Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, June 2, 2009

Roslan SMS Tidak Mahu Slogan “PAS UNTUK SEMUA” Semasa Muktamar PAS

Saya mendapat maklumat bahawa Roslan SMS telah memprotes penyiaran lambing “PAS Untuk Semua” dan “PAS For All” sewaktu mesyuarat JK Muktamar PAS di Pejabat PAS Negeri Selangor baru-baru ini.

Beliau dengan lantang meminta supaya tiada langsung lambang “PAS Untuk Semua” dinaikkan sewaktu Muktamar PAS yang akan diadakan minggu ini.

Tiada apa-apa alasan yang kukuh yang telah diberikan, tapi yang jelasnya Roslan SMS amat marah dengan slogan tersebut.

Bagi saya, itu bukan satu kejutan. Slogan “PAS Untuk Semua” memang dibenci oleh UMNO kerana telah banyak merugikan UMNO.

Dan Roslan SMS adalah seorang ahli Fraksi UMNO dalam PAS, sudah tentulah beliau juga membenci slogan tersebut. Tapi, yang menghairankan saya, Roslan SMS masih memegang jawatan Ahli Majlis MPSJ dalam Kerajaan Tempatan Pakatan Rakyat di Subang Jaya.

Kalau Roslan SMS ni benar2 benci kepada Pakatan Rakyat kerana tidak wala’ pada Presiden, seharusnya beliau mesti meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis MPSJ sekiranya beliau mempunyai prinsip dan maruah.

Tapi, di dalam beliau menentang Pakatan Rakyat, di dalam usaha beliau menentang golongan yang pro Pakatan Rakyat dalam PAS, beliau masih lagi dengan muka tak malu memegang jawatan Ahli Majlis dalam kerajaan Tempatan PAkatan Rakyat.

Itulah dia taraf penyokong Fraksi UMNO dalam PAS. Mereka tiada prinsip dalam perjuangan. Yang mereka cari hanya keuntungan dan keuntungan.

Roslan SMS bersama kawan lawyer beliau yang telah dibuang Bar Council telah cuba menubuhkan kerajaan campuran PAS-UMNO atas nama perpaduan melayu sewaktu sejurus selepas kemenangan 2008.

Dan nampaknya beliau masih lagi mahu memenangkan UMNO di Selangor dan di Malaysia. Sebab itu lah kot, beliau tidak mahu slogan “PAS Untuk Semua” telah diprotes oleh Roslan SMS dari dinaikkan sewaktu Muktamar PAS 2009 nanti.

Alhamdulillah, cadangan Roslan telah ditolak. Mungkin kerana marah atas penolakan ini, maka angka pencalonan dalam pemilihan PAS ini telah beliau dedahkan kepada wartawan Utusan Malaysia.

Tulang Besi

27 comments:

Anonymous said...

hehehe... bila dah habis idea blogger hentam sama sendiri.

TB hentam ROslan SMS
Kicdafella hentam MSO

eloklah..

Anonymous said...

biasa la blog pro pakatan..last2 salahkan umno balik...hal dalaman depa pun nak salahkan umno juga..ish2 ish2...dah peminpin depa pun cm2 ni kan pulak anak buah...lagi la..bak kata org mana xtumpahny kuah klu xke nasi..hahaha..

Anonymous said...

TB dah mula menyebar fitnah tanpa mengemukakan bukti kukuh.setakat dengar cakap2 orang,aku boleh buat keje camtu.bagi buktilah woii!

Anonymous said...

TB - spesis Abdullah Ubai & contoh ahli neraka.

Anonymous said...

SATU LAGI ARTIKEL BODOH BANGANG YANG TAK ADA BUKTI. MAIN HENTAM TULIS AJE. MASALAH DALAM KAIN SENDIRI PUN UMNO YANG SALAH. ANU SENDIRI DAH TAK LARAT NAIK SALAHKAN UMNO. PENDEK KATA SEMUA SEBAB UMNO. ORANG-ORANG PKR DAN PR SEMUANYA MAKSUM TAK BUAT SALAH DAN DOSA.

Anonymous said...

KALAU BENDA YANG BENAR TAK PERLU BUKTI APA APA...KAN ALLAH TAHU...... SIAPA YANG MAKAN CILI TENTULAH RASA PEDAS. ORANG PAS DAH MULA NAK BEREBUT JAWATAN, MULA TUDUH MENUDUH, ULAMA PUN DAH PANDAI TUDUH SANA SINI, LEBIH DUKACITA DAH TAK PAKAI DALIL QURAN DAN HADIS LAGI.. DAH PAKAI DALIL AKAL SAHAJA MACAM PROFESSIONAL JUGA.

Tulang Besi said...

Maklumat saya dapat dari kawan saya yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Kalau nak confirmation, tanyalah Dato Hasan Ali

OreKelate said...

Tulang Besi,

May you rot in HELL!!

Ingatlah jangan asyik nak buat Fitnah..

Parti Islam pun tidak akan lari daripada bahana kesan daripada Fitnah..

Kenapa saudara sendiri tidak confirmkan dulu dengan Dato' Hassan Ali, sebelum buat artikel yang sangat tidak bertanggungjawab ini!!??

Saya sarankan anda baca buku Pas For Dummies

Hamba said...

Penyokong2 fraksi UMNO melenting nampak.... Bengang ke sebab tipu muslihat dah terbongkar? kalau marah orang PAS dan PR asyik hentam UMNO tak payah le masuk kat blog yg pro PR dan PAS... Apa ke bangang nye dia orang ni... Syohhh.. nak 20 sen pegi main jauh2.. Dasar UMNO tamak, dah songlap berbillion ( PKFZ)masih nak kebas lagi duit rakyat.

Anonymous said...

fraksi umno ni apa susah2 masuk aje umno. Engkorang kan nak bela melayu. itulah parti terbaik untuk anda semua. jangan buat kecoh dalam pas!

Tulang Besi said...

Orgkelate,

Saya nak confirm buat apa. Saya confirm dgn kawan saya yang ada dalam meeting tersebut.

Nak buat apa saya sebuk-sebuk aku nak tanya Dr Hasan Ali.

Kau pegi la tanya. Buleh tak.

And also, may u rot in hell also.

Anonymous said...

menurut sumber saya yang menghadiri meeting tersebut... isu roslan sms marah dengan slogan "PAS for all" tak wujud langsung. dia pun pelik macam mana tiba-tiba tulang besi boleh buat cerita ni

Anonymous said...

ahli pas,

aku tak heran yang roslan sms marah pasal slogan PAS4 All ni.

Yg aku heran, tulang besi boleh tuduh@fitnah roslan sms tak suka slogan tu sebab UMNO tak suka.

Hairan,UMNO tak takut slogan Negara Islam, Membangun bersama Islam, macam2 istilah-istilah islamik dan bersifat Haraki,tiba2 pas4 all yg bunyi macam DAP dgn Najib,UMNo boleh ketaq..

Lojik la sikit Tulang Besi..kalau slogan macam PAS utk semua termasuk kafir harbi cm DAP,homoseks,kaki maksiat,dangdut,tukang urut, gro ini UMno konon takut, ada masalah sebenarnya slogan tu..jgn jual agama untuk undi manusia yang murah.

Biar putih tulang..jgn putih mata

Anonymous said...

ahli pas,

tambah sikit lagi..

Aku tak kisah hg marah sgt dgn roslan sms.Tapi profesional la sikit.

Jgn main tuduh2 wa al fitnah2 dia marah PAS4All pasal UMno xsuka.

Kalau org kata hg marah ulamak, sebab kafir pun marah ulamak,ulamak tu pewaris nabi,mantiknya, hang macam kafir tak suka nabi, hang pun mesti tak suka kan tulang besi?Ini cnth la, sbb hang ni aku tgk makin lama makin celupaq,kalau org guna mantik sama kat hang,apa macam pulak?

Jadi, tolonglah,janganlah nak bela pujaan hati hang tu tulang besi, hang fitnah2 orang lain.

Cakap saja dia marah pas4all..cukupla..jgn dok tambah2..

Rozana said...

"PAS for all" diragui oleh sebahagian ahli PAS kerana khuatir kelak majoriti ahli daripada golongan liberal dan asas Islam yang longgar. Seterusnya menaikkan pimpinan yang dapat memenuhi aspirasi (nafsu) mereka. Apatah lagi jika PAS mempunyai kuasa pemerintahan. Perkara ini berasas. Sebab itu, adalah praktikal dan terbaik buat masa ini kita gunakan "PAS for all", next phase kita gunakan "Islam for all". Anasir-anasir perosak dalam parti kenalah disaring dgn 'sistem filter' yang berkesan secara fizikal dan kerohanian.Pak ulama tulen dalam PAS pasti ada kaedah saringan itu.

nur mohd nidzam said...

PAS untuk semua,maknanya islam untuk seluruh alam.
PAS for all maknanya islam akan membela semua kaum atas muka bumi ini secara adil tak kira warna kulit, bahasa,bangsa dan taraf.
PAS for all bukan bererti kita jual agama untuk mengaut undi wahai orang2 bodoh tetapi slogan itu untuk memenangkan islam dan mengajak orang bukan islam mengenali islam secara dekat.
PAS for all ialah untuk menyatu padu semua lapisan masyarakat di negara ini dibawah payung PAS.
kenapa setengah orang disini sampai tidak mahu mengakui kebaikan slogan ini.

Anak Lenggong said...

Ari nie pulak bloggers Topeng perak daripada Perisik Rakyat mengutuk MSO..apa dah jadik dengan bloggers puak PR ni

mat said...

TB, teruskan dengan usaha anda untuk menelanjangkan fraksi UMNO dalam PAS. Tak payah ambil berat atas komen komen dari pihak pihak bodoh dan berfikiran cetek seperti yang tersiar diatas dan menyelindung dibelakang nama "anonymous". Mereka ini kalau bukan dari UMNO adalah perosak perosak dalam PAS yang tidak mempunyai visi dan kebolehan berfikir. Pak turut bodoh macam ini memang tak ada nilai dalam parti - patut kita suruh masuk UMNO lagi baik; begitu juga Ustaz ustaz yang hanya bergelar ustaz tapi jauh dari apa yang diharapkan dari seorang "ulama'".

Mat Kalau said...

Aku memang tidak pernah percayakan Hasan Ali biarpun ramai pemimpin dan penyokong Pas mengalu-alukan dia aktif dalam Pas dahulu.

Sekarang ramai dah tau sapa Hasan Ali. Itu sebab dia tak berani bertanding.

Anonymous said...

Memang betul segala cerita di atas. Tak percaya tanya Dr. Halimah kerana beliau yang antara bertengkar hebat dengan Roslan isu logo "PAS for All" ini.

Anonymous said...

kalah dah Ahli Pas dah tolak Roslan SMS sebagai YDP kawasan..tu pun lebih drp cukup utk tunjuk sapa dia tu Roslan SMS...yg duk sokong dia semua dalam ni semua kaki swang UMNO yg baru abis malu keluar dari Dun Penanti...maklumla kat Penanti xleh bertanding kena la lepas gian kat sini

Anonymous said...

Tak Percaya..... Tanya Hassan Ali..
Tak Percaya......Tanya Dr Halimah.

Wei..Jangan Jual nama Orang.mangkuk ayun mana nak buka hal mesyuarat di luar mesyuarat klu bukan mangkuk ayun UMNO.

TB...hehehe..hazar sket
-nizamtoha-

Abd Razak said...

hahaha...puak2 fraksi umno dh kepanasan...semua dh mula menebar fitnah...perangai saling x tumpah seperti umno...hangpa kata TB sebar fitnah tetapi masih ingatkah hangpa yg dulu TB ada keluarkan artikel berkenaan roslan ini dan suruh dia nafikan..ada x dia nafikan?..jwpnnya xde..kalau benar cerita TB tu slh kenapa diamkan diri..itulah padahnya bila ada balaci2 umno dlm PAS ni seperti ketuanya nizah toha dan lain2...dh le PENGECUT xnk guna nama sendiri...semua bersembunyi di sebalik anonymous...mmg hangpa ni sume sama ngan umno..PENGECUT NO 1...jgn bimbang TB...mereka ini dh xtau nk buat fitnah camna lg...fakta xde...cite merapu...hangpa fitnah YB Husam tp org umno sendiri dh keluarkan statement minta maaf pasal fitnah tu...mso dan geng2nya seperti nizam toha,grand marquis dan lain2 terkejut rsnya dgn penarikan balik fitnah yg dilakukan oleh yb umno tu...sudahlah hangpa wahai puak2 fraksi umno...seperti yg aku kata dulu org cam hangpa ni kalau keluar PAS x rugi pn...untung PAS kalau hangpa semua masuk umno...jd le balaci umno utk selama2nya...

JOM UNDI said...

jom undi bakal calon TP

kembara putih said...

TB..kamu tak sesuai jadi pembela Husam. Sokongan kamu membawa rebah. Jika reputasi Husam rosak, tidak lain adalah hasil dari penulisan kamu.

Anonymous said...

masa pilihanraya nanti nak tapis tak siapa yang boleh undi pas.

kan pas dah decide untuk mengambil bahagian secara demokratik..jadi kenalah appeal untuk semua.

lainlah kalau pas nak jadi kumpulan seperti ji ke atau abu sayaf ke ..

tipy jb

Anoinimuz said...

biasa la blog pro pakatan..last2 salahkan umno balik...hal dalaman depa pun nak salahkan umno juga..ish2 ish2...dah peminpin depa pun cm2 ni kan pulak anak buah...lagi la..bak kata org mana xtumpahny kuah klu xke nasi..hahaha..

dah umno bodoh...mmg laa umno yg salah....bangang laa sape yg duk ikut umno sesat dan kuffar nie...hancur umno !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.