Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 11, 2009

Perancangan Fraksi UMNO Seterusnya: Pecahkan Pakatan Rakyat

Sewaktu Muktamar di Shah Alam baru2 ini, sebuah syarikat UMNO, Puncak Niaga, telah menaikkan beberapa kain rentang sempena Muktamar PAS.

Dan Puncak Niaga yang sama yang bertanggungjawab menaikkan bil air kita di Selangor. Antara keperluan kenaikan bil air adalah untuk membayar gaji Pengerusi Puncak Niaga, Razali Ismail, sebanyak RM5.1 juta setahun.

Saya tak tau nak kata, tapi apakah mungkin sebuah syarikat UMNO boleh meraikan perhimpunan agung parti yang musuh kepada UMNO? Adakah mungkin syaitan akan meraikan perbuatan ibadah hamba2 Allah? Adakah mungkin sebuah syarikat yang zalim boleh menykong sebuah parti Islam?

Malaysiakini melaporkan bahawa tempat tinggal pimpinan2 tertinggi PAS telah dibayar oleh individu-individu yang tidak dikenali. (http://www.malaysiakini.com/news/106162)

Mengikut kenalan saya yang merupakan sebahagian dari Fraksi UMNO, antara agenda utama mereka adalah untuk persempadanan pilihanraya kelak. Fraksi UMNO telah mencadangkan kepada UMNO bahwa mereka mahu 75% dari kawasan Parlimen menjadi majoriti melayu.

Perkara ini tentulah akan menguntungkan UMNO kerana fraksi UMNO kelak melihat bahwa PAS akan bersama UMNO. Jadi, apa yang akan menguntungkan UMNO bakal menguntungkan PAS.

Permainan Sudah Bermula

Kenyataan2 berkaitan Kerajaan Perpaduan dan berunding dengan UMNO yang dilayangkan oleh puak2 Fraksi UMNO baru2 ini adalah “prelude” atau permulaan kepada usaha memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Kita lihat, kenyataan2 seperti ini telah pun menimbulkan rasa gelisah serta tidak senang di kalangan komponen2 parti Pakatan Rakyat. Untungnya, mereka merancang dan Allah SWT juga merancang.

Usaha mereka ini yang pada mulanya bertujuan menimbulkan kegelisahan di kalangan Pakatan Rakyat telah disambut dengan kebencian yang sangat tinggi di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Sehingga mereka terpaksa memberhentikan polemik Kerajaan Perpaduan dan ‘Rundingan dengan UMNO” secara serta merta. Nampaknya, ahli-ahli PAS sudah mula memberontak terhadap cadangan-cadangan ini.

Taktik Seterusnya


Tapi, selepas ini, isu-isu seperti hudud dan negara islam akan dilayangkan oleh puak2 ini bagi bertujuan untuk memaksa DAP keluar dari Pakatan Rakyat. Taktik ini telah berjaya dilakukan oleh Dr. Mahathir dahulu dan biasanya DAP yang akan melompat keluar dahulu.

Seteleh Pakatan Rakyat pecah, barulah Fraksi UMNO akan mengenegahkan agenda PAS-BN ini secara terbuka kepada ahli-ahli PAS kerana di waktu itu, demi untuk menyelamatkan kerusi2 PAS, tidak ada pilihan lain kecuali menyertai kerajaan campuran PAS-BN.

Sekaligus menyelamatkan UMNO dan Barisan Nasional serta pentadbiran Najib. Pimpinan2 PAS yang terbabit akan mendapat laba yang sangat banyak dan melimpah-limpah.

Diwaktu itu, Islam adalah menjadi prioritas yang tercorot kerana mana mungkin PAS akan memperjuangkan Islam lagi apabila sudah berada satu kelambu dengan Barisan Nasional.

Ahli-ahli PAS hanya akan melopong. Bukankah ini mandat yang telah diberikan oleh ahli2 PAS kepada pimpinan-pimpinan mereka?

Apa untungnya bercakap berkenaan dengan Negara Islam sekarang ini kepada Islam di Malaysia? Yang lebih aula adalah menunjukkan akhlak dan kebolehan Islam mentadbir kepada mereka yang belum Islam di Malaysia.

Jalan Keluar?

Saya tak nampak jalan keluar. Dua tahun adalah masa yang sangat panjang. Apa-apa sahaja boleh berlaku.

Saya mencadangkan supaya Husam Musa dan keseluruhan pimpinan PAS yang tidak redha untuk duduk dalam kelambu UMNO supaya menarik diri dari kepimpinan yang ada sekarang ini.

Mereka musti ramai-ramai meletak jawatan serta membiarkan Fraksi UMNO melakukan apa yang mereka mahu. Biarkan sahaja apa sahaja kehendak Fraksi UMNO ini.

Husam Musa telah berusaha bermatian untuk menghalang perselingkuhan ini dan beliau hanya mendapat nista dan kata cemuhan dari ahli PAS.

Jadi, saya cadangkan janganlah kita membazir waktu. Hakikatnya, ahli-ahli PAS tidak mahu PAS menggantikan UMNO.

Mereka lebih rela PAS menjadi balachi kepada UMNO sementara pimpinan2 mereka gemuk dengan kekayaan yang diberi oleh korporat2 UMNO.

Kita semua mesti menyediakan persediaan mental untuk melihat kejatuhan PR dan kebangkitan semula UMNO/BN persis 2004.

Saya sendiri berpendapat ahli-ahli PAS tidak cukup matang untuk diberikan Allah SWT pemerintahan negara.

Tulang Besi

18 comments:

cucu jebat said...

murah nya harga sebuah perjuangan

maun said...

Ini biasa bro, orang berniaga..mana boleh cari makan dia sokong...lagipun Puncak Niaga sikit lagi dah tenggelam..PR ambik alih..ini bukan isu..

Anonymous said...

Saya amat tertarik dengan perenggan ini:

Kita semua mesti menyediakan persediaan mental untuk melihat kejatuhan PR dan kebangkitan semula UMNO/BN persis 2004.

HaHs said...

Bkn ahli bro! Ahli tak redho! Perwakilan yg buta media ni yg salah undi. Nak buat camne? Jgn tunduk pada desakan atau provok. Jgn biar mereka bermaharajalela. Biar kita desak mereka kembali ke pangkal jalan. Rupanya yg jelas ada PAS Melayu-Umno dan PAS Islam-PR dikalangan pemimpin.

sam raspiut said...

Saya bersetuju dengan tullisan TB,
Bahkan tidak terkejut, kerana sudah agak saat itu pasti berlaku.. cuma menunggu masa saja.

tapi saya tetap percaya yg tidak layak menerima nikmat Allah memimpin kerajaan Islam itu adalah Pas hj hadi, walaupun menguasai Pas pusat mereka tetap kecil bilangannya berbandingkan Pas tulin @ Pas Tgna.

Harapan tetap ada, Pas cuma bahtera, yg penting kita masih ada Tgna. Taka ada kapal, Tongkang pun tak apa, asal ada Tgna dan pemimpin yg masih jujur dan amanah pada perjuangan.

sam raspiut said...

3)
Presiden PAS, Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang dilaporkan menyifatkan 'PAS sebagai bahtera yang selamat' kepada seluruh rakyat Malaysia dan tiada keperluan pada bahtera lain termasuklah bahtera Umno. Beliau juga mendakwa sesiapa yang meninggalkan bantera pasti akan tenggelam.

Benar, analogi itu menunjukkan Pas hanyalah platform perjuangan yang relevansinya bolih dipertikaikan bila-bila masa, ada kekurangan dan kelemahan. ‘Bahtera selamat’ adalah satu penilaian kepada kepimpinan islam yg baik, bukannya kerana bahtera itu telah diIslamkan dengan baik, Sebaik manapun bahtera kalau saf kepimpinan lemah dan tidak memahami kekuatan dan kelemahan bahtera, di muara sungai Terengganu karamlah bahtera.

Sebagai parti yg ditubuh atas dasar privilege penganut islam yg membentuk kira-kira 50% penduduk negara ini, Pas tidak mungkin menang pilihanraya apalagi dengan memburukkan rakan PR sebagai sekular. Sekular hanyalah istilah merujuk kepada sejarah kesilapan umat islam berhadapan dengan orientalis barat, menuduh sesiapa sekular tidak menyelesaikan masalah. Menuduh sesiapa sekular umpama buktikan kelemahan ummah khususnya para ulama yg seharusnya membendumg sekular.

Pemimpin islam yg baik seharusnya mampu berfungsi dalam keadaan umat islam lemah dan minority. Presiden Pas gagal melihat 1430 tahun sejarah perjuangan Islam dan sejarah panjang perjuangan Pas Terengganu sendiri.

Sejarah Nabi s.a.w membuktikan Islam bangkit dalam keadaan yg lemah dikalangan hamba, belia dan orang yang tidak penting dalam masyarakat quraisyi Mekah dan kemudian memerintah Madinah sebagai pendatang yg minority. Akhirnya sewaktu empayar othmaniah yang dianggap hebat dan gemilang pemerintahan islam jatuh tersungkur angkara keangkuhan pemimpin islam enggan menilai kelemahan dan memilih sekular sebagai penyelesaian.

Mengatakankan Pas ‘bahtera yg selamat’ dan menolak sekutu perjuangan juga angkuh, bahkan ‘bahtera selamat’ juga musuh hayalan. Presiden tidak bolih anggap survival Pas adalah wilayah kekuasaan peribadi beliau. Sebaik manapun ‘bahtera selamat’ penumpang tetap melihat destinasi nakhoda, kalau membawa kepada kehancuran rakyat lebih rela naik tongkang sahaja, apalagi bila drebar tongkang juga lebih mahir ilmu pelayarannya.

Anonymous said...

org PAS memang bodoh.
nak terima sumbangan puncak niaga dan syabas pun salah mcm berdosa besar.

mcm mana pula ahli-ahli PKR yang memonopoli kontrak-kontrak syabas selama ini. (boleh tanya Yahya Shari kalau tak pecaya)

TAK SALAH PLAK!!

ppemudapas said...

sudahlah, tulang besi. jangan jadi pengkhianat pada parti.

Anonymous said...

xhabis2 TB buat fitnah.woi,kalo ko xpuahati haji hadi awang jadi presiden,ko keluar pas la woiii.kalo ko rasa something wrong pada pas dipersilakan keluar.xde sesape larang ko kalau nak keluar.buat menyemak pas je.bawak sekali ngan pengikut lahabau ko tu.ahli pas xhingin tengok ko duk dalam pas lebih lama lagi.ni masanya ko berambus.

DIPERSILAKAN KELUAR!

-karim-

Grand Marquis said...

Fraki UMNO sudah dibeli oleh UMNO? Wah hebat sungguh tuduhan TB. Dan menurut kesimpulan dari tulisan TB sebelum ini, fraksi UMNO ialah TG Haji Hadi dan Ustaz Nasharuddin.

Apakah Ustaz hadi telah dibeli UMNO?

Sudah lah TB. Kesian. Sampai pemimpin idola pas sebelum ini pun menjadi mangsa cacian serta fitnah awak. Belajarlah untuk hormat pemimpin, ulama, orang yang lebih tua. Sumbangan dan pengorbanan haji Hadi utk pas jika dibandingkan dengan sumbangan TB adalah umpama langit dan bumi. Tapi tak sangka, hari ini TB sanggup menuduh beliau di beli UMNO. Ini pertama kali berlaku dalam PAS bila mana seorang ahlinya menuduh Presiden aka Tuan Guru Haji Hadi dibeli UMNO.

Kepada pembaca lain, sedarlah, TB ni spare no one. Dia sebenarnya bukan ahli pas, tapi ahli parti politik nafsu serakahnya sendiri. Dia memuliakan siapa yang sehaluan dengan beliau dan mencaci dan memfitnah sesiapa yang tidak sehaluan dengan nya.

Sedarlah, ahli pas telak tolak fraksi anwar. Terimalah kekalahan ini. Berhentilah dari terus menabur fitnah.

Tulang Besi said...

Grand Marquis,

Kao ni UMNO kan?

AnakWatan-d'UK said...

Salam Bro,

Sebagai pengundi atas pagar, tapi telah menyokong PAS, hamba dapat merasakan PAS telah diuji oleh Allah atas sedikit kejayaan yang diperolehi dlm PRU lalu...hal yang sama telah berlaku ke atas PAS pada 1999-2004 semasa memerintah Terengganu. Apakah PAS akan sekali lagi berdepan dgn keadaan dimana lubuknya di Terengganu menjadi punca utama kepada semua ini ???

Melihat kepada senario yang berlaku, PAS nampaknya akan kecundang buat kali ke 2 sedikit masa lagi. Dan selepas ni PAS akan terus terbenam lebih lama untuk dipulihkan kekuatannya.

Ingatlah sahabat-sahabat semua, untuk membina PAS yang ada hari ini mengambil masa yang amat lama, tetapi untuk meruntuhkan kata orang, tak sampai seharipun akan berlaku. Amat jelas, PAS ibarat bom jangka yang akan meletup bebila sahaja.

Eloklah semua pimpinan PAS pergi berkumpul semula untuk membuat 'retreat' dan bermuhasabah untuk kebaikan parti dan ahli...

Ingatlah musuh-musuh PAS, syaitan, iblis, tak kira samada datangnya dari dalam atau luar PAS sentiasa bekerja 24jam sehari untuk meruntuhkan PAS yang ada ini. Kepimpinan PAS bukannya malaikat dan maksum dari semua salah dan dosa-dosa besar atau kecil !!

Hari ini, musuh paling bahaya ialah yang wujud dlm PAS itu sendiri...amat jelas strategi UMNO-BN telah mula menunjukkan kejayaan. Gabungan PAS-DAP-PKR telah mula dapat diretakkan mereka, bahkan PR hari ini ibarat menunggu hari untuk tumbang. BN-UNMO sudah pasti berkenduri sakan dan berpesta selepas ini.

PAS akan terus diuji oleh Allah, dan hanya jika PAS benar-benar dapat menghalusi dan menilainya semula segala strategi dan 'ROAD MAP & WAY FORWARD' masa depannya sekarang akan dapat menyelamatkannya !!!!.

Kepimpinan baru PAS sepatutnya lebih fokus ke arah membincangkan 'road-map' untuk parti bagi tempoh 5 - 10 tahun ke hadapan untuk pengetahuan ahli dan penyokongnya, bukan lebih menumpukan kepada agenda pecisan yg hanya memberi laba yg lebih kpd pihak lain...pada pandangan hamba adalah lebih baik dan menguntungkan untuk PAS 'berdakwah' dikalangan ahli-ahli PR dan di kalangan pengundi atas pagar dari untuk berdakwah kepada musuh mereka yg berada dalam BN !!.

Apakah meritnya, bagi pimpinan yg ada hari ini bercakap ttg penubuhan 'unity goverment' ??? sedangkan senario yg ada di negara kita tidak menuntut ia ditubuhkan ?? Sungguh aneh, malaysia tidak berada dlm keadaan seperti yg terdapat di Zimbabwa, Kenya dan S/Afrika sebelum ini dlm keadaa UMNO-BN mempunyai majoriti di parlimen. Lagipun sudah pastilah, 'bagaining power' yang dimiliki oleh PAS jauh lebih rendah dari parti-parti lain di Msia utk PAS berperanan secara berkesan dlm langkah menubuhkan UG ini...amat jelas fokus PAS telah dapat dilencungkan ke arah yg tidak menguntungkan !! PAS hari ini boleh diibarat spt pelabur yg telah membuat pelaburan di kaunter-kaunter yg mana sahamnya semakin jatuh dari hari ke hari dan mungkin akan bankrap bila-bila masa seperti mana yang berlaku di syarikat besar di US hari ini !!!

Jadi, hamba sarankan agar PAS mengadakan 'RETREAT' dgn segera dan bermukabalah dgn anggota PR dahulu, dan tidak terburu-buru utk bermukabalah dgn UMNO-BN yang jelas sedang sentiasa 'menyediakan perangkap' untuk musuh-musuhnya...

Wassalam, semoga PAS dan kepimpinannya sentiasa dilindungi Allah hendaknya.

Nizam Mahmud said...

Tok Pa telah dilantik jadi Setiausaha Agung.

Sekarang ini, satu-satu nya yang menjadi penghalang kepada perpaduan dengan UMNO ada Nik Aziz.

Siapa yang wala pada Nik Aziz, sila lah sentiasa buka mata dan telinga dan berjaga-jaga lah sekalian dari sekarang.

Apa saja kemungkinan boleh berlaku sekarang. Yang pasti Fraksi UMNO tidak akan sekali-kali mengalah.

Yang wala pada Nik Aziz juga jangan sekali-sekali mengalah.

Anonymous said...

Boleh buat persediaan, tapi jangan tarik diri sehingga saat terakhir. Biar berjuang habis-habisan dalam PAS, tapi kalau perwakilan tetap nak tidur selambu dengan UMNO, baru tarik diri dengan semua yang tidak bersetuju dengan Hadi dan Nasha. Saya yakin PAS supporters pun tak setuju dengan mereka, sebab itu mereka jadi PAS supporters. Nak tubuh parti baru pun boleh, tak jadi problem. Lagi senang nak bawa perubahan yang lebih ketara.

donplayplay

Anonymous said...

kalau pakatan UMNO-PAS boleh melaksanankan persempadanan kuasa 75% parlimen menjadi kerusi majoriti melayu, maka saya amat2 setuju. skrg ni kuasa tawar menawar politik melayu islam amat lemah,kaum bukan Islam menjadi penentu. saya lihat ini langkah bijak oleh TGHA and team, kerana hanya dgn cara ini hudud boleh terlaksana. Kalau dgn cara skrg,mustahil hudud boleh terlaksana.

Monkey Code said...

'Boneka Umno' suka k'jaan perpaduan
http://www.malaysiakini.com/news/106277

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas lagi pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".
Beliau juga tidak bersetuju dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali, kini setiausaha agung PAS, supaya semua pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat berhenti membuat kenyataan umum berhubung isu tersebut bagi mengelak kekeliruan, lapor Bernama.

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.
"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.
"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," Nik Aziz dipetik berkata selepas meraikan rombongan guru fardu ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di Kota Bharu hari ini.Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, lapor agensi berita itu lagi, "ia sebenarnya adalah ilham Umno".

Menjawab soalan bahawa isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri, menteri besar itu berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.

"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.
Mengenai saranan Mustafa itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.

"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup," katanya.

"Mana boleh tutup mulut manusia."

Anonymous said...

Ustaz Nasharuddin akan menjadi presiden PAS apabila TG Haji Abdul Hadi Awang meninggal dunia

Anonymous said...

inilah dia group shaitan yang bertopeng kan manusia:
1.haSSAN ALI - afrit no.1 dialah dalang haramjadah besar dalam pas
2.nasharuddin mat isa - barua no1 umno. excited sangat nak jadi TPM
3.hadi awang- muzabzab no 1. jenis ulama assuk. dulu dia cakap umno kafir.umno perjuangkan assabiyah. haram terlibat dengan umno. sekarang, dia nampak habuan dunia dah dekat, dia terbalik
4.mustafa ali- ini lagi satu ular dalam bush. dalam diam dia punya shaitan. dia yang cucuk hadi lanyak anwar.
5.last si harun , ulama perak. lagi satu malaun! dia nampak dia sorang je lah yang tahu pasai syurga neraka. bukan harun din ,harun perak haramjadah yang fitnah husam.

how can in any muslim right fram of mind would want to offer a unity government to such a fucked-up party and people like umno.
umno ni clear cut la'natullah ! tak ada word lagi kau boleh described dia orang. sial se sial sial punya akhlak pemimpin melayu ada dalam sifat najib, JJ, dan macam2 lagi yang berzina, mentakedarah arak macam minum air sejuk, rasuah, guna islam for politics, you name it lah.
Still manusia bertopengkan shaitan dalam pas ini yang masih nak jilat jubuh bangsat2 dalam umno ini.
why ? power + position + fulus. end of the day its always about that. Fuck religion man.pasai tu , puncak niaga, razali ,pun dia jilat. sedangkan haramjadah inilah yang menyusahkan rakyat di selangor.

kan sial punya jenis pemimpin islam macam ini.?
kalau tak kerana nik aziz, aku tak akan jadi pas member pun. pasai nik azizlah i am a member of pas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.