Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Wednesday, June 3, 2009

Utusan Malaysia Berkempen Untuk Calon Timbalan Presiden Mereka Lagi


Nampaknya, suara rasmi UMNO, Utusan Malaysia sedang berkempen lagi untuk calon idaman kalbu UMNO dan BN.

Artikel terbaru pengarang Utusan, Zulkiflee Bakar bertajuk ”Menilai Hujah Husam” mendedahkan kepada kita betapa bencinya Utusan Malaysia kepada Husam Musa.

Jelaslah, bahwa satu-satunya calon yang dibenci dan ditakuti oleh UMNO/Utusan Malaysia adalah Husam Musa. Jelas juga, bahawa UMNO amat takut calon idaman hati mereka kalah dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden mereka.
Zulkiflee Bakar juga menulis:

” Sebenarnya Husam terlupa bahawa kelompok yang benar-benar membenci UMNO sehingga tidak boleh duduk semeja berbincang ialah PKR bukan Pas, ini kerana PKR ditubuhkan atas dasar dendam dan benci akibat apa yang berlaku kepada Anwar. Oleh itu dengan hujah Husam tersebut apakah ia bermakna beliau sendiripun sudah terpengaruh dengan politik sempit yang dibawa oleh PKR? Hanya Allah Maha Mengetahui”

Ia mengesahkan bahawa UMNO tidak mahu Husam menjadi Timbalan Presiden kerana tidak mahu usaha membawa PAS kepada UMNO ini dihentikan.

Zulkiflee Bakar juga menampakkan kebodohan dan ketonggongan beliau berkenaan dengan PAS. Hakikatnya, kuasa atau faktor yang menyebabkan PAS tidak mahu langsung merapati UMNO sekarang ini adalah faktor Tok Guru Nik Aziz dan tiada kena mengena dengan Anwar Ibrahim.

Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.

Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.

Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini.

Untuk membaca lagi berkenaan dengan dosa-dosa UMNO kepada PAS sila klik:

http://kickdefella.wordpress.com/2009/05/31/menjawab-rencana-zulkiflee-bakar-mingguan-malaysia/

Disenaraikan bukti betapa Kelantan ditindas oleh Kerajaan Pusat selama ini adalah atas desakan pimpinan2 UMNO Kelantan semata-mata.

Tolonglah para perwakilan semua. Kalau tak suka kat Husam Musa pun, undilah Abg Mat SAbu. Janganlah undi calon yang mahu merapatkan hubungan dengan mereka yang telah membunuh Ustaz Ibrahim Libya dan memfitnah beliau.

Sayanglah PAS dan sayanglah Islam. Janganlah beri peluang UMNO menghancurkan Islam sebegini rupa.

14 comments:

Anonymous said...

KALAU NASHA MENANG, SAYONARA PAS, RASANYA AKU TAK MAU LAGI WALA' KPD PIMPINAN JADI TERPAKSALAH AKU KELUAR PAS UNTUK MEMILIH PARTI BARU ASALKAN BUKAN UMNO DAN BN.

ajk cawangan said...

saya dan kawan2 saya tidak akan keluar pas cuma jadi ahli biasa saja, no more aktiv participation dlm mana mana aktiviti.

ajk cawangan said...

oops terlupa..kalau nasa menangla sebab nya mudah kami mahu pas ke hadapan bukan macam 2004 dulu, dah penat bercakap, berdialog dan macam2 lagi dgn pimpinan kawasan ini tapi depa ni being ustaz ustaz lantikan payah nak tune, centrik.kalu ada pun yg terbuka semua kena tolok.

Anonymous said...

Tak perlu risau Utusan meloya berkempen..sebab PAS dah boikot ..so ahli2 PAS tak beli dan tak baca...

fuzi

Anonymous said...

KALAU NASHA MENANG, SAYONARA PAS, RASANYA AKU TAK MAU LAGI WALA' KPD PIMPINAN JADI TERPAKSALAH AKU KELUAR PAS UNTUK MEMILIH PARTI BARU ASALKAN BUKAN UMNO DAN BN.


keluarlah ko kalau nak keluarpun.duk dalam pas buat prebih boreh je.abis rosak pas kerana ko duk dalam pas nak buat apa?

dah2.cau2..

dribrahim said...

Betul tu TB,

UMNO mesti melutut mentak ampun dr kelaurga ust ibrahim libya atas segala aib keatas keluarga mereka. org PAS jgn lupa

Anonymous said...

ko ingat korang je TB yang xsuke umno bunuh ustz ibrahim libya?orang pas yang lainpun benci jugala.ko jangan nak pusing isu nak mintak simpati atas isu memali plak.ko tu yang dah rosak,jangan nak alih perhatian supaya sokong temberang ko dalam pemilihan kepimpinan pas.


-ahmad-

Anonymous said...

Anwar Baem,

Gelak sakan aku baca komen tulang besi:

"Kalau sayang sangat Utusan Malaysia dan UMNO kepada ulama, maka pergilah memohon maaf kepada keluarga dan balu Ustaz Ibrahim Libya yang kamu telah bunuh dan fitnah selama ini.

Jangan bersandiwara dan berdondang sayang kononnya kamu sayangkan ulama dan kamu sayangkan Islam. Kata-kata kamu hanya dusta semata-mata.

Hakikatnya UMNO adalah hamba kepada tokeh2 judi dan arak di Malaysia ini."

Anwar yang dipuja-puja dan dipuji-puji tulang besi mana pernah minta maaf perbuatannya dalam UMNO seperti Kes Memali.Orang semua dalam PAS,ex-ABIM,JIM semua menunggu apa Anwar kata semasa kes Memali.Tapi, semua hampa.

Tapi, semua mudah lupa,atas nama reformasi,orang tidak pernah tuntut Anwar minta maaf.Orang palit benda tu walaupun kepada orang yang tak pernah terlibat dan hidung berhingus dalam UMNO.

Anwar tu kawan baik Yayasan Gerak Bakti,taukeh judi.Kawan baik Lim Goh Tong.Mengaku baik dengan ulama', tapi tikam ustaz-ustaz dan ulamak-ulamak macam Haji Hadi,Nik Aziz,Ust Fadzil,Haji Zabidi Ali.

Bila Anwar nak mintak maaf?

Calon kita sokong, orang2 yang bersih macam Presiden PAS.Inilah mereka yang ditarbiyyah tulen oleh Ikhwan dan faham gerakan haraki secara tulen.

Tulang Besi said...



Anwar yang dipuja-puja dan dipuji-puji tulang besi mana pernah minta maaf perbuatannya dalam UMNO seperti Kes Memali.Orang semua dalam PAS,ex-ABIM,JIM semua menunggu apa Anwar kata semasa kes Memali.Tapi, semua hampa.
.

Ada ka Anwar terlibat dalam kes Memali?

Masa tu dia cuma ketua pemuda je.

lagipun Anwar dah tolong sampai PAS dapat jadi MB kat Kedah.

Hutang Anwar pada PAS sudah lunas

Tulang Besi said...

June 3, 2009 12:03 PM
Delete
Anonymous Anonymous said...

ko ingat korang je TB yang xsuke umno bunuh ustz ibrahim libya?orang pas yang lainpun benci jugala.ko jangan nak pusing isu nak mintak simpati atas isu memali plak.ko tu yang dah rosak,jangan nak alih perhatian supaya sokong temberang ko dalam pemilihan kepimpinan pas.


-ahmad-
.

Ni ckap Frkasi UMNO yang desperate sebab diorang yang nak baik sgt dgn UMNO sampai terlupa UMNO pernah bunuh Ustaz Ibrahim Libya

Anonymous said...

Calon-calon pro muqabalah dengan Umno @ disokong Utusan Malaysia

Dalam satu blog kumpulan pro muqabalah dengan Umno, mereka telah menyenaraikan calon-calon di bawah sebagai calon yang menjadi pilihan Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Sedangkan TG Haji Hadi tidak pernah sama sekali menunjukkan sokongan kepada mana-mana calon yang bertanding pada pemilihan Pas kali ini.

Calon-calon ini sebenarnya yang akan membawa Pas menyertai Barisan Nasional pada bulan Jun ini selepas mereka semua menang.

Jadi, terpulanglah kepada perwakilan Pas sendiri untuk memilih mereka mereka yang pro Umno atau mereka yang pro Pas @ Pas tulin!


Calon-calon tersebut adalah seperti berikut :


TIMBALAN PRESIDEN

1. Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz


NAIB PRESIDEN

1. Nik Mohd Amar Nik Abdullah, YB Dato' Ustaz
2. Mujahid Yusuf Rawa, YB Dr


AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj
2. Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz
3. Takiyuddin Hassan, YB Dato’
4. Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji
5. Hashim Jasin, YB Ustaz Haji
6. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji
7. Abdul Halim Abdul Rahman, YB Dato’ Ustaz Haji
8. Hasan @ Abd Rahman Abd Razak, Ust
9. Mohd Abdul Wahid Endut, YB Hj
10. Azman Shapawi Abd Rani, Ustaz
11. Mariam Abdul Rashid, Hjh
12. Mohamad Noor Mohamad, Haji
13. Iskandar Abdul Samad, YB Ir
14. Nik Muhammad Zawawi Salleh, Ustaz Haji
15. Mazlan Aliman, Sdr
16. Omar Mohamed, YB Dato'
17. Wan Hasrina Bt Wan Hassan, Hjh
18. Shafie Abu Bakar, YB Dr



- Ust Taib

Lee Copper said...

Aku kalau usz nasa menang aku tak keluar pas, tapi kalau pas tinggalkan pr dan join dgn umno walau dgn apa kaedahpun..... masa tu aku akan bye2 kat pas.

aku dah haramkan umno pada diri aku. org umno itu semua golongan munafik yang bakal dihumban ke dalam api neraka.tak payah berbaik dan tolong mereka. biar parti depa mampuih.

pkrpun mungkin aku tak join, senarai teratas aku dap lah.

keraspedal said...

perwakilan pas sekarnag gua percaya dah cerdik cerdik belaka.

tolong piliah yang terbaik untuk kepentingan rakyat dan islam,bukan untuk kebaikan umNo dan bn.
pas bersatu dengan bn ibarat kain putih dicelup dengan najis...

keraspedal said...

apa hutang hutang ni.anwar hutang pas,pas hutang anwar??kita kerja berpasukan.tanpa pas,pkr tidak dapat bertahan semasa anwar dalam tahanan,tanpa pkr/anwar,pas sekarang boleh bilang dengan jari sebelah tangan bilangan ahli parlimen.

jangan assobiyah beb..rosak pr nanti!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.