Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Sunday, June 7, 2009

Majoriti Perwakilan Menolak Rundingan/Kerjasama Dengan UMNO

Keputusan Timbalan Presiden dan Jawatan2 lain menunjukkan perwakilan PAS telah mengundi dengan begitu jelas akan calon-calon yang menolak kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ust Nasaruddin Mat Isa jelas ditolak oleh majoriti perwakilan. Ini kerana kedua-dua Husam Musa dan Mat Sabu telah berkempen atas platform menolak apa-apa kerjasama dan rundingan dengan UMNO.

Ustaz NAsa bernasib baik kerana undi menentang beliau telah pecah. Seharusnya peringatan ini masuk ke dalam minda beliau.

Namun yang menyedihkan adalah kedegilan beliau menerima signal yang diberikan oleh perwakilan. Ustaz Nasa masih mempertahankan idea Kerajaan Perpaduan dan muqabalah dengan UMNO.

Setelah keputusan pemilihan, jelas mereka yang terlibat dalam perjumpaan dalam gelap masih berdegil dengan sikap mereka. Mereka tidak sedikit pun mahu mengeluarkan kenyataan menolak perundingan dan kerjasama dengan UMNO.

Saya menunggu sepanjang Muktamar akan satu kenyataan dari mereka yang dipilih untuk menyatakan bahawa mereka akan menghentikan perundingan dengan UMNO sama sekali kerana ianya bertentangan dengan semangat dan usaha mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Namun tiada satu kenyataan datang dari Ustaz Nasa dan mereka yang pernah terpalit kes ini.

Malahan kita membaca kenyataan seperti ini:

Nasharudin defends Hadi on unity government

dan cadangan tersebut disambut dengan bangganya oleh UMNO:

Umno dan PAS perlu ikhlas bincang pembentukan kerajaan perpaduan - Muhkriz


Ertinya, PAS akan mengambil arah dan tujuan yang terus mengarah kepada pengukuhan hubungan dengan UMNO selepas ini.

Dan ianya jelas berlawanan dengan aspirasi dan suara perwakilan PAS baru2 ini.

Saya sendiri akan terus menegur serta mendedahkan segala kebobrokan yang dilakukan atas dasar mengkayakan pribadi seseorang dengan menggunakan parti.

Itu adalah sumbangan saya yang kerdil kepada perjuangan Islam dan kelangsungan jihad saya di Malaysia.

Ini bukan usaha untuk membasuh kain di luar (washing dirty laundry in public). Ini adalah teguran dan peringatan kepada pimpinan PAS supaya tidak melakukan kesalahan yang akan merosakkan parti.

Saya menyokong PAS dan Jemaah. Saya tidak taksub kepada mana-mana pimpinan. Mereka yang bersalah, saya akan kritik. Mereka yang korup, saya akan dedah.

Tiada peruntukan dalam Perlembagaan PAS yang mengatakan tindakan saya ini salah.

Itu janji saya kepada Allah SWT.

Wallahualam bissawab

Tulang Besi

67 comments:

Grand Marquis said...

Membaca tajuk aje dah tahu apa hujahnya. Nak guna 1+1

Realitinya husam kalah 200++ votes. 200++ is not a small number!

Mat sabu tu memang ada penyokong setianya yang tersendiri. Belum tentu mereka yang sokong mat sabu ni menolak rundingan. Puak-puak syiah dalam pas dah tentu sokong mat Sabu.

Jadi hujah anda ni tak valid.

Anonymous said...

Khairy pu dah ajak berbincang dengan PAS.

Saya nak tanya, kalau PAS/Hadi/Nasha betul-betul nak masuk UG dengan UMNO, apa lagi yang boleh dibuat oleh Husam, TB dan semua yang bersependapat dengan kita? Saya rasa ada sekurang-kurangnya 1/3 ahli PAS yang mati pun tak nak masuk BN/UG ni. Apa macam?

donplayplay

Malaysian said...

Saya amat bersetuju dengan pendapat Datuk Seri Nik Abdul Aziz.

Saya undi PAS pada pilihan raya yang lepas kerana saya tidak undi untuk UMNO.

Saya undi PAS kerana saya ingin beri peluang kepada PAS supaya untuk memerintah dengan saksama.

Sekiranya PAS ingin bersama dengan UMNO yang mengamalkan perkauman saya tidak teragak-agak untuk tidak mengundi PAS pada pilihan raya yang akan datang!

Regards,

Malaysian Come First

GoMalaysian.Blogspot.Com

Abd Razak said...

Smlm ustaz nasa keluar statement yg PAS hanya akan KERJASAMA dgn umno bukan BERGABUNG...apakah yg dimaksudkan dgn KERJASAMA dan BERGABUNG ini?bukankah sama maksudnya?sebelum mng dok ckp yg PAS x akan KERJASAMA atau BERGABUNG dgn umno...lps mng (walaupun bukan dgn undi majoriti kerana nasa hanya mendapat 45% undi sahaja) lain lak cakapnya...budak sekolah darjah 6 pn tau maksud kERJASAMA dan BERGABUNG ni...xtau le kot2 org cam NIZAM TOHA,GRAND MARQUIS dan lain2 yg beriya2 nk bawa PAS masuk bn ni x sekolah dulu...

Anonymous said...

TG Nik Aziz dlm bukunya "Kemuncup Dlm Perjuangan telah menyatakan dgn cukup jelas berkenaan dgn perjumpaan, perbincangan ataupun muzakarah yg telah diumpan oleh pihak UMNO dan TGNA berkali-kali mengulangi bahawa ini adalah perangkap dan jemaah kita jgn masuk dan terlibat dari awal-awal lagi.

"UMNO sebenarnya mahu alih tumpuan rakyat. Rakyat sedang lihat parti UMNO yang sangat tenat. Ini yang UMNO risau. UMNO mula lambung tajuk muzakarah dan mula bercakap berkenaan ketentuanan Melayu dan Perpaduan. Isu sebenarnya ialah keupayaan pengurusan ekonomi pemimpin UMNO yg mendekati sifar, kadar jenayah yg menggerunkan seluruh rakyat, kejujuran pemimpin-pemimpin mereka dan yang terlibat secara langsung bersama mereka seperti POLIS, institusi badan kehakiman, SPR, SPRM dsbnya. Jika UMNO jujur, UMNO boleh ambil teguran dan kritikan PAS dlm pelbagai isu..
TGNA - "Kemuncup Dalam Perjuangan" 26 Rejab 1429/29 Julai 2008

Anonymous said...

diaorang ni tak sedar, semua naib presiden adalah pilihan HUSAM

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Benda yang sama boleh diperkatakan pasal Ust Nasa juga.

Tak semestinya mereka yang mengundi Nasa bersetuju untuk menyokong perundingan dengan UMNO.

Cumanya, stand Mat sabu dan Husam VERY CLEAR.

Mereka menentang rundingan dan sesiapa yang menyokong mereka, adalah kumpulan yang menentang rundingan dan interaksi dengan UMNO.

Terutamanya dalam gelap.

sam raspiut said...

PAS selepas 6 jun 09 – Pas Ulamak Tganu (PASUT), atau PasTi Umno (PASTU), atau Parti Ulamak Pro Umno Semalaysia (PUPUS)?????

Afyan said...

Saya yakin PAS akan hancur sekiranya bergabung dengan UMNO.

Dan sudah tentu pimpinan PAS tidaklah begitu bodoh untuk bergabung dengan UMNO sebagaiman x-ADUN PKR yang bodoh melompat ke dalam UMNO.

Atau sebodoh x-PKR si Minah yang mendakwa dirinya ingin dibeli oleh PKR.

++++

Usul terbaru tentang saringan calon PKR adalah ditujukan kepad PKR.

Perwakilan sebualat suara setuju usul ini.

sam raspiut said...

Alangkah ajaibnya perihal golongan pro-ulama sekarang yang menerima umno sebagai sahabat dan tidak lagi sebagai musuh dan sasaran perjuangan. Jadi, kemana pula hala perjuangan Pas pro-ulama ini? Jika gulingkan umno dan kerajaan BNnya bukan lagi matlamat perjuangan, jadi apa pula relevan kewujudan Pas hari ini?

Kata Pas dulu Umno adalah parti haram (disisi agama) kerana dia menolak agama sebagai dasar pemerintahan dan didalamnya biak segala kemungkaran.
Mari kita gambarkan se-ekor khinzir binatang yg haram, bukan sahaja ekornya, bulunya, kulit, daging, tulang, bahkan gigi putihnya yg segak dipandang juga haram sifatnya. Disembelih pun tetap Haram juga semua termasuk isiperutnya.

Pas pula Halal Suci dan Murni.. mari kita bayang sebagair lembu korban Idiladha, alangkan besar pahala dan nikamatnya. Tetapi sewaktu melapah didapati telinganya begitu serupa dengan khinzir, warna kulitnya, corak bulunya, bau, bahkan DNAnya sahlah khinzir (baka kacukan Lembi @ Khinbu rupanya). Jadi, haruskah dibuang telinganya? Bagaimana pula kepala yg bergantungnya telinga? Dibuang kepala? Apapula rupa lembu sembelihan tanpa kepala? Atau dibiar dan dikhundurikan saja semua? Lembu itu rezeki! Tapi lembu bukan seekor.. mengapa tidak kita sembelih sahaja lembu Kelantan yang khabarnya baka tulin bukan kacukan..

Anonymous said...

Takpalah..biar mereka bersetubuh dgn UMNo!!..Tenggok nasib Altantuya..dia bersetubuh dgn Najis,lepas tu dibunuh..ini polis UMNO puaka..dari dulu sampai sekarang..pakai dulu,lepas tu buang..biar Cikgu Pa,Doc Ali,Sayuti,dan Nash yg terlibat dlm liwat gate part2 berasmara dan UMNo..all we have to do is say "F*k u and bye bye PAS"

Ore Kelate said...

SOUR GRAPES...

IN YOUR FACE LA TB!!

Anonymous said...

to ore kelate,

unity govt _ http://mt.m2day.org/2008/content/view/22917/84/

adimirza said...

Syabas TB atas keberanian anda menulis rencana ini...kawe selaku rakyat marhaen yg tak punya apa2 kepentingan dalam parti & hanya ingin melihat ISlam dijulang. Kami merasa cukup kesal & sedih dgn sesetengah pemimpin PAS yg masih mau meneruskan kerjasama dgn UMNO (wpun dgn nada berselindung)....rakyat majoritinya menolak UMNO kenapa PAS masih nak berpakat dgn UMNO? Ini yg cukup menghairankan kenapa depa masih nak mendekati UBN yg dah terbukti samseng dan perosak...perasuah....menghina ISLAM dan Ulamak. Kalau PAS masih dgn pendirian berbaik dgn UMNO tak mustahil ia akan ditolak rakyat.

Anonymous said...

Kalau nerd Nasha dan TGHH nak teruskan juga biarlah. Mereka lupa yang memenangi mereka dalam PRU lepas bukan nya ahli PAS. Biarkan lah kalau mereka degil, F*&^ u PAS and selamat kalah di PRU !#. Baik sokong UMNO dapat juga habuan dan berbaloi. Sokong PAS kita mengabiskan masa dan harta, duit enjoy semua kita bantu... menyesal gua menyesal and never again.

Afyan said...

Pimpinan PAS tidak semudah untuk menerima rasuah UMNO sebagaimana x-ADUN PKR yang bodoh melompat ke dalam UMNO.

Anonymous said...

Org Harakah Tak Berparti,Tak Pangkah UMNO

Org kata PAS tak sebodo itu utk "kerjasama" dgn UMNO.

Tapi,sekarang pun mmg PAS bodoh.Mana tidak bodoh,Anwar Ibrahim yg dera,siksa,telanjangkan PAS dari saat tolak pelawaan Dato' Asri utk jadi Presiden sampailah sekarang,pun PAS tidak serik-serik.

Anwar musuh azali PAS,korang boleh jilat,puja,dan angkat seperti Mahadewa,jadi takat UMNO tu takda hal punya.

Kalau Mahathir tikam PAS sekali(sebab Najib,Hisham,Muhyiddin tu budak hingusan lagi...nak cari dosa depa kat PAS macam cari ikan dekat padang pasir),Anwar bukan setakat tikam,malah cincang,marinate,panggang siap berak keluar sekektul-seketul tahi cop PAS lagi.Itu pun terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh dengan Anwar Ibrahim.

Bila cerita pasal UMNO,konon,tak mahu kerjasama pasal UMNO tikam belakang...tuii..aku ludah...

Korang hipokrit,kalau betul tak mahu kerjsama,jangan kerjasama dengan UMNO,jangan kerjasama dengan Anwar..ini cakap macam orang hilang akal..hilang ingatan...macam keling mabuk

Itulah kebodohan PAS,tak kisahlah namanya Nik Aziz,Hadi,Husam,Nasha,dan sapa2 lagila dalam PAS.

Anonymous said...

setuju dgn afyan..pas bukan dipimpin oleh org-org yg korup spt pkr.selagi pkr dan umno masih sekular,selagi itulah ulama dan professional perlu dakwah kepada kedua-dua parti ni.

abuzar said...

Saya harap TB akan terus memperjuangkan aspirasi majority ahli PAS yang menolak kerjasama dengan UMNO dalam apa bentuk sekali pun - yakni ahli-ahli PAS yang akur dengan pendirian Murshidul AM.
Nampak nya PAS sekarang telah di genggam oleh ulama-ulama assabiyah yang meletakkan perjuangan Melayu dan perjuangan UMNO mengatasi apa yang telah di maktubkan dalam perlembagaan PAS. Sayang, ulama yang bangga digelar sebagai ulama tetapi sanggup menipu ahli dengan membuat rundingan dengan UMNO dalam gelap - lepas tu cuba pula memberi istilah baru seperti muqaballah untuk menghalalkan apa yang mereka lakukan secara rahsia. Harus kah kita memberi kepercayaan dan wala kepada ulama seperti ini?
Melihat statement yang di keluarkan oleh Presiden, Timbalan Presiden dan dari Us Haron Din, Us Daud Iraqi dll saya nampak hasrat ustaz2 ini benar2 nakkan dominasi yang sepenuhnya atas perjalan Parti - adakah ini kerana mereka ingin meneruskan rancangan mereka dengan tiada halangan dari sesiapa ? Lagi pun Us Harun Taib telah memegang kembali Dewan Ulama dan Us Nasaruddin telah memegang Dewan Pemuda. PAS sekarang bertukar corak kepada Parti Ustaz2 SeMalaysia.
Sayang, Ustaz ustaz ini tak reti baca apa yang tersirat dalam lubuk hati kebanyakkan rakyat Malaysia yang telah bergolak dengan begitu hebat semenjak Mac 08. Jalan ke emasan yang terbuka kepada PAS seolah-olah tak di ambil perhatian - yang menjadi harapan kepada segelintir pemimpin PAS ini mungkin hanyalah apa yang ditawarkan oleh UMNO. Sayang seribu kali sayang - dahlah melayu selalu terkenal sebagai kelompok yang senang ditipu - ini pula melayu yang bergelar Ustaz dan mahu dikenali sebagai Ulama.

Anonymous said...

menolak kerjasama atau rundingan dengan umno tak termasuk dalam perlembagaan pas.ulama mempunyai pendapat masing2.yg pnting ulama dan professional pas perlu berdakwah pd pkr dan umno secara serius dan konsisten.pkr dan umno mmg dh terang sekular selagi tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai asas perjuangan parti.

Anonymous said...

tb

pls carry on,kami menyokong tindakan anda.


ahli pas sejak 97

Anonymous said...

Kalau orang PKR lompat seperti Minah atau yang lain-lain mungkin boleh terjadi lagi, rasanya kedudukan PKR belum begitu rock solid--tetapi kalau orang PAS dalam waktu-waktu begini hendak bersekunggkul dengan UMNO, dan tiada sebab lain, tentunya ada diantara pemimpin PAS yang ingin short cut for power-kuasa, pangkat. Rakayat daripada berbagai kaum mengukur PAS sebagai sebuah parti yang penuh disciplin dan principle yang kuat it sebab orang sokong PAS. Tetapi bila ada ura2 PAS hendak buat karajaan campuran denagn UMNO-alamatnya PAS akan tinggla PAS, dan tentunya balik ke panggkal jalan. You go to hell with UMNO

ikan buntu

Anonymous said...

With just 20+ seats - PAS wants to form a unity Govt with UMNO.
Come PR13, if more of us vote for PAS and it gets more seats - wouldn't it put PAS at a better bargaining position to join UMNO.
Can we really trust PAS with our vote?
Bila berkempen, macam-macam dikatakan terhadap UMNO.
Politicians are not to be trusted. And in this respect, PAS is no different.Actually, it is much worse, as it hides behind it's religious image.
Whiff of power and it is for sale, just like the rest.

Parpu Kari said...

SALAM TUAN PUNYA BLOG, DENGAN IZIN SAYA NAK MINTAK SEMUA PEMBACA BUDIMAN SUPAYA MEMBACA ARTIKEL INI DAN EDARKAN PADA SEMUA! SEJARAH TIDAK BOLEH DI PADAM!

http://parpukari.blogspot.com/2009/06/reid-commission-original-document.html

Parpu Kari said...

TULANG BESI, TAK JOIN PKR KE? BAWAKLAH HUSAM SEKALI..HE HE HE

sam raspiut said...

malang sekali bagi Pas dan para pejuang yang tulus & ikhlas perjuangannya turut terpalit isu buruk ini.. maaf. Hanya perdebatan umum ini saluran yg tinggal utk penyokong dan pengundi setia pas.

tapi egent2 umno juga sama! bahasa yg sama mereka guna. mereka umpama hanturaya yg buleh serupa sape2 saja.
Rasanya sdr AFYAN juga sama @ PasTi Umno (PASTU). Orang Pas tidak akan pertikaikan PKR. PKR bukan isu.. isunya pendirian dan akhlak pemimpin ulama Pas!! rakyat sedang menilai apa kaler dan belang mereka..
soal jatuhkan umno itu matlamat hidup dan mati kami.. tapi kalu Pas dah jadi PUPUS kenalah kami cari alternatif.. kami bukan tungul!

ikan said...

The way they have been conducting themselves leaves me with no other viable conclusion other than that PAS can no longer be looked upon as a trustworthy partner in Pakatan Rakyat. While Pakatan Rakyat will just have to play along with this chameleon, it also means that both PKR and DAP will have to restrategise; DAP will have to be seen to be less chauvinistic especially at the State and grassroots level and PKR will have to strengthen itself with more credible leaders. In fact at a discussion I had with a few friends over lunch just today (which includes several non-malays) who have been quietly supporting PAS financially all these while are now openly saying that they are so disillusioned with the loss of Husam Musa that they think it is now time to back PKR. These corporate types appear dead serious and I believe the large influx of non muslim support to PAS recently will also dwindle away. Its difficult to build trust but so easy to lose it.

sam raspiut said...

Kita diberitahu… (sewaktu depa belum nyayuk dulu!)
Kasihlah anak isteri, sanak saudara tetapi jangan sampai melebihi kasih pada agama,
Kerana kasih mereka menyebabkan kita asyik dan lalai pada agama.
Kita diberitahu…
Kasihlah harta, pangkat dan kuasa tetapi jangan sampai melebihi kasih pada agama,
Kerana kasih mereka menyebabkan kita menjual agama.
Kita diberitahu…
Kasihlah orang alim dan ulama tetapi jangan sampai melebihi kasih pada agama,
Kerana mereka walaupun berilmu tetap manusia biasa, boleh tersasar bila mereka kasih kepada diri mereka yg berilmu bijaksana.
Kita diberitahu…
Kasihlah parti atau harakah tetapi jangan sampai melebihi kasih pada agama,
Kerana mereka cuma makhluk, mereka boleh bias dan terbabas kerana mereka juga kasih pada puak, pangkat dan kuasa.
Kita diberitahu… dulu
Kita tahu, kerana merekalah yang beritahu!!

Alex said...

Nasa memang semakin berani menyemarakkan api perpecahan dalam PAS dan juga terang-terang menentang Mursyidul Am PAS. Sudah berkali-kali Mursyidul Am memberi amaran kepada dalang-dalang pro-UMNO di dalam PAS supaya berhenti dari memecahbelahkan PAS dengan matlamat mereka bersetubuh dengan UMNO.

Memang Tok Guru bukan PAS tetapi pihak Terengganu juga jangan ingat mereka pandai sangat. Kalaulah mereka sangat hebat, akidah tinggi, kuat - kenapa orang Melayu di Ganu tetap menolak PAS Terengganu? Malah dalam tsunami politik 2008, PAS Ganu hanya berjaya memang sedikit sahaja berbanding di Kelantan. Ini jelas tunjuk majoriti Melayu di Ganu pun menolak PAS Ganu di bawah pimpinan Hadi. Mereka masih ingat apabila Hadi menguasai Ganu dari 1999-2004, banyak masalah yang timbul dari tindakan drastik dan extremist pihak Hadi. Di negeri sendiri pun tidak boleh menang, sekarang mereka mahu menguasai Malaysia pulak. Apakah kelakarnya Nasa dan Mustafa Ali dan penyokong mereka tengah bermimpi siang masuk perangkap Mahathir yang mahir manghancurkan musuh politik?

Dan apakah komen Nasa tentang kenyataan PAS Perak Ahmad Awang bahawa pada tahun lepas seorang pemimpin nasional PAS telah meminta PAS Perak menyertai UMNO menubuhkan kerajaan Perak dan menolak Pakatan Rakyat? Bolehkah pemimpin tersebut tampil ke depan. Kalau berani cakap, berani mengaku, jangan senyap-senyap macam tikus semacam perundingan rahsia dengan UMNO yang tidak diketahui Mursyidul Am ataupun pengundi, macam tikus berkejar-kejar pada tengah malam!

Afyan said...

Agenda 916 Anwar telah gagal.

Gagal sama sekali gagal!

Tambah memalukan apabila ADUN-ADUNnya melompat dan meletak jawatan.

Perjuangan tidak semudah itu, kawan....

Tidak semudah mengajak MP melompat parti menyertai kita.

Jika tidak, sudah tentu Nabi Muhammad sudah menerima pelawaan Quraisy untuk menjadi pemimpin.

Musuh Muhammad ie Quraisy mempelawa Muhammad menjadi pemimpin mereka nombor 1.

Tetapi Muhammad menolak.

Muhammab mahu membina Islam di atas runtuhan jahiliah!

++++
Itulah yang Anwar risau.

Ulama dan profesioanl PAS sudah tahu tektik tersebut dan tidak akan membiarkan kepimpinan ulama dipergunakan sebagaimana yang telah berlaku di dalam sejarah Ikhwan Muslimin.

Anonymous said...

TB,
Teruskan perjuangan anda membersihkan fraksi UMNO dalam PAS.Anda bukan berseorangan.Dalam PAS anda punya penyokong lebih dari 55%.Us.Nasa hanya dapat 480 undi dari lebih dari 1000 perwakilan.
Selama 2 tahun kita akan pantau,jejak dan telanjangkan mereka sekiranya mereka mengkhianati perjuangan PAS.Sekiranya mereka terpesong kita bolih adakan Muktamar Khas untuk menghalau mereka keluar dari PAS.
Buat masa ini,waktu kemanisan buat mereka,ketawalah,ketawalah,ketawalah kerana dihujung sana telah menunggu tangisan sekiranya mengkhianati perjuangan.

sam raspiut said...

ooi mat Afyan, dah laa dengan isu 916 PKR tu, nak lari tajuk ke? muak laa.. Balik la tganu suruh tokguru kau pegi settle isu Besut dulu, isu kapir mengkapir, isu duit zakat sampai sekarang tak minta maaf.. soal hukum orang taklupa, balik ganu cari balik kaset2 ceramah dan risalah amanat hj hadi.. lepas tu nilai balik jenis ulama yg mun dok wala' tu.. karut betul la mun..

Anonymous said...

SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - PAS diingatkan jangan terlalu ghairah bersama Pakatan Rakyat untuk mengambil pemerintahan negara tetapi mula lupa untuk menjadi pembela dan berada di barisan hadapan untuk pertahankan isu-isu agama....

ulama dan professional pas perlu konsisten berdakwah kpd pkr dan umno yg berpegang pada ideologi sekular.sama-sama memartabatkan alquran dan hadis sebagai perjuangan hidup dan asas perlembagaan negara islam.

Orang Baru said...

The tribe has spoken. Perwakilan telah memilih calon-calon yang anti muqabalah.

Bagi aku, walaupun tidak menang, namun matlamat Husam bertanding tercapai. Selepas muktamar, semua perwakilan, bloggers dan ahli-ahli PAS kelihatan bersatu hati bersama-sama Mursyidul Am menolak untuk bersetubuh dengan UMNO di dalam gelap mahupun terang.

Husam telah membuka mata semua berkaitan usaha jahat nak bergabung dengan UMNO. Dan aku yakin selepas ini tidak kiralah bloggers atau siapa pun akan memerhatikan gerak geri dan tindak tanduk Nasa dan pro muqabalah lain.

Husam tidak rugi apa-apa. Dia masih antara orang penting di Kelantan. Mat Sabu juga tetap begitu. Istiqamah di dalam perjuangan.

Aku agak malu apabila Presiden kata hal Kerajaan Perpaduan telah dibawa berbincang dalam meeting pimpinan PR dan pemimpin PR setuju dengan Kerajaan Perpaduan tetapi disangkal oleh Syed Husin Ali dan Lim Kit Siang. kenapa sampai jadi begitu Mr Presiden. Roslan SMS bagi nasihat salah ke? Ke Dr Shamsuri yang bagi info. Pecatlah mereka yang tidak berguna tu..

Afyan said...

Apabila kalah, bermacam-macam lagu didendang untuk menjustify kekalahan tersebut.

Yang paling kecewa adalah orang-orang PKR dan Anwar apabila Husam kalah.

Propaganda mereka untuk menyabitkan ulama dengan umno telah gagal.

usaha mereka melalui blog, media, dan utusan ternyata tidak berbekas di hati perwakilan.

Jalan lain cuba diselongkar.

Kekalahan dan kemaluan besar ketewasan perlu disorokkan daripada mata umum.

Anonymous said...

ha,ha,ha ada lagi budak buduh si Afyan ni.. buduh tadi tak abih lagi tambah lagi buduh baru.. buduh!!

Anonymous said...

Mungkin niat Hadi itu baik, dari segi perpaduan Islam, tetapi kenalah timbang-timbangkan berat ringannyer modal you tu, mampu ker Hadi nak "MAIN" dengan UMNO? sedangkan kerajaan Terengganunyer dahulu pun tak terjaga hinggakan dirampas oleh UMNO? Rase-rasenyer Hadi dah masuk perangkap UMNO ler gayanyer....

dreality said...

UMNO bukanlah pihak yang boleh dibawa berbinacng as "equals" UMNO akan "cahketing" bila saja peluang ada padanya. Saya tak nampak macammana ada lagi niat dan suara dalam PAS untuk berunding dan berbincang setelah melihat bagaimana Kerajaan Perak telah dijatuhkan oleh UMNO. Dah sampai begitu pun nak juga bersemeja dengan UMNO? Kata pepatah, "Pipi tak mancung pipi tersorong-sorong."

msvtec said...

sdr TB,

saya kadang2 pening dgn gelagat org2 pas.saya bukan org pas, tapi saya memerhati perangai mereka. dulu, masa pru 1999 mereka bekerjasama dgn dap & keadilan, dpt terengganu. pru 2004 dap keluar dari ba, terengganu pun kalah. pru 2008 dapat lagi 3 negeri hasil kerjasama yg sama spt tahun 1999. dan sekarang mula mengheboh pasal kerjasama dgn umno. apa sudah jadi???
saya susah nak mengkritik kalau tuan2 guru, ustaz2 yg buat statement. maklumlah tentulah mereka ni beristikharah memohon petunjuk dari Allah tentang apa langkah yg terbaik utk pas. tapi selepas berfikir semula, saya jadi pelik. kalau tgha istikharah, us nasa istikharah, tgna pun sudah pasti istikharah jugak sebelum dia mengatakan k'jaan perpaduan ini mengarut! kalaulah masing2 memohon petunjuk dari Allah sudah tentulah ada kesepakatan antara ulama2 mulia ini dlm membuat komen. ini bukan soal khilafiah dlm membuat hukum, tapi soal percaturan politik. tapi keadaan jadi sebaliknya. oleh itu pada saya, apa yg tgha cakap itu tidak lebih dari ilham para think tanknya sahaja..bukan sebab istikharah. cuma masalahnya, para think tanknya itu sgt naif dlm membaca percaturan politik. mereka lupa politik itu ialah persepsi rakyat. sedarkah kamu pas telah mencalarkan imejnya sendiri di depan pengundi bukan melayu dgn idea2 'mengarut' tadi?? kalau sekali rakyat sudah tidak mempercayai pas, tunggulah pru13 nanti. sokongan pengundi bukan melayu yg memang bencikan diskriminasi umno akan lari dari pas. begitu juga melayu pas yg sudah lama ditindas oleh umno. tak percaya cakap saya pergi tengok melayu merempat di kampung2 di paka, dungun dan kemaman. mereka ini bersumpah tujuh keturunan pun TAK AKAN mahu berbaik dgn umno. mereka ini mahu membawa ke padang mahsyar sahaja utk diadili kezaliman org2 umno ini oleh Allah swt.alangkah peliknya saya bila pemimpin pas terengganu sendiri seolah2 tidak peka dgn nasib melayu pas terengganu..patutlah pas terengganu menang sekejap pastu kalah balik. saya dah tak percaya lagi punca kalah sebab pengundi hantu.
tgha needs a lot of explanation to do. ketika ini blogger2 pakatan rakyat sudah mula bising. imej pas akan rosak akibat perbuatan sendiri. mujur ada ulama spt tgna. saya sgt bersyukur...tidak bolehkah tgha belajar dari pengalaman tgna memerintah kelantan. bukankah sikap yg ditunjukkan oleh beliau itu yg mendorong pas kekal berkuasa di kelantan hingga sekarang. tapi malangnya seperti kata shbt saya, ini suatu permulaan langkah ke belakang. kita back to square one. org2 umno bersorak gembira. pakatan rakyat akan jadi goyah & najib akan dapat feel good factor utk adakan pru 13 secepat yg mungkin utk memulihkan umno. org2 pas, sedarlah. kamu sedang menyerahkan leher kpd najib utk disembelih. apakah kamu mengira org2 yg korup ini boleh mengalu2kan org pas masuk kerajaan dan melihat segala kefasadan mereka dgn begitu saja? lihatlah realiti di sekeliling kamu. sdr TB, teruskan mengkritik..
sekian.

Anonymous said...

betul betul, itu la yg puak malaun ni tengah plan... nak jual pas bagi umno semelih. tak kan tak nampak kot? memang tu hajat tokey besar cikgu pa tu.. jual Pas, balak dah habisss!!

Anoinimuz said...

balak da melepaih,kambing pun tak dapat. Selepas nie jual PAS kt UMNO lah nampaknya.

Nizam Mahmud said...

Dari Malaysian Insider

SHAH ALAM, June 7 – He may not be aware of the irony but when Nasharudin Mat Isa, deputy president of PAS, said Nik Aziz Nik’s views do not represent the party, it is akin to the Islamist party rejecting its soul as the Tok Guru is PAS spiritual leader.

Komen saya: nasarudin sudah kata Tok Guru Nik Aziz bukan suara PAS. Baru jer no 2 dah berani secara terang-terangan mengenepikan kata-kata Nik Aziz sebagai pendapat 'peribadi' yang boleh di tolak tepi.

Seperti aku kata, malas nak tanya TB dapatkah fraksi UMNO menyingkirkan Nik Aziz, sebab jelas beliau sudah diketepikan beberapa jam setelah keputusan diumumkan.

Di dalam gerakan Islam lain, ahli-ahli sanggup mati mempertahankan Mursyidul Am, tetapi di Malaysia, tak payah kata nak korbankan nyawa, kata-kata Mursyidul Am pun sudah tidak laku dalam PAS.

Entah-entah aku ini yang diluar PAS lebih wala dengan Nik Aziz dari ahli PAS sendiri.

Lagi dari Nasarudin;

""Nasharudin commented that it is up to him to recommend a position for Husam in the party’s central committee and that the party will meet on Wednesday to discuss this very issue.""

Baru No 2 dah nampak macam no 1 nampaknya.

Apa kah sudah ada kemungkinan bahawa rancangan untuk menyingkirkan Hj Hadi sudah di draf dan dibincang?

Rasanya setelah Nik Aziz ditendang nanti, tidak lah sukar untuk menendang Hj Hadi pula.

Saya nasihatkan Hj Hadi untuk menyokong penuh all the way kerajaan perpaduan dengan UMNO. Kalau tidak nanti mula lah orang berkata bahawa apa yang Hj Hadi kata kan merupakan 'pandangan peribadi' sahaja dan tidak mewakili PAS.

Berbalik dengan kenyataan di atas, Nasarudin sudah pun ingin menunjukkan pada Husam dan penyokong-penyokong nya bahawa nasib Husam di Pusat kini di tangan nya.

Bersantai di hujung minggu ini membuatkan saya mengimbas kembali sejarah agamawan-agamawan Kristian yang ditendang oleh masyarakat Kristian keluar dari koridor kekuasaan negara.

Mereka amat bencikan kepimpinan agamawan-agamawan dan terus terang mengarah agamawan-agamawan ini untuk cuma menumpukan pada urusan dalam gereja saja dan membiarkan urusan negara ditadbir oleh orang lain.

Maka saya tertanya pada diri saya, adakah saya tengah menyaksikan babak sejarah di lakon kan kembali di Malaysia ini?

Sama-sama lah kita tunggu.

Saya sanjung kepimpinan Ulamak yang ada dalam tubuh orang yang bernama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat itu.

Dengan ikhlas hati, saya ingin meminta fraksi UMNO dalam PAS yang kini berkuasa penuh agar serahkan saja Nik Aziz pada PKR atau DAP. Ulama yang lain hang semua boleh simpan.

Anonymous said...

According to Hadi, Islam does not teach Muslims to shun others although they may have opposing views with the Islamic party.

“Islam will not be with us if we do not fight for the cause as a whole. We cannot just rely on ourselves... we need to meet everyone to have an open discussion,” he said.

Instead, Hadi urged that the party should instead fight against the “real” enemies and not the “imaginary” ones.

“Don’t waste our time chasing these imaginary foes so much so that we ignore the real ones,” said Hadi, in an apparent reference to Umno.

However, in his winding-up speech, he did not elaborate on who the “real” or “imaginary” enemies were.

“What we have to do is prioritise peace because we want to save humanity... (With this) we should attract more supporters and voters to our party,” he said.

On the same note, Hadi asserted that there was no need for PAS to share “other people’s ship” as “our ship is already strong enough”.

“So there is really no need for us to even join the Barisan Nasional ship,” he said, drawing cheers from the delegates.

Nizam Mahmud said...

So there is really no need for us to even join the Barisan Nasional ship,” he said, drawing cheers from the delegates.
----

Hairan bin Ajaib. Sebab orang ini lah yang mengutarakan idea kerajaan Perpaduan.

Bukan kah kerajaan Perpaduan ini adalah satu kapal juga. Kenapa jika kapal PAS begitu kukuh perlu hendak dibuat satu lagi kapal iaitu kapal Kerajaan Perpaduan.

Lain lah kalau beliau ajak semua pemimpin UMNO masuk PAS beramai-ramai dan tinggalkan UMNO. Itu betul lah tidak perlu kapal baru cuma penumpang kapal UMNO di ajak masuk kapal PAS.

Betul lah bahawa sejarah Eropah sedang di ulang tayang di Malaysia ini.

Anonymous said...

fahaman sekular adalah musuh islam yg sebenar.selagi ada parti-parti yg mendokong fahaman sekular seperti pkr dan umno,selagi itu umat islam terancam dgn amalan-amalan korup,kerana perjuangan parti yg tidak berlandaskan alquran dan hadis.pkr masih dilihat "umno in disguise" kerana masih berfahaman sekular dan parti ini dari masa ke semasa akan terancam oleh amalan korup samaada dr kalangan ahli mahupun dikalangan pemimpin.so ahli-ahli yg bergama islam yg masih dalam pkr dinasihatkn masuk pas berjuang bersama-sama menegakkan alquran dan hadis.pkr perlu yakin sepenuh hati pada islam kerana islam yg akan diberikan kemenangan mentadbir dunia pada akhir zaman

Nizam Mahmud said...

""fahaman sekular adalah musuh islam yg sebenar.

Jawapan saya: Mungkin saja kenyataan ini betul tetapi kurang tepat. Banyak musuh Islam sebenarnya.

Antara musuh Islam yang paling besar adalah orang Islam sendiri.

Dan juga antara musuh Islam yang paling besar juga adalah ulama-ulama dunia dan ulama suk yang meminta-minta jawatan dan kuasa dan yang bersekongkol dengan kapitalis-kapitalis balak.

Sekian Terima Kasih.

Anonymous said...

Antara musuh Islam yang paling besar adalah orang Islam sendiri.

iye mmg benar.antara musuh islam yg paling besar adalah org islam sendiri iaitu org islam yg mengamalkan fahaman sekular dan tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai asas perjuangan.fahaman sekular itulah yg selama ni memusnahkan umat islam kerana ancaman amalan korup.kenapa perlu mempertahankan fahaman sekular sedangkan islam itu dah sempurna.kenapa ada lagi keraguan dlm hati terhadap islam.kenapa perlunya ada parti yg mendokong fahaman sekular sedangkan mengaku beragama islam.

Nizam Mahmud said...

iye mmg benar.antara musuh islam yg paling besar adalah org islam sendiri iaitu org islam yg mengamalkan fahaman sekular dan tidak meletakkan alquran dan hadis sebagai asas perjuangan.
-----

Amat memeningkan kepala itu adalah apabila tidak dapat difahami kenapa masih ada ulama yang bercakap tentang Kerajaan Perpaduan dengan puak-puak sekular.

Jika puak-puak sekular adalah musuh, bukan kah yang menganjurkan perpaduan dengan mereka itu juga musuh Islam?

Saya amat bersetuju dengan kenyataan Hj Hadi bahawa musuh yang sebenar tidak patut dilupa kan.

Di dalam pengamatan saya musuh sebenar rasa-rasanya adalah mereka yang hipokrit dan yang bercakap sekejap lain sekejap lain.

Di dalam sejarah Islam, Abdullah ibn Ubai bukan lah seorang sekularis malah bersungguh menyatakan sokongan pada Islam dan Nabi.

Tetapi beliau juga di kata kan sebagai musuh yang paling bahaya sekali.

Rasa-rasanya saya sudah ketemui siapakah musuh sebenar yang dimaksudkan itu.

ALhamdulilah

Anonymous said...

Amat memeningkan kepala itu adalah apabila tidak dapat difahami kenapa masih ada ulama yang bercakap tentang Kerajaan Perpaduan dengan puak-puak sekular.

Jika puak-puak sekular adalah musuh, bukan kah yang menganjurkan perpaduan dengan mereka itu juga musuh Islam?


puak-puak sekular adalah pkr dan umno.bekerjasama dgn pkr adalah sama seperti bekerjasama dgn umno kerana kedua-dua parti ini adalah sekular.tujuan pas mendekati puak-puak sekular ini adalah utk berdakwah supaya mereka kembali kepada ajaran islam yg sebenar.amat memeningkan kepala itu lagi apabila sekular dijadikan pegangan parti selain alquran dan hadis sedangkan mengaku beragama islam.abdullah bin ubai adalah yahudi yg bertopengkan islam dan memecahbelahkan islam.mencipta fahaman syiah.golongan yahudi jga berjaya mencipta ideologi sekular dan didokong oleh bnyak parti yg mana ahlinya org islam spt parti umno dan pkr.

Tulang Besi said...

Yang jelasnya, orang macam Afyan dan seangkatannya tidak membaca kertas kerja "Tahaluf Siyasi".

Kalau dia baca, sudah tentu dia berhenti buat kerja tak berfaedah seperti kerap kali mengulangi ckp2 seperti PKR itu sekular.

Tulang Besi said...

Usul saringan itu adalah bentuk "NASIHAT" kepada PKR, dan bukan kondem atau kutukan.

Tapi org seperti Afyan ni cuma berfikir one track dan tidak nampak perkara itu sebagai nasihat.

Tulang Besi said...

Agenda 916 gagal. Begitu juga agenda tawan semula Terengganu dahulu. BEgitu juga agenda tawan Selanor 2004 dan berbagai agenda lain.

Bukan Anwar Ibrahim sahaja yang risau dgn kegagalan 916. Semua yang prihatin dengan nasib agama dan rakyat Malaysia juga risau.

Ini kerana BN akan dapat menggunakan segenap tenaga dan sumber kerajaan malaysia kelak untuk menipu dalam PRU 13 dan bakal menang.

Org mcm Afyan ni bodoh sombog. Memusuhi Anwar dan PKR lebih dari UMNO.

Dia sudah tidak dapat membezakan mana musuh dan mana kawan

Tulang Besi said...

Afyan kata:



Yang paling kecewa adalah orang-orang PKR dan Anwar apabila Husam kalah.

Propaganda mereka untuk menyabitkan ulama dengan umno telah gagal.

usaha mereka melalui blog, media, dan utusan ternyata tidak berbekas di hati perwakilan.

Jalan lain cuba diselongkar.

Kekalahan dan kemaluan besar ketewasan perlu disorokkan daripada mata umum.
.

Kita kecewa kerana yang menang itu adalah seorang yang pernah membohong.

Saya cadanglan Afyan ni sila isi borang UMNO dan keluar PAS.

Cara pemikiran beliau akan membawa PAS balik ke zaman 1986 di mana PAS hanya menang satu kerusi Parlimen.

Kamu hanya menguntungkan UMNO bukan merugikan UMNO.

Tulang Besi said...

Rasanya, agenda 916 belum gagal dan masih ada harapan untuk diberjayakan.

Tulang Besi said...

Afyan, Afyan.

BErhentilah kamu dengan menjual nama PAS dan kepimpinan ulama.

Kamu hanya seperti kaduk naik junjung.

Kepimpinan ulama pun kamu tak faham apa dia.

Sekular pun kamu kabur akan maksudnya.

Perjuangan Islam pun kamu masih samar-samar.

Sudahlah, sudahlah Afyan.

Pegi balik ngaji dulu.

Kalau kail panjang sejengkal, laut yang dalam jangan diduga.

Anonymous said...

Saya menyokong PAS dan Jemaah. Saya tidak taksub kepada mana-mana pimpinan. Mereka yang bersalah, saya akan kritik. Mereka yang korup, saya akan dedah.


hehehe x sokong/taksub mana2 pihak konon..padahal sebelum bertanding husamlah menjadi penyanyi pujaan hatikoo..last2 sekali terburai..Mereka yang korup, saya akan dedah.
kepala hotak ko dedah? husam belanja perwakilan kat alor gajah tu bukan rasuah politik?kenapa ko x dedah?.cakap saje bolehlah.

borang penyertaan ke sekolah henry gurney ada 3 keping ngan aku ni.kepada orang yang semacam TB,saya syorkan masuk ke sekolah henry gurney dulu untuk basuh kepala sebab akhlak dah rosak.nak ke?

-zaragosa-

Afyan said...

Nik Aziz pernah berkata : "dengan syaitan pun kita akan bekerjasama".

Lalu bekerjasama dengan parti sekular seperti PKR dan DAP tiada masalah bagi PAS.

=====
Sumber-sumber daripada Malaysian Insider sudah tidak boleh dipercayai sepenuhnya kerena dia akan anti kepada kepimpinan ulama.

Sebagaiman utusan juga yang dijadikan bahan untuk mempropaganda ulama dikatakan bawa PAS masuk Umno.

====
Sebelum Muktamar Husam berjumpa dengan pimpinan BN. Adakah dengan perjumpaan itu boleh dikatakan dia akan masuk BN?

Oh..nanti akan ada kata dia pergi utk tujuan bubar DUN Perak.

OK, then dia keluar statement, kata yng DUN Perak akan dibubar minggu ini (minggu lepas-lepas).

Tapi selepas dua minggu tiada pun bubar DUN?

Jadi apa sebenarnya yang dibincang dengan pimpinan BN?

++++
Sekali lagi ditegaskan, ahli PAS akan menentang sekeraas-kerasnya sebarang usaha untuk membawa PAS ke dalam UMNO.

Suara muktamar adalah suara tertinggi. Pimpinan pun dipilih dalam muktamar.

Sebrang rundingan dengan UMNO yang membawa rebah akan merugikan PAS.

++++
Sebagaimana ahli PAS tidak suka kerajaan dibina atas dasar MP yang melompat.

Kerana Nabi Muhamma sendiri menolak menjadi pemimpin Quraisy apabila diminta untuk menjadi pemimpin mereka.

Jahiliyah yang ditegak atas runtuhan jahiliyah tidak akan menghasilkan sebarang pembaharuan.

Jahiliyah mesti diruntuhkan sepenuhnya.

Islam mesti ditegak di atas runtuhan jahiliyah.

Islam Memimpin Perubahan!

Islam di Malaysia mesti ditegak atas runtuhan UMNOBN

Chicken Feet aka KaKiaYam said...

As I read your title, I humbly disagree...

Obviously, for the leadership to take this path of unity government, there are definately support from the grassroots.

As much as tok guru is the spiritual leader, hadi awang is the presiden. for outsiders like us, it is alarming to see that Nasaruddin actually say something like that about Tok Guru.

Pas is heading the wrong direction and is moving too far from the main group.

The last straw that broke the camel back is the call by Pas Youth....sigh....

Bye bye Pas, you have worked hard for a better Malaysia in the last GE, but now that your stand differs from the main group, we have what they called, irreconciliable differences...

KaKiaYam

nizamtoha said...

bravo untuk perwakilan yang tidak menjual Maruah kepada virus & maKHLUK2 PEROSAK...

anai-anai semakin galak menerobos bangunan PAS yang dibina oleh Ulama'.

Islam Memimpin Perubahan! bukan sekular atau parti2n yang sewaktu dgnnya.

Tulang Besi said...

Sebelum Muktamar Husam berjumpa dengan pimpinan BN. Adakah dengan perjumpaan itu boleh dikatakan dia akan masuk BN?

Oh..nanti akan ada kata dia pergi utk tujuan bubar DUN Perak.

OK, then dia keluar statement, kata yng DUN Perak akan dibubar minggu ini (minggu lepas-lepas).

Tapi selepas dua minggu tiada pun bubar DUN?

Jadi apa sebenarnya yang dibincang dengan pimpinan BN?
.


Ada tak HUsam menipu kepada AJK PAS Pusat dia bertemu UMNO?

Ni alasan yan digunakan afyan untuk menutup malu kerana menyokong pimpinan yang telah menipu.

Tulang Besi said...

June 8, 2009 9:51 AM
Delete
Blogger nizamtoha said...

bravo untuk perwakilan yang tidak menjual Maruah kepada virus & maKHLUK2 PEROSAK...

anai-anai semakin galak menerobos bangunan PAS yang dibina oleh Ulama'.
.

Ohhhh baru saya faham.

Tok Guru Nik Aziz tu bukan ulama la ye?

Majoriti perwakilan menolak Ustaz Nasa.

Ingat tu.

People said...

Ahli PAS Pro UMNO ni semua ada otak tapi tak pandai fikir!
Tengok saja kenapa Najis, Mukhriz, KJ dan Media Arus Perdana ingin sangat berkerjasama dgn PAS, ini kerana UMNO ni sudah mau sesak nafas!
Kenapa PAS nak pergi selamatkan syaitan macam UMNO ni?
Dah bodoh masih lagi nak degil!

Kalau ingin sangat nak PAS berkejasama dgn UMNO/BN, baik keluar dari PAS dan masuk jadi ahli UMNO sahaja!
Jgn buat kacau dalam PAS!

Anonymous said...

ULAMAK KE ALAMAK HA HA ! DAH NYA NYAH KOT SI HADI DENGAN NASHA NI. PAS, PKR DAN DAP TELAH BERJANJI UNTUK BERSATU DI DALAM PAKATAN RAKYAT. MANA JANJI PAS! KALAU CAMNI DARI SEKARANG PAS JANGAN LA NAK PAKAI TITLE ULAMAK SB ULAMAK PEGANG JANJI, NI LEBIK SESUAI PAKAI TITLE ALAMAK!

Anonymous said...

Even tho we are very disappointed with Hadi/Nas plan to unite BN-PR (what's there to unite when so many of untoucable BN guys are tainted), we are giving pas a 2nd chance bcos we respect an honorable humble person like tok guru.He's truly a fair muslim leader we can trust.

Anonymous said...

simple je...sekarang ni masa yg kritikal bagi Pakatan Rakyat...pass with flying colours ataupun break..

pecacai2 UMNO sekarang sedang mengasak dan memujuk PAS utk bersama mereka sb perompak2 ni tau PAS bersama PKR dan DAP mampu menumbangkan BN...

wake up PAS...!!

jgn terpengaruh dgn dakyah UMNO..jgn kecewakan penyokong Pakatan Rakyat yg ingin melihat kehancuran UMNO dan BN...

Anonymous said...

izaaikkkk...yg ahli PKR lompat masuk UMNO korang nampak?. Yg TGHH ulamak korang nak bersengkongkol dgn UMNO yg menindas dan membunuh ahli2 PAS korang tak sedar?. Zaman Dato Asri dulu bukan sorang dua tapi satu parti PAS terus masuk BN korang lupa ye. Nakhaei tu dulu ahli PKR ke?. oiiiii...nak saring2 calon PKR pehal....korang saring dulu calon2 korang terutama yg nak sangat sebantal dengan puak UMNO tu...Korang tarbiyah dulu TGHH ulamak korang tu. Lagi pun dia tu umpama 'ubat tamat tempoh'. sbb tu gila talak dgn UMNO. Kalau terengganu setakat satu penggal boleh perintah jgn nak bongkak. Selamatlah korang pendokong UMNO dalam PAS. Ni kat temerloh ni, syed hamid adun semantan...mana pegi...menang PRU12 tak sampai dua minggu, beli CRV baru. Dlm dewan undangan, dok nganga tak tau nak buat apa.....Leong Ngah Ngah dari DAP masa dia sorang2 jadi pembangkang pun kat Pahang ni, selalu bawa isu2 berkenaan rakyat di dewan undangan tapi syed hamid apa dia bawa...telur masam dia je la....

Anonymous said...

Hentikan kenyataan keliru, tiada hasrat bawa PAS kepada BN - Timbalan Presiden PAS

http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021232&Itemid=85

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.