Setiap Artikel Malaysiawaves ke Email Anda.

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Dipersilakan untuk Like Facebook Page T. Besi

Search Malaysiawaves

Friday, July 31, 2009

Benarkah ISA Digunakan Untuk Kesejahteraan Rakyat?

Alasan ini sering diulang-ulang oleh juak-juak UMNO dan Barisan Nasional. Kononnya ISA ini adalah untuk kesejahteraan rakyat. Namun, ada beberapa persoalan yang gagal dijawap oleh pendokong-pendokong UMNO apabila mereka membuat dakwaan ini.

Sebagai contoh, mengapa setelah berlaku beberapa peristiwa yang jelas menakutkan serta membahayakan rakyat, TIADA tangkapan ISA dibuat. Mengapa tiada yang ditangkap ISA selepas:

a. Peristiwa 13 Mei
b. Peristiwa rusuhan kaum yang berlaku dua kali di Singapura pada tahun 1964
c. Peristiwa Taman Medan yang telah mengorbankan nyawa rakyat Malaysia
d. Peristiwa pengeboman yang berlaku sekitar Kota Kinabalu selepas PR Negeri 1985 Sabah
e. Peristiwa pergaduhan antara India-Melayu atas isu kuil di Penang
f. Apabila Aziz Sheikh Fadzir dan SUQUI dan menggunakan kata2 nista berbau perkauman

dan banyak lagi

Mengapa Hanya Pimpinan Pembangkang yang Dikenakan ISA?

Sejak dari zaman British, hanya pimpinan pembangkang yang kerap disumbat dalam ISA. Takda pulak pimpinan UMNO yang masuk pula ya?

Waktu Najib Tun Razak menaikkan isu sekolah Cina, dan mengadakan Perhimpunan Hidup Melayu di Stadium TPCA di Kampung Baru, mengapa Najib tidak ditangkap bawah ISA?

Mengapa pemimpin-pemimpin pembangkang sahaja yang ditangkap waktu itu sedangkan pergaduhan waktu itu adalah antara UMNO dan MCA?

Mengapa pimpinan2 PSRM dan Front Sosialis sahaja yang ditangkap dibawah ISA sedangkan pimpinan2 UMNO bebas melawat Moscow dan Beijing

Saya rasa, tak sampai lima orang pimpinan UMNO yang pernah merengkok bawah ISA sepanjang sejarah ISA.

Ustaz Ibrahim Libya telah dibunuh dengan kejam kerana beliau tidak rela ditahan di bawah ISA dan menentang usaha kerajaan untuk menahan beliau di bawah ISA.

Benarkah ISA digunakan untuk Komunis?

Kalau benar, sekarang ini sudah tidak ada lagi komunis. Parti Komunis Malaya juga sudah bubar. Malaya pun dah jadi Malaysia.

Oleh sebab itu, apa gunanya ISA lagi?

Dari ucapan Dato Najib Tun Razak di Heritage Foundation, Najib dan Dr Mahathir pernah menggunakan ISA untuk membodek dan membuktikan kesetian UMNO kepada Bush dan Amerika Syarikat.


5 comments:

Anonymous said...

i agree. 100%.

4RAKYAT

Anonymous said...

I agree 200%!

Anonymous said...

Agreed, the proof is in the eating of the pudding.

99.9% of ISA detainees are opposition linked.

what does this tell u.

malayamuda said...

ISA is used to detain political prisoners and not for keamanan rakyat

Kenapa Ahmad Said tidak ditahan dibawah ISA tetapi wartawan di tangkap ? Kerana Ahmad Said aka Khinzir dari parti api perkauman UMNO.

muhammad said...

TB,

Saya cadangkan translate artikel ini ke BI dan sebarkan seluas mungkin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARiF merupakan jentera utama Harapan Baru di dalam membantu kelancaran gerakerja semua peringkat.

Kami ARiF Melaka memerlukan sumbangan dan bantuan kewangan daripada tuanpuan untuk kami melakukan gerakerja berkenaan. Oleh kerana kami masih baru, sumbangan diperlukan untuk menampung kos pakaian, membeli peralatan komunikasi, peralatan lalulintas dan sebagainya.

Kami amat berbebsar hati jika tuan/puan dapat menghulurkan sumangan kepada kami. Segala sumbangan diserahkan kepada pemegang amanah ARiF Melaka.

MOHD AZWAN AHMAD
a/k Maybank : 104013154427

Hantarkan makluman bank-in melalui SMS/WA ke 016-981 1315 (H.ANUAR)

Semuga Allah membalas segala jasa baik tuan/puan semua.