Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 15, 2009

Presiden PAS Tidak Wala’ Pada Mursyidul Am?

Sepanjang hujung minggu ini saya terus menerus memimikrkan isu ini dengan mendalam. Begi saya, ini adalah satu perkembangan yang sangat-sangat menyedihkan.

Ahli-ahli PAS dimomokkan supaya sentiasa memberi wala’ kepada kepimpinan. Malahan, orang seperti saya ini telah dilabel sebagai seorang yang tidak memberi wala’ kepada kepimpinan.

Saya adalah produk tarbiyyah PAS. Bezanya, saya mula ditarbiyyah sebelum geng2 Terengganu mengmbil alih silibus tarbiyyah. Zaman saya, kami ditarbiyyah untuk memberi wala’ pada Allah dan Rasul. Dan segalanya mesti berdasarkan hujjah, bukan ketaatan membabi buta seperti yang kita lihat sekarang ini.

Di zaman sekarang, pemuda-pemuda PAS ditarbiyyah untuk memberi wala’ kepada kepimpinan tanpa menyoal samada wala’ mereka itu sah atau tidak. Dengan kata lain, pemuda-pemuda PAS dilatih menjadi robot dan mengikut segala titah perintah kepimpinan tanpa soal.

Para ustaz2 muda lulusan Azhar digunakan sepenuhnya untuk tujuan membasuh otak ini. MEreka dihantar ke cawangan2 PAS untuk membasuh otak ahli supaya memberi ketaatan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan.

Dahulu, usrah digunakan untuk melahirkan insan2 yang taat kepada Allah dan Rasul serta mempunyai akidah yang jelas dan terang.

Sekarang ini usrah2 digunakan untuk menyebarkan fitnah dan berkempen untuk calon2 tertentu sewaktu pemilihan, seperti yang berlaku sebelum ini.


Apabila ada yang menyoal, mereka ini akan terus dilabel tidak memberi wala’ kepada kepimpinan. Sahabat saya, Ahmad Mokhtaza yang dulu pernah satu usrah dengan saya pun menuduh saya tidak memberi wala’ pada Presiden.

Sahabat saya itu lebih mempercayai kata2 geng TErengganu berkaitan saya berbanding dengan untuk menyoal saya sendiri. Begitu lah seriusnya kegiatan membasuh otak dalam PAS. Tidak ada ruang untuk menyoal ataupun memberi idea2 baru.

Malangnya, kata-kata wala’ ini tidak terpakai pula kepada Presiden parti yang baru2 ini jelas menolak mentah-mentah arahan Mursyidul Am PAS Pusat. Antara misal penolakan arahan Mursyidul Am adalah:

a. Memberhentikan perundingan dengan UMNO
b. Menghentikan idea kerajaan perpaduan
c. Membuang Mustafa Ali dari Harakah
d. Melantik Mat Sabu dan Husam Musa dalam Dewan Harian PAS Pusat

dan banyak lagi.

Presiden lebih memberi wala’ pada Mustafa Ali dan Harun Taib serta geng Terengganu beliau. Geng yang sama yang telah bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Terengganu telah diberi kekuasaan penuh dalam Dewan Harian PAS Pusat.

Dengan kata lain, Mursyidul Am telah dilayan sebagai tunggul oleh Presiden dan geng Terengganu. Padahal, Mursyidul Am adalah sebab utama PAS naik ke tahap yang begitu tinggi sekarang ini dan bukannya geng Terengganu.

Dalam hal perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri pula, ada seorang pengkomen telah memberi komen:

“ Anonymous said...
zaman arwah ustz fadzil - teranngg2 setuju kalo BA menang ANNWAR PM -termaktub semasa kempen.. even if PAS menang kerusi banyak pun Anwar PM..
kenapa arwah TG FADZIL noor bole terima anwaar - ahli pas terima..
TAPI sekakrang zaman hadi banyak sangat keraguan itu ini..Mursyidul AM nampak gaya takda masalah Anwar jd PM

ahli jemaah ikut TAAT kata mursyidul AM -dia pemimpin tertinggi.. bukan yg lain2 tu..
June 13, 2009 10:18 PM”
Selagi PResiden tak bagi wala’ pada Mursyidul Am, mengapa saya sebagai ahli biasa mesti bagi wala’ pada Presiden?

Sila jawab soalan penting ini

Tulang Besi
# ahli : 253812

ps. Kalau di Mesir, perkataan "Walla'a" ini bermaksud "Pemetik Api".

Dan kalau kita hendak memasang lampu, kita akan guna juga perkataan wala' ini.

94 comments:

Anonymous said...

Ko ni lawak la.. stkat Usrah Umum tu tak yah nak mengaku sebagai org kuat PAS..
Sudahlah..kalo ko ikhlas ko tak akan cepat conclude, baca statement suratkhabar2, blog2 tah sape-sape, dengar citer2 tepi jln dah nak assume Presiden PAS tak bagi wala' - buat2 tak faham proses mengeluarkan pendirian rasmi dalam PAS.

Tulang Besi said...

Anonymous Anonymous said...

Ko ni lawak la.. stkat Usrah Umum tu tak yah nak mengaku sebagai org kuat PAS..
Sudahlah..kalo ko ikhlas ko tak akan cepat conclude, baca statement suratkhabar2, blog2 tah sape-sape, dengar citer2 tepi jln dah nak assume Presiden PAS tak bagi wala' - buat2 tak faham proses mengeluarkan pendirian rasmi dalam PAS.
.

Usrah umum? Kau tau ke tahap usrah yang aku dah ikut?

Ke main serkap jarang je>

Bah Lontok said...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.

PAS mengetahu akan kesalahan nya menyokong DAP@PAP, apakan daya sudah termakan budi. Terpaksa terus menyokong DAP. Sekarang cuma rakyat melayu sahaja yang boleh selamatkan negara dari balapetaka ini. Kita kena berhenti menyokong PAS dan PKR, menyokong mereka bermakna menyokong DAP @ PAP.

Tulang Besi said...

Bah Lontok said...

Tujuan PAS bersengkokol dengan DAP se mata2 inginkan sekelimut kuasa memerintah. Yang akan di timpa malang ialah orang melayu.

PAS sudah mengetahui bahawa DAP sedarah sedaging dengan PAP Singapura. Cina dan india Malaysia sudah bersatu menyokong DAP@ PAP. Untuk menguatkan kedudukan nya DAP mengambil hati pemimpin2 PAS dengan menyokong nya pada PRU12 yang lepas.
.

Bukan UMNO ke yang bagi Singapura ke PAP?

Jadi, bagi saya UMNO adalah rakan PAP paling setia

Hafiz said...

Saudara Rahman,

Saya ada menulis menanyakan saudara beberapa soalan seperti di bawah dalam salah satu artikel saudara sebelum ini. Mungkin saudara telah terlepas pandang. Jadi di sini saya copy dan pastekan semula. harap saudara dapat menjawab.

Allahu'alam.

---

Saya seorang ahli PAS semenjak 18 tahun yang lalu. Tapi ahli di peringkat bawahan sajalah.

Saya agak neutral dalam kemelut yang melanda jamaah kita sekarang ini.

Saya memerlukan penjelasan yang rasional dan logik sebelum membuat sebarang sokongan.

Saya ada beberapa soalan yang memerlukan jawapan yang mantap dan tidak emosional daripada Tuan. Harap maaf kalau saya terkasar bahasa.

Saya mulakan dengan tiga soalan awal:
1)Mengapa Ustaz Nasharudin menang? (saya tahu Tuan ada menyatakan undi yang beliau dapat tidak sampai 50%; tetapi menang tetaplah menang, sama seperti PKR menang di Penanti). Jadi kenapa Nasha menang?

2)Kenapa Datuk Husam kalah?

3)Adakah wujud sebarang kesamaran atau ketidaktelusan seperti undi hantu, penipuan dsbnya dalam pemilihan baru-baru ini?

Cukuplah dengan tiga soalan awal ini. Saya pohon Tuan jawab dengan penuh hemah, tidak emosional dan tidak sarkastik, kerana saya pun memang benar-benar ikhlas dalam menyoal.

Insha-Allah ada soalan lain yang akan menyusul.

lan said...

TB!

UMNO jual Singapura kepada Lee Kuan Yew. Murah je bang.

UMNO jual air kat Singapura. Berapa harga? Lupa lah berapa harga. Murah je bang.

Nanti jika PAS bersama dengan UMNO, dengan kita2 dia jual bang.

Tulang Besi said...

Hafidz,

Husam kalah dan Nasa menang sebab undi pecah dua.

Anonymous said...

Presiden ketua kepada Jawatankuasa Eksekutif PAS. Apa2 statement datang mewakili Jawatankuasa Eksekutif tersebut. kalau tak setuju, boleh panggil mesyuarat dan persoalkan kepada Presiden.
Mursyidul Am pula KETUA atau PENGERUSI kepada majlis syura ulama. apa2 statement datang mewakili badan ini.
Setakat yang saya tahu Jawatankuasa Eksekutif ini bermesyuarat tiap2 bulan. kalau ada statement yang keluar dari Presiden acap kali saya boleh terima. Tetapi bagaimana dengan majlis syura ulama pula? saya rasa jarang2 dengar bermesyuarat.....so, statement dari Mursyidul Am tu statement siapa? mewakili diri sendiri atau mewakili Majlis Syura Ulama?
Yang Arif... tolong rungkaikan, patik ingin kepastian...

Anonymous said...

memang sah merekayg sokong kerajaan perpaduan ini boneka umno..........ini maknanyaTGHH,Ust.Nasa Kemetot,Harun Din Air Jampi,Mat Daud Iraqy Stroke,Stopa Ali Surat Kabar Lama,Harun Taib Pemegang Dua Telur Hj.Hadi,Nasarudin Tantawai Nik Abodoh menjadi pencacai angkat najis,Sah depa semua ini ulamak yang mengejar pangkat dan kekayaan,menggunakan agama untuk kepentingan suvival politik mereka.INILAH ULAMAK SUK

ORANG KAMPUNG said...

mu kata mu betul..aku kata aku betul..bila mati, semuanya jadi tanah.

Anonymous said...

''Maka kaedah pertama saya bagi adalah nasihat. Sesiapa yang setuju kerajaan perpaduan ini adalah 'boneka UMNO','' tegasnya. TGNA

jemaah PAS Majlis Syura badan tertinggi.. sama je mcm di Hamas, Ikhwann.. dan ketuanya Mursyidul Am

kalo lah statement dari mursyidul Am BERULANGKALI bertegas - mereka2 yg di bawah kenalah ikut.
takkan mau badan ekskutif lawan ketua majlis syura? Tak mungkin. sangat salah & kita ada adab.

1-1 nya cara pemimpin yg ingin terus memilih & berfikir dgn UG ni ialah dgn menukar TGNA dari jawatannya..sanngat tidak mungkin bukan?....

berlainan pendapat dibolehkan...antara no1, no2 , 3 dsbgnnya

SOALNYA - No1 mursyidul Am, Ketua Majlis Syura dah bertegas BERULANGKALI.BERULANGKALI..BERULANGKALI. so semua kenalah ikut, sabar & taat.

selesai.

p/s jgn ada yg dok terpikir- TGNA dikelilinngi oleh penasihat bodo, info salah maka keputusannnnya ragu - SATU HUJAH yg sanngat LEMAH & merendahkan kredibiliti , pengalamaN berpuluh thn TGNA.

sam raspiut said...

Hafiz said...

Saudara Rahman,

Saya ada menulis menanyakan saudara beberapa soalan seperti di bawah dalam salah satu artikel saudara sebelum ini. Mungkin saudara telah terlepas pandang. Jadi di sini saya copy dan pastekan semula. harap saudara dapat menjawab.

Allahu'alam.
-------------------------------------------------------------------------

saudara Hafiz,
maaf saya tumpang nak jawab soalan saudara,

pertama, kalah menang dalam muktamar hari tu bukan menentukan salah atau benar dalam menentukan perbuatan dan halatuju kepimpinan.

kedua, cuba halusi artikel TB khususnya kaedah wala' yg menentukan pemilihan muktamar.

ketiga, anda harus faham kuasa belakang tabir yg mengatur menyusun Pas pusat selama ini, iaitu mustafa ali.

Mustafa ali: seawal tahun 1982 yg berpaut kepada Hj hadi (kata blogger saudara Ian, Hj hadi adalah anak didik Mustafa)dan menjualnya sebagai ulama yg harus di wala'.

sebagai bayang Hj hadi, MA telah menyusun pimpinan Pas bawahan dr orang yg wala' pada beliau dan Hj hadi. Anda bulih rujuk sejarah Pas besut era sebelum dan selepas PRU10, akibat cuba mengatur pimpinan Pas besut MA dan pengikutnya telah terlibat dgn insiden pergaduhan dalam satu mesyuarat di jerteh, besut trg.

hasil dari pergaduhan itu, Ma telah mempengaruhi Pas pusat untuk memecat Tokoh Pas besut, Ustaz Abd. Latif tanpa alasan yg munasabah. semenjak itu Pas trg disusun sepenuhnya oleh Ma melalui kaedah wala' ulama dan seterusnya merebak kpd pas pusat.

mengapa bulih berlaku: sbb sebelum ini aktivist adan penyokong tulin Pas iklas berjuang, mereka tak terpikir pun pentingnya menguasai parti dan jadi perwakilan. yg mereka penting Pas menang PRU dan malah ada aktivis yg tidak menjadi ahli pun. Bukan semua penyokong Pas ahli politik, mereka pejuang agama!

sekarang baru penyokong Pas sedar tetapi sudah terlambat. jadi presiden Dan timbalan bolih menang mudah, itu politik pas. anda bulih pilih jadi pejuang atau ahli politik. kalau politik sokongla golongan wala', tapi dekat akhirat TB atau hj Hadi tak bulih tulung jawab untuk anda.

fikir-fikir la saudara Hafiz,

Sebal said...

Salam, Hangpa jangan seronok sangat pasal wala ke TGNA..ni..hang tau maybe..next Mursidul AM bukan TGNA lagi tau..sebab..12 org ahli syura yang akan lantik mursidul am..ahli nye..TGHH, UN, HT, Tuan Man, 4 org lagi hangpa teka lah..aku ingat nama-nama berikut haron din, mat irag,uts Hasan Sukri,utz azizan, utz hashim jasin, dr mahfoz, TGNA,uts halim abd rahman..so..sapakah new mursidul am..jeng jeng jeng..

Hafiz said...

Saudara Rahman,

Terima Kasih. Saya mohon Saudara jawab soalan saya yang ketiga:

3)Adakah wujud sebarang kesamaran atau ketidaktelusan seperti undi hantu, penipuan dsbnya dalam pemilihan baru-baru ini?


Soalan yang seterusnya:
4)Siapa yang memilih perwakilan ke muktamar?
5)Bagaimanakah caranya untuk dipilih ke muktamar?
6)Apa beza antara jamaah dan parti politik?

Terima kasih

Hafiz said...

Saudara Rahman,

Saya cuba menghazamkan jawapan saudara kepada soalan pertama dan kedua saya, yang saudara cuba rangkumkan sekali.

Maaf saya masih samar-samar.

Saudara jawab "Husam kalah dan Nasa menang sebab undi pecah dua."

Bagaimana pula kalau saya tanya begini?
7) Memang betul undi pecah dua; tapi kenapa tidak sebaliknya? kenapa Datuk Husam yang kalah? kenapa dia tidak menang dan ust nasha tidak kalah?

Tulang Besi said...



Bagaimana pula kalau saya tanya begini?
7) Memang betul undi pecah dua; tapi kenapa tidak sebaliknya? kenapa Datuk Husam yang kalah? kenapa dia tidak menang dan ust nasha tidak kalah?
.

Sbb Dato Husam bukan incumbent

HaHs said...

Pandangan aku camni kot. Perjalanan politik PAS serta teknikal dan strategi ditentukan bdn eksekutif PAS diketuai TGHH. Manakala Majlis Syura diketuai Nik Aziz menentukan dasar strategik dan prinsip asas atau hal2 yg dirujuk atau perlu penjelasan dari badan eksekutif bagi mengimbangkan kuasa Presiden. Berkenaan Mursyidul am dan timbalannya, jawatankuasa x berhak memecat mereka kecuali masalah salah laku kerana yg memilihnya perwakilan didalam muktamar setiap 2 tahun. So, jangan mimpiler! kecuali ahli pas dah tak sayang nik aziz. Ini pandanganku. Group Nasa mewakili kumpulan muqabalah atau retorik ulama' yg mesti diwala'kan, manakala golongan kerjasama PR terbahagi kepada 2 puncanya kerana Husam lambat memberi respon tentang pencalonan manakala Mat Sabu lebih awal memberi respons. Ke 2 mereka mempunyai pandangan dan cara sedikit berbeza menentang puak Muqabalah @ UG ni dan masing2 ada kelebihan dan keupayaan. Maka akhirnya kedua2nya kalah akibat lobi negatif sejak 2 thn lepas hingga sekarang. Penyokong masing2 cuba menjelaskan dan mempertahankan pemimpin masing2 dan menjelaskan fitnah tp dah terlambat. Damage had happened! Semakin dipertahankan, kelihatan seperti pelobian dan overkilled pemimpin tersebut terutama pada Hussam sbb perwakilan suka slow & steady, bkn aktif, progressif serta spekulasi. Gitulah citernya.

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Tulang Besi,
Saya menghormati TG Nik Abdul Aziz, tetapi bukan semua pandangannya juga mesti betul. Pelantikan mursyidul am juga bukan melalui pengudian atau akan umbni yang menentuka. Tetapi antara orang yang mencadangkan jawatan Mursyidul Am adalah Presiden parti sendiri, dewan ulamak, dewan pemuda, dewan muslimat dan akhirnya dibawa ke dewan harian. Merekalah yang menentukan siapa yang patut menjadi mursyidul am. Berbeza dengan Presiden parti yang memerlukan akar umbi yang menentukannya. Kenapa Nik Aziz tidak bertanding jawatan Presiden parti? Ini kerana beliau hanya mendapat 1 pencalonan sahaja dari kawasan bukit bintang. Jadi tidak melayakkan beliau untuk bertanding untuk jawatan Presiden. Ini kerana untuk melayakkan bertanding beliau memerlukan 2 pencalonan. Jadi adakah salah kami member walaq' kepada presiden? Sedangkan komen dalam blog menghentam persiden dengan tanpa adab dan kata-kata kesat. Kalaulah anda sertai usrah apa sekalipun pun atau ceramaha apa sekali pun atau terbiyah apa sekali pun jika perlakuan anda adalah seperti ini menunjukkan anda gagal untuk memahami apa tujuan anda menyertai usrah atau apa pun program tarbiyah. ANDA JELAS MENENTANG PIMPINAN PARTI, MEMBURUK-BURUK DAN MEMFITNAH PRESIDEN BERTUJUAN UNTUK MEMECAH BELAHKAN PARTI. IDENTITI ANDA JUGA DIRAGUI. KALAU ANDA IKHLAS DALAM PERJUANGAN HENTIKANLAH SENGKETA INI. APA YANG ANDA LAKUKAN TIDAK BAIK UNTUK PERPADUAN SESAMA AHLI PARTI. Ikutlah saluran yang betul. Oleh kerana anda orang kuat Hussam anda boleh utarakan semua pandangan anda kepadanya. atah kepada TG Nik Aziz sendiri. Tapi jangan lah mencerca pimpinan PAS yang ada..

Tulang Besi said...

Blogger Mohamad Shafri Shamsudin said...

Tulang Besi,
Saya menghormati TG Nik Abdul Aziz, tetapi bukan semua pandangannya juga mesti betul. Pelantikan mursyidul am juga bukan melalui pengudian atau akan umbni yang menentuka
.

Apa yg tk betulnya pendangan Tok Guru dalam isu kerajaan perpaduan ini?

Anonymous said...

Wahai pengkomen diatas, ada sesiapa boleh bagi jawaban persoalan ini.
1. Kenapa ada perjumpaan dalam gelap.
2.Kenapa cuba nafi dan cuba buhung
3.Kenapa keputusan muktamar 2008 ipoh dilanggar
4.Kenapa kita disuruh tutup mulut

Aku bukan hendak tahu hal...anuar ke, Nasa menang ke, husam kalah ke hadi latik geng dia ke..
Manalah tau pengkomen bagi jawaban yg boleh puas hati.

oleh atas pagar tapi undi pas

Anonymous said...

ko orang xpayahlah tanya TB soalan2 yang mulia dan ikhlas.dia ni memang kepala batu.sudah diasuh dan dibrain wash untuk bekerja dibawah pemimpin tertentu didalam dan diluar pas.dia mungkin berpotensi memecahkan pas.tapi ketahuilah tuan2 bahawa pejuang yang betul2 ikhlas tidak akan terpedaya dengan muslihat dan tipudaya musuh dalam selimut seperti TB ni.hampas2 akan tertolak dengan sendirinya dalam perjuangan pas.contoh tertolaknya pemimpin yang telah lari dari asas perjuangan pas ialah :-
1.Husam Musa
2.Khalid Samad

mereka ini begitu galak sebelum pemilihan parti dalam muktamar-55.tapi pergerakan dan rancangan yang diatur telah dibuat sudah 2-3tahun sebelum ini.mereka ini begitu angkuh sebelum ini,mendabik dada mengatakan akulah yang paling hebat strategi tanpa mengambilkira wala dan asas2 perjuangan pas pada asalnya.akhirnya hampeh2 ini telahpun ditolak oleh ahli akar umbi kerana baunya telahpun dihidu oleh ahli untuk menjahanamkan pas dan sekaligus akan dikawalselia oleh mereka yang berkepentingan diluar dari pas.inilah yang ditakuti oleh seorang tokoh ulama yang disegani oleh kawan dan lawan yang mengatakan bahawa pas mesti berhati2 terhadap 'musuh dalam selimut'.musuh dalam selimut yang dimaksudkan itu adalah mereka yang disebut tadi.apa yang lebih memalukan,mereka telah menjadikan mursyidul am pas sebagai tukang cakap bagi pihak mereka dan merekalah yang mengawal mursyidul am tersebut.

-jundullah-

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Kepada Tulang Besi..
Ini adalah kerana TG Nik Abdul Aziz tidak faham apa itu konsep Kerajaan Perpaduan. Bukan setiap perkara yang dia buat juga betul. Ada juga keputusan yang dia buat salah. Contohnya dengan membenarkan Ibrahim ABERTANDING MENGGUNAKAN LAMBANG PAS dan DIANGKAT MENJADI ANAK ANGKAT PAS. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA IBRAHIM ALI JUGA MEMAINKAN PERANAN DALAM KEJATUHAN KERAJAAN PAS DI KELANTAN SEHINGGA PAS DSINGKIKAN DARI BN. BELIAU KALAU TAK SALAH KETIKA ITU ADALAH KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN. TG Nik Abdul Aziz bukan maksum. Jadi Biarlah TG Abdul Hadi memberikan penjelasan kepadanya, kepada semua pimpinan PAS dan juga kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Beliau pun ada mengatakan akan memberi penjelasan. Berilah peluang kepada Presiden untuk memberi pejelasan tanpa kita membesar-besarkan perkara ini sehingga membawa kepada pepecahan antara kita.

Kepada pengkomen diatas pula Hussam juga berbohong kononya dia sudah melihat senarai nama yang akan melompat kepada pakatan dalam rancangan 16 September. Semua itu juga bohong.

Tulang Besi said...

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Kepada Tulang Besi..
Ini adalah kerana TG Nik Abdul Aziz tidak faham apa itu konsep Kerajaan Perpaduan. Bukan setiap perkara yang dia buat juga betul. Ada juga keputusan yang dia buat salah.
.

jadi TGHH maksum ke?

Apa bukti TGNA tidak faham konsep kerajaan perpaduan?

Setakat yang saya tengok, TGNA faham 100% konsep ini.

Dan jelas, konsep ini memberikan talian hayat kepada UMNO yang dah nak mampus tu.

lan said...

Ya betul! Kita ada ramai orang atas pagar yang mengundi PAS pada PRU 12. Kalau nak harap orang PAS sahaja yang nak undi PAS, tentulah PAS tak boleh menang banyak kerusi.

Pengundi atas pagar ialah terdiri dari orang-orang Melayu, org2 Cina dan India yang memberi undi kepada PAS, PKR dan juga DAP. PAS kini menjadi parti yang begitu kuat dan mempunyai masa depan yang cerah berdasarkan sokongan dari 3 kaum tersebut. Hanya yang perlu dilakukan oleh PAS sekarang ialah menawan kerusi2 yang UMNO menangi untuk merealisasikan PAS sebagai pengganti UMNO. Hanya sedikit sahaja lagi peratusan undi Melayu swing kepada PAS, maka akhirnya PAS boleh muncul sebagai parti terbesar orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

Lalu apa perlunya kerajaan perpaduan? Kuasa? Selangor, Kedah dan PP dah dalam tangan, gunalah sebaik mungkin untuk melaksanakan apa sahaja agenda.

Lalu apa perlunya kerajaan perpaduan? Dakwah? Negeri2 tersebut dah dalam tangan, dakwahlah sepuas-puasnya. Lapangan dakwah dalam PR sudah terbentang luas apatah lagi dengan adanya KPP dalam PAS. Orang bukan Islam sudah menghampiri PAS. Gunakanlah kesempatan tersebut.

Lalu apa perlunya kerajaan perpaduan? Isu kerajaan perpaduan hanya meluaskan lagi jurang perbalahan dan perbedaan pendapat dalam PAS yang akhirnya mengakibatkan perpecahan dalam keluarga besar PAS. Yang dikejar tak dapat yang dikendong keciciran.

UMNO pun saya nampak tak berminat sangat dengan kerajaan perpaduan sekarang. Yang mereka suka ialah dengan isu ini talian hayat mereka dapat diteruskan sementara mereka boleh memecah belahkan PAS

Anonymous said...

yang aku nampak sekarang ialah mursyidul am sudah bercakap bagi pihak orang lain.kalau betul2 datang dari musyidul am,aku rasa mungkin mustahil sebab dulu mursyidul am memang tidak membantah pada presiden.semua pihak tidak akan menafikan bahawa betapa akrabnya 2orang insan mulia ini.setiap kali bertemu,mereka akan berpelukan dan menghormati satu sama lain.apa yang presiden cakap bab A,mursyidul am akan tambah menjadi A++.semuanya seiring,senada seirama.tapi amat menyedihkan sekarang mursyidul am sudah pandai menolak bab A jadi j--.fenomena ini amat malang bagi pengikut dan pencinta pas dan perjuangannya sejak pas menang besar pru-12.pemimpin2 melonjak2 nampak kepada habuan yang akan diterima akan datang.inilah peristiwa sedih dalam pas yang amat aku kesalkan.kenapa semua ini terjadi?.tuan2lah yang patut menjawabnya.

Al-Maturidi

Anonymous said...

orang melayu boleh memerintah malaysia kalau pas dan umno dan sebilangan melayu pkr keluar parti tubuhkan pakatan baru.

Ahli PAS yang Sayang PAS Sokong PKR Hargai DAP. said...

Wahai Muslimin dan Muslimat,

Kita semua bukan mengadap Allah kelak dengan label PAS 'TGNA' atau 'TGHH'.Kalau belum memerintah pun sudah bercakaran sesama sendiri sampai musuh yang sebenar hanya tersengeh dan ketawa mengejek,apatah lagi setelah di amanahkan untuk memerintah Malaysia keseluruhanya nanti...Sememangnya PAS,mahupun PKR atau DAP atau PAKATAN RAKYAT belum layak memerintah Malaysia yang kita kasihi buat masa ni.Itu sebabnya Allah hanya memberi kita kemenangan untuk beberapa negeri saja dan mengambil semula PERAK untuk di serahkan kepada BN supaya kita dapat bersiap siaga dan bermuhasabah diri untuk perjuangan yang lebih BESAR..Sewajarnya dalam hal ini eloklah kita sebagai ahli PAS bermuhasabah diri sebelum kita menilai dan menghukum sesama kita.INGAT, jangan di buang sahabat2 kita yang sebenar seperti PKR mahu pun DAP walau pun dimata kasar kamu lihat mereka tidak seperti ahli keluargaMU dalam PAS, tetapi itulah hakikatnya ALLAH jadikan kita berbilang bangsa dan berlainan agama.Ingat kita semua anak ADAM!!! KAFIR itu tidak semestinya lebih buruk dari MUNAFIK...TANPA golongan KAFIR dimana nak letak medan DAKWAH KAMU!!! Tapi siapa kita disisi TUHAN untuk menghukum sesama manusia?? Wallahualam.

p/s:- Oleh kerana Kerajaan Kelantan dibawah pimpinan TGNA mempunyai pengalaman lebih lama dan banyak dalam pemerintahan negeri Kelantan berbanding TGHH yang sempat sepenggal saja eloklah kita sesama AHLI PAS beri 'BENEFIT OF DOUBT' kepada TGNA dalam menyelesaikan isu 'UNITY GOVERNMENT' ni.Saya rasa itu jalan keluar...

sam raspiut said...

Blogger Mohamad Shafri Shamsudin said...

Tulang Besi,
Saya menghormati TG Nik Abdul Aziz,
______________________________________________________________________________________________

mat,

anda hormat TG Nik Aziz ye, sbb tu hina dia dpt cuma 1 undi Bukit bintang yg jauh tu yek? Cuba demo pikir mengapa Bukit Bintang? Mengapa tidak Kelantan.?

kalau Tgna nak satu kelantan akan calon Tgna.. Pas kelantan bukan tolak Tgna, Tapi depa wala' pada Mursyidul Am dan syura, dan mursidul am tak nak bertanding!!!

Depa sayang Tgna, tapi wala' pada mursidul am selagi dia benar.. setakat ini samada TGNA atau mursyidu am tak pernah buat silap, tak pernah bebohong, menyusun keputusan muktamar atau derhaka pada parti, jadi tak timbul wala' atau tidak..

Hj Hadi lain... satu negara dah tau, dah baca, dah dengar dia berbohong, tidak wala' pada syura.
satu negara dah tau dia dibawah telunjuk mustopa ali.. itupun Tgna beri laluan lagi harap-harap dia sebagai bulih balik kepangkal jalan, tapi Hj hadi tidak pernah ngaku silap, apalagi minta maaf telah salhguna kepercayaan penyokong Pas..

takkan usrah demo tu ajar kalau pemimpin silap kena tutup? apa ulama ada lesen berbohong ke?

bukti beb bukti, semua ada bukti. jangan pakai agak beb. islam ajar pakai bukti.. islam bukan pakai agak.. Quran tu bukti, ahkbar pun bukti beb.!!

Anonymous said...

Dulu aku ingat Tulang Besi ni musuh dalam selimut. Tetapi melihat perkembangan terbaru terutamanya perlantikan Mustaf Ali sebagai SU meyakinkan aku skandal kerajaan perpaduan ini.
Teruskan perjuangan anda kerana anda bukannya musuh dalam selimut, tetapi merekalah musuh dalam selimut!

sam raspiut said...

mat,

koulah bukti wujudnya pembida'ah agama.. baik kau tobat mat

Kita Anak Adam said...

salam,

apa pon alasannya kita tidak boleh bersatu dgn parti UMNO. merekalah sebenarnya pengkhianat bangsa, agama & negara!!!!...HIDUP ISLAM MATI UMNO!!!

ramai guna alasan kita boleh bertemu dgn UMNO untuk tujuan dakwah. KARUT!!! dakwah kepada ahli umno tetapi PARTI UMNO WAJIB KITA MUSNAHKAH!!!!

Tulang Besi said...

Contohnya dengan membenarkan Ibrahim ABERTANDING MENGGUNAKAN LAMBANG PAS dan DIANGKAT MENJADI ANAK ANGKAT PAS. UNTUK PENGETAHUAN SAUDARA IBRAHIM ALI JUGA MEMAINKAN PERANAN DALAM KEJATUHAN KERAJAAN PAS DI KELANTAN SEHINGGA PAS DSINGKIKAN DARI BN. BELIAU KALAU TAK SALAH KETIKA ITU ADALAH KETUA PEMUDA UMNO KELANTAN..

Idea Ibrahim Ali bertanding ini dtg dari MSO.

Anonymous said...

Kepada semua ahli2 PAS, anda semua berjuang dibwh wadah politik dlm parti yg di panggil PAS.Objekktif nya ape?Kuasa memerentah negara/negeri? Atau semata mata Pas ini nak berdakwah sahaja?Jika nak mendapat kuasa mesti ada strategi yang lebih komprehensif.Hujjah betul2 dulu.Cuba buat kajian secara rasional dengan keputusan PRU12.Mengapa calun PAS di kwsn majoriti Melayu lebih 70%, calun PAS kalah kecuali Kelantan, Kedah dan sebahagian Trengganu?Jawapnya orang Melayu masih belum boleh terima PAS secara proaktif.Bermaksud jg PAS perlukan undi dari orang2 bukan Melayu utk menang.Ini satu realiti.Jangan bohongkan diri kita dengan penuh emosi.Pastikah anda UMNO akan memberikan kerusi lebih kpd PAS jika PAS bersekongkol dengan UMNO. Kepada pemimpin tertinggi PAS, anda hendaklah PEKA dan BUKAN PEKAK tentang apa inspirasi Rakyat terbanyak.Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang bersih,adil, dan berkebajikan.Soalnya bagimana utk mencapainya?Dengan emosi?Dgn melolongkn issu yang rakyat terbanyak benci?UG adalah satu contoh, banyak lagi issu2 TAK PERLU yg telah pemimpin PAS hamburkan. Sebagai ahli politik MAJIKAN anda adalah RAKYAT dan PENGUNDI dn RAKYAT disini Melayu dan ahli2 PAS saja ke?Saya nak lihat pemimpin utama PAS dan ahli Muda serta pemimpin/ahli di semua lapisan berfikir secara SMART AND INTTELIGENT.Saya lihat sudah ada cahaya dihujong trowong sana utk PAS dan jangan lupuskan peluang itu.Dlm politik utamakan MAJIKAN anda bukan diri anda.

Tulang Besi said...

. TG Nik Abdul Aziz bukan maksum. Jadi Biarlah TG Abdul Hadi memberikan penjelasan kepadanya, kepada semua pimpinan PAS dan juga kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat. Beliau pun ada mengatakan akan memberi penjelasan..

TGHH tu maksum ke?

Monkey Code said...

SIAPA PATUT KITA LEBIH WALA':
Sydina Omar Al Kattab or TGHH?

Sydina Omar Al Kattab berkata:"sekiranya aku tidak membawa kamu kepada jalan yang lurus dan betul seperti mana yang di lakukan oleh Mohammad S.A.W dan Abu Bakar, Maka hendak lah kamu tunjukkan dan beritahu (tegur) kepada aku........selepas itu seorang anak muda bangun sambil berkata "akan kami lucutkan jawatan kamu (sebagai khalifah)..lalu menghunus pedang beliau kepada Sydina Omar Al Kattab".Selepas itu Sydina Omar berkata "Allhamdulillah, kita ada orang2 seperti pemuda ini"
-----------------------------
Jangan jadi macam Ust Ashaari Al ARQAM, pengikutnya wala' berpuloh-puloh tahun kepada beliau..bila di uji oleh Allah keatas Ust Ashaari dan pengikut2 nya.."terbukti ahli2(pengikut) tak wala' kepada beliau". mesti ada sebab nya....

sebab nya pemimpin itu sendiri tidak "IKHLAS" pada perjuangan... niat berubah...dan akhir mengkianati perjanjian. Mula2 kerana Allah, lepas tu berubah kerana dunia.

Anonymous said...

Salaam.
Janganla bahasakan mereka2 ni sebagai geng Terengganu. Depa 2-3 orang je..
Nanti jadi fitnah kepada ahli2 di Terengganu yang nak betul2 nak lawan UMNO.

Monkey Code said...

Wala' kena bertempat...tak boleh membabi buta...jangan jadi seperti biawak yang di gambar kan oleh sebuah hadis:
....."Di akhir zaman nanti... KAMU(orang islam) akan mengikuti mereka dengan apa saja yang mereka laku kan (meniru dan mengamal), hatta sekira nya mereka memasuki lubang yang dirosakkan oleh dabb (biawak padang pasir), pasti kamu turut mengikuti mereka". Shabat bertanya kepada S.A.W "Ada kah baginda maksud kan kaum Yahudi(jews)? ya,bahkan siapa lagi!"

TUAN2 KITA SEKARANG NI BERADA DI AKHIR ZAMAN...

Monkey Code said...

SIAPA BERANI WALA' DAN BERBAI'AT DENGAN......UMNO YANG MACAM YAHUDI YANG MACAM ZIONIS YANG MACAM DAJJAL YANG MACAM IBLIS LAKNATULLAH.

Anonymous said...

BAH LONTOK, kenapa kau suka sangat buruk-burukan hubungan semua kaum dgn kata2 kasar? Tahu tak ramai melayu dah undi dap dan ramai juga bukan-melayu undi/sokong pas.Tolong bangun dari tidur...dah siang dah

Anonymous said...

KEPADA SIAPA YG KUNUN-NYA PEMETIK API PADA HJ HADI, SILA JAWAB SOKLAN2 KAWAN NI:

Anonymous said...

Wahai pengkomen diatas, ada sesiapa boleh bagi jawaban persoalan ini.
1. Kenapa ada perjumpaan dalam gelap.
2.Kenapa cuba nafi dan cuba buhung
3.Kenapa keputusan muktamar 2008 ipoh dilanggar
4.Kenapa kita disuruh tutup mulut

Aku bukan hendak tahu hal...anuar ke, Nasa menang ke, husam kalah ke hadi latik geng dia ke..
Manalah tau pengkomen bagi jawaban yg boleh puas hati.

oleh atas pagar tapi undi pas
June 15, 2009 4:15 PM

KALAU TAK BOLEH JAWAB, SIA-SIA LAH JADI PEMETIK API MEMBABI BUTA!

ABJ

Anonymous said...

Dok tuduh orang sesatlah. Kau orang tau dak yang Husam dan Khalid dah 30 tahun berjuang dalam PAS. Sampai hari ini mereka setia dalam perjuangan. Wang ringgit dan tenaga sentiasa untuk jamaah. Saya tau sangat peribadi dia orang. Mereka menegur pemimpin tapi dituduh macam-macam. Dengarlah hujah mereka dan hujah balik kalau tak betul. Kalau betul ikut. Senangkan! Ni tuduh macam-macam...

Anonymous said...

Kenapa bising sangat soal sokong Presiden atau Murshidul Am?
Kenapa tak tanya apa yan anda sudah lakukan bagi memastikan PAS akan menang dlm PRU13?
Jangan buang masa bergaduh benda yang anda sendiri tak tahu hujung pangkal.
Lebih baik ramaikan mesjid dan pastikan jiran keliling anda sama-sama memeriahkan mesjid.
Lepas tu barulah bercerita apa yang sedang dan akan lakukan untuk PAs pada PRU13 nanti.
Wassalam

alias said...

kenapa Husam kalah? - sebab majoriti perwakilan menolak dia.

kenapa Nasha menang? - sebab majoriti perwakilan menyokong dia.

kenapa TGHH tak perlu ikut nasihat TGNA? - sebab TGNA hanyalah Mursyidul Am yang mempengerusikan syura, bersifat advisory dan tidak boleh mengeluarkan arahan kpd presiden yg berkuasa penuh terhadap perjalanan parti.

kenapa TB tak faham2 bahasa? - kerana TB bodoh dan mempunyai penyakit mental yg kronik.

anak said...

Tidak ada jalan lagi. Untuk memulihkan Parti PAS yang dah serba kusut ini kita perlu pecat Mustapha Ali, Hadi Awang, dan Hasan Ali bersama geng-geng mereka dengan segera.

Anonymous said...

AKU DAH MELUAT KEPADA PENDOKONG UNITY GOVT DAN MENGARUT SUNGGUH IDEA BODOH MACAM TU...... GILA NAK JADI MENTERI SANGAT KE... SEDArlah diri tu dah tua.. kubur kata mari rumah kata pergi.

Anonymous said...

Mohamad Shafri Shamsudin,

Ustaz Ahmad Awang,mantan Persuruhjaya PAS Perak dan mantan Naib Presiden sendiri ada mengatakan ujudnya fraksi UMNO dalam PAS.Adakah ustaz ini juga saudara anggap sebagai pemecah-belah PAS?
Saudaraku,
Apa sahaja istillah yang nak digunakan, kerjasama,bersama,mencampuri,rakan sepemerintah,berganding semua membawa makna "menyetujui dan berkawan" dengan UMNO.Inilah yang tidak disenangi dan tidak dikehendaki olih ramai orang kerana terlau sayangkan PAS.
Jika ada pihak dalam cite ini mengatakan TGNA bukan maksum,percayalah TGHA juga tidak maksum.
Kerajaan Perpaduan ini walau pun dikatakan sekadar berupa "idea yang dilontarkan" namun nak rapat bersama dengan UMNO*(walau pun bukan masuk UMNO) adakah suatu perkara yang amat serious.Bukan TB atau mana-mana pihak yang menentang dianggap sebagai pemecah-belah PAS tetapi "idea" ini sendiri adalah menjadi pemecah-belah parti.

Sebelum menuduh sesiapa sebagai pemecah-belah,jawablah soalan yang amat mudah ini.
Mengapa sebelum ada muzakarah,muqabalah dan idea Kerajaan Peroaduan ini - tak ada berlaku keadaan sebagaimana yang berlaku dewasa ini?Jawab dan carilah puncanya.

Anonymous said...

Ok..Tok Guru Nik Aziz berkata,tak perlu UG dgn UMNO..adakah ini bermaksud Tok Guru Nik Aziz tak hormat Hadi?Decision tlh diambil,no UG with UMNO tahun lepaih,tapi,fraksi UMNO buto terus nak jugak!!Bukankah ini bermaksud Presiden PAS dan fraksi fraksi UMNO haramjadah tak hormat decison yg dimabil utk tidak berunding dgn UMNO pariah?Hangpa tau tak,taat seta 100% tanpa menyoal apa apa pun diamalkan oleh golongan facist!!Baca sejarah wahai cowdungs!!PAS on the verge of collapse..not DAP or PKR..fraksi fraksi dah dapat depa punya habuan..depa not worried ..mereka anytime blh masuk UMNO..but tugas mereka utk kucar kacirkan PAS..itu agenda mereka..dan mereka akan terus duduk dlm PAS,dan akan meneruskan agenda/tugas mereka..kalau mereka dibiarkan bermaharaja lela..PAS gerenti lingkup!!

Anonymous said...

kenapa Husam kalah? - sebab majoriti perwakilan menolak dia.

kenapa Nasha menang? - sebab majoriti perwakilan menyokong dia
-----------------------------
alo....lu ada baca kira kira kah?3 calon bertandung utk vice president..2/3 drpdnya golongan yg tak nak UG..undi nash 481,undi utk Musa and Sabu 541..hahaha..puak erdogan,liberal watever dapat undi lebihlah woi!!sekarang u pi tadika balik!!

Anonymous said...

cuma ada satu jalan..

kalau cengkaman geng boneka telalu dalam dan tajam.. sehinnga tiada daya utk membuang mereka..

kita minta geng boneka pula tendang geng anti boneka khususnya Tgna..

kalau betul anak jantan dipersilakan.. kita lihat siapa yg kena dan siapa terkena!

Anonymous said...

nak selamatkan melayu konon..piraah!!..yg selamatkan melayu ialah org yg dapat bagi kerja lah!!kilang kilang bukan islam,bukan melayu bagi kerja..ribu ribu owang melayu kerja dlm MNC's, firma firma bukan islam,bukan melayu..minah karan,mat electrik,engineers,professionals..sebahagian besar bekerja dgn puak bukan islam/melayu!UMNO kasi apa?UMNo tak kasi..UMNO rampas!!..rampas tanah!kampung!syer bumiputra!!..pasai pa UMNO rampas?Sebab mereka tu cacat,parasit,f*king addicts!!

Anonymous said...

halluuu geng wala'....

hangpa dok maki TB babi dan macam2 tu pasai apa???

macam tu ka akhlak pengikut ulama hebat macam Hj Hadi.. ada dak dia ajar kau orang maki macam wirid??
lagu ni ka akhlak nak berdakwah.. hang kalau nak berdakwah dengan

makian, hangpa cukup takat berdakwah dengan umno saudara kau orang je..

Anonymous said...

tak payah maki TB sorang.. ada dekat setengah juta orang TB laa.. larat ke nak maki semua..

Anonymous said...

alloo geng boneka semua...

tak payah nak tutup mulut orang dengan PK Manek Urai ka dengan PRU13 ka...

takkan tak paham kotttt... ni dok berbalah, dok bertentang ni kira persediaan PK manek Urai dan PRU13 laa!

apa hangpa ingat dengan adanya boneka hangpa dalam parti, buleh menang PRU ke..?

dah la mimpi woooiii..

Anonymous said...

baca 1 komen yang saya copy paste dari penarik beca, fikir2kan :

malam tadi saya ada hadir 1 forum politik dengan tajuk-AGENDA PERUBAHAN- ahli panel 1:Dr. Mohd Asri Zainal Abidin
2:Ust. Azman Shapawi Rani(tim ketua pemuda pas pusat)
3:Ust Mohd Afandi Yussof(pengerusi biro agama pemuda UMNO M'sia)

Analisa saya :

kerajaan penyatuan ini 1 isu yang sia-sia.masing2 bertegang urat menegakkan hujah masing2, dan yang sedihnya semua ni islamic scholar so masing2 berhujah dengan Al-quran dan al-hadis,umat islam akan bertambah keliru orang pas akan lebih kuat pasnya kerna diantara beberapa ISU yang dibangkitkan malam tadi iaitu ulama umno mempergunakan agama untuk menghalalkan perbuatan lalu mereka :

1-tak beri peruntukkan sewajarnya dan seperti sepatutnya kepada kerajaan pas klantan selama 18 tahun.
2-menarik balik royalti minyak kerajaan trengganu semasa pas memerintah
3-menghalalkan perbuatan mereka keatas peristiwa memali
4-tidak melaksanakan und2 hudud di m'sia walau telah lama memerintah
5-menghalang kerajaan pas kelantan dan trengganu kerana tak menjalankan und2 hudud semasa memerintah.
6-dan lain2.....kena hubungi institut al-qayyim untuk dapatkan vcd.mungkin hubungi drmaza.com

orang2 umno yang hadir memperli pas kerna

1-sanggup berbaik dengan dap yang dengan jelas pendirian mereka tak mahu und2 islam dilaksanakan seperti kata2 semakna yb karpal sigh "langkah mayat aku dulu sebelum melaksanakan und2 hudud".
2-sanggup berbaik2 dengan pkr sedangkan pkr walau tak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama yb karpal, tapi jelas tak pernah bercita2 untuk melaksanakan und2 hudud.
3-sejarah kafir-mengkafir menimbulkan kemarahan yang mendalam dikalangan ahli umno.
4-dan lain2 lagi....belilah vcd

di pihak dr mohd asri pula antara komennya:

1-UMNO telah berpengalaman berpakat dengan MIC,MCA DAN LAIN2 NON ISLAMIC PARTI DI M'SIA selama 50 tahun telah 'terpaksa' menjaga hati rakan2 dalam BN BILA MENGHADAPI BEBERAPA ISU terutama isu yang bersangkutan dengan kepentingan islam dan umat islam.
2-PAS sekarang akan mengulangi perkara yang sama yang telah dilakukan oleh UMNO selama berada di dlm BN, iaitu akan 'terpaksa' menjaga hati rakan2 didlm PR di dlm menghadapi beberapa isu bersangkutan kepentingan islam dan umat islam .
3-seharusnya pas dan umno bole duduk berbincang apabila timbul isu2 yang bersangkutan dengan kepentingan islam dan umat islam.
4-perbincangan ini hendaklah tanpa syarat kerana jika bersyarat 'KEMBALI KEPADA AL-QURAN DAN AL-HADIS'(seperti yang dinyatakan oleh seorang hadirin iaitu seorang exco pemuda pas pulau pinang), dr mohd asri mempersoalkan kenapa semasa berpakat dengan dap@pkr tidak diadakan 'syarat seumpamanya'.
5-dan lain2

analisa saya :

kepimpinan pas yang telah samada mengutarakan, telah berbincang, telah mengatur, telah bersetuju atau apa2 yang bersangkutan dengan unity gov ni telah melakukan 1 kesilapan yang sangat besar kerana isu ini akan menguntungkan BN yang tengah nazak sekarang, isu ini seolah2 memberi 1 kelebihan atau nafas baru kepada Bn untuk kembali kuat mengumpul tenaga agar pas dan pr akan dapat dikalahkan, saya katakan ini kerna saya akan memberi 1 contoh paling senang....

bayangkan situasi seorang isteri islam melayu malaysia sekarang yang telah diberitahu oleh suaminya berkenaan keinginan sang suami untuk beristeri dua, tiga atau empat.tak kira lah samada kata2 suaminya tadi tu betul atau tidak, samada suami sudah ada calonnya atau tidak, main2 atau tidak. cuba bayangkan perasaan sang isteri?terima saja? tak curiga? tak mau tahu siapa perempuan lain itu? cuba bayangkan.

nak jadi cerita lebih sensasi lagi kalau keesokkannya sang suami tu bgtau yang beliau nak p Thailand atas apa jua alasansamada syarie mahu pun tak syarie!
inilah yang sedang dilakukan oleh beberapa kerat pucuk pimpinan kepada
PAKATAN RAKYAT....BOLEH FAHAM....mereka2 yang

Anonymous said...

salam korang semua,
tak payah gaduh lama-lama la..
dah boooring dan muak dahhh!

sla korang jawab soalang cepuMas ni..

Untuk geng wala': yakin atau tidak Guru korang berbohong? salah atau tidak?
kalau tak salah, Ok! jangan melalak lagi.. blah cepat pegi cari atau buat agama baru.. ceppat!

sbb islam dah tak sesuai dengan korang.. islam cakap berbohong tak buleh, salah, ciri munafik. apa klass untuk untuk korang??

Untuk geng anti wala:
yakin tak korang pemimpin fraksi berbohong dan boneka Umno?
kalau yakin.. buat apa hang tunggu lagi? blah-blah pegi cari parti baru! dok tunggu apa lagi?

takkan hang masih tunggu lagi kot..
takkan hang nak berkongsi bantal dan air dengan umno plak??
apa klasss bebb...

Anonymous said...

bukan nak gaduh tapi nak bagi semua org yang terlibat dalam politik faham dan jangan dok buat salah bodo...

Anonymous said...

aku dengar LEE KUAN YEW ada jumpa LIM GUAN ENG baru2 ni! hangpa org2 pas geng ulamak ka, geng erdogan ka dan geng mukabalah tak dak rasa apa2 ka???????pelik betoi la hangpa ni!!!!!!

Anonymous said...

Anonymous said...

aku dengar LEE KUAN YEW ada jumpa LIM GUAN ENG baru2 ni! hangpa org2 pas geng ulamak ka, geng erdogan ka dan geng mukabalah tak dak rasa apa2 ka???????pelik betoi la hangpa ni!!!!!!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

jumpa la jumpa..

selagi tak jumpa dalam gelap dan buat rancangan gelap, apa salahnya.

Hj hadi nak jumpa PM yahudi pun bolehh brader, tapi report la dulu kat syura..

tak report pun takpe, bila kena tanya jawab je jumpe sebagai saudara ke atau sahabat lame ke..

tapi bila pulak deme bersaudara atau bersahabat dgn umno yg yahudi tu...

Anonymous said...

“Wahai orang-orang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah. Kerana (adil) itu lebih dekat kepada takwa. Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguh Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan.” Surah Al-Maidah ayat 8

Anonymous said...

alo....lu ada baca kira kira kah?3 calon bertandung utk vice president..2/3 drpdnya golongan yg tak nak UG..undi nash 481,undi utk Musa and Sabu 541..hahaha..puak erdogan,liberal watever dapat undi lebihlah woi!!sekarang u pi tadika balik!!

kesian aku tengok ko...lagi tak skolah.
541 drp 1021 tu 2/3 ke? hahaha...sah math tak pass...gi belajar dgn tsufiyah yg kat london tu...
matsabu tu bukan erdogan atau liberal...dia syiah...kalo dia tak betanding pun bkn semua yg undi dia nak undi Husam sipenipu tu..hahaha...kesian..mentaliti golongan yg kalah...sama species ngan tb.
sekolah PASTI anak aku ada kosong lagi kalo ko nak masuk...hahaha

Anonymous said...

Prophet Muhammad peace be upon him said:

Narrated Jarir bin 'Abdullah: "Allah's Apostle said, 'Allah will not be merciful to those who are not merciful to mankind.' (Translation of Sahih Bukhari, ONENESS, UNIQUENESS OF ALLAH (TAWHEED), Volume 9, Book 93, Number 473)"

yes said...

Nampaknya yang menang di sini adalah UMNO. Takziah kepada semua ahli PAS.

ahlul pas said...

cuba renungkan :
1- Nampaknya yang menang di sini adalah UMNO. Takziah kepada semua ahli PAS.

2-aku dengar LEE KUAN YEW ada jumpa LIM GUAN ENG baru2 ni! hangpa org2 pas geng ulamak ka, geng erdogan ka dan geng mukabalah tak dak rasa apa2 ka???????pelik betoi la hangpa ni!!!!!!

bole tak kalau kita sesama islam apabila di dalam dewan parlimen dan lain2 tempat, sesuatu isu berkenaan KEPENTINGAN islam atau umat islam, tanpa mengira isu dibawa oleh pihak mana sekalipun samada PAS, UMNO, PKR atau DAP(lani dah BERTAMBAH ahli DAP MELAYU ISLAM)atau mana2 parti sekalipun menyokong isu atau usul tersebut sebulat suara.jika ini boleh dilakukan/berlaku, saya yakin umat islam akan dipandang lebih tinggi dari orang lain.kepentingan islam juga akan selalu terpelihara, pada masa yang sama, kita wajib selalu nasihat menasihati dikalangan umat islam tenang amar maaruf dan nahi mungkar.

tentang komen anonymous 16 june, 2009 1:04 a.m. aku pun p la majlis tu, satu statement penting telah dibuat oleh Ustaz Mohd Afandi(UMNO tu):

Dia mengaku dengan perkataan yang semakna dengan dibawah ini, yang UMNO telah :

1-gagal
2-tak berupaya
3-tak mampu
4-tak bole diharap untuk
5-kalah di dalam isu

1-membawa usul
2-melaksanakan
3-bersetuju untuk melaksana

HUKUM HUDUD

wahai sekalian umat islam, kalau tak caya klaim aku, cari la jalan dapatkan vcdnya apabila siap.aku pulak, kalau dah dapat akan update kat semua hangpa2 kat mana dan bagaimana nak dapatkannya.cuba la fikir, dok sokong bat pa lagi umno ni, dengan ini adalah menjadi kewajipan semua muslim malaysia memberi sokongan kepada sesiapa/parti mana yang nak sangat melaksanakan HUKUM HUDUD ni.sekurang2nya bawa usul di parlimen atau sidang mana2 dun,kalau tak buat/laksana juga, dok bagi alasan macam2, dolak dalik setelah sokongan diberi,wajib tolak, cincang terus pihak2 tu(PAS la kot).boleh macam tu?

ahlul pas said...

apa nak jadi nie!!!!!!!!!!!!!!!

BACA ARTIKEL DAN KOMEN DALAM

www.penjualubat.wordpress.com

Ada berita dan perbualan yang didengar Presiden PAS Hj. Abdul Hadi b. Awang berkemungkinan besar akan menghadapi satu undi tidak percaya terhadapnya daripada ahli-ahli PAS sendiri. Semua ini berlaku akibat ketelanjuran beliau yang menyokong kerajaan perpaduan untuk bersama dengan pihak UMNO.

Menurut seorang ahli PAS yang ditemui semalam beliau akan cuba membawa usul tersebut kekawasannya untuk diperbincangkan, biarlah beliau yang memulakan dahulu tindakan ini dan beliau percaya selepas ini lebih ramai ahli-ahli PAS yang tidak bersetuju dengan kerajaan perpaduan ini akan lebih berani mengikutinya, menurut ahli PAS tersebut lagi.

Sekiranya perkara ini benar-benar berlaku ianya akan menjadi satu tamparan hebat kepada Presiden PAS tersebut, Presiden PAS (waktu itu disebut Yang Dipertua Agung) yang pernah mendapat undi tidak percaya dari ahli-ahli PAS sebelum ini adalah Almarhum Datuk Asri b. Hj. Muda.
Comments»

1. mail kerian - June 16, 2009

UMNO BAKAL BUAT :

1-MAJLIS BACA YASSIN
2-TAHLIL
3-KENDURI ARWAH
4-PESTA PERINGKAT NASIONAL

MERAYAKAN BAKAL KEMENANGAN SEMULA UMNO/BN.
PERCAYALAHHHHHHHHH.

INGAT BALIK APA JADI KAT PAS SETELAH UNDI TAK PERCAYA DILAKUKAN KAT ALLAHYARHAM DATO’ ASRI, MAKSUDKU BERAPA LAMA UNTUK KEMBALI MENDAPAT SOKONGAN PENGUNDI ISLAM MALAYSIA.LANI BUKAN BOLE KEKAL DENGAN PENGUNDI ISLAM, MALAH CINA, INDIA, SIGHK DAN LAIN2.JANGAN TERBURU NAFSU BODOHHHHHHHHHHHHHHH.

ahli said...

Tidak ada pilihan lagi. Ahli-ahli PAS perlu singkir geng muqabalah ini dari PAS dengan segera. Kalau dema sayang sangat UMNO itu pergi berhambuslah join UMNO! jangan pulak nak bawa PAS bersama. Kami ahli-ahli PAS tidak rela ditipu diperbodohkan dan disuruh duduk senyap-senyap dan ikut saja pemimpin dengan alasan dalam jemaah perlu wala kpd pemimpin. Kami wala pada Mursyidul Am dan kami katakan dengan tegas bahawa kami tidak akan duduk bersama UMNO.
Wahai ahli-ahli PAS sejati, jom bangun dan pecat geng meqabalah ini dari PAS terutamanya (Ust)Hadi Awang, Mustapha Ali, Harun Taib, Nasharuddin Mat Isa dan Hasan Ali.

Anonymous said...

Kamu semua telah lupa akan kejadian 13 Mei 1969. Masa itu melayu telah hampir kehilangan kuasa di tanah air sendiri bila semua kaum cina bergabung. Keadaan yang sama telah berlaku sekarang tetapi lebih malang bila ada melayu (golongan yang teramat bodoh)sama-sama menyokong mereka. Golongan melayu bodoh ini tak lain dan tak bukan ialah orang PAS (bukan semua) and melayu didalam PKR.

Mana kamu semua bila orang melayu di'sembelih' dulu. Betul lah melayu memang senang lupa.

Bila Perikatan ditubuhkan, di terima hakikatnya oleh orang cina bahawa melayu adalah pemerintah dan nasib orang melayu yang kebanyakan nya miskin harus dibela (punca tercetusnya 13 Mei). Sekarang apa dah jadi. Bila melayu dibela, diberi pelajaran, orang cina sudah rasa cemburu (dari dulu lagi) dan menentang kerajaan. Tentangan/ kutukan mereka hanya diluar negeri, kerana melayu sebelum ini bersatu.
"Ingat bila PM kita pernah dibaling dengan telur busuk diluar negeri oleh pelajar cina kita".
Sekarang PAS sanggup bersengkokol pula dengan DAP durjana. BUKAN KE ITU NAMA NYA KAUM YANG BODOOOOOH!

Jangan lah di ikut Anwar Si- Petualang bangsa yang laknat itu!!!!

Anonymous said...

AKU SYORKAN SUPAYA PAS LUCUTKAN JAWATAN MURSYIDUL AM KEPADA ORANG LAIN PLAK.CUKUP2LAH BAGI KAT NIK AZIZ.SEBAB AKU DAH LAMA DAH TENGOK MAKIN LAMA MAKIN MEMBERI MUKA PADA PKR DAN DAP.SEHINGGA PERJUANGAN PAS TELAH TERSASAR JAUH DARI LANDASAN.

mat said...

Hancurkan geng muqabalah.
Pecat kepala-kepala geng ini yang telah menipu semua ahli.
Suruh mereka masuk UMNO ajelah.

Monkey Code said...

1969....media (Milik kerajaan sepenuh nya) terhad, so boleh di guna kan untuk propaganda sebelah pihak saja (kerajaan) ...kata lain atau kata SB boleh di guna kan untuk "Turn Over" cerita yang sebenar nya. Pergi le ke archive Malaysia Today, panjang lebar detail cerita apa yang sebenarnya berlaku sebelum, pada dan selepas 13 may 1969.

So brother....tak payah le pakai idea purba BTN tu untuk menakut-nakut orang melayu.Dengar cerita Hassan Ali tu former geng2 Biro Tata Negara...hummmm may be DIA kut yang mula kan dalam PAS ni!!!....

Satu lagi brother...21 century ni semua informations (tak main le mainstream news) at finger tip saja (tak boleh nak tipu or bohong maklumat lagi..banyak punca dan sumber)...termasuk sejarah 1969..habis di bogelkan atau di telanjangkan habis-habisan...tanya le apa yang Bapak Najib,Ghazali Shafie dan Dato Harun buat pada Tg.Abd Rahman sebelum huru hara itu berlaku?

3 orang ni tidak wala' pada perintah dan arahan Tg.Abd Rahman supaya tidak di benarkan keluar "permit perarakkan" ...tapi mereka bertiga membuat sebalik nya iaitu dengan MEMBENARKAN (dengan sengaja meluluskan permit perarakkan parti pembangkang pda masa itu).So yang mula kan 13 may 1969 adalah kita...melayu (kononnya atas dasar survival politic..maka di halakan penyembelihan).

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Kepada TB,
Saya akui idea bertanding Ibrahim Ali adalah datang dari MSO dan ini adalah kebenaran. Tetapi keputusan ini adalah tanggungjawab Pesuruhjaya Pas Negeri. Kenapa idea ini dibenar untuk dilaksanakan?

Tulang Besi said...

Tetapi keputusan ini adalah tanggungjawab Pesuruhjaya Pas Negeri. Kenapa idea ini dibenar untuk dilaksanakan?.

Kita menang Kelantan apa? So, apa masaalahnya kalau kita hilang satu kerusi (pasir mas) tapi kita tawan satu negeri?

Bagi saya, TGNA tidak bersalah utk menyetujui idea ini.

Dgn bertandingnya Berahim anak tok gawa ali, penyokong UMNO kem Mahathir telah memangkah bulan di kelate.

Anonymous said...

Kamu semua telah lupa akan kejadian 13 Mei 1969. Masa itu melayu telah hampir kehilangan kuasa di tanah air sendiri bila semua kaum cina bergabung. Keadaan yang sama telah berlaku sekarang tetapi lebih malang bila ada melayu (golongan yang teramat bodoh)sama-sama menyokong mereka. Golongan melayu bodoh ini tak lain dan tak bukan ialah orang PAS (bukan semua) and melayu didalam PKR.

Mana kamu semua bila orang melayu di'sembelih' dulu. Betul lah melayu memang senang lupa..
-------------------------------
Blablala si anon ni jelas menunjukkan UMNO pariah adlah looney devils..

Anonymous said...

UMNO devil sangat suka berkhayal,dan virus ini telah menjangkiti born losers like hadi n geng who have no heart for perjuangan,no stamina for a long exhausting struggle..mereka ni anggap orang otomatik respect apa mereka buat..I m gonna bet bila mereka masuk UMNO nanti,UMNo the smiling devils will throw them in2 the dustbin..in fact,that's what will happen..devils only pakai lepas tu buang.. past examples plus sekarang the master of manipulating orang, The dark Lord Mahataik Chunni Kutty is back in control..hahaha..just watch..Hadi n geng dihumban ke dlm tong sampah..

Mohamad Shafri Shamsudin said...

Nampaknya idea anda serupa macam Umno bagi Singapura kepada Lee Kuan Yew. pendapat anda tidak dapat saya terima.

Anonymous said...

Monkey Code,

I was in my 20's masa 13 Mei.... kita orang melayu masa itu dapat rasa kan perasaan benci masyarakat cina pada orang melayu. Come on lah, you think apa yang ditulis dalam Malaysia Today boleh dipercaya ke? Itu orang cina yang tulis, tentu lah mereka cerita their side of the story. Kalau you ini melayu, you memang BODOOOOOH. Orang melayu di 'sembelih' sehingga polis pun takut, lepas itu bila askar melayu campur tangan baru mereka takut. Di dalam Malaysia Today mereka cerita bab askar saja, dia tak cerita macam mana mereka bunuh ramai orang melayu (cerita ini pun di sensor untuk elak balas dendam).....

Masa itu Nik Aziz tengah belajar agama kat negara Arab kot, sebab itu dia langsung tak ingat...

Orang melayu PAS memang bodoh kalau mereka lupakan sejarah 13 Mei...
Mereka lupa kejayaan mereka dan suku sakat mereka hasil daripada perpaduan umat melayu masa itu dan sekarang masa mereka untuk HANCURKAN atas alasan perjuangan ISLAM. Sorry lah, I have no more decent words for 'PAS'.

Monkey Code said...

Abang ipar saya sendiri adalah anggota tentera semasa 13 may 1969...beliau dengan bangga mencerita pengalaman beliau menembak anak perempuan cina berusia 7-9 tahun di petaling street dengan laras kereta perisai.

Saya juga mempunyai seorang 'pak teh' yang meninggal dunia.. terbunuh pada 13 May 69 di KL, di sebab kan beliau mempunyai wajah mirip seperti 'seorang cina'. So. pakcik saya di bunuh oleh orang melayu (may be tentera). Kabar nya, kubur beliau berada sama ada di Sg.Buluh atau pun secara beramai-ramai dekat bulatan KTM, KL.

Tulang Besi said...

Apa yang berlaku masa 13 Mei?

Boleh tak bagitau kat aku?

yang aku tau, PAS adalah parti yang menentang pertumpahan darah hatta orang cina bukan Islam.

Beberapa keluarga Cina di KB telah dibawa ke rumah MB untuk perlindungan mereka.

Tulang Besi said...

Korang ingat jalan keluar adalah dengan membunuh semua orang Cina dan India di Malaysia ni ke?

Inilah dia akai ada tapi tak pakai

Anonymous said...

Tulang Besi,

Hang betul tak tahu guna akai!!! Moral of the story is to tell you that only with 'unity', nasib orang melayu akan terbela. Siapa kata kita kena bunuh orang Cina atau India - itu cerita dulu.

Mereka bersatu, mereka akan berkuasa, itu saja. Orang melayu nak berpecah TIGA itu kita punya pasal, sebab kita ini bangsa yang BODOOOOOOH.

Memang itu lah hakikat nya, ISLAM tak bodoh, tetapi umatnya BODOOOOOH. Yang menggunakan ISLAM untuk kepentingan politik macam kau orang lagi BODOOOOOH.

Negara yahudi yang sejemput itu pun tak boleh dikalahkan sebab apa, sebab mereka tiada 'unity'. Ini kan bangsa Cina yang network nya dari China ke Philipina dan serata dunia. Ikut nasihat bos kau " Jaaaadi mat Jenin" lagi baik.....

Anonymous said...

Bila DAP memang pilihanraya 1969, mereka berarak meraikan kemenangan dan masa berarak, semangat benci pada orang melayu membuak buak. Lantas, terjumpa saja orang melayu di laluan mereka dekat panggung Federal, terus di bunuh....Orang Melayu di Kg Baru kemudian nya membalas kejadian pembunuhan orang melayu dan .....

Jangan lah disalahkan Bapa Najib atau Dato Haron dll. Kononnya mereka yang memulakan nya dengan memberi permit kepada perarakan tersebut. Permit untuk berarak tidak bermakna orang melayu boleh dibunuh. Jadi siapa yang mulakan? Kalau ikut cerita versi kawan karib kau (orang DAP), orang yang beri permit salah...Tak kan bodoh sangat orang PAS nak percaya benda macam itu.

Satu lagi, mengapa lepas 13 Mei, mereka terima hakikat yang orang melayu/Islam perlu dibantu?

Sebab orang melayu masa itu sangat daif. Kerja yang senang dapat jadi askar atau polis. Masuk UM, digagalkan, kata nya melayu bodoh. Itu lah antara discriminasi yang dihadapi orang melayu masa itu. Nik Aziz masa itu kat mana saya tak tahu, macam manalangsung tak ada kesedaran terhadap perjuangan bangsa sendiri.

Monkey Code said...

Bila pulak orang Melayu pernah bersatu... nama je Tanah Melayu ..negera "sekangkang kera"..di pecah2 kan pula selepas tu sampai menjadi beberapa negeri (bukan British yang buat), Sultan sampai 9 orang (Hisamuddin Rais pakai istilah EKOR).So di mana kah bukti nya yang melayu itu pernah bersatu?

Semasa menuntut kemerdekan!!... aaahhhh...seluruh Empayer British runtuh selepas perang dunia ke 2...sebab itu le berpuloh-puloh negara2 jajahan British mendapat kemerdekaan (The Commonwealth).

SO, IT'S GOT NOTHING TO DO WITH "MALAYS UNITY"....NO SUCH THING.

Anonymous said...

Monkey code,

Politik mana ada kena mengena dengan hal raja-raja melayu. You really do not understand what malay unity is all about. Sedih kalau you ini orang melayu....

Monkey Code said...

Apa kau cakap ni...berlagak macam pandai...TU..APA KE JADAH DENGAN NEGERI PERAK TU?

Nizam Mahmud said...

Saudara Annoymous

"""Kalau ikut cerita versi kawan karib kau (orang DAP), orang yang beri permit salah...Tak kan bodoh sangat orang PAS nak percaya benda macam itu."""

Dan kalau ikut versi UMNO, Gerakan dan DAP yang baru menang pilihanraya tiba-tiba nak berarak bunuh orang Melayu.

Menang pilihanraya pastu nak bunuh orang?

Siapa la yang nak percaya versi UMNO.

Pasal yang di kata kan versi DAP itu iaitu salah orang yang bagi permit, minta maaf banyak-banyak.

Itu bukan versi DAP, itu versi Tunku Abdul Rahman Al Haj, Bapa Kemerdekaan dan juga salah seorang pengasas UMNO.

Tunku telah menyatakan bahawa beliau telah memberikan arahan supaya permit itu tidak dikeluarkan sebab pihak polis sendiri sudah merekomen demikian.

Dan Tunku telah terkejut apabila mendapati Tun Razak telah tidak wala dan tidak mematuhi perintah nya dengan mengeluarkan permit.

Kenapa berlaku demikian? Dari situ lah pelbagai versi keluar.

Tapi yang sudah tertera sebagai sejarah adalah terjadinya 13 Mei dan Tunku telah disalahkan. Dan ramai yang mendesak agar Tunku meletakkan jawatan.

Beberapa perkara boleh dikenal pasti;

1. Tunku telah mengarahkan agar permit tidak dikeluarkan.

2. Arahan ini tidak diendahkan oleh Tun Razak.

3. Jika Tunku meletak jawatan, Tun Razak lah yang akan mengambil alih sebab beliau timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO. Kita boleh kat Tun Razak mempunyai kepentingan sebab kejatuhan Tunku bermakna beliau akan naik.

4. Niat Tun Razak memberikan permit itu boleh lah di pertikaikan. Itu terpulang lah pada anda untuk mentafsirkan.

5. Orang-orang Cina yang membunuh orang Melayu tidak pernah dibuktikan bahawa mereka adalah penyokong DAP. Malah ada versi yang mengatakan bahawa mereka ini adalah dari golongan Kuomintang.

6. Dalam mewujudkan ketegangan, kita sering melihat bahawa MCA dan UMNO bekerjasama sebagai satu pasukan.

Contohnya,di Perak UMNO menghasut Melayu bahawa kuasa dan hak Melayu terhakis dan menuduh PAS dan PKR sebagai dalang nya.

Tetapi MCA di Pulau Pinang pula menghasut masyarakat Cina dengan tuduhan bahawa DAP adalah budak dan pencacai Anwar Ibrahim. Contohnya adalah perlantikan timbalan Ketua Menteri.

Jadi saudara-saudara fikir-fikir kan lah. Yang jelas, mereka ini golongan UBN bekerja dalam satu pasukan untuk melaksanakan dasar pecah dan perintah.

Anonymous said...

Bersatu ke tak, UMNO/BN telah pun memerintah Malaysia lebih 50 tahun dengan majoriti 2/3 tanpa PAS (kecuali 3tahun).

Hasilnya...negara semakin bertambah miskin, rakyat makin bertambah susah. Cuba bandingkan pendapatan kita dengan negara-negara yang pada satu ketika dulu sama kedudukan atau rendah dengan kita (Jepun Korea Taiwan Singapore) walaupun populasi kita rendah dan kita ada Petroleum Gas dsb.

Berapa nilai duit kita sekarang? Itu belum lagi dikira quality of life dengan segala macam social problems saperti dadah jenayah dll.

Kenapa ini boleh terjadi?

Sebab kita telah dirogol dan diperintah oleh boneka-boneka penjajah baru bernama UMNO/BN, yang penuh dengan pembaziran & korup.

Panggilan BERSATU atas nama melayu ke islam ke atau 1malaysia atau apa-apa sekalipun tidak akan merubah kelakuan & perangai UMNO dari dulu sampai sekarang..itu hanya hujah palsu bagi menutup kemaraan rakyat untuk bangun menuntut keadilan dan menubuh kerajaan baru PRU 13.

Sudah 50 tahun rakyat digula-gula ditipu dipropoganda & dimomok dipersenda dengan segala jenis hantu. Hanya yang buta hati buta agama sahaja yang akan termakan dengan rayuan pujukan terdesak perompak-lanun dan ajen syaitan ni.

Singkirkan semua jenis boneka.. Selamatkan Malaysia!

Anonymous said...

Saudara Nizam Mahmud,

Tuanku A. Rahman disanjungi oleh masyarakat cina. Sebabnya dialah yang merosakkan bangsa melayu. Dia ingat orang melayu semua seperti dia, anak raja. Dia boleh kata biar orang cina berniaga, kita orang melayu kutip hasilnya. Akhirnya melayu jadi bangsat dinegara sendiri.

Tidak guna kita recall back siapa bunuh siap sebab ia sudah berlaku.

Kita kena kaji mengapa ia berlaku?
Sebab utama pada pandangan saya:

1) Kemiskinan orang melayu disebabkan ekonomi kita dipegang 90% oleh bangsa cina pendatang.

2)Orang cina melalui DAP dan Gerakan bersatu dan menangi banyak kerusi politik (hampir seperti keadaan sekarang).

3)Berpisahnya Singapura (diatas kebodohan T.A. Rahman) menyemarakkan semangat orang cina untuk menguasai negeri-negeri tertentu ditanah melayu.

Selepas 13 Mei, orang cina telah menerima hakikat yg kita kena bekerjasama membantu orang melayu dan DEB dibentuk.

Dari sini, timbul kembali kebencian kepada orang melayu kerana iri hati terutama nya bila lihat ramai anak melayu dibantu dibidang pelajaran, perniagaan dan penerapan nilai islam didalam pentadbiran kerajaan dan kehidupan orang melayu dari peringkat sekolah rendah.

Dari kebencian ini, mereka bersatu kembali dan memenangi banyak kerusi. Tapi malang bagi bangsa melayu kerana ada DUA golongan melayu yang mati-mati menyokong mereka. Siapa lagi kalau melayu dari PAS dan PKR. Ini dikatakan kerana marahkan nyamuk kelambu dibakar. Malu saya, hanya atas alasan rasuah dan kroni sanggup kedaulatan Raja Melayu dan masa depan anak melayu dipertaruhkan dan dihina......

Tulang Besi said...


1) Kemiskinan orang melayu disebabkan ekonomi kita dipegang 90% oleh bangsa cina pendatang.
.

Salah salah. Ini tidak benar sama sekali.

Sewaktu 13 Mei, kekayaan kita dikuasai oleh British.

Orang2 Cina di Malaysia semiskin orang Melayu juga, cuma sedikit baik berbanding orang melayu.

"Bulk" kekayaan negara telah diangkut oleh British balik ke England.

Dan pengangkukatan kekayaan ini diredhai oleh UMNO/Perikatan

Tulang Besi said...


2)Orang cina melalui DAP dan Gerakan bersatu dan menangi banyak kerusi politik (hampir seperti keadaan sekarang).
.

Mengikut tulisan Abdullah Ahmad Kia, Gerakan telah mengambil keputusan untuk bersama Perikatan sebelum 13Mei berlaku.

Itu adalah fakta. DAP dan Gerakan TIDAK PERNAH BERCADANG untuk menubuhkan kerajaan bersama.

Nizam Mahmud said...

Saudara Annoymous,

"""Tuanku A. Rahman disanjungi oleh masyarakat cina."""

Bukan oleh masyarakat cina sahaja. Tetapi juga oleh masyarakat Melayu dan India.

Sebab nya adalah Tunku adalah orang nya yang berunding dengan British dalam rundingan kemerdekaan. Dan beliau lah Ketua Menteri pertama Persekutuan Tanah Melayu dan kemudiannya menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia.

Untuk mengatakan bahawa beliau lah merosakkan bangsa Melayu adalah satu tuduhan yang berat.

Saudara pertimbangkan soalan-soalan ini.

1. Adakah trend kegilaan untuk mendapatkan kuasa dan projek itu berlaku semasa beliau menjadi Presiden UMNO?

2. Adakah sikap penyalahgunaan kuasa untuk mengekalkan kuasa dan projek untuk keluarga dan kroni ini dipupuk oleh Tunku Abdul Rahman?

3. Adakah sikap cintakan materialistik oleh orang Melayu, yakni sikap imperialistik dan kapitalistik, sehingga meminggirkan agama dan adat ini dipupuk oleh Tunku Abdul Rahman?

Saudara kena buktikan bahawa Tunku lah yang merosakkan bangsa Melayu. Pada hemat saya yang banyak merosakkan bangsa Melayu adalah Tun Dr Mahathir, jauh lebih hebat dari apa pun yang Tunku mungkin pernah lakukan.

Saya sepertimana Al-marhum As-Syahid Fadhil Nor juga mendoakan agar Allah memanjangkan umur Tun Mahathir agar beliau boleh melihat kerosakan yang telah ditimbulkan beliau.

Nizam Mahmud said...

Saudara juga berkata "Tidak guna kita recall back siapa bunuh siap sebab ia sudah berlaku."

Kemudian saudara kata "Kita kena kaji mengapa ia berlaku?"

Bagaimana kita hendak kaji jika saudara kata tidak guna recall back siapa bunuh siapa?

Kebenaran itu hanya akan muncul jika semua fakta telah diambil kira. Sebagai contohnya, orang Melayu yang berkumpul di rumah Harun Idris diberitahu bahawa ada orang Melayu telah dibunuh orang Cina.

Hakikatnya itu adalah satu pembohongan dan khabar angin. Tetapi orang Melayu yang berkumpul itu mempercayai nya bulat-bulat. Dan hasil nya adalah orang Melayu telah keluar mengamuk dan membunuh mana-mana orang Cina yang ditemui.

Soal nya adalah;

1. Kenapa Tun Razak masih memberikan permit walaupun telah diarahkan untuk tidak berbuat demikian oleh Tunku?

2. Siapakah Harun Idris yang telah menghasut orang Melayu untuk mengamuk. Dan apakah hubungannya dengan geng anti Tunku dalam UMNO seperti Tun Razak dan Tun Mahathir?

3. Apakah kebaikannya bagi orang Cina, yang menguasai ekonomi dan baru saja menang besar dalam pilihanraya untuk keluar membunuh orang Melayu? Tidak logik langsung.

4. Siapakah yang baru saja kehilangan kuasa ketika itu? Jawap nya adalah UMNO dan Perikatan yang telah kehilangan majoriti 2/3, sama seperti sekarang.

5. Siapakah yang mendapat keuntungan paling besar dari 13 Mei? Jawab nya adalah UMNO. UMNO mempunyai alasan untuk mengisytiharkan darurat, menahan ahli politik, dan laba yang paling besar adalah dapat memujuk PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

6. Siapakah ahli politik yang mendapat keuntungan paling besar? Jawab nya adalah Tun Razak. Sebab nya adalah Tunku telah dipersalahkan atas kejadian 13 Mei dan tekanan telah di kenakan pada Tunku untuk meletakkan jawatan. Apabila Tunku letak jawatan, Tun Razak lah yang jadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri.

Nizam Mahmud said...

Sedikit lagi komen dari saya

""Dia boleh kata biar orang cina berniaga, kita orang melayu kutip hasilnya.""

Bukan kah setelah puluhan tahun DEB, Tun Mahathir sendiri kata bahawa majoriti cukai dikutip dari orang bukan Melayu?

Cukai ini lah yang membayar gaji penjawat awam yang majoritinya adalah Melayu.

Apa beza nya dulu dan sekarang?

Dan terakhir sekali adalah;

""Malu saya, hanya atas alasan rasuah dan kroni sanggup kedaulatan Raja Melayu dan masa depan anak melayu dipertaruhkan dan dihina......""

UMNO sudah terbukti gagal dalam usaha membela nasib orang Melayu walaupun telah diberikan kuasa yang begitu besar dan puluhan tahun kuasa itu dipegang.

Apabila kita dah bagi peluang dan kuasa selama puluhan tahun pada UMNO tapi gagal maksudnya sudah sampai masa peluang itu diberi pada orang lain.

Pada pendapat saya, jika Melayu dalam PAS dan PKR membiarkan UMNO yang gagal itu untuk terus berkuasa, Melayu PAS dan PKR itu lah sebenarnya pengkhianat masa depan orang Melayu.

Itu lah pengkhianatan yang sebenarnya.

Monkey Code said...

Thank you saudara Nizam Mahmud, for your details explanation to our confused brother "Anonymous" and agreed 100% with your opinion.

"Pada pendapat saya, jika Melayu dalam PAS dan PKR membiarkan UMNO yang gagal itu untuk terus berkuasa, Melayu PAS dan PKR itu lah sebenarnya pengkhianat masa depan orang Melayu. Itu lah pengkhianatan yang sebenarnya."

Anonymous said...

Saudara Nizam & Monkey Code,

Pada saya, orang melayu yang tidak mengaku kejayaan dan kemakmuran yang dinikmati oleh bangsa melayu sekarang adalah mereka yang BUTA segala nya terutama nya hati mereka.

Mana ada negara ketiga yang rakyat nya semua 'berada' dan hidup senang lenang.

Peluang belajar terbuka luas, jika kurang dibidang akademik, program kemahiran semua nya diberi pinjaman pada mereka yang tak mampu.

Peluang berniaga, kerja dsb. Memanglah ada orang melayu yang hidup melarat, tapi patut ke disalahkan kerajaaan.

Salah ke kerajaan jika ada sebilangan orang melayu yang tidak mahu belajar, tidak mahu susah dulu, tidak mahu ambil riziko dan hanya harapkan bantuan dari langit dan gemar pengharapan dari ceramah agama tentang janji diakhirat.

Kamu boleh bayangkan ke, sekarang ini bersepah professor, doktor, pensyarah, arkitek, lawyer dan professional-professional melayu. Tanyalah pada bapa kamu atau atuk kamu yang hidup dizaman 60 an, 70 an dan 80 an.

Sudah lah, saya sudah malas nak melayan orang BODOH, HIPOKRIT dan PEROSAK BANGSA seperti kamu berdua. Berwala lah kamu berdua dengan Anwar Petualang Bangsa sampai tumbuh taring di mulut dan tanduk di kepala.

Nizam Mahmud said...

Nampak nya saudara Annoymous sudah naik marah.

Sabar lah dulu. Saya sudah berikan hujah saya mengenai peristiwa 13 Mei.

Mengenai kenyataan saudara bahawa "Mana ada negara ketiga yang rakyat nya semua 'berada' dan hidup senang lenang. ."

Ini soalan saya;

1. Mengapa Kelatan yang penduduk nya adalah 90% lebih adalah Melayu di anak tiri kan oleh Kerajaan Pusat yang dikuasai UMNO. Malah peruntukan pembangunan bagi Pulau Pinang di bawah Gerakan bagaikan langit dengan bumi jika dibandingkan dengan peruntukan untuk Kelantan, negeri berteduh orang Melayu itu.

2. Mengapa, jika UMNO memperjuang nasib orang Melayu, serta merta menarik balik royalti minyak dari Terengganu apabila PAS menang di sana? Bukan kah Terengganu adalah satu lagi negeri yang majoriti nya adalah orang Melayu?

3. Fakta nya adalah kadar kemiskinan begitu tinggi di negeri majoriti Melayu ini. Mengapa Kerajaan Pusat UMNO menganiaya orang Melayu yang miskin ini?

Jawab tiga soalan ini jika kamu yakin bahawa UMNO betul-betul ikhlas membantu orang Melayu secara am nya.

Kenyataan kamu lagi;

"Pada saya, orang melayu yang tidak mengaku kejayaan dan kemakmuran yang dinikmati"

Saya mengaku bahawa negara ini adalah negara yang makmur. Tetapi berjaya? Dari segi apa, sila jelas kan.

Saya bersyukur pada Allah kerana memberikan hasil mahsul dan sumber alam yang begitu banyak pada negara ini. Petroleum, arang batu, balak dan sebagainya.

Semua ini adalah sumber alam yang sudah sedia ada sejak ratusan tahun lama nya. Tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun.

Tetapi berjaya? Berjaya dari segi apa?

Dari segi pendidikan, taraf universiti kita begitu rendah dibandingkan dengan negara jiran. Pendapatan per kapita kita juga rendah. Jurang pendapatan kita tinggi. Kadar jenayah juga tinggi.

Jadi berjaya nya dari segi apa? Dari segi kita ada bangunan berkembar tertinggi di dunia? Tapi tahukah anda siapa firma yang bina kedua-dua menara tersebut?

Kejayaan menghantar angkasawan? Tahukah anda kita naik roket siapa?

Apa sebenarnya kejayaan kita pada hari ini?

Harap saudara Annoymous terangkan.

"Mana ada negara ketiga yang rakyat nya semua 'berada' dan hidup senang lenang. "

Pergilah saudara ke flat-flat DBKL yang sempit itu. Jika itu tafsiran nya berada dan hidup senang lenang, saya pun tak tau nak cakap apa lagi.

Satu lagi, kita bukan negara dunia ke tiga, kita dimasukkan dalam kategori negara membangun. Singapura yang pada tahun 1965 dahulu sama taraf dan sama miskin dengan kita, dan tiada sumber alam yang banyak, kini sudah boleh dikategorikan sebagai negara maju.

Fikir-fikir kan lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.