Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Saturday, June 20, 2009

PAS Sudah Berdakwah kepada “Firaun” Selama 50 Tahun

Ketua Pemuda PAS telah memberikan satu temuramah yang begitu baik kepada MAlaysiakini, tempohari.

Cumanya, saya ingin memberi maklumat tambahan kepada beberapa jawapan beliau yang perlu difahami oleh masyrakat ramai terutamanya ahli-ahli PAS.

Beliau dilaporkan berkata:

Soalan:Dengan gambaran negatif yang diberikan terhadap Umno-BN bawah kepimpinan Najib, bagaimana konteks idea muzakarah, dialog dengan Umno? Secara prinsipnya, bagaimana ustaz melihat isu ini?

Tantawi:...Misalnya bagaimana Allah menghantar Nabi Musa berdepan dengan Firaun, di depan raja yang zalim, kenapa kita berhalangan mengambil sunnah yang sama untuk membawa risalah ini kepada mereka (Umno)?

Sebaik-baik kalimah adalah di depan sultan yang zalim. Sampai ke depan pintu pemerintah yang zalim kita mesti pergi. Jadi, saya kira tidak menjadi halangan untuk kita berunding, berbincang, berdialog (dengan Umno).

Cuma saya hendak menghapuskan persepsi yang menyatakan rundingan itu bertujuan menyertai (Umno – seperti isu yang berbangkit saat ini). Berunding tidak bermakna menyertai. Berunding, berbincang atau berdialog – itu bermaksud mengajak mereka memahami dasar perjuangan.”


Saya ni berjuang semasa PAS ini parti bangsat. Pulak tu, arwah bapa saya bawa saya berjuang di Negeri Sembilan di mana PAS biasanya akan hilang wang pertaruhan. Bila saya baca kenyataan di atas, hati saya menderap-derap dalam kesedihan.

Jelas, kenyataan ini dibuat oleh seoarang yang kurang berpengalaman dalam perjuangan PAS dan Islam di Malaysia.

Saya cuma nak kata, bukankah PAS telah berdakwah dengan UMNO semenjak PAS mula2 wujud lebih 50 tahun yang lepas?

Tn Haji Ahmad Fuad sanggup meninggalkan PAS dan kemudian telah menjadi salah datu tenaga kea rah penubuhan PAS.

Kalau UMNO ini boleh didakwah, mengapa Tuan Haji Ahmad Fuad keluar UMNO dan menubuhkan PAS?

UMNO Hargai Dakwah PAS? Kenapa Lulus 10 Lagi Lesen Judi?

PAS telah berjumpa dalam gelap dengan UMNO semenjak PRU 2008 lagi. Tapi adakah dakwah PAS diterima? Semasa PAS menjalin hubungan dalam gelap dengan UMNO, Najib Tun Razak telah meluluskan 10 lesen “Special Draw” (Judi) di belakang pengetahuan pimpinan2 PAS. Adakah ini petunjuk yang UMNO menghargai dakwah PAS? (Rujuk juga: Antara Islam DAP dgn ISlam Tokeh Judi)

Business Times Singapore telah melaporkan:

” KUALA LUMPUR, Feb 4 — Last October, the government quietly awarded three gaming companies 10 more special draws a year in a move to boost flagging government revenues ahead of a painful economic slowdown that could cost thousands of jobs.
The move came a month after Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak assumed the finance portfolio and was probably not publicised as it would have invariably been attacked as unIslamic by the conservative opposition Pas.”


Dalam senyap2 PAS berdakwah dgn UMNO dalam gelap, mereka telah meluluskan 10 lesen judi extra. Ini sahaja bukti jelas bahawa dakwah PAS tidak bermakna bagi UMNO.

Saya nak Tanya Ustaz Nasruddin Tantawi, mampukan dakwah PAS ini melawan wang ringgit yang dicurah oleh tokeh2 judi dan arak di Malaysia? Biarlah kita berfikir secara praktikal dan berpijak di bumi nyata.

Jelasnya, UMNO ini penipu dan Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah dengan UMNO.

Apakah Dakwah itu Satu2 Jalan?

Setahu saya, Firaun menolak dakwah Nabi Musa AS sehingga firaun telah mati di dasar laut Merah akibat kebongkakan beliau menolak dakwah Nabi Musa.

Nabi Mohd SAW sendiri hanya berdakwah 10 tahun sahaja di Mekah. Selepas itu, Nabi tidak kembali semula ke Mekah dengan kumpulan pendakwah. Tapi Nabi kembali dengan tentera dan terus menakluk Mekah.

Ertinya ada had di dalam berdakwah dan tidak boleh berdakwah terus menerus. Dalam kes Malaysia, jelas dan terang bahawa selepas 50 tahun merdeka, UMNO MENOLAK DAKWAH ISLAMIYYAH PAS.

Tok Guru Nik Aziz yang 60 tahun berdakwah pun tidak minat untuk berdakwah lagi dengan UMNO. Kalau ada yang benar-benar telah berdakwah dengan UMNO, orang itu adalah Tok Guru Nik Aziz. Malahan, dalam isu hudud di Kelantan, Tok Guru Nik Aziz telah berdakwah kepada Dr. Mahathir sendiri. Dan Tok Guru yang sama yang tidak mahu PAS berunding dengan UMNO.


Tujuan Sebenar Berjumpa UMNO bukan Untuk Berdakwah, Tapi Atas Dasar Perpaduan Melayu

Itulah sebenarnya tujuan sebenar mahu berunding dan berjumpa UMNO.

Juga diambil dari Penarik Beca@Bakaq:

"Jawapan Anonymous (nombor 27) dalam posting bertajuk "Protes kerajaan perpaduan!":

Kepada ketua pemuda PAS ..boleh lah kalau nak berdakwah kepada umno macam nabi musa berdakwah dengan firaun ..TAPI apa yang nasa and cikgu pa buat bukannya nak berdakwah ke UMNO ...kalau pun nak berdakwah ya USTAZ ,orang tak main DALAM GELAP USTAZ OOOI ..biar logic lah sikit ...tak payah nak cover line lah ustaz..."


Sila baca juga:

a. Apa lagi ajaran Wan Abu Bakar?
b. Bila PAS Tertelan Racun Lipas UMNO
c. Mengapa Tok Guru Nik Aziz Marah

Tulang Besi

31 comments:

Anonymous said...

saudara tulang besi ,50 tahun satu tempoh yg lama,kalau dlm perkahwinan dah ada cucu dah jadi datuk..dlm 50 tahun tu, umno masih lagi begitu tiada tanda-tanda ingin berubah..adakah umno kini sudah berubah ,mana bukti nya?? berubah utk kebaikan melayu atau kebaikan islam ??umno boleh berubah ke..??(harapan saya berubah lah demi kebaikan islam dan melayu )jangan jadi seperti firaun yg akhirnya musnah(mati) di telan laut.Berdakwah satu jalan yg mulia tapi biar kena pada caranya..jangan dalam gelap nanti di salah anggap (jadi benda lain)nawaitu (niat dlm hati kena betul)dalam zaman moden ni wang ringgit dan jawatan menjadi perhatian ,teguhkan iman insya allah berjaya.Tapi kalau berdakwah pada org(kaum)yg enggan menerimanya (sebaliknya bermuka muka atau berdolak dalih)ia menjadi sia-sia.itu yg terjadi pada PAS.kalau silap tolong betulkan, wassalam.

Rantong said...

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

BRIGED MP SEGAMBUT said...

2009/06/19
DAKWAH NABI MUSA AS,UMNO WAJAR DITENGGELAMKAN:MANEK URAI UMNO PAS


APA MENGARUTNYA DAN APA PULA YANG INGIN DI TUP TUP OLEH PEMUDA PAS INI?
nabi musa berdakwah kepada firaun sebagai dalil?

tidakkah kita sudah kepintu rumah umno puluhan tahun sudah, apakah yang mereka lakukan dengan dakwah kita itu?

nabi musa dengan firaun secara terbuka dengan tuntutannya, sementara ulama; yang ngaku itu dari pas secara gelap dan tidak amanah pada ahli melakukan nego kuasa dan bukan dakwah.
jadi disini beda.

nabi musa menuntut pembebasan kaumnya dari perhambaan firaun dan penyembahan hanya kepada satu tuhan,

ahli dan kepimpinan pas selama puluhan tahun telah menuntut pelaksanaan hukum islam kepada umno..apa yang umno balas? penghinaan dan cacian bukan setakat kepada ahli pas malah kepada hukum islam itu sendiri

sementara boneka umno dengan kerajaan perpaduannya menuntut jawatan menteri dan kuasa.


maka kalau ikut stail gaya dakwah nabi musa umno ini sudah wajar ditenggelamkan kedalam lautan kemusnahan demi tertegaknya agama kita dibumi bertuah ini.

Anonymous said...

Bila membaca komen komen ni rasa nak terburai serban besar saya

Anonymous said...

Kalau Nik Aziz tak setuju dengan Presiden, sepatutnya Nik Aziz lawan jawatan Presiden dulu. Bukan gunakan media untuk jatuhkan PAS. PAS bukan macam Iran, yang Ayotolahnya boleh pecat Presiden.

Dalam PAS, Presiden masih berkuasa dan boleh menerima atau tidak menerima nasihat mursyidul am PAS, setiala kepada pemimpin.

Kalau dengan DAP yang secara Sah kafir pun boleh berkerjasama kenapa tidak dengan UMNO?

mat said...

Takkan lah semua tak tahu ? Atau buat buat tak tahu ? Hujah "nak dakwah kat UMNO" ni hanya alasan aje - ia nya ditutur untuk menyelindung hasrat sebenar.
Pada saya sekarang sudah jelas yang PAS mempunyai "unholy trinity" (Presiden, Timbalan Presiden dan SU Agong) yang di bantu oleh Dewan Ulama dan Dewan Pemuda dan berakar umbi dalam PAS Selangor dan PAS Terengganu.
Saya syorkan mereka ini mendirikan satu parti baru (maknanya tinggalkan saja PAS ini) yang akan berdakwah selama 50 tahun lagi kepada UMNO. Parti ini mungkin boleh di namakan PIMUM - Parti Islam Muqabalah dgn UMNO utk Melayu. Dalam Parti Islam ini kalau nak peluk dengan UMNO dalam terang atau gelap - semua boleh. Apa juga istilah boleh dipakai untuk menghalalkan apa saja yang di ingini.

Anonymous said...

SAUDARA TULANG BESI ;minta maaf ada sedikit penambahan ayat TAPI kalau brdakwah pada org (kaum) yg enggan menerimanya (sebaliknya org yg enggan itu bermuka-muka atau berdolak dalih)ia menjadi sia-sia.itu yg terjadi pada PAS Maksudnya PAS telah berdakwah pada org yg tidak mahu menerima dakwahnya .

Anonymous said...

Tok Guru Nik Aziz speaks the truth nothing but the truth. Susah ke nak mengikut nasihat TGNA?

Anonymous said...

Ada dua cara nak musnahkan cara assabiyah:
1. Rundingan perpaduan dgn UMNO
Untung: Kalau UMNO ikhlas dan tunaikan cara Islam sepenuhnya maka PAS telah melakukan sesuatu yg hebat utk agama dan negara.
Rugi: Jika UMNO tak ikhlas, PAS akan runtuh bersama Pakatan dan tiada perubahan akan dpt dilaksanakan langsung. UMNO akan bermaharajalela semula.

2. Bunuh UMNO and PAS ambilalih bersama Pakatan. Tunaikan janji pemerintahan yang adil utk semua orang tak kira agama, bangsa dan darjat.
Untung: Perubahan dapat dilaksanakan dengan cepat sebab PAS atau Pakatan mempunyai agenda yg jelas utk rakyat.
Rugi: Tiada kekuasaan Melayu sepenuhnya.

Harap PAS ada pakai otak jugak sebab setakat pakai serban dan pasang janggut tak bermakna boleh jadi ulamak dan pewaris Nabi. Ia semua bergantung kepada iman dan pelaksanaan iman itu tersendiri.

Anonymous said...

aku nak salahkan ketua pemuda ni sorang pun x guna..sebab dia memang tak tau apa2pun..tapi aku nak salahkan perwakilan sama..sebab bila muktamar haritu setengah2 pemikiran perwakilan dah jadi macam ahli umno..aku cabar PAS tiru PKR bagi semua ahli hak mengundi..tok sah kata nasha..haji hadi pun belum tentu dapat kekal jawatan..hoi berdesing kutuk SPR kata x adil..yg korang kepala stopa ali pun sama ja perangai cam SPR!!

Nizam Mahmud said...

Beberapa soalan menarik yang saya kutip dari blog-blog lain;

1. Adakah Nabi Musa alaihisalam berjumpa dengan Firaun untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan?

2. Nabi Musa asalnya dibesarkan di Istana Firaun dan berpeluang besar untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan tetapi memilih bukan untuk berunding perkongian kuasa, tapi memilih untuk mengajak Firaun meninggalkan kezaliman terang-terangan.

Bukan kah itu telah dilakukan oleh PAS, mengajak UMNO meninggalkan kezaliman secara terang-terangan

3. Kita juga diajarkan bahawa Firaun telah pada saat-saat akhir sewaktu hampir tenggelam dan lemas, sempat bertaubat tetapi taubat nya tidak diterima oleh Allah.

Bukan kah ini jelas mengajar bahawa taubat orang yang hampir nazak yakni atas sebab untuk menyelamatkan diri tidak diterima oleh Allah?

Siapakah yang sedang nazak sekarang? UMNO atau PAS? Dan siapakah yang sedang cuba nak tunjuk dia taubat sebab nak selamatkan diri? UMNO atau PAS?

Boleh saja kita tanyakan kenapa Nabi Musa tidak mendoakan agar taubat Firaun, ayah angkat nya sendiri yang pernah membesarkan nya, diterima oleh Allah?

4. Kronologi cerita Nabi Musa yang kita kasihi ini salah satu nya adalah: ada sesetengah penzalim ini satu cara nya untuk sedarkan dia adalah lemas kan dia hingga nazak, barulah kezaliman dia berhenti dan dia bertaubat.

Siapakah yang zalim? PAS atau UMNO? Dan dari cerita Nabi Musa, bukankah cara untuk hentikan kezaliman itu adalah dengan lemaskan dia dan tentera dia hingga nazak?

Kesimpulan

Ustaz Din mungkin telah mengaji agama hingga peringkat yang tinggi. Tapi malang nya dia gagal untuk praktik kan apa yang dia belajar untuk situasi semasa.

Orang ini kita hendak harapkan berdepan dengan KJ ataupun Mukhriz?

Saya cuma mampu gelengkan kepala.

Nizam Mahmud said...

Untung: Perubahan dapat dilaksanakan dengan cepat sebab PAS atau Pakatan mempunyai agenda yg jelas utk rakyat.
Rugi: Tiada kekuasaan Melayu sepenuhnya.
-----

Saya ingin merujuk pada kenyataan 'Tiada kekuasaan Melayu sepenuhnya'.

Di sini saya ingin bantah kenyataan ini sekeras-kerasnya.

Hujah saya;

1. Dalam PR, ada 3 parti. Dari 3 parti ini, 2 parti mempunyai majoriti Melayu iaitu PAS dan PKR.

2. Kuasa Melayu di dalam PR tidak pernah tergugat. Hanya kerana pendapat yang bukan Melayu diberi pertimbangan dalam PR tidak bermakna kuasa Melayu berkurangan. Sebalik nya itu telah menunjukkan masih ramai Melayu yang masih mampu berlaku adil pada yang minoriti iaitu bukan Melayu.

3. Jika PR ambil alih kerajaan, UMNO akan musnah dan MP nya akan lari bertaburan.

Sebab nya adalah MP UMNO ini hidupnya bukan atas gaji sebagai MP saja tetapi atas dasar kuasa yang dipegang oleh UMNO. Jika UMNO sudah tidak memegang kuasa duit di peringkat persekutuan, apa lagi yang akan mereka tunggu.

4. Atas dasar ini, ramai MP UMNO akan lari bertaburan. Jawab soalan ini, adakah mereka akan lari pada DAP? Rasa-rasa nya tidak kecuali seorang dua yang mereng kepala nya.

5. Dengan ini kuasa Melayu akan masih juga kekal jika PR memerintah.

6. Cara yang ditekankan oleh Tok Guru Nik Aziz iaitu dengan tunjukkan keadilan pemerintahan pada bukan Melayu telah terbukti membuatkan bukan Melayu menerima pemerintahan orang Melayu dengan rela hati dan setia pada pemerintahan Melayu itu.

Bukan kah Tok Guru Nik Aziz dan Nizar itu juga Melayu juga.

7. Kes Nizar, selain dari Tok Guru Nik Aziz, juga satu contoh yang jelas.

DAP dan PAS adalah seteru semulajadi di Perak sebelum ini. Lihat lah pada hari ini. Jika PAS dapat undi Melayu secara majoriti, bayangkan kuasa Melayu yang ada dan disokong dengan rela hati oleh bukan Melayu.

Yang bukan Melayu ini, setahu saya rata-ratanya tidak mahu jadi pemerintah dan mereka tidak kira siapa yang memerintah. Kecuali beberapa kerat saja.

Yang mereka mahukan adalah keadilan untuk mereka. Beri keadilan pada mereka dan mereka akan berbondong-bondong sokong pemerintahan Melayu.

Itulah kuasa pemerintahan Melayu yang sebenarnya! Lihatlah di Kelantan, kuasa Melayu majoriti dan pada masa yang sama Melayu adil yang disokong penuh, dengan rela hati tanpa paksa, oleh bukan Melayu.

Saya bukan asobiyah dan perkauman tetapi cuba lah Melayu disini fikir-fikir kan.

Rozana said...

Back to real issue, perjumpaan 'gelap'selepas PRU Mac 2008 dulu tu adakah berdakwah atau berunding?, di atas kepentingan Islam atau survival politik melayu?
Nota : Kepentingan Islam meliputi keadilan sosial dan kesejahteraan sejagat termasuk rule of law.

speak budu only said...

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ketawakan dia kah kah kah kah kah.. apo punya lawok orang Pas ni
aku ingat inilah yang dipanggil kelakar tahap biawak!!

bila nasha hantam cakap orang tua mursyidul am tak mewakili Pas.. semua orang angguk! karh! kah! kah!

bila nasha, hadi, stopa, ulamak chap iraqi dan pak lawak lain cakap pasal UG, buat sidang akhbar.. ingkar syura, semua orang angguk!! kwah! kwah! Kwah! lawak! lawak!

bila stopa buat sidang akhbar warning pemimpin dan ahli jangan cakap lagi pasal UG.. lepas tu.. kah! Kah! kah! buat sidang akhbar lagi cakap pasal UG. kwah! kwah! Mustopa Sidang! kah! ka! kah! angguk!?, angguk!? kah kah! kah!

pah tu!.. bila orang tua Nik Aziz tu meletup marah nasha, marah UG kat akhbar.. semua orang marah, semua kutuk! kah kah kah! kata nik aziz nyanyuk! kah! kah! Kah! kata tak berjenis! kah kah kah! kata orang tua tu tak betul, cakap tak ikut saluran! kwah kwah! kwah! suruh orang tua tu rujuk syura'! kah kah! kah! lawok! lawok! gilo babai punya lawak! kah! kah! kah!

Wooii NABIL!! mai laa!! mai masuk Pas! kah! kah! kah! mai masuk Pas parti lawak hang ni! kah kah kah! parti nabil raja lawak! kah! kah! kah! mak ooii kartun, kartun pun main politik! kah! kah! kah!

speak budu only said...

kah kah kah kah kah kah kah kah kah kah ketawakan dia kah kah kah kah kah.. apo punya lawok orang Pas ni
aku ingat inilah yang dipanggil kelakar tahap raja biawak!!

Jumpa dalam gelap? kah! kah! kah!

Dakwah dalam gelap? kah! kah! Kah!

main dalam gelap? kah! kah! kah!

nak pitisss?, nak pangkat? mintak dalam gelap? kah! kah! kah!

dengki anwar? marah PR? berpaduan dalam gelap? kah! kah! kah!

Jaki nik aziz? bengang kena tegur? merajuk lari main dalam gelap? kah! kah! kah!

baca 'ayat' sokong main dalam gelap? kah! kah! kah!

kah! kah! kah! speisis ulama kartun!! produk animax!! kah! kah! kah!

Nabil! ooo Nabil!! mai laa! mai laa! kawan hang ramai dok tunggu nak buat lawak dalam gelap ni! kah! kah! kah! kah! kah!

maun said...

Waktu untuk berdakwah ngan Firaun UMNgok ini dah berakhir..sekarang masa nak meneggelamkannya pulak...

Anonymous said...

Dah kena tangkap berkhalwat masih lagi nak kelentong..perangai macam ni hairannya ada pada bangsa melayu-islam sahaja..

Yang hari-hari bertekak kat kat Parlimen, ceramah, blog, kedai kopi lawan kezaliman UMNO/BN tu bukan dakwah ke?

Tunjuk la tauladan yang baik baru orang respek kalau pun ada sedikit keilmuan kita. Usah nak menegak benang yang basah (jual ayat) dan jadi baruah untuk Bos..

Anonymous said...

Ustaz Din mungkin telah mengaji agama hingga peringkat yang tinggi
---------------------------------
Alaa..dia tu bomoh tokoh koprat..

muhammad said...

Sepatutnya Nasrudin bangkitkan contoh asbabun nuzul Surah al-Kafirun.

Jika bekerjasama dengan kafir Quraisy memberi manfaat kepada Islam, dah lama dah Nabi terima tawaran depa tu.

Anti-PAS Bodoh said...

Nik Aziz adalah Firaun yang dimaksudkan!Sikap Nik Aziz menyerupai dajal!Dia berpakat dengan kafir untuk memusnahkan orang islam!

muhammad said...

Anti-PAS Bodoh,

Anda anti orang PAS yang bodoh atau anda seorang manusia anti PAS yang bodoh?

Melihatkan komen tu, dah boleh agak jawapannya.

Anonymous said...

TB,
Isu Kerajaan Perpaduan yang bermula dari isu muzakarah dan muqabalah ni dah berleretan dan berpanjangan serta kelihatan tak jumpa kesudahan.

Bagaimana kita semua(ahli-ahli PAS sahaja) yang tak berkenaan jangan campur,meminta pucuk pimpinan PAS berhentikan "masaalah" ini:

(1) Presiden buat satu kenyataan(bersama Mursyidul Am) umumkan "Semua yang berkaitan dengan muzakarah,muqabalah dan Kerajaan Perpaduan) STOP DAN CLOSE.
(2) Mursyidul Am turut menyatakan SETUJU DAN SEMUA SILA AKUR.
(3) Diumumkan juga bersama - SEKIRANYA ADA MANA-MANA PIHAK YANG ENGKAR,AKAN DISINGKIR DARI PAS.

Inilah penyelesaian yang terbaik dan mukin akan diterima olih semua pihak dalam PAS.Selepas PENGUMUMAN ini ayuh kita semua berkhemah diManik Urai.

ruzzim said...

Kepala hotak korang kalau samakan UMNO dgn Firaun,Firaun tak mengucap kalimah syahadah dan baca talkin bila nak mati.
Rasullullah pun tak cakap muslimin tu Firaun.
Korang ni mmg terover dan amat terover.Kot2 katam Quran ikut mukasurat belakang.Mmg patut pun PAS berpecah belah krn sikap terover korang yang langsung tak ikut sunnah dan kuat melabel orang.

Lancang said...

Saudara Tulang Besi

Perjuangan menegakkan pemerintahan Islam bukan bergantung pada masa. Kita di suruh Allah supaya terus berusaha berdakwah walaupun akan mengambil masa seribu tahun lagi sebelum mencapai kejayaan. Itu pun jika diizinkan Allah.

50 tahun berdakwah kepada UMNO masih lagi satu waktu yang amat singkat tetapi bagi saya ia amat berbaloi untuk diteruskan.

Saya melihat negara Islam akan lebih pantas tertegak di Malaysia dengan kerjasama UMNO dan sudah pasti bukan dengan bantuan PKR mahupun DAP. Saya juga telah melihat suatu perubahan besar sedang berlaku dalam UMNO dewasa ini apabila semakin ramai ahli UMNO telah mula membuka mata terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Janganlah difikir sejarah yang lampau kerana kebanyakan pemimpin UMNO pada masa itu sudah pun tiada lagi. Kenapa kesilapan pemimpin lampau UMNO diungkit-ungkit sebegitu rupa.

Cuma saya nasihatkan ahli-ahli PAS supaya jangan terlalu bongkak dan keras terhadap ahli UMNO dengan mengata-gata yang bukan-bukan terhadap mereka. Berbincanglah secara baik dengan mereka dan tariklah minat mereka kepada perjuangan PAS dengan cara yang paling berhikmah.

InsyaAllah, saya percaya pemerintahan Islam akan tertegak di bumi Malaysia tidak lama lagi. Jika tidak masakan Lim Kit Siang nampak begitu gundan dan gulana sekarang!

Teruskan bermuzakarah...

Orang UMNO
tapi tetap cinta Islam

Anonymous said...

Kamu semua perasan tak sejak bila Nik Aziz jadi tak tentu hala macam ni?Bermati-matian pertahan PKR & DAP dan dendam dengan UMNO.Jawapanya selepas dia berjumpa Elizabeth Wong.

Anonymous said...

ruzzim,
Janganlah naik marah hingga tidak dapat mengawal diri.Pandangan ramai orang,bukan sahaja orang PAS,terhadap UMNO sebenarnya lebih dari "Firaun".Melafaskan Kalimah Syahadah dan baca talkin dikuburan bukan jadi ukuran orang yang bertakwa.Ramai orientalis Barat bukan sekadar bolih mengucap Kalimah Syahadah,lebih dari itu - mereka hafal AlQuran dan bolih pula mentafsirkannya - namun mereka bukan Islam.Kumpulan Anti-Hadith juga mengaku Islam.Puak-puak yang mempersoalkan hukum-hukum yang telah ditetapkan olih Allah SWT,berada dalam kumpulan SIS,juga mengaku Islam.

Sebelum marah-marah kepada pihak yang mengatakan UMNO itu Firaun,kajilah selama 55 tahun kebelakangan ini apa UMNO dan pemimpin-pemimpinnya telah lakukan terhadap Islam dan tak lakukan terhadap Islam dinegara ini.Supaya tidak tersasar ikut panduan ini:
Judi,arak,pelacuran,kemerosotan akhlak muda-mudi,dadah,sekatan bantuan kepada Sek.Agama Rakyat,Malaysia negara penuh hiburan(lihat semua stasion TV).Ini yang besar-besar saja.Fikirkanlah.

muhammad said...

Lancang,

Isunya bukan samada kita patut teruskan dakwah atau tidak. Soal berdakwah tu tak timbul pun- rasanya ramai setuju ia patut diteruskan, kepada Umno mahupun bukan Umno. Melayu mahupun bukan Melayu. Islam mahupun bukan Islam.

Analogi Ust Nasrudin tu kurang tepat. Sepatutnya dibandingkan tawaran Umno dengan tawaran kafir Quraisy kepada Rasulullah untuk menghentikan usaha dakwah. (Sebelum ada yg salah faham, bukan saya nak kafirkan org Umno ya, cuma lihat dari segi tawaran satu pihak yg bertentangan ideologi dan pendekatan kepada pihak yg lain). Rasulullah menolak tawaran itu kerana baginda menolak kompromi dari segi objektif perjuangan.

Cuba kita bandingkan tujuan PAS dan Umno dalam perlembagaan masing2:

Fasal 5 Perlembagaan PAS:

TUJUAN

Tujuan atau matlamat perjuangan PAS ialah memperjuangkan wujudnya di dalam negara Malaysia sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah serta mempertahankan kesucian Islam, juga kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bandingkan dengan Fasal 3 Perlembagaan UMNO:

ASAS DAN TUJUAN UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.

Agama memang ada disebut di situ tapi bangsa diutamakan. Ini titik perbezaan utama PAS dan Umno.

Jika bangsalah yg menjadi keutamaan, sudah tentu Rasulullah memfokuskan usaha dakwah kepada Arab atau lebih spesifik lagi suku kaum Quraisy sahaja. Tetapi baginda tidak berbuat begitu.

"Saya melihat negara Islam akan lebih pantas tertegak di Malaysia dengan kerjasama UMNO dan sudah pasti bukan dengan bantuan PKR mahupun DAP."

Kalaulah ini benar, sudah lama negara Islam tertegak di Malaysia. Umno tak perlukan kerjasama PAS pun. Bahkan PAS pun tak perlu wujud jika benar2 terbukti Umno ikhlas memperjuangkan negara Islam.

"Saya juga telah melihat suatu perubahan besar sedang berlaku dalam UMNO dewasa ini apabila semakin ramai ahli UMNO telah mula membuka mata terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS"

Apa buktinya? Siapa ahli2 Umno tu? Saya rasa dekat2 dgn pilihanraya ni sebaliknya yg berlaku - makin banyaklah kita tengok ahli PAS masuk Umno. Itu pun kalau anda percaya Utusan lah.

Jika ahli Umno betul2 faham perjuangan PAS, saya cadangkan masuklah PAS.

"Janganlah difikir sejarah yang lampau kerana kebanyakan pemimpin UMNO pada masa itu sudah pun tiada lagi. Kenapa kesilapan pemimpin lampau UMNO diungkit-ungkit sebegitu rupa."

Soalnya bukan individu itu tapi apa yg dilakukannya. Apa yg dilakukan itu masih kita lihat hari ini, bahkan mungkin lebih teruk lagi.

Penyalahgunaan kuasa. Rasuah. Pembohongan. Ketidakadilan-betapa negeri2 yg tidak dikuasai BN dinafikan peruntukan, seolah2 wang peruntukan itu milik Umno! Banyak lagi. Semua ini masih berlaku.

"Cuma saya nasihatkan ahli-ahli PAS supaya jangan terlalu bongkak dan keras terhadap ahli UMNO dengan mengata-gata yang bukan-bukan terhadap mereka."

Setuju. Saya juga cadangkan suadara nasihatkan ahli2 Umno supaya tidak mengata yg bukan-bukan kepada ahli dan pemimpin PAS dan PR umumnya. Tahu-tahu sajalah apa mereka suka sebut tentang Anwar dan TGNA sekarang ni.

"Berbincanglah secara baik dengan mereka dan tariklah minat mereka kepada perjuangan PAS dengan cara yang paling berhikmah."

Yang ini lagi saya setuju.

Dengan ahli akar umbi Umno, sebagai hamba sesama Islam, tiada masalah. Boleh sahaja bersahabat.

Yang ditentang adalah Umno sebagai ideologi politik sekular-perkauman dan kezalimannya. Saya tidak yakin negara Islam akan tertegak selagi Umno berkuasa.

Jika ahli Umno faham dan ingin menyertai perjuangan PAS, insyaAllah parti akan terima. Yang ditentang sekarang ialah KERJASAMA POLITIK yang masih mengiktiraf perjuangan Umno.

Jika anda telah faham perjuangan PAS, apa tunggu lagi? Masih mahu kekal dalam Umno?

PS- Saya banyak mengkritik akhir2 ini tapi saya bukan kritik PAS, Saya kritik tindakan SESETENGAH pemimpin dalam PAS. Harap maklum.

Abd Razak said...

Lancang said...

Saudara Tulang Besi

Perjuangan menegakkan pemerintahan Islam bukan bergantung pada masa. Kita di suruh Allah supaya terus berusaha berdakwah walaupun akan mengambil masa seribu tahun lagi sebelum mencapai kejayaan. Itu pun jika diizinkan Allah.

50 tahun berdakwah kepada UMNO masih lagi satu waktu yang amat singkat tetapi bagi saya ia amat berbaloi untuk diteruskan.

Saya melihat negara Islam akan lebih pantas tertegak di Malaysia dengan kerjasama UMNO dan sudah pasti bukan dengan bantuan PKR mahupun DAP. Saya juga telah melihat suatu perubahan besar sedang berlaku dalam UMNO dewasa ini apabila semakin ramai ahli UMNO telah mula membuka mata terhadap perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS. Janganlah difikir sejarah yang lampau kerana kebanyakan pemimpin UMNO pada masa itu sudah pun tiada lagi. Kenapa kesilapan pemimpin lampau UMNO diungkit-ungkit sebegitu rupa.

Cuma saya nasihatkan ahli-ahli PAS supaya jangan terlalu bongkak dan keras terhadap ahli UMNO dengan mengata-gata yang bukan-bukan terhadap mereka. Berbincanglah secara baik dengan mereka dan tariklah minat mereka kepada perjuangan PAS dengan cara yang paling berhikmah.

InsyaAllah, saya percaya pemerintahan Islam akan tertegak di bumi Malaysia tidak lama lagi. Jika tidak masakan Lim Kit Siang nampak begitu gundan dan gulana sekarang!

Teruskan bermuzakarah...

Orang UMNO
tapi tetap cinta Islam

saudara lancang,kalau cintakan Islam kenapa kamu xlaksana hukum Islam sejak dr awal pemerintahan dulu?Hudud kamu hina..x cukup dgn tu Ulamak pn kamu hina...skrg baru kamu nk fikir psl Islam apabila parti kamu yg bernama umno dh nk karam?jgn igt kami masih bodoh nk kene tipu dgn kamu utk kali yg kedua...umno nk kerajaan perpaduan ni sbb DESPERATE nk dpt sokongan balik...hentikanlah segala penipuan kamu tu wahai umno...beritahu ketua kamu tu PAS BUKAN BODOH NK KENE TIPU LG UTK KALI YG KEDUA...

Anonymous said...

Wonderful..50 years of dakwah with UMNO has resulted in PAS kena tipu kow kow when Asri decided to officially join UMNO/BN..kena terajang in 1977,kena bunuh in memali,kena tangkap and masok ISA..lain kali jgn berdakwah saja..cium sama mereka lah!!

Anonymous said...

bila kita bercakap,jangan kita fikir kita ni orang yang paling pandai sekali di dalam dunia.....
tugas kita berda'wah (menyeru) kepada islam.... suka atau tidak allah tidak akan menghukum kita...
fir'aun sudah di da'wah oleh musa as, sampai ke sudah tetap tentang ajaran yang dibawa oleh musa as.
perangai umar al khattab sebelum islam pun lebih kurang fir'aun juga. tapi bila dah terima islam, syaithan pun gerun dengan kewarakannya...
moral story.... 1.selagi manusia ni tak masuk lagi liang lahad, jangan putus asa untuk ajak dia kepada islam. 2. ada kala seseorang tu hidupnya sudah hampir ke neraka, tetapi saat2 terakhir dia bertaubat...matinya diterima oleh allah juga. 3. kalau nak cakap keaiban atau keburukan seseorang tu biar lah berpada-pada, siapa tahu akhir hayatnya dia mati dalam islam juga... 4. akhir sekali, biarlah kita buat kerja kita, yakni ajak orang kepada islam (berda'wah), jangan buat kerja allah, yakni kita yang tentukan sapa yang terima dan sapa yang tak terima islam

allahu 'alam

Anonymous said...

dah lame tak dengo sambutan hari syuhada memali yer.... atau teman ketinggalan.

jikalo dah lame tak ade, ape kate diadekan balik.
lantik ust nasa sebagai pengerusi sambutan hari memali dan cikgu pa sebagai ketua penerangan sambutan ni. pinjamkan ust nakasone sbgai s/u hari sambutan.

sekurang2nya, biar diorg dpt retreat balik drama ini yg mungkin bagi puok2 ini hanyalah "nostalgia" lame.

memali..???.... semakin hari byk generasi muda terutama pas yg dah lupa.
byk anak2 syuhada memali ni dah jadi guru2 agama, guru2 tahfiz la ni.
cube check, adakah anak2 ini yg jadi ketua cwgn umno? ketua bhgn? s/u cwgn? bendahri bhgn???

ape citer kes mahkamah diorg yg asyik tertangguh aje. sampai tuloh yeop!!

tak macam kes rayuan si czamry metalik ke atas keputusan mahkamah tinggi.
mesra! cepat! pantas! tuntas! pintas! by-pass!!!!!

aleh2, ade pulok barua nak huloq tgn kat kawan yg nak karam sing ni.....

wallauweh.......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.