Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 13, 2009

Mereka yang Bertanggungjawab atas Kekalahan Terengganu 2004 Sekarang Mengawal PAS Pusat

Itulah hakikatnya. Semua yang bertanggungjawab ke atas kejatuhan Terengganu 2004 sekarang ini mengawal Dewan Harian PAS Pusat.

Mereka akan mengulangi kesilapan yang mereka lakukan di Terengganu 2004 tetapi kali ini kesilapan akan dilakukan di peringkat Nasional.

Ertinya, ada kemungkinan PAS akan kalah lebih teruk dari 2004. Saya melihatkan PAS akan mengulangi kekalahan 1986 semula.

Langkah revolusi yang diambil oleh kabinet "Terengganu" ini adalah mereka menghalang perlantikan Nizar Jamaluddin sebagai PJ Perak. Ini kerana di kalangan Fraksi UMNO yang mengawal PAS sekarang ini, mereka memang percaya bahawa Nizar adalah agen DAP dan menjadi boneka kepada DAP.

Malahan, mereka mempercayai bahawa kejatuhan kerajaan Perak adalah angkara Nizar Jamaluddin.

Oleh sebab itu, Perak haruslah dikembalikan semula kepada UMNO dan Nizar Jamaluddin harus dihalang dari menjadi PJ Perak. Keputusan ini jelas untuk menjamin keutuhan dan kekuatan kerajaan UMNO Perak yang haram itu.

Saudara akan lihat bagaimana nanti sokongan rakyat kepada PAS akan menjunam dengan begitu teruk sekali.

DAn perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ahli PAS sendiri telah mengundi calon yang berbohong dan penipu.

Dan saya kesal kerana Presiden PAS masih tidak dapat membebaskan diri beliau dari cengkaman geng Terengganu yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu 2004 ini.

Jelas, kemaslahatan dan kebaikan PAS tidak berada di dalam minda Presiden PAS.

Tulang Besi

47 comments:

maun said...

Dah ada letrik nak pakai pelita...lantak ko orang le...takut di tiup angin cepat je padamnya..

sam raspiut said...

fakta ini benar dan betul-betul benar,
inilah yg dikatakan oleh saudara Mahfuz 'sejarah akan mendera kita',

kekalahan 2004 adalah lebih teruk dari kekalahan 1986 akibat politi kotor umno, tetapi kekalahan 2004 adalah akibat kegagalan golongan ulama Trengganu berfungsi sebagai pemimpin ulama sebagaimana yg dijual pada pengundi sebelum pilihanraya.

era pemerintahan Pas Terengganu 1999-2004 juga menyaksikan bermulanya persahabatan dengan umno yg diusahakan oleh SUA sekarang atas idea 'Pas terengganu dan Hj Hadi untuk Malaysia'. bermula dakwah mereka pada umno, sehingga wujudnya golongan yg dipanggil fraksi umno sekarang.

betul, perpecahan Pas peringkat nasional telah pun berlaku sekarang, dan kalau tidak dihalang mungkin Pas terburai selepas PRU13 akan datang.

Anonymous said...

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan

Jimadie Shah Othman | Jun 13, 09 11:54am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno.

"Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di Nilai hari ini.

pkr egm 130609 anwar 05.jpg"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

"Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.

Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno.

"Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.

Anonymous said...

hangpa pandai la kutuk pimpinan. Macam la ada bukti langsung kalah sebab pimpinan lemah.

Hanpa memang macam anjing menyalak. Lupa tuhan, lupa kelemahan ahli abwagan, lupa segala-galanya.

Tapi sibuk sangat kata umno lahanat, lahabau, jahat, penipu, tak boleh percaya dan lanun.

Tup tup tup, bila Ganu kalah, bukan keran umno, kerana ulama Ganu.

Podahhhhhhhhhhhhhhh nonsense

Tulang Besi said...

hangpa pandai la kutuk pimpinan. Macam la ada bukti langsung kalah sebab pimpinan lemah.

Hanpa memang macam anjing menyalak. Lupa tuhan, lupa kelemahan ahli abwagan, lupa segala-galanya.

Tapi sibuk sangat kata umno lahanat, lahabau, jahat, penipu, tak boleh percaya dan lanun.

Tup tup tup, bila Ganu kalah, bukan keran umno, kerana ulama Ganu.

Podahhhhhhhhhhhhhhh nonsense
.

Hahahaha ni lah jenis manusia tak dapat terima kenyataan.

Hakikatnya mereka yang memegang tampuk kekuasaan masa 1999-2004 dahulu, itulah dia manusia yang skrg memegang jawatan strategik dlm Dewan Harian.

Itu ADALAH HAKIKAT.

Oh lagi satu nak tanya. UMNO pun ada kat Kelantan masa 2004.

Apasal Kelantan tak kalah, tapi Terengganu kalah?

Ahli2 PAS ni dlatih untuk terima segala dari pimpinan mereka tanpa soal.

Ini bukan syirik ke?

Malaysian said...

Saya juga tertanya-tanya:
Kenapa PAS sanggup merosakan sistem demokrasi 2 parti yang sudah hampir wujud di Malaysia?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas pentadbiran Negeri Perak?
Kenapa PAS sanggup bekerjasama dengan mereka yang merampas royalti minyak ketika PAS memerintah?
Adakah PAS sudah terima ideologi sebegini?
Kenapa PAS tidak mahu tunggu sampai pilihan raya umum ke 13 baru menubuhkan Kerajaan Perpaduan dengan Pakatan Rakyat?

Baca Selebihnya Di Sini...

Pandangan Seorang Penyokong Pakatan Rakyat Untuk PAS

Tulang Besi said...

"Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil.

Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.
.

Ini maknanya, sampai bila pun kita tidak akan berbincang dengan UMNO.

Krana mana mungkin UMNO akan bebaskan kehakiman dan pastikan pilihanraya bebas.

Tulang Besi said...

Conditional talks yes, but no unity gov't
Rahmah Ghazali | Jun 13, 09 11:47am
Opposition Leader Anwar Ibrahim has reiterated today that there will be no unity government with arch-rival Umno even though Pakatan Rakyat is prepared to meet Prime Minister Najib Abdul Razak to break the political deadlock in Perak.
MCPX

Anwar is also quick to add that should there be any unity talks with Umno, it could only be held if Umno-led BN “stops all the cruelty, reforms the judiciary and the Election Commission”, echoing PAS president Abdul Hadi Awang’s statement two days ago.

pkr egm130609 leaders 02.jpgShould those conditions are met, he said that there should be no problem for the government and the opposition to hold discussions.

“But I would like to stress that there is no such thing as forming a unity government with them,” said the PKR de facto leader at the party’s extraordinary national congress in Bangi today.

According to Anwar, he had contacted Abdul Hadi after the PAS 55th Muktamar in Shah Alam last Sunday and both agreed that PAS will continue to stay with Pakatan despite the Islamic party professing different policies.

“I have discussed at length with Abdul Hadi about this before I came out with a statement saying all three Pakatan parties will remain together,” he said.

We’re ready to listen to Najib

Anwar added that Pakatan is ready to listen to the prime minister’s views on the ongoing political crisis in Perak “if they too are prepared to listen to us.”

pkr egm130609 crowd 01.jpgOn Thursday, after facing mounting opposition to his pro-unity talks proposal, Abdul Hadi set a few conditions before his party would meet Umno.

He said that the talks could only take place if the BN government free the judiciary and the media and respect the doctrine of separation of powers.

PKR is holding a one-day EGM to discuss bold changes to the party constitution which will introduce direct elections, term limits to party posts and a 30 percent quota for women in the leadership.

Anonymous said...

Bomgkar kan lagi brother tulang besi. Keep Up the good work. Educate sikit bangang bangang yang buta hati. Harap Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada fraksi UMNO.

lan said...

Mustafa Ali ini tahun 1987 dulu, mula2 Harakah ditubuhkan bukan main terkinja-kinja nak kontrol Harakah.

Hinggakan buat konspirasi sana sini nak jatuhkan mereka2 yang mentadbir Harakah waktu itu.

Sebab apa? Sebab Harakah waktu itu organ yang strategik dan banyak duit. Sedap la!

Sampai la ni Mustafa Ali duduk di Harakah tak mau nak henti2 walaupun satu ketika dia tiada berjawatan penting dalam PAS setakat PJ Terengganu tapi ada jawatan penting dalam Harakah.

Anda tahu siapa budak dia di Harakah? Tanya lah Zulkifli Sulong

lan said...

Mustafa Ali ini bila dapat signal orang PAS dah tak nak dia lagi pada 2007 terus menolak pencalonan Naib Presiden. Alasan dia "bagilah muka baru". Zaman dia dah berlalu, kata dia.

Bila dia kalah pada PRU 12, bila PAS kalah di Terengganu pada PRU 12 itu, dia kata "cukuplah dia bertanding kali ini. Dah last dah"

Hangpa boleh percaya ka orang macam ini?

Berapa kali dia kata macam itu, tapi dia masih kontrol Terengganu, kontrol PAS Pusat dan pegang telur Haji Hadi.

Mustafa Ali lah yang merancang segala onar dan nanar dalam PAS. Anda tak setuju? Tunggulah

Dia bukan ulama. kita boleh hentam dia. Yang tak boleh ialah kita menghina ulama

Anonymous said...

habislah..!!! cincurut dan si tikus dah dapat labu..,apalagi berpestalah depa...jahanam..,jahanam..apa nak jadi pada labu tu...tunggu masa saja utk membusuk..so,cepat-cepatlah hapuskan cincurut dan si tikus tu sebelum labu tu di kerjakan oleh mereka and the geng....

Nizam Mahmud said...

Saudara-saudara semua,

Mohon penjelasan, jika ada sesiapa mengetahui nya soalan ini.

Mengapakah Hj Hadi begitu wala pada Tok Pa? Hinggakan sanggup mengingkari arahan Mursyidul Am secara terbuka.

Yang tak masuk akal

1. Tok Pa bukan ulama. Nik Aziz lagi ulama 1000X.

2. Jawatan Tok Pa adalah Hj Hadi yang beri dan dalam hiraki, dia di bawah Hj Hadi. Jawatan Nik Aziz atas restu syura sebagai badan tertinggi.

3. Rekod Tok Pa yang gagal sebagai Pesuruhjaya Terengganu di mana PAS jatuh pada 2004 dan tidak mampu bangkit pada 2008. Bandingkan dengan rekod Nik Aziz di Kelantan.

Tetapi kenapa dan kenapa Hj Hadi begitu wala pada Tok Pa sepertimana wala nya Najib pada Rosmah.

Tak kan nak tuduh Hj Hadi makan nasi kangkang yang dibuat oleh Tok Pa. Itu tak logik.

Mesti ada penjelasan nya dan mesti lah ada sejarah nya.

Mohon sesiapa yang cintakan kebenaran untuk menyatakan di sini.

lan said...

Nizam! kalau anda nak tahu siapa Cikgu Pa elok anda bertanya Zulkifli Sulong atau Rahimkassim.blogspot.com

Bakar Hulk pun kenal. Nakhaei lagi lah kenal Cikgu Pa

Anonymous said...

Budak Mustafa dalam Harakah yang sorang lagi bernama Suhaimi Embong. Nak tengok gambar dia, dia ada kolum dalam Siasah yang pakai nama Suhaimi Al-Maniri.

Budak-budak Harakah tuduh dia makan gaji buta. Budak-budak Harakah juga tuduh dia pergi makan angin pun dia claim.

Maklumat juga mendakwa bahawa dia dibenci oloeh majoriti pekerja Harakah. Tetapi, mereka terpaksa bermuka2 depan dia sebab dia orang Mustafa.

Siapa tak ikut cakap dia, dia tuduh orang tu Umno.

Selamatkan PAS!!!

Nizam Mahmud said...

Saya tahu Tok Pa ini godfather PAS Ganu.

Tapi bukan kah pengaruh nya di kalangan orang-orang muda PAS Ganu pun dah berkurangan?

Apa yang mengikat Hj Hadi sampai begitu sekali wala pada Tok Pa?

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa geng Ganu ini Assobiyah tak boleh diajar, asal apa geng dia buat, salah ka tak salah dia akan sokong.

Tapi tak kan begitu sekali rendahnya akal Hj Hadi sehingga boleh assobiyah Terengganu nya boleh mengatasi assobiyah UMNO?

Yang di belajar kat Madinah tak kan guru-guru dia tak cuci otak dia betul-betul.

So apa sebabnya Hj Hadi boleh wala dengan Tok Pa sebijik macam orang dah makan nasi kangkang?

Ilmu apa Tok Pa pakai?

lan said...

Suhaimi Embong? Bukankah dia orang Terengganu.

Zul Sulong pun orang Terengganu.

Terimakasih bagi maklumat pasal Suhaimi Embong. Jika tidak, kami pun tak tahu apa yang Cikgu Pa buat kat Harakah

Anoinimuz said...

mmg fraksi UMNO nie membawak petaka pada PAS...konon nak bawa pembaharuan atas name melayu...pegi la jahanam...jgn smpai jdk pengkhianat pd pejuang2 lebih dulu dari kalian...ingatlah..

lan said...

Hj Hadi wala' kat Cikgu Pa. Bukan Cikgu Pa wala pada Hj Hadi.

Cikgu Pa memang orang lama dalam politik. Orang PAS selama ini tersangat2 hormat dan kagum pada Cikgu PAS termasuklah orang2 seperti Mat Sabu, Subky Latif, Harun Taib dan lebih2 lagi tentulah Hj Hadi.

Cikgu Pa kononnya banyak pengalaman politik dan tersangat genius bacaan politik walaupun kadangkala bacaan politiknya jauh tersasar seperti Terengganu kalah bawahnya.

Oleh kerana kehebatan serta kebijaksanaan luar biasa beliau telah menambat hati Hj Hadi untuk berpaut pada Cikgu Pa terutama di awal penglibatan Hj Hadi dalam politik di zaman masih Hj Hadi berseluar dan berbaju batik. Cikgu Pa lah tempat rujukan Hj Hadi sejak dulu sampai sekarang dan sampai mati.

Cikgu Pa pula memerlukan Hj Hadi untuk survival politiknya. Nafsu politik Cikgu Pa tak pernah berkurang.

Hj Hadi tak pernah kena nasi kangkang beliau. Itu tak betul.

Adapun boneka2 UMNO seperti Nasha, Harun Taib adalah baka2 dan benih yang dibela oleh Cikgu Pa.

Anonymous said...

siasat..!!bongkar..!!korek...!!terjah..!!siapa sebenarnya cikgu Pa tu???..adakah dia boneka umno,kudis atau bisul yg melekat pada PAS.UTK MEYELAMATKAN PAS DAN PR kita harus terjah utk mencari kebenaran..kita tidak mahu mana mana individu meganggu gugat kerjasama PAS BERSAMA PR....kalau sayangkan PAS carilah kebenaran walaupun pahit utk ditelan..

Anonymous said...

TB,
Nak tambah sikit Anon 13.06.09 jam 2.39pm - Suhaimi Embong ni juga dikenali sebagai Us.Suhaimi AlManiri bekerja sebagai Pegurus Pemasaan(Marketing Manager)diakhbar HARAKAH - lantikan Mustafa Ali.Apa Suhaimi tau pasal "pemasaran"? Dimana dia belajar marketing? Tak mengapa Mustafa Ali boss HARAKAH.

Suhaimi ini juga jadi Ketua IT PAS Pusat.Apa kelulusan Suhaimi dibidang IT? Ramai lagi ahli-ahli PAS yang empunya kelulusan yang betul dibidang IT tapi mereka bukan kuncu Mustafa Ali dan Hadi Awang.

Manusia ini jugalah yang terlibat dengan blog pasbaru@yahoo.com.yang digunakan olih Nasaruddin Mat Isa menghentam Dato Husam Musa dan calun-calun dari Kelantan hingga ketahap memburaikan hal-hal peribadi orang.Jangan marahkan manusia ini - cari makan.

keraspedal said...

betul tu....pemimpin pas terengganu gagal menarik sokongan serta keyakinan rakyat terengganu kepada mereka.

mereka angkuh dengan kemenangan tahun 1999 sehingga lupa bahawa umNo ada plan A,plan B dan plan C untuk kelahkan mereka.

Anonymous said...

saudara TB, sudah-sudahlah. hormat skit pd presiden. sy sbg pgndi muda,bukan ahli pas pun,naik muak dgn serangan2 tak beradab mcm ni. maaf kalau sy silap, sy lihat kdg2 anda lebih umno drpd umno utk jatuhkan pemimpin pas dan pecah-belah jemaah.

Anonymous said...

Tuan Guru Ust Rahman, sila amati amanat di sini : http://nikhassanazmi.blogspot.com/2009/06/amanat-dato-tuan-ibrahim-naib-presiden.html

Alias Mohd Yusof said...

'Fatwa' Ustaz Hadi yang selalu dimainkan oleh UMNO di setiap kali menjelang pilihanraya itu nampaknya seperti telah disimpan dalam rak buat sementara waktu ini.

kia71 said...

salam.

TB,dn sahabat sekelian.

demi sygkn perjuangan,teruskn usaha anda.bongkar pengkhianatan yg boneka umno lakukan...

Anonymous said...

Bos, you said "Dan saya kesal kerana Presiden PAS masih tidak dapat membebaskan diri beliau dari cengkaman geng Terengganu yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan PAS di Terengganu 2004 ini."

You are wrong. BUkan Presiden tak dapat membebaskan diri. Tapi Presiden ialah kapten pasukan yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Terengganu. At least Pak Lah dikeluarkan apabila UMNO menang tak cukup besar. Presiden kita menang tanpa bertanding walaupun memimpin kekalahan di negeri dia sendiri!!!

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Salam. Untuk pengetahuan semua menang bukan matlamat utama. Keredhaan alah adalah matlat utama. Syahid itu yang kami kejar. Kalau sekadar kalah menang dalam pilihan raya, PAS dah biasa kalah dari dulu. Jadi ini perlara kekalahan PAS di Terengganu dalam pilihan raya 2004 bukan cara kita untuk menghentam pemimpim. Kerja menghentam pemimpin ini adalah kerja puak-puak syaitan. Menang bukan matlamat kita sebahgai pejuang. Kalau kita kalah dalam pilihan raya itu bermakna kita perlu muhsabah diri kita dan begitu juga kita menang ia mungkin ujian kepada kita. Kalau kata matlamat untuk menag baru itu pihak yang benar itu adalah salah. Pimpinan PAS dari dulu dah biasa kalah. Jadi hentikanlah fitnah yang sedang melanda ini. Kepada ahli PAS janganlah terpengaruh dengan artikel bodoh ini. Fikirlah dengan betul. Kekalahan di dunia adalah kemenangan kita di akhirat. Kemenangan kita di dunia juga merupakan kemenangan kita di akhirat. Inilah kemulian yang Allah bagi kepada pejuang-pejuang Islam. Sebagai pejuang kita tidak akan terpengaruh dengan jarum-jarum syaitan yang hendak memecah belahkan perpaduan antara ahli PAS. Kepada yang dah terpengaruh istigfarlah dan kembalilah bersama kita tumbangkan musuh Allah. Janganlah kita asyik nak mempertikaikan pimpinan yang telah terpilih. Kita ada kerja yang lebih besar dari membicarakan hal bodoh yang dibangkitkan oleh musuh dalam selimut ini.

Anony Mouse said...

Mohamad Shafri Shamsuddin,

Awak kena tanya juga kenapa TGNA begitu menentang Kjaang Ppaduang dan sudah beberapa kali menyindir Mustafa Ali. Ingat dulu MA buat statement menghentam Sept 16, TGNA pun dah tegur dia juga. Pendirian dan pandangan TGNA ni tak bernilai kah dalam penilaian awak?

MA memang menunjukkan sikap bertentangan dgn pemuafakatan PR.

Kalah menang memang bukan tujuan akhir kita, tapi Allah suruh kita berusaha dan melakukan dakwah. Tapi kalau jalannya dah nampak tak betul sebab pengemudinya tak betul, takke itu akan merosakkan perjuangan dan usaha dakwah itu sendiri. jangan kalah sebab kita buat kerja-kerja bodoh dalam PAS (guna istilah Nik Abduh)

Anonymous said...

all these while, bn's machineries have been portraying PAS as a party that cannot be trusted and it worked so much that non-malay voters are not willing to vote for PAS.

308, they were so fedup with the bn gomen that they couldn't care at all.

PAS thinks that they won handsomely because they are strong. WRONG.

Today, PAS has shown it self and proven itself that it cannot be trusted. These socalled fraksi UMNO has inflicted huge damage on PAS credibility and the voters who were willing or hesitant will not have no doubt at all NOT to vote for PAS in the next round.

BYE BYE PAS. You can go back to your cave dated Jurassic Age.

Anonymous said...

Jika berlaku Pilihan raya kecil di mana-mana tempat di Trengganu mulai hari ini,PAS akan kalah. Ya. PAS akan kalah. Kenapa hambo kto gitu, sebab orge ramai khususnya buke Islam sudah meluat dengan pemimpin PAS dari negeri itu. Mereka ini yang diketuai oleh Dato Hadi, Mustafa Ali. Mereka ini dari gulunbgan pembohong. PRK Manek Urai kalau buke di Kelante pasti kalah. Di Kelante orge masih sayang Tuan GURU NIK AZIZ dan atas dasar itu PAS akan menang. Hadi dan topa adalah pembelot.

Anonymous said...

Sorry to all PAS members, you all voted for the election losers and highly unpopular men (among the electorates) as Party President and Deputy. PAS is risking losing all the by-elections from now on because the people are so fed-up with Hadi's unity talk with UMNO. I feel cheated even if you don't.

Either the 2 stooges are very stupid or you guys are blind to lose the goodwilll given to PAS in GE12.

donplayplay

Penyokong-Kecewa said...

Kepimpinan PAS sekarang memang gagal memberikan dan memikirkan apakah yang terbaik dilakukan , bukan sahaja untuk kebaikan parti PAS+PR tetapi juga bagi tujuan menarik lebih ramai penyokong dan pengundi dlm pilihan raya kelak. Jika kebijaksanaan kepimpinan telah mula dipersoalkan maka ia merupakan tanda-tanda awal kegagalan kepimpinan itu. Inilah yg sedang diperhatikan oleh banyak pihak terhadap PAS selepas muktamar.

Adalah lebih bijak jika aktivist berani dan gigih spt Abg Mat dipilih menjadi SUA baru PAS berbanding dgn Tok Pa, dan ini dpt menarik dan melonjakkan lagi sokongan pengundi kpd PAS. Abg Mat ibarat seperti besi berani dan madu kpd PAS, kerana keistimewaan yg dimilikinya amat berbeza dari pimpinan PAS yg lain. Sudah pasti dia juga tidak dilihat memberi masalah kpd PAS, berbanding Tok Pa.


Ingatlah, dalam pilihan raya PAS tidak boleh nak bergantung kpd ahli sendiri sahaja utk menang, tapi pengundi yg bukan ahli partilah yg akan jadi penentu kpd kemenangan calon pilihan raya !!. Buatlah kajian dlm mana-mana pilihan raya, tak kira dikawasan kubu kuatpun kita masih memerlukan pengundi yg bukan ahli / atas pagar utk menang.

Dalam konteks ini, pelantikan Tok Pa sbg SUA baru PAS ternyatakan bukan boleh dikira menyumbang kpd lebih banyak "markah kemenangan" untuk PAS, tapi sebaliknya akibat rekod kepimpinannya yg tidak cemerlang dan cacat !!.

Sungguh hairan orang spt Tok Pa masih diberikan tempat dan dihargai 'kegagalannya' oleh pimpinan PAS, sedangkan masih ramai tenaga baru, muda & dinamik yg boleh diketengahkan untuk memacu PAS kehadapan telah gagal dimunafaatkan !!

Memang ada sesuatu yang tidak kena dikalangan pimpinan PAS terengganu ini yang memerlukan bedah siasat dilakukan oleh PAS dan seterusnya dibongkar kelemahannya, demi utk menyelamatkan PAS dan PR.

PAS Terengganu nampaknya akan dipersalahkan seluruh ahli sekali lagi, jika PAS tersungkur dlm PRU ke 13 nanti !!.

Akhir sekali, kawan mencadangkan agar pimpinan PAS mencadangkan agar PR melantik seorang SUA untuk memacu PR kehadapan dan PAS bolehlah mencadangkan Abg Mat dipilih bg tujuan tersebut. Insyakallah ini langkah ini akan membuatkan PR lebih digeruni oleh BN/UMNO khasnya !!!!

Salam perjuangan kpd semua penyokong PR.

p/s: Janganlah kita hanya mengutuk dan menuduh/mendakwa, tapi berikanlah juga idea untuk memajukan PR dan seterusnya membentuk sistem 2 parti yg 'viable ' untuk diwarisi generasi akan datang .

Anonymous said...

it is endgame for PAS. for the first time in history, a PAS candidate won in my constituency because voters were so damn fedup of bn gomen. 308 ge, i even went all out to convince my family members, neighbours, friends and everybody else to vote for PAS.

there and then, for the first time in my mother's life, she gave her vote to PAS! needless to say about the others as PAS candidate won.

next ge or byelection? I will be spitting at PAS! Traitors! Betrayals of the highest order!

PAS can go back to Jurassic Park. We, the voters will make sure that this happen!!!

I shall savour every loss that PAS suffer from now onwards and will throw celebration.

PAS will PUPUS!

Anonymous said...

shafri shamsuddin, kalau bukan kemenangan dlm PRU yg di kejar, buat pe time PRU, sibuk berebut seat?. Di setiap tempat di mana majoritinya melayu, PAS wajib bertanding.

Kalau kemenangan tak penting, maka jangan masuk PRU. Dok diam2 buat kerja dakwah.

Tulang Besi said...

Keredhaan alah adalah matlat utama. Syahid itu yang kami kejar. Kalau sekadar kalah menang dalam pilihan raya, PAS dah biasa kalah dari dulu. Jadi ini perlara kekalahan PAS di Terengganu dalam pilihan raya 2004 bukan cara kita untuk menghentam pemimpim..

Jadi, apa untungnya kepada Islam bila kita kalah?

Kalau nak bagi PAS kalah, baik masuk UMNO je.

Inilah dia loggik sesetengah orang orotodoks dalam PAS.

Mereka ini menguntungkan UMNO. LEbih baiklah kamu masuk UMNO

IbnuQalil said...

Salam, Pakcik Man Talib kena ingat, Umno menang besar tahun 2004. PAS kalah di Ganu, tak hairanlah PAS menang di Kelantan sbb dh byk tahun memerintah. Rakyat dpt lihat perubahan. Ini sepenggal, mane dpt lihat perubahan. Yang berpenggal2 kt Kelantan pun bentuk kerjaan majoriti mudah. Itu pun Pakcik susah nk paham. Nak kata bengap, marahlah. Sori kasau.

IbnuQalil said...

Seorang sahabat pernah tanya Saidina Ali ra, "Kenapa zaman Abu Bakar, Umar dan Uthman, Islam hebat tapi zaman kau Islam kurang hebat?"

Jawab Saidina Ali ra, "Waktu zaman Abu Bakar ra, orang-orang macam aku, Umar dan Uthman pengikutnya tetapi pada zaman aku, orang-orang macam kau pengikutnya"

Mudah jer kan. Hebatnya Islam bukan bergantung kepada kepimpinan semata-mata tetapi juga kehebtan jundi dan tenterana.

Kenapa Sultan Muhammad al Fatih dpt buka Kota Konstantinople dgn izin Allah? Sbb beliau adalah sebaik2 pemimpin dan tenteranya adalah sebaik2 tentera. Ini sabit dgn hadith Rasulullah SAW.

Nah, ana rasa pemimpin PAS dah ok. Yang menghancurkan PAS adalah tenteranya yg tidak ikhlas dan juga yang mengaku tentera PAS padahal asyik baling batu sembunyi tangan. Maaf ye Pakcik, sekadar berkongsi ilmu.

Tulang Besi said...

Anonymous IbnuQalil said...

Salam, Pakcik Man Talib kena ingat, Umno menang besar tahun 2004. PAS kalah di Ganu, tak hairanlah PAS menang di Kelantan sbb dh byk tahun memerintah. Rakyat dpt lihat perubahan. Ini sepenggal, mane dpt lihat perubahan. Yang berpenggal2 kt Kelantan pun bentuk kerjaan majoriti mudah. Itu pun Pakcik susah nk paham. Nak kata bengap, marahlah. Sori kasau.
.

Kelate sumber sikit, rakyat lagi ramai dari terengganu.

Dan, kelate takda rekod pemerintahan yang baik mcm Ganu.

Sebenarnya peluang untuk menang di 'Ganu lebih besar dari Kelate.

Tapi kelate masih menang dan 'ganu kalah sampai tersunggkur.

Lepas tu, 2004 kalah lagi.

Tulang Besi said...

Mudah jer kan. Hebatnya Islam bukan bergantung kepada kepimpinan semata-mata tetapi juga kehebtan jundi dan tenterana.

Kenapa Sultan Muhammad al Fatih dpt buka Kota Konstantinople dgn izin Allah? Sbb beliau adalah sebaik2 pemimpin dan tenteranya adalah sebaik2 tentera. Ini sabit dgn hadith Rasulullah SAW.

Nah, ana rasa pemimpin PAS dah ok. Yang menghancurkan PAS adalah tenteranya yg tidak ikhlas dan juga yang mengaku tentera PAS padahal asyik baling batu sembunyi tangan. Maaf ye Pakcik, sekadar berkongsi ilmu.
.

Ana rasa kepimpinan tak OK. Kalau Ok kenapa Terengganu kita kalah terus?

IbnuQalil said...

Ana rasa kepimpinan ok tp org bahawan x ok. Ana pernah bantu Terengganu. Ana tau ape kelemahan di Ganu. Kesimpulan yang ana boleh buat, orang bawahan bermasalah dlm buat kerja. Itu dulu. Skrg wallahua'lam. Ana rasa ok dah kot. Cuma Pakcik Man Talib jer x ok2.

IbnuQalil said...

Kelate sumber sikit, rakyat lagi ramai dari terengganu.

Dan, kelate takda rekod pemerintahan yang baik mcm Ganu.

Sebenarnya peluang untuk menang di 'Ganu lebih besar dari Kelate.

Tapi kelate masih menang dan 'ganu kalah sampai tersunggkur.

Lepas tu, 2004 kalah lagi.

ape ni? x paham langsung. berbelit2 dan tidak berfakta. Pakcik x yah pusing2

Anonymous said...

Dulu aku terbayang-bayang, kalau Anwar tak ada PAS le yang akan memimpin PR. Tapi sekarang hampeh, sapa lagi nak percaya.

Tulang Besi said...

IbnuQalil said...
Ana rasa kepimpinan ok tp org bahawan x ok. Ana pernah bantu Terengganu. Ana tau ape kelemahan di Ganu. Kesimpulan yang ana boleh buat, orang bawahan bermasalah dlm buat kerja. Itu dulu. Skrg wallahua'lam. Ana rasa ok dah kot. Cuma Pakcik Man Talib jer x ok2.
.

Saya pun pernah bantu Terengganu. Orang Terengganu dah meluat tengok muka Mustafa Ali dgn Harun Taib.

Tapi bila election, muka diorang ada lagi. Jadi, mcmna nak menang?

Semua buat benda untuk kepentingan politik pribadi bukan untuk parti.

Sebab tu takda kemenangan dari Allah SWT.

Itulah kesahnya wahai anak si sikit

Anonymous said...

Anonymous IbnuQalil said...

Ana rasa kepimpinan ok tp org bahawan x ok. Ana pernah bantu Terengganu. Ana tau ape kelemahan di Ganu. Kesimpulan yang ana boleh buat, orang bawahan bermasalah dlm buat kerja. Itu dulu. Skrg wallahua'lam. Ana rasa ok dah kot. Cuma Pakcik Man Talib jer x ok2.

June 15, 2009 4:01 PM
--------------------------------------------------------------------------
lu buduuhh la qalil,

hang takyah nilai orang Tganu la takat pegi seminggu dua kat sana.. hang menulung menjatuhkan Tganu yek??

sbb orang ganu pandai dan waras la dia orang tak wala' pemimpin kou..

kalou aku yg tganu tak gila babai wala', apa hal yg kau dok gila babai wala' ni..

tak payah merapu la kou kenal orang ganu.. yg kau kenal tu semua geng wala' laa...

Tulang Besi said...

Kalau PAS nak menang 'ganu, kena buang Tuan Guru, Pa Ali, Harung Taib, Bakar Chik.

Pah tu kena naikkan samada Ustaz Wang Hassang Dungun atau Syed Azmang atau Nik Zawawi sbg PJ.

Ni PAH ganu, pegi recycle suratkabar lama yang org ganu dah tolok.

Alur Limbat tu yang buat PAS kalah sebab org Pah dok undi pa ali.

Tulang Besi said...

Oghang biase di Ganu ni dah kenal sape Cikgu Pa, sapa harung Taib dsbnya.

Mereka tahu yang Tuan Guru ni dok buleh buat keputusang sendiri tanpa rujuk dua ekor ni.

Jadi, dgn cara mcm tu, Tuan Guru pun diorang tolok.

Tak mcm kelate. Stkt ni semua oghang kelate junjung Tok guru termasuk org UMNO.

Tok Guru bertanding mana pun dlm kelate, inshaalah menang.

Tapi TGHH kalau keluar Marang, belum tentu menang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.