Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 3, 2009

MSO Bukan Ahli PAS. Kenapa Nak Menyebuk Pasal Hal Dalaman PAS?


Benar saudara/ri sekelian. MSO ni bukan ahli PAS pun. Tapi dia berlagak macam dia ni dah masuk PAS sejak zaman Dato’ Asri lagi.


a. Sebab tu dia bebas bekerjasama dengan Dato’2 UMNO seperti Dato Amin yang merupakan orang kuat Khir Toyo.
b. Demi menyelamatkan rakan bisness beliau yang kuat UMNO ini, maka Husam Musa telah difitnah sedemikian rupa.
c. Norzula Mat Diah di dalam membuat tuduhan kepada Husam Musa telah menggunakan bahan yang didedahkan oleh MSO, seorang yang bukan ahli PAS. Ertinya besarnya jasa MSO kepada UMNO Kelantan.
d. Malangnya, Norzula terpaksa mengaku kalah kerana kalau tidak beliau akan disaman dengan saman yang berjumlah RM 6 juta.
e. MSO ini seperti melukut di tepi gantang. Menyebuk dalam hal rumah tangga PAS sehingga sanggup mengeluarkan fitnah dan penipuan terhadap Husam Musa.
f. Bukan Dato Amin sahaja rakan sebantal dari UMNO MSO. Kita ada Dato Zahid Hamidi, Norzula Mat Diah, Mahathir Mat Khir dsbnya.
g. Zahid Hamidi membayar
h. Ibrahim Ali adalah projek beliau sehingga Ibrahim boleh bertanding atas tiket bulan di Pasir Mas. Akhirnya, Ibrahim Ali belot pada PAS.
i. Imej beliau sebagai penulis upahan ini telah maklum dengan ramai pimpinan PAS.
j. Masaalah Husam ialah Husam tidak mahu membayar MSO untuk menulis bagi pihak Husam Musa.

Bahana fitnah MSO ini dapat dibaca dibawah:

Haji Husam mendiamkan diri. Tuan Guru Nik Aziz pula memberi arahan supaya semua akses kepada dokumen Kerajaan Negeri di beri 24 jam sehari kepada BPR. Ahli-ahli politik dan pemimpin PAS semuanya bersetuju memberi kerjasama penuh. Syarikat-syarikat yang mendapat tender, kontrak dan permit balak juga diharapkan dapat berbuat perkara yang sama.

Pejabat mereka yang baik dan rapat dengan Haji Husam diselongkar. Dokumen-dokumen berkaitan dengan Haji Husam dalam apa bentuk sekalipun diimbas dengan amat berhati-hati. Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Air Kelantan juga tidak terkecuali.

Akhirnya, BPR menemui dari rekod Air Kelantan bahawa Haji Husam telah didapati belum melunaskan tunggakan bil air sejumlah lebih kurang RM200.00. Kakitangan terbabit ditekan dan disoal siasat bagi mewujudkan kes salah guna kuasa terhadap Haji Husam. Setelah tuduhan yang besar-besar didapati fitnah semata-mata, maka usaha diambil untuk mendakwa Haji Husam kerana terlewat melunaskan tunggakan bil air sebanyak lebih kurang RM200.00.

Husam dalam satu temubual media, menceritakan bagaimana dia menitiskan airmata bila melihat keadaan rumahnya dengan dokumen-dokumennya berselerak diselongkar semata-mata kerana terlewat membayar tunggakan bil air.


Hakikat sebenar adalah agenda MSO ni hanyalah memecahbelahkan PAS bagi tujuan pribadi. Beliau akan menulis dan menebar fitnah sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO.

Beliau bertindak dan beroperasi sebagaimana yang dikehendaki oleh UMNO. Dan, oleh kerana sekarang ini UMNO amat takut dengan Husam Musa menjabat jawatan Timbalan Presiden, maka beliau pun berkokoklah untuk menjatuhkan Husam Musa.

Esok kalau UMNO tak suka Tuan Guru Haji Hadi, beliau akan cari jalan menjatuhkan Tuan Guru pula. Tengoklah sapa yang boleh bayar lebih dia akan tulis.

Soal sekarang, apabila terdedah sikap dan peranan sebenar MSO, adakah Mustafa Ali akan mengekalkan beliau sebagai editor akhbar Siasah. Akhbar Siasah adalah organ PAS yang kedua selepas Harakah.

Ertinya, Mustafa Ali mesti mengambil tindakan ke atas editor organ PAS yang berkecimpung dalam kegiatan memfitnah dan menista pimpinan PAS seperti MSO.

Dan dalam kes fitnah Norzula Mat Diah, jelas MSO bukan sahaja memburukkan Husam tetapi telah memburukkan Kerajaan NEgeri Kelantan, MB Kelantan dan PAS sendiri.

BELIAU WAJIB DIPECAT DARI SIASAH.

9 comments:

Anoinimuz said...

MSO nie mmg si tua gampang...dari dulu lagi duk fitnah ulama PAS...ingat lagi tulisan die kutuk TGNA ..dlm tulisan2 dulu...

Md Nor Pasir Mas said...

Adusss...kalau benarlah apa yang dikata, PAS mesti berindak segera. Boikot aje si MSO ni.... kasi ajar sama dia

Anonymous said...

dasar perempuan sundal!

Kehulu kehilir cari pelanggan..

You are fired!...Ptui!

Anonymous said...

MSO penulis buku politik. Cari makan dengan berita politik. So fahamj ajelah.

sman said...

Saya kurang membaca tulisan MSO sekarang kerana mendpati isinya kurang bernas,dan apa yg di tulisnya selalu meleset,ada juga kelihatan tulisanya yg kelihatan seperti 'ada udang di sebalik batu'.Dulu ada juga membeli satu dua bukunya,sekarang malas dah nak buang duit,blog nya pun dah tak ada dalam senarai 'my favorites'.

maun said...

apa punya turr..tunggakan bil air RM200.00 pun nak selongkar satu rumah..vote for Husam, benamkan UMNgok. UMNgok ni dengan pemimpin hati kering je dia kepanasan.

Anonymous said...

Orang macam MSO memang wujud di merata-rata tempat, dalam society, association, resident association, civil society, local council, parti politic. Empty vessels yang kuat megarut untuk kepentingan peribadi dan menepikan kepentingan bersama.

Soalannya mengapalah kita semua membazir masa membaca fitnah dan cerita karut orang ni? Sepatutnya kita biarkan orang macam ni berdiri di korner dia sendiri, macam budak sekolah nakal yang disuruh berdiri sorang-sotang!! hahaha!!!

donplayplay

Anonymous said...

MSO patut tepon Khir toyo..bukan syarikat paper sendiri..memang pinag dibelah sepuluh

Anonymous said...

hahahahaha ,,, penjilat MSO kini sudah tarik berek tangan kah kah kah.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.