Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 31, 2009

ADUN Permatang Pasir yang Saya Kenali


Ustaz Hamdan Abdul Rahman telah meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh nya dan menempatkan beliau di kalangan para syahideen dan muttaqeen. Amin.

Saya antara yang bernasib baik dan diberikan rezeki oleh Allah SWT kerana sempat berguru dengan YB Hamdan Abdul Rahman dalam ilmu bagaimana hendak menambat hati pengundi.

Sedar atau tidak, di saat PAS mendapat keputusan yang amat mengecewakan pada tahun 2004, di mana PAS kalah di semua kerusi yang pernah dimenangi di Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 1999, YB Hamdan masih mampu mengekalkan kerusi Permatang Pasir ( tidak termasuk Kedah dan Perlis).


Di saat PAS hilang semua kerusi di Selangor dan Perak dan hilang Terengganu, PAS masih dapat mengekalkan kerusi Permatang Pasir. Di saat populariti Pak Lah begitu tinggi sewaktu itu, YB Hamdan tetap kekal sebagai YB Permatang Pasir.

Saya sempat bertanya kepada beliau apa rahsia beliau. Dan beliau bermurah hati telah berkongsi rahsia mengapa rakyat Permatang Pasir sayang kepada beliau. Siapa sahaja yang pernah ke Permatang Pasir akan nampak dengan jelas. Hatta, orang-orang UMNO di Permatang Pasir juga menghormati serta tidak berani menyerang pribadi YB Hamdan secara berdepan. Ditakuti akan ”back-fire”.

Saya bertanya kepada arwah YB Hamdan, bagaimana beliau daapt menjalankan ”service”kepada penduduk Pengkalan Pasir dalam keadaan kerajaan negeri berada di bawah BN( selepas 1999).

Beliau berkata beliau berjumpa terus dengan pekerja-pekerja kerajaan di peringkat pekerja terus dan bukan di peringkat pentadbiran. Misalnya, ada kes di mana sampah diangkut lambat oleh Majlis Daerah Seberang Perai. YB Hamdan turun terus kepada pekerja-pekerja yang mengangkut sampah tersebut. Dan apabila berjumpa, YB tidak mengherdik serta menengking mereka, tetapi bercakap lembut dan meminta dengan baik.

Hasilnya, pekerja-pekerja ini menjadi malu alah dengan beliau. Ini kerana sebelum ini tidak pernah mana-mana YB yang sanggup turun berjumpa dengan mereka terus dengan cara YB Hamdan. Dan YB Hamdan telah menggunkan kata-kata yang sopan untuk meminta mereka melakukan tugas mereka.

Akhirnya, masaalah pengangkutan sampah itu selesai dan pekerja-pekerja Majlis Daerah tersebut melakukan kerja dengan tidak disuruh.

Dengan masyrakat Cina pula lebih mudah. Masyarakat Cina peka politik. Mereka tidak seperti pengundi Melayu. Pengundi Melayu apabila berjumpa YB mereka, tidak lain hanya untuk meminta duit. Pengundi Cina berjumpa YB untuk menyelesaikan masalaah birokrasi mereka dengan kerajaan.

Dan mereka faham bahawa YB Hamdan adalah YB pembangkang. Apa yang YB Hamdan buat hanyalah menunjukkan surat yang beliau buat kepada kerajaan bagi pihak penduduk di kawasan beliau. Itu sudah cukup untuk menyakinkan pengundi Cina di kawasan beliau bahawa beliau adalah YB yang bertanggungjawab.

YB Hamdan adalah seorang yang sangat rendah diri dan peramah. Sesiapa yang biasa sarapan dan makan tengahari di restoran2 berdekatan pejabat Harakah di Seberang Jaya, pasti akan terserempak dengan YB Hamdan.

Dan biasanya beliau yang menegur kita dan bukan sebaliknya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Tapi yang lebih penting adalah ahli-ahli dan penyokong PAS seharusnya mengamalkan ilmu yang ditinggalkan oleh beliau.

Perangai Buruk Pengundi Melayu

Memang pengundi Melayu mempunyai perangai yang buruk, terutamanya pengundi2 Melayu yang pro UMNO. Mereka mahu YB mereka menjadi bank duit untuk mereka. Dilaporkan rata-rata orang UMNO ini akan meminta wang dari YB mereka dengan tiada segan silu.

Dan mereka akan meminta wang untuk segala hal hatta sampai ke tahap untuk memperbaharui cukai jalan serta insuran kereta mereka. Itulah tahap pemalas dan muka tidak malu pengundi-pengundi UMNO ini.

Oleh sebab itulah mereka benci pada Pakatan Rakyat kerana Pakatan Rakyat sudah tidak mahu membela biawak-biawak hidup di dalam bentuk pengundi, ahli serta pendokong UMNO yang hanya tahu hidup dengan menghisap darah kerajaan negeri sahaja.

Sebab itu jugalah, walaupun ada DEB, tapi 70% wang yang dibelanjakan kerajaan bagi Rancangan Malaysia ke 8, pergi kepada bisnes dan syarikat milik kaum Cina. DEB sebenarnya adalah program yang disukai oleh UMNO dan MCA.

UMNO dapat duit senang dan semua kontrak kerajaan di ”sub-con” pada tokeh-tokeh MCA. Sebab itulah MCA tak pernah komplen pasal DEB. Kerana mereka juga jadi buncit disebabkan DEB.

Di bawah PR, kita akan wujudkan usahawan2 Melayu dengan DEB dan usahawan2 ini akan menyumbang kepada ekonomi negara, bukan menjahanamkan ekonomi negara seperti yang sedang dilakukan oleh orang-orang UMNO sekarang ini.

Tulang Besi

11 comments:

zakwan said...

Al Fatihah
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Mohd Hamdan
Moga2 Allahyarham berada di sisi mereka yg beriman

Anonymous said...

nape adun barisan najis panjang umur?

Anonymous said...

supaya dosa-dosa mereka tu akan lebih bertambah, sehingga-lah tidak ada ruang untuk bertaubat ...

acoi said...

erm..mengapa bila kita kenal seseorang adun/mp itu kita tidak akan percaya dgn setiap keburukannya???
tp bila kita x kenal rapat pon dgn pm tu kita cepat jer percaya sume benda2 buruk tentang dia??pelik kan, mgkn kita ego atau terlalu pntngkan diri.

Anak Perelih said...

Kenapa ADUN BN panjang umur... supaya Najib kena 8-1 selepas PRK Pematang Pasir ini...

Anonymous said...

aku akan balik mengundi d dun pmtg pasir..kali terakhir aku melihat dia semasa dia ziarah allahyarhamah ibu ku d kg,jasa dia pada kami di kg bukit merah ialah hentikan pencemaran habuk kilang papan mca belakang rumah..tak terlintas di hatiku rupa2nya dlm ramai2 org yg ziarah kematian ibuku dia yg menyusul..al fatihah.

Anonymous said...

Acoi, bukan soal kenal atau tidak.SGunakan akal fikiran.

Apa yang di perkatakan tentang perkara yang sah, umpamanya , lesen judi terus diberikan. Bernas 31% dalam tangan ahli perniagaan Singapura. Mustaffa Mohamad mengaku hal ini dan kata akan membeli balik saham tersebut. Kita patut percaya.

Apa yang tidak sahih seperti Rosmah dan Najib terlibat dengan kes Altantuya, atau Rosmah guna bomoh, jangan lah kita percaya.

Pilih lah apa yang patut kita percaya atau tak percaya. Itu sebab jangan hanya lihat TV atau baca utusan saja. Mereka ini hanya cerita apa yang mereka nak kita tahu sahaja, yang lain nya mereka diamkan.

Anonymous said...

ko ni seme org ko ngaku kenal...Ronnie Liu ko kenal?

Anonymous said...

salam..sepatutnya kita MENDOAkan pemimpin2 kita supaya dibukakan hati oleh Allah untuk mentadbir negara dengan lebih baik dan teratur..jgnlah kita mendoakan kebinasaaanya.busuk hati kita...

Anonymous said...

Kiri311,

Bir bukan minuman keras: Ronnie

SHAH ALAM – Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu mengesahkan kes rampasan bir di sebuah kedai serbaneka dekat sini, Rabu lalu berlaku kerana salah faham.

Menurutnya, beliau dan pihak penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah bermesyuarat mengenai perkara tersebut.

“Saya telah pun mengingatkan mengenai bidang kuasa mereka (penguat kuasa MBSA) yang mempunyai had tertentu.

“Sebenarnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak mempunyai kuasa merampas bir tetapi hanya boleh merampas minuman keras yang dijual oleh peniaga yang tidak berlesen sahaja,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ronnie berkata, bir tidak boleh dikategorikan sebagai minuman keras kerana kandungan alkoholnya tidak tinggi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Gerakan, Lim Si Pin yang kesal dengan kejadian tersebut disebabkan oleh ketidakselarasan undang-undang antara kerajaan negeri dan PBT, Ronnie menafikan perkara itu.

“Pihak penguat kuasa telah pun meminta maaf kepada saya akibat salah faham yang berlaku,” katanya.

Selain itu, Ronnie turut menafikan dakwaan bahawa premis terbabit menjual minuman tersebut kepada umat Islam.

“Dakwaan itu adalah tidak berasas kerana di kedai itu terdapat notis larangan menjual minuman keras kepada umat Islam.

“Kalaupun pekerja terbabit berbuat demikian, mereka juga boleh dibuang kerja,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story3007095.asp

Anonymous said...

salam kepada semua...
YB Hamdan mmg sgt baik orangnya... tutur katanya lembut n tak pernah mengherdik sesiapa... Beliau adalah contoh yg sangat baik kepada kita yg masih hidup utk melakukan semua kerja kerana ALLAH.Tiada sesiapa yg boleh menggantikan YB Hamdan. AL-FATIHAH. Semoga rohnya dicucuri rahmat, amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.