Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 3, 2009

Mustafa Ali Masih Bela MSO - Si Pemfitnah Pimpinan PAS?

Peristiwa memfitnah Husam oleh Norzula Mat Diah sepatutnya memaksa Mustafa Ali, Pengerusi Lembaga Pengarah Harakah, untuk memecat Mohd Suyuti Omar dari memegang jawatan Editor di Siasah.

Mana boleh Mustafa Ali membiarkan seorang pemfitnah seperti Suyuti terus duduk makan gaji dengan PAS dan terus memfitnah pimpinan PAS seperti yang berlaku sepanjang dua-tiga tahu kebelakangan ini?

Nampak bodoh sangat PAS ni apabila PAS terus memberi gaji kepada seseorang yang kemudiannya seseorang itu berterusan memfitnah serta memburukkan kerajaan PAS, MB PAS, Mursyidul AM PAS dan kepimpinan2 PAS.

Soalnya sekarang, apa muslihat Mustafa Ali untuk terus mengekalkan si pemfitnah seperti Mohd Sayuti Omar ini? MSO ini bukan ahli PAS pun dan tidak berguna untuk PAS walau sedikit?

Adakah kerana Mustafa Ali mahu bantuan MSO untuk menjatuhkan geng yang tidak setuju PAS dibawa pada UMNO? Tidak hairan apabila kedua-dua Mustafa Ali dan MSO adalah penyokong kuat usaha membawa PAS kepada UMNO dan BN.

Kalau Mustafa Ali membayar gaji MSO ini dengan duitnya sendiri, saya tak marah. Tapi skrg ini MSO dibayar gaji dengan wang milik ahli PAS dan beliau melakukan kerja yang menguntungkan UMNO dan BN.

Itu kita tak soal lagi hubungan Sayuti dengan orang2 UMNO yang lain untuk mencari rezeki.

Saya dah lama dengar cerita bahwa MSO ini adalah kuda tunggangan Mustafa Ali. Nah, sekarang ini sudah terbukti. Kalau MSO bukan kuda tunggangan Mustafa Ali, dah lama MSO kena tendang keluar dari Siasah. Namun, sehingga hari ini, MSO masih lagi menjadi Editor Siasah.


37 comments:

Anonymous said...

xpasal2 cikgu pa kene serang oleh TB.TB dah mula menyerang membuta tuli semata2 mau husam musa menang calon timbalan presiden.semua orang yang nampak menyekat husam musa supaya menang,itulah sasarannya.padahal xde bukti pun cikgu pas yang salah.buruk sungguh perangai ko TB.sahla ko ni memang rosak akhlak.budak2 kalo dah rosak akhlak sepatutnya kene hantar ke sekolah henry gurney.tune dulu sebelum dibebaskan.

Anonymous said...

yg rosak ialah golongan pro muqabalah, teruskan TB, ramai ahli PAS menyokong anda.

Hancurkan saki baki species nasionalis dalam PAS.

Anonymous said...

golongan erdogen akan kecundang dalam muktamar nanti.hampeh2 akan dikelompokkan dan seterusnya akan dimusnahkan oleh ahli pas.

selamat tinggal erdogen...ta ta..

Anonymous said...

kepimpinan ulamak sudah tidak relevan lagi dalam pas. pas bukan lagi pejuang islam tapi pas adalah pejuang demokrasi ciptaan yahudi. pas bukan lagi penegak ketuanan islam tapi pas penegak ketuanan rakyat.

Anonymous said...

MSO adalah salah seorang mahaguru yang menurut cerita belajar agama di dalam hutan dan semak sekitar Kemensah. Ada sesiapa bekas muridnya, sila tolong sahkan.

ikan said...

Kepada ahli-ahli PAS yang masih percaya kepada orang seperti Mustafa Ali ni dan kuncu-kuncu nya dalam PAS Terengganu, sila fikir sejenak apa kah sebabnya Allah swt hanya memberi kemenangan kepada PAS Terengganu untuk satu penggal sahaja.
Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang tersirat dalam hati maanusia.

maun said...

Untuk PAS pergi jauh, perlu pemimpin yang ada wawasan dan kekuatan berjuang untuk berdepan dengan UBN.Husam memenuhi kriteria ini. Nash ok cuma beliau tidak ada daya kepimpinan untuk membawa wadah perjuangan parti ke level yang lebih cemerlang.Gandingan Husam, Nizar, Mujahid, Mahfuz, Salahuddin gabungan mantop untuk memperluaskan pengaruh PAS dalam menuju PRU13.

Anonymous said...

Syabas TB kerana menulis kebenaran.

Hamba tak tau la kalau PAS mahu lagi simpan perempuan sundal macam MSO..

Lebih teruk lagi kalau IBU AYAM/Ketua TROJAN UMNO, Mustapha Ali masih lagi dok dalam pimpinan PAS!

Jawabnya..caca-marba PAS akan terus berlarutan.. Lain-lain negeri boleh menang tapi rakyat akan tolak lagi PAS di Trengganu! Ape bende!

kembara putih said...

Saya setuju dengan sdr Maun. Nasharuddin perform teruk, takde idea bernas dan wawasan, kena banyak belajar lagi sebelum jawat jawatan tinggi. Kenapa kita kesampingkan pemimpin yang bagus2 semata2 mereka bukan golongan ulama'? Kalau dia ulama' pun tapi prestasi teruk, apa guna kepada parti. Kita nak maju ke depan, bukan nak dok statik. Hina sangatkah golongan profesional? Langsung tak layak memimpinkah?

Anonymous said...

nasharudin masih mengikuti landasan islam sebenar walau apapun pencinta erdogen nak kata.bila dibandingkan dengan husam musa,aku tengok budaya asing telah meresap dengan begitu pantas sekali.husam musa penentang kepimpinan ulama sebenarnya.dia punya bos ialah anuar.ahli pas tidak seharusnya memilih beliau dari bertapak kukuh dalam pas.nanti muktamar,kojol la.anuar menghantar kuncu2nya seperti husam,kalidsamad,kamarudin etc bukan untuk apa.tapi untuk tunggang pas supaya memenuhi cita2.masa tu,melompong la matlamat kat mana,landasan islam kat mana.perjuangan pas akan menyimpang.pas akan sama dengan parti lain.tarbiyah lempar dalam longkangla pasni.benih rasuah telah ditabur oleh husam khasnya dalam pemilihan ni.penyakit dunia ni akan melarat lagi dalam pas sekiranya erdogen yang diketuai oleh husam tidak disekat.perancangan untuk menjatuhkan presiden buat masa ini masih tidak berjaya.malah ahli pas yang masih lagi menyokong supaya matlamat asal perjuangan pas diteruskan.oleh itu ulama2 masih lagi mendapat tempat dalam jawatan penting khasnya dikalangan dewan pemuda dan dewan ulama.untuk menyekat kemaraan erdogen ini,ahli pas telahpun menyelesaikan separuh tugasnya iaitu erdogen telah dikepong atas dan bawah,kiri kanan belakang depan.tinggal lagi jwtn tmbln lagi belum sempurna.ini signal yang baik untuk masadepan pas.aku pasti erdogen and the special gang akan tertiarap dalam percaturan ini.

-ahmad-

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

nasharudin masih mengikuti landasan islam sebenar walau apapun pencinta erdogen nak kata.
.

Menipu pada AJK PAS Pusat tu ikut landasan Islam ke?

Anonymous said...

Atau dikenali sebagai "JUDAS PRIEST"

Anonymous said...

BILA MASA PLAK UST NASA MENIPU?KEJE DIA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MASA DEPAN PAS BERJAYA.

KALO HUSAM,UMUM DAH TAU DIA BELANJA MAKAN PERWAKILAN UNTUK DAPAT UNDI.RASUAH KE SOGOKAN NAMANYA TU TB?

nizamtoha said...

semalam ada org kata Calon Timb Presiden buat pertemuan dengan beberapa kawasan..iye ke?

nak perkenal diri macam UMNO juga ke?

Ahli pas ni dah bangang sangat ke sampai tak kenal mana pimpinan depa?

All OUT nampak calon tim pres tu...aku harap menanglah.Klu tak menang mana TB nak taruk muka..

Anonymous said...

it is so obvious that UMNO are scared to shit that Husam Musa will win. For the 1st time in History, they are interested in the Pas party election and even provide free coverage for their prefered candidate.
To all PAS delegate, PAS is no more a parti kampung today. Today PAS is for all (Malaysian). So, please,stand up and be your own man.
You can replace UMNO as the rep for all malay, and not playing supporting role for UMNO.

Orang Baru said...

Kasihan Nizam Toha,

Termakan dengan fitnah MSO. Kalo nak baca blog biar cerdik bro. Ko dah terpengaruh dengan sms yang konon2 MSO dapat dalam blog dia kan.

Ko buka blog yang ada kaitan pasal program yang Husam dikatakan berkempen tu. Ko carikla. pemuda bukit katil ke, apa ke. PAstu ko tengok tentatif program tu sempena apa. Adakah betul untuk kempen Husam.

Dari situ ko akan tahu kebenaran.

P/s: Dengan berdiam diri kadang2 kita akan dilihat lebih cerdik.

Anonymous said...

Nak tau PAS Terengganu sama ke tak macam PAS Kelantan atau PAS Perak..tunggu ja PRU 13..kalu semua negeri lain PR menang tapi Terengganu kalah jugakk..ambo tak tau nak royak gapo dah!!

Anonymous said...

Tula aku pun pelik PAS Terengganu..negeri2 lain yg x disangka boleh menang waktu PRU 12..PAS boleh menang..siap bole jadi MB Perak lg..ni Terengganu yg bunyi berguruh PAS akan rampas balik..boleh kalah??Heran..herann..

maun said...

Aku heran kenapa TGNA tak berfikiran jumud tapi ada setengah pendokong PAS berfikiran jumud lumut. Tak nampak pun Husam, Nizar, Khalid tu buat kerja tak tentu arah. Silap sana sini biasa la. Yang penting pemimpin yang ada wawasan membawa rakyat dan negara kearah berkebajikan, telus, adil secara praktikal dan uslub dakwah yang berkesan.

Anonymous said...

<>Nak tau PAS Terengganu sama ke tak macam PAS Kelantan atau PAS Perak..tunggu ja PRU 13..kalu semua negeri lain PR menang tapi Terengganu kalah jugakk..ambo tak tau nak royak gapo dah!!


<>

dok payoh royak2 gapolah.mung gi jago negeri mung tu.jange wi terlepah ko huse muso tuh.

Anonymous said...

Harap perwakilan PAS jangan pilih ulama fulus wa "fee" sabilillah.

Nunca Caminaras Solo said...

Jgn la taksub sgt dgn pemimpin.. Puak2 Ganu dalam PAS hakikatnya telah gagal.. Mereka sudah diberi kepercayaan oleh rakyat Ganu dalam PRU 10 dulu, tapi mereka gagal.. Xyah nak pakai modal 'duit royalti'.. PAS Kelantan lagi miskin.. Dari 1990 lagi dinafikan hak mereka..

Geng2 status quo nie sama jek.. UMNO, PAS, DAP.. Pemikiran mereka masih assobiyah deep down.. PKR masih xde status quo sbb baru lagi n xde sapa boleh lawan DSAI.. Semua kena ubah..

PR jgn ingat mereka berjaya sebab mereka kuat.. Rakyat sebenarnya nak 2 sistem politik.. Boleh tukar2.. Period..

Anonymous said...

Elok PAS Terengganu tubuh parti lain sebab mereka ni pelik sikit berbanding dengan negeri-negeri lain .....

Anonymous said...

Kepimpinan ulama tak tergugat sekiranya Ustaz Nasha xjadi TP.. PAS bukan macam UMNO, di mana Presiden ada kuasa mutlak..

Dalam PAS, Presiden masih perlu kena rujuk kepada Majlis Syura.. Majlis Syura nie yang akan menentukan keputusan Presiden boleh digunapakai atau tidak..

Anonymous said...

TB tolong semak sebelum nak mengamuk kepada MSO. Permit siasah tu dia yang punya. Buat gelak saja kalau nak buang dia.
Biarkan MSO dengan caranya. Bukan makna saya sokong dia. Cara dia tu memang tak betul dan kalau ada kekuatan hujah balik apa yang dia tulis. Cuma kita tak terlawanlah kalau dia tulis banyak hal-hal peribadi semasa dia baik dengan Husam dulu. Niatnya memang kita tahu bila dah seran Husam masa muktamar dan Husam pula bertanding

Anonymous said...

TB tolong semak sebelum nak mengamuk kepada MSO. Permit siasah tu dia yang punya. Buat gelak saja kalau nak buang dia.
Biarkan MSO dengan caranya. Bukan makna saya sokong dia. Cara dia tu memang tak betul dan kalau ada kekuatan hujah balik apa yang dia tulis. Cuma kita tak terlawanlah kalau dia tulis banyak hal-hal peribadi semasa dia baik dengan Husam dulu. Niatnya memang kita tahu bila dah seran Husam masa muktamar dan Husam pula bertanding

Anonymous said...

anti erdogan

Yg kutuk2 pas t'ganu tu jgn lebih2..

Nizar engineer tu 11 bulan kena tarik balik jawatan MB.Jadi jgn ingat korang semua tu bagus sgt.

PAS K'tan hidup bukan krn Husam, tp krn Tuan Guru Nik Aziz.

Klu Husam bagus sgt,dah lama Tuan Guru beri kat Husam,tapi Tuan Guru terpaksa pegang sebab kalau Tuang Guru berundur, UMNO ada peluang.

Anonymous said...

permit milik dia tak semesti mesti mso yg jadi editor. pokoknya adakah pas hendak terus membela org yg kuat memfitnah pimpinan PAS

Nunca Caminaras Solo said...

Kritikan untuk PAS Ganu untuk kearah kebaikan.. Cuma tukar yang mana patut.. Bagi muka-muka baru sikit.. Bukan xde pelapis dalam PAS Ganu.. ADUN Batu Burok ada, MP Kuala Terengganu ada, ADUN Ladang ada.. Beri peluang kepada mereka.. Dok recycle pemimpin sama je cam UMNO..

TGHA perlu mendapat idea baru pemimpin Ganu.. Nie dok dapat idea sama ja sbb dikelilingi oleh orang sama.. Yang paling menyedihkan idea recycle tu sama je mcm perjuangan UMNO.. Assobiyah..

Si Engineer tu pegang 11 bulan, sbb UMNO buat onar.. Tapi berjaya gak Perak yang tidak diharapkan pun dapat ditawan menyertai Tsunami 8 Mac.. Sekiranya PAS Ganu betul mantap, PRU12 hari 2 Ganu patut join the tsunami..

Ini post-mortem paling simple.. Budak grad sekolah menengah pun boleh nampak.. Tapi sbb post-mortem dibuat untuk menyenangkan hati sendiri, UMNO-style.. Sapu bawah carpet, hiding the truth.. Bukan menipu.. Hiding the truth jek.. Paling sedih, post-mortem dibuat utk menipu diri sendiri..

Ini utk kebaikan jemaah.. Kami nie PAS menang ke kalah, gaji cam 2 gak.. Tapi kami nak melihat Islam tertegak di bumi Malaysia dalam hayat kami.. Insya'allah..

Anonymous said...

Apa ni bro. Lu ni kalam kabut la. Memang la lu ni suka berkawan dengan dengan orang yang suka membuat fitnah. Apa ni. Lu percaya ker dengan apa yang nozula kata. Kata jang percaya orang Umno. Ni lu percaya la pulak. Lu memang jahat la. Rasa nya lu yang suka buat fitnah. Lu dengan kickdefella sama jer. Lu tau tak yang dia tu orang Umno? Lu tau tak Hussam jaga dia untuk apa? Agaknya Lu pun Orang Umno. Tu sebab selalu nak bikin kecoh. Tapi wa rasa Nozula tak kata apa2 pun. Luorang jer yang suka buat fitnah> lu lah Perosak Dalam PAS. Naper Lu kempen kuat? Dah tau Hussam akan kalah ker? hello bro? Orang Pas bukan bodoh macam lu pikir la.

Anonymous said...

Hei bro, camne nak pecat MSO dari editor siasah? Akhbar Siasah tu MSO punya, lesen dialah bro. Siasah pulak kena bayar kat MSO. He he he

Anonymous said...

bro, duit siasah tu semua duit pas. hang tau?

Anonymous said...

hahha masih ramai org PAS bodoh dan bangang, mcm2 duk kata ke geng erdogan, wei kalau dah uztas tp penipu cam NAsa buat apa jadah lagi wei, ngaku diri pemimpin tp penipu, tup tap pok loh buka citer, dia adjus lagi citer dia, buat yang bangang dalam PAS, jangan harap PAS menang mcm PRU12 sekiranya PAS bersendirian, jangan samapai orang benci ngan pAS, dan samakan PAS=UMNO, jgn taksub bodo ngat gok

Anonymous said...

Salam Ikhwah semua, saya ingin membetulkan fakta dan bukan nak menyokong mana2 pihak tapi apabila fitnah yg ditabur x diselidiki dgn sepenuhnya maka kita sbgai ahli PAS sama lah standard kita dgn puak-puak UMNO. Baru2 ini ada, dlm sebuah blog mengatakan si Husam belanja makan perwakilan di Batu Gajah, Perak kerana berkempen, saya dari Batu Gajah dan ada disitu pada malam tersebut dan saya sendiri sedih dgn apa yg ditulis didlm blog tersebut.Apa yg ditulis semuanya adalah satu pembohongan dan fitnah yang terang-terangan direka dan dicipta utk menjatuh dan mengaibkan seseorang. Macamana org macam ini boleh ada dlm PAS, saya sendiri pun masih tertanya2 dan minta jemaah PAS yg suka dgn mendengar khabar angin @ fitnah ini, tlg muhasanah diri tanya semula iman kenapa duduk dlm jemaah PAS @ ISLAM..Cerita dan fitnah macam ini lain kali kita sbgai ahli jemaah parti ISLAM yang menolak perkara-perkara yang tidak baik iaitu perkara-perkara yang cuba utk memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan org selaras sgn perjuangan kita yg ingin menegakkan hukum Islam sepatutnya paling kurang mencari dan mendapatkan kesahihan cerita tersebut sebelum tulis dan sebarkan fitnah dan cerita itu kpd jemaah lain..sedarkah kita DOSA yang kita bawa dgn memfitnah orang lain yang tidak berdosa, atau ahli dlm jemaah kita dah tak takut dan tahu apa itu DOSA..nauzubillah

Rafden said...

kpd Anonymous [June 6, 2009 11:36 AM]
---

sy bc post tuan (ingin membetulkan fakta)
tp sy x dapat jmpe apa fakta y dibetulkan..

y ada, saudara kata berita husam blanja makan perwakilan tu fitnah.

so apa sebenarnye y berlaku. kisah sebenar..

saudara kene ceritakan..

dlm posting komen saudara menafikan n ckp tu fitnah. tp saudara x clearkan kisah sebenar. so leh x cerita??

Anonymous said...

assalamualaikum kepada semua.Setelah membaca semua komen yang tertera, saya tidak nampak langsung sikap dan peribadi serta akhlak islam yang dianjurkan oeh Nabi Muhammad S.A.W. Kita sesama islam sepatutnya mempunyai adab dan tatasusila yang mencerminkan ketinggian Islam dalam melakukan aktiviti seperti berhujah dan berbincang mengenai apa sahaja.Kita orang islam wajib untuk berkata dan bertutur dengan cara yang baik.Tidak perlu untuk memaki hamun dan merendahkan orang lain atas alasan apa pun jua. Ingatlah kepada ALLAH yang sentiasa memerhatikan kita.Manusia ini tidak sempurna samada yang dikata atau yang mengata.Jgn tambah dosa kelak menyesal.TIDAK ADA KONSEP MATLAMAT MENGHALALKAN CARA.WALAUPUN YANG DIBINCANGKAN ADALAH PERKARA BAIK(UTK ISLAM) TAPI KALAU DGN CARA DOSA TETAP DOSA.Tolonglah berhujah dengan akhlak yang dianjurkan islam.bahasa kotor adalah bahasa syaitan.Sekian Terima Kasih.ALLAH HU AKBAR,

Anonymous said...

Salam Ikhwah semua,
Ya, Dato Husam ada hadir pada malam itu. Pada saya, siapa yang hadir samada Ust Nasaruddin mahupun Mat Sabu akan dilayan dan diraikan apatah lagi mereka semua adalah pemimpin tertinggi dan orang-orang kuat PAS Pusat. Abg Mat telah beberapa kali dijemput utk mengadakan ceramah di Batu Gajah dan beliau diraikan kerana itulah sokongan dan kerjasama dakwah didalam jemaah kita.
Malam itu tidak ada secawan teh atau sepinggan nasi pun disediakan kpd perwakilan atau disediakan kpd Dato Husam. Saya hairan kerana belum pun apa-apa aktiviti dijalankan pada malam itu, penulis blog tersebut telah menghantar dan meyebarkan fitnah didalam blognya dengan menulis bahawa Dato' Husam telah mengada dan menyediakan jamuan makan malam kepada semua perwakilan yang hadir kerana ingin meraih undi bagi menyokong beliau merebut jawatan Timbalan Presiden Pas.
Pihak AJK hanya menyediakan air mineral sekadar membasah tekak untuk Dato Husam. Sesi ta'aruf dan penerangan berkenaan hala tuju Pas kepada perwakilan telah diadakan dengan baik dan lancar. Alhamdulillah semuanya ok dan tiada masalah. Kepada orang-orang yang mengaku kononnya memperjuangkan agama dan parti, saya minta tolong semak semula pendirian dan matlamat anda kenapa duduk dan sokong jemaah Islam dan Parti yang kita sayangi, kalau ada biarpun sebesar huma sifat hasad dengki dan fitnah memfitnah dalam diri, sewajarnya kita kembali utk bertanya apakah yang kita dapat dengan mengatur, menulis, menyebar dan melaga-lagakan pemimpin, pengikut dan ahli Pas? Semoga Allah melaknatkan orang yang berfikir dan melakukan perbuatan itu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.