anonymous said...

Apalah keras sesama islam tapi lembut pada kafir harbi menidakakn islam menyiakan kafir sehingga membenar ayat suci alquran diputarbelit oleh si kafir untuk menjatuhkan orang islam menaikan si kafir insaflah perosak amal jika anda menyangka diri anda suci tak mengamalkan tasauf kata wali takan itupun tak tahu ke seteruk Haji hadi Dan ustaz nasa pun ada break takut pada allah cuba muhasab diri tu bab binasa orang alim cuba hayati kisah wali barsisa akhir hayat manusia ada 4 keadaankan jangan sangka orang alim tak ke neraka cuba fahani bab kebinasaan orang berilmu dan beramalingat pok nik musuh terdekat anda adalah yang paling hampir dengan anda utamakan allah bukan nafsu anda jangan anda tak menyedari anda beramal dengan nafsu serakah anda fikirkanlah jika anda merasa anda sudah alim ada lagi orang yang lebih alim iblis pun lagi alim sebelum jadi kafir .nak berdakwahpun jangan sampai anda terdahwah .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.