Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 17, 2009

Mengapa Besarkan Isu Chin Peng?

Saya adalah anti komunis. Saya membeci ideologi komunis kerana ianya adalah ideologi yang menghancurkan kemanusiaan serta ianya menghancurkan struktur sesuatu masyarakat itu sendiri. Juga, kita melihat sendiri bagaimana seluruh Rusia dan Eropah Timur telah hancur sebagai sebuah negara yang satu waktu dahulu makmu bahana dari ideologi komunis.

Dan kalau nak dikatakan penentangan kepada komunis, arwah datuk saya dahulu pernah berjuang dalam tentera British menentang kebangkitan komunis di Malaya. Namun, Malaysia telah pun menandatangani perjanjian damai dengan komunis dan komunis di Malaysia telahpun meletakkan senjata.

Bagi saya, tiada salah kalau dibenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia kerana beliau sudah tidak membahayakan Malaysia dan rakyat Malaysia sama sekali.

Malahan, saya berpendapat, daripada diperangi komunis dahulu, seharusnya kerajaan Malaysia mengambil sikap yang terbuka dan menyuruh parti komunis Malaya mendaftar diri mereka sebagai parti politik dan bertanding dalam pilihanraya sebagaimana di India. Itu lebih baik untuk Malaysia dan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Tapi, kerajaan Malaysia yang dipimpin UMNO lebih mengikut telunjuk British dari berunding dan berbincang secara bebas dengan kumpulan Komunis di Malaysia.

Dan barang diingat, bukan semua yang menganggotai Parti Komunis Malaya itu adalah orang berbangsa Cina. Di bawah adalah sedutan dari sebuah artikel berkenaan dengan Rejimen 10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya yang diasaskan oleh Abdullah C.D.

Dalam konteks Malaya, majoriti yang berjuang dalam Parti Komunis Malaya dahulu adalah penentang-penentang penjajahan British di Malaya. Seperti contohnya Rejimen ke 10 ini, bukanlah ideologi komunis yang mendorong mereka tetapi kemahuan untuk merdeka.

Begitulah juga Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah C.D.. Berbeza dengan UMNO yang menjadi "barua" British pada masa itu, mereka2 ini mahu memerdekankan Malaysia dari gengaman British secara total.

Walaupun Malaya dimerdekakan pada 1957, namun segala hasil mashul Malaysia masih dalam gengaman British. Sebab itulah, walaupun ekonomi Malaya mencatatkan pertumbuhan pesat sekitar akhir 60an, namun rakyat Malaysia masih miskin dan merempat terutamanya orang2 Melayu.

Untuk menutup kelemahan UMNO yang menajdi barua British, maka dipersalahkanlah orang2 Cina dan akhirnya membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei. Hakikatnya, kemiskinan orang Melayu sebelum 13 Mei adalah atas kelemahan UMNO sendiri yang gagal membela orang Melayu dengan efektif.

Tapi yang dipersalahkan adalah kaum Cina. Sebab itulah PAS tidak rela ditipu UMNO pada masa 13 Mei tersebut. Dato' Asri telah memanggil semua Tok penggawa(Penghulu) dan mengarahkan supaya tiada pertumpahan darah harus berlaku dalam negeri Kelantan. Beberapa keluarga Cina juga telah dibawa ke JKR10 untuk diberi perlindungan.

Begitulah juga PArti Komunis Malaya. Walaupun saya membenci ideologi Komunis, namun saya berpendapat PKM wujud atas kelemahan dan penipuan UMNO itu sendiri. Yang menjadi musuh kepada Malaysia bukan PKM tetapi musuh sebenar Malaysia adalah UMNO.

Biarlah Chin Peng yang tiada pengaruh itu pulang ke Malaysia. Saya tak takut kerana saya lebih suka berhujjah dengan puak komunis ini dari membunuh mereka. Mana tahu, mereka bertaubat dan menjadi seorang Islam yang terbaik.

Tapi, janganlah orang Melayu dan rakyat Malaysia melupai bahawa wujudnya PKM dan Darurat itu adalah atas kelemahan UMNO sendiri yang tidak dapat merampas kekayaan negara dari tangan British.

Nasib baiklah ada Tan Sri Khalid Guthrie yang telah berjaya merampas Guthrie dari British. Tu pun lihat bagaimana UMNO melayan Tan Sri Khalid selepas apa yang beliau telah lakukan.

UMNO lebih jahat dari Parti Komunis Malaya. kalau saya membenci Parti Komunis Malaya, maka saya benci UMNO lebih dari PKM.

Tulang Besi


20 comments:

Anonymous said...

HARAKAH:Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Khalifah Umar bin Abdul Aziz pernah berkata:

Barangsiapa melakukan suatu pekerjaan tanpa ilmu pengetahuan tentang itu maka apa yang dia rusak lebih banyak daripada apa yang dia perbaiki.

yes said...

Chin Peng pulang ka Malaysia tiada menjadi satu isu besar, tapi malangnya nanti ada sesetengah pehak yang akan meggembar gemburkan isu ini. Kita di Malaysia ni memang hebat tentang mencari persengkataan, ini termasuklah pehak kerajaan dan juga pembankang.

Anonymous said...

cuba tanya pkr setuju x kalau salman rushdie nak menetap kat malaysia?..rasa2 mcm setuju kot sbb sister in islam pn diorang setuju..kah kah kah

adolf said...

Dengan adanay yang berfikiran waras seperti Tuanpunya Blog nie....Malaysia ada harapan.....

Memang tidak dapat dinafikan ,PKM telah secara langsung mempercepatkan kemerdekaan Malaysia..Tapi jasa mereka tidak pernah diingati.

Kita kawan dengan kuasa komunis terbesar didunia,China...tapi kita maki hamun rakyat dan anak jati Malaya yang menaruhkan nyawa mereka demi melahirkan Malaysia hari ini.

Selamat pulang, Saudara Chin Peng.

Anonymous said...

buat apa tanya sama PKR..tanya sama pemuda ameno dululah, kan ehem-ehem pn setuju pada sis tu..kan dia punya ehem-ehem kawan baik dgn sis...dah lupa ke .....cik abang hoiiii

Anonymous said...

jangan terlalu menimbulkan polemik rahman. anta tak berubah sejak PPP.

Rozana said...

Saudara TB,
sentimen membenci UMNO dilihat sebagai motif saudara menulis, bukannya perjuangan Islam. Tolong jelaskan dasar perjuangan saudara supaya tiada yang keliru. Saudara memang seorang kritikal dan 'maverick'.

maun said...

Dah tua ganyut orang tua tu...lagipun fahaman komunis tak siapa mahu dah zaman moden ni. Zaman perang biasanya manusia tiada pilihan....pilihan hanya satu dibunuh atau membunuh. Sejarah pahit diakui tidak dapat dilupakan..

Fi-sha said...

Salam

Selamat Pagi Encik Tulang Besi

Alhamdulillah, suka saya baca nukilan pendapat tuan - very logical i wonder why we make this such a big issue.

Terima kasih daun keladi

Totalcare said...

Bagaimnana dengan Jepun, Kenapa tiada pemimpin Malaysia yang mengecam Jepun. Tentera Jepun lebih kejam. Cuba bayangkan kekejaman Jepun pada zaman penaklukan Jepun keatas Tanah Melayu. Malaysia perlu boikot semua barang Jepun.

Anak Muda Reform said...

haah la..aku rase..dah tibe masenya semua ahli PAS merangkul senjata, bunuh semua org yang tidak PAS...semuanya kafir, dah jadi kawan pun masih musuh...UMNO pun kalu ikut amanat haji Hadi, halal kan..hehehehe

Anonymous said...

komunis hanyalah sejenis ideologi yg disanjungi oleh sesetangah orang kerana mereka menganggap ia dapat membantu masyarakat mereka ... dan ideologi ini sebenarnya tidak berkaitan dengan isu kaum ...

Komunis di Nepal bukan kaum Cina. Komunis di Vietnam bukan kaum Cina. Komunis di Kambodia bukan kaum Cina. Komunis di Cuba bukan kaum Cina.

Hanya UMNO mahu idealogi komunis dan isu Chin Peng dikaitkan dengan kaum Cina dengan tujuan mengaut modal politik perkauman ...

UMNO bertaubatlah dan berusaha memelihara masyarakat penyayang di negara ini, dan bukannya sering mengungkitkan isu perkauman

Anonymous said...

chin peng harus dibenarkan balik ke tanah airnya sendiri, iaitu malaysia.

dia pejuang. tapi dilabelkan sebagai pengkhianat negara. sejarah ditulis oleh pihak yang berkuasa, pada masa ini ialah umno. jadi apa boleh buat...

marilah kami berusaha kuburkan umno.

4RAKYAT

Anonymous said...

Kenapa nak benarkan orang yang banyak membunuh dan menyeksa rakyat negara ini walaupun setelah merdeka?

Negara dah merdeka pun kominis masih mengganas.

TB, Kamu ni memang jelas balaci Anwar.

Aku sokong kalau Chin Peng dibawa balik, tetapi dihadapkan terus ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman bunuh keatas semua kezaliman, pembunuhan yang dilakukannya.

TB, hang bolelah jadi lawyer defend si Chin Peng ni.

Lepas tu kamu pergilah bersemuka dengan semua mangsa-mangsa keganasan Komunis.

Kalau kamu betul-betul benci dan memusuhi UMNO, janganlah guna khidmat Tabung Haji.
Seru kepada semua yang bersependapat dengan kamu jangan guna Tabung Haji untuk ke tanah suci. pakai visa dari thailand, singapore dsbg.

Kalau nak sembahyang, jangan sembahyang dimerata pelosok (beribu) masjid yang di bina kerajaan.

kalau dalam perjalanan di PLUS highway, jangan berhenti sembahyang di Surau yang dibina PLUS dengan selesa.

Dan jangan pergi sekolah yang dibina Kerajaan disetiap pelosok negeri.

Dan jangan kemana-mana kerana anda akan menggunakan jalan yang dibina kerajaan UMNO

Pergilah belajar dengan komunis kerana kominis tidak semerbahaya UMNO.

KAmu ingat kamu cerdik sangat, tetapi semakin hari, kamu akan sesat dengan kata-kata kamu sendiri.

Yang benar sentiasa jelas. tidak perlu pusing-pusing seperti kamu

Serious Shepherd said...

"Negara dah merdeka pun kominis masih mengganas."

Iraq dan Afghanistan pun dah kira merdeka sebab ada Presiden dari kalangan rakyat sendiri tapi masih ada beribu-ribu askar Amerika yang bersembunyi di sebalik topeng 'International Security Assistance Force', 'Coalition Forces' dan pelbagai gelaran lain demi menyembunyikan kehadiran mereka. Sebab tulah Taliban terus mengganas.

Tanah Melayu pun dah kira merdeka sebab ada Perdana Menteri dari kalangan rakyat sendiri tapi masih ada beribu-ribu askar British yang bersembunyi di sebalik topeng Tentera Komanwel demi menyembunyikan kehadiran mereka. Sebab tulah komunis terus mengganas.

Saya benci UMNO sebab mengaku wang pembayar cukai adalah milik mereka dan tak segan silu meminta rakyat berterima kasih bila wang pembayar cukai dikembalikan kepada rakyat dalam bentuk pembangunan termasuklah pembinaan masjid dan sekolah.

Ada juga yang jadi mangsa keganasan British seperti di Batang Kali. Tak pernah dengar? Patutlah, asyik dengar cerita sebelah pihak aje. Nak tau Sir Henry Gurney to sape? Dialah yang menjajah bumi Palestin, tapi orang yang membunuhnya tidak pula digelar sebagai wira.

Tinta Hitam said...

Sejarah perlu di tulis semula secara lebih adil pada PKM dan semua pihak.Semua sumbangan kearah kemerdekaan negara dari semu pihak pelru lah disebut dan diketengahkan.

Persoalannya mengapa UMNO takut utk membuka semula sejarah? JIka semula sejarah maka banyaklah kebodohan dan kesalahan UMNO menangani polisi polisi negara akan terdedah.

Peperangan selama lebih dari 30 tahun dengan PKM boleh dielakkan jika UMNO mengambil jalan damai dan tidak mengikut polisi polisi British secara membuta tuli.

Betul kenyataan TB.UMNO sebenarnya lebih bahaya kepada negara dari PKM

Anonymous said...

APASAL JARI HANYA DITUNDING KEPADA KOMUNIS? WHAT ABOUT BRITISH YANG TELAH MEMBUNUH, MEROMPAK, MEROGOL DAN MENGADAI MARUAH DAN BANGSA KITA SEHINGGA KE HARI INI. DAN SETENGAH ANDA ADALAH PRODUK DARI PERBUATAN BRITISH ITU , MAKSUD SAYA ORANG YANG MASIH BODOH DAN BAHLUL YANG MENGAGUNGKAN BARAT! DAMN YOU GUYS , YOU DONT DESERVE TO BE HUMAN BEINGS, OTAK LETAK KAT MANA HA?
BODOH SANGAT KE NAK BERFIKIR ORANG MELAYU!

mank said...

salam

1.Dalam konteks Islam..memilih sistem Demokrasi, Beraja ataupun Komunis 2 x 5 sama saja seperti menolak sistem Islam(Hudud)

2.Cuma Komunis lebih baik daripada Demokrasi kerana ianya tidak membenarkan agama dijadikan alat untuk kepentingan politik & rasuah.

3.Tanggapan bahawa ideologi Komunis menolak TUHAN & agama adalah tidak benar..Lebih banyak rakyat di negara Demokrasi tidak percaya kepada agama berbanding Komunis.

4.Biarkan Chin Peng kembali ke Malaysia..dia juga ada hak untuk kembali ke tanah air beliau.

mank said...

salam

1.Dalam konteks Islam..memilih sistem Demokrasi, Beraja ataupun Komunis 2 x 5 sama saja seperti menolak sistem Islam(Hudud)

2.Cuma Komunis lebih baik daripada Demokrasi kerana ianya tidak membenarkan agama dijadikan alat untuk kepentingan politik & rasuah.

3.Tanggapan bahawa ideologi Komunis menolak TUHAN & agama adalah tidak benar..Lebih banyak rakyat di negara Demokrasi tidak percaya kepada agama berbanding Komunis.

4.Biarkan Chin Peng kembali ke Malaysia..dia juga ada hak untuk kembali ke tanah air beliau.

mank said...

Salam

1.Demokrasi atau Komunis 2 x 5 mengenepikan Hudud adalah menolak hukum Islam.

2.Komunis tidak menentang agama cuma menghalang agama dijadikan alat untuk kepentingan politik & menipu rakyat.

3.Apa salahnya Chin Peng kembali..kenapa tidak haramkan juga kemasukan pelancong dari Portugis, Belanda , Jepun & Britain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.