Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Monday, June 29, 2009

UMNO Merompak Minyak di Kelantan Bagi Mengkayakan Kroni

Saya terjumpa artikel yang mebuktikan bahawa Kelantan sebenarnya mempunyai minyak. Baru2 ini YB Husam Musa menyatakan bahawa Kerajaan Pusat berhutang dengan kerajaan negeri sebanyak RM1billion.

Mengikut pendedahan Kickdefella, penindasan ekonomi terhadap kelantan adalah atas hasrat UMNO Kelantan, terutamanya. Lepas tu, muka2 tak malu ini mahu pula berkerajaan perpaduan dengan PAS.


"Bersandarkan kepada anggapan bahawa tulisan Zulkiflee berlandaskan niat yang baik, ternyata ia hanya menunjukkan sikap malas penyunting akhbar ini untuk melakukan sedikit kajian. Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.

* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
* Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan."


Di bawah dinukilakan artikel berkenaan dengan kewujudan minyak yang banyak di Kelantan dari blog Anak Sungai Derhaka:

Siapa kata tiada minyak di Kelantan?

Siapa kata tiada Minyak di Kelantan?


Malaysia-Thailand Joint Development Area (JDA)
Malaysia-Thailand Joint Development Area merupakan salah satu kawasan yang sangat aktif dalam carigali dan pengeluaran Gas Asli, terletak dibahagian bawah teluk Thailand (Siam).

Kawasan telah dibahagikan kepada 3 block:

- Block A-18

- Block B-17

- Block C-19

Diuruskan secara bersama oleh Malaysia-Thailand Joint Authority (MTJA), dengan setiap Negara menguasai 50% dari sumber hydrocarbon yang ditemui di JDA , sumber Gas Asli dikawasan tersebut dianggarkan 9.5 Tcf (Trillion cubic feet).

Spekulasi dari para penganalisa mengatakan kemungkinan besar simpanan Gas Asli dikawasan tersebut mungkin mencecah hingga 24 Tcf.

Block A-18 dikendalikan oleh The Carigali-Triton Operating Company (CTOC) iaitu sebuah syarikat kerjasama antara Petronas Carigali dan Hess.

Manakala bagi Block B-17 dan C-18 dikendalikan oleh Carigali-PTTEP Operating Company (CPOC), satu syarikat kejasama antara Pengeluar Minyak Nasional dari kedua-dua Negara yang terlibat dalam kerja-kerja pencarian dan pengeluaran dikawasan tersebut.

Dalam bulan Mac 2005 Carigali-Triton Operating Company (CTOC), usahasama antara Petronas Carigali dan Hess telah memulakan pengeluaran dari JDA di Block A-18 yang dianngarkan mempunyai simpanan sebanyak 2.8 Tcf, jumlah pengeluaran bagi sehari adalah disekitar 390 MMcf (Million cubic feet) dan pengeluaran dijangka meningkat sehingga 590 MMcf sehari pada April 2007.

Terjemahan dari Energy Information Administration


APA YANG KERAJAAN SEMBUNYIKAN DARI RAKYAT KELANTAN

Petronas mengesahkan bahawa operasi GAS ASLI di BLOK A 18 sudah bermula menerusi Syarikat Carigali HESS.

- Petronas memegang 50% saham di dalam syarikat tersebut menerusi Petronas Carigali Sdn Bhd dan 50% lagi dipegang oleh Aremada Hess Inc.

- Sekarang ini, operasinya mengeluarkan 6,000 tong GAS ASLI sehari.

- Jarak Blok A18 adalah lebih dekat ke Kota Bharu daripada di hantar ke Kerteh dan Songkla.

- Kerajaan BN bagaimanapun memilih pendaratan GAS ASLI itu dibuat di Songkla walaupun kosnya lebih tinggi akibat jarak yang jauh itu.

Menerusi penerokaan GAS ASLI di Blok A 18, setiap hari, Petronas sepatutnya membayar rakyat Kelantan royalti yang bernilai RM512,000.00 (RM512 ribu) sehari dan ini bererti Kerajaan Kelantan seharusnya mendapat pendapatan tambahan dari royalti GAS ASLI yang bernilai RM186,880,000 (RM186 juta) setahun.


PERANCANGAN OPERASI TELAGA-TELAGA GAS ASLI LAIN DI PERAIRAN KELANTAN

- Blok A 18 Fasa 2 pada tahun 2010

- Blok B 17 dan C 19 – Operasi bermula suku ke tiga 2009.

- Blok PM301 dan PM302 – Operasi bermula 2011 dan 2012

- Blok PM3 – Operasi bermula suku ke tiga 2008

BERAPA BANYAK ROYALTI GAS ASLI YANG MENJADI HAK RAKYAT KELANTAN

Apabila semua telaga-telaga GAS ASLI ini beroperasi Royalti GAS ASLI yang akan diterima rakyat Kelantan ialah bernilai RM1,000,000, 000 (RM1 Billion).Sebab itulah BN mahu perampas Kelantan sebelum telaga-telaga GAS ASLI ini mula beroperasi sepenuhnya.


ROYALTI GAS ASLI ADALAH HAK RAKYAT KELANTAN

- PAS komited dan akan memperjuangkan habis-habisan bersama rakyat Kelantan untuk mendapatkan royalti GAS ASLI ini.

- Jika BN merampas Kelantan, royalti GAS ASLI tidak akan menjadi milik rakyat Kelantan dan rakyat Kelantan akan menerima nasib yang sama seperti Terengganu.

- Terengganu, walaupun menikmati royalti minyak dan GAS ASLI sebanyak RM1.2 billion setahun di dalam bentuk wang ehsan.

- Wang Ehsan tidak diberi kepada kerajaan Terengganu tetapi disalurkan kepada orang tertentu seperti Patrick Lim untuk digunakan untuk bagi membangunkan projek-projek yang tidak mendatangkan menafaat kepada rakyat Terengganu sendiri.

- Walaupun menerima RM1.2 billion setahun, rakyat Terengganu lebih miskin dari rakyat Kelantan.

- Hutang tertunggak Terengganu, lebih RM300 juta sedangkan hutang tertunggak Kelantan semenjak pemerintahan PAS hanya tinggal kurang RM12 juta.

Petikan dari Blog KELUARGA AMBUYAT EL-BINANGKIT




Ini adalah sebahagian gambar-gambar dari blog seorang blogger yang pernah melawat sebuah pelantar minyak yang terletak diantara sempadan Malaysia dan Thailand iaitu diperairan Kelantan atas urusan kerja.



Pemandangan dari udara Cakerawala Platform



Cakerawala Platform gambar dari laut.




Jadi.. Siapa kata tiada minyak di Kelantan???


Terima kasih buat semua para sahabat di TranungKite.Net atas info..
<.



9 comments:

abu farhan said...

Sedikit penjelasan. kelantan memang tiada minyak dalam kuantiti yang boleh dikomersialkan.

Tetapi Kelantan mempunyai simpanan gas yang banyak. Cumanya, kalau dibandingkan dengan gas di Trengganu atau sabah/sarawak, gas di kelantan atau kawasan JDA ini secara umumnya mempunyai kualiti yang agak rendah.

Dalam petroleum development act, gas ini dinisbahkan dengan minyak melalui suatu formula yang dipanggil barrel of oil equivalent (BOE).

Apa pun pada hemat saya Kelantan wajib diberikan royalti kerana Trengganu, sabah dan sarawak juga dibayar royalti bagi gas yang diekstrakkan daripada perut bumi mereka.

Anonymous said...

Kalau kita lihat peta yang dipaparkan,Songhla 260km dari pusat planta,Patani 180km dan Kota Baharu,Kelantan hanya 150km.Dari segi ekonominya,paip besar gas wajar diKota Baharu bukan diSonghla,Thailand.Tetapi UMNO menetapkan Songhla diutamakan kerana kerajaan Kelantan dikuasai olih PAS.Ini keputusan yang telah ditetapkan olih Mahathir semasa beliau jadi PM.Mahathir tidak mahu Kelantan maju dan ini disokong olih pemimpin-pemimpin UMNO Kelantan,termasuk Mustapha Mohammad.

Begitu busuknya hati pemimpin-pemimpin UMNO terhadap kerajaan Islam PAS Kelantan.Parti ini jugalah yang memukul gendang "ketuanan Melayu","UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO".Lihat sahaja pengkhianatan yang telah dilakukan kepada sebuah kerajaan pimpinan Melayu.

Inilah pengalaman dan penderitaan yang telah dialami,dirasai dan lalui olih TGNA sebagai MB Kelantan lebih dari 20 tahun.Tidak dapat dipersalahkan mengapa TGNA menolak Kerajaan Perpaduan secara total dan tidak akan kepunan jika tak bersahabat dengan UMNO.Cuma orang Trengganu saja yang tidak serik-serik dan masih rela dipatuk dua kali dilubang yang sama.

Satelah melakukan semua ini kepada rakyat Kelantan amnya dan kepada kerajaan PAS Kelantan khususnya,sekarang UMNO meminta pengundi diManik Urai memilih UMNO.Inilah masa dan ketikanya,orang Kelantan "mengajar" UMNO.Kemenangan calun PAS diManik Urai akan menjadi satu lagi "paku" yang akan dibenamkan kekeranda UMNO sebelum keranda ini disemadikan kedalam liang lahat.

Anonymous said...

Meneliti kata-kata Anon diatas,gua teringat borak kawan-kawan masa gua kerja diBangkok tahun 2007.Antara kawan-kawan tu ada 2-3 orang Jurutera Minyak Petronas,yang terlibat dengan projek gas diSonghla.Mereka pun tak begitu setuju paip gas tu dipasang ikut negara Thai walhal Kelantan lebih dekat dan ekonomikal.Mereka juga tompang silu kerana Kelantan,yang diperintah orang Melayu dikhianati olih orang Melayu(UMNO) sendiri.Mereka juga menunjukkan kerisauan,sekiranya berlaku "apa-apa" antara Malaysia dengan Thailand - Petronas akan rugi besar.

Anonymous said...

Ini yang aku tak faham sikap setengah2 pemimpin PAS yang beria-ria sokong UG ni. Rata-rata pemimpin ini bukannya dari kelantan jadi apa mereka peduli dengan royalti atau penindasan kerajaan pusat kepada rakyat melayu kelantan.

Tentang pendedahan TDM ni, aku sangsi dengan kenyataannya. Dia seorang pemimpin yang powerful, tak mungkin dia dengar cakap-cakap pemimpin-pemimpin UMNO kelantan.

Kalau kata, dia memang nak tekan kelantan, aku percaya. Juak-juak UMNO kelantan tu memang dah mentaliti begitu-kaki cah keting. Memang mereka desak TDM, tetapi TDM yang aku rasa seorang pendendam, memang nak sekat bantuan ke kelantan.

bat8

Anonymous said...

umno alih minyak tu ke songkla sebab nak hidupkan balik kegemilangan melayu patani.

sarkazm

Anonymous said...

erm, PAS reti ke proses minyak?? yg korang saket ati sgt UMNO mengkayakan kroni dorg ni nape?? klu UMNO x kayakan kroni dorg pun, bkn dpt kat korang pun kekayaan tu..

Anonymous said...

kroni bende nyer....songhkla tuh dah jadik siam dah...cuba ko tanya orang songkhla...confirm dia cakap dia thai..bukan melayu..yg mengaku melayu nyer duduk kat kawsan bergolak jer narathiwat, pattani ngan yala...memang la mereka tu islam(x sampai 1/4 pun islam kat songhkla)yg 1/4 tuh aku ngaku laaa saudare...ni bukan soal tolong x tolong...orang kelantan nak balik gak negeri diorang..dah letih dah merantau..kalau buat kat kelantan aper salah nyer...kan membantu rakyat nama...kami pun rakyat malaysia gak...yg pi buat uturn keluar masuk malaysia tuh bender nyeh...

Anonymous said...

orang melayu yang pandang melayu lain rendah dan dalam masa yang sama rompak hasil orang yang dipandang rendah tadi adalah bersifat syaitan, sesama sendiri pon rela menkhianati asalkan dia seorang senang.....ada juga manusia macam ni....

Jeff Ismail said...

Umno kata dia perjuangkan melayu tp bila bab myk dan gas di Kelantan mereka nafikan hak kerajaan yg dipilih oleh 95% org Melayu...

Perjuang Melayu kepala bapak dia!!

umno lebih rela salur myk ke Songkhla dr ke kelantan..memang dasar hati dan perangai Yahudi memang macam tu..umno dan yahudi sebenarnya berkawan rapat dan punyai pertalian yg baik..ingat siapa David Marshal dan pejanjian Baling...yahudi memang dah lama sah baik ngan umno/yahudi ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.