Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Thursday, June 4, 2009

Pesanan Kepada Perwakilan PAS: Asal Bukan UMNO (ABU)



Pesanan saya kepada keseluruhan perwakilan PAS: Asal Bukan UMNO (ABU). Tolak semua calon yang terpalit dengan usaha merapatkan PAS dengan UMNO.

Kenapa mahu menyokong mereka yang mahu memanjangkan jangka hayat UMNO? Kita sokong calon yang mahu menggantikan UMNO.

Ini lebih elok dan baik untuk Islam dan untuk PAS di Malaysia. Setakat ni saya tengok dah semakin ramai orang bukan Islam yang berani menyuarakan ketidak takutan mereka kepada perlaksanaan hukum shariah Islam.

Contohnya di bawah ini yang saya ambil di Malaysian Insider di bawah ini:

"written by lengcai, May 30, 2009
I would said that I have more faith on PAS then UMNO, DAP or PKR, I'm a Chinese and I don't carry the fear of PAS to implement of Hudud law in Malaysia, as long as the party still practiced free religion in this country. Why I have faith on PAS? mainly because they have a very good moral status compare to the other parties, mainly all their candidates have good religion back ground and they only fear their God so much and not to be easily tempted, I would said they have a good leadership in their party all these years. I hope this will never change for times to come, even though we might face a new leadership on this coming party election. Remember only those who used to walk in the darkness are scared of punishment from the authority(Law), it doesn't matter what law it is."


Ini bererti, kaedah yang PAS pakai 2008 lepas sudah semakin berjaya dan peluang untuk hukum shariah untuk berjalan di malaysia semakin cerah.

Oleh kerana UMNO secara total menolak hukum syariah Islam, maka terpaksalah PAS dan orang Islam di Malaysia meminta sokongan dari orang bukan Islam pula untuk melaksanakan shariah Islam.


Tulang Besi

38 comments:

Anonymous said...

kalau macam tuh kena tolak tuan guru haji hadi awang jugakke?? setahu aku TGHH juga banyak kali deal dengan pak lah...ko ni sebenarnya memang bangsat...ko kasi faham betul2 dulu bab tahalluf siyasi..

Wan Jai

Anonymous said...

kenapa aku tgok perangai orang2 pas terserlah 2 -3 minggu ni.. orang yang berlebai, berjubah dan mulut tak kering dengan kalimah allah dan kalimah2 suci lain tapi sejak 2 menjak ni bertukar jadi bangsat, celaka ,anak haram dan lain2 lagi perkataan yang dasyat.. aku bukan ahli pas tapi aku pelik meihat pas...

amin rashid, kl

Anonymous said...

itulah hasil tarbiyah drp Tulang Babi.
kalau dah kena laknat, kita kena cakap. sama macam abu lahab yang dilaknat Allah.

Anonymous said...

Pas tidak ada niatbersama UMNO, BN

KUALA LUMPUR 3 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan pucuk pimpinan parti itu tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk membawa Pas menyertai UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Sebaliknya beliau berkata, Pas akan terus dipertahankan daripada sebarang unsur yang boleh menjejaskan keutuhan dan perpaduan parti.

''Saya ambil kesempatan di sini untuk sekian kalinya menegaskan bahawa pimpinan tertinggi parti tidak pernah mempunyai niat atau perancangan untuk masuk UMNO dan BN.

''Saya amat percaya adik-adik saya di dalam Dewan Pemuda Pas bersama-sama dalam agenda ini. Akan kita pertahankan parti ini daripada sebarang unsur yang cuba merobek dan mengganggu keutuhan jemaah kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat ke-50 di Dewan Datuk Haji Fadzil Mohd. Noor, Markaz Tarbiyyah Pas Taman Melewar dekat sini malam ini.

Turut hadir ialah Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Salahuddin Ayub; barisan exco serta 1000 hadirin yang terdiri daripada perwakilan dan pemerhati.

Kenyataan Nasharudin itu merupakan reaksi pertama beliau apabila ada pihak yang menuduhnya terlalu liberal dengan UMNO.

Sejak dikaitkan dengan dakwaan tersebut, Nasharudin tidak pernah sekali membuat kenyataan, sebaliknya mengambil pendekatan mendiamkan diri.

Nasharudin dalam ucapannya turut mengajak golongan muda dalam Pas menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai sandaran kerana parti itu terbentuk atas dasar yang ditetapkan oleh kedua-dua sumber utama dalam Islam itu.

''Islam yang kita perjuangkan ini diambil nasnya daripada al-Quran dan as-Sunnah dan al-Quran dan as-Sunnahlah yang mengajar kita untuk mengenal siapa musuh, siapa kawan, ketika mana hendak berperang dan ketika mana kita hendak berdamai," katanya.

Selain berperanan sebagai satu parti politik, beliau juga menyentuh fungsi Pas sebagai satu badan dakwah yang perlu menjalankan kerja-kerja dakwah.

''Kita sebagai dai (pendakwah) yang bertanggungjawab ke atas mad'u (pihak yang didakwah). Bila sebut mad'u semua yang di luar sana adalah mad'u kita.

''Kita harus mengajak mereka bersama kita berbincang, berdialog tanpa mengira siapa mereka dan ideologi atau kefahaman apa pun yang mereka miliki," katanya.

Beliau juga berpesan supaya tidak berlaku laga melaga antara satu sama lain, berdusta hingga membongkarkan rahsia dan menjaga adab- adab berjemaah.

Dalam pada itu, beliau mahu semua pihak sedar bahawa kepimpinan merupakan amanah paling berat dan ia wajib diuruskan dengan cara yang betul dan benar.

Beliau berkata, walau diuji dengan pelbagai cabaran tidak terduga, pemimpin harus mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipertahankan.

''Kepimpinan adalah seni untuk membimbing manusia ke arah objektif yang telah ditetapkan. Alhamdulillah Pas mempunyai produk Islam untuk disampaikan dan ia akan terganggu sekiranya pemimpin tidak bijak dalam meyakini rakyat atau pengikut untuk menerima prinsip-prinsip Islam,'' ujarnya.

Anonymous said...

ok la kalau berterusan bagini.. "kamu semua mungkin akan menang diantara kamu semua.. tapi aku takut kamu akan kalah dikalangan kami semua iaitu orang2 yang sepeti aku..."

amin rashid, kl

Anonymous said...

kami hanya nak redha Allah.
peduli apa dgn kemenangan duniawi.

Anoinimuz said...

bodoh punye wan jai...

kalau macam tuh kena tolak tuan guru haji hadi awang jugakke?? setahu aku TGHH juga banyak kali deal dengan pak lah...ko ni sebenarnya memang bangsat...ko kasi faham betul2 dulu bab tahalluf siyasi..

Wan Jai

kan die ckp ASAL BUKAN UMNO !!! ade die suh tolak TGAH??? TGAH pn tolak UMNO...ko faham ape psal tahalluf??

tak payahlah nak timbulkan spark yg tak kne langsung ngan artikel TB...

Lu mesti UMNO...asl lu takot sgt org nak musnahkan UMNO skang???lu husam musnahkan lu???

kalo husam takde, akan ade yg lg hebat dr husam...lu spatutnye lebih cuak...

nuar bekas banduan said...

Ha ha ha nak tergelak pun ada cuba tengok kerusi paling banyak dari parti mana.sori bib umno masih kuat cuma komponen dari kaum cina dan india jer yang teruk.Kalau Umno bersendirian pun masih ada sokongan yang kuat dari orang melayu.Jangan nak mimpi disiang hari.kih kih kih hu hu hu

Anonymous said...

biasalah org-orag PR tidak berpijak dibumi nyata.
baru india dan cina sokong dah rasa mcm nak menang satu malaysia

sila maklum bahawa majoriti seat melayu masih kepunyaan UMNO.
dan undi melayu di Bukit Gantang pun dah mula kembali kpd UMNO.

biarlah PR bermimpi disiang hari.

Anonymous said...

inilah virus..yang ditanam oleh umno..satu masa nanti orang tak akan percaya kepada media alternatif..sebab banyak blogger upahan..
siapa awak yang mengarah orang pilih ini jangan pilih itu..
ini lah balaci umno

Anonymous said...

kalau takda niat apasal menipu pd ajk pas pusat?

cucu jebat said...

kalau kita amati betul2 sejak2 akhir ni,terlalu banyak sangat manusia samada yang mengaku ustaz2 membuat fitnah,politik wang,tidak taat pada jamaah dan sebagainya.lepas tu berpakat pula dengan utusan meloya untuk memburukkan husam.Apakah dosa fitnah itu cuma untuk orang2 macam kami dan orang2 yang bersekolah di sekolah bukan aliran sekolah agama.Kalau lah kita ini dari orang yang benar2 berfikir dengan mata hati yang jujur lihat lah apa yang telah dilakukan oleh pembantu2 tok guru nik aziz yang berjaya mengekalkan Pas di Kelantan.Berbanding dengan pembantu2 hj hadi yang menjahanamkan Pas di trengganu seperti bakar chik,cikgu pa,harun taib.Maka dengan akal yang di beri ALLAH kepada kita wajarlah kita memilih Dato Husam Musa untuk jadi pembantu Hj Hadi yang baru agar Pas lebih keterampilan.Klau kita mau atau maseh nak kekalkan nasha untuk tp bermakna kita maseh lagi mau mengekalkan pembantu2 hj hadi untuk terus menguasai pemikiran pimpinan Pas yang hasil nya tak kemana bahkan akan menjauhkan masyarakat umum pada pas untuk pru 13 akan datang.Yang pelik nya bila nasha sanggup membuat penafian tentang hubungan dengan umno waktu perasmian pemuda semalam,kenapa depan masyarakat kita nafikan,kita berjumpa dalam gelap,tetapi tiba2 lampu terpasang.maka kita gunakan syura dah lulus,itu pun setelah pak lah dedahkan memang ada pertemuan untuk ke arah itu.Apakah kerana kita takut hilang undi kita tergamak menipu perwakilan.Moga Allah selamatkan Parti Islam Semalaysia(PAS)dari pemimpin sebegini.

Lee Copper said...

Cucu Jebat,

Tepat sekali. Aku sokong. Lupakan Nasa ambik HUSAM jadi T.Presiden.

Anonymous said...

PAS MEMANG BANGSAT PUN..HARAP SIANG MALAM TUNGANG TUNGGING SEMBAHYANG LEPAS LIPAT SEJADAH TERUS BUKA PEKUNG ORANG LAIN..ADAKAH INI CIRI PELAPIS PEMIMPIN KITA. TUNJUK KAT RAKYAT KONONNYA MEREKA ALIM,WARAK TAPI LIDAH TAK KERING CERITA PERIHAL ORANG LIAN, HASAD DENGKI DAN CANTAS MENCANTAS..

WALAUPUN PERKARA BEGINI BANYAK WUJUD DALAM UMNO TETAPI MEREKA TIDAK HIPOKRIT TIDAK MENUNJUK MEREKA ALIM, TAWADUK MACAM PAS..

UMNO BOLEH MENERIMA KRITIK RAKYAT KERANA MAHU MEMPERBETULKAN DIRI MEREKA SENDIRI TAPI PAS BILA KITA KRITIK KATA KITA BERNIAT JAHAT, DENGKI DENGAN SOKONGAN YANG PAS TERIMA HARI INI..APA PUNYA BANGSATLA ORANG PAS. KITA HENDAK TEGUR YANG TAK BAIK DITUDUH KITA BERNIAT JAHAT..

USTAZ DAUD IRAQI TUDUH PAS AMAL POLITIK WANG SAMPAI SEKARANG SENYAP TAK AMBIL TINDAKAN..JIKA USTAZ TU SALAH BUAT FITNAH KENAPA TIDAK DIHUKUM..?

BUKANKAH BENAR PAS AMAL POLITIK WANG. INGAT JIKA USTAZ TU FITNAH BELIAU LEBIH ARIF DENGAN DOSA PAHALA..!

EX DPP PANTAI DALAM

maun said...

Apabila sesuatu parti sudah diterima umum maka berlaku pertentangan idea dan aliran yang akhir akan menambah kuatkan parti tersebut.

PAS sedang menuju kearah itu. Usah gusar, pertandingan ini adalah sihat cuma kita ingin memilih yang terbaik untuk membawa PAS kearah yang lebih cemerlang.

Dengan berbagai latar belakang dan aliran dan fahaman ahli yang sudah menyertai PAS apalagi non muslim yang sudah menyokong PAS, maka perlu pemimpin yang dinamik dan bijaksana bukan sahaja dari latarbelakng agamanya tapi siasah politiknya.

Ini adalah petanda PAS sudah dapat diterima oleh rakyat Malaysia. PAS sudah mula dipandang sebagai parti yang boleh memberi pengaruh kepada rakyat dan pengundi, maka terbukalah pintu, berbagai anasir memenuhi ruang rumah yang akhirnya tenang apabila dasar perjuangan sudah mula difahami. Udara segar dihirup, habuk debu akan akhirnya berlonggok disudut rumah.

Yang penting pemimpin yang dapat membawa aspirasi ahli dan parti untuk membawa PAS ke era yang lebih gemilang. Pemimpin yang boleh diterima rakyat dan bukan setakat ahli PAS sahaja harus diberi keutamaan.

Anonymous said...

PAS KALAH PRU 13.. UMNO MENANG!

Satu peringatan yang baik untuk para perawakilan.. http://perakexpress.com/www/?p=4046

Rozana said...

Kemenangan & kekalahan PRU terserah pada Ilahi. Yang penting usaha dan ikhtiar kita sebagai hamba. Usaha menambahbaik organisasi parti dan ikhtiar menambat hati pengundi dengan penuh hikmah.Semestinya PAS bukan sekadar mahu undi, tapi mahu membawa keadilan dan kesejahteraan rakyat di bawah naungan Islam. Al-Falah sebenar ialah mendapatkan keredhaan Allah SWT dan seterusnya bermukim di syurga yang kekal abadi itu. Itulah sebenar-benar KEHIDUPAN.

Anonymous said...

Aik TB sokong vandalism ke.... ISLAM suruh buat VADALISM ke? atau puka2 erdogan ko yang galak dgn vandalism...

kesian parit tu... dia tak buat salah, puak ko pergi cat 'ABU'kat situ...


nampak sgt rosak sungguh puak2 erdiogan ko

Nunca Caminaras Solo said...

PAS rasa dia menang sebab dia kuat.. Masih dok dalam angan-angan.. Cuba jangan menipu diri sendiri.. Campur-campur sume undi yang PAS dapat masa PRU12 hari 2 xsama dengan jumlah ahli dan kelab penyokong PAS..

Petunjuk sokongan tegar PAS, khasnya, dan PR, amnya, adalah semasa PRU11.. Hakikatnya, xde sapa sangka PRU12, PR akan menang bergaya.. Jgn tipu diri sendiri.. Nie nak bagi nyawa balik kat UMNO watpe..

50 tahun PAS berjuang utk sampai ke tahap ini akan jadi sia2 sekiranya memberi sambungan nyawa kepada UMNO.. Melayu nie amnya akan menyokong parti yang memerintah.. PAS dapat pergi Putrajaya PRU13 akan datang, insya'allah, PRU14 berbondong-bondong the so-called penyokong tegar UMNO kat kampung akan berubah menyokong PAS.. UMNO depa hantar masuk muzium..

Anonymous said...

TB,
Ana terlayar satu blog MuktamarPAS Blog Com.dan tak percaya ada orang PAS yang sangup merendahkan sesama insan untuk memenangkan ketuanya.Blog ini dah sampai ketahap menghentam peribadi yang amat keterlaluan.Jelas,nyata dan tak syak lagi mereka dari kumpulan fraksi UMNO kerana gaya dan cara serangan mereka adalah style UMNO.Orang PAS tak akan sampai menyerang peribadi orang hingga ketahap yang menjijikkan dan meloyakan.

Anoinimuz said...

UMNO da sampai penghujung hayat....ko hntar lah 1000 org umno pun...300 org pas sudah cukup utk telan semua ....

Anonymous said...

Bro, Wa rasa lu ni dah mamai la. Wa rasa lu ni dah kelam kabut sebab lu tau hussam akan kalah. Wa tau lu buat macam ni sebab melalui blog lu rasa hussam boleh menag macamana yang terjadi dalam pilihan raya sekarang. Blog memainkan peranan yang besar. Tapi wa nak ingatkan lu bro..., Org Pas bukan bodoh macam lu sangka. Macam Hussein ingat. macam kickdefella Umno tu buat. Org Pas ada jati diri.. ada akidah..
Orang Pas ni dia akan siasat dulu setiap berita baru terima. Lu tak der bukti Ust Nasa nak bawa Pas dalam Umno lu tau tak kalau keputusan yang begitu besar hanya boleh dibuat dalam majlis syura sahaja. Apa la lu bengap sangat. Lu ingat kalau ust Nasa ajak org Pas masuk Umno diorang ikut ker
Tapi wa tau kalau lu orang macam lu, Hussam dan lain2 orang lu dah tak ada tempat diorang sanggup masuk PKR. Sebab tu wa nak cakap sama lu... orang Pas tak suka dengar fitnah yang melampau macam lu buat. Anwar, Hussan Lu, Kickdefella cerita konon 16 set berlaku , tapi lu orang tipi sama kami. Lu ingat kita orang percaya lagi. Sebab kenyataan Mustafa Ali bercakap benar bahawa tak mungkin 16 sept berlaku, Lu org kecam dia. Luorang guna ust nik aziz gangang sama dia. Apa jadi? Lu orang gelakkan sebab luorang berjaya porak perandakan orang dalam Pas. Lu aorang guna publisiti murahan macam PKR. Woiii... Kita orang bukan bodah la. Bagi kita orang Umno, Pkr sama sahaja. Cuma tukar baju.. Otak masih sama. Macam lu la. Wa ingat lu memang pengecut la. Lu memang virus dalam parti. Lu serupa pengkhianat macam kickdefella, Hishamuddin kaki minum. Ingat kita orang nak percaya orang macam ni ka. Sudah la

Tulang Besi said...

Orang Pas ni dia akan siasat dulu setiap berita baru terima. Lu tak der bukti Ust Nasa nak bawa Pas dalam Umno lu tau tak kalau keputusan yang begitu besar hanya boleh dibuat dalam majlis syura sahaja. Apa la lu bengap sangat..

Habih nak tunggu dah masuk UMNO baru kita nak bertindak ke?

Kalau betul tak nak bawa PAS masuk UMNO:

a. Kenapa menipu pada AJK PAS Pusat kata tak jumpa sampai mahfuz keluar kenyataan lepas tu terpaksa tarik balik.

b.Kenapa UMNO menyokong Ust Nasa 100% sehingga Utusan dan semua media UMNO berkempen untuk Husam

c. Kenapa menipu berkenaan dengan aarahan Syura? Sedangkan tiada bukti bertulis wujud arahan tersebut?

d. Kenapa menentang arahan Tok Guru yang menyuruh berhenti berjumpa UMNO atas nama Syura?

DAn banyak lagi kalau nak cakap

Afyan said...

kali ini saya setuju dengan Tulang Besi 'Asal Bukan Umno";

1. Tolak pemimpin yang suka menonjol-nonjolkan diri macam Umno.

2. Tolak pemimpin yang menolak kepimpinan ulama' macam Umno.

3. Tolak pemimpin yang suka bercakap menjatuhkan pemimpin lain, macam Umno

Anonymous said...

TB,
Baca dengan teliti Anon 5.06.09 jam 3.27am,inilah jenis manusia yang digunakan olih Mustafa Ali untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO atas alasan muqabalah,muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Lihat gaya bahasanya,stylenya,kesombongannya,
keangkuhannya dan caranya memperkecilkan orang lain.Jenis inilah yang telah ditarbiah olih "ulamak" PAS.Hancurlah PAS.

Afyan said...

Agenda Kerajaan Perpaduan cadangan Haji Hadi dikatakan tidak mendapat persetujuan PR.

Walhal, agenda 16 September Anwar pun tidak pun melalui persetujuan PR ketika diwar-warkan.

Ada agenda licik Anwar untuk meruntuhkan ulama di dalam PAS, yang telah dikesan oelh para ulama.

Inilah yang merunsingkan Anwar kerana Anwar tahu jentera PKR tidak dapat menandingi jentera PAS yang ramai dan kuat.

Expat-Melaka said...


2. Tolak pemimpin yang menolak kepimpinan ulama' macam Umno.

3. Tolak pemimpin yang suka bercakap menjatuhkan pemimpin lain, macam Umno
.

What are u talking about?

UMNO sekarang ini MENYOKONG KEPIMPINAN ULAMA.

Ada baca tak Utusan Malaysia?

Juga, sekiranya amalan menjatuhkan pimpinan lain ini salah, bagaimana dengan komen saudara berkenaan dengan usaha menjatuhkan Dato' Asri yang dipimpin oleh Tok Guru Nik Aziz tahun 1982?

Expat-Melaka said...

TB,
Baca dengan teliti Anon 5.06.09 jam 3.27am,inilah jenis manusia yang digunakan olih Mustafa Ali untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO atas alasan muqabalah,muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Lihat gaya bahasanya,stylenya,kesombongannya,
keangkuhannya dan caranya memperkecilkan orang lain.Jenis inilah yang telah ditarbiah olih "ulamak" PAS.Hancurlah PAS.

June 5, 2009 11:08 PM
Blogger Afyan said...

Agenda Kerajaan Perpaduan cadangan Haji Hadi dikatakan tidak mendapat persetujuan PR.

Walhal, agenda 16 September Anwar pun tidak pun melalui persetujuan PR ketika diwar-warkan.

Ada agenda licik Anwar untuk meruntuhkan ulama di dalam PAS, yang telah dikesan oelh para ulama.
.

Afyan ni mamai la.

Agenda Sept 16 telah dipersetujui dalam Mesyuarat PR sejak permulaan penubuhan PR lagi.

Dan telah dimaklumkan kepada Majlis Presiden PR secara bersiri sehinggalah ke tahap di mana PAS telah mensabotaj usaha tersebut

Kalau nak sokong ulama pun, janganlah buat fitnah. Ini ke hasil tarbiyyah?

Afyan said...

Sdra Expet-Melaka

Boleh saudara tunjukkan di mana bukti / kenyataan akhbar yang menunjukkan ai telah dipersetujui di peringkat PR?

Setahu saya ia agenda peribadi Anwar.

Ketika mula-mula diwar-warkan, pimpinan PAS dan DAp sendiri tidak tahu. Boleh rujuk kenyataan Md Sabu dan Lim Guan Eng di dalam harakah sekitar bulan April / Mei 2008 di dalam Harakah dan Bernama.

====

Alangklah baiknya jika kita berhujah berdasarkan isi dan maklumat berbanding tuduhan peribadi; mamai, hasil tarbiyah dsb.

Expat-Melaka said...

TB,
Baca dengan teliti Anon 5.06.09 jam 3.27am,inilah jenis manusia yang digunakan olih Mustafa Ali untuk membawa PAS bekerjasama dengan UMNO atas alasan muqabalah,muzakarah dan Kerajaan Perpaduan.Lihat gaya bahasanya,stylenya,kesombongannya,
keangkuhannya dan caranya memperkecilkan orang lain.Jenis inilah yang telah ditarbiah olih "ulamak" PAS.Hancurlah PAS.

June 5, 2009 11:08 PM
Blogger Afyan said...

Agenda Kerajaan Perpaduan cadangan Haji Hadi dikatakan tidak mendapat persetujuan PR.

Walhal, agenda 16 September Anwar pun tidak pun melalui persetujuan PR ketika diwar-warkan.

Ada agenda licik Anwar untuk meruntuhkan ulama di dalam PAS, yang telah dikesan oelh para ulama..

Afyan ni mamai la.

Agenda Sept 16 telah dipersetujui dalam Mesyuarat PR sejak permulaan penubuhan PR lagi.

Dan telah dimaklumkan kepada Majlis Presiden PR secara bersiri sehinggalah ke tahap di mana PAS telah mensabotaj usaha tersebut

Kalau nak sokong ulama pun, janganlah buat fitnah. Ini ke hasil tarbiyyah?

June 6, 2009 9:44 AM
Delete
Blogger Afyan said...

Sdra Expet-Melaka

Boleh saudara tunjukkan di mana bukti / kenyataan akhbar yang menunjukkan ai telah dipersetujui di peringkat PR?

Setahu saya ia agenda peribadi Anwar.
.

Dalam siaran media PR yang berlambak-lambak sebelum ini.

Juga, TOk Guru Nik Aziz sendiri menyokong usaha tersebut sehingga Tok guru memaki Mustafa Ali kerana cuba "undermine" usaha tersebut.

SAya rasa hanya saudara sorang sahaja yang tak maklum perkara ini.

Saya sendiri telah bertanya beberapa pimpinan PAS Pusat dalam majlis presiden PR dan mereka sendiri telah menyatakan bahawa perkara ini telah maklum.

Saudara ada bukti bahwa ianya adalah agenda pribadi dan tidak pernah dirujuk kepada pimpinan?

Kenapa Guan Eng, LKS setuju kalau Anwar tidak merujuk kepada mereka?

Afyan said...

Buktinya ialah 16 September tidak jadi.

Jelas ia pembohongan. Malah, malam 16 September di dalam ceramah di kelana jaya masih bertegas 167 september akan jadi.

Mula-mula kata 16 september. Then kata bulan 10. Then kata selepas raya haji. Then kata ditangguhkan.

======
Anwar nak menutup kelemahan partinya.

Tidak ramai petugas sebagaimana PAS yang ramai, kuat dan berdaya tahan.

======
ADUN yang lompat di Perak adalah calon cadangan Anwar untuk menjadi MB.

Afyan said...

Sebentar tadi kira-kira jam 10.10 pagi Ustaz Nasharuddin diumumkan secara rasmi sebagai Timbalan Presiden PAS bagi penggal yang baru 2009-2011.

Kita nantikan respon media / bloger pro-Anwar dalam perkara ini, yang akan menggali sebab musabab kekalah Husam.

Saya jangkakan akan keluarlah tulisan-tulisan yang akan menghentam lagi para ulama yang melobi.

Mungkinkah akan ada yang kata usaha Utusan berjaya?

Atau akan kata Ulam tolak profesional?

Atau yang akan kata; PAS tak akan maju?

Perwakilan telah membuat pilihan, ayuh bekerja.

sam raspiut said...

memang dah agak makhluk dua alam tu menang wehh..? jadi sah dan sahih la umno dah menang menang muktamar? TAHNIAH!!
Dan sohehlah jugak PAS semalaysia jadi PAS tganu semalaysia... kawang kenal sangat peel puak ni, nak wat saing gi ke laut buleh laa. pejuang agama.. jangen harapp??
hidup Pas Kelantan!!! Hidup Pas Kelantan!! Hiduuup Pas Kelantan!

Tulang Besi said...

Mereka yang terlampau bising kata jentera PAS ramai dan jentera Keadilan tak ramai.

Saya nak tanya, kenapa Keadilan menang banyak kerusi di Perak, Selangor, Penang dan N Sembilan?

Afyan said...

Anwar banyak melobi untuk PKR mendapatkan banyak kerusi dipertandingkan sekalipun di dalam kawasan yang tiada jentera PKR untuk bekerja.

Allah lebih maha merancang, walaupun kerusi perlimen yang kurang, PAS mampu menambah dua kerejaan negeri,

Barang diingat, di Perak PKR beria-ia hendak menjadi MB.

Calon MB mereka dicadangkan oleh Anwar sendiri.

Mujurlah calon MB tersebut tidak jadi MB.

Allah maha berkuasa.

Calon MB tersebut yang tidak tahan ujian, akhirnya tersungkur dan melompat.

Namun, tiada pula entri blog ini yang mengkritik Anwar atas kejadian ini.

Saya yakin dan percaya, jika ia berlaku di dalam PAS, pastinya teruk Hj Hadi dan Ust Nasa dibelasah oelh pemilik blog.

Tulang Besi said...

Afyan said...

Anwar banyak melobi untuk PKR mendapatkan banyak kerusi dipertandingkan sekalipun di dalam kawasan yang tiada jentera PKR untuk bekerja.
.

Betul, dan di Selangor, PKR menang lebih banyak kerusi dari PAS.

Saya rasa janganlah terus buat fitnah kononnya PKR hendak gunakan jentera PAS. Ini kerana banyak kawasn yang PKR bertanding, jentera PAS pun tak banyak sebab kawsan2 itu adalah kawasan2 campuran Cina, Melayu etc i.e. DUN Bukit Lanjan.

Dan di banyak negeri, PAS bertanding lebih banyak kerusi dari PKR.


Allah lebih maha merancang, walaupun kerusi perlimen yang kurang, PAS mampu menambah dua kerejaan negeri,

Barang diingat, di Perak PKR beria-ia hendak menjadi MB.
.


Bukan penambahan kerajaan Negeri oleh PAS kerana dokonan ADUN KeAdilan?

Dan orang yang beriye2 nak jadi MB itu, bukankah dia juga yang melompat masuk UMNO, di Perak?

Inilah dia benda yang tak jadi isu, hendak dijadikan isu.

Tulang Besi said...

Mujurlah calon MB tersebut tidak jadi MB.

Allah maha berkuasa.

Calon MB tersebut yang tidak tahan ujian, akhirnya tersungkur dan melompat.

Namun, tiada pula entri blog ini yang mengkritik Anwar atas kejadian ini.

Saya yakin dan percaya, jika ia berlaku di dalam PAS, pastinya teruk Hj Hadi dan Ust Nasa dibelasah oelh pemilik blog.
.

Mungkin kerana sepanjang 11 bulan kerajaan PErak, Anwar telah berusaha mengawal bakal calon MB tersebut dan bukan membiarkannya.

Tapi nak buat mcmna kalau habuan duit lebih besar.

Adakah ini bermakna kita sepatutnya bercakap dengan UMN dengan lebih erat, wahai Afyan?

Afyan said...

Akhlak pemimpin PKR hampir sama dengan akhlak pemimpin Umno.

kedua-duanya tidak tahan diuji dengan cubaan, gertakan dan wang ringgit.

Bukan lagi rahsia, ternyata fakta yang maha benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.