Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Tuesday, July 7, 2009

Apabila UMNO Memuji Nasaruddin Mat Isa Secara Terbuka

Malaysian Insider melaporkan betapa marahnya pimpinan UMNO Kelantan terhadap Tok Guru Nik Aziz.
Annuar Musa dilaporkan berkata bahawa Tok Guru Nik Aziz adalah seorang yang pragmatic dan boleh merubah pendapat beliau mengikut keadaan.
MI melaporkan:
“In contrast, Annuar said that the most vocal anti-unity leader, Nik Aziz, was a “pragmatic politician” who changed his tune according to circumstances.
“He used to want to join Barisan Nasional and praise the federal constitution but now he says it does not follow Islam.
“He called Umno kaffirs (heathens) for working with Chinese and Indians but now PAS has allied with PKR and DAP,” Annuar accused.”
Mustafa Mohammad pula menyifatkan Tok Guru Nik Aziz sebagai seorang yang menolak perpaduan.
Namun, Annuar Musa telah memuji melangit Nasaruddin Mat Isa dalam ceramah tersebut dan menyifatkan beliau sebagai “progresif dan moderate”.
Kalau ada lagi ahli PAS yang meragui bahawa idea kerajaan perpaduan adalah usaha membawa PAS kepada UMNO selepas ini, saya rasa ahli PAS itu sengaja menolak kebenaran yang hakiki.
Mana mungkin seorang Islam itu menjadi Muslim yang baik sekiranya amal ibadah beliau dipuji melangit oleh Syaitan?
Samalah dalam hal ini. Mana mungkin sebuah idea dari PAS dipuji oleh UMNO sekiranya idea itu tidak menguntungkan UMNO.
Ini bererti pimpinan Nasaruddin Mat Isa telah jelas membawa PAS ke arah membawa keuntungan kepada UMNO dan Barisan Nasional sehingga beliau dipuji melangit oleh Annuar Musa secara terbuka.
Annuar Musa yang sama yang telah bertanggungjawab memotong bantuan kepada kerajaan negeri Kelantan sejak dari dahulu lagi. Dilaporkan oleh Kickdefella:

" Berikut saya senaraikan diantara dosa besar UMNO terhadap bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti politik tetapi kepada ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS dan pengundi-pengundi PAS.
* Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
* Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
* Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan."


Nampaknya perwakilan telah tersalah pilih Timbalan Presiden.

25 comments:

Anonymous said...

You just make the best out of it. What to do.

The biggest mistake though was not the fault of the ahlis.

Teh fault lies with BOTH Sabu and Husam, one of them should have backed down.

That 2 of them went in was criminal in its stupidity. If just ONE of them challenged Nasha, Nasha would have lost.

Anonymous said...

I agree with you 100%. It should be Husam vs Nas. Husam should have won and this will not ever happen to PAS. Sometimes, PAS makes wrong strategy and the consequences is very huge to handle.

dato' said...

iNGAT HANG NI CERDIK...LAGAK POLITIK MACAM TU PUN TAK BOLEH BACA..? ITULAH CARANYAumNO NAK PECAHKAN PAS...HANG PULAK YANG SAMBUT....TARK AKAI BETUI!

yes said...

Bukan sahaja menginaya ahli PAS tapi juga rakyat Kelantan.

Tulang Besi said...

July 7, 2009 2:48 PM
Blogger dato' said...

iNGAT HANG NI CERDIK...LAGAK POLITIK MACAM TU PUN TAK BOLEH BACA..? ITULAH CARANYAumNO NAK PECAHKAN PAS...HANG PULAK YANG SAMBUT....TARK AKAI BETUI!
.

Jadi, hang ngaku la isu ni yang buat PAS pecah?

Sapa yang gatal sangat ketengahkan isu ni dulu?

sam raspiut said...

"Ini bererti pimpinan Nasaruddin Mat Isa telah jelas membawa PAS ke arah membawa keuntungan kepada UMNO dan Barisan Nasional sehingga beliau dipuji melangit oleh Annuar Musa secara terbuka."

jadi, kena semak apa pula keuntungan Nasaruddin Mat Isa membawa Pas kpd Umno?

pada hemat saya pihak penaja KP ini orang yg tidak ada masa depan dalam PR dan dalam Pas sendiri walaupun menguasai parti.

cuba lihat Nasha, next PRU balik negeri agak-agak bulih menang ke kerusi MP? Lihatlah Ustadzz Mustafa Ali, Harun Taib, Al-Tantawi, Al-Iraqi dan AL-AL lainnya, agak-agak bulih menang ke PRU13 ditempat sendiri nanti? lain lah Kalau Tok Guru Nik Aziz bagi ehsan bertanding kat kelantan, adala sekelumit harapan?

Habis.. macammana kalau PR menang PRU 13 dan membentuk kerajaan? Tak menang takde la kerusi MP, takde kerusi MP macammana nak jadi Menteri??

Tapikann.. dengan ilmu ustadz ustadz ni agak-agak Menteri apa yg sesuai dalam Kerajaan PR nanti..? habis tu katmana nak buang tuan engineer, lawyer, akauntan dll yang ada dalam Pas, Pkr dan DAP pulak? takkan nak kerumun dekat kementerian agama pulak?

Apa pulak peluang Ustadz Nasha dan kenkawang dalam kerajaan Umno pulak? Banyyaaaaakkk...!!!

Umno bulih sediakan kawasan selamat untuk depa. Undi wala' + undi melayu Umno = menang PRU = Menteri / timbalan menteri!!

Dengan Umno Ustadz bulih jadi menteri ke?? EELEEHH... kalau pencuri, penrasuah, perogol, penyanggak bulih dapat jawatan dalam kerajaan Umno, inikan pulak ustadz-ustadz yang hensom-hensom belaka.. bulih pukoi habis laa.. beqheeeh!!!

Anonymous said...

Kata ikut kata TGNA konon. Jangan hipokrit la. Kami dah bosanla denga isu yang hang bawak. Dah tinggal dengan gerabak keretapi la TB ni. Orang lain dok pikir macamana nak perkukuh Pakatan yang awak dok main isu lapok ni. Asyik nak berbalah. Hentikan lah

sam raspiut said...

Anonymous said...

Kata ikut kata TGNA konon. Jangan hipokrit la. Kami dah bosanla denga isu yang hang bawak. Dah tinggal dengan gerabak keretapi la TB ni. Orang lain dok pikir macamana nak perkukuh Pakatan yang awak dok main isu lapok ni. Asyik nak berbalah. Hentikan lah
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
saudara,
Tak timbul aku ikut sapa atau wala' siapa...
mulut aku bukan mulut tempayan buleh tutup.. selagi aku tak dengar dari mulut bacul penaja UG ni dah tobat, dah taknak UG, taknak main dalam gelap selagi tu isu ni tak diam!

kalu nak kira bosan, aku dah tahap meluat tahap tapir dah tengok gelagat pendokong dan penaja UG ni..

lain kali jangan berak tengah jalan la sedara.. orang bisinggg!!

Anonymous said...

PRU13..
Pastikan kerusi Parlimen PAS lg byk drp PKR dan DAP..

Anonymous said...

Hai... kelam kabut Pakatan ye..

Anwar masuk court.

PAS dgn hal babi Kedah & perpaduan

Perak dah kantoi

Penang dgn high chaparal, fairus

Selangor buat cerita blue liz.

Mana islam nye?
Mana keadilan nya
Mana rakyat nya?

Semua cakap saja...
Bila dah dapat perintah, tak reti.

Kalau pembangkang ni betul2 bagus, dah lama dah perintah Malaysia.

Banyak isu-isu yang ada lebih substance uttuk dibahaskan di parlimen atau ADUN.

Tapi pakatan ni entah apa dipolitik kan.

Kat selangor, satu benda tak boleh jalan sebab PAS , PKR dan DAP dok argue sesama sendiri dalam dewan. Bodoh la korang

aku said...

aku rasala kan, terdapat hikmah disebalik pertandingan 3 penjuru rebut timbalan tu, skrg ni dah nampak terang dan jelas hala tuju mereka tu. TB dan Sam Raspiut, syabas!!bongkar habis2an, jgn biar pro UG ni tenang. Kalau kemaruk sgt ngan UMNO tu lbh baik keluar PAS, join UMNO, jgn buat sial dlm PAS.

ketua pemuda PAS pulak nak buat wacana apa kejadahnya, nak bincang apa lg??? Lu pun blh blah la..join umno, blh wacana tiap2 hari!!! tak cerdik2 lg....

Anonymous said...

MMBS317 said;
Kalau PAS kalah dalam PRU13 nanti, saya khuatir saudara TB yang menyumabng sedikit sebanyak kekalahan itu melalui blog ini. Dan kalau menang adakah blog ini juga menyumbang kemenangan itu? Saya berharap saudara TB dapat merenung sejenak adalah blog atau tulisan di blog ini
a) menambah undi kepada PAS atau PR
b) lebih membebani PAS dan PR untuk menjawab kepada rakyat yang mana UBN menggunakan tulisan seperti untuk melanyak PAS dan PR
c) menambah pahala atau dosa kepada diri TB dan/atau pembaca lain sedang Nabi pun tak pernah mengutuk Ubay bin Khalaf secara specifik dan publik
d) adakah kebebasan bersuara sudah terbabas.

Anonymous said...

MMBS317,
Ini bukan soal kalah-menang PRU13 tetapi soal pembersihan dalam rumah tangga PAS.Sama ada PAS menang banyak kerusi atau prestasi menurun bukan dalam mana-mana pilihan raya sebenarnya tak menjadi masaalah kepada PAS.Sejak bermulanya sistem pilihanraya dinegara ini PAS telah menyertai pilihanraya dan telah mengalami keadaan naik-turun namun PAS tetap teruskan perjuangan.
PAS bukan macam UMNO - tak pernah masuk bertanding pilihanraya seorangan gunakan bendera UMNO.Dulu gunakan lambang kapal layar kemudian tukar kepada dacing.Mana pernah UMNO bertanding guna lambang UMNO

Tanpa mengambil kira PRU ke13,PAS wajar membuat pembersihan agar tidak ada "makhluk-makhluk perosak"ujud dan membiak dalam PAS.Parti ini pernah "pecah" akibat makhluk-makhluk perosak" ini dan PAS tak rela sejarah berulang.Kemenangan tak membawa apa-apa erti sekiranya PAS menyimpan dan membiakkan kanser dalam tubuh parti yang kelak akan memusnahkan matlamat perjuangan parti.Selagi makhluk-makhluk perosak ini tidak dihapuskan dari diri PAS ianya akan terus menjadi penyakit kepada PAS.Sekarang pun begitu banyak tenaga dan masa telah terbuang akibat dari perbalahan (penyakit) ini.Sepatutnya tenaga,usha dan masa digunakan untuk persediaan PORU ke13,malangnya sudah 2 tahun terbuang begitu sahaja untuk menyelesaikan isu muzakarah,muqabalah dan kerajaan perpaduan(UG) dan hingga saat ini walau pun dah diputuskan "tutup" dan "stop" suara-suara gatal dan biang tetap kedengaran lantaran "sistem pembersihan"PAS tidak begitu baik dan dianggap lemah.

Gedong Lalang said...

Ketidakhadziran Ust Nasa Timbalan Presiden Pas dihari penamaan calon RPK Manek Urai amat mengecewakan. Sebagai Timbalan Presiden Pas beliau sepatut hadzir untuk memberi sokongan moral kepada calon Pas.Walau bagaimanapun ketidakhadziran Ust Nasa tiada memberi kesan kepada kempen PRK Manek Urai.

Pihak Umno/BN telah memberi pujian tinggi melangit kepada Ust Nasa dan mengutuk keras Tuan Guru Nik Aziz. Jika begitu keadaannya saya harap Ust Nasa perlu terus terang tentang kedudukan beliau dalam Pas. Adakah beliau maseh berminat untuk terus berjuang dalam Pas dan Pakatan Rakyat untuk mencapai cita cita "Government in Waiting".

Adakah beliau maseh berminat untuk menubuhkan "Unity Government" bersama Umno/BN walaupun hasrat tersebut telah ditolak oleh pimpinan Pas.Ust Nasa perlu menjelaskan semua ini agar rakyat tidak keliru dengan sikap beliau.

Anonymous said...

Kat kelantan ramai orang gedebe..

Diaorang bukan suka dipermainkan tak kira siapa.

Kalau TP faham keadaan ini gerenti tak berani masuk manik urai..

Silap haribulan kena baling kasut!

muhammad said...

Hairan juga saya, jika UG betul2 ditolak oleh mereka yg mencadangkannya, kenapa kelam kabut bila ia disebut semula oleh YB Dzulkefly? Sampai tarik balik dari harakahdaily dan sanggup stop printing dari sisipan Fikrah.

Artikel YB Dzul tu memberi rasional kenapa beliau tak setuju dengan UG. Bukannya menyokong pun.

Jadi, sekali lagi saya nak tanya, kenapa artikel yang mengkritik UG di"haram"kan sedangkan idea UG katanya sudah mati? Di mana kebebasan bersuara di sini?

Ust Nasha, malas saya nak komen...

Anonymous said...

kesian kat nasa. tu laa kalau sanggup jadi budak suruhan stopa ali. minda pun tertutup, tak leh pikiaq lagi, sebab semua yang stopa hidang molek belaka. bab sisipan fikrah tu, sapa lagi kalau tak stopa ali. harakah bukan lagi organ pas tapi organ stopa ali. harakah boleh selamat apabila stopa dibersarakan dari pengarah eksekutifnya. pas pung gitu. stopa ali pembawa virus H1N2 ke dalam pas. hilangnya sisipan fikrah yang mengandungi artikel oleh dr zul adalah petunjuk bahawa UG tak mati. aku sampai bila dok caya dengan stopa, nasa nih serta dua tiga kerat lagi yang "mati2an" kata 'kepimpinan ulama' tercabar! mereka pun ada kepentingan peribadi, kalau tak leh banyak pung, tempias dari stopa dan nasa pung kira ok...

selagi ada puak ni, pas akan berkubang taik menjelang pru13, kerana masa terbuang nak 'layan' kerenah depa. umno dengan sokongan media cetak dan letronik akan digunakan semaksima mungkin untuk, bukan sahaja mencairkan pengaruh pas, tetapi juga memecahbelahkan pr.

dulu timb ketua pemuda pas, selepas pru12, kata umno dah lemah. kini dah dah jadi no 1. sebab umno lemah kena wacana intelektual pulak. oi, kalau musuh dah lemah, kita bantai bertubi2 la, biar lunyai pertahanan dia. bukan berwacana. biar dia yang angkat tangan, baru betul. intelektual tak faham strategi 'perang' camno? oh ye, ust kan di antara jaguh mempertahankan 'kepimpinan ulama', terlupa pulak ambo. pertahan ustaz, pertahan. jangan pulak 'ulama' meruntuhkan 'kepimpinan ulama'. ustaz kat tv hari tu smart betul laa. tak de ke penasihat ustaz semasa kat studio hari tu? tak perasan ke ustaz bahawa penonjolan ustaz berpakaian sebegitu adalah usaha untuk 'mencemarkan' imej ustaz?

Anonymous said...

Anwar serpihan UMNO.. kalu xkene buang UMNO agaknya dah jd PM UMNO..

apa beza dgn pemimpin2 UMNO yg lain?

Anonymous said...

yg kau org layan tulang besi napa
dia skrg dh jadi umno, cuma tak nak ngaku je, dia ni le yahudi dalm pas

Anonymous said...

patutla busuk semacam je..
kentut pn xbusuk mcm ni..

kia71 said...

salam..

puak2 yg marah kt TB ni bukn apa,sbbnya bila UG gagal maka terkuburlh harapan mereka2 ini untuk mendapat sedikit laba....

aku nasihatkn yg marah UG x jadi ni lebih baik masuk UMNO terus...

Anonymous said...

dato',

kalau dah tahu itulah caranya umno nak pecahkan pas, yang dok gatal berjumpa umno, dok gatal nak teruskan perbincangan dgn umno, dok gatal nak berwacana dgn umno, apa ke jadahnya?

biar cerdik sikit la.

Anonymous said...

TB adalah muka balah yang paling besar...,syaitan tajaan umno

kan tok guru dah kata tutup kes...kalo orang pas betul dia taat..tapi kalo syaitan umno, memang kaki dan mukabalah

sam raspiut said...

TGNA kata tutup! tak payah sambung bincang degan umno!!!

nak tutup bincang tak boleee... penaja UG tak kata dia dah tutup!!

ada dengar Nasha cakap dah tutup? mintak maaf??

tutup tak bermakna yg salah dah jadi benar.. buleh jamin ke puak UG demo dah tutup???

jangan harappp!!!

Abuzar said...

Ustaz Nasha, Timbalan Presiden PAS sekarang telah menjadi alatan / subjek kepada UMNO untuk ligan atau lanyak PAS.

Adakah ustaz Nasha & mereka yang sealiran dengannya sekarang masih relevan dalam arus PERUBAHAN RAKYAT dan POLITIK BARU sekarang?

Apakah ustaz Nasha menjadi ASSET penting atau LIABILITY berat kepada PAS generasi reformasi sekarang?

Apakah masa depan PAS akan semakin terserlah dengan saf kepimpinan baru sekarang?

Perubahan ke arah POLITIK BARU: Rakyat sedang menuntut sebuah negara yang benar2 demokratik, tadbir urus yang baik, keterpeliharaan hak2 yang telah disepakati, keadilan sosial, pembangunan yang seimbang fizikal dan spiritualnya, berdaulat dan dihormati, ....... tanpa budaya rasuah, manipulasi, konspirasi, eksploitasi, penyelewengan kuasa,... dalam KUASA EKSERKUTIF, BADAN KEHAKIMAN dan PERUNDANGAN.

Apa agenda PAS untuk itu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.